Rabu, 23 Januari 2013

NI ZAMAN TELANJANG MENELANJANGI...ZAMAN MENUNJUKAN KEBODOHAN DIRI...ZAMAN MENUNJUK PANDAI...TAPI SEMUA NAK TUNJUK KEHEBATAN MASING2

Janji Najib: Jangan ingat rakyat Kelantan tak tahu

Hazayani Zakaria, 21 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan agar tidak terlalu kerap mengulangi janji lama semata-mata untuk memenangi hati rakyat Kelantan.

Menyifatkan pengumuman tujuh janji kepada rakyat Kelantan semalam sebagai sudah terlambat, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman berkata ia hanya untuk kepentingan politik Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas khusus mengenai tuntutan royalti minyak Kelantan, Nazri berkata, Najib hanya mengulang semula janji mengenai sebuah jawatankuasa khas yang sudah diumumkan pada Ogos lalu.

"Terima kasih kerana Perdana Menteri listen listen listen hasrat hati rakyat.

"Tetapi penubuhan jawatankuasa tersebut sudah diumumkan pada bulan Ogos lalu. Tak perlu PM umum sekali lagi kerana rakyat sudah tahu.

"Pengumuman ini hanya untuk kepentingan politik sebab sudah dekat PRU dan untuk meredakan kemarahan rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau bagaimanapun merakamkan ucapan terima kasih kepada Najib kerana mengakui perjuangan R menuntut hak rakyat Kelantan.

"Terima kasih kerana PM sebut dengan jelas dalam ucapannya semalam mengenai peranan R.

"Ini menunjukkan apa yang dilakukan R ada asasnya," katanya.

Menyentuh mengenai janji Najib untuk membina stadium baru, Nazri yang juga pengurus di Perbadanan Bandar Baru Tunjung, sebuah anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan berkata, ia sudah terlambat.

"Saya sudah ditugaskan untuk menjadi pelaksana projek pembinaan stadium yang bekerjasama dengan sebuah syarikat dari China.

"Kerajaan negeri sudah ada tanah dan projek sudah dilaksanakan. Kalau kerajaan persekutuan nak buat, buatlah tapi kami sudah memulakan projek stadium itu," katanya lagi.

Tambah beliau juga, tidak guna Najib banyak berjanji kerana Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010) belum mampu dilaksanakan.

"Najib berjanji lagi untuk (janji) bina lebuh raya. Sejak RMK ke-5 lagi berjanji tapi tak buat juga.

"Rakyat Kelantan sendiri sudah kumpul duit dan akan buat sendiri lebuh raya kita," katanya.

Projek yang diumumkan Najib merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Najib diminta tepati janji lama dulu

Harakahdaily, 21 Jan 2013

(Mana royalti kami....banner besar menyambut kedatangan Najib ke Kelantan)

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih wajar menepati janji kerajaannya untuk membina Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu dari membuat janji baru.

Ini kerana, Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010).

Demikian kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulas janji Perdana Menteri semasa lawatan ke Kelantan kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek terbabit merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Najib berkata, tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti.

"Sudah hampir 26 tahun namun tidak dilaksanakan, tak malukah? datang ke Kelantan berjanji akan hal telah termaktub dalam RMK?

"Enam perkara lagi anda fikirlah sendiri logik ke tidak akan laksanakan setelah perkara pertama pun diabaikan," tulis Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dalam facebooknya.

Semasa melawat Kelantan kelmarin, Najib telah disambut dengan banner besar bagi mengingatkan beliau tentang janji BN sebelum ini. (gambar atas)

Ia dinaikkan oleh NGO 'R' yang memperjuangkan royalti untuk rakyat Kelantan.

Bersihkan daftar pemilih sebelum PRU!

che’GuBard, 21 Jan 2013
Dijumpai dalam YouTube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah.

Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara kepada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.

(LINK YOUTUBE klik http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=IUsC3SMubDk)

Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk, wajah – wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu.
Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih.

Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk.

Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara.

Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata.

Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau.

Memetik semula kata – kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia  menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan.
Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini.

Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya.

Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor.

Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkuasa mula menjual kedaulatan seluruh negara.

Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa.

Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disuruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya lahir dan mati di sini.

Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka. Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia.

Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas.

Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan mencetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa.

SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU. Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai.

Bangkit, Bangkit, Bangkit! Selamatkan negara.


Solidariti Anak Muda Malaysia
Bank Islam buat laporan polis terhadap Azrul
 
Bank Islam membuat laporan polis terhadap ketua ekonomisnya Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.

Laporan oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.

NONE"Encik Azrul yang tidak mempunyai akses dan autoriti terhadap dokumen tersebut telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran," dakwa Jamilah.

Dalam laporan bertarikh 18 Januari itu, beliau juga mendakwa Azrul menyalin dokumen "sulit dan sensitif" terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak terbabit.

Azrul bagaimanapun ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan terbabit.

Polis juga setakat ini masih belum menghubunginya mengenai siasatan berkaitan dakwaan tersebut, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

NONE"Saya tidak maklum mengenai laporan polis yang didakwa dibuat Jumaat lalu jadi saya tidak boleh komen," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.
Laporan polis berkenaan dikesan diterbitkan semula di beberapa blog hari ini.
Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad (gambar atas) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dari Bank Islam tersebut.
Satu kenyataan yang diperolehi Bank Islam pada petang ini turut mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat pada 18 Januari dan bank tersebut turut membuat satu lagi laporan polis hari ini.
Gereja lapor polis risalah 'rancang' bakar Bible versi BM
 
Sebuah gereja Kristian di Butterworth membuat laporan polis hari ini selepas menerima risalah yang menyatakan bahawa akan ada satu "acara" untuk membakar Bible versi Bahasa Malaysia pada jam 10 pagi Ahad ini.

Risalah itu menjemput orang ramai menghadiri acara itu di hadapan Dewan Ahmad Badawi di padang Majlis Perbandaran Bagan Luar di Butterworth.
Risalah bersaiz A4 itu ditinggalkan dalam kotak surat gereja berkenaan.

Laporan tersebut dibuat oleh Rev John Kennady dari Gereja Aglican St Marks, Butterworth, di balai polis Butterworth pada jam 3 petang tadi.

Tidak dapat pasti sama ada risalah itu satu penipuan kerana ia tidak ditandatangani dan tidak menyatakan siapa penganjur acara yang dikatakan itu.

"Saya melihat risalah itu pagi ini dan memberitahu Bishop Ng Moon Hing. Kemudian saya membuat laporan polis," kata Kennady ketika dihubungi Malaysiakini.

"Pihak polis memberi berkerjasama. Mereka mengambil dokumen itu, dan berkata mereka akan menyiasatnya, dan juga memeriksa untuk mencari cap jari.

"Mereka juga berkata mereka akan meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar gereja. Polis mengambil serius perkara itu kerana ia adalah isu sensitif," tegasnya.

Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi lewat petang ini memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang sama ada menyebarkan khabar angin atau terlibat dalam acara yang dikatakan dirancang untuk membakar Bible versi Bahasa Malaysia.
PKR mahu Noh perjelas projek usahawan di Tg Karang
 
PKR menggesa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan mengenai Skim Projek Pembangunan Usahawan di Tanjung Karang yang didakwanya menyebabkan kerugian besar kepada peserta di kawasan tersebut.

Biro Kepenggunaan PKR Yahya Sahri mendakwa peserta berkenaan melaburkan sebanyak RM408,000 sejak dua tahun lalu, namun gagal mendapat pulangan daripada projek yang didakwanya di bawah seliaan kementerian tersebut.

Beliau mendakwa, peserta berkenaan menyertai skim tersebut dengan pinjaman yang dikeluarkan pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara), Yayasan Tekun Nasional (Tekun), Bank Rakyat dan Agro Bank.

Namun, dakwanya, peserta berkenaan kini dikenakan tindakan undang-undang oleh agensi kewangan terbabit kerana syarikat yang mengendali projek tersebut didakwa tidak melunaskan bayaran ansuran pinjaman seperti yang dijanjikan.

"Akaun pinjaman telah tertunggak lebih setahun dan tuntutan saman berjumlah purata RM17,000 untuk seorang peserta.

"Peserta telah beberapa kali cuba menemui pihak pengurusan (syarikat) serta menghubunginya tetapi talian telefon sudah tidak aktif," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, projek di Tanjung Karang itu melibatkan 34 pelabur dalam projek tanaman nenas dan 100 orang lagi yang melabur dalam projek ternakan lintah.

Dalam sidang media yang turut dihadiri beberapa peserta berkenaan, Yahya berkata mereka turut menuntut agar pihak berkuasa bertindak ke atas agensi kerajaan terlibat.

Menurutnya, bironya dapat merasai keperitan peserta yang terpaksa menanggung susah kerana terpaksa menanggung hutang yang tidak sepatutnya.

"Kami bagi pihak peserta yang terlibat dalam skim ala skim cepat kaya ini, menuntut agar semua agensi yang memberikan pinjaman melupuskan hutang peserta serta membersihkan nama mereka daripada senarai hitam dengan pihak Bank Negara," katanya.
PATI: Salleh cabar Anwar beritahu RCI perkara sebenar
 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah  itu yang berlarutan di negeri ini.

Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya "beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah".

"Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau "dalaman" itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu.

"Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat Kota Belud hari ini.

Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI.

"Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu.

"Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau "ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul," katanya.

Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan di oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu.

Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Prosiding pendengaran RCI dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anggota panelnya terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.

Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari.

-Bernama
Pengerusi BERSIH Sabah: RCI perlu sepina Mahathir
 
BERSIH Sabah mahu semua tokoh kerajaan negeri dan persekutuan yang berkhidmat sewaktu berlakunya pemberian "warganegara-untuk-undi", termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disepina oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah.

NONE"BERSIH Sabah merasakan RCI harus memanggil saksi baru dan kami meminta pesuruhjayanya supaya sepina mereka yang berikut, termasuk Mahathir; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (kanan), Tan Sri Herman Luping, dan Datuk KY Mustaffa.

"Semuanya berkhidmat dalam pentadbiran dalam tempoh siasatan RCI," kata Pengerusi BERSIH Sabah, Andrew Ambrose (kanan) dalam rakaman video yang ditunjukkan kepada wartawan dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

Herman yang juga bekas peguam negeri Sabah dan Mustafa, yang merupakan bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah, adalah pesuruhjaya yang menganggotai RCI mengenai pendatang Sabah itu.

Pesuruhjaya yang lain ialah bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim; bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seru Kamaruzaman Ampon dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Henry Chin Poy Wu.
UUM tutup pintu pada 'Kak Listen'
6:40PM Jan 22 2013  
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin - yang mendapat gelaran 'Kak Listen' - tidak akan dijemput bercakap di sebarang program yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kata Naib Canselornya, Datuk Mohamed Mustafa Ishak.

Larangan terhadap pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu dibuat di tengah-tengah kontroversi "listen, listen, listen" sewaktu sebuah forum yang diadakan di universiti itu pada 8 Disember tahun lepas.

"Jika kita tahu forum tersebut akan mencetuskan kontroversi sebesar itu, pihak universiti tidak akan meluluskan aktiviti tersebut," katanya dalam laporan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed menafikan dakwaan pelajar undang-undang, KS Bawani dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa pelajar dari beberapa kolej kediaman UUM dipaksa menghadiri forum yang dianjurkan oleh SW1M.

Bawani juga telah mendakwa bahawa forum itu bertujuan untuk 'brainwash' pelajar supaya menyokong kerajaan.

NONESambil mengatakan ia satu pembohongan, Mohamed menasihatkan
Bawani supaya tidak mewujudkan tekanan awam yang boleh mencemarkan imej UUM.

"Bawani telah berbohong. Itu adalah pandangannya (bahawa pelajar dipaksa hadir). (Dakwaan) ini tidak benar sama sekali," katanya, sambil menegaskan bahawa pelajar mempunyai kebebasan untuk bersuara.

Beliau menjelaskan bahawa pihak universiti menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum untuk mengumpul jam kredit, tetapi tidak memaksa mereka berbuat demikian.

Mohamed juga menegaskan bahawa Bawani adalah seorang aktivis politik dan tindakan serta kenyataannya mungkin bermotivasikan kepentingan politik.
KJ: Hati-hati buat kenyataan isu kalimah Allah
 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa pemimpin politik agar lebih sensitif ketika membuat kenyataan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu.
"Nasihat saya kita jagalah kenyataan supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

"Ada juga yang kata rakyat Malaysia terlalu sensitif tetapi seluruh rakyat Malaysia tak kira agama, kita memang sayangkan agama masing-masing.

azlan"Dalam keadaan begitu, saya sarankan agar kita berhati-hati dan ini ditujukan kepada semua pihak," katanya.

Tambahnya, beliau percaya rakyat Malaysia tanpa mengira mana-mana agama mempunyai perasaan yang mendalam terhadap kesucian agama mereka.

Beliau ditanya mengenai kenyataan presiden NGO pro-Melayu PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menggesa umat Islam membakar kitab Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah.

Kenyataan Ibrahim itu menerima tentangan keras dari pelbagai pihak, antaranya MP Puchong Gobind Singh Deo yang mempersoalkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu ini.

Gobind berkata Najib tidak boleh lagi berdiam diri dengan kenyataan Ibrahim yang didakwanya bersifat "jenayah" itu.

Katanya, Najib juga perlu membuktikan keikhlasannnya kepada golongan Kristian di Malaysia bahawa kerajaan "tidak melupai" mereka.

Beliau ditemui media selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang 'PUNB Biz Plan Challenge 2012' selaku pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Kuala Lumpur pagi tadi.
PERKASA: Gesa bakar Injil guna kalimah Allah demi 'penyedaran'
11:55AM Jan 22 2013  
Presiden NGO pro-Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali menjelaskan bahawa beliau menyeru supaya membakar Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah untuk menyedarkan pihak yang didakwanya cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Ibrahim berkata seruannya itu juga bukan bertujuan untuk menyinggung perasaan penganut Kristian.

NONE"Kita menghormati agama Kristian dan bukan niat saya menyinggung atau menyakiti oranglain. Kita banyak bertolak ansur.

"Namun apabila kita menyuarakan reaksi terhadap perbuatan pihak tertentu menyebarkan Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang, ramai yang melenting," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Seruannya itu menerima tentangan keras dari pelbagai pihak, antaranya MP Puchong Gobind Singh Deo yang mempersoalkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu ini.

Gobind berkata Najib tidak boleh lagi berdiam diri dengan kenyataan Ibrahim yang didakwanya bersifat "jenayah" itu.

Katanya, Najib juga perlu membuktikan keikhlasannnya kepada golongan Kristian di Malaysia bahawa kerajaan "tidak melupai" mereka.
Gerakan bimbang dengan cadangan Mahathir
6:08PM Jan 22 2013  
Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn bimbang cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suruhanjaya siasatan diraja menyiasat pemberian kerakyatan sebelum merdeka akan "mewujudkan syak" di antara kaum.
Chang yang terkejut dengan kenyataan itu berkata, cadangan Mahathir itu tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang negarawan.

"Semua orang tahu pemberian kewarganegaraan itu dipersetujui oleh nenek moyang kita. Kenyataan demikian daripada seorang negarawan kanan yang berusia seperti beliau amatlah dikesali," kata Chang.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir pada 17 Januari lalu yang mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

Dalam kenyataannya, Mahathir mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya namun mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.

Menurut Chang, kenyataan Mahathir itu "tidak membawa sebarang manfaat, menjejaskan perpaduan, dan mewujudkan syak wasangka serta sikap tidak percaya antara rakyat Malaysia".

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar semua pihak berhenti mengeluarkan sebarang ulasan terhadap perjalanan RCI di Sabah yang kini sedang berlangsung.
Chang secara khususnya menegur Majlis Peguam yang menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak segera susulan pendedahan dalam RCI itu.

"Kita perlu tunggu agar bukti lengkap diajukan sebelum kita membuat penilaian. Malah, kami juga terkejut dengan kenyataan Majlis Peguam berkenaan siasatan itu.

"Sebagai peguam, mereka sepatutnya tahu bahawa seseorang itu hanya boleh membuat kesimpulan berdasarkan bukti penuh," katanya.
SPR dipersalahkan Majlis Peguam kerana masih belum bertindak terhadap krisis undang-undang dalam pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Likas lebih sepuluh tahun lalu.
KSN: K'jaan umum 'gaji mati' Februari
 
Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau ‘gaji mati’ pada Februari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.

"Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang tetapi mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.

“JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik.

“Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi kewangan. Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu, Ali menyampaikan Amanat 2013 kepada kira-kira 4,000 penjawat awam pelbagai kementerian dan jabatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang dilaksanakan menerusi ‘live-streaming’ itu turut boleh disaksikan penjawat awam di seluruh negara.

Dalam amanatnya, Ali menyarankan penjawat awam memainkan peranan dalam sektor luar negeri khususnya untuk memahat nama Malaysia di persada antarabangsa.

Beliau berkata sektor domestik dan luar negeri adalah sama penting untuk memacu agenda transformasi negara ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

“Semua penjawat awam, baik di dalam mahupun di luar negara, perlu terus bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan kecekapan penyampaian, keberkesanan pengurusan dan amalan diplomasi yang proaktif demi mempertahan dan mempromosi kepentingan Malaysia.

“Kita juga perlu sentiasa mengintai atau mencari peluang-peluang baharu dalam mempromosi imej negara, selain juga menerokai pasaran atau pelaburan baharu untuk negara,” katanya.

Selain itu, Ali juga menyarankan penjawat awam agar lebih peka dan responsif dalam melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan kerajaan.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 telah mengumumkan 111 perkara melalui penjanaan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama di semua peringkat, tidak mengira sama ada ketua jabatan, pegawai pengurusan mahupun kumpulan pelaksana, diharapkan dalam memastikan kelangsungan serta kelancaran pelaksanaan keputusan-keputusan tersebut agar matlamatnya tercapai dengan jayanya.

“Sebagai penjawat awam yang prihatin dengan wawasan kerajaan, hendaklah bertindak lebih proaktif untuk memudahkan dan bukan menyusahkan,” katanya.

Pada majlis yang sama, Ali melancarkan buku bertajuk 'Pengamalan Budaya Ketepatan Dalam Gagasan 1Malaysia:Transformasi Ke Arah Pembentukan Negara Maju' dan buku kecil Gagasan 1Malaysia dalam lima bahasa.

- Bernama

Tiada ulasan: