Rabu, 16 Januari 2013

DIA MUNGKIN MELUAT TENGOK KITA...DIA PERLU TAHU KITA PUN SAMA...MELUAT TENGOK PERANGAI DIA

Cadangan catu air di S’gor mungkin disengajakan

Harakahdaily, 15 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak kemungkinan catuan air yang dicadangkan pada Julai tahun lepas oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) adalah 'tindakan yang disengajakan'.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu kemungkinan dibuat bagi menanam kebencian rakyat seolah-olah kerajaan negeri gagal membekalkan air yang cukup kepada penduduk negeri itu.

“(Kita) tidak menolak kemungkinan ia (cadaangan catuan) sengaja dilakukan untuk menyusahkan rakyat dan menanam sikap tidak puas hati terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat," lapor Selangorku.

Pada 14 Julai lalu, Syabas membentangkan kepada Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan air ini diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja pembaikan di loji-loji syarikat.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata sikap Perdana Menteri yang menyalahkan kerajaan negeri dan membela syarikat kroni menunjukkan kebimbangan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Najib bimbang jika pengurusan air diserahkan kepada kerajaan negeri, ianya akan menjadi lebih cekap dan kos efektif.

Abdul Khalid berkata, Syabas kini berdepan dengan krisis pengurusan yang boleh membawa masalah besar kepada rakyat jika konsesi ini terus dibenarkan menguruskan air di kawasan Lembah Klang.

“Umno-BN lebih rela membela syarikat kroni konsesi yang ternyata gagal dan cuai dalam mengurus perkhidmatan air daripada memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan air,” katanya.

Dalam pada itu, rakyat Selangor akan dimaklumkan mengenai maklumat terkini usaha Kerajaan Negeri untuk membantu memulihkan bekalan air bagi kawasan Lembah Klang di beberapa akhbar utama pelbagai bahasa mulai hari ini.

Maklumat itu bagi membolehkan orang ramai mengetahui langkah yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk memulihkan bekalan air kepada lebih 28,000 pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur yang terjejas sejak awal tahun ini.

Rasa dulu masakan, baru tahu sedap atau tidak

Mohd Firdaus, 15 Jan 2013



BEAUFORT: Rakyat di negeri ini, khususnya di Sipitang tidak perlu ragu-ragu memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Sipitang, Ahmad Khambar berkata sudah tiba masanya rakyat di negeri ini perlu melakukan perubahan demi kelangsungan hidup dan masa depan yang lebih baik.

“Kita adalah tuan, tuan kepada wakil-wakil rakyat yang ada sekarang. Sebab itu kita mesti tahu hak kita,” katanya.

Katanya, demokrasi di Malaysia yang mengadakan pilihanraya setiap lima tahun menunjukkan bahawa rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan membentuk kerajaan yang lebih merakyat.

“Rakyat yang lebih berkuasa, bukan Datuk Seri Najib. Sebab itu ada pilihanraya dan pengundian memilih wakil rakyat.

“Insya Allah, kalau Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memimpin negeri Sabah, kita akan berusaha menyelesaikan permasalahan yang dialami rakyat khususnya di daerah ini,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan dan penyampaian sumbangan kepada penduduk di Kampung Suasa dekat sini petang kelmarin.

Beliau turut menyentuh mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan beberapa hari lalu yang menyaksikan ribuan rakyat berhimpun di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu sebagai petanda bahawa rakyat sudah bersedia melakukan perubahan.

“Kita di sini, kata orang... mesti rasa dulu masakan. Baru dapat tahu sedap atau tidak. Jangan kita terus menolak dengan mengatakan ‘tidak sedap’.

“Justeru, cuba dulu Pakatan Rakyat, baru dapat tahu bagus atau tidak,” jelas beliau.

Pertemuan dan penyampaian bantuan tersebut turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Sabah yang juga Yang Dipertua PAS Beaufort, Lahirul Latigu serta beberapa pimpinan PAS kawasan yang lain.

Delegasi Turki ke Gaza kumpul bukti jenayah Israel

Terjemahan Mohamad Yahya, 15 Jan 2013
Satu delegasi undang-undang Turki yang terdiri daripada peguam daripada Persatuan Peguam Antarabangsa bertolak ke Gaza Isnin lalu untuk mengumpul bukti mengenai serangan Israel ke atas Gaza November lalu yang mengakibatkan kematian rakyat Palestin.
Delegasi 10 peguam tersebut terdiri dari tujuh warga Turki, dua warga Mesir dan satu warga Arab Saudi, akan mengadakan perbincangan dan membuat pemerhatian di Gaza sepanjang lawatan dua hari mereka.

Anggota delegasi memberitahu agensi berita Anatolia bahawa jika keterangan yang mencukupi dan meyakinkan ditemui, prosedur undang-undang akan diambil terhadap pihak yang melakukan jenayah, sambil menambah bahawa delegasi itu akan menyediakan laporan terperinci mengenai Gaza dan menyerahkan kepada pihak berkuasa Turki yang berkaitan.

Necati Ceylan, setiausaha agung Persatuan Peguam Antarabangsa, mengetuai delegasi tersebut.

Peristiwa terbaru dalam konflik antara Israel dan Gaza bermula apabila Israel membunuh ketua tentera Hamas, Ahmed al-Jaabari dalam serangan udara yang mensasarkan kereta beliau November lalu. Israel kemudian memulakan serangan terhadap daerah pantai Palestin dari darat, udara dan laut pada Nov 14.

Israel melancarkan 1,500 serangan udara ke atas sasaran yang berkaitan dengan Hamas, memusnahkan simbol utama kekuasaan Hamas, seperti pejabat Perdana Menteri, termasuk tempat pelancaran roket dan balai polis Gaza.

Satu gencatan senjata telah dipersetujui selepas konflik lapan hari yang mengakibatkan 162 rakyat Palestin mati, lebih separuh daripada jumlah tersebut adalah orang awam, termasuk 37 kanak-kanak dan 11 wanita.

Pemimpin Turki telah mengutuk Israel kerana siri serangan ke atas Gaza.

Turki melancarkan usaha diplomatik lain di arena antarabangsa dalam usaha untuk mengurangkan peningkatan ketegangan di Gaza. Sebahagian daripadanya termasuklah lawatan pegawai-pegawai Turki ke Mesir dan kerjasama erat dengan rakan-rakan di Mesir dan Qatar untuk perjanjian gencatan senjata.

Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu menyertai menteri Arab dalam lawatan ke Gaza untuk menunjukkan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin di bawah serangan Israel. (todayszaman.com)

Klip video 'Listen' cetus kritikan rakyat Malaysia

Salmiyah Harun, 15 Jan 2013


KUALA LUMPUR: Rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke Youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas memamparkan seorang ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar KS Bawani dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri dihadapan pelajar itu.

Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suaran Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA dan semua tahu KIMMA adalah komponen baru dalam BN.

Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di dalam twitternya.

Menurut beliau mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.

Dalam pada itu juga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya terpaksa  menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN.

Mengulas klip video ini, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, Syarifah telah menunjukkan satu sikap dan budaya angkuh, sombong dan tidak hormat kepada orang lain, apatah lagi dalam konteks ini dia adalah tetamu yang dijemput masuk ke UUM untuk bertemu dengan pelajar dan sepatutnya berperanan sebagai seorang panelis sahaja.

"Bersikap memaksa, lebih menghampiri 'brainwash approach' minda pelajar. Ini tidak sepatutnya dibudayakan di menara gading dan sangat bertentangan sama sekali," katanya ketika dihubungi.

"Posisinya sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sendiri jelas membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada jentera besar 1 Malaysia yang umum tahu menjadi agenda utama umno BN," katanya.

Athirah juga telah menghubungi Bawani dan memberi sokongan moral kepada beliau sekali gus berharap seluruh mahasiswa juga menjiwai keberanian Bawani.

"Insyallah kita akan mengadakan sidang media bersama Bawani esok, masa dan tempat kita akan maklumkan kemudian," katanya.


Ekoran klip video itu juga, hashtag "listen" kini ibarat fenomena di laman sosial Facebook dan twitter.

 


Krisis air: Najib cuba bela kroni, kata Khalid

Harakahdaily, 15 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung krisis air di beberapa kawasan di negeri itu.

Menurutnya, kenyataan Najib kononnya krisis air yang berlaku sekarang ini ekoran keengganan kerajaan negeri memberi kelulusan membina stesen pam tambahan sebagai cuba 'menutup pekung sendiri'.

Najib katanya cuba menyalahkan pihak kerajaan negeri di atas kegagalan syarikat iaitu kroni Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menguruskan air di negeri ini.

“Tan Sri Rozali Ismail ialah kroni Najib. Jadi bermakna, kalau kroninya buat salah, Najib tidak akan kata dia salah.

“Najib sanggup menyalahkan rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor demi mempertahankan kroni,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja di Sarawak semalam.

Sejak awal tahun ini beberapa kawasan khususnya Ampang, Cheras dan Gombak mengalami gangguan bekalan air.

Kerajaan negeri sebelum ini mendedahkan, gangguan itu berpunca daripada kegagalan Syabas menyelenggara lima unit Rumah Pam Wangsa Maju sejak tahun lalu.

Mengulas lanjut Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri tidak pernah melengahkan permohonan Syabas membina rumah pam baru bagi menyalurkan air kepada penduduk di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mencabar Najib untuk melihat sendiri bekalan air di Selangor dengan memanggil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bertanggungjawab mengelola perkhidmatan air.

Abdul Khalid berkata, Najib juga gagal menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri secara profesional apabila masih menuding jari kepada Kerajaan Negeri.

“Rakyat tidak mahu lagi kroni, rakyat tidak mahu rasuah, rakyat tidak mahu Umno-BN terus membodohkan rakyat,” katanya lagi.

HKR112: Lagi fitnah blogger Umno terbongkar

Harakahdaily, 15 Jan 2013


KUALA LUMPUR: Ada saja benda-benda bodoh ditimbulkan oleh blogger Umno berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang dianjurkan baru-baru ini di ibu negara.

Blogger Milosuam sekali lagi membongkar fitnah mereka.

Jika semalam blogger obesiti Umno kantoi menyiarkan gambar yang dicedok dari laman web luar negara (Mesir) untuk menuduh kononnya ada penyokong Parti Islam, PAS yang mengambil kesempanan meraba punggung muslimah di dalam himpunan tersebut

Hasil tinjauan ReJaM© di blog yang sama mendapati ada juga gambar kononnya peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 membawa bendera Israel di dalam himpunan tersebut.

Lihat http://milosuam.blogspot.com/2013/01/panas-peserta-himpunan-kebangkitan.html


Panas! Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 bawa bendera Israel




Iklan - Tapak Car Wash untuk disewa lokasi Sekinchan tepi jalan hubungi 016-7383847
ADA saja benda-benda bodoh ditimbulkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang dianjurkan baru-baru ini di ibu negara.

Jika semalam blogger obesiti Umno kantoi menyiarkan gambar yang dicedok dari laman web luar negara (Mesir) untuk menuduh kononnya ada penyokong Parti Islam, PAS yang mengambil kesempatan meraba punggung muslimah di dalam himpunan tersebut rujuk sini ~ Blogger Umno

Hasil tinjauan ReJaM© di blog yang sama mendapati ada juga gambar kononnya peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 membawa bendera Israel di dalam himpunan tersebut. Rujuk printscreen di bawah. Malah gambar ini turut disebarkan oleh blog-blog gerombolan yang lain.



Sebenarnya kalau kita lihat dari gambar ini sahaja pun kita dapat tahu bahawa pemuda yang memegang bendera Israel ini sebenarnya penyokong Palestin kerana beliau turut memakai mafla bendera Palestin di lehernya.

Namun gara-gara gila nak memfitnah, gerombolan blogger-blogger United Malays No Otak, Umno ini nampaknya telah melakukan "editing" pada gambar bendera tersebut.

Mereka telah memadam garisan merah yang memangkah bendera itu. Namun jika diperhatikan dengan teliti masih kelihatan kesan kemerah-merahan pada bendera Israel dalam gambar di atas.

Lihat gambar sebenar keadaan bendera yang dibawa oleh pemuda ini di bawah. Terdapat garisan merah memangkah bendera tersebut menunjukkan beliau sebenarnya "anti-Israel".



Di bawah ini sekeping lagi gambar yang jelas membongkarkan fitnah bodoh gerombolan blogger United Malays No Otak, Umno.



ReJaM© pun tak faham, apa tujuan blogger-blogger gerombolan ini membuat fitnah bodoh seperti ini. Seolah-olah mereka sengaja untuk memalukan diri supaya pembaca blog mereka membenci Umno dan Barisan Nasional.

ReJaM© "Tapi mungkin juga mereka ini benar-benar terlalu dungu... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/panas-peserta-himpunan-kebangkitan.html#ixzz2I4Jio3OS

Penganjur HKR sedia beri kerjasama lagi

Aslani M, 15 Jan 2013


KOTA BHARU: Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu sedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya ada sesuatu masalah berkaitan program berkenaan.

Pengarahnya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak ada masalah kerana rundingan dengan pihak terbabit sudah diadakan beberapa kali.

“Sebelum perhimpunan bermula, ketika perhimpunan berlangsung dan selepas perhimpunan selesai pun kita sedia memberi kerjasama kepada pihak polis.

“Malah rundingan dengan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah diadakan sebelum perhimpunan dalam suasana harmonis.

“Jadi kita tidak ada masalah sekiranya pihak terbabit mahu mendapatkan kerjasama selepas program Himpunan Kebangkitan Rakyat sudah selesai,” katanya pada perasmian Markas Besar Muslimat PAS Kota Bharu di Jalan Long Yunus malam tadi. (Gambar atas)

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, timbalannya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim.

Orang ramai memenuhi perkarangan Markas Muslimat Kota Bharu, merupakan bangunan tiga tingkat akan menempatkan jentera Helwa.

Semalam Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilaporkan berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang membawa kanak-kanak ke HKR sekiranya terdapat bukti-bukti lengkap dapat dikemukakan.

Menurutnya Akta Perhimpunan Aman 2012 melarang penyertaan kanak-kanak kerana golongan itu harus dilindungi.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, beliau bersyukur perhimpunan tersebut diadakan dengan jayanya biar pun pada awalnya terdapat pelbagai khabar angin yang cuba mengagalkan program berkenaan.

“Saya orang yang paling bimbang sekiranya berlaku sesuatu tidak elok. Sebaik sahaja perhimpunan selesai hati saya cukup lega sekali,” ujarnya.

Siti Zailah berkata, perhimpunan ratusan ribu tersebut ternyata memberi kesan besar kepada kerajaan apabila tiba-tiba mengumumkan penurunan kadar tol di Lebuh Raya Shah Alam antara 10 hingga 40 sen bermula semalam.

Menurutnya pengumuman kerajaan itu tentunya ada kaitan secara tidak langsung dengan perhimpunan kebangkitan rakyat Sabtu lalu.

Beliau juga meluah rasa kesal apabila terdapat ura-ura Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin didakwa digantung kerja ekoran meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, kerajaan BN sanggup berbuat apa sahaja ketika kuasa mereka berada di penghujung usia sekarang.

Pemuda PAS Pahang bantu mangsa kemalangan

Harakahdaily, 15 Jan 2013
TEMERLOH: Daud Abdul Manan yang terlibat dalam kemalangan motosikal ketika pulang dari Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) Sabtu lalu menerima sumbangan daripada Pemuda PAS Pahang.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim melawat Daud petang semalam bersama Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohammad.

Bantuan sebanyak RM1,500 diserahkan oleh Ustaz Shahril kepada saudara-mara Daud yang datang dari Terengganu. (Gambar)

“Semoga beliau cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik,” doa Ustaz Shahril.

Daud kini dirawat di Hospital Temerloh setelah mendapat kecederaan apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di atas sebelum R&R Temerloh semasa dalam perjalanan pulang dari Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Pagi semalam, Daud turut dilawat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Daud, seorang penjaja ikan menaiki motosikal dari Terengganu untuk menyertai perhimpunan itu  namun ditimpa kemalangan dalam perjalanan balik.

Beliau yang mempunyai enam orang anak, yang sulung berusia 17 tahun.

Anak yang ketiga baru 15 tahun,  keempat 11 tahun, kelima berusia lapan tahun dan yang bongsu berusia lapan bulan.

Kepada mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan kepada beliau boleh terus memasukkannya ke akaun BSN 1110029849518290 atas nama isterinya, Mek Wook @ Rohaya Binti Awang.

Sumbangan derma daripada semua pihak amatlah dihargai.

Ramal BN kalah, Ketua Ekonomi Bank Islam digantung?

Harakahdaily, 14 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, didakwa telah digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."

Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen seorang penyokong Pakatan menerusi Twitter.

Maklumat Azrul digantung diberitahu oleh peguam Nadiah Fadwa melalui twitternya. Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Kemunikasi PKR mengesahkan perkara itu melalui Suara Keadilan.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya  itu, dengan mengatakan  “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata;

“Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.

PRU perlu dipercepatkan

Hujung Julai 2012, Azrul  dilaporkan berkata, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat (pertengahan tahun 2012) berbanding ditangguhkan kepada tahun depan (2013).

Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman.

Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul.

Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka.

"Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

"Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat.

"Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan.

Tiada ulasan: