• Isu BR1M: Kesal status kahwin dipersoal Md Bukhari menunjukkan kad pesara kerajaan dan kad pengenalan sebagai bukti warganegara Malaysia
1 / 1
JITRA - Beberapa pemohon kesal apabila permohonan mereka untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak diterima.

Difahamkan, pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi RM3,000 dan mengikut syarat BR1M 3.0 yang telah ditetapkan kerajaan.

Pesara kerajaan, Md Bukhari Ismail, 63, berkata, dia terkilan tidak layak menerima BR1M 3.0 sedangkan sebelum ini dia menerima BR1M 1.0 dan 2.0.

Beliau berkata, amat mengejutkan apabila status perkahwinannya bersama seorang wanita warga Thailand sejak 16 tahun lalu turut dipersoalkan dan dikatakan menjadi alasan permohonannya ditolak.

“Apabila saya semak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mereka kata permohonan saya masih dalam proses. Tetapi saya diarahkan pula pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyemak status perkahwinan.
“Kenapa sekarang baru diarahkan untuk menyemak status perkahwinan, walhal sebelum ini tidak pula diarahkan berbuat demikian?” katanya,  semalam.
Md Bukhari yang berpendapatan RM825 sebulan turut mempertikai tindakan pihak berkenaan untuk menyemak permohonannya semula.

“Kenapa maklumat saya perlu disemak semula? Pada saya, yang perlu diproses semula adalah penerima baru yang berumur 21 tahun dan mereka yang baru berkahwin.

“Saya berkahwin dengan warga asing, tetapi saya sendiri warganegara Malaysia. Saya yang menanggung dua anak yang masih bersekolah dan isteri,” katanya.

Peniaga, Sukor Abdullah, 44, pula terpaksa berdepan dengan masalah nama disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, perkara itu terjadi sebab pihak berkenaan mendakwa dia telah menuntut BR1M 1.0 dua kali.

“Sebelum ini saya menerima BR1M 1.0. Kemudian saya tuntut mewakili arwah ibu saya yang telah meninggal dunia pada 26 Disember 2011. Sebagai waris lelaki terdekat, saya dikehendaki berbuat demikian.

“Kemudian pada 11 Julai 2012, Kementerian Kewangan menghantar kepada saya surat peringatan untuk memulangkan lebihan tuntutan BR1M sebanyak RM500 dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat itu dikeluarkan,” katanya.

Sukor berkata, surat itu menyebut, sekiranya gagal berbuat demikian, pihak berkenaan akan buat laporan polis untuk siasat di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Saya hairan semasa buat tuntutan itu, saya telah menyediakan semua dokumen mengikut apa yang pihak berkenaan minta.

“Pihak berkenaan sepatutnya perlu buat pengesahan bahawa saya buat tuntutan BR1M kali kedua adalah untuk si mati sebagai waris. Sekiranya dokumen itu tidak lengkap, bagaimana pula boleh saya terima surat peringatan?” katanya.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai penyenaraian hitam itu setelah dimaklumkan oleh LHDN semasa membuat semakan Khamis lalu.

Katanya pendapatan isi rumahnya RM1,200 sebulan dan permohonannya bagi BR1M 2.0 turut ditolak.
dimana kekayaan keluarga taib....

Politik Injit Injit Semut
 ..tanda2 awal kiamat...

'Geli hati dengar alasan menteri'
  • Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
1 / 1
SHAH ALAM – Kenyataan seorang menteri berhubung 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang enggan menerima bantuan tersebut dianggap melucukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya berasa geli hati apabila seorang menteri menyifatkan keengganan 17,000 golongan individu menerima BR1M sebagai bukti kematangan rakyat di negeri ini.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami sentimen rakyat. Kegagalan parti politik untuk memahami permasalahan dan keperluan masyarakat merupakan satu kerugian besar dalam bidang politik,” katanya yang dipetik dari blognya, Chedet.com, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan,  Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penolakan itu membuktikan rakyat Malaysia semakin ‘matang’ dan tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya yang turut memaklumkan nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Tambah Mahathir lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion kepada 7 juta rakyat Malaysia dan ianya disifatkan satu pembaziran dengan jumlah yang besar.

“Masih terdapat golongan individu atau keluarga yang miskin di negara ini, kita sepatutnya menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu mereka,” jelasnya.
Nabi S.A.W berpesan supaya berpeganglah dgn al-quran & as.sunnah..

# Berjuanglah pertahankan agama Allah swt bukan pertahankan pemerintah munafik !
emmmm...malu jadi orang sp.
Konsert K-Pop EXCO kata penuhi syarat..!!

SUNGAI PETANI – Penganjuran Konsert Festival Muzik Planet Eupe dekat Taman Tema Air Carnivall di sini, malam semalam mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri Kedah

Tinjauan Sinar Harian mendapati, konsert itu bermula seawal jam 5 petang sebelum berhenti seketika pada jam 7.24 malam untuk memberi laluan kepada azan Maghrib.

Konsert itu kemudian diteruskan semula pada jam 7.42 malam dengan acara dan persembahan nyanyian oleh artis jemputan dari dalam dan luar negara.

Turut hadir ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tengku Bendahara, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah serta isteri, Toh Puan Nor Suzana Abdullah, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Adun Gurun, Dr Leong Yong Kong.

Selepas hampir 45 minit berhibur dengan persembahan nyanyian dan pertandingan Hip Hop International, program itu sekali dihentikan seketika pada jam 8.30 malam untuk memberi laluan kepada azan Isyak, sebelum diteruskan semula pada jam 8.45 malam.

Tajul Urus bersyukur kerana konsert itu berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa bantahan daripada mana-mana pihak.

“Saya berbangga penganjur mematuhi syarat kerajaan negeri, khususnya dari segi pemakaian artis dan menghormati waktu azan.

“Pada saya, sebagai sebuah negara majmuk, kita tidak boleh menafikan hak masyarakat bukan Islam untuk mendapatkan hiburan. Yang lebih penting ialah konsert ini dibuat di kawasan yang tertutup dan bukan di kawasan terbuka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak menghalang penganjuran konsert itu sekiranya pihak penganjur bersetuju untuk menghormati azan dan syarat lain yang ditentukan.

Pemerhatian mendapati, lebih 15,000 pengunjung dari pelbagai kaum hadir menyaksikan konsert yang julung kali diadakan itu.

Rata-rata artis dari dalam dan luar negara juga mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata.

Antara artis yang membuat persembahan pada konsert itu ialah Yuna, Najwa Latif, penyanyi mando-pop, Wang Lee Hom, penyanyi elektro-pop dari Taiwan, Jeannie Hsieh dan kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, U-kiss.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa (Ikiam) membantah penganjuran konsert tersebut kerana bimbang ia akan memudaratkan akidah umat Islam melalui pelbagai aspek.

Menurut laporan itu, Timbalan Pengerusi 2 Ikiam, Datuk Mustaffa Idrus berkata, konsert itu jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana melibatkan persembahan artis berpakaian mendedahkan aurat, pergaulan bebas, hiburan melampau yang terdedah kepada salah laku akidah.

Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.

Sunday, 2 March 2014

EDISI POLITIK BANGSAT BN .... MASA RUNTUH TUDUH SALAH LIM GUAN ENG, BILA DAH SIAP BEREBUT NAK AMBIL KREDIT.


Inilah dinamakan politik gred bangsat haprak kangkung .. semasa kerja-kerja sedang rancak dijalankan tetiba pada 6hb Jun 2013 jam lebih kurang 7.05 malam telah berlaku keruntuhan sebahagian daripada Penyambung Batu Maung menghubungkan jambatan ke Jalan Tun Dr Lim Chong Eu telah runtuh, menghempap kenderaan yang melalui berdekatan dengan struktur itu menyebabkan 4 kematian.

Penyiasatan menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta.

Bahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit.

Bukanlah main riuh rendah hiruk pikuk gegak gempita para macai UMNO cuba menyalahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng.

Semalam bila semuanya dah siap dan boleh digunakan yang mau dapat nama dan kredit ialah pemimpin-pemimpin UMNO/BN.
Bukankah ini dinamakan politik bangsat haprak gred kangkung!!!!!


Like · · · 3 hours ago ·
 Tak Maklum MoU Kepada Pemimpin PKR Kerana Terikat Undang-Undang, Kata Khalid
Posted on Monday, March 03 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KOTA BAHARU, 2 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakannya tidak memaklumkan Perjanjian Persefahaman (MoU) kerajaan negeri itu dengan kerajaan pusat berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan terikat dengan undang-undang.

Beliau berkata peruntukan undang-undang melarangnya membuat kenyataan berhubung perkara itu, dan jika perlu, hendaklah dilakukan secara tertib bagi mengelak syarikat yang mengendali air di Selangor, terjejas di pasaran saham.

"Syarikat yang mengendalikan air di Selangor tersenarai di pasaran saham dan tidak boleh dibincang secara terbuka kepada umum," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU dengan kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Abdul Khalid diminta mengulas dakwaan pemimpin PKR bahawa beliau tidak memaklumkan perkara itu terlebih dahulu sebelum memeterai MoU dengan kerajaan pusat berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.

Pada 26 Feb lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang berlanjutan sejak 2008.

MoU antara Kelantan dan Selangor ialah bagi kerjasama kepakaran membabitkan tujuh perkara iaitu Pendidikan, sistem gadaian Islam Ar Rahn, Pusat Makanan Halal, Perundangan, Pembangunan Siber, Pemasaran Produk dan Air.

Kelantan diwakili Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob manakala Selangor oleh Abdul Khalid.-bernama