Posted on Sunday, March 02 @ 23:24:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Mungkin sayangnya Ali Tinju atau Mohd Ali Baharom, ketua senaman punggung dan Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia kepada Rosmah Mansor melebihi pembodek yang lain.
Buktinya Ali Tinju minta PM Najib Razak memecat Menteri KDN, Zahid Hamidi kerana tak menjaga maruah Rosmah. Puncanya Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah Media Sosial kepada Malaysiakini.
Malaysiakini sebelum itu menyiarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, antaranya bermain badminton yang telah menjatuhkan maruah Rosmah.
“Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.
“Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh,” kata Ali Tinju dipetik Malaysiakini.
Ali Tinju yang turut mengetuai Sekretariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT) memberi tempoh 7 hari kepada Malaysiakini untuk memohon maaf atau berdepan dengan protes besar-besaran NGO itu.
Protes besar-besaran dengan membawa 20 hingga 30 orang kerana tidak mahu mengganggu lalu lintas dan perniagaan pada hari tersebut.
“NGO ini ikut peraturan sedia ada, perlu ambil kelulusan polis dahulu… tak ada botol, kaca, pistol kita datang dengan surat sahaja, kita suarakan bantahan itu.
“Bagi saya tak perlu bawa 1,000, 2,000, itu budaya songsang, budaya hura-hara rosakkan kedai orang lain,” kata beliau, lapor Malaysiakini. - Ekeleh.com
Baca juga :Akhirnya Yana Samsudin mengaku..."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: laniismaa
Posted on Sunday, March 02 @ 23:24:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Anugerah: NGO gesa PM pecat Zahid Hamidi
Posted on Sunday, March 02 @ 23:30:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom mahu Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari kabinet.
Beliau turut mengatakan Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.
"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada Malaysiakini.
“Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah hari ini.
Ali berkata tidak patut seorang menteri kabinet seperti Zahid memberi penghargaan kepada Malaysiakini tidak sampai sehari selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, anaranya bermain badminton.
Ali (atas, berbaju kuning) hari ini ditemani gabungan 14 NGO lain di bawah payung Sekratariat Gabungan Sahabat 1Malaysia (SAHABAT).
Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.
Bagaimanapun anugerah bukanlah dari Zahid yang hanya hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah.
Anugerah kepada Malaysiakini itu hasil undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.
Ali yang lebih dikenali sebagai “Ali Tinju” juga mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu.
Kerja separuh jalan
Ali mendakwa Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews.
"Saya ulang sekali lagi mohon jasa baik PM Datuk Seri Najib Razak supaya pecat Zahid Hamidi.
"Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau. Conotohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan)
Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara.
"(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," kata beliau.
Sementara itu seorang pemimpin NGO AKS Ramesh Rao pula mendakwa Malaysiakini didanai oleh badan yang menyokong revolusi 'Arab Spring' di Timur Tengah dan sebahagian dari agenda zionis.
Beliau turut mempertikai pemberian hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.
"Penerima dana zionis tidak layak jadi media portal terbaik. Banyak lagi portal baik di Malaysia ini," kata beliau.-mk
159 hektar hutan simpan Bukit Tagar masih terbakar
- Mar 02, 2014
- SELANGORKINI
Penguasa Bomba Zon 6 Selangor, Penguasa Bomba Haikal Md Kasri berkata, kebakaran hutan berkenaan bermula sejak 24 Februari dan berpunca daripada kebakaran di kebun kelapa sawit sebelum merebak ke kawasan hutan berkenaan.
Menurutnya, pada mulanya, kebakaran itu seluas 156 hektar sahaja namun meningkat sehingga kira-kira 159 hektar semalam.
“Kawasan kebakaran meningkat disebabkan faktor-faktor seperti angin, keadaan cuaca kering dan pelbagai faktor lain,” katanya dipetik Sinar Harian.
Haikal berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengelak kebakaran daripada merebak dengan menggunakan pelbagai teknik.
Di antara teknik yang digunakan ialah melakukan kaedah ‘fire break’ iaitu menghilangkan sebarang bahan yang boleh menyebabkan kemerebakan kebakaran ke kawasan baru dan ‘direct attack’ iaitu memadamkan kebakaran secara terus.
Menurutnya, seramai 120 anggota termasuk pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bharu, Ampang, Kajang, Selayang dan Zon Ulu Selangor terlibat dalam operasi pemadaman kali ini.
“Kami juga menerima banyak bantuan daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perhutanan Ulu Selangor, Pejabat Daerah Kuala Selangor dan Ulu Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) serta agensi lain.
“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang sudi membantu bomba untuk operasi pemadaman ini,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kebakaran secara terbuka pada musim panas ini.
Strok haba: Ubah aktiviti sukan pelajar ke waktu pagi
- Mar 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaa Normala Sudirman berkata, keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan pelajar dan guru ketika mengikuti aktiviti sukan sekolah atau kegiatan ko-kurikulum di padang sekolah atau ditempat terbuka pada waktu tengahari atau petang.
Beliau mencadangkan agar aktiviti ko-kurikulum, sukan sekolah atau sukan merentas desa diadakan pada waktu pagi dengan anjakan jadual yang fleksibel mengikut kesesuaian sekolah.
Ini adalah kerana mengambilkira keadaan cuaca yang terlalu panas terutama ketika jam 2 petang dan keadaan keselesaan pelajar serta guru muslimah yang bertudung di tengah matahari terik di padang sekolah.
" Kami menerima aduan warga pendidik yang meminta situasi ini dipanjangkan ke peringkat atasan agar diambil perhatian kerana atas faktor cuaca yang terlalu panas terutama ketika jam 2 petang."
"Saya sedar, ada sesetengah sekolah yang mensyaratkan aktiviti haruslah bermula petang dengan harapan tidak menganggu tumpuan pembelajaran dan pengajaran pelajar, tetapi ianya boleh dilakukan dengan pertimbangan anjakan jadual yang fleksibel oleh pengetua sekolah dan kebenaran daripada PPD dan JPN setiap negeri masing-masing," kata beliau.
Beliau merujuk aduan yang diterima dari Negeri Melaka yang mengadakan Sukan MSSM yang bermula jam 2 petang menyebabkan pelajar dan guru wanita yang bertudung tidak selesa akibat cuaca panas.
Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu , definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius.
Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
Beliau juga menasihatkan agar orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
Rohani Binti Abdul Hamid was tagged in Solleh Mohd Bersih's photo.
~ Secebis Kisah ~Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.
Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..
Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.
Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.
Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:
"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”
Guru yang alim dan bijak itu menjawab:
"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"
Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.
Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..
Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.
Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!
Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!
Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.
Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..
Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!
Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)
“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.
Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.
Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.
Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.
Guru yang bijak terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”
Pemuda itu segera menjawab,
“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.
Gurunya melanjutkan
"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:
• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.
• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.
*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!
Semoga bermanfa'at
Andai wanita yang diugut tampar itu isteri Zahid
- Feb 08, 2014
- Ibnu Mohamad
Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat ditubuhkan di atas kesedaran harta, nyawa dan maruah rakyat akan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan.
Polis DiRaja Malaysia yang melaksanakan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang wajib memelihara perkara tersebut daripada dicabuli dan diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Insiden yang memalukan rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu yang beragama Islam khususnya telah menjadikan otak menteri-menteri Malaysia boleh dikategorikan sebagai sampah yang tidak boleh dikitar semula.
Penyembelihan binatang yang tidak sah mengikut syarak dan melumurkan darah pada gambar muka pemimpin DAP di bunting menjadikan Malaysia adalah negara yang menuju kepada konflik perkauman dan agama.
Kebodohan sesetengah pihak demi kepentingan politik tidak dapat diselamatkan lagi melainkan menunggu mereka menemui ajal yang ditentukan.
Namun begitu, terdapat seorang lagi yang berfikiran sampah yang masih terperap di kabinet Malaysia.
Tuan punya pemikiran sampah ini adalah Zahid Hamidi. Zahid Hamidi mempunyai pemikiran sampah kerana menganggap maruah seorang wanita tidak berharga.
Zahid Hamidi juga menganggap tampar bukanlah satu bentuk ancaman yang perlu disiasat. Bayangkan seorang wanita yang diugut untuk ditampar itu adalah isteri beliau.
Apakah beliau akan masih mengeluarkan kenyataan yang tidak bermaruah seperti ini?
Maruah seorang wanita dianggap seperti bahan mainan mengikut pemikiran Zahid Hamidi.
Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan seluruh wanita Malaysia bangkit untuk menampar Zahid Hamidi sehingga pemikiran sampah beliau tercampak jauh dari kepalanya.
Zahid: Tawaran tampar Teresa bukan ancaman
Kes bola pun sumpah guna al-Quran?
- Feb 12, 2014
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Perkara ini boleh diselesaikan melalui kaedah lain dan janganlah terlalu emosi dan mahukan jawapan segera serta untuk memberitahu bahawa T-Team tidak bersalah di dalam insiden itu maka jalan pintas adalah dengan mengangkat sumpah dengan al-Quran.
Jadi perkara ini sebagai satu ikhtibar kepada semua pasukan bola sepak negeri-negeri dan juga diperingkat kelab supaya berhati-hati pada masa akan datang supaya tidak mengambil tindakan sendiri apabila berlaku insiden sedemikian. Hal ini kerana sukan bola sepak mempunyai undang-undangnya yang perlu dirujuk terlebih dahulu.
Kaji semula PBS: “Satu lagi projek BN...”
- Feb 12, 2014
- FUAD KASSIM
Saya berpandangan, keadaan ini berlaku akibat tiada perancangan yang jelas daripada parti pemerintah dalam hala tuju pendidikan negara. Belumpun cerita PPSMI selesai sepenuhnya, kini anak-anak kita berhadapan dengan kecelaruan PBS pula.
Sepatutnya sebelum sesuatu dasar itu ditukar atau digubal, perlu suatu kajian yang menyeluruh dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum dilaksanakan. Kajian tersebut mestilah juga mengambil kira kemampuan tenaga pendidik yang terbabit secara langsung dalam menjayakan sesuatu dasar tersebut.
Jika kajian mendapati dasar tersebut masih belum mampu ditanggung oleh para guru, kerajaan mestilah mempersiapkan dulu mereka, kemudian baru langkah percubaan dilakukan dalam skala kecil. Semasa tempoh tersebut kajian akan dijalankan untuk mengetahui kelemahan untuk diperbaiki.
Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada kegagalan PPSMI dahulu. Dasar tersebut dilaksanakan tanpa kajian yang secukupnya dan akibatnya menyusahkan para pelajar dan guru serta ibu bapa. Dasar setengah masak itu akhirnya gagal di tengah jalan kerana tidak memahami masalah sebenar situasi pendidikan di Malaysia.
Terkini, PBS dilaksanakan tanpa mengambilkira kemampuan guru dan keperluan teknologi semasa. Terlalu banyak perkara yang berbangkit yang tidak dapat diselesaikan akibat kegopohan kerajaan melaksanakan sistem yang belum tentu sesuai dengan keperluan semasa pendidikan Malaysia.
Ditambah pula, kegagalan sistem ini turut diakibatkan oleh sikap pemerintah yang lebih melihat populariti memperkenalkan sistem berbanding memperbaiki kelemahan sistem yang ada.
Nampak, suatu lagi “projek Barisan Nasional” akan menjadi projek “sakit” seperti PPSMI dahulu.
Awas! Ketika beli belah di pasar raya
- Feb 14, 2014
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Sikap tidak jujur atau sengaja untuk menipu pelanggan tidak dapat disembunyikan lagi yakni ada barangan yang dipamerkan sudah luput tarikh. Keduanya, barang yang dipamerkan itu walaupun diletakkan harganya tetapi apabila membuat bayaran dikaunter bayaran dan diimbas harganya sudah berlainan dengan harga yang ditawarkan itu ditempat barang tersebut diambil. Ketiganya masih terdapat jualan barangan atau makanan yang sudah hampir busuk dan tidak layak bagi manusia makan dijualkan. Walaupun dijual dengan harga murah tetapi demi menjaga kesihatan pelanggan dan imej pasaray a yang besar dan ternama itu sendiri sepatutnya elakkan jual barang-barang yang busuk.
Begitu juga barang basah saperti ikan, sotong, udang dan ketam - selalu didapati sudah tidak segar tetapi masih dijual dengan harga yang agak mahal. Kini harga udang saiz kecil pun sudah mencecah RM32 sekilogram dan begitu juga sotong yang nampak sudah kurang segar berharga RM22 sekilogram. Ikan juga begitu agak mahal juga apabila dibandingkan dengan barang basah dipasar tani.
Namun, dalam tinjauan rambang, saya dapati ada juga pasar raya menjaga kredebilitinya seperti pasar raya Maidin. Harga barangannya berpatutan dan mereka mempamerkan harganya mengikut harga apabila diimbaskan dan barangannya juga bermutu dan segar. Saya menyarankan agar semua pasar raya mengekalkan sikap telus dan menjaga mutu barang jualannya.
Saya juga menyarankan supaya Lembaga Tabung Haji melabur dalam sektor industri pemakanan atau membuka pusat beli belahnya sendiri dengan menjual segala keperluan barang dapur yang halal lagi bersih terutamanya barangan yang diusahakan oleh bumiputra. Kaedah sebegini mampu menghapuskan sikap tamak dan cuba memonopolikan harga sesuatu barangan tersebut.
Keajaiban manusia akhir zaman
- Feb 08, 2014
- .
Yang berikut ini adalah sebahagian kecil dari fikiran paradoks yang berkembang akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. Lebih ajaib lagi, fikiran paradoks tersebut dimiliki pula oleh sebahagian umat Islam dan para tokoh mereka. Di antaranya:
1.Apabila seorang pengusaha atau pejabat tinggi melakukan korupsi berbilion, maka pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dengan mudah mengatakan tidak ada bukti untuk menahan dan mengadilinya.
Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan, dengan mudah dapat ditangkap, dibicarakan dan diputuskan hukuman penjara, walaupun mereka mengambil hanya satu buah tembikai atau tiga batang ubi kayu, mungkin saja kerana lapar.
2. apabila ada orang atau kumpulan dengan jelas merosakkan dan menghina ajaran Islam yang sangat fundamental, seperti Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya berlaku di negara Islam, maka orang dengan mudah mengatakan yang demikian itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan menafsirkan agama.
Namun, bila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten dengan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak boleh berdakwah dengan hikmah, bahkan perlu dicurigai sebagai calon pengganas.
3.Apa-apa saja yang dituliskan dalam akhbar, dengan mudah orang mempercayainya, walaupun itu hanya tulisan manusia dan belum teruji kebenarannya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.
Akan tetapi, apa yang tercantum dalam Al-Quran belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Quran itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang mustahil berbohong. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari berbagai sisi ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan mengajarkan Al-Quran boleh mengajarkan fahaman terorisme.
4.Tidak sedikit manusia, termasuk yang mengaku Muslim yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka kacau dan mereka selalu menghadapai pelbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para penguasa negara mereka. Mereka masih saja menuntut: inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.
Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu akan membawa kepada kemunduran, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat, Adalah mustahil Allah menzalimi hamba-Nya.
5.Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia sedang menjalankan ajaran agamanya.
Namun, ketika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang selalu harus dicurigai, khususnya ketika masuk ke tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.
6.Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya dengan rapi, orang akan mengatakan bahawa Biarawati itu telah menghadiahkan dirinya untuk Tuhan-Nya.
Namun, bila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terbelakang dan tidak sesuai dengan zaman, padahal mereka yang menuduh itu, para penganut fahaman demokrasi, yang katanya setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.
7.Apabila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja di luar kerana menjaga anak, menguruskan rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja di luar rumah demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.
Namun, apabila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suami, menguruskan kerja rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya dia dikongkong dan perlu dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki atau apa yang sering mereka katakan dengan kesaksamaan gender.
8.Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan pelbagai barang perhiasan dan pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.
Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya eksklusif dan berfikiran sempit tidak sesuai dengan peraturan dan paradigma kampus atau tempat kerja mereka.
9.Apabila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai-bagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah pembinaan bakat, kecerdasan dan kreativiti seorang kanak-kanak.
Namun, apabila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pola pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.
10.Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke atas negara Islam khususnya di Palestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.
Akan tetapi, bila kaum Muslim melawan Yahudi atas nama pembebasan Palestin, atau melawan Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.
11.Apabila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.
Namun, apabila orang Palestin melakukan hal yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari penculikan dan pembunuhan oleh tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari dinoda oleh pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? kerana dia adalah seorang Muslim.
12.Apabila anak-anak Yahudi diajarkan ilmu perang dan senjata automatik untuk membunuh kaum Muslimin di Palestin, maka akan menegatakan bahwa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri walaupun mereka adalah penceroboh.
Namun, bila anak Palestina belajar melemparkan batu menghadapi rejim Yahudi yang dilengkapi dengan tank dan senjata canggih yang menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka sebagai pelaku kejahatan yang pantas ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan belasan tahun.
Inilah sekelumit keajaiaban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita mendapatkan pelajaran yang baik sehingga dapat menentukan sikap yang benar, atau kita akan jatuh menjadi mangsa keajaiban akhir zaman?
http://detikislam.blogspot.com/
Kebaikan mungkin membawa ke neraka
- Feb 14, 2014
- PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.
Ujub
Ujub atau kagum dengan diri sendiri adalah penyakit rohani yang kronik. Dalam kalangan manusia, ada yang merasa sombong dengan amalan agamanya sehingga melihat orang lain hina di sisi Allah dibandingkan dirinya. Dengan kesombongan itu dia meminta orang mencium tangannya atau meminum bekasnya ataupun mengambil syafaat darinya. Jika itu perkara berlaku tanpa permintaannya, tidak mengapa. Tidak dinafikan pun keberkatan Allah yang diturunkan untuk orang-orang soleh. Namun apabila ada manusia merasakan merekalah merupakan orang soleh yang diturunkan keberkatan itu, bagai sudah pasti ahli syurga sementara orang lain adalah pendosa yang memerlukan syafaat mereka untuk ke syurga, maka itu adalah tanda ujub, sombong dan riak. Ia mengheret ramai yang bersolek dengan solekan agama ke neraka.
Sabda Nabi SAW:
“Tiga pembinasa; iaitu: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang dengan dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani, al-‘Uqaili dll. Hadis berstatus hasan)
Dosa ke syurga?
Jangan hairan bahawa jika nanti di akhirat ada dalam kalangan mereka yang kelihatan pernah melakukan dosa di dunia ini menuju ke syurga. Bagaimana?
Ya, terdapat insan yang apabila dia melakukan dosa, dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa merasa hina diri di hadapan Allah Yang Maha Agung. Terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya. Malu kepada Allah meliputi perasaannya. Segala ibadah yang dia lakukan dirasakan kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri lebih dari keadaannya sebelum terjatuh ke dalam dosa tersebut.
Timbul rasa tawaduk dalam jiwanya. Apabila dia melihat orang lain dia merasa betapa mereka lebih mulia daripadanya di sisi Allah kerana dia seorang yang berdosa. Segala kesombongan dalam jiwanya dikikis apabila dia mengenangkan dosa-dosanya itu. Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, namun dia sendiri tahu dan Allah Maha Mengetahui. Betapa dia bersyukur kerana Allah menutupkan keaibannya, ataupun memberikan ruang untuk dia terus hidup sekalipun dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka kalau demikianlah keadaan, dosa-dosanya itu membawanya ke syurga dengan izin Allah.
Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Miftah Dar al-Sa’adah:
“Antaranya, bahawa sesungguhnya Allah apabila mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hamba-Nya, Dia jadikan hamba itu lupa gambaran ketaatan-ketaatan yang telah dia lakukan. Diangkat itu semua dari jantung hati dan lidahnya (tidak membangkit-bangkitkannya). Apabila dia diuji dengan dosa, Allah jadikan dosa itu memenuhi ruang matanya, dia lupa segala amalan baiknya dan dia jadikan segala ingatan dukanya terhadap dosanya. Sentiasa dosanya itu berada di hadapannya, semasa dia berdiri, duduk ataupun berjalan. Maka inilah sumber rahmat pada dirinya. Ini seperti kata sebahagian Salaf Soleh: “Sesungguhnya ada hamba Allah melakukan dosa, lantas dengan dosa itu dia masuk syurga. Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”. Bagaimana demikian? Sebabnya, dia melakukan dosa lalu sentiasa dosa itu memenuhi matanya, setiap kali dia ingat dia akan menangis, menyesal, beristighfar, merendah diri kepada Allah, kembali kepada-Nya, merasa hina dan pasrah. Lantas dia beramal dengan amalan-amalan soleh maka itu menjadi sebab kerahmatan untuk dirinya” (1/445-446. Beirut: Muassasah Fuaad).
Pahala Ke Neraka?
Kebaikan sepatutnya membawa ke syurga. Namun jika pengamal kebaikan itu menjadi riak, sombong, takjub dengan dirinya sendiri sehingga merasa dia tiada cacat di hadapan Allah. Hilang dari jiwanya perasaan tawaduk, kerendahan diri sebagai hamba dan seakan pasti dirinya ke syurga. Ditambah lagi, dia memandang lekeh kepada orang lain. Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini merupakan musibah terhadap kerohaniannya. Ini telah menimpa ramai golongan yang berpakaian agama sehingga mereka bagaikan penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangganya.
Inilah yang dinukil oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tadi: “Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”.
Ibn Qayyim menjelaskan maksud hal ini dengan menyebut:
“Dia beramal dengan kebaikan lalu sentiasa fikirannya mengungkit, mengingat dan menghitung-hitung kebaikan itu terhadap tuhannya dan manusia. Dia takabur dengannya, dia merasa pelik jika orang tidak mengagung, memulia dan membesarkan kebaikannya. Sentiasalah keadaannya begitu sehingga bertambah kuasa pengaruh perasaan itu lalu ia memasukkannya ke dalam neraka. Tanda kebahagiaan itu apabila kebaikan-kebaikan seseorang hamba Allah itu berada di belakangnya (dia tidak mengingatinya) sementara kejahatan-kejahatannya pula berada dalam ruangan matanya (mengingatinya). Tanda kecelakaan pula apabila hamba itu menjadikan kebaikan-kebaikannya memenuhi ruang matanya sementara kejahatan-kejahatannya berada di belakangnya (dia melupainya).” (ibid, 1/446).
Pakaian Agama
Maka janganlah kita sangka semua yang berpakaian agama itu akan ke syurga. Tidak mustahil lengangan jubah, rida, serban dan segala lambang-lambang agama yang dipakai dengan kesombongan sehingga merasa dirinya lebih baik dan sempurna dibanding orang lain, itu semua hanya mengheret pengamalnya ke dalam neraka.
Ibn Ataillah dalam hikamnya menyebut:
“Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur.”
Apatah lagi mereka yang ujub dan sombong dengan keturunan seperti yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi SAW ataupun wali ataupun ulama sehingga dia memandang lekeh kepada orang lain. Ini sama dengan slogan Iblis ketika membantah Allah:
“Aku lebih baik daripadanya (Adam), aku diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah” (Surah al-A’raf ayat 12).
Yang mana lebih penting, sunnah atau fatwa
- Feb 25, 2014
- ABU HUSAYN
Soalan:
Yang manakah lebih penting di ikuti atau lebih diberi keutamaan di antara sunnah dan fatwa. Sunnah adalah sesuatu yang nabi buat atau katakan yang sudah semestinya diilhamkan oleh Allah SWT.
Manakala fatwa adalah daripada ijtihad para ulama selepas meneliti al-Quran dan sunnah. mohon pencerahan.
Ahmad Khalil
Jawapan:
Selagi mana fatwa itu dibuat berdasarkan hadis dan al-Quran maka eloklah ia diberi keutamaan kerana sudah tentu mufti sudah berhempas pulas untuk memberi kefahaman kepada orang awam. Fatwa juga dikeluarkan berdasarkan uruf dan suasana setempat.
Apabila seseorang imam atau mufti mengeluarkan fatwa, sekalipun tersilap maka orang awam tidak dikira berdosa. Malah ia sudah tentu mempunyai jawapan serta alasan tersendiri oleh mereka yang mengeluarkan fatwa.
Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan