Rabu, 5 Februari 2014

BELUM APA2...DIAM KAN LEBIH BAIK...APA HEBAT KITA...HINGGA DAPAT MENILAI...DIA BAIK...ORANG NI TAK BAIK...ESOK LUSA DAH MENANG BINCANG ELOK2

Hukum Lelaki Memakai Suasa

by admin
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
1.JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..
Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
“Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.
Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.
Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.
Nota:
  1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
  2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
  3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)
SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”
Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
#Barang-barang kemas daripada emas suasa#
Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. (Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)
Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”
Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.
Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)

4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.
Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang ” مموه” iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
WALLAHUA’LAM

Sumber: http://ustaznaim.blogspot.com/

10 Nasihat Untuk Menjadi Isteri Solehah

by admin

Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin
HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.

Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.
Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.
Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.
Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.
Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.
Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.
INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/

Hanya sokong Anwar tanding, bukan sokong jadi MB

  • Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas tetap tidak bersetuju Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor walaupun menyokong beliau bertanding pada PRK Dun Kajang.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat mendesak agar isu jawatan berkaitan jawatan menteri besar dihentikan segera.

"Pemuda ingin menegaskan bahawa menyokong Datuk Seri Anwar sebagai calon tidak bermakna Pemuda setuju beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

"Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret PR membincanfkan isu menteri besar yang baharu.

"Isu ini perlu dihentikan segera kerana rakyat Malaysia sudah muak dengan polemik yang tidak berkesudahan," katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Suhaizan turut menyatakan kekeasal Pemuda Pas terhadap tindakan pengosongan kerusi Dun Kajang yang dilihat membazir masa dan wang rakyat.

"Pemuda Pas kesal terhadap tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang yang dilaksanakan secara tergesa-gesa. Tindakan ini juga mendedahkan PR kepada risiko kemerosotan sokongan rakyat.

"Tapi kita hormati muafakat PR yang memberi hak mengurus Dun kepada parti yang menang dalam pilihan raya lalu," katanya.

Mengulas perkara sama, Suhaizan turut mendesak mana-mana komponen PR tidak mengulangi kesilapan serupa pada masa akan datang.

Soal Jawab – Rasuk, Wanita, Perubatan Islam

Posted on January 17, 2014 under Islam by

hijab
SOALAN:
aslmkm utz, nk tnye skit…
selalunye perempuan je lah yg jd mangse kerasukan jin, lelaki jarang sy dgr kene rasuk jin.
knp ek…?
lg 1, ape persediaan seseorg utk mempelajari ilmu perubtn islm…?




PANDANGAN:
Wlksm Bxxxxxxxxxx,
Lelaki kena juga, tapi betullah, jarang-jarang. Dalam satu kes di tempat saya, ada seorang budak perempuan kena rasuk, kawannya yang lelaki pergi ke tempat yang ditunjukkan lalu azan. Akhirnya si lelaki yang terketar-ketar kena rasuk.
Selepas dirawat (bukan oleh saya), remaja lelaki ni kata sebaik-baik saja dia azan, ada satu lembaga hitam tanpa kepala melompat ke arahnya lalu mencekik lehernya. Saya yakin selepas itu si jin masuk ke dalam tubuhnya menyebabkan dia kerasukan.
Wanita mudah kerasukan kerana biasanya emosi/ roh wanita lemah sikit berbanding lelaki. Jadi apabila si jin mengacau sikit mana-mana bahagian otaknya/ pemikirannya, dia cepat meracau. Emosi wanita sukar diramal. Kadang-kadang wanita yang lemah-lembut tidak diganggu, sebaliknya yang aktif, yang nampak ala-ala tomboy yang kena dan tak tahan emosinya.
Kemudian wanita ada ‘datang bulan’ ataupun ABC (Allah Beri Cuti). Ketika ini pertahanan diri wanita agak lemah berbanding biasa.
Satu kesilapan kebanayakan wanita, apabila disebut ABC, mereka cuti sungguh-sungguh. Sudahlah amal-amal tertentu tidak boleh dilakukan, amal-amal sunat yang lain pun ditinggalkan terus terutamanya doa-doa dan zikir-zikir yang bukan ayat-ayat al-Quran. Sepatutnya ketika ABC kenalah banyakkan doa dan zikir.
Syaitan selalu masuk ke tubuh kita terutamanya melalui ‘highway’ mereka iaitu salur darah. Satu saat kita tidak mengingati Allah, mereka akan masuk. Sebab itu para ulama sufi selalu mengamalkan zikir khafi berterusan.
Jadi apabila kita betul-betul bercuti ketika ABC, banyaklah syaitan-syaitan yang menggunakan salur darah kita sebagai ‘highway’ mereka. Jika mereka berhenti di mana-mana kawasan rehat dalam tubuh kita, bahagian itu akan sakit ataupun tidak selesa.
Oleh kerana syaitan-syaitan selalu masuk, jalannya semakin melebar dan mereka tahu selok-belok diri kita. Ini memudahkan mana-mana jin yang berkebolehan dan berkepentingan untuk masuk ke dalam badan kita.
Keismpulannya, untuk keselamatan, jangan biasa membiarkan ruang-ruang lompong di tubuh kita untuk dimasuki syaitan-syaitan dan jin-jin terutamanya ketika ABC.
Wallahulam.
Antara persediaan asas untuk mempelajari ilmu perubatan Islam (1) (khususnya yang melibatkan Quran, doa, petua dan alatan) ialah:
1. Ada minat
2. Sanggup belajar
3. Sanggup menghafal ayat dan doa yang penting
4. Sanggup menjadikan ayat dan doa itu wirid harian (baca sekali ataupun dua kali setiap hari sudah memadai)
5. Tajwid tidak berterabur sangat dan makhraj (sebutan huruf-huruf Arab) pun tidak terlalu jauh.
6. Amalan wajib terutamanya solat fardhu beres.
(1) Ilmu kedoktoran moden juga sebenarnya ilmu perubatan Islam juga selagi amalan dan bahannya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Saya lihat macam ada satu ‘trend’ yang mengasingkan antara rawatan menggunakan Quran, doa, petua dan alatn dengan rawatan perubatan moden. Padahal kedua-duanya ilmu perubatan Islam. Kita kena jelaskan hal ini kepada masyarakat.
Sumber: Abu Zulfiqar

Hukum Lelaki Berambut Panjang dan Memakai Topi Ketika Sembahyang

by admin

Soalan:
Assalamualaikum ustaz….Saya mempunyai sedikit kemusykilan tentang pemakaian ketika solat..Terutama pada bahagian atas kepala.saya seorang yang gemar berambut panjang namun ada segelintir yang mengatakan jika rambut panjang maka ia akan jatuh kepada haram.adakah perkara ini benar?Dan satu lagi ustaz,tentang pemakaian topi ketika solat.saya sering memakai topi salji@snowcap yg kelihatan seperti anak tudung bagi wanita.Persoalannya adakah salah jika saya mengenakannya untuk digunakan sebagai pengganti songkok@kopiah memandangkan rambut saya panjang dan khuatir jatuh di bahagian dahi dan menyebabkan solat itu terbatal?Itu sahaja ya Ustaz,harap ustaz sudi menjawab soalan saya ini.


Jawapan:
1. Lelaki ingin menyimpan rambut panjang; tidaklah dilarang agama kerana rambut Nabi -shallallahu ‘alaihi wasallam- sendiri adakalanya beliau membiarkan panjang hingga ke bahu. Dalam Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas yang menceritakan:
“Rambut Rasulullah mencecah dua bahunnya” (Soheh al-Bukhari, kitab al-Libas, bab al-Ja’di, hadis no. 5452).
Walau bagaimanapun, hendaklah dipastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik kerana Nabi bersabda:
“Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar. Lihat; Sunan Abi Daud, kitab al-Libas, bab Fi Lubsi as-Syuhrah, hadis no. 3512).

2. Memakai kopiah tidaklah menjadi syarat sah solat. Harus mengerjakan solat dengan memakai kopiah atau tanpa memakainya. Begitu juga, memakai selain kopiah (topi dan sebagainya) tidaklah membatalkan solat jika ia bersih. Walau bagaimanapun, pakaian kita ketika solat hendaklah menggambarkan kesopanan kita di hadapan Allah. Jika topi yang saudara pakai itu topi yang elok, bersih, kemas dan nampak bersopan, tidak mengapa saudara memakainya ketika solat. Jika tidak, baiklah saudara menanggalnya ketika solat sekalipun saudara solat tanpa memakai apa-apa di atas kepala. Jika saudara tetap memakainya tidaklah akan membatalkan solat, cuma masalah kesopanan sahaja.
Wallahu a’lam.
KHALID IBRAHIM BUKAN SEORANG AHLI POLITIK YANG BUDIMAN.

Ketika di Wan Cina Bistro bersama Wan, Wak, Fadil, Wak Din, Chen dan Napiah, aku dilontar dengan soalan...

"Yob... Khalid Ibrahim ni MB yang hebat atau tidak?".

Sebelom aku jawab soalan komer, ingin aku tegaskan pendirian aku bahawa aku tidak berpaksi kepada mana mana pihak dan pandangan aku adalah bersifat peribadi.

Mereka hanggok seolah bersetuju. Aku senyom sinis

Pada aku, Khalid Ibrahim seorang pakar ekonomi yang hebat. Setiap tahun mencipta rekod baru untok negeri Selangor. Dana negeri meningkat dibawah pentadbiran beliau. Letak di negeri mana pon, Khalid Ibrahim akan menjadi rebotan.

Namun Khalid Ibrahim tidak menunjukkan presti memuaskan dari segi politik. Sehingga saat ini, Khalid tidak mampu mendamaikan 2 puak yang sering bertelagah didalam PKR. Sehingga berlakunya pembubaran DUN Kajang dengan niat menstabilkan politik PKR dan PR diSelangor.

Makanya... Jika aku sebagai seorang ketua, aku akan menempatkan batu batu permata ini ditempat yang paling sesuai.

Jawatan MB Selangor, aku akan serahkan kepada ahli politik yang mampu mendamaikan persengketaan dalaman dan memperkuatkan lagi struktur PR dalam mengekalkan kuasa dinegeri Selangor. Dan Khalid Ibrahim bukan pilihan aku untok jawatan MB.

Khalid akan dilantik sebagai CEO dan/atau Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dalam memantap dan memajukan ekonomi. Inilah kepakaran sebenar Khalid.

Jawatan MB pula? Tiada calon yang ingin aku namakan. Pemain belom dilantik dan belom teruji. Rekod terdahulu adalah kenangan silam. Yang penting 'dihadapan'.

Wallahualam.... A.B.U.
Like · · · 19 minutes ago ·

Akhirnya Saiful Bukhari mengaku tidak diliwat oleh Anwar Ibrahim

Gempar ! Akhirnya Saiful Bukhari mengaku bahawa dia sengaja menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim melalui kes liwat yang gempar beberapa tahun lepas ! Apa buktinya ?
Tajuk bukan main panas. Pengenalan bukan main panas. Inilah manusia zaman sekarang. Sebagai blogger kena ambil sikap positif dengan pendekatan yang mesra pembaca. Jangan suka menipu. Jangan putar belit cerita. Pembaca berhak untuk mengetahui perkara sebenar. 
Jangan memperbodohkan pembaca dengan tajuk yang merangsangkan tetapi hakikatnya cerita yang disampaikan tidak berkualiti atau tidak bersesuaian dengan tajuk cerita. Jangan susahkan orang. Cari makan dengan Blog itu memang boleh. Tetapi halal ke pendapatan blog tersebut ? Anda blogger ? Fikir-fikirkan. Ada sesetengah blog,kena LIKE dulu sebelum baca. Kalau tidak LIKE memang tidak boleh baca. Sebagai blogger yang matang sepatutnya jangan memaksa orang LIKE.


Tiada ulasan: