Najib patut umum batalkan PLKN sebagai langkah berjimat cermat
Posted on Sunday, January 05 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Kerajaan
telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052
pelatih PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos
pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama
setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi.
Lagi berita kes gaduh, rusuhan, melahirkan anak luar nikah, keracunan makanan di PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com
Dua kem PLKN tak patuh syarat ditutup
5 Jan 2014
Kota Kinabalu: Dua
daripada 81 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu Kem Muadzam
Shah di Pahang dan Kem Marang di Terengganu ditutup pada sesi
pengambilan pelatih Kumpulan Pertama Siri 11/2014 yang bermula semalam.
Timbalan
Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata penutupan itu
dilakukan selepas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mendapati
kedua-dua kem gagal memenuhi syarat keselamatan dan keperluan
infrastruktur yang ditetapkan.
bharian.com.my"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: amkns
Posted on Sunday, January 05 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Islam apa yang cuba kita tonjolkan – Mohamed Hanipa Maidin
Posted on Sunday, January 05 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Terlalu
banyak isu agama yang wujud sekarang membuatkan saya bertanya diri saya
" Islam apa yang cuba ditonjolkan di negara ini".
Isu-isu
seperti reaksi melampau kerajaan BN terhadap isu mazhab, isu nama Allah,
isu hasrat Umno ingin meminda Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan
bagi memasukkan mazhab ahlul sunnah wal jamaah sebagai mazhab rasmi
negara ini, isu kenyataan mufti Perak yang mem"bughah"kan himpunan anak
muda yang berhimpun menentang kenaikan barang dan isu serbuan Jais ke
pejabat Bible Society of Malaysia di Damansara Kim membuatkan saya
bertanya Islam apa yang cuba kita tonjolkan pada masyarakat.
Ya,
Islam itu amat indah. Ya Islam itu amat adil. Ya, Islam itu agama yang
Allah menyatakan secara jelas dalam Al Quran bahawa Allah telah
menetapkan DiriNya rahmah (kasih sayang).
Ya, Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Rasul yang Allah nyatakan sebagai " role model" (qudwatun hasanah) untuk kita semua.
Persoalannya adakah semua prinsip tersebut dijelmakan sekarang ini di negara ini?
Melihat
kepada isu isu yang saya nyatakan di atas adakah kita sedang
menonjolkan keindahan dan keadilan Islam. Saya tidak tahu di manakah
keindahan dan keadilan Islam ingin kita kongsi dengan masyarakat bukan
Islam dan mereka yang jauh dari Islam jika berhimpun aman untuk protes
kenaikan harga barang dikira halal darahnya kerana mereka adalah bughah
(penderhaka).
Jika ini wajah Islam yang kita tonjolkan bukankah
ianya wajah yang amat amat menakutkan? Jika wajah Islam sebegini yang
kita tonjolkan adakah salah kita atau salah orang bukan islam jika
mereka tidak tertarik kepada Islam?
Apabila menentang kenaikan
harga barang yang menyusahkan kehidupan rakyat dianggap penderhaka,
adakah Islam yang ingin kita tonjolkan tidak benar sama sekali
membenarkan kebebasan berhimpun dan bersuara hingga melaksanakan hak
tersebut membolehkan negara mengambil nyawa kita?
Jika itulah
pendirian islam kita bukan sahaja akan gagal untuk meyakinkan orang
bukan Islam kepada keindahan Islam malahan kita akan mengundang risiko
wujudnya golongan anak muda Islam yang akan sangsi terhadap Islam itu
sendiri.
Ajaran dan sejarah Islam amat toleran dengan kebebasan
(huriyyah) khususnya kebebasan berhimpun dan bersuara. Sebagai satu
contoh apabila Syaidina Umar r.a ingin campurtangan dalam isu mas kahwin
beliau ditegur oleh seorang rakyat wanita dengan menggunakan hujah
dari Al Quran.
Syaidina Umar r.a mengiktiraf kebebasan bersuara
itu sambil menyatakan " Umar salah, wanita itu betul". Islam meletakkan
bercakap benda yang hak (kalimatul hak) di depan penguasa zalim adalah
jihad yang paling utama (afdhol jihad).
Jika undang undang dan
piagam hak asasi manusia barat menganggap kebebasan bersuara adalah satu
hak, Islam pula menjadikan kebebasan itu satu tanggungjawab khususnya
jika ia melibatkan teguran ke atas benda yang mungkar.
Bagaimanakah
kenaikan harga barang dan kos sara hidup tidak menzalimi rakyat dalam
keadaan wang rakyat disalah guna dan bocor kerana rasuah, pembaziran dan
salah guna kuasa. Bukankah sejarah Islam ,sepertimana yang dinyatakan
dalam buka fiqh al-zakat karangan Dr Yusuf Al Qardhawi, menyaksikan
golongan ulama seperti Imam Nawawi dan Sultan Al Ulama 'Izzuddin ibn
Salam secara berani dan tegas menegur pemerintah bahawa mereka dilarang
memungut cukai dari rakyat dalam keadaan segala kemewahan pemerintah
terlebih dahulu dicairkan dan jika tidak cukup barulah bakinya diambil
dari rakyat.
Bagi saya dalam keadaan lesunya para alim ulama maka
tindakan anak anak muda berhimpun dan menyatakan bantahan tentang
kenaikan kos sara hidup hakikatnya adalah refleksi mereka mengambil ruh
keberanian Imam Nawawi dan Imam 'Izzuddin Ibn Salam menentang pihak
penguasa yang zalim.
Malangnya jika ulama zaman dahulu berani
menegur pihak penguasa, di Malaysia wujud pula ulama yang halalkan darah
anak anak muda yang berhimpun menentang polisi pihak berkuasa.
Di
manakah indahnya Islam jika kita tonjolkan golongan Kristian yang guna
nama Allah perlu didakwa di bawah Akta Hasutan atau ditarik kerakyatan
mereka seperti yang dicadangkan oleh Mufti Perak atau digeledah pejabat
mereka dan digari tangan mereka.
Mengapakah ruh tasamuh
(toleransi) yang Nabi Muhammad s.a.w tonjolkan kepada Suhail Al Amr di
dalam perjanjian Hudaibiyyah tidak dijadikan rujukan dalam isu nama
Allah ini.
Di mana indahnya Islam jika Islam meraikan perbezaan
pendapat dan mazhab kita pula ingin mengekslusifkan mazhab sehingga
ingin dimasukkan mazhab khusus di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jika
kita yang bermazhab Sunni mengkritik Iran kerana meletakkan mazhab
syiah sebagai mazhab utama di Perlembagaan mereka yang bermajoriti syiah
itu, mengapa kita rasa Iran tidak akan gelakkan kita kerana kita juga
ingin jadikan mazhab ahlul sunnah sebagai mazhab rasmi negara.
Allamah
Iqbal menyatakan "al Islam mahjubun bi al muslimin" (Islam terlindung
oleh orang orang Islam sendiri). Itulah yang kita lihat di negara ini
pada masa ini! – Januari 4, 2013.
*Penulis adalah ahli parlimen Sepang yang juga AJK PAS Pusat.
sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Sunday, January 05 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
MESIRKINI: As Sisi belum mati tetapi.....bakal ganti tempat Sharon?
Posted on Sunday, January 05 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Kelibat Pembunuh
kejam rakyat Mesir As Sisi sudah lama tidak kelihatan.Ada sumber
mengatakan beliau sudah mati dan menunggu masa untuk diletupkan mayatnya
bagi mencipta "bukti baru kejahatan" Ikhwanul Muslimin.
Adapun
ada satu lagi versi mengatakan As Sisi sekarang menderita sakit seperti
Pembunuh Rakyat Sabra dan Shatila iaitu Ariel Sharon yang menjadi
Perdana Menteri Israel dari 2001-2006
Sharon kini berusia 85
tahun.Beliau telah mengalami stroke selama 7 tahun yang silam.Kini masih
terlantar dalam keadaan koma di katil Hospital Hadassa Tel Aviv.
Pada
Februari 2006, para doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel
Sharon ke ruang bedah khusus. Ia memiliki luka yang membusuk dan tidak
sadarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk
menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah
menyebar ke bahagian tubuh lain.
Penderitaan Sharon menyamai penderitaan Abrahah dan Abu Lahab.Bermula dengan luka yang membusuk.
Setelah
diserang burung Ababil,Abrahah sempat melarikan diri dalam keadaan
semua tenteranya terbunuh umpama daun-daun yang kering.Abrahah lari ke
Yaman dan meninggal dalam keadaan jantungnya gugur ke bumi.
Abu
Lahab juga mengalami penghinaan yang dahsyat.Selepas terkejut dengan
kekalahan Musyrikin Mekah dalam Ghazwah Badar,Abu Lahab jatuh sakit.
Ditimpa penyakit yang pelik.Satu penyakit yang tidak pernah dialami oleh
orang Mekah ketika itu.
Sejarah membuktikan sesiapa yang kejam terhadap manusia samada Islam atau Kafir sudah pasti kesudahan hidupnya penuh penghinaan.
Kini
adakah As Sisi pula bakal mengambil tempat Sharon ? Bezanya Sharon
membunuh manusia yang tidak sebangsa,senegara dan seugama dengannya
berbanding As Sisi sebaliknya.
MESIRKINI: As Sisi belum mati tetapi.....bakal ganti tempat Sharon? "
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Posted on Sunday, January 05 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Jawapan Harussani Dalam Isu Darah Halal - Bunuhla Aku Wahai Mufti Harussani.
Posted on Sunday, January 05 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh amenoworld
Dalam erti kata lain, Harussani bertegas dengan apa yang dia pernah sebutkan sebelum neh.
Rujuk ==> DISINI
Dan jawapan kepada enggan bertemu dengan rombongan pemuda PAS PERAK.
Rujuk ;
Aku ada masalah jika Harussani benar2 melabelkan darah kami halal.
Darah halal = bermaksud Harussani melabelkan kami layak dibunuh. Ini
kerana secara tidak langsung Harussani melakukan ancaman pembunuhan
secara terbuka terhadap semua peserta2 yang suka berdemo dan berhimpun.
Dalam
perhimpunan TURUN, ada juga orang2 non muslim yang turun berhimpun.
Bahkan ada juga yang berhimpun di lokasi2 lain tanpa mengira bangsa dan
agama.
Rujuk ==> DISINI
Aku tatau kat sini kenapa ek mufti Perak ;
1. Perlu sibuk calculate bilangan yang turun tue lebih ramai muslim atau lebih ramai non muslim.
2. Perlu sibuk fikir kenapa nak sedarkan orang muslim agar jangan turun berhimpun.
3. Perlu sibuk kata mereka2 yang turun berhimpun itu kerana dihasut oleh orang2 kafir.
4. Perlu sibuk anggap asalkan yang turun berhimpun tue maksudnya mereka diperbodohkan.
Aku
nak tanya. Adakah geng2 TURUN, SAMM, JINGGA 13 dan SMM ialah diketuai
oleh mereka2 yang kafir seperti yang dilabelkan oleh Harussani?
Sepanjang
yang aku nampak, semua yang mobilise TURUN neh majoritinya orang2
muslim sendiri. Mereka turun bukan sebab di dorong oleh non muslim
ataupun kafir ikut label Harussani sebaliknya turun disebabkan tersepit
dengan kos sara hidup yang tinggi.
Kita kalau nak serang orang
kena serang berdasarkan benda yang betul. Harussani sekarang nak serang
peserta2 perhimpunan. Tapi sambil dia serang sambil dia gunakan hujah2
yang tak wujud. Siapa pula TURUN berhimpun disebabkan dihasut oleh
orang2 kafir? Ini benda tak betul. Ko mufti. Tapi ko sebut benda tak
betul. Ko nak tuduh orang buat salah tapi ko campakkan fitnah ke atas
orang tue supaya dia perlihatkan salah oleh masyarakat. Ini cara yang
salah. Bahkan double salah sebab ko orang yang sepatutnya arif bab hukum
hakam agama. Dan yang lebih power ko pegang pangkat as mufti bagi
sebuah negeri. Pangkat ko tinggi. Tapi tengok cara ko berhujah, adakah
kena dengan pangkat yang ko miliki?
Ia juga salah bila ko cakap
orang2 yang turun berhimpun itu diperbodohkan. Sama seperti salahnya
bila ko sibuk calculate yang turun tue lebih ramai muslim atau non
muslim. Kenapa ko tak calculate yang lebih ramai tonton konsert2
sambutan tahun baru lebih ramai muslim atau non muslim? Kenapa tak
calculate siapa yang lebih banyak buang anak selepas berzina? Kenapa tak
calculate bangsa dan agama apa yang lebih ramai menghuni penjara?
Kenapa tak calculate bangsa apa yang paling terjejas kedudukan kewangan
mereka selepas dihimpit dengan pelbagai kenaikan di negara neh? Kenapa
tak calculate bangsa apa yang paling ramai tak mampu beli rumah sendiri?
Kenapa tak calculate bangsa apa yang paling banyak ditipu oleh pemimpin
sendiri? Kenapa tak calculate benda2 yang lebih penting untuk
difikirkan daripada calculate siapa yang lebih ramai turun berdemo?
Katakanla memang lebih ramai muslim yang turun berdemo, so?
Kenapa nak anggap ia satu perkara yang negatif?
Muslim
turun berdemo = terjejas dengan kenaikan kos sara hidup = lakukan
protes supaya kerajaan take note = dan apa yang korang semua neh nampak
hanyala heyyyyy apasal orang2 islam lebih ramai turun berdemo dari
orang2 bukan islam hah?
Sepatutnya korang semua focuskan kepada
isu utama. Kenapa mereka turun berdemo. Kenapa, kenapa, kenapa, kenapa,
kenapa, kenapa. Jadi macam mana kita boleh tolong dorang. Macam mana
kita boleh bantu dorang. Macam mana dengan agensi2 kerajaan yang sedia
ada boleh berkhidmat kepada mereka untuk selesaikan masalah rakyat. Itu
yang patut kita semua focuskan. Bukan sibuk cakap darah aku halal, darah
dia halal, darah pendemo halal hah marila kita semua saling bunuh
berbunuhan. Lai2. Dapat pahala bunuh aku. Aku masuk neraka la lepas neh.
Mamposla aku.
Macam tue ka?
Sebagai mufti, kesedaran ko
ialah nasihatkan kerajaan supaya lebih peka. Instead of serang mereka2
yang turun berhimpun baik ko cakap kat pemimpin2 negara, apa kata kita
lakukan sesuatu sampai satu tahap rakyat takde sebab pun untuk turun
berdemo.
Dalam erti kata lain, mari kita selesaikan masalah
rakyat. Jangan kita tambahkan fitnah merepek2 atas pergerakkan mereka
kerana fitnah tak selesaikan masalah, kita hanya tambah masalah yang
baru.
Bukan suruh ko letak jawatan, bukan suruh ko sokong
pembangkang pun, jauh sekali suruh ko turun berhimpun. Cuma minta ko
pandang masalah yang wujud dengan pandangan yang betul, penilaian yang
adil.
Kalau ini pun sebagai mufti ko tak boleh buat, ko jangan
pelik kenapa masyarakat tak boleh respect ko. Jika ko bertegas
mengatakan darah pendemo itu halal, maka aku dedikasikan nyawa aku untuk
ko. Sebagai orang yang bertanggungjawab membuat hukum, adalah lebih
baik ko sendiri yang rasmikan pembunuhan terhadap mereka2 yang suka
turun berdemo. Datang pada aku dan bunuh la aku wahai Mufti Harussani.
Aku serahkan nyawa aku di tangan ko. Silakan.
Oke bai.
amenoworld
Dah tak ada ke Jabatan Kerajaan, GLC boleh ambil OKU pintar ni bekerja?
Posted on Sunday, January 05 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"25 kali gagal temu duga
5
Jan 2014 Kuala Lumpur: "Sejak kecil saya cuba buktikan kecacatan saya
bukan penghalang untuk berjaya. Begitupun, lain pula jadinya bila saya
mahu cari kerja.
"Kebanyakan majikan yang menemuduga saya hanya
melihat kecacatan dan bukan kemampuan saya," kata Kamairu Azman Daud,
26, pelajar kelainan upaya (OKU) bijak yang masih gagal mendapatkan
pekerjaan meskipun menamatkan pengajian dengan cemerlang tahun lalu.
Dilahirkan
cacat tangan kiri dan kudung kaki kiri, pelajar jurusan Ijazah
Teknologi Sains Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam
itu mendapatkan purata nilai gred (GPA) 4.00 untuk semester akhir iaitu
praktikal dan tesis, sekali gus menamatkan pengajian dengan purata nilai
gred terkumpul (CGPA) 3.57.
Sepanjang tempoh pengajian, anak
kelahiran Kelantan ini juga menerima tiga Anugerah Dekan berikutan
kecemerlangannya dalam akademik walaupun terpaksa berulang-alik ke
kuliah menggunakan kaki palsu.
Menurut Kamalru, cita-cita untuk
berjaya dalam bidang pelajaran kini tercapai, namun impian untuk
berkerja seperti individu normal tetap terhalang kerana diskriminasi
terhadap individu sepertinya.
hmetro.com.my"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: amkns
Posted on Sunday, January 05 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Walau diserang, Mufti Perak pertahan kenyataan bughah dan halal darah
Posted on Sunday, January 05 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Berhadapan
serangan daripada pelbagai pihak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar)
terus mempertahankan kenyataannya menggelar peserta perhimpunan pada
malam sambutan ambang 2014 di Dataran Merdeka sebagai golongan bughah
(penderhaka) yang halal darah mereka kerana kononnya ia sesuai dengan
apa yang terkandung dalam ajaran Al Quran.
Mufti Perak itu
berkata, kenyataan asal beliau adalah berdasarkan demonstrasi yang
berhasrat untuk menggulingkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang
semakin meningkat tetapi nama “guling kerajaan” telah ditukar kerana
tidak mendapat sokongan ramai dan diganti dengan Gerakan Turun Kos Sara
Hidup (Turun).
“Bughah atau darah halal disebut dalam konteks
membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan
kerajaan. Mereka kata mereka benar tetapi cara mereka salah. Lihat
sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti
parang dan juga bom buatan sendiri.
“Saya kaitkan dengan firman
Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud: Dan jika dua puak
daripada orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara
keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka
lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah
Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan
adil (menurut hukum Allah),” katanya seperti dilapor akhbar Sinar
Harian hari ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Dr Khairudin
Aman Razali berkata pada Khamis, kenyataan Harussani itu sangat jahil
mengkategorikan peserta perhimpunan sebagai pemberontak malah lebih
malang dan merbahaya apabila darah peserta pula diisytiharkan sebagai
halal.
Katanya, kenyataan Harussani itu amat mendukacitakan
kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah
dalam Islam serta boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan
tergugatnya keharmonian antara rakyat.
Turut tidak bersetuju
dengan Harussani adalah bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal
Abidin yang berkata, hanya mereka yang menentang kerajaan dengan
bersenjata dan memiliki kekuatan sahaja yang dikira bughah.
Harussani
berkata kenyataan yang dikeluarkannya bukanlah didalangi oleh pihak
tertentu atau faktor kewangan tetapi berlandaskan nas Al Quran.
“Walaupun
diletakkan duit di depan saya dengan nilai setinggi RM10 bilion pun,
saya tidak akan sesekali bercakap bukan daripada landasan Islam. Apa
yang saya kata berdasarkan firman Allah. Bukan saya reka, jauh sekali
mencari publisiti.
“Kita nak buat kerja agama kena jujur, jangan
tukar kenyataan. Nak kata apa, katalah. Banyak yang mengata, banyak juga
yang menyokong saya. Kenyataan asal saya disalah ertikan beberapa pihak
hingga terjadi macam ni,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Agama
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zin berpendapat pandangan
yang dikeluarkan oleh Harussani berhubung peserta perhimpunan pada 31
Disember lalu tidak dihuraikan dengan baik sehingga mendatangkan
pelbagai andaian.
Katanya, Harussani membuat kenyataan tersebut
setelah membuat pertimbangan terhadap beberapa aspek dan perlu dianggap
sebagai peringatan supaya tidak terlalu ghairah mencari perubahan yang
mana akhirnya hanya akan mengundang mudarat.
“Kita perlu sedar,
apabila bercakap tentang hukum yang bukan qat'ie (pasti) maka ia
bersifat ijtihadi yang mengambil kira fakta, masa, tempat, keadaan dan
kesannya. Inilah pertimbangan yang telah dibuat oleh beliau (Harussani)
mengenai himpunan guling kerajaan yang dianjurkan beberapa hari lalu.
"Namun
kenyataannya mengundang pelbagai tanggapan kerana sebahagian daripada
artikel yang dikeluarkan tidak menghuraikan dengan jelas dan telus,”
katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Zamihan yang juga presiden
Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) berkata kenyataan Harussani
mengenai golongan bughah disokong dan meminta tindakan tegas diambil
terhadap individu terlibat mengancam keselamatan negara.
“Kita
perlu bersangka baik dengan beliau yang merupakan seorang ulama dan juga
mufti pro aktif Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukannya pengampu politik
sebagaimana yang dikatakan sesetengah pihak.
“Apa yang beliau katakan itu hanya satu nasihat agama untuk panduan umat Islam yang lain,” katanya.
sumber
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Sunday, January 05 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 5 Januari 2014
SEJAHAT MANANYA KITA....SEZALIM MANA KITA...SEDEGIL MANA KITA....SEMUNAFIK MANA KITA...SETUA MANANYA KITA....AKHIRNYA MATI JUGAK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan