Sabtu, 9 Julai 2011

PERTAHANKANLAH SETAKAT TERDAYA DAN TERMAMPU.....'KUN' KATA ALLAH...'JATUH' MAKA JATUHLAH...KUASA ALLAH TAK BOLEH DIGANGGU GUGAT....

BERSIH 2.0: Sembilan ditangkap di Masjid Kg Baru
Jul 9, 11 8:45am

GALERI FOTO

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

NONESebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

LAPORAN LANGSUNG:

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
Tune Hotel - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.






Mencongak agenda Umno 'mengotorkan' Bersih
Nazri Abdullah

Ramai yang tertanya-KUN.tanya, apakah agenda yang sedang cuba direncana Umno BN sehingga memberi tekanan begitu hebat kepada himpunan Bersih 2.0 hari ini.

Nampaknya, matlamatnya jelas bukan hanya untuk menggagalkan himpunan yang mahu menuntut pilihan raya bersih dan adil itu, tapi lebih dari itu.

Sudah tentunya ada matlamat lebih besar yang sedang dicongak BN. Tengok sahaja propaganda yang dimainkan mereka.

Seperti biasa, juak-juak mereka termasuk Utusan Malaysia, RTM dan TV3 digunakan sepenuhnya menghodohkan Bersih.

Drama yang sudah ada skrip

Fasa pertama, Bersih diwajahkan sebagai himpunan yang ganas, dilabel pertubuhan haram, dan mengancam keselamatan negara.

Lalu penulis skrip diupah bagi mengabsahkan tuduhan fasa pertama itu agar rakyat percaya.

Berbaju kuning apatah lagi bercetak Bersih 2.0 dianggap penjenayah besar yang mengancam keselamatan negara.

Penangkapan dibuat diseluruh negeri dan ada yang dikenakan pertuduhan.

Namun rakyat masih tertanya-tanya, apa salah baju kuning sehingga mereka ditangkap.

Mungkin berang dengan persoalan yang menjadi perbualan hangat di media jaringan sosial, skrip sedikit diupgrade.

Bersih kemudian cuba dikaitkan dengan komunis. Kali ini aktivis Parti Sosialis Malaysia menjadi mangsa keadaan. Sehingga mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Tidak cukup dengan itu drama Hindustan tanpa pelakon utama, turut ditayangkan membawa kisah perang zaman darurat.

Dipertontonkan penemuan berpuluh bilah parang, bom koktel Molotov, dan bahan membuat bom dengan diselit beberapa helai baju Bersih bagi menunjukkan benar dakwaan mereka bahawa bersih itu ganas.

Seiring dengan itu, tekanan hebat juga diberikan kepada penganjur sejak dari awal. Sekali lagi pihak polis dan kementerian dalam negeri diberi peranan.

Bersih bagaimanapun dilihat banyak memberi kerjasama apabila bersetuju dengan pandangan Yang Dipertuan Agong mengubah perarakan kepada himpunan di Stadium Merdeka.

Namun seperti dijangka, permit pula menjadi halangan apabila polis enggan membenarkan.

KL bagai darurat

Kurang 24 jam menjelang himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka, jam 12 malam bandar Kuala Lumpur lengang dari dihuni.

Tidak seperti biasa, KL yang tidak pernah lengang dari kehidupan manusia siang atau malam, kini sepi dari sebarang aktiviti.

Kesemua jalan utama memasuki Kuala Lumpur ditutup kepada semua kenderaan. Orang awam juga tidak dibenar masuk. Pengangkutan awam dihenti dan dilencongkan.

Barangkali senang untuk pihak berkuasa mencongak "mereka yang ada di bandar Kuala Lumpur hari ini adalah mereka yang akan menyertai himpunan".

Polis, FRU dikerah berkampung dalam ibu negara. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula diletak dalam keadaan berjaga-jaga kononnya akan berlaku darurat sehingga akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mencanangkan 'KL darurat hari ini?' sebagai tajuk utama.

Ia pula dibantu media Umno yang tidak putus-putus menggambarkan suasana huru-hara akan berlaku.

Ditambah pula maklumat tidak masak, akan berlaku pertempuran dan pertumpahan darah hari ini.

Mungkin taktik itu berkesan kepada generasi tua di kampung-kampung yang hanya memakan suapan maklumat RTM, TV3 dan Utusan. Lalu menelefon anak yang di perantauan menasihatkan jangan ke Kuala Lumpur hari ini.

Sementara rakyat di Lembah Klang yang terdedah dengan pelbagai maklumat, langsung tidak merasakan apa-apa ancaman, apatah lagi darurat itu.

Tajuk berita sudah disiapkan

Dengan segala sekatan yang dibuat, sudah tentu. Himpunan Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini berjalan dalam keadaan yang sukar.

Dari 300 ribu kehadiran yang disasar penganjur, belum tentu separuh dari itu yang berjaya lepas dari sekatan pihak polis. Dan itu lah matlamat pemerintah.

Namun jangan terkejut, jika benar keadaan diluar jangkaan benar-benar berlaku. Sememangnya ia sudah dirancang dan diskripkan.

TV3, RTM, Utusan dan lidah Umno yang lain sudah menyiapkan tajuk laporan berhubung himpunan Bersih hari ini. Bersih dan Pakatan Rakyat akan 'dimangsakan'.

"Himpunan haram Gagal", "Penyokong Bersih bertindak Ganas", "Polis berjaya halang Bersih", "Padah: 200 peyokong himpunan haram ditangkap", dan "Pembangkang gagal jatuhkan kerajaan" mungkin menjadi tajuk pilihan.

Bersoraklah rakyat-rakyat di kampung meraikan kejayaan pasukan polis dan kerajaan menghalang "demonstrasi haram".

Maka, strategi dicongak BN berjaya. Rakyat khususnya Melayu atas pagar kembali menyokong BN.

Lalu peluang diguna Datuk Seri Najib membubarkan parlimen untuk pilihan raya umum.

Namun, barang diingat...tidak semudah itu untuk rakyat dibodohkan!


Tiada ulasan: