Posted on Tuesday, January 01 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Malaysia Chronicle
Apabila anda mahu memusnahkan seseorang yang mempunyai pengaruh dan kuasa, anda perlu merancang dan melaksanakannya dengan tepat dan dengan gaya tersendiri supaya usaha itu memberi kesan maksimum dan berkekalan. Jika tidak, ia boleh mengena kepada diri sendiri dan berkemungkinan akan berakhir dengan kecederaan yang serius ataupun kematian! Itu adalah perjalanan hidup dalam senario politik Malaysia dimana musuh jangan dicari, dendam pasti dibalas
Walaupun rancangan yang teliti telah dibuat dan mendapat sokongan namun ia tidak menjamin kejayaan setiap masa. Sebagai contoh, pemimpin Umno Tun Musa Hitam, TengkuRazaleigh dan Anwar Ibrahim semuanya telah menentang bekas ketua mereka, Mahathir Mohamad dengan sokongan dan doa dari penyokong-penyokong mereka. Namun mereka gagal untuk menggulingkan si licik lagi Machiavelli Mahathir, yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun.
Kadang-kala, mereka yang berkuasa apabila ingin menyingkirkan sesorang yang juga punyai kuasa, boleh meminta bantuan pihak ketiga. Contoh yang paling jelas adalah orang upahan menggunakan orang upahan lain termasuk pemimpin Umno seperti Perdana Menteri NajibRazak dan 'mangsa' liwat palsu SaifulBukhari yang 'membantu' antara satu sama lain untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bantuan daripada ketua-ketua polis. Individu seperti UmmiHafilda, S Nallakaruppan dan Ezam Mohd Noor, yang selalunya muncul untuk menyebarkan ‘pekung’ Anwar pada masa yang strategik, juga boleh diletakkan dalam kategori yang sama seperti Saiful.
Terdapat juga mereka yang akhirnya mati! Ingatkah lagi pada TeohBeng Hock dan Ahmad Sarbani? Kedua-dua mereka ini terpaksa membayar dengan nyawa kerana enggan menurut apa yang dikehendaki panglima UMNO semasa siasatan rasuah tak lain tak bukan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Sudah tentu, terdapat beberapa orang yang lebih bernasib baik seperti Raja Petra Kamaruddin, yang 'terlebih-mengkritik’ mereka yang berkuasa dan terpaksa lari ke England, di mana dia kini hidup dalam kemewahan. Artis Rap dan pelakon filem Namewee begitu berani mempermainkan Lagu Kebangsaan tetapi kemudiannya dipaksa untuk meminta maaf.
Maksud semua ini adalah orang kebanyakkan perlu membayar akibat yang mahal sekiranya mereka berani bercakap menentang pemimpin-pemimpin Umno-BN, terutamanya golongan elit Umno yang kejam, panglima yang tidak akan berhenti dari usaha menghapuskan mereka yang cuba untuk mendedahkan urusan haram mereka dan kontrak perniagaan yang mega.
Jadi bagaimana kita harus menganalisis kes Deepak Jaikishan dengan pendedahannya terhadap Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno yang bukan calang-calang orangnya! Siapa yang menjadikannya begitu berani? Apakah permainannya? Adakah ia sejenis peras ugut? Atau apakah ia hukuman atau 'ganjaran'?
Bukan semudah kes peras ugut mahupun balas dendam
Mari kita mulakan dengan menganggap dakwaan Deepak terhadap ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah sebagai urusniaga biasa yang telah menemui kegagalan . Tetapi, , kenapa dia tidak hanya menyelesaikan masalahnya di mahkamah dan tanpa perlu menghebahkan skandal itu?
Mengapa Deepak menghebohkan dakwaan itu apabila perhimpunan agung UMNO sedang berlangsung dan kenapa dia seperti mahu berusaha untuk memastikan seluruh negara tahu tentang keluarga Najib yang mendapat wang yang banyak dengan membantu Ropiaah untuk mendapatkan kontrak Kementerian Pertahanan itu? Apakah faedah yang akan diperolehi oleh Deepak dengan mengheret Najib ke dalam persengketaannya dengan Ropiaah? Bukankah Deepak telah merumitkan lagi keadaan apabila membabitkan seorang yang berkuasa seperti penyandang jawatan Perdana Menteri semasa negara?
Banyak persoalan yang timbul di fikiran tetapi masih lagi tidak ketemu jawapan yang tepat. Kecuali jika Najib dan isterinya RosmahMansor merupakan sasaran utama Deepak pada mulanya. Jika benar, semua teka-teki akan terjawab dengan sempurna.
Konspirasi dalaman Umno untuk menjatuhkan Najib
Ini membawa kita kembali kepada siapa yang berada di belakang Deepak.
Dia hanyalah seorang peniaga permaidani yang pernah menjadi kawan akrab Rosmah Mansor. Siapalah Deepak untuk 'memeras ugut' Najib tanpa segan silu dan halangan? Deepak perlu berhati-hati dengan akibatnya. Bukan sahaja Beng Hock dan Ahmad Sarbani menjadi peringatan kepadanya, jangan lupa juga pada Altantuya! Ya, wanita jelita Mongolia yang telah ditembak dan diletupkan oleh bekas pengawal-pengawal peribadi Najib.
Bagi Najib pula, nampaknya dia amat terkejut. Jika Deepak telah memberi amaran terlebih dahulu, penyokong Najib mungkin akan cuba membayarnya untuk mengelakkan PM itu malu. Nampaknya, Najib tidak menjangkakan serangan hendap itu walaupun sekarang ada cakap-cakap dalam kem Najib bahawa RM160 juta wang dalam bentuk pinjaman ditawarkan bagi Deepak untuk 'menutup mulutnya'.
Mengapa Najib tidak bertindak untuk menangkap Deepak? Mengapa pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak mempertahankan presiden mereka dari tuduhan Deepak? Mengapa Deepak masih bebas dan berterusan membuat pendedahan?
Malah DAP telah membuat laporan polis terhadap Deepak kerana didakwa tidak bekerjasama memberi maklumat bahawa Najib telah terlibat dalam mendapatkan akuan berkanun untuk menerbalikkan akuan yang menceritakan pembunuhan Altantuya. Tetapi Umno dan BN hanya menutup mulut dan seolah-olah memekakkan telinga sahaja.
Ia kelihatan seperti Deepak BENAR-BENAR mempunyai sokongan yang kuat dibelakangnya terhadap 'pasangan pertama’, iaitu Najib dan Rosmah. Sekarang, bagaimana ini boleh berlaku?
Adakah Deepak didalangi Anwar dan PR?
Kita boleh menolak andaian bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat disebalik kisah ini kerana blogger Umno, Papagomo telah menyiarkan klip video yang kononnya menunjukkan Deepak membuat perjanjian dengan seorang yang rapat dengan Anwar. Mengapa? Kerana Papagomo telah juga kehilang kredibiliti dan sedang berhadapan dengan beberapa saman. Reputasi Papagoma telah musnah. Malah partinya membuangnya kecuali mereka yang sepertinya juga -tidak puas hati.
Juga, Papagomo sebenarnya mewakili 'pembangkang' dalam Umno. Ini merupakan panglima-panglima dan puak yang mahu menendang Najib keluar dari jawatan tertinggi Umno secepat mungkin. Jadi, sambil menuding jari pada Anwar, apa yang Papagomo sebenarnya telah lakukan adalah memberitahu semua rakyat di Malaysia bahawa bukan Anwar dan PR yang berada di belakang Deepak. Oleh itu, dalang-dalang yang berada di belakang Deepak merupakan orang-orang Umno sendiri.
Untuk tahu siapa dalang disebalik Deepak dalam Umno, kita mesti bertanya soalan ini – siapakah yang akan mendapat manfaat paling besar dalam Umno jika Najib dilucutkan dari kuasa? Jelas sekali, orang itu mestilah seseorang yang mengintai jawatan PM untuk dirinya sendiri – orang yang sedang menunggu untuk menjadi PM. Orang yang paling memenuhi kriteria ini sekarang adalah MuhyiddinYassin. Ya, dia sedikit lembap dan tidaklah begitu kreatif untuk berimaginasi atau berbakat tetapi Najib masih sedikit ok darinya. Walaupun begitu, kita mesti ingat bahawa Muhyiddin tidak mempunyai pengikut yang ramai. Dia adalah 'penyendiri' dengan sokongan yang amat sedikit dari akar umbi.
Yang membawa kepada persoalan yang seterusnya. Siapakah yang memberi idea untuk menggunakan Deepak? Apakah tujuan sebenar orang ini atau orang yang tidak diketahui ini? Adakah mereka benar-benar menyokong Muhyiddin atau adalah mereka hanya mahu bersembunyi di belakangnya untuk menyerang Najib dan kemudian apabila kerja telah siap, mereka juga akan bertindak untuk ‘menjatuhkan’ Muhyiddin?
Penyokong Musa Hassan dahulu dalangnya sekarang?
Terus terang, nama Mahathir adalah yang pertama muncul diminda sebagai tangan hitam yang paling berkemungkinan menyokong Deepak. Walaupun hubungan secara langsung tidak boleh dibuktikan, rakyat Malaysia boleh membuat kesimpulan yang 'logik' disini.
Ia juga Nampak ketara apabila Mahathir - yang suka memberi pendapatnya dalam apa jua isu walaupun selalunya dengan tanpa diminta – dengan misterinya memilih untuk kekal senyap setelah Deepak membuat pendedahan. Lagipun, jika anda rasa hormat dan menyokong seseorang - seperti Mahathir yang menyatakan sokongan terhadap Najib – dia pasti akan sakit hati dan marah atas tuduhan Deepak.
Jika anda sayang akan UMNO, anda cuba mempertahankan UMNO dengan apa jua cara. Tetapi mengapa apabila pembabitan Najib dalam kes Ropiaah didedahkan di khalayak ramai, tiada siapa dalam Umno yang mahu mempertahankannya? Begitu juga dengan tuduhan Deepak yang melibatkan skandal Scorpene-Altantuya - tiada siapa kecuali ahli kumpulan Najib sendiri yang mempertahankannya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lainnya hanya mendiamkan diri.
Dan bukan hanya itu, Musa Hassan bekas KPN juga seperti turut membantu menambah garam ke luka Najib. Musa mengejutkan negara dengan mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang merupakan sepupu Najib yang paling dipercayai, sering campur tangan dalam kerja-kerja polis.
Tidak dinafikan, terdapat usaha bersepadu untuk memusnahkan Najib oleh musuh-musuhnya dalam Umno. Dan logiknya, orang yang akan mendapat manfaat yang paling besar jika Najib dilucutkan dari kuasa sedang adalah Muhyiddin dan mereka yang menggunakan Muhyiddin untuk mencapai matlamat mereka sendiri.
Sharizat lebih mendapat simpati dari Najib
Mari kita lihat Musa Hassan. Dia paling setia pada Mahathir. Lagipun, Musa merupakan seorang yang telah memainkan peranan penting membantu Mahathir untuk menyingkir Anwar dan untuk itu, Musa telah diberi ganjaran dan dilantik ke jawatan KPN apabila Mahathir menjadikan dirinya Menteri Dalam Negeri. Bukankah ia agak ganjil apabila Musa tidak pernah menuduh Mahathir menyalahgunakan kuasa tetapi dia telah menyerang Hishamuddin?
Berbekalkan 22 tahun pemerintahan, tidak mustahil jika Mahathir tidak pernah campur tangan dalam kerja polis. Atau bukankah ia lebih berkemungkinan bahawa bagi setiap kes apabila Hisham menyalahgunakan kuasanya, Mahathir akan pernah melakukan perkara yang sama sekurang-kurangnya 3 kali lebih kerap.
Jika mereka dapat melakukan apa yang mereka suka, ramai pemimpin UMNO akan mengatakan bahawa mereka tidak mahu Najib terus menjadi presiden mereka kerana Najib membawa terlalu banyak 'bagasi' dan skandal.
Terlalu banyak usaha, sumber dan masa yang telah dibelanjakan untuk membuat Najib kelihatan baik, tetapi semua usaha itu telah masuk ke dalam longkang. Statistik terkini terhadap popularitinya telah hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 1 peratus, yang merupakan satu penghinaan besar terhadap UMNO dan satu petanda bahawa kehancuran boleh dijangkakan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Serangan hendap ala gerila Dr M terhadap Najib dan Rosmah
Berbeza dengan "Dasar Pandang ke Timur" Mahathir dan "Wawasan 2020" yang kekal popular dan diingati oleh ahli-ahli UMNO dan para pemimpinnya, program Transformasi Najib dan slogan 1Malaysia hanya diwar-warkan oleh para menterinya, IdrisJala dan RaisYatim antaranya. Malah Shahrizat Jalil, ketua Wanita yang kehilangan jawatan kabinetnya akibat skandal NFC bernilai RM250 juta, telah mendapat simpati yang lebih daripada ahli-ahli dan pemimpin Umno berbanding Najib pada kemuncak krisisnya dahulu.
Malah, mengapa Mahathir, Muhyiddin, Ku Li, Nazri Aziz, Isa Samad, RaisYatim, Ali Rustam, Khairy Jamaluddin seperti buat tak tahu dan tidak berkata apa-apa untuk mempertahankan Najib daripada tuduhan Deepak? Bagaimana mereka boleh mengaku setia kepada PM tetapi menutup mata apabila dia dituduh membunuh dan merampas kekayaan negara.
Mungkin petunjuknya terletak pada kata-kata Mahathir yang sering diulang-ulangnya iaitu ketidakserasiannya dengan Badawi menyumbang kepada UMNO yang berpecah belah, dan membawa kepada prestasi hambar BN dalam pilihan raya umum ke-12. Untuk pilihan raya umum ke-13, Mahathir yakin dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun lelaki berusia 87 tahun ini menyatakan secara terbuka sokongan kepada Najib dan mendakwa bahawa Najib telah melakukan yang terbaik, Mahathir sebenarnya sudah melancarkan serangan hendap ala 'gerila' terhadap pasangan pertama itu.
DIBUANG UMNO: Sendirian dan tergolek ke bawah tanpa brek
Oleh itu, adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah keseorangan dalam UMNO seperti yang kita boleh andaikan daripada pendedahan Deepak dan Musa. Dan oleh kerana begitu terkejut, tidak hairanlah Najib dan Rosmah tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas hanya berdiam diri sahaja daripada cuba membersihkan nama mereka.
Deepak dan Musa - dua lelaki dengan watak yang sangat berbeza - menunjukkan sekali lagi bahawa Najib dan Rosmah kini buangan dalam UMNO. Pasangan itu adalah seperti kanser di dalam parti kerana ia cuba keras untuk mengekalkan cengkaman pada kerajaan persekutuan. Untuk UMNO, kanser Najib-Rosmah telah disahkan sebagai petanda buruk. Ia telah menjadi terlalu besar dan boleh mencekik UMNO sehingga mati.
Satu-satunya penyelesaian adalah untuk membuang tumor itu tidak lama lagi. Pembedahan utama yang diperlukan sudah diberikan. Persoalan sebenar ialah BILAKAH UMNO akan mengeluarkan Najib dan Rosmah di bilik pembedahan?
Malaysia Chronice
Deepak, Musa senjata Dr M dalam 'perang gerila' terhadap Najib & Rosmah?
Pesara tentera bantah perjanjian tanah LTAT
Posted on Tuesday, January 01 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Zurairi AR
Malaysia Insider
Sekumpulan 15 pesara tentera berdemonstrasi hari ini bagi membantah rancangan pembelian tanah di Bukit Raja oleh Boustead, unit dana pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). — Gambar oleh Choo Choo May.
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Sekumpulan pesara tentera berdemonstrasi di hadapan Menara Boustead hari ini untuk membantah rancangan pembelian tanah di Bukit Raja di tengah-tengah dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan persekutuan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Sekumpulan 15 veteran yang diketuai oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berhimpun di hadapan pejabat Boustead Holdings Bhd di Jalan Raja Chulan dengan memegang sepanduk berbunyi, “Demi Kroni, Deepak dan Rosmah, LTAT diperalat” dan “(Datuk Seri) Zahid Hamidi gadai masa depan pencarum LTAT”.
Bantahan ini berlaku tatkala Boustead, unit dana pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), membeli kepentingan 80 peratus dalam Astacanggih Sdn Bhd dengan harga RM30 juta serta sekeping tanah berharga RM130 juta dari Awan Megah.
“Kita mahu hari ini Boustead dan kakitangan mereka untuk bekerjasama dan menjelaskan perkara itu kepada kami sebagai penyumbang. Ini adalah wang awam,” kata Mohd Nazari Mokhtar, presiden kumpulan kepentingan bekas tentera Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT).
“Mereka jeneral yang duduk dalam lembaga pengarah Boustead mesti bersuara dan tidak terus diam,” kata Datuk Abd Hadi Khatab, penasihat bagi kumpulan lain Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN).
Beliau merujuk kepada lapan pesara pegawai tertinggi tentera yang menjadi ahli lembaga pengarah Boustead bagi pihak LTAT.
LTAT Kementerian Pertahanan, melalui cabang pelaburan Boustead Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memperoleh tanah seluas 200 ekar dari syarikat Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah Awan Megah Sdn Bhd dengan RM130 juta.
Selain pembelian tanah, dana itu juga akan membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dengan RM30 juta, yang sebelum ini disifatkan Rafizi sebagai "rasuah secara terang-terangan" dan bertujuan untuk menutup mulut peniaga itu daripada mengeluarkan lebih banyak kenyataan kontroversi menentang kerajaan.
Kumpulan pesara cuba memasuki pejabat Boustead di tingkat 28 untuk melihat saham dan dokumen perjanjian penjualan tanah yang boleh dilihat untuk tontonan umum bermula hari ini, akan tetapi dihentikan oleh kakitangan keselamatan.
Kakitangan Boustead mendakwa pemegang saham hanya syarikat dibenarkan untuk melihat dokumen, tetapi tidak pencarum LTAT.
Sebagai respons kepada itu, Rafizi mengisytiharkan dia akan membeli unit saham Boustead dan kembali dalam beberapa hari dengan kumpulan pesara tentera yang lebih besar.
Kakitangan Boustead yang berada di situ enggan mengulas mengenai kejadian itu.
Sumber
Pakatan Rakyat Di Putrajaya
Posted on Tuesday, January 01 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: IbnuSabah
"Tanda-tanda kemenangan semakin hampir. Dalam Al Quran disebutkan tentang kemenangan Rasulullah SAW membawa risalah dan dakwah Islam, firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. dengan baik, amanah, telus dan berjiwa rakyat.
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan kepada-Nya. sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat". (Surah An-Nasyr, ayat 1-3)
Kita berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk Pakatan Rakyat (PKR, PAS, DAP, PPPS, APS dan rakan) serta didokong majoriti rakyat negara ini. Insya Allah, dengan rahmat dan izin Allah Pakatan Rakyat akan berada di Putrajaya memimpin dan mentadbir negara ini ke arah lebih baik.
Kita berikan kepercayaan kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat sama ada mereka yang memimpin di pusat dan di negeri-negeri. Mereka telah membuktikan kebolehan memimpin dan mentadbir negara dan negeri dengan baik, amanah, telus dan berjiwa rakyat.
Kemasukan dan sokongan ramai kalangan mantan YB umno/BN, pegawai tinggi kerajaan ke dalam Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, PKR dan DAP sejak akhir-akhir ini, merupakan petanda kemenangan Pakatan Rakyat menguasai dan mentadbir negara selepas PRU 13.
Ramai para pemimpin Pakatan Rakyat telah mengemukakan bermacam-macam formula dari sudut angka untuk menguasai pentadbiran negara. Iaitu menggunakan formula kekalkan kerusi parlimen yang telah dimenangi PRU 12 tahun 2008 dulu sebanyak 82 kerusi, tambah kerusi kemenangan di Johor (7), Sarawak (7), Sabah (7), Melaka (1) dan tambah beberapa kerusi di Perak (1), Kedah (1), Kelantan (1) Terengganu (3), Pahang (1) dan Wilayah Persekutuan (1). Menjadikan keseluruhan 112 kerusi parlimen untuk menguasai majoriti mudah di parlimen dan mentadbir negara ini.
Paling penting gandakan kerja kuat dan elakkan perebutan kerusi antara rakan pakatan.
Di Sabah YB Datuk Lajim berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat di Sabah mampu menguasai 32-35 kerusi DUN dan menyumbang 15 kerusi parlimen. Namun itu, pakatan pembangkang wajib bersatu dalam erti kata sebenar-benarnya, bersatu menumbangkan parti umno/BN di Sabah, parti-parti utama tempatan seperti SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee, mantan Ketua Menteri Sabah dan STAR pimpinan Dr. Jefry Kitingan Jika umno/BN tumbang di Sabah akan mudahlah Pakatan Rakyat menerajui kerajaan pusat di Putrajaya.
Apabila Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan lebih mudah dan banyaklah kebajikan diagihkan dan keselamatan rakyat dan negara dipertahankan.
Bukti kejayaan pentadbiran dan kebaikan kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (sebelum dirampas).
Kejayaan itu baru 4 tahun mentadbir negeri terlalu banyak kebaikan dan harta rakyat dan negeri dapat diselamatkan. Insya Allah lagi lama lagi banyak harta rakyat dan negeri selamat. Akhirnya keuntungan untuk rakyat juga.
Kelantan sejak dipimpin dan ditadbir oleh PAS dulu 20 tahun lebih keberkatan kepimpinan Tok Guru MB semakin serasi dengan rakyat dan kerajaan.
Tiada lagi hujah yang menghalangi untuk menolak kepimpinan Pakatan Rakyat dari segi kredibiliti dan sifat amanah kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat, Kedah diketuai oleh YAB Ustaz Azizan Razak, Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, Selangor YAB Khalid Ibrahim, Kelantan YAB Tok Guru Nik Aziz, Perak YAB Ir Nizar (dulu sebelum dirampas) dan Terengganu YAB Tok Guru Haji Hadi (tahun 1999-2004 dulu). Semua orang kenal kepimpinan mereka yang terbaik jika dibandingkan dengan MB/KM umno/BN.
Insya Allah watak kepimpinan ini jika memimpin negara malaysia selepas PRU 13 dengan watak-watak seperti DS Anwar Ibrahim, Tok Guru Haji Hadi, YB Lim Kit Siang, YB Karpal Singh, YB Salihuddin, YB Mahfuz, YB Saifuddin, YB Dr Dzulkifly, YB Azmin, YB Tian Chua, YB Azan, YB Fauziah, YB Dr Mariah sekadar menyebut beberapa peribadi pimpinan Pakatan Rakyat yang memiliki kredibiliti dan diyakini.
Selamat tahun baru hijrah 1434 dan tahun baru masihi 2013. Terus berjuang sehingga berjaya ke Putrajaya.
Hadi mahu siaran langsung TV, bukan rakaman
Posted on Monday, December 31 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh RAIHAM MOHD SANUSI
KEMAMAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk berdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa beliau menjelaskan mengenai isu Amanat Haji Hadi menerusi televisyen.
Sehubungan itu jelas beliau, penjelasan itu harus disiarkan secara langsung di RTM atau TV3 dan bukan dalam bentuk rakaman.
“Terpulang pada kerajaan bila mahu diadakan (sesi penjelasan) tetapi dengan syarat ia perlu disiarkan secara langsung selama sejam, saya tidak mahu rakaman sebab ia boleh ditipu (diedit).
“Dalam soal ini, mestilah jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. Kalau diadakan dialog semasa penjelasan itu dilakukan pun boleh,” kata beliau mengulas mengenai kesediaan RTM untuk menyiarkan penjelasannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Kelmarin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi, namun ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang ini berkata, jika menteri bersetuju dengan permohonannya itu tidak perlu lagi pihaknya menulis surat rasmi kerana permintaannya itu disiarkan media.
“Hal itu (permintaan bersiaran) media dah siar jadi tak perlu lagi buat surat rasmi, dia (kerajaan) buka peluang, jadi saya akan pergi,” katanya ketika di temui di Surau Kampung Jaya sebelum melawat dan menyampaikan bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir di Dun Air Putih dan Dun Chukai di sini, hari ini.
* Dapatkan laporan lanjut dalam Sinar Harian esok Hadi mahu siaran langsung TV, bukan rakaman
Ulang Tayang Debat Olok-olok UMNO-PAS
Posted on Monday, December 31 @ 23:19:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh ALBA
Ulama muda UMNO yang galak nak berdebat. Tonton video ini dulu. Lihat bertapa bodoh ulama atau yang dipanggil alim ulama tapi boleh diperkudakan oleh UMNo untuk menjadi pelakon!!
Part 2
Jakim jangan melatah lah!
Posted on Monday, December 31 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
1. Amat mengejutkan mengapa tiba-tiba Jakim saja bangkitkan hal 'Amanat Haji Hadi'. Mengigau ke Jakim ni?
2. Tak perlu orang macam saya pulak kena peringat orang dalam Jakim termasuk menteri agamanya..bahawa "Al-Ijtihad La Yanqudhu bi al-Ijtihad".. Sesuatu Ijtihad tidak boleh terbatal atau dipadam dengan ijtihad yang lain. Sifat ijtihad ialah 'Maudhu'iy' dan 'Waqi'iy'.. dihasilkan di dalam sesuatu realiti sosio-politik dan kehendak-tuntutan zaman (masa) dan makan (tempat).
3. Lantas menyuruh sesuatu itu ditarik balik adalah menafikan wujud sesuatu realiti dan kehendak yang menuntut 'amanat' itu diterbitkan sedemikian sifat tiga dekad yang lalu!
4. Samalah seperti tidak menyelami perhitungan mengapa wujudnya perbezaan Qaul Qadim (Ijtihad Lama) dan Qaul Jadid (Baru) Imam As Syafi'e di zaman Baghdad dan Mesir atas qadhiah atau maudhu (subjek-kes) yang sama.
5. Wajar bagi Jakim menumpu tugas-salahiyat utamanya mengurus penayaan Islam sekaligus nendepani kebejatan agama-moral ummat akibat pegangan agama secara longgar dan sesetengahnya emosi-jahil-ekstreme-melulu tanpa memahami Maqasid serta Tujuan di sebalik Syariat Islam.
6. Jakim mesti mengekalkan sifatnya yang tidak berpihak dan tidak jugak gelojoh menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu atas desakan penguasa politik kalau tidak mahu terus kehilangan wibawa dan integriti.
7. Sebaiknya Jakim mewujudkan wacana ilmiah dan menghimpunkan seluruh tenaga ilmuan agama pelbagai bidang bagi memahami dan mendamaikan qadhiyyah atau isu secara tuntas dan bertanggungjawab. Jakim tidak wajar menjadi alat penguasa politik dalam memudaratkan kemurnian fahaman Islam dan hubungan baik antara agama.
8. Tuan Guru Haji Hadi tentunya mesti diundang sama membentang mengapa beliau terpanggil untuk menerbitkan 'Amanat' setegas dan sekeras itu bagi nenangani waqi' dan realiti ummat yang dilingkungi pemikiran penguasa politik dengan kebejatan fahaman sekularisme 'politik suku agama suku' dan pengkesampingan Islam dalam tadbir-urus serta pemerintahan negara.
9. Meskipun merujuk kepada sebuah parti Melayu yang dibincangkan ketika itu, namun Tuan Guru Haji Hadi tidak sebut pun nama parti itu dalam apa yang dikatakan amanatnya itu.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan