Rabu, 2 Januari 2013

DEEPAK OH DEPAK..NAMPAKNYA ADA YANG TERSIRAT....ALLLAH YANG LEBIH2 MENGETAHUI

'Saya tak pernah beri Rafizi apa-apa dokumen'
 
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.
Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

"Saya dinasihatkan oleh peguam supaya tak cakap apa-apa. Beri saya dua tiga hari.

"Saya tak tahu apa-apa mengenai kandungan dokumen itu. Saya juga tak tahu apa yang dia (Rafizi) katakan. Saya disini bukan untuk politik tapi untuk kebenaran.

"Saya akan meneliti dokumen itu dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya lagi.

Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan Deepak bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi berkata beliau percaya dokumen yang dikemukakannya berhubung pembelian barang kemas berkenaan adalah tulen.
Deepak kecewa Anwar tak beri sokongan terbuka
 
Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan kecewa dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihatnya masih tidak memberi sokongan secara terbuka ke atasnya walau beliau telah membuat beberapa pendedahan sebelum ini.

"Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang.

"Saya telah menyatakan hasrat saya sejak minggu lalu kepada Anwar untuk tampil dan menyokong saya secara terbuka, bukan dengan berdolak-dalik tetapi bertemu saya atau menyokong apa yang saya buat," katanya.

Katanya beliau kecewa kerana Anwar tidak menyatakan sokongan tersebut tetapi menggunakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu.

Tambahnya, beliau tidak begitu menghargai sikap yang ditunjukkan Anwar seperti itu.
Deepak juga mengakui bahawa beliau telah bertemu dengan Anwar pada malam 28 November, sehari sebelum beliau tampil ke mahkamah.

Deepak turut meminta agar pemimpin daripada parti pembangkang lain untuk turut menyatakan sokongan kepadanya.
Katanya, beliau memerlukan sokongan berkenaan memandangkan isu yang dihadapinya kini, kata Deepak, memberi tekanan kepadanya.
"Anwar kalau nak (memberi sokongan kepadanya), dia perlu datang ke hadapan. Saya di sini untuk membuat pendedahan.
"Saya juga minta pembangkang lain untuk berdiri di belakang saya. Saya hanya perlu sokongan yang ikhlas. Saya berdiri di sini seorang. Dan saya perlukan sokongan.

"Saya tak boleh tidur malam. Saya ambil pil tidur. Tak ada sesiapa dengan saya," katanya lagi.
Tiada had harga beli telefon pintar guna rebat RM200
 
Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.

-Bernama
Deepak kata buku tulisannya mula diedarkan esok
 
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata buku tulisannya bertajuk The Black Rose akan dapati diperolehi secara percuma dalam versi digital esok.
Katanya beliau juga mungkin akan mengedarkan edisi cetak buku tersebut, yang diterbitkan secara terhad, kepada individu tertentu.

"Buku tersebut boleh di dapati secara online. Tiada hak cipta terpelihara. Ia ditulis oleh saya sendiri. Jadi jika ada sesiapa yang mahu cetak, cetaklah.

NONE"Memang tak cetak dan bagi kepada orang ramai kerana takut disaman. Kalau dicetak pun terhad kepada orang tertentu sahaja.

"Buku itu dalam bahasa Melayu dan akan ada dalam bahasa Inggeris. Buku itu bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang kebenaran," katanya.

Buku itu dijangka akan merakamkan penglibatannya dengan seorang isteri VIP berhubung usaha untuk membuatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menarik balik akuan berkanun pada 2008.

Deepak sepatutnya melancarkan buku tersebut dalam sidang media hari ini, namun bertukar fikiran atas sebab-sebab perundangan.

“Objektif sidang media hari ini adalah berhubung pelancaran buku dan juga butiran mengenai transaksi tanah yang dijual kepada Boustead Holdings Bhd," katanya.

NONENamun pendedahan yang dibuat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini, kata Deepak, menyebabkan peguamnya menasihatkan beliau berdiam diri terlebih dahulu sebelum menjawab dakwaan Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan lewat petang ini di ibu negara.

Lidah parti PAS, Harakahdaily pada 31 Disember lalu melaporkan buku setebal 26 halaman itu ditulis oleh pengarang yang menggunakan nama samaran Spirit of Altantunya.

Bercakap kepada Malaysiakini pada pertengahan bulan tersebut, Deepak berkata, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor – yang didakwa sebagai seorang kawan wanitanya sebelum ini.
Rosmah didesak jawab dakwaan Deepak beli barang kemas RM13j
 
dikemaskini PKR menuntut Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas pada 2008 dan 2009.

Deepak (kanan) dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

NONEDesakan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Bagi menyokong dakwaannya itu, beliau mengemukakan dokumen yang diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.

Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya emel, invois, ringkasan akaun dan dokumen pemindahan wang itu adalah tulen.

"Ini adalah tuduhan serius," kata Rafizi, sambil menegaskan bahawa dokumen dan dakwaan Deepak patut disiasat.

NONEBendahari PKR, William Leong, yang turut hadir, menggesa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

Ketika dihubungi, seorang pembantu kepada Rosmah berkata beliau akan menyiasat dakwaan tersebut.
Malaysiakini juga turut menghubungi syarikat barang kemas terbabit dan sedang menunggu jawapannya.
Pelakon wanita, rakan lelaki didakwa miliki Erimin 5
 
Seorang pelakon wanita bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan memiliki dua biji pil disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di Petaling Jaya, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes.

-Bernama

Tiada ulasan: