Ahad, 5 Januari 2014

HARGA TAK NAK TURUN...JASAD TETAP TURUN MASUK DALAM TANAH..... TU JAM TAHU LAH NASIB MASING2....ATAS DUNIA BERLAGAK SAKAN

Gerakan TURUN – kejayaan rakyat menghormati Perlembagaan
Posted on Sunday, January 05 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Akhbar Utusan nampaknya berturut-turut melakukan perang saraf (sebelum dan selepas perhimpunan TURUN) bertujuan membuli hasrat rakyat berhimpun bagi membantah kenaikan kos sara hidup. Muka depannya, pada 29 Disember dengan jelas memuatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang menuding jari kepada empat NGO, perancang perhimpunan.

Hari berikutnya, Amar Singh ditampil lagi (di muka depan) mempertahankan kenyataannya itu berasaskan, kononnya polis ada bukti kukuh atas dakwaan penglibatan empat NGO yang didakwa cuba mengguling kerajaan. Sementara hari berikutnya lagi (31 Disember, juga di muka depan) disiarkan kenyataan seorang menteri, kononnya ‘guling kerajaan tindakan subversif.’

Tidak padan dengan itu, dimomokkan lagi pihak peserta TURUN dinegatifkan sebagai ‘mencemarkan sambutan malam awal tahun 2014’ (pada 1 Januari 2014). Diikuti pula tajuk utama akhbar milik Umno itu sebagai “Perhimpunan haram gagal” dan menganggap peserta perhimpunan sebagai ‘perusuh’ dan didakwa ‘perusuh tawan pentas Dataran Merdeka.’

Sehubungan itu, tulisan ini berminat untuk menumpukan kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur itu, yang mengaitkan empat NGO sebagai terlibat secara langsung (baca: menganjur) bagi perhimpunan yang disifatkan haram itu. NGO tersebut ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Keempat-empatnya telah bersetuju bersama-sama ‘mengajak’ rakyat untuk hadir bersama-sama berhimpun pada malam 31 Disember bertempat di Dataran Merdeka. Menariknya, kenyataan polis itu mendapat reaksi daripada NGO terbabit. Malah pihak NGO itu mengambil langkah lebih praktis dengan bersetuju menubuhkan gabungan “Gerakan3112-TURUN” dan mendapat sokongan lagi daripada beberapa NGO lain seperti kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa.

Justeru tuduhan pihak polis itu adalah suatu propaganda jahat yang jelas cuba membantai moral golongan rakyat yang sedia mendukung hak kebebasan berhimpun sebagaimana dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Paling kecewa, pihak polis cuba untuk mengelirukan kefahaman rakyat kepada bukti-bukti yang dicipta bertujuan menakutkan rakyat. Maka dalam hal ini, polis dilihat cuba memanipulasi hak dan kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan negara (baca: Perlembagaan Persekutuan).

Oleh kerana itu, syabas diucapkan kepada kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat serta aktivis NGO kerana tegas pendirian dalam memahami dan memenuhi realiti––membela rakyat sedang dihimpit oleh kenaikan kos sara hidup akibat amalan pentadbiran Barisan Nasional yang banyak mendera rakyat. Sesungguhnya pendirian (membela) kehidupan rakyat ini adalah selari dengan hak dan kebebasan menurut perlembagaan negara

Mendukung perlembagaan

Sehubungan itu, penulis mengajak untuk menelusuri asas-asas kefahaman perlembagaan negara, terutama berkaitan dengan Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan hak di sisi rakyat menikmati “kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.” Maksudnya, rakyat diajak mendukung prinsip kebebasan ini tanpa ragu, malah dengan penuh sedar bagi menuntut sebarang hak dalam sebuah negara demokrasi.

Sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 10 fasal (1), semua lapisan rakyat diajak mendukung perlembagaan negara. Namun maksud mendukung itu hendaklah tertakluk kepada fasal-fasal berikutnya dalam Perkara 10 ini, iaitu fasal (2), fasal (3) dan fasal (4)––perenggan (a), tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; perenggan (b), semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; dan perenggan (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Selanjutnya, menurut Perkara 10 fasal (2) menjelaskan Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) dalam fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan; ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) dalam fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam; ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) dalam fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Akta Perhimpunan Aman

Berdasarkan maksud fasal-fasal yang menyekat ini––Perkara 10, fasal (2), fasal (3) dan fasal (4), kerajaan Barisan Nasional mewujudkan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) yang memberi kuasa kepada kerajaan, termasuk polis mengenakan beberapa sekatan atas kebebasan (hak) di sisi rakyat.

Aspek sekatan itu kononnya selari dengan Perkara 10, misalnya dalam fasal (3) menyatakan sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) dalam fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan. Demikian pula, Perkara 10 fasal (4) menyatakan, pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah fasal (2) perenggan (a), iaitu Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Bagi memahami sekatan-sekatan menurut fasal (4) ini, sekatan dan hak serta kebebasan yang termasuk adalah berkaitan dengan kewarganegaraan (maksud Bahagian III), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152) dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain (Perkara 153).

Hak menjaga kedaulatan

Dalam pada itu, rakyat yang dijamin hak dan kebebasan––di sebalik adanya sekatan-sekatan menurut Perkara 10 fasal (2), fasal (3) dan (fasal (4)––juga bertanggungjawab untuk untuk menjaga kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas (Perkara 181).

Justeru di sebalik nilai hak dan kebebasan serta sekatan-sekatan yang ada, timbang taranya adalah semua rakyat hendaklah menghormati pemerintah. Simbol pemerintah adalah institusi raja-raja bukannya pemimpin eksekutif yang dipilih melalui pilihan raya. Oleh kerana itu, rakyat tidak seharusnya disekat-sekat ruang berhimpun bagi menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap keputusan pemimpin eksekutif berhubung isu-isu kehidupan seharian mereka, termasuk isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Maka tidaklah salah untuk rakyat berhimpun, sebaliknya amatlah salah apabila melabelkan perhimpunan Gerakan TURUN itu sebagai berhimpun mengguling kerajaan. Maka perhimpunan itu boleh disifatkan sebagai kejayaan rakyat menghormati kedaulatan pemerintah, sekaligus menghormati perlembagaan negara dan bersama-sama menghormati hak (baca: kedaulatan) rakyatnya.

Oleh:

Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
wanibrah
Posted on Sunday, January 05 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 RELA pun macam pengawal keselamatan, ada yang jadi perompak
Posted on Sunday, January 05 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Hari tu ada syarikat kawalan keselamatan diarah henti operasi kerana ambil warga asing sebagai pengawal keselamatan. Lepas ni kena arah bubarkan saja RELA ni kerana dah banyak kes anggota RELA jadi perompak, pemeras ugut dsbnya.

DUA ANGGOTA RELA SASPEK CUBA PECAH MASUK RUMAH TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
5 Jan 2014

KUCHING – Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) merupakan antara tiga suspek yang ditahan polis petang semalam berhubung kes cubaan memecah masuk rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama berusia 34 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua memiliki dua rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek ini juga merupakan anggota Rela yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kediaman tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo Ahad! di sini semalam.

ANGGOTA RELA DIDAKWA MEROMPAK WARGA ASING
22 Okt 2013

SEREMBAN - Seorang anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan dua adik iparnya didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban dekat sini hari ini atas dua tuduhan merompak dua lelaki warga asing di sebuah rumah kongsi, minggu lalu. Md. Lisam Md. Razali, 34, bersama Emir Yusran Abdul Jabar, 22, dan adiknya, Muhamad Lut Bosni, 21, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka yang bersenjatakan kayu besbol, cota besi dan sepasang gari didakwa merompak wang tunai RM1,000 daripada seorang lelaki warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Tutik. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah kongsi di sebuah ladang di Batu 4, Jalan Labu, Nilai dekat sini kira-kira pukul 11 malam, 14 Oktober lalu.

http://www.kosmo.com.my

http://www.utusan.com.my"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Sunday, January 05 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Laksana Rekonsiliasi Nasional segera hadapi kemelut negara, cadang pemimpin PAS
Posted on Sunday, January 05 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Bantahan terhadap penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab oleh Persatuan Islam Klang di Padang Sultan Sulaiman Klang. Gambar The Malaysian Insider oleh  Afif Abd Halim, 5 Januari, 2014.

Bantahan terhadap penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab oleh Persatuan Islam Klang di Padang Sultan Sulaiman Klang.

Pemimpin PAS menyarankan Rekonsiliasi Nasional dilakukan segera antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR) serta lain-lain pihak dalam menghadapi kemelut yang sedang melanda negara.

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, masanya sudah tiba untuk melaksanakan saranan itu tetapi bukannya kerajaan perpaduan.

"Dengan kos sara hidup yang meningkat dan pertentangan antara agama yang meletus kembali, agenda Rekonsiliasi Nasional mesti diperhalusi bukan Kerajaan Perpaduan – bagi menangani kemelut dan pelbagai pertentangan yang semakin kusut termasuk kesejahteraan rakyat," cadang AJK PAS Pusat itu.

Cadangan Rekonsiliasi Nasional dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja menang dengan majoriti mudah dan hilang undi popular dalam pilihan raya ke-13 lalu.

Namun ia tidak pernah dilaksanakan dan senyap begitu sahaja selepas itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mencadangkan agenda ini untuk kepentingan negara.

Kata Dr Dzulkefly, berdepan dengan dua cabaran besar ini menuntut satu penyelesaian yang tegas, tuntas, berwibawa dan dihormati semua pihak.

Bagi beliau, impak kos sara hidup ke atas rakyat akibat langkah-langkah menangani hutang kerajaan pusat bukan sesuatu yang mudah ditangani.

"Himpitan kepada keluarga dan anak-anak, mencari pendapatan tambahan, ibu bapa terpaksa membuat kerja tambahan, kenaikan kadar jenayah, kemalangan dan sebagainya perlu ditangani bersama.

"Begitu juga garis dan suhu pertentangan antara agama dan pertikaian bidang kuasa undang-undang yang semakin meruncing," kata beliau.

Isu kalimah Allah dan serangan Jais ke atas premis gereja-geraja bakal menghilangkan ketenteraman dan keharmoniaan.

"Sukar untuk mengawal emosi dengan risiko besar pergaduhan dan rusuhan ketika emosi ketaksuban agama dibakar dengan api perseteruan dinyalakan," katanya bimbang.

Bagi beliau, golongan ekstremis dan pelampau agama akan mengambil kesempatan.

"Semua nak jadi hero pertahankan agama kononnya yang akan hilangkan kewajaran, toleransi dan hormat menghormati," katanya.

Dengan kepercayaan akan diganti dengan syak dan perseteruan, beliau berpendapatan negara mesti mengembalikan Islam sebagai rahmat untuk semua dengan menaungi semua dan memberikan keselamatan serta keadilan kepada semua.

"Inilah gesaan Presiden PAS," kata beliau lagi.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, January 05 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Kisah Along Yang Pelik (Autisme)
Posted on Sunday, January 05 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"“Ngapa, along perangai pelik macam tu. Malulah,abah. Dahlah asyik senyum tersengih. Lepas tu dia tutup mata dengan tangan, lalu depan orang. Malulah kawan-kawan kat sekolah tengok!”

Begitulah luahan Faruq kepada bapanya mengenai perlakuan abangnya yang berumur 12 tahun. Tua setahun daripada dia. Berbanding dengan Danial yang ketinggalan dalam pelajaran, kurang berkawan dan sentiasa bersendirian, Faruq pula begitu menyerlah dalam pelajaran, disukai guru dan kawan-kawan.

Perlakuan abangnya, Danial dianggap telah memalukan dirinya.

“Mengapa abang kau tu, Faruq. Pelik semacam je”



1. Sejurus kita berikrar dengan kalimah asy Syahadatain iaitu pengakuan bahawa Tiada Tuhan yang Layak disembah selain Allah dan Muhammad adalah Utusan Allah, maka terpikul dipundak kita dua tanggungjawab utama:

a} memahami Islam dan membina keutuhan aqidah berdasarkan ilmu Islam yang benar agar terhindar dari ancaman syirik dan gejala riddah.

b} mempertahankan kesucian Islam dan memperjuangkannya agar ia diterima dan dilaksanakan dalam diri dan masyarakat kita.

2. Islam adalah satu cara hidup ummat manusia yang sempurna. Ianya diutus dan dimuktamadkan oleh tuhan yang mencipta manusia. Tidak terhad kepada satu kaum sebaliknya seluruh ummat manusia berhak memahami dan menganutnya. Ia rahmat kepada semua tanpa mengira kaum, bangsa dan juga sempadan geografi malah tetap sesuai dan menepati semua zaman. Tidak lapuk dek zaman dan tidak luput dek ancaman.

3. Berjuang menegakkan Islam adalah tanggungjawab dan amanah setiap individu yang mengaku beriman kepada Allah swt. Namun perlu ditegaskan bahawa perjuangan Islam bukan hanya menyerang tetapi mesti banyak menerang dan menjelaskan keindahan Islam serta keadilannya. Bawa Islam ini dengan cermat dan teliti. Tampil dengan imej berhemah dan peribadi terpuji. Elakkan diri dari kaedah maki hamun meskipun terhadap pihak lawan dalam setiap pendekatan kita samaada dialog, kuliah, ceramah dan juga demonstrasi.

4. Hayati Firman Allah swt:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Ali Imran. Ayat 159)

5. Perjuangan kita adalah untuk memenangi hati ummah agar mereka jatuh hati pada islam agama suci yang kita dokong ini. Kita bukan datang ke tengah masyarakat untuk memenggal leher siapa yang tidak menerima Islam. Usahkan membunuh bahkan mencederakan jasad dan perasaan mereka pun jangan, selama mana mereka tidak memusuhi dan menyerang Islam. Kita datang untuk memaut keyakinan mereka kepada perjuangan yang kita dokong dengan hujjah benar dan solusi pintar yang dibawa.

نحن دعاة و لا قضاة

Kita pendakwah bukan penghukum.

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.
KUALA LUMPUR: Minggu pertama 2014 mula dengan bergaya dengan usaha menyiarkan laporan langsung himpunan Turun pada ambang Tahun Baru 2014 menjadi artikel paling diminati pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily.
Artikel tersebut mengalahkan artikel Najib makin lemah, Muhyiddin mula mengorak langkah dan Runtuhnya Kaabah di akhir zamanyang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Berikut ialah 10 Berita PANAS Harakahdaily bagi 28.12.2013 sehingga 4.1.2013:

1 Laporan langsung Himpunan Turun

2 Najib makin lemah, Muhyiddin mula mengorak langkah

3 Runtuhnya Kaabah di akhir zaman

4 Kehilangan Jeneral al-Sisi terus jadi misteri

5 SPRM kata tiada kuasa dakwa anak Rosmah

6 Fizo Omar terharu dengan kehadiran TG Nik Aziz

7 Najib & Rosmah di Los Angeles dan Sydney di ambang 2014?

8 RM15 juta DBKL sambut 2014, gila dan menghina - Wardina

9 Komen Dr Asri terhadap kenyataan Harussani

10 Tahniah rakyat, Himpunan Turun malam tadi berjaya
“Tadi, abangkau menjerit-jerit di dalam kelas, sebab diusik oleh kawannya”

“Hari itu dia menangis, sebab dikacau lagi kawannya”

Bermacam-macam lagi. Ada yang keterlaluan dan menghiris perasaan. Tidak tergamak untuk dinukilkan.

Abah terdiam seketika. Ini bukan kali pertama. Sebelum ini pernah dia menjelaskan. Mungkin perkara ini perlu selalu diperkatakan sebagai motivasi dan kefahaman berterusan. Faruq pun masih budak-budak dan perlukan sokongan. Abah berkata;

“Siapa yang jadikan Danial? Allah, kan”

“Adakah Danial meminta ia dilahirkan begitu. Tidak, bukan. Itu kehendak Allah. Allah menjadikan Danial dengan kekurangan, dengan tujuan apa?

Sebagai ujian bagi dia, dan bagi kita, ahli keluarganya dan bagi sesiapa juga yang berurusan dengan dia. Bagaimana kita menghadapinya?Secara yang Allah redai atau murkai?

Abah dah kata dulu. Apa matlamat akhir kita? Ya, ke syurga.

Faruq rasa bahagia, Allah bagi Faruq kepandaian. Semua orang suka orang yang pandai. Semua orang rasa orang pandai lebih mudah berjaya di dunia. Boleh kerja baik dapat duit banyak, kan.

Faruq, bila kita pandai, ilmu kita banyak. Ujian dan tahap ujian kita tentu lebih tinggi. Hisab kita tentu lebih payah. Tanggungjawab yang dibebankan ke atas kita tentu lebih banyak dan berat. Allah pasti mengkehendaki kita berbuat jauh lebih baik dari orang yang kurang bernasib baik.

Insan yang kekurangan, cacat, daif atau miskin pasti dinilai pada kedudukan yang berbeza daripada kita. Danial ada kelemahan pada fikiran. Dia tidak mampu memproses maklumat sebaik kita. Dia sukar memahami dan sukar berkomunikasi.

Pada pandangan manusia, dia anak yang lemah, tidak bijak. Tidak pandai menilai, tidak pandai membuat keputusan. Tidak seronok berkawan dengannya. Tidak ramai yang suka. Mungkin nanti sukar dapat kerja yang baik, tidak dapat banyak wang.

Tapi di sisi Allah, dia anak yang ‘innocent’, suci, dari sudut dia tidak mudah berdosa. Dia tidak pandai berbohong, bercakap lurus. Dia tidak tahu menipu. Daya fikir, nilai dan keputusannya lemah. Hisabnya pasti mudah. Lebih lemah fikiran dia, lebih suci dia di sisi Allah.

Hidup menyendiri kurang berkomunikasi, kuranglah dosa umpat, fitnah dan mengeji. Dia juga akan sering dipermainkan manusia, diketawa dan dibuat gurau-senda, menjadikan begitu ramai orang berhutang, berdosa dengannya.

Adakah kedudukan Faruq lebih baik disisi Allah berbanding dengan Danial..? Adakah Faruq akan mendapat kedudukan yang lebih baik daripada Danial di akhirat nanti? Tidak kita ketahui lagi, kan.

Bagi keluarganya, seperti kita. Abah dan Faruq, adiknya. Allah menguji kita. Setakat mana kita dapat membantu Danial bagi kehidupan dunia dan agamanya. Faruq. Kebijaksanaan Faruq, beri banyak kelebihan. Jadi Allah mengkehendaki Faruq berbuat sesuatu yang jauh lebih baik daripada Danial. Allah mahu Faruq gunakan kebijaksanaan Faruq termasuk untuk membantu Danial.

Kita mesti reda dengan apa yang Allah dah tentukan bagi diri Danial. Jangan kita pertikaikan. Jangan kita persoalkan lagi. Jangan berkata.. kalaulah! Mengapalah! .. Jangan mengeluh. Kita mesti bersabar.

Lebih hebat lagi kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan terima. Kita hadapi dengan sabar dan kita berusaha sebaiknya untuk membantu Danial. Biarlah dia berjaya di dunia dan diakhirat.

Segala susah payah yang kita lalui dengan kesabaran dan rasa kesyukuran adalah bukti kejayaan kita melepasi ujian yang Allah telah tetapkan.

Faruq, ketahuilah anakku.

Ketika itu Danial adalah satu jalan yang Allah sediakan untuk kita ke Syurga-Nya.

Kisah di atas adalah sedutan sebahagian daripada isikandung buku Aku bersyukur anakku autisme 2013.

(* Siapa berminat untuk mendapatkan buku saya “Aku bersyukur anakku autisme 2013 (Telaga Biru), Baitullah aku datang, (Karangkraf) dan Syurga lebih hampir tanpa Riba (Galeri Ilmu), Sila dapatkan dipasaran atau layari blog saya untuk pembelian atau sms 019-7272817)

hisham-ahmad.blogspot.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
hishamahmad
Posted on Sunday, January 05 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 

 

 

 

 

Tiada ulasan: