Posted on Monday, December 31 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber ehsantvdotcom
Sambutan Tahun Baru 2013 anjuran Kerajaan Negeri Selangor.
http://www.selangorku.com/
http://www.ustream.tv/channel/ambang13
ehsantvdotcom
Ada pimpinan UMNO ajak debat.... Ustaz Fadzil Noor ulas lama dah!!!
Posted on Monday, December 31 @ 21:08:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Kedah Lanie
Almarhum Datok Fadzil Noor: Ulasan Debat Olok-olok UMNO & PAS
Link: http://www.youtube.com/watch?v=uFZR6WErP-g
Sumber: kedahlanie.info
Aktivis edar 'Biskut Telinga Cap Adnan'
Posted on Monday, December 31 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Nigel Aw
Malaysiakini
Sekumpulan aktivis Himpunan Hijau hari ini mengedarkan biskut dinamakan 'Biskut Telinga Cap Adnan' di bandar Bentong sebagai cara untuk mengingatkan warga kawasan tersebut kepada kiasan "potong telinga" oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Aktivis Chen Sit Yong, 56, yang membantu mengedarkan biskut berbentuk telinga itu berkata usaha berkenaan bagi membangkitkan kesedaran warga Bentong mengenai kenyataan Adnan berhubung kebimbangan orang ramai ke atas projek Lynas.
"Kami tidak berpuas hati dengan kenyataan Adnan, yang memperkecilkan kebimbangan rakyat mengenai Lynas," katanya.
Pengedaran biskut berkenaan diadakan sempena konvoi 200km dari Kuala Lumpur ke Kuantan yang akan berakhir dengan perhimpunan di loji Lynas di Gebeng malam ini.
Chen menambah, pengedaran biskut itu juga bagi memastikan Adnan, yang merupakan seorang ADUN dalam kawasan parlimen Bentong, tewas dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kita mahu wujudkan kesedaran, supaya orang tempatan di sini akan membantu agar Adnan benar-benar memotong telinganya (dengan menyebabkan ADUN Umno itu tewas dalam pilihan raya)," kata Chen.
Adnan pada awal bulan ini bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.
Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu berhubung keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.
"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.
Sumber
Ke mana UMNO nak bawa ISLAM?
Posted on Monday, December 31 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Isu amanat Hadi semakin hangat dengan kemunculan ramai ulamak UMNO mahu tunjuk hero.Nama nama seperti Ustaz pencacai Fathul Bari yang sentiasa memastikan isu ini tidak padam, Mufti bernama haru sana sini dan Ustaz Noor Derih, ulamak veteran yang sanggup berdebat dan menunjukkan PAS menyeleweng dalam isu amanat Hadi ini.
Penulis ingin menarik perhatian mengenai harapan terhadap penulisan kitab Mastika Hadis oleh bekas PM, Arwah Tun Abdul Razak yang juga merupakan ayah kepada PM sekarang yang disajikan dalam kitab "Muqaddimmah" iaitu "Akan dapat memberi manfaat kepada kaum muslimin, dan diterima oleh ALLAH sebagai satu bakti dalam menyebarkan ajaran suci junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. (sila rujuk kepada mukadimah kitab Mastika hadis, jilid pertama, Bahagian Iman)
Kitab Mastika Hadis ditulis oleh ulamak besar kita walaupun mereka tidak bersama PAS dan suara mereka sekurang kurangnya didengari oleh PM ketika itu, kerana itu kebenaran diberi untuk mereka menyatakan KEBENARAN dan peruntukan diberi untuk mencetak kitab tersebut.
Apa lagi yang nak dipersoalkan UMNO mengenai amanat Hadi yang kebetulan bersama PAS ketika mengeluarkan ucapan tersebut.Kerana hakikat kebenaran tidak boleh disembunyikan. Ustaz Pencacai dan mufti Haru sana sini tidak mampu menafikannya, sebab itu mereka membisu mengenai cacatan hadis dan huraian seperti terkandung dalam kitab Mastika Hadis.Malah secara jelas dan tegas, Doto' Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim dan rakan rakan penulisnya menegur pemimpin kerajaan ketika itu apabila mengeluarkan kata kata undang undang Islam sudah lapuk dan beberapa ungkapan yang menggugurkan iman.
Jadi di mana Ustaz Pencacai, mufti dan Ustaz veteran mahu meletakkan huraian kitab ini ketika mendakwa PAS menyeleweng dengan amanat Hadi?Di bawah karpet? TGHH benar ketika berkata huraian kitab ini jauh lebih keras dari amanat Hadi, oleh itu ustaz dan mufti yang bercakap bagi pihak UMNO mesti turut memperkatakan mengenai kitab ini.
Kalau TGHH menyeleweng maka bagaimana pula Dato' haji Muhammad Noor yang merupakan ulamak besar negara malah ilmunya mungkin jauh lebih tinggi dari TGHH?
Persoalan yang timbul sekarang ini, ke mana sebenarnya UMNO mahu membawa Islam?Apakah dengan hanya nama Islam, mycard mencacatkan ugamanya Islam sudah memadai tanpa perlu mengikuti syariat yang ditetapkan?Sebab itu barangkali Mufti haru sana sini meminta orang orang kristian yang mahu guna nama ALLAH masuk Islam.Islam adalah ugama yang mudah dan indah tetapi bukan boleh dipermudahkan sewenang wenangnya sehingga mencemar keindahannya.
Apakah UMNO mahu mempermudahkan Islam mengikut tafsiran akal mereka?Serta menggunakan ulamak ulamak yang disifatkan ALLAH sebagai ANJING(rujuk Al Quran) yang sentiasa menjelir lidahnya kepada orang beriman untuk mengubah Islam.Penulis berkata begini kerana penulis diberitahu satu ketika dulu, Ustaz Noor Derih adalah antara ustaz yang keras dengan carahidup UMNO sehingga dikatakan pernah menasihati pengikutnya jangan berlindung dari petir di rumah orang UMNO takut takut terkena panahnya.Tetapi hari ini apa yang difirmankan ALLAH itu sedang dipertontonkan kepada kita semua, tak ubah seperti anjing menjelirkan lidahnya.
Sementara untuk PM Najib, tidak adakah rasa hormat kamu kepada ayah kamu sendiri yang memberi laluan yang luas kepada ulamak?"
Pesara tentera bantah perjanjian tanah LTAT
Posted on Tuesday, January 01 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Zurairi AR
Malaysia Insider
Sekumpulan 15 pesara tentera berdemonstrasi hari ini bagi membantah rancangan pembelian tanah di Bukit Raja oleh Boustead, unit dana pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). — Gambar oleh Choo Choo May.
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Sekumpulan pesara tentera berdemonstrasi di hadapan Menara Boustead hari ini untuk membantah rancangan pembelian tanah di Bukit Raja di tengah-tengah dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan persekutuan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Sekumpulan 15 veteran yang diketuai oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berhimpun di hadapan pejabat Boustead Holdings Bhd di Jalan Raja Chulan dengan memegang sepanduk berbunyi, “Demi Kroni, Deepak dan Rosmah, LTAT diperalat” dan “(Datuk Seri) Zahid Hamidi gadai masa depan pencarum LTAT”.
Bantahan ini berlaku tatkala Boustead, unit dana pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), membeli kepentingan 80 peratus dalam Astacanggih Sdn Bhd dengan harga RM30 juta serta sekeping tanah berharga RM130 juta dari Awan Megah.
“Kita mahu hari ini Boustead dan kakitangan mereka untuk bekerjasama dan menjelaskan perkara itu kepada kami sebagai penyumbang. Ini adalah wang awam,” kata Mohd Nazari Mokhtar, presiden kumpulan kepentingan bekas tentera Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT).
“Mereka jeneral yang duduk dalam lembaga pengarah Boustead mesti bersuara dan tidak terus diam,” kata Datuk Abd Hadi Khatab, penasihat bagi kumpulan lain Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN).
Beliau merujuk kepada lapan pesara pegawai tertinggi tentera yang menjadi ahli lembaga pengarah Boustead bagi pihak LTAT.
LTAT Kementerian Pertahanan, melalui cabang pelaburan Boustead Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memperoleh tanah seluas 200 ekar dari syarikat Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah Awan Megah Sdn Bhd dengan RM130 juta.
Selain pembelian tanah, dana itu juga akan membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dengan RM30 juta, yang sebelum ini disifatkan Rafizi sebagai "rasuah secara terang-terangan" dan bertujuan untuk menutup mulut peniaga itu daripada mengeluarkan lebih banyak kenyataan kontroversi menentang kerajaan.
Kumpulan pesara cuba memasuki pejabat Boustead di tingkat 28 untuk melihat saham dan dokumen perjanjian penjualan tanah yang boleh dilihat untuk tontonan umum bermula hari ini, akan tetapi dihentikan oleh kakitangan keselamatan.
Kakitangan Boustead mendakwa pemegang saham hanya syarikat dibenarkan untuk melihat dokumen, tetapi tidak pencarum LTAT.
Sebagai respons kepada itu, Rafizi mengisytiharkan dia akan membeli unit saham Boustead dan kembali dalam beberapa hari dengan kumpulan pesara tentera yang lebih besar.
Kakitangan Boustead yang berada di situ enggan mengulas mengenai kejadian itu.
Sumber
Respon Wartawan TV3 mengenai permintaan PRESIDEN PAS.
Posted on Monday, December 31 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Ameno World
Kat atas neh permintaan TGHH. Ada asas.
Kenapa?
1. TV3 + UMNO = minta TGHH jawab. Mereka gesa dan gesa tak henti2. Naik boring aku dibuatnya. Aku tengok hari pertama dorang mainkan isu tersebut. Selepas tue hari2 seterusnya dorang asyik mainkan isu di atas je. Non stop.
2. Oleh kerana mereka sendiri yang minta TGHH jawab dan perjelaskan perkara di atas, apa tak logik ka permintaan Tuan Guru? Memang logik la.
Respon wartawan yang bekerja di Sri Pentas plak;
Heh.
Kelakar.
Harus di ingat HARAKAH sememangnya terang-terangan mengakui bahawa mereka lidah rasmi PAS. Mereka tak menipu macam tv3 dan utusan.
Hai saya tv3. Pada hakikatnya mereka tue tv pro barisan nasional. Berita2 mereka bahkan rancangan2 mengarut depa direstui oleh bn selalu kerajaan malaysia.
Yang mengarut tue tv3, yang mengutuk dan mempersendakan islam pun tv3, yang menyiarkan rancangan artis2 seksi pun tv3, yang promosi benda merepek dan budaya yang merosakkan anak muslim pun tv3, tetapi yang dituduh sesat, kafir, yahudi, laknat, jahat dan anti islam ialah pembangkang?
Maaf, pembangkang takde saluran tv arus perdana. Aku tatau jika mana2 pro bn ada saham media prima tetapi yang aku pasti ialah bos media prima memang pro bn.
Sama juga macam utusan. Di depan nya beria2 pongpang2 pembangkang tolak islam. Di belakangnya artis seksi nampak tetek tayang peha woww. Yang sesat pembangkang dan pas? Tapi yang tayang artis seksi ialah utusan? Betul ka benda tue?
Adakah pembangkang menjual majalah mangga?
Maaf, pembangkang cuma jual paper yang mengakui terang2 itu lidah rasmi mereka. Jika mana2 pemimpin bn mahu bercakap tanpa suntingan melalui harakah, aku tak fikir ia masalah bagi pihak harakah tetapi mungkin semua pembaca harakah akan bakar harakah jika itu berlaku.
Nak tahu kenapa?
Ini kerana, buka tv pun ada muka mereka. Buka paper pun aik ada muka dan ucapan mereka lagi. Di blog dan portal online pun ada kisah mereka dan kini mereka harus masuk harakah pula? Apa tak cukup coverage lagi ka ucapan2 dan kata2 mereka?
Oleh kerana ini keluar dari jari seorang wartawan profesional, maka aku agak hampa. Aku memandang tinggi mereka2 yang bergelar wartawan. Aku dapati aku menyukai kerjaya tersebut. Tetapi aku sedih adanya wartawan2 yang berfikiran seperti ini. Macam la dia tatau betapa meluasnya coverage cerita2 mengenai bn di malaysia.
Mereka ada di mana2. Takde satu hari yang berlalu tanpa bn di malaysia beb. Takan ada mana2 rakyat malaysia yang boleh terlepas dari bn pun. Asal ko celik mata ko mesti akan nampak bn. Hatta ko tak tengok tv dan paper pun ko masih boleh nampak bn ketika keluar rumah. Mereka ada di mana2 dalam apa jua bentuk oke. Itu tak cukup lagi ka?
Sebenarnya dah lebih dari cukup. Pasal tue rakyat dah meluat dah meloya. Sebagai wartawan tv3, aku cadangkan Mazidul Akmal Sidek, berbincang dengan bos anda dan bawakan TGHH secara live di saluran tempat anda bekerja.
Tuduhan tersebar melalui media arus perdana, jadi jawapan juga haruslah disebarkan melalui saluran yang sama juga. Tidak adil anda menuduh tanpa memberikan peluang kepada tertuduh untuk menjawab. Apa guna saluran internet? Ia terhad. Bahkan bukan semua mampu mengaksesnya.
Jadi manusia yang belajar mendengar dan mengkaji pendapat dari kesemua pihak sebelum meletakkan kesimpulan.
Satu jam, live dan rais yatim tak diperlukan disini sebab dia bukan bos media prima.
Berani tak? Atau media prima hanya pandai mempersoalkan tetapi takut mendengar jawapan? Atau mungkin bukan kerana takutkan jawapan, tetapi takutkan diri terkantoi kerana sebarkan fitnah dan auta? Heh.
Sumber
Mahalnya wang hantaran, sampai pinjam Along, akhirnya cerai berai
Posted on Monday, December 31 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: rozmal
"Sinar 31 Dis 2012 - RAMAI pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata. Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan.
Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri.
“Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak.
“Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti berkahwin secara berhutang,” ujar beliau.
Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak.
“Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar.
"Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu,” jelas Hushim.
Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit.
“Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta. Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci.
“Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai.
“Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling, puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri.
“Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman. Akhirnya bercerai,” akhiri beliau.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/mahalnya-wang-hantaran-1.116731"
Gempar !!! Pelajar Tidur Macam Sardin, Sampai 20 Orang sebilik
Posted on Monday, December 31 @ 12:04:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: abuluqman
"
Kejadian berlaku di Sibu, Sarawak.
Gambar: Sekumpulan pelajar sekolah di anggarkan kira-kira 20 orang [dalam gambar] sedang tidur, lelaki dan perempuan dalam satu bilik yang sempit...
Apa yang berlaku?
Nukilan Abu Luqman
Nota editor: Artikel terlalu pendek, tiada fakta jelas"
Harussani Bidas Syarat Hadi..
Posted on Monday, December 31 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Sumber Bloglist Politik
Kuala Lumpur: Tokoh
Malah ada yang tidak bersetuju Hadi diberi peluang membuat penjelasan menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan kerana boleh mengundang polemik berterusan dan memberi kesan lebih buruk terhadap perpaduan umat Islam.
Mufti
Malah orang Islam yang sudah mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak membaca Bismillah pun sembelihannya sah, kenapa nak kata yang halal itu haram... mengharamkan yang halal boleh menjadi kafir, katanya kepada BH.
Harussani berkata, sifat utama seorang ulama ialah tawaduk dan tidak takbur dengan ilmu dimiliki serta tidak mengeluarkan hukum kerana sesuatu yang lain selain Allah.
Sumber: Bloglist Politik
Haji Hadi Boleh Jatuh Kafir Jika Tarik Semula Amanat
Posted on Monday, December 31 @ 09:32:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Tok Janggut
Bila menjelang pilihanraya saja akan menyalaklah anjing-anjing kurap dan liar upahan UMNO untuk mengungkit perkara-perkara yang sudah basi dan sudah tidak dipedulikan orang lagi. Oleh kerana ketiadaan isu dan sudah kelemasan maka kini diungkit lagi kisah ucapan Haji Hadi yang dikatakan amanat oleh UMNO itu. Sejak beberapa pilihanraya yang lepas termasuk PRU11 (tahun 2004) dan PRU12 (tahun 2008) dan kini menjelang PRU13, maka isu ini kembali dimainkan oleh puak UMNO. Seorang bekas pemimpin PAS Negeri yang sudah dipecat kini tiba-tiba menyalak meminta Haji Hadi menarik semula “amanat” tersebut kononya demi untuk menyelamatkan aqidah dan perpaduan orang Melayu. Mengapa setelah dipecat dari PAS baru menyalak? Mengapa dalam PRU11 dan PRU12 dulu yang beliau sendiri bertanding atas tiket PAS dan isu yang sama telah dimainkan oleh UMNO dulu, tetapi mengapa beliau jadi syaitan bisu ketika itu? Ini tak lebih untuk menonjolkan diri pada UMNO bahawa beliau hero lah kononya, mudah-mudahan akan dicalunkan dengan tiket BN nanti kot.
800x600
Apa
yang dikatakan amanat Haji Hadi tidak lebih hanya mengingatkan umat
Islam akan batas iman dan kufur. Amat mudah umat Islam menjadi kufur
jika mereka tidak berhati-hati bercakap dan bertindak dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum dan syariat Islam. Apabila
sesuatu perkata itu di nyatakan atau dipraktikan melalui tindakan yang
menyalahi syariat yang boleh membawa kepada batal iman atau kufur maka
ia tetap begitulah hukumnya, tidak boleh diubah atau berkompromi.
Umat
Islam sepatutnya berterima kasih dan bersyukur atas nasihat dan ingatan
yang terkandung dalam amanat Hj Hadi itu supaya mereka boleh jadikan
panduan agar tidak tersasar perbuatan atau percakapan mereka yang boleh
merosakan aqidah dan membawa kepada kufur. Malahan dengan memuliakan
individu yang menghina syariat dan sunnah serta menyokong jemaah yang
jelas lari dari ajaran Islam juga boleh membawa batal iman seseorang
itu. UMNO menjadi serba tidak kena kerana sudah sememangnya perbuatan
dan percakapan yang boleh membatalkan iman dan merosakan aqidah ini
sering berlaku dalam UMNO. Jadi oleh kerana mereka yang makan cili maka
merekalah yang terasa pedasnya.
Bagi Haji
Hadi, sudah semestinya beliau tidak akan menarik semula amanat itu
kerana jika beliau melakukanya bermakna beliau telah menafikan
hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul dan secara tidak
langsung beliau boleh menjadi kafir atau kufur pula. UMNO cukup takut
dengan isi kandungan amanat tersebut kerana jika ada penyokong atau
ahlinya cuba memperhalusi dengan bertanya dengan tok guru atau alim
ulama yang kukuh pegangan tauhidnya maka akan terbongkarlah akan hukum
sebenar bagi umat Islam yang menyokong UMNO selama ini.
Ini
sama jugalah dengan sesiapa yang menghina syariat Allah termasuk hukum
hudud atau menghina atau mempersendakan sunnah Nabi juga boleh membawa
kepada murtad. Seseorang yang melakukan samada menerusi lisan atau
perbuatan maka mereka boleh jatuh murtad setelah diperingatkan akan
hukum menghina syariat Allah itu tetapi tidak diendahkan malahan terus
menerus menghina dan mempersendakan syariat dan Sunnah Nabi. Tidak ada
sesiapa pun boleh menafikan bahawa seseorang itu jatuh murtad dan jika
ada yang cuba menafikanya maka orang tersebut juga boleh jatuh murtad.
Oleh
itu, tidak perlu Haji Hadi melayan ulama tua dan ulama muda yang hidup
umpama anjing kurap kelaparan itu. Biarkan mereka menyalak seadanya
sebab tujuan mereka demi untuk menyelamatkan UMNO, bukanya untuk Islam.
Pemimpin UMNO juga tidak perlulah nak bercakap tentang aqidah jika
aqidah mereka sendiri pun masih boleh dipertikaikan.
Berkaitan
dengan permintaan bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah dalam
agama mereka, perkara ini harus ditentang sehabis-habisnya. Ini tidak
lain hanya bertujuan untuk merosakan aqidah atau ingin memurtadkan umat
Islam yang jahil secara halus dan terancang. Cuma yang peliknya di
Sabah dan Sarawak perkara ini dibenarkan tetapi tidak di Semenanjung.
Seolah aqidah umat Islam itu boleh diperjudikan dengan mudahnya.
Ingatlah,
sekiranya di gereja, di tokong atau dikuil terdapat nama Allah dan di
dalam kitab mereka juga ada menyebut nama Allah, dibimbangi nanti umat
Islam yang jahil atau yang mudah disogok dengan wang akan mengambil
jalan mudah untuk mengikuti agama lain dengan alasan tuhan semua agama
sama saja iaitu Allah. Kalau duduk dalam Islam kena solat lima waktu,
puasa, kena bayar zakat, kena pergi haji, tak boleh berzina, tak boleh
minum arak, berjudi dan menipu, maka eloklah mereka memilih agama lain
kerana tuhanya sama saja iaitu Allah juga. Dan inilah yang akan berlaku
jika kalimah Allah dibenarkan digunakn oleh agama lain. Allah adalah
tuhan bagi orang Islam yang beriman. Islam adalah agama yang diturunkan
oleh Allah melalui wahyunya maka dengan itu hanya orang yang menganut
agama Islam sahaja yang berhak dan layak menggunakan kalimah Allah ini.
Agama selain dari Islam tidak diiktiraf oleh Allah dan Nabi Muhammad,
maka mereka tidak layak menggunakan kalimah Allah ini.
Oleh
itu, untuk bercakap tentang aqidah dan Islam, umat Islam tidak perlu
merujuk kepada UMNO atau ustaz mereka kerana mereka sama bersubahat
dengan pemimpin UMNO menghina dan mempersendakan syariat Allah,
melakukan penipuan, kezaliman, fitnah, penindasan dan kemungkaran.
Apabila mereka beria-ia mempertahankan UMNO maka mereka redha dengan
semua apa yang dilakukan oleh UMNO itu dan semuanya akan terus berlaku
sekiranya UMNO masih terus berkuasa. Tujuan mereka mempertahankan UMNO
hanya kerana untuk periuk nasi, kedudukan yang selesa dan kemewahan
hidup sahaja, bukan kerana Islam.
Jadi apa
yang wajib dilakukan oleh uamat Islam sekarang ini ialah jangan berhenti
berdoa meminta Allah hancurkan UMNO dengan selumat-lumatnya. Bagi ustaz
dan ualam penyokong mereka, biarkan mereka tertipu dengan ilmu mereka
dan dilaknat oleh ilmu yang mereka pelajari selama ini. Mereka bangga
kerana UMNO bina masjid, bina pusat tahfiz tetapi mereka lupa yang UMNO
juga bina kilang arak, tempat judi dan tempat persundalan. Mereka
bangga UMNO kononya bantu rakyat bagi wang tunai tetapi mereka buta
bahawa UMNO juga yang merompak harta dan wang rakyat sehingga hutang
negara makin bertambah dan negara hampir bangkrap. Ada ustazah mereka
kata tok guru PAS fasik tetapi dia lupa bahawa dialah ibu kefasikan
dalam UMNO bila bersalam dengan bukan mahram tanpa rasa malu dan
bersalah. Nampak jelas dia dilaknat oleh ilmunya.
Oleh
itu, jauhilah ustaz, ulama atau ustazah UMNO. Jangan tuntut atau cari
ilmu dari mereka, kerana bimbang kita akan tambah sesat dan jadi fasik
sampai ke mati. Wallahualam.
Normal 0 21
false false false MS X-NONE X-NONE
MicrosoftInternetExplorer4
/*
Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table
Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:"";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif";} Hah! UMNO makin TOLOL!
Posted on Monday, December 31 @ 11:58:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
UMNO menggelabah habis dengan permintaan TGHH untuk muncul secara langsung dalam mana mana TV untuk menjelaskan apa yang dikatakan amanat Hadi. Respon segera dari Rais Yatim cuba mengelak dari membenarkan siaran langsung diberikan kepada TGHH dan menampakkan kejahilannya apabila membicarakan soal akidah.
Selepas ini kita bakal menyaksikan berbagai bagai kenyataan mengarut dikeluarkan bagi mengelakkan TGHH keluar dalam TV secara langsung membicarakan amanat Hadi. Sudah keluar dalam utusex kenyataan dari seorang bekas ahli seumur hidup PAS menegaskan TGHH tiada hak menuntut siaran langsung itu kerana menurutnya TGHH mementingkan politik daripada akidah umat.
Kehebatan UMNO memutarbelit fakta dengan menggunakan politik bukan perkara yang pelik lagi kerana ianya sudah bermula lebih 50 tahun lalu. Masih ingatkah lagi Debat antara PAS dan UMNO akhirnya dibatalkan oleh YDPA atas alasan perpaduan umat?Masih ingatkah lagi debat ini sepatutnya mendebatkan isu yang sama?
Tetapi kali ini, percubaan memutarbelit fakta bakal menyaksikan UMNO mengelabah habis, malah bakal melihatkan UMNO menerusi saluran yang bersedia kepada mereka menonjolkan diri mereka semakin tolol. Ustaz pencacainya semakin totol, mufti haru sana dan sini semakin tolol,menteri menterinya yang terlibat dalam permintaan TGHH ini juga bakal tolol dan kemungkinan makin ramai yang akan tolol.
Yang menjadi tolol habis ialah kakitangan utusex dan berita hairan kerana inilah dua media utama menyiarkan kenyataan tolol UMNO. Begitu juga staff TV 3 suku dan TV lain akan menjadi tolol bilamana menyiarkan apa jua kenyataan UMNO berkaitan permintaan TGHH.
Inilah bahananya kalau tidak ikhlas dan tidak gentleman. Akan berbelit belitlah lidah memutar kenyataan mereka sendiri bilamana diminta sesuatu yang cukup mudah untuk ditunaikan. TGHH tidak membalas serangan ustaz pencacai dan mufti haru sana haru sini tetapi meminta satu ruang untuk menjelaskan pengajaran sebenar ugama kepada seluruh rakyat. Pastinya UMNO tidak akan membenarkan kerana sejak awal mereka tahu, serangan kepada TGHH ini bermotif politik sempit bukan kerana mempertahankan kebenaran. Senjata yang akan menikam UMNO ialah kitab Mastika Hadis yang dikeluarkan oleh mereka sendiri, lihatlah macamana mereka menjadi tolol kerana cuba mengelak dari apa yang dicacatkan dalam kitab Mastika Hadis.
Akibatnya, makin tolollah UMNO selepas ini kerana cuba memutarkan kebenaran. "
Entry Wajib: Isu Perkahwinan Seseorang Yang Hidup Dengan HIV
Posted on Monday, December 31 @ 09:29:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh akuhivpositif
Rasional : Isu ini sebenarnya sudah terlalu kerap aku kongsikan di sini bahkan PANDUAN MENDAPATKAN ZURIAT BEBAS HIV KEPADA PLHIV telah
aku sediakan dalam satu kategori khas. Beratus-ratus kali aku menerima
e-mel, panggilan telefon dan berjumpa pasangan yang meminta pandangan
terhadap isu ini.
Alhamdulillah, ramai yang akhirnya mendapat kekuatan untuk mendirikan
rumahtangga. Dapat mengelakkan jangkitan kepada pasangan dan
memperolehi zuriat bebas HIV. Sebaliknya ada yang memilih untuk
membatalkan perkahwinan pada saat-saat akhir terutama yang didiagnos
positif menjelang ujian pra perkahwinan.
Ada juga yang meneruskan perkahwinan tetapi enggan mendapatkan rawatan
atas alasan-alasan yang mereka yakini kecuali mengamalkan seks selamat
(menggunakan kondom), yang mengakibatkan mereka rela tidak memperolehi
zuriat. Isu enggan mendapatkan rawatan agak pelik bagi aku, terlalu
subjektif untuk diperbincangkan dan terpulanglah kepada pendirian
masing-masing. Aku cuma memberikan pandangan. Keyakinan di tangan
sendiri dan jodoh di tangan Tuhan.
Jika memilih untuk berpisah, bagi aku HIV cuma dijadikan alasan
sedangkan mereka memang tidak ada jodoh. Bukan Orang yang Hidup Dengan
HIV (ODHA) pun ramai yang gagal berkahwin atau perkahwinan mereka
runtuh dengan pelbagai sebab serta cara. Janganlah HIV dijadikan
sebagai satu escapism untuk mencipta alasan.
Untuk mengelakkan aku sentiasa menjawab isu yang sama terlalu kerap,
aku berharap entri ini dapat memberikan panduan asas kepada ODHA yang
betul-betul ikhlas untuk mendirikan rumahtangga.
Pandangan Islam
Sebagai Muslim sudah tentu kita meletakkan pandangan Islam sebagai
yang teratas. Isunya, betulkah pandangan tersebut adalah pandangan
Islam sekalipun ianya diberikan oleh seorang doktor yang mempunyai PhD
berjela dalam bidang agama? Apatah lagi jika kajian mereka tidak
digabungkan dengan kajian mendalam tentang HIV dari sudut perubatan?
Bagaimana validity sesuatu kajian tersebut diukur?
Aku pula bukan pakar apa-apa pun kecuali sebagai seorang ODHA. Aku
hidup dengan HIV dan sentiasa merasai rentak nadi suka-duka kehidupan
seorang ODHA. Sakitnya seseorang ODHA yang lain menghadapi diskriminasi
dalam soal ini, sakit juga yang aku rasa sekalipun aku tidak berdepan
dengan isu tersebut secara peribadi.
Jadi kali ini mari kita kongsikan pandangan mengikut kaca mata seorang
ODHA secara santai. Kalau berat sangat nanti, susah untuk dihadam. Ini
bukan kajian akademik. Mahukan kajian akademik sila jumpa mana-mana
profesor di universiti dalam bidang berkaitan. Dengar pandangan mereka
dan bandingkan dengan pandanganku ini untuk mencari penyelesaian yang
adil.
Hukum Berkahwin
Asasnya tetap lima. Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram.
Kemudian semuanya dikaitkan dengan satu istilah lagi iaitu Maqasid Al-Syariah yang juga mengandungi 5 prinsip:
Menjaga Agama.
Menjaga Nyawa.
Menjaga Akal.
Menjaga Keturunan.
Menjaga Harta.
Apabila kita kaitkan hukum dengan 5 prinsip asas Maqasid Al-Syariah
tadi, ramai yang mungkin bersetuju bahawa menjaga nyawa dan keturunan
menjadi isu utama. Selain itu isu sekufu juga turut ditimbulkan
sekalipun kita tidak pernah pasti apa yang bakal kita hadapi di esok
hari.
Apabila begitu, maka timbullah hukum haram ODHA berkahwin, makruh jika
ODHA berkahwin, hendak kahwin, kahwin sesama ODHA sahaja, letakkan
ODHA di sebuah pulau khas, mandulkan ODHA dan sebagainya. Berani kau
orang mandulkan aku? Cubalah.
Amboi, amboi, amboi, bijak sungguh ya! Kau orang ingat soal ketentuan
Tuhan, nafsu dan soal perasaan ini semudah menyebut A, B, C? Janganlah
cepat sangat menghukum. Akibat kejahilan dan judgemental beginilah berlakunya stigma, diskriminasi dan berleluasanya penularan virus HIV. Kami ini makhluk Tuhan juga.
Bagaimana pula dengan pesakit kanser, diabetes, dan darah tinggi yang
mana mungkin turut dipengaruhi faktor genetik? Bagaimana dengan pesakit
talassemia seramai hampir 1 juta orang di Malaysia sekarang dan
sentiasa meningkat? Talassemia lebih bahaya daripada HIV dan sangat
tinggi risiko jangkitannya kepada zuriat.
Bayangkan anda atau anak anda seorang pesakit talassemia yang mahu
berkahwin tetapi pihak jabatan agama mengatakan, haram berkahwin kerana
membahayakan keturunan. Apa rasanya, sanggup? Kata Emmanuel: Hidup
bukan murah!
Baiklah, untuk menjawabnya aku ceritakan tentang beberapa fakta asas rawatan HIV dan isu berkaitan.
Rawatan HIV
Umumnya rawatan HIV ada dua. Kaunseling dan farmakologi. Sekarang kita fokus kepada rawatan farmakologi.
Dengan pengambilan rawatan ART (HAART) virus dalam tubuh seseorang ODHA mampu dikekang sehingga ke bawah 50 copies.
Secara mudahnya ianya bermaksud mereka sihat dan mampu hidup seperti
manusia biasa. Ketika ini risiko menjangkitkan virus kepada pasangan
boleh dikatakan tidak berlaku. Walau bagaimanapun penggunaan kondom
semasa hubungan intim masih diperlukan sebagai langkah pencegahan dan
berhati-hati. Bezanya mereka wajib menjalani rawatan ini seumur hidup.
Apabila mereka berkahwin dan mengamalkan seks selamat dengan tepat,
tidak ada isu jangkitan kepada pasangan. Kerana itu apabila seseorang
ODHA berhasrat untuk berkahwin, doktor biasanya akan mencadangkan
mereka mendapatkan rawatan HAART terlebih dahulu supaya pasangan mereka
tidak dijangkiti. Mereka juga akan diberikan kaunseling.
Untuk mendapatkan zuriat bebas HIV, ringkasnya pada waktu subur
isteri, mereka boleh mengabaikan kondom dan membebaskan sperma ke dalam
faraj isteri sama seperti pasangan lain.
Info penting: HIV hanya terdapat dalam air mani tetapi tidak terdapat dalam sperma.
Jika pasangan (isteri) adalah negatif, sudah pasti zuriat mereka
adalah negatif. Pasangan begini tidak ada apa-apa isu sangat. Ibu bebas
menyusukan bayi mereka.
Jika pasangan tersebut kedua-duanya HIV positif, dengan rawatan yang
betul, anak mereka juga adalah negatif seperti yang diperjelaskan tadi
tetapi dengan sedikit penambahan.
Apabila zuriat kepada pasangan ODHA (kedua-dua ibu bapa adalah HIV
positif) lahir, bayi tersebut akan dipantau selama 18 bulan, diberikan Post Exposure Prophylaxis
(PEP) dan biasanya menjalani 3 kali ujian HIV sebelum disahkan
betul-betul bebas HIV. Ibu pula tidak dibenarkan menyusukan bayi
(sekadar sebagai SOP untuk meminimakan jangkitan – boleh sahaja
sebenarnya).
Berdasarkan pengalaman dan dengan kepatuhan kepada rawatan, bayi-bayi
tersebut memang selamat daripada jangkitan virus. Sahabat-sahabat
komunitiku telah membuktikannya. Janganlah asyik membayangkan kami
hanya golongan gelendangan jalanan seperti dalam media massa era
1980an.
Mahu bukti? Bersepah bukti aku boleh berikan. Hubungi sahaja. Untuk lebih detail,
sila dapatkan nasihat doktor kerana ini sekadar perkongsian santai.
(Mohon para doktor perubatan yang arif untuk memperbetulkan kesalahan
fakta serta-merta)
Jadi dengan penerangan ini adakah 2 prinsip utama dalam Maqasid
Al-Syariah tersebut menjadi isu besar? Apa, ODHA orang berdosa atau
penzina sebelum berkahwin? Penzina hanya layak berkahwin dengan
penzina? Mulut jaga sikit ya.
Buka minda. Fahami betul-betul maksud dan konteks ayat al-Qur’an
tersebut. Fahami maksud taubat nasuha. Jangan ingat suami atau menantu
kita yang pakai serban sebesar bakul pasti tidak berzina selepas
berkahwin. Depan isteri memanglah suami atau menantu mithali. Aku
lelaki, aku tahu sangatlah cerita lelaki. Jangan nak buka temberang
selagi segala macam pintu maksiat terbentang depan mata.
Isu ODHA (lelaki) yang ingin berkahwin
Aku banyak terima aduan, keluhan dan rintihan daripada kalangan ODHA
sendiri tentang isu ini. Mereka mendakwa sedih apabila dikatakan tidak
layak berkahwin, banyak sangat halangan, tiada wanita bukan ODHA yang
sudi terima mereka dan sebagainya. Macam-macam rintihan, alasan dan rasa
rendah diri mereka.
Kalau betul mahu berkahwin dan menyintai pasangan kita, apa alasannya
kita dihalang berkahwin? Kita minta secara baik, lakukan secara beradab
dan beradat. Tetapi jika masih ditolak menggunakan alasan agama, maka
gunakan alasan agama juga terhadap mereka. Daripada buat maksiat,
kahwin sajalah asalkan sah di sisi agama selagi anda faham bahawa
perkahwinan tersebut satu amanah dan tanggungjawab.
Pencinta sebenar tidak akan mengalah dengan alasan remeh-temeh.
Kebahagiaan dan perceraian berlaku dengan pelbagai sebab sekalipun di
kalangan bukan ODHA yang sihat, dianggap sekufu, berketurunan mulia dan
kaya-raya. Kalau ODHA dihalang berkahwin tetapi keyakinan dan hujah
tidak dapat dipatahkan, sepatutnya hanya Tuhan dapat memisahkan. Alasan
penolakan kerana HIV adalah membuta tuli dan demi kepentingan diri
semata-mata.
Lelaki perlu ada bold character
sikit. Pemimpin kan. Dengar sangat cakap orang, sampai sudah tidak
berkahwin sedangkan yang menentang belum tentu faham isu. Tetapi maaflah
kali ini aku lebih berterus-terang menegur sikap ODHA sendiri dalam
isu yang sama.
Apabila ODHA mengadu sahaja, sepintas lalu pun aku boleh mengagak isu
sebenar dan cerita di sebalik cerita yang cuba diselindungkan tetapi
aku cuba juga bantu setakat yang termampu.
Pastikan Kecenderungan Seksualiti
Minta maaf kerana perkongsian kali ini aku agak berterus-terang
terutama menegur sikap ODHA sendiri. Niatku ikhlas. Terpulang kepada
masing-masing untuk menerima atau menolaknya. Jangan marah kerana bukan
maksudku untuk mencipta kontroversi.
Pastikan kecenderungan seksualiti bermaksud bahawa anda mesti pastikan
diri sendiri berada di tahap wajib, haram, makruh, atau sunat
berkahwin. Pastikan adakah anda heteroseksual, ex IDU, pure gay, biseksual atau langsung tiada kemampuan batin.
Jika keliru, dapatkan kaunseling profesional semasa rawatan. Jangan
sesekali terdesak untuk berkahwin semata-mata kerana tekanan sekeliling
dan untuk mendapatkan zuriat. Untuk kelihatan normal sebagai manusia
lain. Nanti berganda-ganda dosa yang tidak tertanggung. Jangan khianati
dan aniaya anak dara orang.
Aku mempunyai senarai bukti beberapa orang mak nyah, golongan yang asalnya mendakwa mereka pure gay
dan dengan kebergantungan kepada Allah, usaha yang sungguh-sungguh
akhirnya berjaya dalam rumahtangga. Ujian itu pasti dan memang ianya
sangat-sangat berat dan memerlukan jihad yang bukan kepalang. Ada yang
terus berjaya, ada yang jatuh bangun berkali-kali. Bagi aku yang paling
penting effort dan belajar daripada kesilapan.
Dalam kebanyakan kes, mereka yang diuji dengan ujian seksualiti bukan
tidak boleh berubah tetapi kerana kurangnya keyakinan diri dan tidak
yakin sepenuhnya dengan janji Allah. Dia yang memberikan ujian, Dia
juga yang menyediakan jalan penyelesaian. Lebih malang jika hakikatnya
kerana mereka selesa berada di zon maksiat, tinggal serumah dengan
pasangan seks sejenis umpama suami isteri.
Selepas berkahwin dan masih terdedah dengan aktiviti terlarang itu isu lain. Sama sahaja seperti lelaki straight yang masih melanggan pekerja seks untuk memuaskan nafsu.
Jangan cuba berbohong mengatakan tidak ada perempuan bukan ODHA yang
sudi berkahwin dengan ODHA. Setua-tua aku ini, dengan status sebagai
ODHA yang punya 2 isteri, ramai sahaja anak dara bukan ODHA yang secara
terbuka mengajak aku berkahwin. Mereka mempunyai latar belakang
pendidikan tinggi, mempunyai karier yang bagus dan mereka faham HIV.
Kalau sentiasa rendah diri dan gedik-gedik menangis macam perempuan, susahlah pakcik hendak bantu dik. Kalau aku rembat girlfriend kau orang nanti kau orang kata aku gatal tidak sedar diri pula.
Jadi, clearkan
isu ini terlebih dahulu. Jangan semata-mata terdesak berkahwin, kita
menipu pasangan dengan menelan Viagra apabila mahu menjalinkan hubungan
intim. Kononnya untuk mendapatkan erection tetapi hakikatnya fikiran menerawang ke tempat lain bagi mengelakkan erectile dysfunction. Gagal menikmati seks secara normal.
Sudahlah begitu, jarang pula menyentuh isteri dan leka dengan tabiat
lama. Atau mahu berkahwin tetapi enggan mendapatkan rawatan atau enggan
menggunakan kondom sehingga menganiaya isteri. Pentingkan diri. Kalau
begitu sikapnya memang aku sendiri katakan, anda tidak layak berkahwin.
Maaflah.
Jujurlah pada diri sendiri
Kita mungkin boleh berbohong kepada bakal isteri kononnya mendapat
jangkitan akibat pernah sekali menyuntik dadah ketika belajar di
universiti, pernah ‘bersalam’ dengan ODHA dan macam-macam alasan merapu
yang lain. Tetapi mampukah kita menipu diri sendiri? Jangan
temberanglah. Tengok cara bergaul, berpakaian dan tenung body aku pun aku tahu seksualiti seseorang. Aku ini sudah tua.
Selain itu, pastikan kita bebas daripada jangkitan penyakit-penyakit
kelamin. Ini sangat-sangat penting kerana lebih membahayakan pasangan
dan bakal zuriat berbanding HIV. Usah bohonglah, berapa lama kau orang
hendak bersembunyi daripada pengetahuan isteri semata-mata untuk
menyapu Podophylin ke dubur akibat genital warts? Jangan buat lawak dengan aku.
Jangan sampai terjadi seperti 1 kes yang pernah aku hadapi. Seorang
gadis naif yang risau kerana ‘abang angkatnya’ dijangkiti HIV. Sibuklah
dia meminta sokongan dan panduan. 'Abang angkatnya' pula asyik meratap
dan mengadu macam-macam. Dia bersungguh-sungguh mencari bantuan
termasuklah menemani ‘abang angkatnya’ menjalani rawatan dan cuba
mendapatkan sokongan komuniti.
Peliknya dalam diam-diam ‘abang angkatnya’ bersetuju pula kakak-kakak
senior dalam komuniti mencarikan jodoh yang sesuai asalkan punya status
yang sama (ODHA). Hujung-hujung satu komuniti tersebar macam-macam
cerita negatif tentang gadis tersebut yang tergila-gilakan ‘abang
angkatnya’.
Pedihnya hati aku Tuhan sahaja yang tahu, hampir mengalir air mata apabila memandang wajah gadis tersebut tetapi aku terpaksa menyimpan aib orang. Aku buat-buat tidak tahu tentang banyak rahsia dan perkara.
Pedihnya hati aku Tuhan sahaja yang tahu, hampir mengalir air mata apabila memandang wajah gadis tersebut tetapi aku terpaksa menyimpan aib orang. Aku buat-buat tidak tahu tentang banyak rahsia dan perkara.
Terfikir dan terdetik, alangkah naif dan lurusnya gadis tersebut.
Begitu mudah tertipu dengan alasan karut marut ciptaan ‘abang’ pujaan
hati. Bersungguh-sungguh membantu dan mempertahankan maruah ‘abang’
seumur hidupnya. Bertuah sungguh ODHA itu. Aku yang pernah cuba bantu
untuk melihat mereka bersatu akhirnya mendapat trauma. Selenge udang
betul!
Pelik apabila gadis tersebut tidak dapat meneka kecenderungan
seksualiti ‘abangnya’. Mungkin akibat hanyut dengan dendangan kisah
syahdu syahdan yang didodoikan. Perghhh... pilu sendu tahap gaban!
Tidak sanggup aku mengingatinya semula. ‘Abang angkat’lah sangat...
Itu belum termasuk kisah-kisah sedih para isteri dan teman wanita ODHA
yang lain. Kalau aku kongsikan semua, berjela-jelalah perkongsian ini
nanti.
Jika clear dengan seksualiti, faham tujuan perkahwinan, telah bebas daripada penyakit kelamin, menjalani rawatan HAART, virus undetectable
dan mampu memikul amanah Allah, berkahwin sahajalah. Cabaran ada di
mana-mana, mahukan sokongan, aku boleh bantu melalui sahabat-sahabatku
yang pernah melaluinya. Tidak bolehlah aku ceritakan semuanya secara
terbuka. Ada masalah, ada penyelesaian.
Mahukan pandangan suami positif, isteri negatif dan memiliki zuriat
bebas HIV boleh aku aturkan kaunseling bersama mereka. Mahukan
pandangan suami negatif dan isteri positif tetapi memiliki zuriat
negatif, pun boleh aku aturkan perkongsian. Mahukan pandangan pasangan
yang kedua-duanya positif tetapi mampu memiliki zuriat bebas HIV pun
boleh. You name it, you get it.
Lagi pun semua ini ujian Allah semata-mata. HIV sekadar virus, jika
Allah sudah takdirkan kita diuji begitu, macam mana pun tetap kena
juga.
Isu bukan ODHA (perempuan) yang ingin berkahwin dengan ODHA
Aku fokuskan kepada perempuan sahaja kerana bagi aku lelaki agak mudah
jika mereka faham HIV seperti yang telah aku terangkan di atas.
Ceritanya lebih kurang sama. Jika lelaki tersebut berterus terang,
jujur dan menjalani rawatan, memang tidak ada masalah berkahwin dengan
mereka. Walau bagaimanapun anda berhak mengetahui seksualiti dan status
kesihatan mereka terutama jangkitan penyakit-penyakit kelamin (STD)
dan jenis-jenis hepatitis tertentu. Ini sangat-sangat penting.
Jangan biarkan diri terlalu mudah dimanipulasi dan diperbodohkan.
Sejujurnya aku berpendapat ramai wanita mudah dimanipulasi oleh ODHA
yang tidak bertanggungjawab akibat nature wanita itu sendiri
seperti kaya dengan naluri keibuan, keikhlasan, melindungi dan sanggup
berkorban demi kasih sayang. Hidup berumah tangga bukan boleh ikut
emosi dik.
Janganlah kerana cinta melulu hanyut melayan emosi dan menurut kata
hati. Menyesal kemudian tiada gunanya. Anda berhak menerima dan anda
berhak menolak. Terpulanglah. Yang penting ialah kejujuran dan
kewibawaan bakal suami.
Jangan habiskan terlalu banyak masa menyokong ODHA yang sentiasa minta
dibantu dan berdolak dalih. Fahami isu yang aku kongsikan di atas.
Bimbang nanti tunggu punya tunggu, teman lelaki anda tetap memberikan
pelbagai alasan untuk menyembunyikan rahsia dirinya yang sebenar.
Berkorban biar pada tempatnya dan umur kita semakin meningkat tanpa
sedar.
Suami wajib bersikap sebagai pemimpin. Perkara yang lepas tidak perlu
dikenang. Mereka yang bertaubat nasuha telah terhapus daripada segala
dosa. Sejarah tidak mampu diubah. Pasangan heteroseksual bebas HIV
sekalipun terdedah kepada lebih banyak isu berkaitan kecurangan dan
keruntuhan rumahtangga tetapi stigma, diskriminasi dan judgemental yang menghukum ODHA. Bezanya mereka tidak diberi didikan direct daripada Allah. Kami sebenarnya insan terpilih. Kita perlu rasional dalam pemikiran dan tindakan.
Fahami juga apa itu grief reaction, treatment fatigue
dan ilmu tentang HIV secara asas. Berikan sokongan dan jalani
kehidupan dengan bermakna dalam mencari keredhaan Allah. Insya-Allah
anda akan mendapat peluang hidup bahagia sama seperti yang pasangan
normal yang lain. Cabaran hidup ada di mana-mana. Besar pahalanya untuk
anda.
Isu lelaki bukan ODHA yang ingin berkahwin dengan wanita ODHA
Ringkas sahaja. Ramai wanita ODHA yang baik-baik di luar sana. Jika
ada di kalangan lelaki bukan ODHA yang mahu menerima mereka, alangkah
mulianya hati anda.
Kebanyakan wanita ODHA adalah mangsa keadaan, mangsa lelaki dan mereka
berhak dibimbing. Tetapi mereka mempunyai rasa rendah diri dan
mengalami trauma psikologi. Anda yang perlu memberikan keyakinan kepada
mereka dengan kesungguhan dan keikhlasan.
Kalau anda mengharapkan kami yang bersungguh-sungguh berbanding anda
(bukan ODHA), anda silap besar. Siapalah kami untuk merayu-rayu. Kami
sedar diri siapalah kami. Apatah lagi wanita ODHA.
Jangan cepat mengalah dengan cabaran. Jangan sesekali mengungkit itu
ini selepas berkahwin. Kasihanilah mereka. Kalau mahu terima, terimalah
secara ikhlas dengan segala pakej kekuatan dan kelemahan mereka. Kalau
tidak, katakan tidak, jangan sesekali dipermainkan hati dan perasaan.
Jangan disangka berkahwin dengan pasangan normal yang lain tidak ada
masalah langsung. Fahami segala isu yang telah aku kongsikan di atas.
Isu isteri yang berkahwin dengan suami yang kemudiannya didiagnos sebagai ODHA
Memang banyaklah isu ini. Kadangkala tidak aman hidup aku apabila para
isteri meluahkan perasaan. Mereka marah kepada suami tetapi aku pula
yang terpaksa tadah telinga dimaki hamun. Kadang-kadang aku
tertanya-tanya, mereka marah suami mereka atau marah aku? Nasiblah.
Semasa mereka marah jangan sesekali dibantah. Apabila reda, bolehlah
nasihat beransur-ansur. Marah macam mana pun, setakat yang aku lalui,
jarang yang bercerai-berai. Bunyi sahaja berdentum dentam tetapi hati
mereka memang tulus. Yang penting lelaki (suami) memohon maaf, jujur
mengakui kesilapan dan menunjukkan sikap lebih baik daripada sebelum
didiagnos.
Sebaik sahaja mengetahui status suami, jalanilah kaunseling dan ujian
HIV. Pastikan ujian penyakit-penyakit kelamin turut dilakukan. Jangan
berhiba terlalu lama kerana merajuk lama-lama tiada gunanya. Cubalah
melihat kehidupan ini daripada view mata seekor burung yang
sedang terbang. Fahamilah tekanan psikologi akibat rasa bersalah
pasangan terhadap diri sendiri mungkin jauh lebih teruk daripada rasa
marah anda terhadap mereka.
Tiada bahayanya HIV dengan rawatan dan kefahaman yang betul. Jalani
sahaja kehidupan seperti biasa dan eratkan kasih sayang. Jangan
sesekali berterusan mengungkit kesilapan, dan dicaci maki sesuka hati.
Fikirkan di sebalik tangisan, mungkin lebih banyak tawa yang kita
kongsikan selama ini. Manusia bukan maksum. Kadang-kadang Allah memang
pilih kita untuk diuji kerana Allah mahu tingkatkan darjat kita di
sisi-Nya. Bukankah redha Allah yang lebih utama?
Bercerai-berai bukan penyelesaian masalah. Walau bagaimanapun anda
berhak untuk menuntut hak anda dan kita punya rasional masing-masing.
Aku menghormatinya.
Penutup
Akhir kata, kembalilah kita ke jalan Allah. Alangkah rugi jika diuji,
kita masih lalai menjaga hubungan dengan Allah dan kekal dalam
kemaksiatan. Hidup ini pinjaman semata-mata. Tiada apa yang menjadi hak
milik kekal. Hentikan perkara remeh-temeh yang berlegar di sekeliling
kita.
Minta maaf kepada sahabat-sahabat komuniti jika perkongsian kali ini
melukakan hati dan terlalu berterus-terang. Mencari sengketa bukan
caraku. Aku berpegang kepada prinsip, berkata benarlah walaupun pahit.
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive
Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi
admins:
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Mizan Mirza: positivelypositive77@gmail.com
Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Arm Ly: psychonutsbeast@gmail.com
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (Secret Group)
Sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
No. Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
Alamat: Rumah WAHIDAYAH, No. 601, Jalan 1B/5, Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh, Selangor.
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi......
http://akuhivpositif.blogspot.com
Sambutan Tahun Baharu 2013: Kita Bergembira Di Saat Orang Lain Menderita?
Posted on Monday, December 31 @ 09:23:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: ustaznik
"
Seperti kebiasaan JAHILIYAH tahun-tahun sebelumnya apabila menjelang tahun baharu, pelbagai acara sambutan dibuat. Nyanyian yang melalaikan memang tak tinggal punya. Gelak ketawa, riang ria, teriak suara sambil tangan memegang botol arak, khalwat dan zina menjadi sebahagian elemen sambutan tahun baharu yang tidak diwar-warkan. Kita meraikan kedatangan tahun baharu 2013 seolah-olah hidup kita sentiasa diredhai Allah.
Kita ketawa seolah-olah tiada orang lain yang berduka. Kita gembira
seakan-akan tiada orang lain yang menderita. Kita membuat countdown
membilang jarum jam seolah-olah tiada orang lain yang juga membilang
jarum jam berapa lama lagi harus menderita di bawah sebuah sistem yang
zalim.
Ya! kita menyambut tahun baharu sedemikian rupa kerana hati kita telah lama mati sebenarnya. Tiada rasa sensitif nasib umat Islam. Tiada rasa benci kepada kezaliman dan kekufuran. Tiada rasa kasihan belas kepada mereka yang menderita di bawah pemerintah yang memeras. Yang penting aku boleh bergembira semahu-mahunya. Hidup hanya bergembira untuk diri sendiri sahaja. Persetankan hidup orang lain.
Ya! kita menyambut tahun baharu sedemikian rupa kerana hati kita telah lama mati sebenarnya. Tiada rasa sensitif nasib umat Islam. Tiada rasa benci kepada kezaliman dan kekufuran. Tiada rasa kasihan belas kepada mereka yang menderita di bawah pemerintah yang memeras. Yang penting aku boleh bergembira semahu-mahunya. Hidup hanya bergembira untuk diri sendiri sahaja. Persetankan hidup orang lain.
Di
dalam negeri, di sesetengah tempat, masih ada yang bersedih selepas
banjir yang melanda. Adakah keadaan sudah pulih? Belum tentu. Di
luarnegara, Syria bermandi darah saban hari. Sekarang musim sejuk. Ramai
kanak-kanak yang mati akibat kesejukan dan kekurangan ubat. Di Iraq,
barangkali ramai yang tidak tahu umat Islam Sunni disembelih. Banyak
mayat dijumpai tanpa kepala. Kalau anda tidak takut, lihatlah klip video
di dalam youtube. Justeru, masih mahu bergembira sakan?
Alhamdulillah,
mujur juga ada beberapa NGO atau kerajaan yang insaf mengambil
inisiatif mengambil pendekatan agama dan positif bagi mengisi ruang
sambutan tahun baharu supaya tidak dilalailkan oleh arus JAHILIYAH moden
itu. Tapi berapa ramai yang insaf dan punya hati yang hidup berbanding
mereka yang lalai dan mati hatinya?
artikel berkaitan:
Bunga api, konsert untuk sambutan ambang 2013
Tahun
2012 bakal melabuhkan tirainya esok dan bagi mengalu-alukan kedatangan
tahun baharu 2013 seperti lazimnya pelbagai acara diatur di seluruh
negara bagi memeriahkan sambutan mengira detik 12 tengah malam.
Bagi
warga ibu kota, beberapa lokasi terpilih bakal menyaksikan kemeriahan
sambutan ambang tahun baharu seperti pertunjukan bunga api, konsert dan
persembahan artis popular serta acara-acara menarik lain.
Dataran Merdeka pasti menjadi lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara apabila sambutan ambang tahun baharu diadakan serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Kepelbagaian acara di Dataran Merdeka itu dimulakan dengan Larian Tahun Baru 1Malaysia pada awal pagi esok yang bakal menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM51,000.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dijadual hadir pada majlis rumah terbuka Krismas sekitar 4.30 petang dan konsert ambang tahun baharu dijangka bermula pada 8.30 malam.
Dalam pada itu, Menara Kuala Lumpur antara mercu tarikan di ibu negara akan melanjutkan waktu operasinya pada 31 Dis sehingga 1 pagi bagi meraikan kedatangan tahun baru 2013, diserikan dengan kehadiran penyampai radio SinarFM iaitu Leya dan Zaidi Zainal.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporatnya Eliey Sahad dalam satu kenyataan berkata Menara Kuala Lumpur turut menawarkan pakej istimewa ke Pelantar Terbuka dan Pelantar Pemandangan dengan harga RM88 hingga RM249 seorang.
“Dengan pakej yang ditawarkan, pengunjung berpeluang menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur di waktu siang dan menyaksikan percikan bunga api dari Pelantar Pemandangan yang berketinggian 276 meter dan Pelantar Terbuka pada ketinggian 300 meter pada waktu malam,” katanya.
Bagi memeriahkan sambutan, beberapa program hiburan turut dirancang untuk warga kota.
Mercu tanda negara KLCC akan mengadakan ‘New Year Countdown at KLCC’ – NYC@KLCC dengan tema ‘HEADL12NERS’ yang akan menyajikan pertunjukan ‘Lake Symphony Fountain’ dengan iringan bunyian dan cahaya yang menarik serta pertunjukan bunga api pada pukul 12 tengah malam.
Acara sambutan di kawasan KLCC dijadual bermula pukul 9 malam.
Stesen radio KLFM pula akan menganjurkan Konsert KL Aktif 2013 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.
Konsert yang turut mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bakal berlangsung bermula 8.30 malam dan artis yang akan membuat persembahan ialah VIP, Mojo, Khalifah, Hyper Act, Klangit, Kool, Shades, Nico, Elyana dan ramai lagi.
Di pusat pentadbiran negara Putrajaya, sambutan ambang tahun baharu akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pukul 5 petang dengan kerjasama Kumpulan Ambank dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH).
Menurut satu kenyataan Perbadanan Putrajaya, antara acara yang bakal dianjur adalah pertandingan futsal, pertunjukan ‘auto-show’, pertunjukan pancaragam, pertunjukan kawad patung seterusnya acara kemuncak iaitu konsert ambang serta pertunjukan bunga api akan dilancarkan tepat detik 12 malam.
Konsert ambang tajaan Kumpulan Ambank itu akan dibarisi artis terkenal seperti M. Nasir, Jamal Abdillah, Hattan, Mizz Nina, Wings dan Kumpulan Hujan.
Di Selangor pula, Karnival Sayangi Selangor anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor di I-City, Seksyen 7, Shah Alam telah bermula sejak semalam sehingga Selasa ini bersempena sambutan tahun baharu dan dijangka 500,000 pengunjung menghadiri karnival empat hari itu.
Pelbagai aktiviti berkonsepkan santai bersama keluarga akan dijalankan termasuk persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pertandingan bintang kecil dan aktiviti air.
Sementara itu, program keagamaan turut dirancang bagi sambutan tahun baru 2013.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Pusat Bimbingan Puteri Raudatus Sakinah akan menganjurkan Program Himpunan 1,000 Jiwa 1 Hati buat kali ke-3 esok dan 1 Januari 2013 bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Menurut laman web Jakim, program yang akan berlangsung dua hari ini bertemakan “Jiwa Kuat Generasi Hebat” adalah satu program alternatif kepada remaja-remaja untuk menyambut ambang tahun baru 2013.
Program itu menyasarkan seramai 2,400 peserta.
Beberapa pengisian program bakal menarik minat remaja belia termasuk Bicara Cinta Anak Muda yang bertajuk ‘Destinasi Cinta’ akan dikendalikan Fedtri Yahya membariskan beberapa panel ternama antaranya Wardina Safiyyah, Heliza Helmi dan Mohd Nor Mamat.
Peserta dan fasilitator bakal disajikan dengan slot-slot menarik seperti hiburan yang mendidik jiwa daripada kumpulan anak muda Edcoustic, In-Team, Unic dan Hafiz Hamidun.
Selain itu, menjelang jam 12 tengah malam 31 Disember, satu laungan ikrar akan dibacakan oleh semua peserta bagi menzahirkan mereka adalah remaja dan belia yang bijak menjauhi zina serta berupaya menjaga jati diri bersempena sambutan tahun baru.
Di Melaka, sambutan tahun baru 2013 disambut penuh kesyukuran dalam satu program yang akan diadakan di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, esok.
JAIM dalam satu kenyataan berkata, program keagamaan anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu bakal disertai kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada penjawat awam, belia, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.
Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah diketuai Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md Saleh dengan bacaan Yassin dan Tahlil.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka menghadiri majlis itu.
Sementara itu, di Negeri Sembilan, beberapa program karnival diadakan bagi menyambut tahun 2013.
Menurut laman web Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) antara progran yang diadakan New Year Countdown@Port Dickson yang telah bermula pada 21 Disember lalu sehingga esok berlokasi di Pantai Cahaya Negeri.
Selain itu, satu Karnival Santai di Ambang Tahun Baru 2012/2013 juga diadakan pada 29 Disember lalu sehingga 1 Januari 2013 di Dataran Seri Kemang.
MPPD pula menganjurkan satu Kejohanan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam 1Malaysia, esok yang berlangsung di Pantai Saujana, Port Dickson.
Di Pulau Pinang, antara sambutan yang diadakan ialah Kejohanan Futsal Pulau Pinang Golden dan Golden K-Pop Dance Challenge diadakan di Padang Esplanade bermula jam 11 pagi hingga lewat malam.
Acara ini turut dimeriahkan dengan konsert ‘live’ bintang terkenal tanah air seperti Amy Search, Azlan & The Type Writer, Drama Band dan Tedd Chan.
- Bernama
Dataran Merdeka pasti menjadi lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara apabila sambutan ambang tahun baharu diadakan serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Kepelbagaian acara di Dataran Merdeka itu dimulakan dengan Larian Tahun Baru 1Malaysia pada awal pagi esok yang bakal menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM51,000.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dijadual hadir pada majlis rumah terbuka Krismas sekitar 4.30 petang dan konsert ambang tahun baharu dijangka bermula pada 8.30 malam.
Dalam pada itu, Menara Kuala Lumpur antara mercu tarikan di ibu negara akan melanjutkan waktu operasinya pada 31 Dis sehingga 1 pagi bagi meraikan kedatangan tahun baru 2013, diserikan dengan kehadiran penyampai radio SinarFM iaitu Leya dan Zaidi Zainal.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporatnya Eliey Sahad dalam satu kenyataan berkata Menara Kuala Lumpur turut menawarkan pakej istimewa ke Pelantar Terbuka dan Pelantar Pemandangan dengan harga RM88 hingga RM249 seorang.
“Dengan pakej yang ditawarkan, pengunjung berpeluang menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur di waktu siang dan menyaksikan percikan bunga api dari Pelantar Pemandangan yang berketinggian 276 meter dan Pelantar Terbuka pada ketinggian 300 meter pada waktu malam,” katanya.
Bagi memeriahkan sambutan, beberapa program hiburan turut dirancang untuk warga kota.
Mercu tanda negara KLCC akan mengadakan ‘New Year Countdown at KLCC’ – NYC@KLCC dengan tema ‘HEADL12NERS’ yang akan menyajikan pertunjukan ‘Lake Symphony Fountain’ dengan iringan bunyian dan cahaya yang menarik serta pertunjukan bunga api pada pukul 12 tengah malam.
Acara sambutan di kawasan KLCC dijadual bermula pukul 9 malam.
Stesen radio KLFM pula akan menganjurkan Konsert KL Aktif 2013 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.
Konsert yang turut mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bakal berlangsung bermula 8.30 malam dan artis yang akan membuat persembahan ialah VIP, Mojo, Khalifah, Hyper Act, Klangit, Kool, Shades, Nico, Elyana dan ramai lagi.
Di pusat pentadbiran negara Putrajaya, sambutan ambang tahun baharu akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pukul 5 petang dengan kerjasama Kumpulan Ambank dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH).
Menurut satu kenyataan Perbadanan Putrajaya, antara acara yang bakal dianjur adalah pertandingan futsal, pertunjukan ‘auto-show’, pertunjukan pancaragam, pertunjukan kawad patung seterusnya acara kemuncak iaitu konsert ambang serta pertunjukan bunga api akan dilancarkan tepat detik 12 malam.
Konsert ambang tajaan Kumpulan Ambank itu akan dibarisi artis terkenal seperti M. Nasir, Jamal Abdillah, Hattan, Mizz Nina, Wings dan Kumpulan Hujan.
Di Selangor pula, Karnival Sayangi Selangor anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor di I-City, Seksyen 7, Shah Alam telah bermula sejak semalam sehingga Selasa ini bersempena sambutan tahun baharu dan dijangka 500,000 pengunjung menghadiri karnival empat hari itu.
Pelbagai aktiviti berkonsepkan santai bersama keluarga akan dijalankan termasuk persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pertandingan bintang kecil dan aktiviti air.
Sementara itu, program keagamaan turut dirancang bagi sambutan tahun baru 2013.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Pusat Bimbingan Puteri Raudatus Sakinah akan menganjurkan Program Himpunan 1,000 Jiwa 1 Hati buat kali ke-3 esok dan 1 Januari 2013 bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Menurut laman web Jakim, program yang akan berlangsung dua hari ini bertemakan “Jiwa Kuat Generasi Hebat” adalah satu program alternatif kepada remaja-remaja untuk menyambut ambang tahun baru 2013.
Program itu menyasarkan seramai 2,400 peserta.
Beberapa pengisian program bakal menarik minat remaja belia termasuk Bicara Cinta Anak Muda yang bertajuk ‘Destinasi Cinta’ akan dikendalikan Fedtri Yahya membariskan beberapa panel ternama antaranya Wardina Safiyyah, Heliza Helmi dan Mohd Nor Mamat.
Peserta dan fasilitator bakal disajikan dengan slot-slot menarik seperti hiburan yang mendidik jiwa daripada kumpulan anak muda Edcoustic, In-Team, Unic dan Hafiz Hamidun.
Selain itu, menjelang jam 12 tengah malam 31 Disember, satu laungan ikrar akan dibacakan oleh semua peserta bagi menzahirkan mereka adalah remaja dan belia yang bijak menjauhi zina serta berupaya menjaga jati diri bersempena sambutan tahun baru.
Di Melaka, sambutan tahun baru 2013 disambut penuh kesyukuran dalam satu program yang akan diadakan di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, esok.
JAIM dalam satu kenyataan berkata, program keagamaan anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu bakal disertai kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada penjawat awam, belia, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.
Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah diketuai Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md Saleh dengan bacaan Yassin dan Tahlil.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka menghadiri majlis itu.
Sementara itu, di Negeri Sembilan, beberapa program karnival diadakan bagi menyambut tahun 2013.
Menurut laman web Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) antara progran yang diadakan New Year Countdown@Port Dickson yang telah bermula pada 21 Disember lalu sehingga esok berlokasi di Pantai Cahaya Negeri.
Selain itu, satu Karnival Santai di Ambang Tahun Baru 2012/2013 juga diadakan pada 29 Disember lalu sehingga 1 Januari 2013 di Dataran Seri Kemang.
MPPD pula menganjurkan satu Kejohanan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam 1Malaysia, esok yang berlangsung di Pantai Saujana, Port Dickson.
Di Pulau Pinang, antara sambutan yang diadakan ialah Kejohanan Futsal Pulau Pinang Golden dan Golden K-Pop Dance Challenge diadakan di Padang Esplanade bermula jam 11 pagi hingga lewat malam.
Acara ini turut dimeriahkan dengan konsert ‘live’ bintang terkenal tanah air seperti Amy Search, Azlan & The Type Writer, Drama Band dan Tedd Chan.
- Bernama
Rebet RM200 memang sebenarnya cuma "jualan penghabisan stok"
Posted on Monday, December 31 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Cenangau Daunkari
Dah la "selagi stok masih ada", "sapa cepat dia dapat" pulak tu. Memang tak salah sangat, skim ni lebih kepada untuk membantu peniaga handphone "terpilih" dengan kerajaan bagi dana untuk "jualan penghabisan stok"
Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan pemberian rebet telefon mudah alih pintar 3G hanya kepada model RM500 ke bawah kerana dipercayai syarat itu cuba menguntungkan pihak tertentu dengan melariskan stok lama.
Katanya, lebih malang lagi apabila pelaksanaan skim itu dilihat berat sebelah apabila belia yang layak perlu membuat pembelian tersebut daripada pengedar telefon bimbit yang dilantik sahaja. - Sinar.
Senarai telefon pintar yang masuk dalam Skim Komunikasi Remaja tu macam kat bawah ni:
Posted on Monday, December 31 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Cenangau Daunkari
Dah la "selagi stok masih ada", "sapa cepat dia dapat" pulak tu. Memang tak salah sangat, skim ni lebih kepada untuk membantu peniaga handphone "terpilih" dengan kerajaan bagi dana untuk "jualan penghabisan stok"
Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan pemberian rebet telefon mudah alih pintar 3G hanya kepada model RM500 ke bawah kerana dipercayai syarat itu cuba menguntungkan pihak tertentu dengan melariskan stok lama.
Katanya, lebih malang lagi apabila pelaksanaan skim itu dilihat berat sebelah apabila belia yang layak perlu membuat pembelian tersebut daripada pengedar telefon bimbit yang dilantik sahaja. - Sinar.
Senarai telefon pintar yang masuk dalam Skim Komunikasi Remaja tu macam kat bawah ni:
- Alcatel One Touch Inspire 2
- The Buzz Phone
- HTC Wildfire
- Huawei Ideos X3
- LG Optimus L3
- Ninetology Black Pearl II
- Ninetology Palette
- Nokia 2730
- Nokia 7230
- Nokia Asha 305
- Nokia Asha 308
- Nokia C2-03
- Nokia Lumia 610
- Samsung Galaxy Chat
- Samsung Galaxy Mini
- Samsung Galaxy Pocket
- Samsung Galaxy Y
- Sony Xperia Tipo
- ZTE Acqua
- ZTE V790
Tambah-tambah pulak bila baca laporan Bharian macam yang kat bawah ni:
“Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam. - Bharian.Dah la "selagi stok masih ada", "sapa cepat dia dapat" pulak tu.
Memang tak salah sangat, skim ni lebih kepada untuk membantu peniaga handphone "terpilih" dengan kerajaan bagi dana untuk "jualan penghabisan stok"
Dengan jumlah belia Malaysia yang berumur 20-30 tahun yang ada lebih 5juta orng dah sekarang ni, memang tentu habih punya la stok yang ada tu.
Tapi, apa pun, bagi yang layak, jangan pulak lepaskan peluang ni. Boleh mula mendaftar melalui http://www.skmm.gov.my mulai 1/1/2013. Dan jangan merungut kalau terpaksa berkampung dalam cybercafe nak masuk web tu tak tak boleh. Banyak-banyak la bersabar pasai tentu punya laman tu akan jammed dengan 1.5 juta umat nak log-in.
Kalau tanya aku, aku mensyorkan model yang no 18 dan 19. Tak payah la nak teruja dengan model Galaxy yang cuma boleh masuk android v2.3 Gingerbread tu. Kalau tak dapat guna Android Jelly Bean macam Note2 dapat Ice Cream Sandwich pun kira ok la.
Sumber: Cenangau Daunkari
[VIDEO] Ustadz Hadi Sudah Lama Jawab Isu Kafir Mengkafir
Posted on Monday, December 31 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Greenboc
Ulama PAS hanya menerangkan tentang batas-batas iman dan kufur. UMNO terasa dan terus menuduh PAS mengkafirkan UMNO. Terbaik TG Haji Hadi.
Sumber: greenboc.blogspot.com
Posted on Monday, December 31 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Greenboc
Ulama PAS hanya menerangkan tentang batas-batas iman dan kufur. UMNO terasa dan terus menuduh PAS mengkafirkan UMNO. Terbaik TG Haji Hadi.
Sumber: greenboc.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan