Aziz Bari: BN, Raja-raja perlu minta penjelasan Dr M
Pakar
perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk
untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika
pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.
"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.
"Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.
“Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas profesor undang-undang itu juga menyebut, wujud perbezaan ketara di antara apa yang dilakukan Tunku dan Mahathir.
Maka, tiada keperluan untuk menubuhkan RCI seperti yang dicadangkan Mahathir kerana "berbanding Tunku, apa yang dilakukan Mahathir pada 1994 kelihatan seperti jenayah, dan lebih teruk, pengkhianatan kepada negara".
Jelasnya, Tunku hanya mengikut syor dalam laporan Suruhanjaya Reid, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Bahagian III dalam perlembagaan persekutuan.
Biskop kata kenyataan Ibrahim Ali 'berapi-api'
Biskop
Katolik Dr Paul Tan Chee Ing berkata seruan presiden PERKASA Datuk
Ibrahim Ali supaya orang Islam membakar kitab Injil yang menggunakan
kalimah Allah adalah "kenyataan berapi-api yang melampaui batas wacana
sivil di Malaysia."Ketua gereja Katolik Melaka-Johor itu berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan memandangkan kenyataan itu kini diketahui khalayak umum.
Katanya, ini juga merupakan waktu terbaik untuk melihat sama ada slogan 1Malaysia yang dicanangkan kerajaan mengandungi apa-apa makna atau hanya slogan untuk meraih undi.
Beliau mengulas kenyataan MP Pasir Mas itu, seperti dipetik dalam satu laporan portal Free Malaysia Today, yang menggesa orang Islam supaya membakar naskhah bible dalam bahasa Inggeris – Al-Kitab – untuk menghentikan tindakan mengina sensitiviti orang Islam.
Laporan itu menyebut, Ibrahim menyatakan demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu konvensyen PERKASA di Pulau Pinang.
Ucaptama program tersebut disampaikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
USSA: Ijazah kedoktoran untuk TPM berasaskan merit
Akademi
Sukan Amerika Syarikat (USSA) menjelaskan bahawa ijazah kedoktoran yang
dianugerahkan kepada Menteri Pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin
diberikan berasaskan merit dan tiada kena mengena dengan projek daripada
kementerian pelajaran.Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri menerima ijazah kehormat itu pada 17 Januari lalu kerana memajukan sukan melalui program "satu murid, satu sukan".
"Anugerah itu amat wajar dan patut diperolehinya," kata presiden dan CEO USSA Dr Thomas P Rosandich seperti dilaporkan The Star hari ini.
Katanya, akademi itu sudah lama ingin memberi anugerah berkenaan kepada Muhyiddin tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kesibukan timbalan perdana menteri.
DAP sebelum ini mempersoalkan sama ada anugerah kehormat itu merupakan sogokan kerana dakwaan menghanugerahkan kontrak bernilai RM22.9 juta melalui pihak ketiga.
Ia mendakwa, pihak ketiga itu merupakan satu syarikat yang dipengerusikan seorang pemimpin Umno.
Pas: Pak Lah tidak faham peranan Majlis Syura
20 Januari 2013
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan Abdullah terhadap badan ulama itu tidak wajar dilakukan sebelum memahami peranannya dalam Pas.
"Bekas PM tidak memahami kedudukan Majlis Syura dalam Pas. Majlis Syura bukan badan politik. Ia merupakan badan yang memandu parti dalam perkara dasar yang memerlukan pandangan syarak," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.
Beliau menegaskan, keputusan disepakati oleh sekumpulan ulama dalam majlis itu bebas daripada pengaruh politik kepartian, sebaliknya pandangan mereka dibuat berdasarkan hukum syarak yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis.
Sebaliknya jelas beliau, beban isu kalimah ALLAH sepatutnya dipikul oleh Kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai kuasa memerintah, bukannya pembangkang ataupun badan bukan kerajaan (NGO).
Tambah beliau, Pas telah menganggap kontroversi penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut selain agama Islam telah dianggap 'selesai' selepas Majlis Syura mengeluarkan kenyataan rasminya pada 13 Januari lalu.
Jumaat lalu, Abdullah menyifatkan keputusan Majlis Syura berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu sebagai helah politik.
Dalam kenyataan itu, Abdullah menuduh Pas terpaksa mengikut telunjuk PKR dan DAP semata-mata demi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat dan khuatir jika terus bertegas dengan pendirian Majlis Syura Pas, dikhuatiri akan kehilangan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kenali hadis palsu menerusi matan
Menyebarkan
hadis palsu tanpa menerangkan kepalsuannya merupakan dosa yang amat
besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut
ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah
dan Rasul-Nya.
Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian.
Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh' maka Tuhan ataupun Rasul-Nya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.

Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi SAW dalam hadis mutawatir:
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka."

Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga
berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah
sesuatu hadis palsu itu tersebar.
Menerusi SMS, email, Facebook dan Twitter, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya.

Mengkritik matan
Pembaca Internet juga terdedah kepada pelbagai sumber hadis palsu. Saya
mengajar di USM kursus Analisa Kritis Matan Hadis untuk para pelajar
ijazah tinggi. Saya rasa orang awam juga wajar dibekalkan sedikit
sebanyak pengetahuan tentang analisa matan hadis.
Secara umumnya, hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara. Pertama, kajian terhadap sanad (rangkaian perawi).
Kedua, kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism). Untuk mengkaji para perawi bukan mudah melainkan mereka yang terbabit langsung dalam bidang hadis. Apakah ada cara untuk seseorang biasa mengagak sesuatu hadis itu mungkin palsu hanya dengan membaca matan (teks) sahaja? Maka di sini datang peranan naqd al-matn (kritik teks) atau kajian teks tadi.

Pengetahuan ini amat penting kepada para pengguna Internet hari ini. Ia
sekurang-kurangnya dapat menjadikan mereka berhati-hati apabila melihat
ataupun mendengar teks hadis yang pelbagai. Jika pun mereka tidak dapat
memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut, sekurang-kurangnya mereka
akan menangguhkan dulu sebelum mempercayainya sehingga ternyata
kedudukannya.
Ibn Qayyim
Ilmuwan
hadis yang terbilang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H)
pernah ditanya apakah mungkin untuk mengetahui hadis palsu tanpa melihat
kepada sanadnya? Untuk menjawab persoalan yang besar itu, beliau telah
menghasilkan buku yang amat penting dalam sejarah ilmu mengkritik teks
hadis iaitu Al-Manar Al-Munif fi al-Sahih wa al-Da'if. Sesiapa
yang berkemampuan membaca teks Arab, saya mencadangkan mereka membaca
buku ini bersama komentar yang dibuat oleh al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu
Ghuddah.
Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasainya, saya ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.
Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasainya, saya ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.
Antara yang disebut oleh Ibn Qayyim, hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsur mujazafah iaitu
berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil
diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu
besar yang tidak munasabah.
Contoh hadis palsu yang dibawa oleh Ibn Qayyim ialah:
"Sesiapa yang mengucap lailaha illa Allah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya." (ms 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)

Logik
Antara ciri lain hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang nyata.
Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: "Terung
itu ubat bagi segala penyakit."
Contoh lain: "Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Memperbanyak air mata dan ia disucikan oleh 70 nabi." (ms 52)
Contoh lain: "Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Memperbanyak air mata dan ia disucikan oleh 70 nabi." (ms 52)
Antara lain beliau menyebut hadis ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan.
Banyak contohnya, antara yang disebut: "Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun".
Contoh lain: "Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit."
Contoh lain: "Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga." (ms 55)

Contoh lain: "Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir."
Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis berkaitan ayam jantan itu:
"Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu: Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat." (riwayat Bukhari dan Muslim). (ms 56)

Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai
kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari
hadis-hadis palsu yang seumpama ini.
Bercanggah sumber sahih
Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila ia bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata.
Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad ataupun Ahmad, bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk neraka.
Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi SAW yang menegas bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya dengan iman dan amalan salih. (ms 57)

Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih
hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan
dusta.
Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (ms 67-76)
Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (ms 67-76)
Pelik
Contoh hadis palsu lain: "Pelangi di langit itu adalah tengkuk ular yang berada di bawah Arsy."
Juga hadis palsu: "Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak." (ms 60)
Juga hadis palsu: "Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak." (ms 60)
Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan
tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian
dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan
sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam bulan
Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (ms 64).
Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam Internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.
Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan
ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: "Memakan ikan melemahkan
jasad."
Contoh lain: "Ada seseorang mengadu kepada Nabi SAW bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang."
Contoh lain: "Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas." (ms 65).
Banyak hadis yang seperti yang kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz' dan 'ustazah' yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan perniagaan mereka.

Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam
karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai
contoh untuk pembaca.
Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini.
Insya-Allah, selepas ini akan saya ikuti dengan beberapa coretan yang lain untuk membantu memahami isu hadis palsu ini.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini
KDN pantau isu kalimah ALLAH
20 Januari 2013
Beliau berkata KDN akan menilai sama ada isu itu berkemungkinan menjejaskan kestabilan ketenteraman awam di negara ini.
"Kalau sesuatu isu sama ada berkisar kepada politik, agama dan perkauman, yang paling asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Itu baru tugas dan tanggungjawab KDN," katanya kepada pemberita selepas Program Rondaan Bermotosikal kawasan Ampang di sini hari ini.
Dua hari lalu Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) mendesak agar pencetakan Bible versi bahasa Melayu dihentikan.
Pembela turut meminta semua pihak menghormati Perlembagaan negara ini yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan