Posted on Sunday, January 05 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Preve di Lebuhraya Pantai Timur hingga menyebabkan enjinnya tercampak keluar. Apapun pemandu (berbaju oren) tidak mengalami sebarang kecederaan. Hebat ciri keselamatan kereta ini. Tahniah Proton!
- Sumber dari rakan WhatsApp Oh! Media dan PREVEC. Jadi sebahagian dari penyampai maklumat di Oh! Media dengan berkongsi ke WhatsApp 012 923 1562. ~ oh! Media
BERITA PENUH DIBAWAH :
Pantang maut sebelum ajal
sinar
Keadaan kereta mangsa remuk teruk setelah terbabas di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu(Ajil-Telemong), pagi semalam.
KUALA BERANG - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang wanita selepas terselamat walaupun kereta dipandunya terbabas dan terbalik beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu (Ajil-Telemong), pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Afill Amalina Llailie Lokhman, 25, dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju ke arah Ajil dan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Preve dipandunya secara tiba-tiba terbabas ketika di lokasi kejadian.
Menurut sumber, mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang memulakan perjalanan dari Serdang kira-kira jam 4 pagi menuju ke Bukit Payung, Besut bagi pulang bercuti ke kampungnya.
“Kereta dipandu mangsa tanpa penumpang dipercayai terbabas ke kiri dan kanan jalan sehingga merempuh pengadang jalan, selain turut terbalik beberapa kali. Keadaan itu turut menyebabkan enjin kereta tersebut tercabut.
“Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian mata sebelah kiri serta jari. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi had laju ditetapkan.-kedahkini
Asri: Jika tak boleh dikritik usah jadi kerajaan
Posted on Sunday, January 05 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"SHAH ALAM - Kerajaan yang sering berprasangka buruk apabila rakyat mengkritik pemerintah yang melakukan kesalahan tidak harus menjadi kerajaan, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Mohd Asri berkata, rakyat menggunakan kuasa untuk mengkritik kerajaan untuk memberi kesedaran kepada pemerintah yang melakukan kesalahan.
Menurutnya, kritikan yang dilontarkan rakyat juga bukan bermaksud mereka memihak kepada mana-mana parti politik terutamanya pembangkang.
"Tidak semestinya kritikan itu kerana mereka menjadi agen pembangkang ataupun ingin menumbangkan kerajaan dengan senjata seperti yang diandaikan oleh mereka yang naif.
"Rakyat mengkritik kerajaan kerana memang hak mereka memuhasabah kerajaan yang memerintah negara mereka dan mengambil cukai serta mengenakan kuasa ke atas mereka, tiada kerajaan tanpa rakyat.
"Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka," katanya yang dipetik dalam akaun Facebooknya, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Asri yang juga pendakwah bebas itu berkata sikap prasangka yang diamalkan oleh kerajaan akan menimbulkan permusushan di antara rakyat dan pemerintah.
"Jika kerajaan sentiasa berprasangka buruk kepada rakyat yang mengkritik maka kerajaan itu akan menjadi musuh rakyat yang berakal.
“Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka," katanya lagi.
sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Sunday, January 05 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey RM4.9 juta?
Posted on Sunday, January 05 @ 21:08:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
LONDON - UNITED KINGDOM. Penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carey dilaporkan dibayar sekitar RM4.9 juta bagi meraikan majlis sambutan hari jadi anak Sultan Brunei, Putera Azim pada malam tahun baru, Jumaat lalu.
Memetik laporan Daily Mail, Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester.
Dalam pada itu, wakil Carey berkata, penyanyi itu telah mempersembahkan nyanyiannya kepada Putera Azim, namun tidak mengesahkan berapa bayaran yang diterima penyanyi berkenaan.
"Ini adalah parti 'private' jadi kami tidak membincangkan yurannya. Carey telah lama kenal dengan Putera Azim sejak beberapa tahun lalu.
"Mereka adalah kawan dan banyak melakukan kerja amal bersama," katanya dipetik Daily Mail.
Sinar Harian | 5 Jan 2014
Perlukah Hard Rock di Putrajaya? Posted on Sunday, January 05 @ 21:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo |
"PUSAT Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan mempunyai satu lagi tarikan, terutama untuk anak-anak muda iaitu pembukaan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya.
Pengumuman mengenai pembukaan Hard Rock Cafe itu diumumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat yang turut memberitahu, ia akan siap dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan daripada sekarang.
Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.
Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua.
Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.
Malah Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.
Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.
Jadi, apa perlunya ada Hard Rock di Putrajaya lagi? Tidak cukupkah tarikan sedia ada untuk Putrajaya sehingga Aseh seperti pendek akal merestui kewujudan Hard Rock itu?
Walaupun Hard Rock hanyalah sebuah restoran tetapi ia hukan restoran biasa, ia juga menyajikan hiburan rock dan muzik keras, persembahan artis yang terkinja-kinja dan minuman keras.
Sebagaimana empat buah restoran tersebut yang sudah dibuka di negara ini, itulah eleman wajibnya.
Tanpa hiburan, muzik tanpa batas, pergaulan bebas dan minuman keras, bukanlah Hard Rock Cafe namanya. Persinggahan mat-mat motor yang menunggang motor besar hanyalah salah satu tarikannya, tetapi tarikan utamanya ialah minuman keras dan hiburan yang mengkhayalkan.
Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya.
Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?
Sedarkah Aseh yang menjadi Presiden Putrajaya mengenai perkara ini? Apakah Putrajaya sedang cuba dirosakkan secara perlahan-lahan dan kedudukan Najib dan kerajaan yang sudah sedia goyah dengan pelbagai isu dan kontroversi, cuba disabotaj lagi.
Dengan adanya Hard Rock, Putrajaya selepas ini mungkin turut dikenali sebagai pusat pergaulan bebas, kemeriahan hiburan malam dan tempat untuk mabuk-mabuk.
Shahbudin Husin
sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Sunday, January 05 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Harussani harus dipecat sebagai Mufti
Posted on Sunday, January 05 @ 20:35:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak dimana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia merupakan satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.
Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada Mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang Mufti itu. Tidakkah tindakan itu merbahaya?
Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat.
Pandangan sebegitu dari seorang menganggap dirinya ulamak adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam
Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak bijaksana sebagai seorang dikatakan alim al ulamak mengeluarkan kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.
Gesaan pihak-pihak tertentu agar Mufti berkenaan menarik balik dan mohon maaf ekoran kenyataan itu adalah wajar dan perlu disokong. Harussani harus sedar apa yang dilakukan itu mengikut 'mesin' Umno, sesuatu yang merosakkan penghormatan orang bukan Islam terhadap institusi bernama Mufti. Malanglah Islam yang kita gemilangkan selama ini tiba-tiba rosak dengan hanya pandangan seorang manusia seperti beliau.
Apa dilakukan Harussani seperti umpama rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Adalah wajar kalau kerajaan Perak menilai semula keilmuan Harussani di dalam hal ini, dari segi lisan dan akidah agar negeri itu tidak direkodkan sebagai mempunyai seorang Mufti yang kurang waras pertama di negara ini.
Kalau perlu beliau harus dipecat kerana kerosakkan bukan hanya kepada dirinya tetapi seluruh institusi ulamak, mufti di negara ini turut sama ternoda oleh perbuatannya.
Dalam masa kita memburu dan menentang penyebaran Bible dalam bahasa Melayu oleh Kristian, tetapi kita pula sanggup mengeluarkan pandangan demikian yang entah di ambil dari kitab 'jumhur' mana dan dituju pula kepada darah daging sendiri hanya semata-mata kerana termakan racun bernama politik mendokong Umno.
Mohd Sayuti Omar
Sinar Harian | 3 januari 2014
Apa agaknya komen Mufti Perak terhadap anak Tun Dr Mahathir nanti?
Posted on Sunday, January 05 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan ancaman dari satu kumpulan NGO Islam yang merancang untuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini.
mkini"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: amkns
Posted on Sunday, January 05 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Selepas tidak bersetuju dengan Jais, Utusan lagakan Mujahid dengan PAS
Posted on Sunday, January 05 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Berikutan kenyaaannya tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (BSM), Mingguan Malaysia iaitu versi Ahad Utusan Malaysia bertindak melaga-lagakan Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) dengan pemimpin PAS yang lain.
Utusan melaporkan, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamed Nordin Mohd Nor berpendapat pandangan ahli parlimen PAS itu jauh berbeza dengan bapanya, Yusof Abdullah Ar Rawa yang kini dikatakannya ulama terbilang.
Katanya, selaku seorang bekas pemimpin veteran PAS, beliau berasa terkejut dan dukacita melihat pemikiran Mujahid mempertikaikan tindakan Jais merampas Bible mengandungi kalimah Allah yang dilihat bernada liberal.
"Pandangan Mujahid itu bercanggah dengan pendirian Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib yang menyokong tindakan diambil oleh Jais dalam mempertahankan akidah umat Islam.
"Jadi, kita boleh nampak Mujahid seakan-akan membawa pemikiran liberal yang sedang melanda umat Islam di Malaysia pada masa ini," katanya dalam akhbar milik Umno edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Mujahid dalam satu kenyataan sebelum ini mengemukakan persoalan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seolah-olah ia tercemar dengan tindakan Jais yang bercanggah dengan perintah Allah.
Katanya, dengan tertera perkataan Allah dalam Bible bukan alasan bagi mengambil tindakan tanpa bukti kukuh terdapat unsur penyebaran dan menggugat akidah tauhid umat Islam.
Mohamed Nordin berkata tindakan Mujahid itu tidak menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengarahkan semua rakyat khasnya di Selangor akur dan patuh kepada larangan pengunaan kalimah Allah bagi mereka yang bukan beragama Islam.
"Saya sendiri amat terkejut dan dukacita kerana pemikiran Mujahid jauh sekali berbeza dengan bapanya, Yusof Abdullah yang merupakan seorang ulama cukup saya hormati."
Semalam Utusan berkata, Harun menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang cuba meminda Enakmen Agama Bukan Islam yang diguna pakai di negara ini.
Katanya, kedaulatan dan kesucian Islam mesti dipertahankan dan apa sahaja tuntutan atau desakan pihak tertentu agar enakmen seumpama itu dipinda, tidak perlu dilayan.
"Jangan sekali-kali beri muka dan layan tuntutan atau desakan mana-mana pihak yang cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
"Saya harap pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka terbabit kerana kita tak sanggup lihat agama Islam terus dipersendakan," katanya kepada Mingguan Malaysia.
Mengulas tentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dan Iban, Harun berkata, di sebalik usaha itu, tersirat motif tertentu iaitu untuk mempersendakan agama Islam semata-mata.
"Seperti saya nyatakan sebelum ini, tiada sebab kenapa agama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah sedangkan kalimah suci itu hanya hak mutlak agama Islam.
"Begitu juga perkataan solat dan zakat. Mereka juga guna perkataan itu sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Semua ini bertujuan mempersendakan Islam. Kenapa mereka mahu mencampur-aduk agama mereka dengan agama Islam?" katanya.
sumber
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Sunday, January 05 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Dah terkantoi, PDRM tampil mohon maaf!
Posted on Sunday, January 05 @ 19:34:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Pihak PDRM tercari-cari gambar yang boleh menunjukkan Himpunan TURUN semalam menjadi ganas.
Terjumpa dengan gambar di sebelah, maka dimuat naik gambar tersebut di FB dengan mengatakan lelaki itu merupakan anggota Pasukan Gerakan Am yang cedera ketika bertugas semasa Himpunan TURUN pada malam ambang tahun baru di Jalan Bukit Bintang.
Hari ini tuan empunya badan dalam gambar tampil membuat laporan polis. Dia ialah Mohd Zulhilmi Mustafar mengatakan bahawa dia bukan anggota polis yang cedera tetapi kepalanya cedera kerana ditetak seorang lelaki pada 29 Disember lepas. Akhirnya PDRM terpaksa memohon maaf seperti di atas.
Salinan laporan polis oleh Mohd Zulhilmi yang dimuatnaik di laman Facebooknya membuktikan bahawa dia ditetak dan dia bukan seorang anggota polis yang cedera ketika bertugas di Ambang 2014 semalam.
ekeleh.com | 1 Jan 2013
Sahabat Baik Pun Tak Boleh Nak Tolong
Posted on Sunday, January 05 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kesian beb... Sahabat baik pun tak boleh nak tolong... tunggu masa ajalah...
Selagi masih ada akal yang waras,, tak ada seorang manusia pun yang sama-sama nak ikut sama-sama membangangkan dirinya sendiri...
manjongmari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan