Cinta Nabi, Saranan al-Quran Yang Ditinggalkan
Abdul Muizz bin Muhammad , | 29 Jan 2013 |
Manhaj Al-Quran
Dalam surah Ali Imran, Allah Taala telah menyatakan ciri-ciri golongan yang layak bersama dengan Rasulullah SAW;
“Dan berapa banyak Nabi yang berjuang bersama-samanya sejumlah besar pengikut yang bertakwa. Sifat mereka tidak menjadi lemah dengan ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan mereka tidak lesu dan tidak pula menyerah kalah. Allah menyintai golongan yang sabar.” (Surah Ali Imran: ayat 146)
Secara jelas Allah menyatakan sifat utama pencinta Nabi SAW seperti berikut :
i. Al-Quran telah menggazetkan bahawa golongan yang layak bersama dengan Nabi SAW adalah daripada kalangan mereka yang sangat sensitif terhadap maruah Islam. Mereka tidak akan membiarkan Nabi SAW berjihad seorang diri, sedangkan mereka duduk sebagai pemerhati. Sebaliknya mereka ada rasa tanggungjawab terhadap cinta Nabi SAW sebagaimana ikrar para sahabat "Pergilah Engkau SAW bersama Tuhanmu berjuang, sesungguhnya kami bersama-sama denganmu turun berjuang."
ii. Mereka mestilah dalam kalangan orang-orang yang bertakwa. Iman mereka dibuktikan dengan gigih berjuang menegakkan agama Allah. Kembali kepada tugas asal manusia sebagai khalifah iaitu ‘Mendirikan Islam, Memelihara Islam dan Mentadbir Dunia Dengan Islam’.
iii. Jatidiri mereka gagah perkasa, kalis tekanan. Apabila mengisytiharkan diri mereka untuk menyertai jihad perjuangan Islam, mereka bersedia berhadapan dengan risiko serta bersungguh-sungguh menongkah arus kejahilan manusia. Manakala golongan yang bacul dan penakut, Nabi SAW tidak sudi mengaku sebagai umatnya (maksudnya), “Apabila kamu melihat umatku kecut untuk menyatakan kepada sang zalim “Wahai Si Zalim”. Sesungguhnya diucap selamat tinggal kepada mereka” HR Tabarani.
iv. Bahkan di dalam Ayat 142 sebelumnya, Allah SWT mencabar pendukung-pendukung agama Nabi SAW agar jangan mudah perasan masuk syurga selagi mana tidak berjihad. Ingatan itu disertakan isyarat daripada Allah bahawa pencinta-pencinta Nabi SAW mestilah meletakkan misi mati syahid sebagai cita-cita yang tertinggi di dalam ayat 143.
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?” (Surah Ali Imran: ayat 142)
“Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).” (Surah Ali Imran: ayat 143)
v. Golongan pencinta Nabi SAW mempunyai daya tahan yang kuat. Sedikit pun tidak menyerah kalah berhadapan dengan musuh. Dalam konteks realiti Malaysia sekarang yang ujiannya adalah perang pemikiran, mereka mestilah tidak menyerahkan kepercayaan mereka kepada ideologi lain selain Islam.
Cinta Nabi SAW Gaya Sahabat
Kita perlu kembali meneladani gaya para sahabat menyintai Nabi SAW. Hal ini kerana, mereka merupakan generasi yang diasuh daripada air tangan Nabi SAW. Kelebihan tersebut menjadikan mereka merupakan golongan yang paling menyintai Nabi SAW dan yang paling faham terhadap mesej-mesej wahyu daripada Baginda SAW.
Seperti yang telah dikisahkan oleh Imam Ibnu ‘Asakir di dalam karyanya Tarikh Dimasyq, bagaimana manifestasi cinta Saidina Bilal Bin Rabbah terhadap Rasulullah SAW adalah dengan jihad. Setelah kewafatan Baginda SAW, Bilal tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai juru azan. Apabila disebut sahaja nama kekasihnya Muhammad SAW, suara Bilal tersekat dan menangis. Maka bermulalah riwayat hidup Bilal Bin Rabbah berendam air mata sepanjang berada di Madinah selepas kewafatan Baginda SAW. Untuk menyelesaikan derita kerinduan yang amat menebal, akhirnya Bilal meminta izin Abu Bakar untuk keluar dari Madinah menuju ke Syam bergabung dengan tentera Islam dalam misi membebaskan Baitul Maqdis. Bilal pergi berjuang demi mendapatkan cintanya kepada Rasulullah SAW.
Begitu juga kisah dua kanak-kanak yang amat ghairah menyintai Nabi SAW. Ketika perang Badar, Abdul Rahman Bin ‘Auf ditemui oleh dua orang kanak-kanak yang melapor diri lantas menyuarakan hasrat ingin mencari Abu Jahal yang telah mencaci Nabi SAW. Mereka bertekad sekiranya terserempak dengan Abu Jahal, mereka akan pastikan si bedebah tersebut segera dibunuh. Akhirnya misi tersebut berjaya dan dipuji oleh Nabi SAW.
Begitu juga cinta Khubaib yang diseksa teruk kerana mempertahankan Islamnya. Sehingga musyrik yang menyeksanya menawarkan pelepasan dari seksaan dengan syarat, Khubaib dapatkan Rasulullah SAW sebagai galang gantinya. Maka Khubaib membenarkan cintanya kepada Nabi SAW dengan penegasannya, “Demi Allah, aku benci bersama bersenang-lenang di dunia dengan keluargaku dan anak-anakku sedangkan Rasulullah SAW ditinggalkan diseksa oleh kamu semua...” al-Bukhari
Di sini kita lihat, cara para sahabat berinteraksi dengan cinta Nabi SAW adalah dengan perlaksanaan. Bukan dengan puji-pujian lisan semata-mata. Lebih dari itu, mereka jadikan jalan jihad sebagai cara menterjemahkan rasa cinta kepada Baginda SAW.
Muhasabah
Berdasarkan ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 142 hingga 146, kita perlu meneliti dengan penuh insaf di mana kita. Bahkan kita perlu tanya pada diri kita sepanjang kempen Cinta Nabi SAW, adakah kita telah menjalankan beberapa kempen berikut :
i. Syurga tidak diperoleh semata-mata dengan memuja memuji Nabi SAW sahaja. Sebaliknya syurga hanya boleh dicapai apabila seseorang terlibat dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai aqidah dan syariat.
ii. Umat Nabi SAW mesti bercita-cita untuk mati syahid sebagai tanda benar-benar cinta kepada Nabi SAW. Barulah cita-cita tersebut memotivasi umat Baginda SAW supaya gagah mendepani cabaran mendatang.
iii. Tidak ada guna jika setelah kewafatan Nabi SAW, kita hanya merintih dan mengadu nasib bersedih akan pemergian Baginda SAW sedangkan tugas-tugas Baginda SAW kita tinggalkan. Lihat di dalam al-Quran, Allah menegur umat Islam agar jangan berpaling meninggalkan kerja Nabi SAW setelah kewafatannya. Begitu juga Bilal, bukti rindu dan cinta beliau adalah dengan jihad. Ingat, umat Islam sifatnya membina dan maju. Bukan statik dan mandom.
Sekiranya tidak dijumpai kempen-kempen tersebut sepanjang menyambut program Maulid al-Rasul atau seumpamanya, maka sedarlah bahawasanya kita masih gagal memenuhi piawaian Allah SWT dalam menyintai Rasulullah SAW dalam erti kata yang sebenar. Apakah cukup dengan mengingati tanpa melaksana? Cinta adalah tanggungjawab.
http://tarbawi.my
Kakitangan kerajaan jangan takut kerajaan baru 60 hari lagi
http://sisibukit.blogspot.com, | 29 Jan 2013 |
Suburkan ilmu di 'fan page' Dewan Ulamak PAS Pusat
Harakahdaily, | 29 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi semasa, Dewan Ulamak PAS Pusat turut memanfaatkan medium jaringan sosial Facebook untuk menyampaikan dakwah mereka kepada masyarakat.
Dengan pendekatan ini, mereka yang sering kali dipersepsikan dengan gambaran kumpulan berjubah dan berserban, kini cuba untuk lebih dekat dengan masyarakat agar lebih mengenali mereka.
Terbaru, mereka telah mewujudkan laman peminat (fan page) atas nama Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sehingga berita ini ditulis, laman ini sudah mempunyai lebih 11,000 peminat.
(Gambar: Antara grafik kempen yang dimuat naik oleh dewan ulamak untuk dikongsi bersama)
"Selain menyalurkan kenyataan rasmi Dewan Ulamak dalam isu politik, kita juga akan sentiasa berkongsi mutiara ilmu khususnya berkaitan dakwah melalui medium ini.
"Ayuh bersama Dewan Ulamak PAS Pusat, memimpin umat berpandukan wahyu. 'Follow' dan 'Like' kami untuk kita sama-sama berkongsi kebaikannya," kata setiausahanya Dr. Khairudin Aman Razali kepada Harakahdaily.
Menurut Khairudin, laman peminant ini akan diuruskan oleh kumpulan media dewan itu yang diketuai penolong setiausahanya Ust Nazmi Nik Din.
Beliau juga yakin, pendekatan ini mampu membawa suara Dewan Ulamak ke tengah-tengah masyarakat khusnya kepada generasi muda.
Dewan Ulamak PAS Pusat diterajui ketuanya Datuk Tuan Guru Harun Taib, timbalan ketua Datuk Ustaz Haji Ahmad Yakob, naib ketua Datuk Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamad serta ketua penerangan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.
"Kita akan cuba untuk memastikan laman ini sentiasa dikemaskini. Saya juga mengalu-alukan masyarakat diluar sana untuk sama ada bertanya soalan mahupun memberi pandangan di fan page ini.
"Kita akan cuba menjawab setiap persoalan yang diajukan dan berkongsi pandangan demi kebaikan semua" ujar Khairudin.
Dewan Kuin dikenali Dewan Permaisuri Hajah Haminah
Mohd Sabri Said, | 29 Jan 2013 |
BALING: Dewan Induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang terletak di Kuala Ketil kini dikenali sebagai 'Dewan Permaisuri Hajah Haminah'.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengisytiharkan demikian sempena Perasmian Kampus Kuin dan Istiadat Konvokesyen Khas, pagi tadi.
Dewan yang berkapisiti 5,000 orang itu kini megah di laluan pintu masuk kampus yang berkeluasan 360 ekar yang mampu menempatkan 7,000 pelajar.
Hadir sama dalam konvokesyen bertemakan 'Penerokaan Ke Arah Kebijaksaan' itu ialah semua Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pro Canselor, Datuk Affifudin Omar dan Rektor Kuin, Datuk Wira Dr Jamil Osman.
Banglo: Fauzi telus, sedia disiasat SPRM
Harakahdaily, | 29 Jan 2013 |
Katanya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.
Dalam pada itu beliau menjelaskan banglo dua tingkat setengah miliknya di Seksyen 10, Shah Alam itu dibelinya pada 2004 dengan harga RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.
“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.
“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya dipetik Sinar Harian Online.
Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.
“Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana,” katanya.
Pendedahan itu juga jelasnya tidak sedikitpun menjejaskan reputasinya kerana beliau mendakwa telus dalam perkara itu.
“Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.
“Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka,” katanya.
Ghafar Baba pun mungkin masuk PAS - Tamrin
Khairil Abdul Rahim, | 29 Jan 2013 |
Katanya, semuanya disebabkan keadaan dalam Umno sendiri yang semakin hari semakin parah akibat merebaknya penyakit rasuah politik, mengaut kekayaan untuk kroni dan perebutan jawatan secara negatif.
“Jangan ingat mustahil tokoh Umno keluar Umno, bapa kemerdekaan (Almarhum Tunku Abdul Rahman) pun keluar Umno dan mati di luar Umno. Begitu juga dengan (Tun) Hussein Onn,” kata bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu.
Tamrin yang kini ahli seumur hidup PAS menjelaskan, beliau pernah aktif dalam Umno selama 40 tahun tetapi mengambil keputusan meninggalkan Umno setelah mendapati parti itu lari daripada perjuangan asal sejak tahun 1995.
Beliau berkata, tabiat meraih undi dalam Umno kini cuba dibawa kepada rakyat iaitu dengan mengumpan mereka dengan wang ringgit dan janji.
“Dulu kerajaan tak pernah bagi wang secara beramai-ramai, tapi kita dah ada BRIM 1.0, 2.0, 3.0. Tapi tafsiran saya BRIM itu ialah ‘beri rasuah satu Malaysia’, duit itu duit rakyat iaitu daripada cukai.
“Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya menyalurkan kembali duit rakyat terus kepada manfaat golongan itu yang sedang menderita akibat kos hidup yang melambung, bukannya berbelanja mengikut kepentingan politik,” ujarnya.
Turut berceramah Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Hassanuddin Salim.
Tamrin juga meminta orang ramai bertanya dan berfikir secara waras, kenapa sekarang ini berduyun-duyun orang masuk PAS dan Pakatan Rakyat (PR) termasuk bekas orang besar kerajaan, artis dan golongan muda.
Katanya, antara lain rakyat yang bermaklumat sudah sedar bahawa slogan ‘rakyat didahulukan’ hanya sekadar retorik bagi menyedapkan telinga.
“Saya ambil satu contoh, keluarga (Datuk Seri) Shahrizat buat pinjaman lembu NFC (RM250 juta) dikenakan kadar faedah dua peratus sahaja, sedangkan 1.2 juta kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman dikenakan kadar faedah empat peratus.
“Rakyat yang bermaklumat mereka tahu ini,” katanya.
Pertemuan TG Nik Aziz, Bishop buktikan dua agama boleh berbincang
Mohd Sabri Said, | 29 Jan 2013 |
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berpendapat, kesediaan Tuan Guru Nik Aziz dan Sebastian Josef bertentang mata, berbual mengenai pengunaan kalimah Allah dan sebagainya merupakan permulaan sessi untuk pengenalan dialog sekiranya ada pihak ingin melaksanakan kerja mulia itu.
"Itulah kerja Rassullulah s.a.w untuk berdakwah bukan bersikap keras sehingga orang bukan Islam pandang serong terhadap keindahan yang ada dalam Islam.
"Saya juga harap selepas ini ada pertemuan yang lebih erat di mana jua termasuk dalam gereja sekalipun," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Walaupun pertemuan itu terlalu ringkas namun katanya, kedua-duanya begitu teruja kerana masing-masing pertama kali bertemu serta berharap ianya akan berulang lagi demi memastikan kehidupan di dunia ini berada dalam keamanan dan kemakmuran.
Bagi Bishop Sebastian, jelas Ustaz Mujahid, pendirianya terhadap isu yang lebih besar seperti kes kehilangan anak, moral, jenayah, rasuah dan gejala remaja masa kini perlu difikirkan oleh semua agama dan bangsa berbanding isu yang boleh mencetuskan kecurigaan.
Bagi beliau, isu seperti kontroversi kalimah Allah boleh diselesaikan dengan senang sahaja asalkan wujud perbincangan.
Sikap positif Musyidul Am PAS jelasnya, memberi impirasi kepads Lajnah Perpaduan untuk terus bekerja menerangkan konsep yang dibawa oleh PAS mendepani isu semasa
di negara ini.
"Kita kena bersikap terbuka dengan mana-mana agama supaya perhubungan dapat dijalinkan dengan lebih mesra. Jangan pula sebagai umat Islam wujud prasangka dan perasaan sombong dengan agama lain. Sikap sedemikian merugikan perjuangan terutamanya PAS kerana Malaysia mempunyai etnik berbilang bangsa, " tambahnya.
Tindakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hendak bakar Bible yang ada Kalimah Allah disifatkan beliau satu tindakan yang 'gila' sebab ia tidak mewakili langsung kerahmatan Islam terhadap penganut agama lain.
Beliau juga mendesak Umno yang betul-betul mahu memperjuangkan kalimah Allah mengutuk kenyataan tersebut kerana ia akan memberi gambaran yang buruk terhadap agama Islam yang penuh dengan sifat rahmat di antara manusia.
Oleh itu kata Mujahid, sejak 2010 lagi lajnah ini telah berusaha membuka pintu dialog supaya semua isu yang berkaitan agama diperbincangkan.
Untuk itu, hari Ahad lepas (27 Januari) Lajnah Perpaduan Nasional telah mengadakan pertemuan dan dialog di Gereja Laddy Fatima, Bintong di Kangar, Perlis serta pertemuan muhibbah dengan Ketua Agama Budha Perlis untuk menerangkan sikap keterbukaan PAS untuk berdialog demi mencari titik persefahaman sesama sendiri.
"Kalau PAS mengambil sikap seperti Datuk Ibrahim Ali apa akan terjadi dengan urusan dakwah kita. Tentu meresahkan kaum lain yang ada di Malaysia. Lagipun kita memerlukan sokongan mereka untuk menang pilihanraya yang membolehkan Pakatan Raykat berkuasa di Putrajaya," ujarnya lantang sambil memuji koodinator lajnahnya, Haji Abdul Rahman Kasim yang tidak jemu-jemu mengutus surat dan memohon pertemuan diadakan dengan tujuan yang murni.
Puluhan ribu ikut Instagram Presiden Turki
Harakahdaily, | 29 Jan 2013 |
Presiden
Abullah Gül, yang terkenal aktif menggunakan media sosial, mempunyai
lebih 42,000 pengikut di laman web perkongsian foto, Instagram dalam
beberapa minggu dia membuka akaun tersebut.
Presiden Gul merupakan pengguna aktif Twitter, Facebook, YouTube dan Flickr, dan kini telah mula berkongsi gambar di Instagram, yang kebanyakan foto tersebut diambil oleh kakitangan istana presiden, bagaimanapun, dilaporkan presiden akan berkongsi foto yang diambil oleh beliau sendiri. 22,000 orang mula mengikuti akaun Presiden Gül, cbabdullahgul dalam minggu pertama beliau mempunyai akaun Instagram,
Presiden Gül akan bertemu dengan tokoh-tokoh terkenal media digital dan sosial di kediaman presiden, istana Cankaya, pada hari Selasa untuk bertukar-tukar pandangan mengenai kewartawanan dalam talian dan media sosial di Turki. Antara mereka yang dijemput termasuk İsmail Hakkı Polat dari jabatan media baru di Kadir Has University; Ketua Editor ntvmsnbc.com, Ahmet Yeşiltepe ; kolumnis Rahşan Gülşan, Habertürk dan fenomenaTwitter Turki, Hakim Turkmen, yang dikenali dengan nama Twitter beliau "beyinsiz adam" (manusia tak berakal).
Dalam usaha untuk memulihkan tradisi "Meja Cankaya" - pertama kali ditubuhkan oleh pengasas Republik Turki, Mustafa Kemal Atatürk - perbincangan yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, Gül telah menjemput mereka yang terkenal dari pelbagai profesion ke istana presiden sejak beliau dilantik sebagai presiden pada tahun 2007.

Ahli tegar Umno masuk PAS kerana 'mulut' Haji Lah Geting
Rossem, | 29 Jan 2013 |
Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.
Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.
“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”
Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.
Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.
Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012, Ali Lizon hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.
Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.
“Apa Haji Lah Geting kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.
“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali Lizon.
Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas sebab musabab! Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.
Sejak peristiwa itu Ali Lizon bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya. Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.
Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.
Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013.
KOTA BHARU: Bulan Januari hampir berlalu, namun Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein masih belum menjawab surat pelawaan debat isu royalti minyak Kelantan.
Kini tempoh kedua iaitu Febuari diberi bagi membolehkan Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan Negeri Kelantan terbabit menyahut seruan berkenaan.
Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, sehingga sekarang sudah tiga surat dihantar kepada pemimpin Umno tersebut.
“Kita masih memberi pilihan sama ada debat diadakan pada bulan Januari atau Februari. Tempatnya juga diberi pilihan sama ada di Kelantan Trade Centre atau Balai Islam.
“Masa yang dicadangkan pada 9 malam. Surat pertama dihantar pada 27 Disember dan terakhir semalam,” katanya di sini.
Hisyamuddin berkata, R akan diwakili Presidennya, Nazri Deraman pada debat terbabit.
Menurutnya juga debat wajar diadakan memandangkan isu royalti semakin hangat diperkatakan rakyat khususnya di Kelantan.
Kata beliau terdapat terlalu banyak fakta dan maklumat yang mengelirukan rakyat berhubung isu royalti dan memerlukan perbincangan secara bersemuka diadakan.
“Rakyat memerlukan penjelasan yang konkrit daripada Datuk Dr Awang selaku Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan Kelantan.
“Debat merupakan ruang terbaik yang dibenarkan dalam sistem demokrasi bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat secara langsung dari kedua-dua pihak yang berbeza pendapat dalam isu royalti,” ujarnya.
Menurutnya juga perbincangan lanjut termasuk mengenai format, tempat dan penganjuran masih boleh dipertimbangkan dengan wakil Dr Awang.
“Saya percaya sebagai seorang pemimpin yang memiliki keberanian, intelektual dan fakta wajar menyahut seruan debat untuk dibentangkan kepada rakyat Kelantan.
“Kami berharap Datuk dapat menjawab secara bertulis dalam tempoh 5 hari bekerja. Komitmen dan jasa baik Datuk bagi mencari titik pertemuan demi kebaikan seluruh rakyat Kelantan amat dihargai,” ujarnya.
Baru-baru ini Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan turut merancang menganjur muzakarah Umno-PAS-KeADILan peringkat parlimen Machang pada 25 Januari lalu.
Pengerusinya, Mejar (B) Yusof Mat Ali berkata, surat jemputan kepada pemimpin Umno Machang dihantar pada 8 Januari dan dijawab secara lisan baru-baru ini tidak mahu menyertai muzakarah itu.
Dua pemimpin mewakili Pakatan sudah menyatakan kesediaan untuk hadir iaitu anggota parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Adun Temangan, Datuk Dr Muhammed Fadzli Hassan.
(TG Nik Aziz memotong kek harijadinya yang ke 82 yang disediakan Karpal Singh)
PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui beliau begitu teruja apabila dihadiahkan sebiji kek yang tertera tiga parti di bawah Pakatan Rakyat sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.
Hadiah kek berkenaan diberikan Pengerusi DAP Karpal Singh, semalam ketika bertandan ke rumah pemimpin parti itu di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang semalam.
Kek yang tertera hiasan logo tiga parti di bawah Pakatan Rakyat itu, tertera tulisan di atasnya, Selamat Hari Ulang Tahun Tuan Guru ke-82.
Dengan perpaduan yang harmoni itu sekaligus membuktikan pakatan kerjasama parti itu tidak pernah goyah walaupun sering disensasikan oleh media terhadap dua orang pemimpin tertinggi dua-dua parti itu.
Menteri Besar Kelantan itu ketika mengenang kembali saat-saat gembira itu berkata, kunjungan pertama kali ke kediaman Karpal Singh memberikan pengertian yang cukup bermakna.
“Saya begitu terkejut di atas penghormatan yang diberikan kepada saya yang langsung tidak saya duga selama ini.
“Saya rasa gembira kerana perasaan Islam fobia langsung tidak wujud khususnya sejak kita sering mengadakan pendekatan yang harmoni bersama mereka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakah dan Harakahdaily di Putik pagi tadi sekembalinya dari Kedah dan Pulau Pinang.
Menurutnya, walaupun beliau dalam keadaan letih kerana mempunyai jadual padat di sebelah utara itu, namun beliau cukup gembira di atas sambutan pimpinan bukan Islam khususnya dari rakan Pakatan Rakyat terutamanya DAP.
Menurutnya, kecaman hubungan baik dengan bukan Islam bukan hanya diterima zaman ini, sebaliknya sejak Rasulullah lagi.
“Andainya bukan jemaah Islam memberikan gambaran baik tentang agama Islam, siapa lagi, nak harapkan Umno?”soalnya.
Katanya, sekarang ini tugas jemaah Islam memperkenalkan kesucian agama itu pada pihak luar disamping akhlak yang ada padanya (Islam).
Katanya, dakwah Islam sering disampaikan pada DAP dan PKR dalam ucapan dan perbincangan, untuk menerima terpulang pada mereka.
(PENUH KECERIAAN ... Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)
KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.
Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.
Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.
Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.
"Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya.
Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.
Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.
Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.
Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi.

R tunggu Awang Adek debat isu royalti
M Faqih, | 28 Jan 2013 |

TG Nik Aziz terharu terima kek harijadi dari Karpal
Salmah Mat Husain, | 28 Jan 2013 |

Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |

Pemuda PAS fokus masalah ekonomi anak muda
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda
PAS Malaysia Nasrudin Hassan berkata pihaknya kini sedang berusaha
merapatkan jurang dengan anak muda yang dilihat semakin menunjukkan
minat untuk bersama-sama dalam perjuangan parti itu.
Beliau, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, pihaknya juga baru-baru ini telah melancarkan Gerakan Selamatkan Ekonomi Negara atau Gesa sebagai kempen untuk mendekati pemuda dan menerangkan punca masalah ekonomi yang dihadapi mereka, khususnya berkaitan sara hidup, pengangguran, keselamatan, pengangguran sosial.
“Dalam menggerakkan Gesa, saya telah diamanahkan sebagai Presiden, yang akan dilancarkan dalam masa terdekat dan menjadi gerakan gelombang anak muda untuk bangkit bersama, mencari alternatif baru dalam menggerakkan ekonomi negara,” kata beliau dalam wawancara bersama Sinar Harian..
Beliau berkata, Pemuda PAS kini memberi fokus khusu kepada golongan pengundi berumur 35 tahun ke bawah.
Golongan ini katanya antara golongan yang berdepan pelbagai masalah khususnya membabitkan soal kewangan kerana dikatakan baru menjengah ke alam sebenar kehidupan.
“Golongan ini baru bermula ke alam pekerjaan, baru berumah tangga, terpaksa mengambil pelbagai jenis pinjaman untuk meneruskan kehidupan,” tegas beliau.
Nasrudin juga berkata pinjaman perumahan dan kereta adalah dua isu utama yang dihadapi golongan ini terutamanya bagi yang bergaji RM3,000 ke bawah.
Perkara itu, katanya, dirumitkan lagi dengan bebanan pinjaman pendidikan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menurut Nasrudin, isu yang melibatkan golongan pemuda di negara ini merentasi kaum dan agama, dan oleh sebab itu, Pemuda PAS telah mengeratkan lagi kerjasama dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS srta rakan-rakan di DAP dan PKR.
Berbicara mengenai peluang PAS di PRU13, Nasrudin berkata beliau lebih berminat untuk terus berkerja keras memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan tidak mahu jentera PAS berasa selesa dengan keadaan yang ada sekarang ini.
“Kami tidak meletakkan parti dalam zon selesa dalam menghadapi PRU. Walau negeri mana pun, kita tidak mahu terlalu yakin kerana meletakkan zon selesa dan terlalu yakin akan memerangkap diri,” tegas beliau.
Beliau juga berkata, pihaknya kini membahagikan pendekatan mereka dengan anak muda kepada segmen usia dan tidak lagi kepada pecahan kaum seperti dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam data mereka sejak sekian lama.
“Pemuda PAS kini mula melihat pola pengundi dari kaca mata usia berbanding dengan data SPR yang memaksa semua pihak untuk memandang pecahan undi daripada sudut kaum,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.
Disember lalu, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru SPR untuk menghentikan tindakan memecah pengundi berdasarkan kaum, kerana ia telah mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan untuk lima dekad yang lalu.
KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang
Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13
(PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan
keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.
Begitu juga menegakkan kerajaan yang adil lagi berkebajikan adalah wajib. Maka sebarang usaha yang boleh membawa kepada tertegak perkara yang wajib itu juga menjadi wajib.
"Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.
"Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali," katanya kepada Harakahdaily.
Atas tujuan itu juga ujarnya, memilih calon-calon bukan Islam di kalangan DAP dan PKR yang bekerjasama dengan PAS dalam konteks PRU13 adalah sangat perlu bagi menyumbang kepada usaha menggantikan sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan amanah pemerintahan dengan kerajaan baru yang lebih berintegriti.
Apa yang jelas katanya, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam PRU13 adalah bertujuan menegakkan kerajaan yang adil dan berkebajikan.
Umat Islam yang sedar tegasnya, tidak akan mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian kepada calon bukan Islam Pakatan Rakyat sehingga melupakan kezaliman dan kemungkaran pemerintah BN sedia ada sejak puluhan tahun.
"Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam," ujar beliau.

Boleh undi calon bukan Islam - Dewan Ulama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan