Selasa, 8 Januari 2013

BILA ORANG TAK PENDULI SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN...TAK PENDULI BALASAN DIAKHIRAT...TAK PENDULI KERJA2 MENGADU DOMBA...MEREKA NI TAK FIKIRAN HIMPUNAN DIPADANG MAHSYAR

TG Nik Aziz ajar doa hadapi ribut Sonamu

Harakahdaily, 07 Jan 2013
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.

Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.

"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki.
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...


(Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia)

Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM) pula mengarahkan semua unitnya khasnya Jabatan Amal bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Mufti Perlis sindir TV3

http://www.ekeleh.com, 07 Jan 2013
MuftiPerlis“amanat hadi dibincang tanpa menjemput hadi sendiri,” tweet dari Juanda Jaya.
Juanda Jaya, Mufti Perlis sindir TV3 kerana hanya berani menjemput mereka yang menghentam TG Hadi tetapi tak berani menjemput TG Hadi mempertahankan diri dalam forum “Amanat Hadi.”
Masih ingat debat olok-olok UMNO-PAS yang dianjurkan UMno sendiri, samalah dengan forum di atas. Lihat video… Baca juga Amanat Mahathir lagi sesat!!

Read more: http://www.ekeleh.com/mufti-perlis-sindir-tv3/#ixzz2HIjtMpCd

Saya buka pejabat 25 jam sehari untuk siasatan - TG Nik Aziz

Rizal Tahir, 07 Jan 2013
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), mengulangi lagi bahawa kerajaan negeri membuka pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat termasuk kes 4,400 hektar tanah yang dimiliki oleh syarikat pemimpin Perak.

Menurutnya, kerajaan negeri tiada masaalah langsung berhubung perkara itu kerana Kelantan sebuah negeri yang sentiasa bersifat terbuka.

Menurutnya, berhubung kes yang didakwa pemberian tanah keapda syarikat yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak itu, beliau memberitahu pegawainya telah menyerahkan fail berkaitan urusan pajakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya beri peluang kepada orang buat apa saja (menyiasat) termasuk melalui suruhanjaya diraja ke, dan saya selalu sebut pejabat saya ni dibuka 25 jam sehari bukan 24 jam,”ujarnya.

Sambungnya, dengan cara itu beliau dapat mengingatkan diri sendiri berhubung amanah sebagai pemimpin disamping pegawainya agar sentiasa mengingati perkara yang sama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di Kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk seri Mustapha Mohamed yang mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi mengatasi berhubung penjelasan kerajaan negeri tentang pajakan tanah yang membabitkan syarikat dari Perak itu.

Mustapha dalam media dua hari lalu dilaporkan berkata masih terlalu banyak persoalan tidak dijawab kerajaan negeri termasuk kemusykilan apakah pemimpin DAP terbabit mendapat keistimewaan tertentu daripada PAS.

Tuan Guru seterusnya turut mengulangi, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk dibawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan palsu berkaitan isu pajakan tanah tersebut dan sudahpun mengarahkan pegawainya mengambil tindakan itu.

PAS akan pohon injunksi halang projek Rapid

Anis Nazri, 07 Jan 2013

(Sidang media Salahudin dan rakan-rakannya di Pejabat Agung PAS hari ini)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Membela Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) akan memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) Pengerang diteruskan.

Pengerusi Mantap, Salahuddin Ayub berkata permohonan injunksi itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Selain itu, satu siasatan perlu dilakukan memandangkan terdapat pihak yang menerima kesan hasil projek tersebut.

Salahuddin berkata, ini kerana projek Rapid itu dikaitkan dengan isu kematian tiga sekeluarga di Kampung Jawa, Pengerang yang membunuh diri minggu lalu.

Katanya, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar kematian tiga beranak itu yang dipercayai akibat tekanan perasaan.

“Satu jawatankuasa khas mesti ditubuhkan siasat apa punca sebenar kematian tiga beranak itu supaya mereka dapat pembelaan sepenuhnya,” tegas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin turut mendedahkan proses penggalian semula dan pemindahan kubur di empat perkampungan yang disifatkan beliau tidak dilakukan mengikut prosedur.

Sebaliknya, kata Naib Presiden PAS itu, ia melanggari prosedur sepatutnya yang menimbulkan kemarahan kepada waris si mati dan penduduk.

Beliau mendakwa kontraktor yang bertanggungjawab memindahkan kubur tersebut sanggup melanggar prosedur untuk mengejar habuan kontrak RM8,000 bagi satu kubur.

Tambah beliau, kontraktor di bawah kelulusan kerajaan negeri Johor melakukan kerja tersebut secara senyap-senyap tanpa kehadiran pihak berkuasa.

“Proses pemindahan sepatutnya dilakukan di bawah pemantauan polis, pejabat agama, dan waris. Namun sepanjang proses pihak yang sepatutnya memantau tidak dimaklumkan kontraktor dan ini satu pelanggaran prosedur yang serius,” katanya.

Sehubungan itu, PAS bertindak merujuk kepada Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin mengenai perkara tersebut dan mendapat maklum balas yang positif.

Difahamkan, mufti turut tidak berpuas hati dengan pengendalian mayat tersebut, serta memohon untuk menangguhkan proses tersebut.

Antara kawasan perkuburan yang terjejs ialah Tanah Perkuburan Kampung Sungai Rapat, Kampung Jawa Darat, Kampung Jawa Laut, dan Kampung Sebong.

Guru Pasti P Pinang terima sumbangan awal tahun

Mohd Sabri Said, 07 Jan 2013
BUKIT MERTAJAM: Guru Pusat AsuhanTunas Islam (Pasti) seluruh Pulau Pinang dianugerahkan RM600 seorang sebagai bonus awal tahun 2013.

Justeru, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Yusni Mat Piah berkata, pihaknya merasa sangat bertuah kerana mempunyai guru Pasti yang cukup kental walaupun diduga dengan kesukaran ekoran kekurangan kelengkapan pengajaran.

“Semoga dengan pemberian wang dari Pasti dan Dewan Pemuda PAS negeri bernilai RM150 ribu itu dapat membantu serta menyemarakkan lagi semangat kerja dalam pasukan.

"Guru Pasti harga yang bernilai bagi PAS. Tanpa pengorbanan mereka anak kita tidak mengenali apa itu awalan Islam," tegasnya ketika berucap pada majlis yang diadakan di Kompleks An-Nadhoh, Penanti semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah Pasti negeri, Nazarudin Awang Hamat dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudin.

Guru Pasti yang ditemui rata-rata gembira dengan pemberian itu dan bertekad meneruskan usaha murni memberikan pembelajaran kepada anak bangsa.

Sarimah Ibrahim dari Pasti Kubang Semang, Permatang Pauh berkata, pemberian itu menyuntik semangatnya untuk bertugas dengan lebih tekun lagi pada tahun ini.

Walaupun pemberian itu bukan sandaran, ujarnya namun dapat memberikan harapan baru bahawa guru Pasti tidak diketepikan.

Hasnah Hasan yang bertugas di Pasti An-Najmie, Pongsu Seribu menyifatkan pemberian itu dapat membantu para guru Pasti menyediakan peralatan persekolahan anak-anak.

Pemberian itu juga kata beliau yang bertugas selama 13 tahun, memberi kekuatan kepada guru Pasti untuk bersama-sama memajukan Pasti masing-masing pada tahun ini.

MPPUIA desak kaji semula syarat rebat RM200

Harakahdaily, 07 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Ada syarat yang sangat membebankan pengguna telefon pintar iaitu semua pelanggan dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih.
Demikian luahan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIA), Muhammad Hamidi Zamri berhubung rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar.

Begitupun, beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berbesar hati meluluskan rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar kepada belia berusia 21 bhingga 30 tahun dalam Bajet 2013.

“Mahasiswa di IPTA/IPTS juga tidak terlepas dari menikmati rebat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini juga, kabinet telah mendengar suara belia untuk membuka tawaran rebat RM 200 kepada semua jenis telefon pintar, bukannya terhad kepada telefon pintar yang berharga RM500 ke bawah sahaja.

“Namun demikian, apabila kami meneliti syarat-syarat yang dikemukakan, kami mendapati ada syarat yang sangat membebankan pengguna telefon pintar iaitu semua pelanggan dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan mereka menuntut rebat ini,” ujarnya.

Malah, kata beliau ada sesetengah penyedia perkhidmatan mewajibkan pelanggan untuk terikat dengan kontrak perjanjian selama setahun untuk menikmati rebat ini.

Beliau berkata, MPPUIA akui bahawa penggunaan aplikasi telefon pintar akan terbatas tanpa liputan internet, namun demikian perkara itu akan dapat diatasi apabila kebanyakan kampus IPTA/IPTS dan juga restoran-restoran ada menawarkan wifi percuma kepada pelajar dan pelanggan mereka.

Katanya, oleh kerana mahasiswa di IPTA/IPTS bukanlah golongan yang berpendapatan, pihaknya mendesak agar syarat mewajibkan langganan internet ini dikaji semula kerana ternyata ianya akan membebankan mahasiswa yang terpaksa membayar komitmen bulanan untuk menikmati rebat RM200 itu.

“Kami yakin bahawa kerajaan Malaysia sangat prihatin dengan kebajikan rakyat. Janganlah kerana kesenangan sementara, menyebabkan kami terpaksa menanggung kepayahan yang berpanjangan,” katanya lagi.

Muslimat PAS arah ahli, pimpinan sertai HKR 12 Jan

Saidah Hairan, 07 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff menyeru seluruh ahli PAS khususnya ahli dan pimpinan Muslimat serta Pakatan Rakyat turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Sabtu nanti.

Menurut beliau, himpunan aman itu amat penting bagi menyatakan hasrat rakyat untuk menuntut hak mereka supaya diadakan pilihan raya yang bersih dan adil pada Pilihan raya Umum ke-13.

"Kita mahu pastikan sebelum pembubaran parlimen tuntutan kita mesti ditunaikan termasuk senarai daftar pemilih yang bersih," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mengatakan lapan isu yang dituntut ialah memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda; pendidikan percuma untuk rakyat; menuntut selamatkan kampung warisan dan kampung tradisi.

Tambah beliau, rakyat juga tuntut selamatkan Felda dengan pelbagai isu yang melanda; hentikan merancuni alam sekitar seperti projek Lynas dan Pengerang kerana ia memberi kesan pada alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Katanya rakyat juga menuntut hak supaya kerajaan BN mengembalikan royalti minyak khususnya negeri yang berhak mendapatkan royalti serta pembebasan terhadap semua tahanan ISA.

Beliau menegaskan isu tersebut merupakan isu rakyat yang berkaitan dengan kepentingan rakyat maka seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mesti bangkit bersama-sama ke Stadium Merdeka.

"Kita menuntut hak kita sebab kita mahu perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan BN," tegasnya.

Himpunan tersebut tambah beliau bermula jam 2 hingga 5 petang tetapi seluruh rakyat perlu datang lebih awal bagi mengelak segala kemungkinan.

Tiada ulasan: