Rabu, 2 Januari 2013

MEWAH DILARANG DALAM ISLAM...MEMBAZIR...SOMBONG...MENUNJUK2@RIAK....DLL

Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah
Posted on Wednesday, January 02 @ 21:07:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter
Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.


Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.

Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):

1.      Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;
2.      Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3.      Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4.      Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;
5.      Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6.      Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7.      Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);
8.      Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;
9.      Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;
10.  Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan
11.  Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta). 

Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.

Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
 Bangun dan Sujud pada Tengah Malam
Posted on Wednesday, January 02 @ 20:50:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenjagaKubur96



Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat.


Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atas tanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!"

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.

Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau.

Baginda SAW bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."

Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

a) Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga?

Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri?

Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada

Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan- Nya.


b) Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?


c) Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi

ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan

zikrullah. ,_._,__
  Bank Ini Menipu Orang Ramai Pasal Dividen ASB
Posted on Wednesday, January 02 @ 20:19:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Kadi Kluang

Saya ke sebuah bank dan mendapati sebuah bank terkenal ini ada kaunter pinjaman ASB di kaki lima bank tu. Yer, bank itu agen ASB yang sah. Penuh bank tu hari ini terutama kepada yang nak tengok dividen ASB mereka.

Di luar itu siap ada DJ yang buat pengumuman dan sebagainya untuk promosi loan ASB bank itu. Yang saya dengar dan DJ tu sebut beberapa kali ialah.....


"Tahun lepas ASB memberikan dividen sebanyak 8.9 peratus".

Dalam hati saya, penipu punya bank. Kalau nak niaga dan nak untung pun, janganlah menipu. Mana datangnya keberkatan dalam perniagaan kalau dah dimulakan dengan menipu.

Sebenarnya, tahun 2012, ASB beri dividen 7.75 peratus saja, bukan 8.9 peratus. Tahun lepas juga ASB kasi bonus 1.15 peratus. Jadi, mengikut perkiraannya bukanlah dividen ASB 7.75 campur 1.15 peratus, bukan jadinya 8.9 peratus dividen.

Camner Nak Dapat Bonus ?

Syarat nak dapat bonus dan dividen kan lain. Nak dapat bonus, kena kira baki simpanan minimum kita selama 10 tahun iaitu 120 bulan. Kemudian, barulah dikira dengan 1.15 peratus.

Maaf bro.... 10 tahun tu lama. Jadi janganlah samakan dividen dengan bonus. Harap perbetulkan dan jangan menipu orang ramai.


Sumber links 
99 Hari lagi- tukar kerajaan Federal!
Posted on Wednesday, January 02 @ 20:11:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Sakmongkol AK47

Ada kawan saya dari UMNO beritau saya- jangan lah hentam kuat sangat. Kita sama2 Melayu. Jawapan saya mudah- melakukan perubahan dan revolusi bukan lah macam minum teh tarik, atau membuat sulaman. Tak boleh halus mulus sangat. Kesetiaan kepada negara sampai bila2- kesetiaan kepada kerajaan selagi ianya layak.

Bila kamu UMNO hentam Anwar Ibrahim takde pun saya tengok sentiment kita sesama Melayu dicakapkan. Takde belas kesian. Itu bekas TPM yang dulu semua orang berebut nak cium tangan. Dan kaki kalau boleh. Kalau TPM kamu boleh belasah, rakyat biasa bagaimana? Mengapa politik UMNO hari ini didominasi oleh kegiatan melampau- menikam orang, menyekat pergerakan fisikal, menyimbah cat, baling batu, pukul orang? Majority orang Melayu nak duduk diam, membiarkan orang ganas mencorakkan politik bangsa Melayu?
Inilah akibat nya, bila kita majority orang Melayu membiarkan golongan pelampau mewarnai politik negara. Inilah akibat nya bila pemimpin negara lembik dan mempunyai banyak tengkorak dalam almari membuat dia ketakutan mengekang golongan pelampau. Apa yang Najib boleh buat? Dia sendiri terlalu banyak tengkorak dalam almari yang akan keluar satu persatu. Buat muka sadin dan tunjuk innocent boleh lah. Tapi satu dunia dah tahu temberang dan tembelang Najib.
Rakyat tak kisah jika kamu hentam Anwar Ibrahim seorang- tapi rakyat tak tahan tengok sekeluarga kena balun dan dizalimi. Apa yang mereka buat kepada kamu sehingga habis satu keluarga kena? Maka jika UMNO sanggup buat macam itu, janganlah komplen jika kamu menerima balasan yang setimpal.
11.
Dah memang begitu- pemimpin UMNO perompak dan lanun. Yang dilakukan oleh Raja Ropiaah dan keluarga Shahrizat hanya bahagian hujung gunung salji sahaja. Seperti yang dikenenkan oleh Shahrizat sendiri, semua menteri UMNO sapu duit. Kita hairan- perkara sulit seperti ini Shahrizat tahu, tapi apa yang anak dan suami buat, dia tak tahu. Orang macam ini pun, Melayu UMNO masih mahu sokong? Koro sangatkah UMNO sehingga macam tidak ada pemimpin mereka yang lain?
Para penternak lembu, terutama Melayu lihat apa sudah jadi pada RM250juta yang di songlap oleh keluarga shahrizat, pembesar UMNO. RM250 juta yang sepatutnya membangunkan puluhan penternak lembu yang lain sudah dipakai untuk beli kondominium sana sini, buka restoren mewah, beli supermarket, tanah sana sini. Dan oleh kerana ketua UMNO pun ada banyak kurap, dia tak berani nak jelkan Shahrizat dan keluarga Shahrizat. RM250 juta hanya impot 8000 ekor. Lembu jenis apa yang harga nya RM31 ribu seekor?
Para pesara tentera dan tentera yang masih bertugas - perhatikan apa sudah jadi kepada duit caruman kamu di Boustead Holdings. Itu syarikat 65% LTAT yang punya. Lembaga pengarah BHB pula ramai pak jeneral. Duit yang kamu carum, akan ternancam. Belanja RM160 juta nak dapat kontrak RM100 juta? Apa punya binawe.
Si bahalul mana yang kata pembelian ini akan menambahkan bank tanah. Kamu sudah ada 700 ekar sebelah tanah MINDEF ini yang belum dibangunkan, kamu nak beli lagi? Syarikat milik BHB-Jendela Hikmat yang nyata takde hikmat, gagal menyiapkan projek RM250 juta dan sarat dengan hutang. Mahu pinjam lagi dan keluar wang yang ada nak beli tanah dan bayar rasuah RM160juta? Pak jeneral dan lembaga pengarah takde telur nak mohon beli tanah direct dari MINDEF? Yang hendak beli dari Raja Ropiaah Kuala Dipang ini apa pasal?
Mengapa BHB tidak beli 100% Astancangih? Sebab 20% yang baki nya, milik Putera Nazrain bin Abdul Jalil, anak saudara kepada Raja Ropiaah. Makna, BHB masih lagi mahu bersekongkol dengan Raja Ropiaah yang nyata membalun harta milik kerajaan yakni 223 ekar tanah milik Kementah. Putera Nazrain anak kepada Raja Rabiatun, adik beradik dengan Raja Ropiah. Abdul Jalil suami kepada Raja Rabiatun adalah pemimpin UMNO. Lihat? Pemimpin UMNO sapu semua. Ini semua Raja Kapor dari Kuala Dipang Perak yang berkerja sebagai penoreh getah, pemandu teksi dan kerja2 bawahan yang lain. Tapi sebab ada gelaran Raja- maka orang Melayu panggil mereka Yang Mulia.
Dan orang Melayu UMNO hendak sokong lagi para pemimpin yang korap. Kita kita bezakan Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO.
Orang Melayu yang tak sokong UMNO lebih ramai. Walaupun UMNO ada ahli 3.2 juta, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Bererti 1.2 juta Melayu UMNO menolak UMNO kerana mereka tahu, menyokong UMNO bererti menyokong kemungkaran. Sokong kemungkaran ditegah agama Islam. Jumlah orang Melayu yang mengundi dalam tahun 2008 ialah 5.7 juta. Ertinya, 3.7 juta orang Melayu menolak UMNO. UMNO hanya dapat 2 juta undi.
Jadi, janganlah kita gentar bila pelampau UMNO ugut kita. Kita ramai, mereka sikit. Kita tumbangkan mereka dengan mudah dengan tidak sokong calun2 UMNO. Mudah sahaja.

Gempar !!! Restoran Terletak di tengah kubur..Berani ka nak Pi Makan
Posted on Wednesday, January 02 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuluqman

"Pelik Tapi Benar...

Restoran Ini Berada Di Tengah-Tengah Kubur

Kubur merupakan tempat untuk memakamkan manusia yang telah meninggal dan biasanya kubur selalu digambarkan dengan hal hal mistik yang menyeramkan.

Namun di India Kubur tidak lagi menakutkan dan menyeramkan sebab di atas kubur tersebut menjadi sebuah restoran yang unik dan menyenangkan pelanggan yang di kelilingi kubur- kubur orang yang telah meninggal.

Seperti yang dilalui di Oddity Central.



Nukilan Abu Luqman"


 Memakmurkan diri sendiri
Posted on Wednesday, January 02 @ 19:48:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: anaabdullah

"Memang pun. Malaysia bukan sekadar sebuah Negara yang bertuah. Malah sebuah Negara yang sangat sangat bertuah.


Mengapa penulis kata begitu? Kerana para pemimpin Negara dapat kumpul harta sebanyak mungkin.Tanpa rasa takut dan bimbang akan disiasat SPRM.

 Pendek kata para pemimpin sangat bebas berbuat apa saja yang mereka mahu.Dengan kata mereka bebas sebebasnya.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata, setiap menteri di Negara ini ada harta sebanyak RM 300 juta. Bayangkan betapa bertuahnya mereka.Dapat jadi menteri saja sudah boleh kumpul wang sebanyak ratusan juta.
Oleh itu, kita boleh setuju dengan kata kata Tun Mahathir Mohammad bahawa Malaysia adalah Negara yang bertuah.Bertuah kepada para pemimpin dan krooni kroninya, bukan kepada rakyat jelata yang berbangsa Melayu.
Bertuah sungguh, kerana sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun sebanyak RM 146 biliion dapat dikumpulnya.
Sangat bertuah kerana tanpa ada sebarang ganggu gugat mana mana badan termasuk SPRM yang tidak pernah buat siasatan pada para menteri yang ada harta sepertimana Anwar Ibrahim nyatakan,Walaupun dibuat laporan oleh rakyat yang terbabit.
Lihat saja laporan salahgunakuasa daripada rakyat terbabit kepada SPRM terhadap Datuk Seri Ahmad said menteri besar Terengganu. Apakah tindakan SPRM setelah menerima laporan? membisu seribu bahasa. Sudah banyak kali dibuat laporan atas kes yang sama tiada sebarang tindakan diambil.
Anwar Ibrahim juga disebut sebut pernah mengumpulkan harta sebanyak RM 3 billion. Kalau Anwar sempat kumpulan harta sebanyak itu, berapa billion pula wang yang dkumpulkan oleh Datuk Seri Mohd  Najib Razak dan Tan Sri muhyidin Yasin.
Muhyidin Yasin dan Mohad Najib Razak lebih lama pegang jawatan menteri di Negara Malaysia bertuah ini berbanding dengan Anwar Ibrahim.
Kalau Tun Mahathir dikatakan dapat kumpul wang sejumlah RM 146 bilion sepanjang menjadi perdana menteri Malaysia, berapa puluh bliion pula yang dkumpul oleh Mohd Najib dan Muhyidin.
Yasser Arafaf dikatakan dapat kumpul wang sebanyak RM 300 juta. Apatah lagi menteri kerajaan Malaysia yang bertuah ini. Bayangkan Negara bergolak pemimpin dapat kumpul harta sebanyak itu. Apatah para pemimpin Negara bertuah ini.

 Konvoi Berbasikal ROYALTI ke #KL112 Sejauh 650km
Posted on Wednesday, January 02 @ 19:45:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


  Oleh: Truckster

"Seramai 10 orang aktivis R akan berbasikal sejauh 650 KM dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur  melalui Terengganu & Pahang, Perlancaran Misi CYCLING FOR ROYALTY KB-KLCC, telah berlangsung pada 1 januari 2013 pada jam 10.00 pagi di hadapan Kompleks Kota Darulnaim.

KOTA BHARU 1 Januari: Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan (Royalti) melancarkan program terbaru mereka Cycling For Royalty (C4-R) KB – KLCC # Berbasikal Tuntut Royalti KB – KLCC sejauh 650 km.

Pelancaran C4-R oleh Exco Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmud
Pelancaran disempurnakan Exco kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmud pagi tadi dengan 10 peserta kayuhan memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur yang bakal berakhir pada 11 Januari ini.
“Kumpulan berbasikal akan melalui jalan Kota Bharu ke Terengganu yang akan disambut Royalti Terengganu dan mereka akan mengikuti hingga Kemaman.
“Sampai sahaja di Kemaman, Royalti Pahang pula akan menyambut mereka dan mengikuti kayuhan sehingga ke Bentong sebelum disambut oleh Royalti Selangor,” kata Setiausaha Royalti, Mohd Hisyamuddin Ghazali, kepada Keadilan Daily.
Katanya, perjalanan 11 hari itu bertujuan mengajak anak-anak muda beramai-ramai bersama hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
“Kumpulan 10 peserta itu akan ke KLCC berdasarkan perancangan. Mereka dijadualkan sampai 11 Januari sebelum ke Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari.
“Mereka akan jadi simbolik kehadiran anak muda selain mengajak orang ramai berhimpun walaupun datang dengan hanya berbasikal,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan menghulurkan sumbangan kewangan, basikal dan sebagainya boleh berhubung dengan Sekretariat Royalti di talian 019-9159559 (Cik Nurul).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42148

 Rosmah Mansor belanja RM13 juta Tempoh 3 bulan.
Posted on Wednesday, January 02 @ 19:43:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: mohdnoorawang

"Datin Sri Rosmah Mansor bini kepada perdana menteri Malaysia Datuk Sri Najib Razak berbelanja RM13 JUTA DALAM MASA HANYA 3 BULAN SAHAJA.

Pendedahan telah dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan sahabat karib Rosmah Mansor.

Rosmah Mansor belanja wang RM13 juta untuk memebeli cincin dan barang kemas mewah di Hong Kong.
Mengikut sumber pendedahan Deepak Jaikishan semua pembayaran pembelian barang kemas mewah di bayar dan pemindahan wang dari syarikat syarikat milik beliau, (Carpert Raya Sdn Bhd dan Carpert Plus Sdn Bhd).
Kami anggap pendedahan Deepark Jaikishan cukup berani dan mendedahkan berlaku rasuah dan salah gunakuasa Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Sehingga kini pendedahan Deepak Jaikishan tidak ada rsepon dari pehak berkuasa terutama SPRM. Sanggupkah rakyat Malaysia membiarkan pemimpin UMNO terutama Najib Razak dan Rosmah Mansor menjadi penyamun dan lanun berada di kerusi perdana menteri Malaysia.?.



 Logo Barisan Nasional serupa dengan lambang puak Yahudi DAN
Posted on Wednesday, January 02 @ 19:39:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: lipasmalas

"HASIL tinjauan gua di internet hari ini, gua jumpa beberapa benda yang agak mengejutkan untuk dikongsi kepada sahabat pembaca MiLo SuaM semua tentang logo yang digunakan pada parti Barisan Nasional.

Barisan Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1973 iaitu merupakan gabungan 14 parti-parti di dalamnya menggunakan lambang yang sangat mirip dengan lambang yang digunakan oleh puak Yahudi DAN sejak sekian lama.

Menurut kepercayaan Yahudi, mereka terdiri daripada 12 puak-puak atau suku-suku iaitu, Benjamin, Ephraim, Manasseh, Naptali, Dan, Asher, Issachar, Judah, Zebulon, Simeon, Reuben, dan Gad. Setiap puak ini mempunyai lambang mewakili puak masing-masing.

Program Jom Ke Sekolah Mendapat Sambutan Hangat Dari Penduduk Kpg Jagus
Posted on Wednesday, January 02 @ 19:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Jofri JaraieePAS Miri



LAMBIR - Kpg Jagus terletak dalam DUN Lambir dan penduduknya terdiri dari berbagai kaum. Majoriti penduduknya dari kaum Iban, Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera Sarawak.

Baru-baru ini Dewan Muslimat PAS Miri mengadakan aktiviti hujung tahun dengan programs ‘Jom Ke Sekolah’ di Kpg Jagus dengan menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada anak murid yang akan memasuki sesi persekolahan pada tahun 2013. Seramai 50 anak murid dari berbagai kaum telah menerima sumbangan beg sekolah serta alat tulis di Kpg Jagus.

Turut hadir dalam program yang serba ringkas itu, terdiri daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Miri, YDP PAS Miri, serta ahli PAS kawasan Miri.

Sambutan dari penduduk kampung sangat mengalakkan. Ramai ibu bapa hadir bersama dengan anak-anak mereka untuk menyambut kedatangan rombongan PAS Miri. Dengan sedikit sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Aktiviti Jom Ke Sekolah menasihatkan pelajar yang akan memasuki alam persekolahan supaya belajarlah rajin-rajin dan berazam menjadi pelajar yang terbaik dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sempena menyambut tahun baru 2013, PAS Miri ingin mengambil kesempatan ini agar tahun baru adalah tahun untuk kita bersatu menuju kearah negara yang berkebajikan dan adil untuk semua.

Semoga tahun 2013, rakyat Malaysia akan menyaksikan lebih banyak pembaharuan akan berlaku setelah sekian lama dikongkong oleh minda penjajahan yang selama ini dikawal oleh mereka yang mempunyai kepentingan.

Harapan rakyat untuk melihat refomasi dan perubahan yang total hanya akan berlaku sekiranya rakyat sendiri sanggup dan bersedia untuk berubah.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” (Surah Ar-Rad: 11)

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Let's Go to School Program Warm Responded From Kpg Jagus Population



LAMBIR
- Kpg Jagus located in Lambir constituency, and the population consists of all races. Majority are from the Iban, Malay and other Sarawak Bumiputera.

Recently the Miri PAS Women (Dewan Muslimat) wing holds year end activities with the program ‘Let's Go to School' in Kpg Jagus with deliver school begs contributions to the pupils who will entered the school session in 2013. A total of 50 pupils from different ethnic have received contributions of school bags and stationery in Kpg Jagus.

Also present at the brief program consists of the Miri PAS Women (Dewan Muslimat) wing chief, Miri PAS Chief and PAS members of Miri region.

The responses from the villagers are very encouraging. Many parents attend with their children to welcome PAS Miri entourage. With a little contributions is at least able to ease the burden on families that are less fortunate.

Let's Go to School Activities advised the students which will enter school so that learn hard-working and be the best student and useful to religion, race and country.


In conjunction with the New Year 2013, PAS Miri wish to take this opportunity so that the New Year is the year for us to unite heading toward the welfare state and justice for all.

Hopefully in 2013, Malaysians will see more innovation will happen after so long shackled by colonial mindset that has been controlled by those who have an interest.

The hope of the people to see the post-Reformation and total change will only happen if the people themselves are willing and ready to change.

“Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.” (Surah Ar-Rad: 11)

Kalau kita lihat, lambang yang digunakan oleh salah satu puak Yahudi bernama Dan ini sangat mirip dengan lambang yang digunakan oleh Barisan Nasional iaitu menggunakan lambang dacing.




Malah pada tahun 1955-56, Israel ada mengeluarkan setem khas bagi memperingati 12 puak-puak Yahudi ini. Kalau kita lihat secara jelas, salah satu setem yang dikeluarkan bagi mewakili puak Dan, adalah setem berwarna biru menggunakan lambang dacing. ~ StampAlbum



Tidak cukup dengan itu, kalau kita lihat di laman sesawang gerakan freemason, lambang dacing juga digunakan sebagai lambang Grand Inspector Inquisitor Commander rujuk link ini ~ freemason.

Sebelum ini gagasan 1 Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan juga telah mencetuskan kontroversi apabila ia sangat mirip dengan konsep One Israel berslogankan People First yang dibawa oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999.

Adakah semua ini satu kebetulan? Atau memang disengajakan? Dalam banyak-banyak lambang, kenapa lambang dacing jadi pilihan?

ReJaM© "Adakah Israel yang meniru Barisan Nasional? Kah kah kah... "

Peringatan Penting!

Jom turun ramai-ramai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Januari 2013
Masa: 14:00 petang
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka).

Bapak segala Himpunan, Bapak segala Bantahan bersama sejuta rakyat! Sejuta Jiwa!

Sumber: MiLo SuaM"
 


  Isu Amanat, Umno Hendak Pancing Undi Melayu
Posted on Wednesday, January 02 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Ustaz Idris Hj Ahmad

Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walau pun sudah berlalu lebih 31 tahun. Semasa isu ini dibangkitkan ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih pakai pampes lagi. Isu yang sepatutnya sudah selesai, jika Debat Pas Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985.

Tujuan isu ini dihidupkan supaya ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada Pas. Harapan mereka supaya isu kafir mengkafir akan dihidupkan kembali. Umno sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekali pun. Undi bukan Melayu nampaknya sudah tidak ada harapan, walau pun Datuk Seri Najib memberi wang sebanyak RM30 juta kepada sekolah China. InsyaAllah isu amanat akan memakan diri Umno. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta televisyen memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut. Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak Pas sama.

Sepatutnya pihak JAKIM juga perlu bersifat pro aktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan Malaikat juga membuat salah. Mana suara JAKIM dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah.

Kesan daripada ulamak Pas yang memberi penerangan mengenai batas-batas Iman dan Kufur tidak ada lagi masyarakat yang menghina hukum Allah. Dulu menjadi kebiasaan penyokong Umno yang mengatakan jika hendak ikut hukum Islam negara akan jadi huru hara. Jika hukum Islam dilaksanakan ramai orang Islam akan kudung tangan. Apa ulamak Umno ajar kepada pengikutnya untuk memelihara akidah pengikutnya sehingga mereka sanggup berucap demikian. Masalah akidah, bukan masalah hendak dipolitikkan. Inilah peranan yang dimainkan oleh ulamak Pas untuk memelihara akidah umat

Sumber: idrisahmad.wordpress.com

Tiada ulasan: