10 kejayaan besar HKR112
-, | 16 Jan 2013 |
Walaupun musuh Pakatan Rakyat mencemuh, melemparkan pelbagai kritikan, tuduhan dan pandangan negative terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari lalu, namun bagi mereka yang berfikiran rasional, objektif dan terbuka akan mendapati sekurang-kurangnya ada 10 kejayaan Himpunan tersebut, iaitu:
+ Runtuhnya rasa takut rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka, menentang ketidakadilan, perkauman, rasuah, nepotisme, penipuan dalam pilhan raya dan pelbagai lagi.
+ Bukti kemampuan rakyat untuk berhimpun secara aman dan tertib, malah meriah seperti pesta rakyat. Ini berlaku kerana tidak ada sebarang ptovokasi. Untuk itu tahniah kepada penganjur, NGO-NGO, parti-parti politik, tokoh dan pemimpin masyarakat yang bekerja keras mendorong hingga terlaksananya Himpunan itu secara aman.
+ Hilangnya kridibiliti dan pengaruh media tradisional Umno yang tidak henti-hentinya menaburkan fitnah bahawa kononya Himpunan ini akan menyusahkan rakyat dan peniaga, memberikan gambaran buruk terhadap negara dan pelbagai lagi.
+ Runtuhnya fahaman perkauman yang sentiasa dihembuskan oleh golongan tertentu untuk mencapai keuntungan politik murahan mereka. Dalam Himpunan itu, pelbagai kaum – Melayu Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Orang Asal dan pelbagai golongan lagi berhimpun dengan satu matlamat untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan demokratik. Mereka sama-sama menentang perkauman, diskriminasi, rasuah, nepotisme dan lain-lain.
+ Isyarat jelas bahawa semakin ramai rakyat mahukan perubahan – dari sebuah pemerintahan yang sedemikian rupa seperti sekarang – kepada pemerintahan yang adil dan demokratik, perjalanan pilihan raya yang bersih dan telus.
+ Isyarat jelas bahawa rakyat benci dengan suasana yang ada sekarang di mana segelintir para kroni membolot segala peluang ekonomi, menyebabkan mereka hidup bermewah-mewah, sedangkan hidup rakyat bawahan sentiasa dibelit oleh kesusahan - harga barangan keperluan yang terus menerus meningkat dan belanja sara hidup terus melonjak.
+ Generasi baru yang berjumlah kira-kira 40 peratus yang menyertai Himpunan itu menggambarkan bahawa generasi ini menuntut perubahan politik, ekonomi, pendidikan dan pelbagai lagi dalam PRU akan datang. Generasi baru ini juga menentang perkauman dan fahaman agama yang sempit.
+ Isyarat tewasnya media tradisional milik Umno/BN di tangan media alternative yang jauh lebih advance dalam melaporkan berita dan rencana, foto-foto dan ulasan bersifat terkini, sedangkan media tradisional masih dengan gaya lama – umpamanya menggelapkan berita dan rencana mengenai kebangkitan rakyat.
+ Kejayaan luar biasa Himpunan adalah manifestasi bahawa media alternative sangat berpengaruh dalam mengundang rakyat ke Himpunan tersebut hingga kehadiran rakyat sangat luar biasa.
+ Memberi kefahaman baru kepada pelbagai pihak bahawa kebangkitan rakyat bukan sesuatu yang negative, tetapi positive dan kebangkitan ini tidak boleh dibendung lagi. Sebab itu pelbagai golongan masyarakat – pelajar, profesional, ahli korporat, artis, bekas pegawai tinggi kerajaan dan swasta, buruh dan petani serta pelbagai menyertai Himpunan itu.
Adapun kejayaan luar biasa Himpunan tersebut ialah hasil perjuangan panjang dan getir rakyat hingga tergubalnya Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 lebih setahun lalu itu.
Memang benar seperti kata Pengarah Himpunan itu, Haji Mohamad Sabu bahawa jelas sekali APA 2012 adalah atas desakan dan tuntutan rakyat yang tidak kenal erti penat dan patah semangat dalam memastikan hak kebebasan bersuara di negara ini didengar oleh pemerintah.
"Ia melalui perjuangan rakyat, bukan kerajaan sengaja nak beri. Untuk mendapatkan perhimpunan ini, rakyat terpaksa melalui perjuangan yang panjang. Akta ini diperoleh kerana perjuangan rakyat, bukan ihsan daripada pemerintah," katanya.
Di samping itu, pada pendapat saya, dengan begitu ramai jumlah orang Melayu yang menyertai Himpunan tersebut menunjukkan mereka yang mahukan perubahan semakin ramai. Bagaimanapun yang menyertai Himpunan itu terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
Saya menyaksikan bagaimana seorang Cina memberikan payung kepada sekeluarga Melayu di tengah padang Stadium tersebut, di samping seorang Melayu memberikan selendang kuning Tuntutan Rakyat kepada seorang lelaki Cina yang berdiri di suatu sudut yang lain dalam stadium itu.
Di luar stadium kelihatan orang Melayu dan Cina berjalan beriringan dan berbual ketika masuk Stadium dari Jalan Sultan, dari Pasar Seni, dari Masjid Negara dan dari tempat berkumpul yang lain. Demikian juga ketika mereka pulang, betrjalan bersama, saling memberikan minuman yang dijual di tepi Stadium.
Apa erti semuanya ini kalau bukan sebuah ikatan mesra yang tulin pelbagai kaum untuk menuntut perubahan. Ini bukan sebuah lakonan, tetapi sebuah realiti. Mereka tidak diupah dengan wang, bas percuma dan makanan percuma, tetapi mereka datang dengan belanja sendiri.
Jelas Himpunan itu tidak ada jeritan dan tuntutan perkauman, tetapi suara yang padu mahukan perubahan. Ia datang dari hati rakyat prihatin yang sangat sedar.
Mereka telah membenamkan isu perkauman yang berbisa, isu agama yang sempit. Juga mereka telah membenamkan isu-isu berbentuk fitnah, tuduhan jahat dari musuh Pakatann Rakyat.
Inilah natijah dari Himpunan tersebut, sebuah mesej yang sangat jelas, Namun begitu jalan ke Puterajaya masih penuh dengan cabaran, bagaimanapu dengan keazaman yang kuat, destinasi itu akan sampai juga akhirnya.
* Abd Shukur Harun boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com
Kesal UUM dan Umno jauhkan diri dari Syarifah Zohra
Harakahdaily, | 16 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak melahirkan kekesalan mereka terhadap sikap Umno dan pihak berkuasa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang cuba mencuci tangan dengan apa yang berlaku dalam video kontroversi antara Sharifah Zohra Jabeen dan Bawani (gambar).
Bagi mereka, tindakan ini tidak bertanggungjawab dan cuba untuk melepaskan diri ekoran kekalutan yang berlaku selepas video itu tersebar.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau, Teo Kok Seong dalam kenyataannya turut menyesali sikap BN dan UUM itu.
Video yang menunjukkan sikap angkuh Pengerusi Kelab Wanita 1 Malaysia (KW1M) Sharifah Zohra terhadap seorang pelajar kini menjadi video paling hangat di Malaysia.
Sehingga kini, lebih setengah juta iaitu 560,505 telah menonton video ini.
Namun 6,603 dari mereka menyatakan tidak suka dengan kandungannya.
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya hanya menyediakan dewan sahaja untuk program yang dianjurkan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M).
Oleh itu, adalah tidak adil mengaitkan UUM dengan apa yang berlaku dalam forum itu, katanya sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina, China Press.
"Kalau pemimpin BN kata forum tersebut tiada kaitan langsung dengan mereka saya rasa tidak ada pihak akan percaya," kata Teo Kok Seong dalam satu kenyataan medianya.
Selain itu, kalau pihak UUM kata tiada kaitan dengan forum tersebut, "saya ingin menanya siapakah yang meluluskan dan memberi kebenaran kepada NGO tersebut untuk mengadakan forum 'seiringkan mahasiswa dan politik' di dalam kampus UUM?"
Daripada video tersebut, semua dapat lihat betapa hebat penalis "NGO" ini mempertahankan Kerajaan Barisan National serta menyerang dan mengutuk Bersih sehingga mendakwa Datuk Ambiga dan Bersih cuba mencetuskan arnaki.
"Ini semua merupa fitnah yang jahat, dan ia sengaja dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap ini untuk mencetuskan kebencian mahasiswa terhadap Bersih dan Datuk Ambiga," katanya.
Beliu juga percaya kalau tiada pihak atasan yang beri kebenaran ataupun "green light", forum tersebut tidak akan dapat dijalankan dengan begitu lancar.
"Janganlah pihak berkuasa UUM kata forum tersebut tidak diketahui sehinggalah video clip pertikaman lidah tersebut terbongkar di youtube dan facebook," kata Teo Kok Seong lagi.
Klik untuk lihat video itu.
Puluhan terbunuh dalam letupan di Universiti Aleppo
Terjemahan Mohamad Yahya, | 16 Jan 2013 |
SYRIA: Dua letupan berlaku di Universiti Aleppo di utara Syria, membunuh lebih daripada 80 orang, lapor sumber-sumber rasmi dan aktivis pembangkang.
Terdapat laporan yang bercanggahan tentang punca sebenar letupan Selasa lalu, dengan kerajaan dan puak pembangkang menyalahkan antara satu sama lain.
Letupan tersebut membakar kereta-kereta dan meruntuhkan dinding luar asrama.
Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di UK memetik pelajar dan pegawai perubatan sebagai berkata bahawa 83 orang terbunuh dalam letupan berhampiran asrama universiti.
Lebih daripada 150 orang cedera, beberapa daripada mereka dalam keadaan kritikal, lapor kumpulan itu, tanpa memberikan butiran mengenai punca letupan.
Aktivis anti-rejim yang lain pula berkata peluru berpandu yang dilancarkan oleh jet kerajaan menyebabkan letupan tersebut.
Seorang saksi memberitahu Al Jazeera bahawa beliau melihat bom-bom dijatuhkan di tempat kejadian.
Sementara itu, televisyen kerajaan berkata dua roket disasarkan ke universiti, membunuh pelajar-pelajar dan mereka yang melarikan diri dari berjuang di tempat lain dan mengambil perlindungan di kawasan kampus.
Televisyen kerajaan menyalahkan kumpulan pejuang untuk serangan tersebut.
Ops Tampal Jalan seluruh Selangor
Harakahdaily, | 16 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Selangor dengan kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan
menjalankan Ops Tampal Jalan di semua jalan di negeri itu termasuk jalan
persekutuan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam tempoh 1 sehingga 15 Januari lalu, sepanjang 56,642 meter persegi jalan rosak telah dibaiki di seluruh negeri.
“Banyak kerja-kerja ini masih berjalan dan akan diteruskan selagi aduan diterima daripada rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya rakyat Selangor digalakkan membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824 atau menghubungi talian-talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing.
Menruutnya, setiap aduan akan diambil tindakan segera dan setiap aduan akan direkodkan untuk kita mengambil tindakan susulan.
“Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu kemudahan awam untuk keselesaan bersama,” ujarnya.
Beliau berkata, Kerajaan Selangor prihatin dengan keluhan dan aduan rakyat terhadap keadaan jalan yang menjejaskan keselesaan rakyat.
Justeru, kata beliau kerajaan negeri menjalankan operasi itu termasuklah membaiki jalan persekutuan yang sepatutnya dibaiki oleh kerajaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: PAS akan menghimpunkan semua
tokoh-tokoh yang menyertainya sejak kebelakangan ini dalam satu himpunan
perdana awal Februari nanti.
Program yang akan berlangsung setengah hari itu akan diadakan pada pada 3 Febuari depan di Hotel De Palma Ampang.
Menurut Pengarah program Salahuddin Ayub, tujuan himpunan itu adalah untuk meraikan semua tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS sama ada mereka daripada bekas tokoh politik, agamawan, ekonomi, budayawan, akademik, profesional, wanita, belia mahasiswa dan artis yang telah mengisytiharkan pendirian mereka menyokong perjuangan bersama PAS.
Malah katanya, golongan ini telah memberi sumbangan mereka ke arah memperkukuhkan perjuangan PAS bersama Pakatan Rayat yang kini begitu penting dalam memposisikan PAS dalam PRU-13 nanti.
Mereka ini, jelas Salahuddin akan memberikan ucapan mewakili entiti masing-masing dan menyatakan komitmen mereka memberi sokongan kepada PAS.
"Mereka adalah tetamu kehormat yang akan diraikan oleh Mursyidul Am PAS dan Presiden sebagai membuktikan betapa PAS menghargai sokongan mereka," katanya.
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut serta dalam program itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam tempoh 1 sehingga 15 Januari lalu, sepanjang 56,642 meter persegi jalan rosak telah dibaiki di seluruh negeri.
“Banyak kerja-kerja ini masih berjalan dan akan diteruskan selagi aduan diterima daripada rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya rakyat Selangor digalakkan membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824 atau menghubungi talian-talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing.
Menruutnya, setiap aduan akan diambil tindakan segera dan setiap aduan akan direkodkan untuk kita mengambil tindakan susulan.
“Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu kemudahan awam untuk keselesaan bersama,” ujarnya.
Beliau berkata, Kerajaan Selangor prihatin dengan keluhan dan aduan rakyat terhadap keadaan jalan yang menjejaskan keselesaan rakyat.
Justeru, kata beliau kerajaan negeri menjalankan operasi itu termasuklah membaiki jalan persekutuan yang sepatutnya dibaiki oleh kerajaan Persekutuan.
PAS himpun semua tokoh baru dalam 'Ummah Bersama PAS'
Salmiyah Harun , | 16 Jan 2013 |
Program yang akan berlangsung setengah hari itu akan diadakan pada pada 3 Febuari depan di Hotel De Palma Ampang.
Menurut Pengarah program Salahuddin Ayub, tujuan himpunan itu adalah untuk meraikan semua tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS sama ada mereka daripada bekas tokoh politik, agamawan, ekonomi, budayawan, akademik, profesional, wanita, belia mahasiswa dan artis yang telah mengisytiharkan pendirian mereka menyokong perjuangan bersama PAS.
Malah katanya, golongan ini telah memberi sumbangan mereka ke arah memperkukuhkan perjuangan PAS bersama Pakatan Rayat yang kini begitu penting dalam memposisikan PAS dalam PRU-13 nanti.
Mereka ini, jelas Salahuddin akan memberikan ucapan mewakili entiti masing-masing dan menyatakan komitmen mereka memberi sokongan kepada PAS.
"Mereka adalah tetamu kehormat yang akan diraikan oleh Mursyidul Am PAS dan Presiden sebagai membuktikan betapa PAS menghargai sokongan mereka," katanya.
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut serta dalam program itu.
Tokoh-tokoh hebat di HKR #KL112
http://www.ekeleh.com, | 15 Jan 2013 |
Kelibat tokoh-tokoh hebat bersama meraikan HKR #KL112 lalu.
Tokoh-tokoh hebat ulama Islam Malaysia masakini yang bersetuju dengan
penganjuran HKR untuk menjatuhkan kerajaan korup sedia ada.
Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari (HKR112) yang berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu lalu terus menjadi bualan ramai di mana-mana, tidak ketinggalan diperdebatkan dengan hangat di laman sosial. Maknanya, kesan kepada kepada perhimpunan raksasa itu tidak terhenti setakat 12 Januari sahaja.
Segala persoalan telah bahaskan. Daripada perhimpunan paling aman hinggalah kepada jumlah ratusan ribu yang hadir, semuanya diperkatakan. Cuma saya melihat satu fenomena baru yang belum disentuh ialah pertama kali orang-orang Melayu berebut-rebut membeli akhbar berbahasa Cina.
Itulah yang saya perhatikan pada pagi-pagi hari Ahad yang lalu iaitu sehari selepas HKR.
Saya pasti, lebih 95 peratus orang Melayu yang membeli akhbar itu tidak pandai membaca bahasa Cina. Tetapi mereka mahu menyaksikan gambar-gambar sepanjang HKR yang disiarkan. Ibarat kata “satu gambar bersamaan dengan 1,000 perkataan,” itulah yang mereka buat penilaian.
Kenapa berlaku seperti itu?
Sudah tentu kerana mereka mahu mendapatkan gambaran sebenar perhimpunan HKR112 di Stadium Merdeka itu. Hasrat tersebut pastinya datang berikutan laporan negatif media arus perdana. Umpamanya, seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam HKR tersebut, berita di TV3 pukul 1.30 tengahari 12 Januari itu mengatakan HKR gagal kerana hanya 383 orang yang hadir!
Sementara dua akhbar utama berbahasa Melayu milik syarikat berkaitan Umno pada pagi itu hanya menyiarkan gambar orang Melayu berebut-rebut beras dalam satu program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Manakala komen-komen tentang HKR yang ditulis oleh kolumnis-kolumnis dua akhbar mesra Umno itu ternyata merupakan ‘ulasan dari jauh’ digambarkan melalui kaca mata yang prejudis.
Berdasarkan pemerhatian saya, nampaknya dalam dunia moden hari ini, maklumat tidak boleh lagi disekat sama sekali. Ibarat aliran air yang mengalir deras, disekat macam manapun ia tetap akan mengalir juga walaupun terpaksa merempuh tebing dan batu. Itu hukum alam.
Jadi usaha menutup maklumat tampak taktik yang ketinggalan, justeru tidak dihiraukan lagi oleh rakyat Malaysia. Bagi yang mendapat capaian internet pula, gambar-gambar peristiwa HKR sudah lebih awal dapat ditonton terutama menerusi laman sosial Facebook.
Pada hemat saya, ada kemungkinan pihak think-tank Najib sedar dengan ‘gelora’ kehendak rakyat yang mahukan maklumat sebenar itu. Barangkali itulah sebabnya kelmarin Najib tiba-tiba muncul mengucap tahniah kepada penganjur HKR. Walaupun himpunan tersebut dikaitkan dengan tranformasi pemerintahannya dan kejayaan testimoninya!
Ada juga yang terkejut dengan kenyataan Najib kerana ia bercanggah dengan ulasan media proBN dan seorang menteri yang biasanya muncul mengulas setiap kali selepas perhimpunan besar.
Selain akhbar berbahasa Cina, barangkali hanya Sinar Harian yang melaporkan HKR agak positif apa yang berlaku.
Rasanya, penganjur HKR tidaklah mengharapkan pujian daripada media mesra Umno kerana kita semua tahu dari pemimpin hinggalah ke peringkat akar umbi, bagaimana sikap mereka terhadap Pakatan Rakyat (PR). Bagi rakyat, cukuplah sekadar melapor apa yang sebenarnya terjadi tanpa spin berita.
Apa yang kita khuatir, penipuan itu berbalik kepada otak dan pemikiran orang Melayu juga terjejasnya. Kita tahu akhbar Cina walaupun kepunyaan pemilik proBN, tetapi selalu melaporkan yang sebenar. Kenapa? Kerana mereka tidak mahu memperbodohkan bangsa sendiri.
Akan tetapi media mesra Umno nampaknya tidak mengendahkan tentang ‘hukum sebab dan akibat’ itu. Tanpa disedari, hasutan-hasutan yang dijana dan disemai selama inilah yang membuatkan tumbuhnya budaya samseng, seperti menyembur cat merah kepada bas jelajah merdeka, demonstrasi yang pernah dihadapi Mohamad Sabu dulu, provokasi dalam aktiviti Pakatan Rakyat (PR) dan lahirnya NGO-NGO ekstrem.
Trend ini tidak boleh dinafikan selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
Kita faham itu semua politik. Tetapi kita dapati kaum Cina juga berpolitik tetapi tidak sampai merosakkan pemikiran bangsanya. Tetapi penguasa Melayu berpolitik menyebabkan pemikiran bangsanya semakin mundur.
Kita ambil satu contoh, isu Amanat Haji Hadi. Ia peristiwa yang berlaku pada 1981. Setiap kali ditimbulkan Umno, setiap kali itulah PAS mengajak bersemuka minta diselesaikan melalui muzakarah atau debat atau dialog. Tetapi setiap kali itulah juga Umno akan mengelak. Tetapi isu itulah yang akan tetap diulang-ulang oleh media mesra Umno apabila menjelang pilihan raya.
Berbalik kepada HKR tadi, pada masa ini di laman sosial sudah ramai yang mula bertanya: “Apa lagi selepas HKR?”.
Pertanyaan tersebut sudah tentulah datangnya daripada mereka yang tidak mahu bermaharajalela budaya ‘syok sendiri’ pasca HKR. Bersemangat untuk menumbangkan kerajaan zalim, tetapi ketandusan idea untuk melakukan gerak kerja ke arah kemenangan pilihan raya.
Rakyat sudah bersedia, bagaimana parti-parti PR?
Hakikatnya ialah, mereka sudah bertanya apa gerak kerja yang perlu dilakukan bagi menyemarakkan lagi seruan kebangkitan rakyat dalam tempoh 100 hari menjelang PRU13.
Tokoh UMno Mahathir hari ini berkata HKR
untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Tak payah Che Det sebut, orang
semua dah tahu sememangnya HKR nak menjatuhkan kerajaan sedia ada!! Cuma
caranya melalui peti undi.
Laman sosial tanya ‘apa lagi selepas HKR112’
Khairil Abdul Rahim, | 16 Jan 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan