Sabtu, 26 Januari 2013

BILA HILANG RASA MALU...YANG TAK BERSIH PUN KATA BERSIH....BILA HAK ORANG DIAMBIL DAH UNTUNG DAH SENANG TAK MAHU PULANG..AMBIK PUN BERMODALKAN KUASA...HAIRAN2

Air: AMK Selangor mohon campur tangan istana

Selangorku, 25 Jan 2013



SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah memohon campur tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyelesaikan kemelut isu industri air Selangor.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, pihak Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dengan sedaya upaya mendesak Kerajaan Persekutuan agar menstruktur semula pengurusan industri air.

Penstrukturan holistik itu supaya Kerajaan Negeri dapat mengambilalih industri air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

“Penstrukturan semula industri air ini negeri ini demi kebaikan rakyat terbanyak.

“Adalah menjadi harapan kami untuk melihat makluman dan penjelasan kami ini diambil perhatian serius oleh Tuanku.

“Kami menjunjung kasih atas perhatian dan pertimbangan yang Tuanku berikan,” kata Azmizam ketika membacakan isi memorandum yang telah diserahkan kepada pihak Istana Selangor hari ini.

Memorandum yang diserahkan itu diterima oleh pegawai Istana Sultan Selangor, Rohisham Ahmad di Istana Kayangan.

Turut sama dalam penyerahan memorandum itu MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang diiringi oleh kira-kira 50 penyokong Pakatan Rakyat.

“Kami yakin bahawa Kerajaan Selangor komited untuk memuktamadkan penstrukturan semula indsutri perkhidmatan air ke arah perkhidmatan yang holistik, berdaya maju dan berteraskan tarif yang seimbang kepada pengguna.

“Tindakan yang diputuskan oleh Menteri Besar mematuhi undang-undang dan menjamin kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat.

“Model Holistik yang dicadangkan sememangnya terbukti sebagai alternatif penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif,” katanya.

Sebelum itu, mereka mengadakan perhimpunan aman di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam menyatakan sokongan kepada kerajaan Selangor dalam usaha pengambilan pengurusan air daripada Syabas.

Himpunan ini juga diadakan ekoran gangguan bekalan air baru-baru ini yang menjejaskan setengah juta penduduk di kawasan Lembah Klang yang didakwa berpunca daripada kegagalan Syabas.

Pemuda PAS Sepanggar beri minuman percuma

Harakahdaily, 25 Jan 2013
KOTA KINABALU: Seusai solat Jumaat kebiasaanya mereka yang bermurah hati menghulurkan sedekah seperti pisang masak kepada jemaah, tetapi berlainan di Sepanggar apabila Dewan Pemuda PAS Kawasan menghidangkan minuman percuma untuk jemaah.

Bagi Pemuda PAS Sepanggar selain menggunakan pendekatan seperti ini untuk mengeratkan PAS dengan masyarakat ianya satu amalan bersedekah yang digalakkan dalam Islam.

"Selain sedekah, minuman tersebut juga bagi menambahkan kesegaran para jemaah yang baru selesai menunaikan solat untuk meneruskan kerja masing-masing," kata  Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya, Fansuri Ahmad.

Walaupun program yang agak ringkas, namun katanya ia mendapat perhatian orang ramai yang kelihatan berpusu-pusu mendapatkan minuman yang disediakan secara percuma itu, di Masjid Likas di sini.

“Aktiviti ini merupakan yang pertama kali kita anjurkan di sini, dan Alhamdulillah, sambutan daripada orang ramai amat memberangsangkan,” katanya.

Tambah Fansuri, pihak Pemuda PAS Sepanggar juga akan memperluaskan minuman percuma ke seluruh kawasan di Sepanggar dalam usaha mendekati dan menyampaikan maklumat mengenai Pakatan Rakyat kepada masyarakat.

“InsyaAllah... kita akan perluaskan pemberian minuman percuma ini, sekali gus menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat mengenai Pakatan Rakyat,” katanya.

Taib Azamudeen stabil selepas kena angin ahmar

Mohd Sabri Said, 25 Jan 2013
GEORGETOWN: Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Mohd Taib kini berada dalam keadaan setabil selepas rebah diserang angin ahmar ketika hendak solat Dhuha semalam.

Beliau kini dirawat di salah sebuah hospital swasta di Pulau Pinang sejak semalam (23 Januari) kerana terkena angin akmar di kediamannya di Baling, Kedah.

Menurut anaknya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi, ayahnya tiba-tiba rebah ketika hendak menunaikan sembahyang sunat Dhuha kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Kini beliau dimasukan ke tingkat  1, Wad CCU di Hospital Swasta berkenaan. Namun keadaanya agak stabil.

"Keadaan ayah saya tidak sangat membimbangkan.  Dia perlu rehat buat sementara bagi memulihkan keadaan darah tingginya.  Insyaallah pakat- pakat berdoalah agar keadaanya pulih kembali, " ujarnya.

Pemuda Sabah tanya siapa KM yang digugurkan?

Firdaus Muhamad Nor, 25 Jan 2013

KOTA KINABALU: Teka teki siapakah Ketua Menteri dan Menteri Besar yang tersangkut di tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi semakin panas dengan pelbagai andaian yang dibuat.
Bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, mereka mengalu-alukan proses tapisan yang dilakukan oleh SPRM melalui Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat suruhanjaya berkenaan.

Ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan hari ini turut tertanya-tanya mengenai beberapa nama-nama besar yang dijangka tidak dicalonkan semula akibat masalah kegagalan dalam ujian tapisan SPRM.

“Siapa calon Ketua Menteri yang seorang itu.? Di Malaysia ini, ada empat Ketua Menteri... di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

“Sudah tentu bukan dari Pulau Pinang, sebab Ketua Menterinya Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Tinggal lagi tiga buah negeri,” soalnya.

Menurutnya, kes rasuah bernilai RM40 juta yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah dilaporkan kepada pihak SPRM oleh beberapa pertubuhan termasuklah Jingga 13 pada awal tahun ini.

“Kita minta agar pihak SPRM menyegerakan siasatan terhadap isu ini daripada terus berlarutan hingga ke tarikh pilihanraya. Rakyat sudah semestinya mahu tahu perkembangan isu ini,” ujarnya.

Dalam laporan sebuah media berdasarkan sumber SPRM ada menyebut, beberapa individu termasuk menteri besar dan ketua menteri serta beberapa pemimpin tertinggi sebuah parti yang dijangka tidak dicalonkan bagi mengelakkan implikasi terhadap parti terbabit.

Dipukul HEP: NGO serah memo kepada MB Perak

Muhammad Faeez Azahar, 25 Jan 2013
IPOH: Dua NGO anak muda hari ini menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Kadir berhubung insiden seorang pelajar dari negeri itu di Mesir yang didakwa dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak.

Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan memorandum tersebut ke Pejabat Menteri Besar Perak dan diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman.

Pengarah IPMM, Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar pegawai HEP tersebut dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini telah mendapat pelbagai aduan tentang pegawai HEP terbabit dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah.

“Beliau (pegawai HEP terbabit) dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan.

“Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan,” katanya selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.

Selain itu, Hafez mendedahkan, pihaknya juga sering menerima aduan tentang sikap pegawai tersebut yang tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan bersikap  sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.

“Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri,” Jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Hafez menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama pegawai terbabit dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir.

Katanya, bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang pegawai itu yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda Umno di Mesir sudah diperolehinya.

Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.


Laporan berkaitan:
1- http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16324-kronologi-pegawai-hep-pukul-pelajar-perak-mesir

Konflik Umno Johor, rakyat perlu buka mata

Muhammad Faizal, 25 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan Abdul Ghani yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

"Kegagalan Abdul Ghani dalam mempertahankan kampung-kampung melayu dan juga tanah menyebabkan orang-orang Melayu di sana akan kehilangan tanah mereka.

"Kampung-kampung Melayu juga semakin terpinggir apabila kerajaan negeri gagal memberi jamin untuk mempertahankan hak mereka, apabila Umno lebih mementingkan pembangunan dari menjamin hak orang Melayu terutama dalam isu tanah," kata Salahudin.

Menurut beliau lagi, isu pengambilan tanah yang diperjuangkan PAS terutamanya di Pengerang membuktikan bahawa isu tanah adalah isu serius di negeri itu.

Ianya juga membuktikan kegagalan Umno BN negeri itu membela nasib rakyat termasuk ahli Umno sendiri berhubung isu itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan didakwa mengeluarkan amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan tersebut.

Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Gagal tapisan SPRM tetapi tiada tindakan undang2?

Harakahdaily, 25 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.

Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

Tapisan calon: PAS Perak persoal MB mana terlibat

Harakahdaily, 25 Jan 2013
IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat prihatin dalam menunggu keputusan Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melaporkan kegagalan beberapa pimpinan bertaraf menteri di dalam ujian tapisan yang dilakukannya.
Laporan berita SPRM menyebut beberapa orang menteri mempunyai masalah dengan undang-undang juga melibatkan seorang menteri besar.

“Persoalan awal kami, adakah ia melibatkan Menteri Besar Negeri Perak?” tanya Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam satu kenyataan.

Katanya, ini ekoran beberapa laporan SPRM yang telah PAS negeri buat termasuk isu projek perhotelan di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang di samping beberapa pendedahan lain di dalam persidangan Dun oleh Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin baru-baru ini yang melibatkan pegawai khas menteri besar.

“Kami konsisten daripada awal laporan SPRM ini dibuat meminta agar disegerakan siasatan terhadap isu ini bagi ‘membersihkan’ nama menteri besar,” ujarnya.

Tiada ulasan: