Belum ada lagi tanda penemuan pesawat - DCA
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Walaupun kawasan pencarian diperluaskan hingga meliputi ke Selat Melaka di sebalik kepercayaan bahawa pesawat itu mungkin berpatah balik namun tiada sebarang tanda pesawat MH370 berada di sana (Selat Melaka), kata beliau.
"Kami masih menyiasat segala kemungkinan. Tumpuan utama sekarang ialah mencari pesawat yang hilang itu untuk mengetahui apa yang berlaku - itu yang lebih penting sekarang," kata beliau kepada beratus-ratus wartawan tempatan dan asing yang penuh sesak pada persidangan media itu.
Menurut Azharuddin, operasi mencari kini menggembleng bantuan antarabangsa dari Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan Filipina membabitkan sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal.
Beliau berkata DCA mengetuai operasi mencari dan menyelamat serta proses siasatan.
Setakat hari ini, pencarian dari udara, bermula mulai pukul 7 pagi dan berakhir pada 7 malam manakala gerakan mencari di laut diteruskan.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata operasi mencari dan menyelamat tidak membabitkan kapal selam dari negara-negara yang membantu.
"Mereka tidak menghantar kapal selam, sesetengah daripada mereka menghantar kapal penyelamat termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Kedua-duanya berbeza sama sekali," kata beliau.
Zulkifeli berkata dua buah kapal peronda maritim dari Australia akan tiba tengah malam ini, dan pagi esok.
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tawaran daripada rakan sejawatan beliau dari Australia, Tony Abbott, untuk membantu dalam gerakan mencari pesawat itu.
Persidangan media berikut oleh pihak berkuasa akan diadakan pukul 12 tengah hari esok.
Penerbangan MH370 MAS yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi pada Sabtu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi. - Bernama
SEPANG - Bahan serpihan yang dikesan pasukan mencari Singapura
kira-kira 100km di barat daya pulau Tho Chu, Vietnam, tiada kaitan
dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata ketua
pengarah
Jabatan Penerbangan Awam (JPA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata walaupun tompokan minyak juga dijumpai, tetapi belum ada pengesahan mengenainya.
"Ada tompokan minyak dijumpai, tapi kami masih dalam proses mendapatkan pengesahan sama ada ia berasal daripada pesawat yang hilang itu. Kami belum menerima laporan mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.
Awal hari ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menemukan satu tompokan besar minyak kira-kira 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.
Pesawat MAS MH370, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing lebih kurang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabansga KL (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Azharuddin berkata ketika ini pasukan penyelamat, yang menggunakan 40 kapal dan 34 pesawat terbang dari sembilan negara, tidak menemukan sebarang petanda konkrit yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370, walaupun operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua. - Bernama

Artikel Berkaitan
- Serpihan di perairan Vietnam bukan pesawat MH370
- Maritim serah sampel minyak untuk dianalisis
- Pencarian MH370 masih fokus utama
- AS hantar dua kapal, pesawat bantu operasi mencari
- Protokol disemak, keselamatan KLIA ditingkat
- #MH370 penuh harapan, doa
- Tiada laporan cuaca berbahaya ketika MH370 hilang
- Bapa Mohamad Sofuan masih harapkan yang terbaik
- Spekulasi hanya lambatkan usaha mencari
- Bapa mertua sentiasa doa ketua pramugari selamat
MH370: Adakah jawapannya berada di Vietnam?
HO CHI MINH CITY - VIETNAM. Mata seluruh dunia kini bertumpu di
perairan berdekatan selatan Vietnam, lokasi di mana pesawat Malaysia
Airlines MH370 dilaporkan kali terakhir dapat dihubungi menara kawalan
sebelum hilang tanpa berita.
Penantian mendebarkan yang kini masuk hari kedua masih kabur, dengan pelbagai teori dan spekulasi baru muncul setiap hari.
Ada yang mengaitkan kehilangan pesawat ini dengan serangan pengganas, dan pakar penerbangan melahirkan rasa hairan dan terkejut mengenai cara kehilangan MH370 yang dikatakan hampir tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia.
Sehari selepas berita kehilangan itu, penulis menyusuri semula laluan digunakan MH370, untuk ke Vietnam bagi membuat liputan operasi mencari dan menyelamat di negara ini.
Selepas kira-kira sejam berlepas dari Kuala Lumpur, hari ini, seorang pramugara dalam penerbangan itu meminta penulis dan seorang rakan melihat ke luar tingkap, dan bertanyakan sama ada kami boleh melihat lautan di bawah.
"Dekat sinilah kapal terbang MAS terputus hubungan," katanya berdasarkan maklumat yang diberikan juruterbang kepadanya.
Katanya lagi, kami mungkin boleh melihat kapal-kapal (tentera) yang sedang membuat operasi mencari dan menyelamat di lautan di kawasan itu, tetapi kami sudah terlalu tinggi di udara.
Setibanya di Ho Chi Minh, pemandu teksi yang membawa penulis dan seorang lagi rakan media ke hotel bertanya sama ada kami berasal dari Malaysia.
Perkara pertama dikatakannya apabila kami menjawab ya adalah: "Kapal terbang Malaysia Airlines terhempas. Takut mendengar berita itu".
Dia menggunakan perkataan 'terhempas' kerana katanya berita di Vietnam melaporkan perkara itu.
Namun setakat ini, tiada pengesahan rasmi dari Malaysia atau mana-mana negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bahawa pesawat itu terhempas.
Laksamana tentera laut Vietnam yang dikatakan membuat kenyataan bahawa pesawat itu terhempas pun kemudian menjelaskan beliau hanya maksudkan ada kemungkinan terhempas di laut berdasarkan laluan digunakan pesawat itu.
Tanpa kenyataan rasmi, kehilangan MH370 kekal misteri, dan jawapannya kini mungkin berada di Vietnam.
Sinar Harian akan membawakan perkembangan terkini dari Ca Mau, selatan Vietnam mengenai operasi mencari pesawat itu yang sedang dijalankan kerajaan dan tentera negara ini.
SHAH ALAM - Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad
Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu
menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut
'diterbangkan' di rumahnya.
Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.
Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.
Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.
Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya.
Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.
Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.
Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan.
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama "Kapten Zaharie Ahmad Shah" telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi.
KUALA LUMPUR – Kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.
Amat mustahil juruterbang atau kru penerbangan boleh menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.
Sistem komunikasi canggih pesawat membolehkan juruterbang menghantar isyarat kecemasan termasuk melalui gelombang frekuensi tertentu namun jika pesawat tersebut meletup akibat bom, juruterbang atau pembantu juruterbang tidak sempat menghantar apa-apa isyarat.
KUALA LUMPUR: Teori pesawat #MH370 itu meletup di udara ditolak
selepas akhbar The New York Times memetik pegawai kerajaan Amerika
Syarikat (AS) hari ini.
Pegawai itu dipetik sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan #MH370 tidak meletup di Laut China Selatan berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia.
Sementara itu, episod kehilangan #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS)
kini tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu
menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria.
Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan
selepas lebih daripada 48 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan
pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan
terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.
"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa
mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi #MH370 belum dijumpai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam
selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.
Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.
Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri
itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup ketika mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan.
Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA.
"Saya masih hairan takkanlah (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali
dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.
Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines.
CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa
tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria
mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370.
Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang.
Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan pembabitan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama
PUTRAJAYA – Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 telah tiga kali menangguh perjalanan ke Beijing, China sebelum menaiki penerbangan itu kelmarin.
Menurut bapa Mohamad Sofuan, Ibrahim Abd. Razak, 76, penangguhan sebanyak tiga kali itu dibuat ketika Sambutan Tahun Baru Cina dan juga semasa musim salji yang melanda negara berkenaan.
SEPANG – Pihak tentera semalam mengesahkan terdapat kemungkinan pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China telah berpatah balik.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan juruterbang berpatah balik itu dikesan selepas pihak berkuasa meneliti semula rakaman yang diambil dari radar tentera.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.
Lagi kes pasport palsu dikenal pasti Posted on Sunday, March 09 @ 20:05:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Satu lagi kes disyaki pasport palsu dikenal pasti dalam senarai penumpang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang di perairan Vietnam pagi semalam.
Dilaporkan, warganegara China daripada Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.
Dilaporkan juga bahawa polis menemui ketidakselarasan antara nombor pasport dan nama.
Awal hari ini, perisikan Amerika Syarikat (AS) dilapor menyiasat kejadian dua penumpang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat ke Beijing itu.
Ia melibatkan penumpang daripada Austria dan Itali.-mk
Penantian mendebarkan yang kini masuk hari kedua masih kabur, dengan pelbagai teori dan spekulasi baru muncul setiap hari.
Ada yang mengaitkan kehilangan pesawat ini dengan serangan pengganas, dan pakar penerbangan melahirkan rasa hairan dan terkejut mengenai cara kehilangan MH370 yang dikatakan hampir tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia.
Sehari selepas berita kehilangan itu, penulis menyusuri semula laluan digunakan MH370, untuk ke Vietnam bagi membuat liputan operasi mencari dan menyelamat di negara ini.
Selepas kira-kira sejam berlepas dari Kuala Lumpur, hari ini, seorang pramugara dalam penerbangan itu meminta penulis dan seorang rakan melihat ke luar tingkap, dan bertanyakan sama ada kami boleh melihat lautan di bawah.
"Dekat sinilah kapal terbang MAS terputus hubungan," katanya berdasarkan maklumat yang diberikan juruterbang kepadanya.
Katanya lagi, kami mungkin boleh melihat kapal-kapal (tentera) yang sedang membuat operasi mencari dan menyelamat di lautan di kawasan itu, tetapi kami sudah terlalu tinggi di udara.
Setibanya di Ho Chi Minh, pemandu teksi yang membawa penulis dan seorang lagi rakan media ke hotel bertanya sama ada kami berasal dari Malaysia.
Perkara pertama dikatakannya apabila kami menjawab ya adalah: "Kapal terbang Malaysia Airlines terhempas. Takut mendengar berita itu".
Dia menggunakan perkataan 'terhempas' kerana katanya berita di Vietnam melaporkan perkara itu.
Namun setakat ini, tiada pengesahan rasmi dari Malaysia atau mana-mana negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bahawa pesawat itu terhempas.
Laksamana tentera laut Vietnam yang dikatakan membuat kenyataan bahawa pesawat itu terhempas pun kemudian menjelaskan beliau hanya maksudkan ada kemungkinan terhempas di laut berdasarkan laluan digunakan pesawat itu.
Tanpa kenyataan rasmi, kehilangan MH370 kekal misteri, dan jawapannya kini mungkin berada di Vietnam.
Sinar Harian akan membawakan perkembangan terkini dari Ca Mau, selatan Vietnam mengenai operasi mencari pesawat itu yang sedang dijalankan kerajaan dan tentera negara ini.
Zaharie bina simulasi sendiri di rumah
- Gambar dari akaun Facebook Zaharie Shah menunjukkan set simulasi Boeing 777 yang dibina sendiri di kediamannya.
Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.
Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.
Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.
Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya.
Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.
Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.
Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan.
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama "Kapten Zaharie Ahmad Shah" telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi.
Artikel Berkaitan
- Serpihan di perairan Vietnam bukan pesawat MH370
- Maritim serah sampel minyak untuk dianalisis
- Zaharie bina simulasi sendiri di rumah
- MH370: Tumpuan terarah dua penumpang misteri
- Pencarian MH370 masih fokus utama
- AS hantar dua kapal, pesawat bantu operasi mencari
- Malaysia alu-alukan bantuan SAR dari negara luar
- Takkan kompromi penganjur himpunan haram
- Kit Siang turut ke KLIA
- Protokol disemak, keselamatan KLIA ditingkat
Pesawat tak sempat hantar isyarat jika dibom
|
KUALA LUMPUR – Kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.
Amat mustahil juruterbang atau kru penerbangan boleh menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.
Sistem komunikasi canggih pesawat membolehkan juruterbang menghantar isyarat kecemasan termasuk melalui gelombang frekuensi tertentu namun jika pesawat tersebut meletup akibat bom, juruterbang atau pembantu juruterbang tidak sempat menghantar apa-apa isyarat.
MH370 tak meletup di udara
Pegawai itu dipetik sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan #MH370 tidak meletup di Laut China Selatan berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia.
Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan
terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.
"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa
mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi #MH370 belum dijumpai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam
selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.
Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.
Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri
itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup ketika mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan.
Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA.
"Saya masih hairan takkanlah (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali
dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.
Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines.
CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa
tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria
mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370.
Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang.
Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan pembabitan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama
Sofuan 3 kali tangguh penerbangan
PUTRAJAYA – Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 telah tiga kali menangguh perjalanan ke Beijing, China sebelum menaiki penerbangan itu kelmarin.
Menurut bapa Mohamad Sofuan, Ibrahim Abd. Razak, 76, penangguhan sebanyak tiga kali itu dibuat ketika Sambutan Tahun Baru Cina dan juga semasa musim salji yang melanda negara berkenaan.
Pesawat hilang berpatah balik
SEPANG – Pihak tentera semalam mengesahkan terdapat kemungkinan pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China telah berpatah balik.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan juruterbang berpatah balik itu dikesan selepas pihak berkuasa meneliti semula rakaman yang diambil dari radar tentera.
Staf Jabatan Imigresen KLIA disiasat
PUTRAJAYA – Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.
Lagi kes pasport palsu dikenal pasti Posted on Sunday, March 09 @ 20:05:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Satu lagi kes disyaki pasport palsu dikenal pasti dalam senarai penumpang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang di perairan Vietnam pagi semalam.
Dilaporkan, warganegara China daripada Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.
Dilaporkan juga bahawa polis menemui ketidakselarasan antara nombor pasport dan nama.
Awal hari ini, perisikan Amerika Syarikat (AS) dilapor menyiasat kejadian dua penumpang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat ke Beijing itu.
Ia melibatkan penumpang daripada Austria dan Itali.-mk
Artis
seni pasir India, Sudersan Pattnaik memberikan sentuhan terakhir ke
atas ciptaannya iaitu pesawat pasir MH370 dengan mesej `Miracles do
Happen' di pantai Puri, kira-kira 65 kilometer dari Bhubaneswar, India.
FOTO AF
sumber : Harian Metro
sumber : Harian Metro
معمای بوئینگ ۷۷۷ مالزی؛ احتمال بمبگذاری تروریستی
پس از گذشت حدود دو روز بیخبری از سرنوشت پرواز هواپیمایی مالزی به مقصد پکن، احتمال عمل تروریستی هنوز رد نشده است.

Dhpp Melaka shared his photo.
THANK YOU CHINA.LETS HOPE AND PRAY FOR MH370.
Dhpp Melaka shared his photo.
THANK YOU INDONESIA.LETS HOPE AND PRAY FOR MH370.
Dhpp Melaka shared his photo.
JANGAN MENENGUK DI AIR KERUH.
Dhpp Melaka shared his photo.
THANK YOU SINGAPORE.LETS PRAY FOR MH370.
Serpihan dikesan berhampiran pulau Tho Chu bukan milik pesawat MH370
Bahan serpihan yang dikesan pasukan mencari Singapura kira-kira 100 kilometer di barat daya pulau Tho Chu, Vietnam, tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (JPA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata walaupun tompokan minyak juga dijumpai, tetapi belum ada pengesahan mengenainya.
"Ada tompokan minyak dijumpai, tapi kami masih dalam proses mendapatkan pengesahan sama ada ia berasal daripada pesawat yang hilang itu. Kami belum menerima laporan mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di Sepang hari ini.
Awal hari ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan satu tompokan besar minyak kira-kira 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.
Azharuddin berkata ketika ini pasukan penyelamat, yang menggunakan 40 kapal dan 34 pesawat terbang dari sembilan negara, tidak menemukan sebarang petanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370, walaupun operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua. – Bernama

Demang Lebar Daun shared Ustaz Hisham's photo.
not one but....
Perlukan difikirkan oleh rakyat Malaysia...
Kenapa orang berlainan yang hilang pasport tetapi tiket tersebut di beli bersama? Semoga selepas ini kerajaan memperbaiki sistem pengurusan kita agar menjadi benar-benar yang terbaik di dunia agar tiada lagi penumpang yang dapat menaiki pesawat dengan indentiti palsu.
Jika yang naik tu memang tujuan nak balik negara dia kita bernasib baik tapi kalo pemberontak yang naik masak. Boleh gigil pengurusan Malaysia nak menjawab. Mintak di jauhkan. Ameen.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/tiket-dua-penumpang-misteri-dibeli-bersama-1.258493
- Tompo -
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/identiti-dua-penumpang-mh370-dengan-pasport-curi-sudah-dikenalpasti-31569?cp
Demang Lebar Daun shared King Jason's photo.
ika
yang naik tu memang tujuan nak balik negara dia kita bernasib baik tapi
kalo pemberontak yang naik masak. Boleh gigil pengurusan Malaysia nak
menjawab. Mintak di jauhkan. Ameen.
Apakah yang sebenarnya sedang berlaku???Kenapa orang berlainan yang hilang pasport tetapi tiket tersebut di beli bersama? Semoga selepas ini kerajaan memperbaiki sistem pengurusan kita agar menjadi benar-benar yang terbaik di dunia agar tiada lagi penumpang yang dapat menaiki pesawat dengan indentiti palsu.
Jika yang naik tu memang tujuan nak balik negara dia kita bernasib baik tapi kalo pemberontak yang naik masak. Boleh gigil pengurusan Malaysia nak menjawab. Mintak di jauhkan. Ameen.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/tiket-dua-penumpang-misteri-dibeli-bersama-1.258493
- Tompo -
Identiti dua penumpang MH370 dengan pasport curi sudah dikenalpasti
T K Letchumy Tamboo | Kemas kini: Mac 09, 2014
KUALA LUMPUR: Identiti dua individu
yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan
pasport curi telah dikenalpasti dan dihantar kepada agensi risikan
Malaysia dan antarabangsa tetapi tumpuan utama masih diberi kepada
pencarian pesawat malang itu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya mempunyai rakaman CCTV yang memaparkan dua individu tersebut.
Walaubagaimanapun, beliau berkata kewarganegaraan kedua individu tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum.
“Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan siasatan seperti ini kerana ia melibatkan ancaman keselamatan.
“Tunggu sehingga maklumat lanjut boleh didedahkan tetapi tumpuan kami adalah untuk mencari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.
Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sementara itu, Hishammuddin berkata laporan bahawa beberapa serpihan pesawat yang ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia masih tidak disahkan lagi.
“Saya tiada maklumat terkini tentang serpihan itu. Peganglah pada apa yang kita maklumkan secara rasmi,” katanya.
Ia dilaporkan bahawa pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.
Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.
Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, selepas 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan