Isnin, 3 Mac 2014

SUSU IBU






Safie Khamis Ini yg umno be end mahu...
Pak Din Soalan peperiksaan;
Bagaimana untuk mendirikan sebuah negara islam?
A. Mendirikan masjid

Mendirikan university islam
Melaksanakan sistem product makanan halal
Memberi br1m mengikut syariat islam
B. Melaksana hukum secara total berlandas
Al Quran dan hadis
C. Project masjid besar dah mewah2.
Project university islam besar.
Memberi bantuan rakyat berbentuk tunai
Selain dari sistem zakat yg ada
Tak kan nak jawab A atau c ustat kazim oii,,
Salah lah , tak lulus periksa lah...jadi ustat tak luluslah. Kalau nak lulus kena jawab B .
Dan banyak lagi undang2 dan perkara2 perlu ustat perjuangkan daripada ustat mengeluarkan ucapan yg tiada roh..
 
 
 
Empat perkara ni kita kena buat utk mencapai hasil yg diredhai Allah Insyaallah..1.Membuat sesuatu dgn cara yg terbaik..ihsan. 2.Membuat sesuatu dgn hati..ikhlas. 3. Membuat sesuatu dgn berterusan walau sedikit... Istiqamah. 4.Bersungguh2..ikhtiar.
Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah.Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya.Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”. ♡♡

Sunday, 2 March 2014

EDISI BIAR GAMBAR BERBICARA ... SUASANA CERAMAH CALON BN PRK KAJANG DI KG BATU 10, CHERAS.



Kau hanya membiarkan gambar berbicara sebagai cara menjimatkan tenaga dan masa.

Maka ada kebenarannya jika para penganalisa politik tanah air menyatakan bahawa sokongan UMNO kini sudah mulai berubah dan berhijrah kepada DSAI.

Rakaman gambar Datin Paduka Chew Mei Fun menghadiri majlis penerangan ekonomi nasional di Teratak Pekembar, Kpg Batu 10, Cheras, turut hadir Ketua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim dan Jamal Yunus towkey Sekinchan Ikan Bakar.
Ni syarikat yang masih dipegang atau dlm pegangan majoriti Taib Mahmud...
1. Demak Jaya Holdings
2. Hamamorial Sdn Bhd.
3. Mesti Bersatu Shd Bhd.
4. Pehin Sri Heritage Sdn Bhd
5. Ramah Jelita Sdn Bhd........

Sedangkan.. Undang undang tubuh dan perlembagaan Sarawak dgn jelas menyebut :-

"Ketua Menteri atau TYT Negeri tidak boleh sama sekali ada kepentingan atau memegang jawatan dalam sebarang aktiviti perniagaan"..

Apa alasan kerajaan dan SPRM tidak berani ambil sebarang tindakan..???
~~~ REALITI BUKAN FANTASI ~~~ NAK LAGI SOKONG BEE END? NAK BODOH TAHAP GABAN ?..SELAGI BEE END MEMERINTAH SELAGI ITULAH RAKYAT MENDERITA..~~~!!! Inilah sebab mengapa al-Quran menyarankan para ibu menyusukan bayi sehingga dua tahun

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kamu kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman : ayat 14 )

Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir dan sebagai zat yang membantu tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setiap hari ditemui satu demi satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta tentang air susu ibu adalah dengan menyusu bayi selama dua tahun selepas kelahiran sungguh amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, www . Icr.org/pubs/imp-259.htm)

Allah memberitahu kita maklumat penting ini sekitar 14 abad yang lalu yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini.

Air susu ibu mengandung zat-zat pemakanan penting iaitu:

Karbohidrat
Karbohidrat utama adalah laktosa (gula susu) yang sesuai dengan keadaan biologi atau sistem pencernaan bayi. Laktosa berperanan penting sebagai sumber tenaga. Laktosa mudah diurai menjadi glukosa dan galaktosa dengan bantuan enzim laktase yang sudah ada dalam mukosa saluran pencernaan bayi sejak lahir.

Ya, pada pencernaan bayi terdapat enzim yang mencerna laktosa tersebut. Glukosa dan galaktosa berperanan dalam perkembangan sistem saraf dan pertumbuhan otak, mielinisasi dan pematangan otak agar otak tumbuh optimum. Selain itu, zat ini juga membantu penyerapan kalsium dan magnesium di masa pertumbuhan bayi. Bahkan, membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik (lactobacillus bifidus) dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.

Protein
Kandungan protein seimbang dengan keperluan bayi. Dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah whey yang mempunyai ukuran molekul lebih kecil. Protein jenis whey ini mempunyai sifat mudah dicerna. Komponen asas dari protein adalah asid amino yang berfungsi sebagai pembentuk struktur otak.

Protein berguna untuk pertumbuhan dan perkembangan sistem kekebalan tubuh dan untuk pertumbuhan otak serta menyempurnakan fungsi pencernaan. Protein juga memberi lapisan pada dinding usus bayi baru lahir yang masih telap terhadap protein serta berperanan sebagai perlindungan terhadap pelbagai risiko jangkitan bakteria/virus yang boleh masuk melalui pencernaan. Ya, protein dalam susu ibu dapat membantu menghancurkan bakteria dan melindungi bayi dari jangkitan.

Lemak
Kandungan zat pemakanan terbesar di dalam susu ibu adalah lemak. Lemak merupakan sumber kalori atau tenaga utama yang terdapat dalam susu ibu. Kadar lemak susu ibu berubah-ubah secara automatik sesuai dengan keperluan pemakanan bayi dari hari ke hari. Lemak boleh diolah, dicerna dan diserap baik kerana dalam susu ibu terdapat enzim lipase yang bertugas membantu proses metabolisme lemak.

Ada sekitar 200 jenis asid lemak, iaitu 80 peratus asid lemak tak tepu, antara lain asid linolenat omega 3, EPA dan DHA serta asid linoleat omega-6 ARA yang berperanan penting dalam perkembangan otak, pertumbuhan sel-sel otak, myelination rangkaian saraf, serta ketajaman penglihatan. Lemak rantai panjang atau long chain poly unsaturated fatty acid (LC-PUFA) merupakan jenis lemak yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi.

VITAMIN DAN MINERAL
Susu ibu mengandung vitamin dan mineral penting yang diperlukan bayi. zat
pemakanan mikro penting itu antara lain vitamin A, vitamin C, vitamin D, zat besi, tiamin, riboflavin, kalsium, fosforus, fluorin.

- Vitamin
Misalnya, vitamin D membantu bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang. Vitamin K yang diperlukan untuk proses pembekuan darah terdapat dalam susu ibu dengan jumlah yang cukup dan mudah diserap.

- Zat Besi
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, bahagian dari sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, zat besi pun penting untuk pertumbuhan otak bayi. Zat besi yang terkandung dalam susu ibu juga mudah diserap.

- Fluorin
Fluorin membantu membentuk gigi yang kuat dan mencegah gigi berlubang.

Untuk mereka yang bergelar ibu di luar sana, susukan bayi anda sendiri secara ekslusif sehingga enam bulan dan dihentikan pada usia 2 tahun. Katakan tidak pada susu formula.

http://detikislam.blogspot.com/ Rasulullah SAW sangat mencintai dan lembut pada isteri-isterinya. Yang berikut adalah contoh sikap luar biasa baginda yang harus diteladani oleh setiap suami:

1. Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya.

Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menjahit dan menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.

Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2. Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur.

Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Rasulullah SAW sering memanggil isterinya dengan panggilan mesra. Contoh: Aisyah RA dipanggil dengan panggilan Khumaira (yang kemerah-merahan) oleh baginda.

3. Rasulullah SAW tidak pernah mendesak isterinya menyediakan makanan.

Contoh: Suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka baginda bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?”

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini,” tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.

4. Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami sedang memukul isterinya.

Contoh: Suatu ketika beliau melihat seseorang memukul isterinya. Baginda menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Orang itu menjawab, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap berdegil juga, jadi aku pukul dia.”

Rasulullah SAW berkata lagi, “Aku tidak menanyakan alasanmu, aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”

5. Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada isteri.

Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa sekalipun baginda adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah pemimpin terbesar di dunia.

http://peribadirasulullah.wordpress.com/ Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:

Apakah hukum kita (wanita Islam) melihat perempuan menyusukan anak di you tube?

Jawapan:
Wanita Islam boleh melihat wanita lain menyusukan anak sama ada secara zahirnya atau di you tube. Menurut jumhur ulama aurat wanita Islam dengan wanita Islam lain ialah antara pusat dan lutut. Jadi menurut pandangan jumhur harus seorang wanita mendedahkan mana-mana bahagian dari badannya di hadapan wanita Islam kecuali bahagian antara pusat dan lutut sahaja. SOALAN:
Baru-baru ini tersebar melalui WhatsAps yang menyatakan bahawa pasangan yang berzina dan kemudiannya perempuan itu mengandung. Mereka berkahwin ketika perempuan itu masih mengandung demi menutup malu - perkahwinan itu tidak sah. mereka dikira berzina sepanjang hidup kecuali dikahwinkan semula selepas bersalin anak zina tersebut. Minta penjelasan Ustazah.

JAWAPAN:
Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Sekiranya wanita itu berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya yang menyebabkan dia mengandung maka dibenarkan bersama dengan lelaki tersebut. Sekiranya dia berkahwin dengan lelaki penzina  berkenaan dan kandungannya belum mencecah usia enam bulan maka apabila lahir nanti anak tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun perlu diingat dosa perbuatan zina antara mereka tetap tidak terlepas. Sebagaimana hukum jenayah zina, kalau yang berzina itu belum pernah berkahwin atau pun dengan istilah teruna dan dara mereka di hukum sebat seratus rotan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Sekiranya si penzina itu pernah atau sudah berkahwin maka ia mesti melalui hukuman rejam sampai mati. Sebagaimana perbuatan zina yang dilakukan oleh Maiz al-Aslami dan al- Ghamidiyyah.

Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Lelaki yang sudah berkahwin (as-syaikhu) dan Perempuan yang sudah berkahwin (as-syaikhatu) apabila mereka berzina , hendaklah direjam kedua-dua mereka." Soalan:

Saya seorang isteri yang bekerjaya. Sebaik pulang ke rumah saya terpaksa mengurus rumah, memasak dan menjaga anak. Oleh itu, saya tidak berkesempatan untuk mengikut suami ke masjid. Kadang kala saya berasa cemburu juga pada suami, maklumlah solat berjemaah itu lebih besar pahalanya. Apakah ada amalan lain yang boleh menggantikan pahala solat berjemaah tersebut?

Jawapan:
Wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat atau keutamaannya lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: ”Solat di bilikmu atau rumahmu lebih baik dan lebih utama daripada solat di masjid kaum mu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Al Syaukani RH ketika menjelaskan lafaz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka”, maksudnya adalah “Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid”

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya”. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Kalau suami berjemaah di masjid dan kita tinggal di rumah bersama anak-anak, para ibu boleh mendidik anak-anak untuk solat  bersama.

Kepada mereka ialah berada di rumah mengurus rumah tangga dan anak-anak. Dalam sebuah hadis  menyatakan, “Kaum ibu (wanita) adalah pengurus dalam rumah tangga suami.”

Semua ini menunjukkan bahawa tugas utama para ibu ialah mendidik anak-anak. Namun demikian, semasa berada di rumah para ibu boleh mengambil peluang ini dengan mengajar anak menunaikan solat secara berjamaah, ajar anak membaca al quran dan juga bertadarus dengan mereka.

Allah menciptakan lelaki dan perempuan daripada sumber yang sama tetapi mempunyai peranan yang berbeza.

Wanita dengan sifat lemah lembut lebih sesuai mendidik anak-anak kerana proses ini melibatkan emosi. Adakalanya kita marah, adakalanya  kita belai anak-anak.

Dalam masa yang sama, para ibu berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk akidah, akhlak dan mendidik anak-anak dalam  proses mereka membesar.

Menjalankan kerja rumah seperti memasak untuk suami dan anak-anak serta menjaga anak adalah ibadah dan diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Dalam kehidupan seharian, selama mana sesuatu itu dilakukan untuk mencapai reda Allah, ia dikira sebagai ibadah. Ibadah  terbahagi dua iaitu khusus dan umum.

Ibadat khusus ialah membuat sesuatu sebagai lambang ubudiah (pengabdian) kepada Allah. Ini termasuklah ibadah  seperti solat, haji, zakat dan puasa.

Ibadat umum pula meliputi kita melakukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada golongan lain. Contohnya, kita berjual-beli, kita memberi kemudahan dan keringanan kepada orang lain.

Sebab itu, isteri yang menyediakan makan-minum untuk suami dan anak-anak, mengurus rumah tangga dengan niat mencari reda Allah.

Sebenarnya, kaum wanita atau ibu sangat mudah mendapat pahala. Buatkan air untuk suami, memasak untuk anak-anak, semuanya dikira sebagai pahala.

Cuma kita perlu melihat kaitannya dengan Allah. Tanpa kaitan sebegini boleh membawa kepada timbulnya isteri yang merasa sentiasa di bawah perintah suami sedangkan sifat sebagai isteri ialah sebagai teman dan memberi ketenangan kepada suami.

Ganjaran pahala daripada Allah bukan diberi berdasarkan gender sebaliknya kepada sesiapa yang melakukan amal soleh. Allah berfirman:

“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) walau sedikitpun.” (an-Nisaa’: 124) Soalan:
Apakah perkara yang dilarang kepada wanita Islam ketika sedang haid?

jawapan:
Perkara yang menjadi larangan kepada wanita ketika dalam haid ialah:
1.Solat
2.Berpuasa
3.Thawaf
4.Membaca Al Quran dengan penuh tartil
5.Menanggung Al Quran
6.Menetap di dalam masjid
7.Jima’ atau bersetubuh
SOALAN:

Kita biasa mendengar ungkapan sesetengah ustaz suatu masa dulu "Tidak boleh mengangkat wanita menjadi pemimpin". Namun, sejak beberapa dekad yang lalu wanita telah diangkat menjadi wakil rakyat dan PAS turut tidak ketinggalan.

Minta penjelasan Ustazah.

JAWAPAN:

Kedudukan  Wanita Sebagai Pemimpin Daripada Perspektif Islam:

1.Imam Al-Mawardi RA [1] (450 H) menjelaskan jawatan seperti Perdana Menteri atau juga menteri ketenteraan adalah tidak dibolehkan bagi wanita serta tidak sesuai dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan ketenteraan Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki' sebagai salah satu daripada 10 syarat kepada kepimpinan di peringkat ‘tafwidh' tetapi tidak di peringkat ‘tanfiz’.

2.Menurut Imam Hasan Al-Banna [2], wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum  Beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum dalam kalangan wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah

3.Dr Yusoff Al-Qaradhawi (3) dalam kitabnya Min Fiqh al-Daulah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa Hujjah:
i. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT: "Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepadamu (Ratu Balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim  terhadap diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman.”   Al-Naml:  ayat 44
ii.Mengambil kaedah fiqhiyyah “al-‘Aadah Muhakkamah’ dan bersandarkan kepada‘fiqh  waqi’realiti hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki
iii.Al-Qaradhawi berpendapat, bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman, yang penting adalah syarat KEMAMPUAN DARI PELBAGAI SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI PUNCA PERBEZAAN UTAMA DAN KELAYAKAN.
 *Hujjahnya, ketika wujudnya Khilafah Islamiyyah (empayar Islam), wanita memang kelihatan amat kurang sesuai menjadi imamah ‘uzma iaitu khalifah walaupun ketika zaman ini.
 *Hal ini sememangnya disepakati larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M (Khilafah Othmaniyyah), sebahagian ulama’ telah mengqiaskan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa dalam memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar. Justeru, dalam ketiadaan khilafah, negara-negara umat Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di wilayah yang terhad. Sehubungan dengan itu, wanita boleh memegang jawatan menteri, Qadhi atau lain-lain. Dalam masyarakat di bawah sistem demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke jawatan kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia memegang jawatan ini secara veto, hakikatnya ia adalah kepimpinan secara kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dalam menentukan tindakan. Justeru, menurut al-Qaradhawi, ia tidak bertentangan dengan hukum menurut apa jua tafsiran

Rumusan Dari DR. Yusof Al-Qardhawi:
 *Syarat kepimpinan wanita, adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.
 *Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika itu.
 *Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama   pemimpin pelbagai peringkat.
 *Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian dan tidak berlaku tabarruj.
 *Mendapat keizinan suami.

Nota:
*  wizarah tafwidh :  Pembuat dasar dan Polisi negara
*  Wizarah tanfiz: Pelaksana kepada dasar dan polisi yang telah sedia ada.
SOALAN:
Saya ada terdengar, hukum memakai kasut tumit tinggi adalah haram. Pengharamannya kerana dikhuatiri menarik perhatian lelaki. Kami di sesetengah jabatan kerajaan tidak dibenarkan memakai kasut biasa. Minta Ustazah perjelaskan.

JAWAPAN:
Hukum memakai kasut tumit tinggi adalah harus. Namun demikian, jika pemakai kasut tumit tinggi  menarik perhatian lelaki bukan mahram akibat bunyi yang kuat semasa berjalan, maka elakkanlah daripada memakainya kerana berjaya menarik perhatian lelaki bukan mahram. Hal ini boleh menimbulkan fitnah dan juga mendekatkan kepada maksiat. Merujuk kepada Firman Allah Bermaksud:

“... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dariPADA perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya.” (Surah An-Nur : Ayat 31) Soalan:
Apakah had aurat isteri di rumah, khususnya dengan anak-anak dan saudara mara dan ipar duai.

Jawapan:
Dengan Merujuk Kepada Surah an-Nur Ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya.”
                                                             
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita ialah:

1.Suami

2.Bapa,termasuk datuk belah ibu dan bapa

3.Bapa mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami

Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8.Anak saudara dari saudara perempuan

9.Sesama wanita sama ada kaitan keturunan dan  seagama (Islam)

10. Hamba sahaya

11.Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Tiada ulasan: