Najib tidak harus dipertahankan lagi
- Jan 04, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana sedang memikul kos sara hidup yang lebih tinggi daripada biasa akibat kenaikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini dan terus bertambah seiring dengan kedatangan tahun 2014.
Mereka yang ingin meluahkan perasaan terhadap kerajaan akibat kenaikan itu bertambah lagi tertekan hidupnya apabila digelar "bughah" atau penderhaka dan dikategori sebagai halal darahnya untuk dibunuh. Walaupun fatwa dan pendapat daripada Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai hal ini masih boleh dipertikai, diperdebat dan disangsikan, hakikatnya agama bukan lagi dipergunakan untuk menggembirakan umat, sebaliknya lebih dijadikan alat untuk membodek dan pengampu penguasa demi kepentingan peribadi.
Isu mengenai kalimah Allah yang muncul kembali dan diiikuti dengan serbuan Jais terhadap sebuah gereja serta disusuli pula dengan aksi demonstrasi UMNO Selangor mengenainya, turut menjadikan penganut Islam dan Kristian tidak lagi gembira dan harmoni kehidupannya. Berterusannya isu ini tanpa penyelesaian telah meletakkan kedua-dua penganut Islam dan Kristian hidup dalam kesangsian dan kegelisahan.
Dalam masa yang sama, pejuang-pejuang UMNO di peringkat bahagian dan cawangan pula terus dibebankan dengan kerja-kerja tambahan yang berpunca daripada kelemahan pemimpin di atas. Setelah satu demi satu isu muncul mengenai pemimpin di atas, terutama yang melibatkan Najib dan keluarganya, kini isu kemewahan dan pemborosan timbul kembali dengan pendedahan mengenai jet mewah Perdana 2 atau NR2.
Walaupun ada penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri mengenai penyewaan jet itu, ia tidak menafikan sama-sekali kewujudan jet yang sedang disewa itu. Penjelasan PMO lebih merupakan suatu pengakuan terhadap pendedahan mengenai jet itu yang disertakan dengan kewajaran mengapa penyewaan itu dilakukan.
Semua isu yang timbul berkaitan dengan pemimpin, keborosan dan kemewahan Najib serta kelemahan kerajaan, secara tidak langsung menambahkan lagi beban pemimpin akar umbi dalam berhadapan dengan rakyat. Mereka kini bukan saja sudah kekurangan masa untuk diri sendiri dan berusaha menambah keluatan UMNO, bahkan banyak masa asyik dihabiskan untuk menjawab pelbagai dakwaan yang timbul mengenai Najib, Rosmah dan keluarganya saja.
Ini menyebabkan adanya pemimpin UMNO di peringkat akar umbi yang mula mengambil sikap berkabung atau berdiam diri kerana merasakan sudah letih menjawab satu demi satu isu mengenai karenah pemimpin di atas, manakala sesetengahnya mula bersikap lantang dan kritikan terhadap Najib dan kerajaan.
Satu-satunya kelompok yang mungkin sedang gembira ialah golongan kroni yang menjadi pengampu dan penasihat Najib kerana semua isu yang timbul ini menambahkan lagi peluang untuk memenuhkan kantung dan membesarkan perut masing-masing.
Namun demikian, semua isu yang timbul ini jelas memperlihatkan hanya satu perkara iaitu kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Jika beliau mempunyai sikap tegas dan berprinsip serta tidak membiarkan elemen-elemen pelampau menguasai kepimpinannya sejak dari awal, banyak isu tidak akan muncul sebenarnya.
Dalam isu kalimah Allah dan kebenaran mengedar Bible dalam Bahasa Melayu, ia lebih berpunca daripada sikap double standard Najib dalam menguruskan isu tersebut serta terlalu dipengaruhi oleh keinginan untuk memperolehi sokongan politik daripada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Di suatu ketika, Kristian dilarang menggunakan kalimah Allah dan UMNO dipergunakan untuk bersuara bagi memperlihatkan perjuangan Islam UMNO tetapi di ketika yang lain, kalimah Allah dibenarkan untuk penganut di Sabah dan Sarawak, malah Bible dalam bahasa Melayu turut dibenarkan.
Dalam isu "bughah" yang dilemparkan oleh seorang mufti terhadap mereka yang berdemonstrasi di Dataran Merdeka, ia tidak lain berpunca daripada sikap Najib yang mempamerkan dirinya suka dibodek dan diampu. Kiranya daripada awal Najib sudah menunjukkan dirinya seorang yang tegas, menjulang kebenaran dan tak makan dek bodek, pastinya tidak sesiapa mahu membodeknya. Malah, tidak mungkin juga seorang mufti mahu menjual agama semata-mata untuk menjaga perut dan kedudukannya.
Dalam pelbagai isu yang muncul berkaitan diri dan keluarganya pula, ia juga memperlihatkan kelemahannya yang paling ketara sebagai pemimpin. Tidak pernah kita mempunyai pemimpin selemah beliau.
Sementara isu-isu sedia ada terus menimbun dan menjadikan kedudukan UMNO, BN dan kerajaan semakin lemah hari demi hari, tidak mustahil lebih banyak lagi isu-isu baru yang lebih kronik bakal muncul dan terus membebankan rakyat. Di ketika beliau mengumumkan 11 langkah berjimat cermat, tiba-tiba terdedah mengenai penyewaan jet baru dan penambahan seorang lagi duta khas iaitu Ahli Parlimen Bintulu sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke Asia Timur, ia sekali lagi menampakkan wajah talam dua muka Najib dan seolah-olah banyak lagi pekung yang bakal terdedah.
Di ketika berbangga dengan penjimatan yang kecil, pemborosan yang lebih besar sedang dilakukan rupa-rupanya. Sebelum lebih banyak terdedah dan keadaan menjadi lebih parah, hakikatnya Najib tidak harus dipertahankan lebih lama lagi. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Kelemahan Najib undang malapetaka buat negara
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PASDr Dzulkefly Ahmad berkata, dua masalah kritikal yang sedang melanda negara- akan menjadi malapetaka jika Najib gagal menanganinya dengan segera- adalah kemelut kos saraan hidup (ekonomi) dan konflik atau pertentangan kaum-agama.
Menurutnya, bebanan hutang dan defisit fiskal selama 16 tahun berturut-turut menunjukkan dasar kerajaan BN dan terkini Najib tersasar dalam mengejar Pertumbuhan dengan kaedah 'mengepam' ekonomi dalam kitaran melembap (bearish) dan juga zaman cergas (bullish).
Akibatnya hutang persekutuan yang telah hampir mencapai had 55 peratus daripada KDNK negara , (RM543.3 bilion yang tepat sebagai laporan MOF ), meletakkan Malaysia diambang kebejatan pengurusan kewangan yang ditegur pelbagai pihak termasuk Bank Dunia dan agensi penarafan.
Lagi menampakkan kelemahan apabila Najib katanya, apabila menyalahkan hutang tersebut kepada pemberian subsidi RM46.7 bilion kepada rakyat.
Sedangkan kata Dzulkefly, antara penyebab utama kepada hutang itu adalah 'perbelanjaan boros' kerajaan, dasar monopoli, pemberian projek runding langsung yg menguntjngkan kroni, serta ketirisan berbilion ringgit yang saban tahun berlaku seperti Laporan Ketua Audit Ngara.
"Ketahuilah Najib, bahawa statistik negara kebajikan seperti Nordic, Austria dan Belanda memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% daripada KDNK mereka untuk subsidi.
"Lebih menarik lagi, subsidi yang besar ini telah menyebabkan kemiskinan berkurang, dan tidak pula menjadi penyebab bajet negara itu menjadi defisit," katanya.
"Jadi Najib salah dalam hujah 'rasionalisasi subsidi' diperlukan untuk mengelak negara dari menjadi bankrap'," kata beliau lagi.
Penarikan subsidi, tegas Ahli Jawatankuasa Pusat itu, pastinya akan membawa pelbagai kenaikan kos saraan hidup seperti yang telah pun diketahui dan ditakuti ramai.
Jurang kaum-agama
Menurut Dzulkefly lagi, pendirian longgar Timbalan Perdana Menteri terhadap cadangan wakil Umno dan beberapa NGO yang mahu mengadakan demonstrasi di hadapan gereja di Selangor esok adalah satu lagi kelemahan yang bakal mengundang 'malapetaka'.
"Ia menandakan permulaan tahun bermasalah (2014) di mana konflik agama semakin meruncing dalam masyarakat yang sudah pun terbelenggu dengan isu Kalimah Allah.
"Pandangan yang memecah-belahkan dan isu undang-undang emotif terhadap kalimah Allah telah mengundang pertikaian tanpa henti dan tiada usaha yang berkesan, apatah lagi penyelesaian oleh kerajaan," tegas beliau.
Lebih parah apabila Najib dilihat mengambil sikap berdiam diri kerana membisunya itu adalah sangat memekakkan rakyat.
"Seperti pepatah mengatakan "Tanpa kepimpinan bijak, negara jatuh, tetapi dengan penasihat yang baik ia boleh diselamatkan".
"Namun dalam dua keperluan kritikal ini, nampak seperti negara ini tidak punya kedua-dua sekali sedang negara berhajatkan kepada ketegasan dan wibawa kepimpinan untuk membawa negara keluar dari kemelut ini," ujarnya.
Kelemahan kepimpinan Najib dalam kemelut mutakhir ini, tegas beliau lagi, pastinya mengundang celaka kepada rakyat dan negara.
"Hal ini adalah sangat malang. Mungkin negara benar-benar memerlukan sebuah 'agenda rekonsiliasi', bukan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tetapi bagi memacu reformasi dan penambahbaikkan sebenar.
Ketenteraman awam perlu diutamakan semua pihak
- Jan 04, 2014
- ABDUL HADI AWANG
PAS mengingatkan umat Islam supaya ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat adalah perlu menjadi keutamaan terutamanya dalam negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini. Isu penggunaan kalimah Allah ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang-undang yang dipaksakan semata-mata. Pendekatan berhujah dengan ilmu perlu lebih diutamakan dalam memberikan kefahaman kepada anggota masyarakat, terutamanya kepada masyarakat yang bukan beragama Islam. Di sinilah tugas kita untuk menunjukkan contoh teladan bahawa Islam adalah pembawa Rahmat ke seluruh alam, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT.
PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.
PAS juga merasa sangat dukacita sekiranya isu ini diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Isu 'Allah': Pemimpin Umno tetap hadiri demo
Beberapa orang pemimpin Umno Selangor tetap hadir ke perhimpunan bagi membantah pendirian pengarang mingguan The Herald berhubung penggunaan kalimah Allah, walau pemimpin parti itu mengeluarkan larangan supaya tidak berbuat demikian.Pemimpin dan anggota Umno Selangor itu dikesan hadir dalam perhimpunan bersama kira-kira 100 orang anggota gabungan NGO Muslim, Sekretariat Solidariti Muslim Klang di Padang Kelab Sultan Sulaiman di bandar tersebut pagi ini.
Perhimpunan tersebut bagi mendesak pengarang mingguan Katolik tersebut Lawrence Andrew memohon maaf dengan tindakan beliau mempertahankan penggunaan nama Allah dalam penerbitan The Herald.
Ia berlangsung serentak dengan satu lagi perhimpunan oleh sekumpulan penganut Islam yang menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan gereja Our Lady of Lourdes, juga di bandar sama.
Antara yang dikesan hadir dalam perhimpunan bersama Sekretariat Solidariti Muslim Klang itu ialah timbalan ketua Umno Kapar, Datuk Saroni Judi.
Exco tidur?
Bercakap ketika ditemui Malaysiakini, Saroni berkata beliau bimbang kalimah Allah akan disalah guna dalam ajaran agama Kristian.
"Ini cara halus. Saya menyeru orang Islam di luar sana yang masih lagi tak faham, terutamanya orang-orang agama supaya ini bukan sahaja serangan pemikiran, tetapi serangan kepercayaan kita,
"Ini nak mewujudkan rasa mesra, bila sebut Allah tak rasa apa-apa. Nanti anak-anak kecil tanya, dalam Bible ada Allah, dalam Al-Quran ada Allah, jadi kita boleh ke gereja dan masjid untuk solat," jelasnya.
Saroni turut mengutuk exco hal ehwal agama Selangor, Sallehin Mukhyi yang mengaku kononnya tidak mengetahui serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Persatuan Bible, Khamis lalu.
"Sama ada dia tak buat kerja atau exconya tidur. Atau exconya tidak bertanggungjawab atau tidak mahu ambil tahu. Kalau dia tak tahu, siapa lagi yang ambil tahu?
"Sepatutnya dia memang kena tahu. Ini menunjukkan exco-exconya tidak membantu pentadbiran negeri dengan baik
"Mana boleh saya sebagai exco tak tahu apa pegi saya buat, kena ambil tahu," kata beliau.
Dalam perhimpunan tersebut, Sekretariat Solidariti Muslim Klang mengumumkan, mereka mengirim surat bantahan melalui faksimili kepada ketua pengarang mingguan The Herald, Lawrence Andrew berkenaan isu pengunaan kalimah 'Allah' di Gereja.
Pengerusi bersama Sekretariat tersebut Mohd Khairy Husin berkata surat bantahan tersebut bagi menyatakan kekesalan mereka ke atas kenyataan Lawrence yang menegaskan bahawa orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah.
Katanya, pendirian itu bertentangan dengan peruntukan dalam Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di kalangan orang Islam) 1988 yang memperuntukkan beberapa perkataan tidak boleh digunapakai orang bukan Islam.
"Kewujudan Enakmen ini dijamin oleh artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana walaupun terdapat penegasan seperti yang status kebebasan agama yang dijamin itu, ia bersyarat.
"(Oleh itu) Alasan hujah Perkara 11 (4) yang dikemukakan beliau (Lawrence) mestilah dibaca bersama [Perkara 11(1)] dan tidak boleh dipisahkan daripada klausa lain," surat bantahan itu dipetik.
Perkara 11 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Perkara 11 (4), yang menerangkan pengembangkan agamanya.”
Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
Marina Mahathir sertai himpunan pertahan penganut Kristian
Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan rancangan satu kumpulan NGO Islamuntuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini.Turut hadir ke perhimpunan tersebut ialah anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir, yang membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian.
Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah.
Kumpulan Solidariti Ummah Selangor bagaimanapun mengubah rancangan dan hanya berhimpun di Padang Kelab Sultan Sulaiman bersama kira-kira 100 orang peserta pagi ini, serentak dengan perhimpunan di hadapan gereja tersebut.
Ahli RELA suspek pecah rumah timbalan menteri
Dua anggota RELA yang ditugaskan menjaga kediaman
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
adalah antara tiga suspek yang ditahan hari ini kerana cuba memecah
masuk kediaman berkenaan di Kuching pada 24 Disember lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, DSP Amihizam Abd Shukor berkata kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.
"Suspek pertama yang berumur 34 tahun dan mempunyai 12 rekod jenayah lampau, ditangkap di Meludam (kira-kira 250 km dari Kuching), manakala seorang lagi yang berumur 30 tahun mempunyai dua rekod jenayah.
"Suspek ketiga berumur 36 tahun dan mempunyai dua rekod jenayah," katanya kepada media.
Beliau berkata mereka akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman.
Wan Junaidi memuji tindakan pantas polis membuat tangkapan dan berkata beliau akan mengemukakan cadangan kepada kementeriannya untuk mengkaji semula kaedah pengambilan anggota RELA.
"Ini adalah untuk memastikan mereka yang memohon keanggotaan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan benar-benar ikhlas untuk menjalankan tanggung jawab mereka secara sukarela.
"Penapisan yang lebih ketat perlu dibuat untuk memastikan jangan pagar makan padi," katanya.
Mengakui agak kecewa dengan penglibatan anggota RELA dalam kes itu, beliau bagaimanapun berkata organisasi Rela secara keseluruhannya tidak boleh dipersalahkan dalam perkara itu.
"Saya tak boleh marahkan (keseluruhan) satu organisasi oleh kerana konsep RELA adalah berbentuk kesukarelawan dan melalui pengalaman ini mungkin kita perlu adakan modul yang berlainan untuk pengambilan anggota RELA selepas ini," katanya.
- Bernama
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata samseng jalanan yang berasal dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Perlis dan Kedah itu mula memasuki negeri ini secara berperingkat sejak pagi semalam.
"Sejak semalam polis menerima dua laporan samseng jalanan terbabit merempuh sekatan polis selain 10 kes ragut dipercayai perbuatan mat rempit," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Beliau berkata dalam operasi enam jam bermula pukul 1.30 pagi itu, polis mengadakan sekatan jalan di kesemua laluan masuk ke Batu Ferringhi dan memeriksa lebih 2,000 buah motosikal.
Katanya sebanyak 300 saman turut dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi, lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.
Gan berkata kesemua mat rempit berusia antara 20-an dan 30-an serta teman wanita mereka dibawa ke Balai Polis Batu Ferringhi untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi.
DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman
lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit
ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin.
Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.
Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.
Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.
Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.
Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.
Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, DSP Amihizam Abd Shukor berkata kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.
"Suspek pertama yang berumur 34 tahun dan mempunyai 12 rekod jenayah lampau, ditangkap di Meludam (kira-kira 250 km dari Kuching), manakala seorang lagi yang berumur 30 tahun mempunyai dua rekod jenayah.
"Suspek ketiga berumur 36 tahun dan mempunyai dua rekod jenayah," katanya kepada media.
Beliau berkata mereka akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman.
Wan Junaidi memuji tindakan pantas polis membuat tangkapan dan berkata beliau akan mengemukakan cadangan kepada kementeriannya untuk mengkaji semula kaedah pengambilan anggota RELA.
"Ini adalah untuk memastikan mereka yang memohon keanggotaan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan benar-benar ikhlas untuk menjalankan tanggung jawab mereka secara sukarela.
"Penapisan yang lebih ketat perlu dibuat untuk memastikan jangan pagar makan padi," katanya.
Mengakui agak kecewa dengan penglibatan anggota RELA dalam kes itu, beliau bagaimanapun berkata organisasi Rela secara keseluruhannya tidak boleh dipersalahkan dalam perkara itu.
"Saya tak boleh marahkan (keseluruhan) satu organisasi oleh kerana konsep RELA adalah berbentuk kesukarelawan dan melalui pengalaman ini mungkin kita perlu adakan modul yang berlainan untuk pengambilan anggota RELA selepas ini," katanya.
- Bernama
Polis gagalkan himpunan 1,500 mat rempit
Polis menahan lebih 1,500 mat rempit termasuk 10 wanita yang dijangka berhimpun secara besar-besaran di Batu Ferringhi, di George Town sekaligus menggagalkan percubaan lumba haram yang diatur di kawasan itu awal hari ini.Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata samseng jalanan yang berasal dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Perlis dan Kedah itu mula memasuki negeri ini secara berperingkat sejak pagi semalam.
"Sejak semalam polis menerima dua laporan samseng jalanan terbabit merempuh sekatan polis selain 10 kes ragut dipercayai perbuatan mat rempit," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Beliau berkata dalam operasi enam jam bermula pukul 1.30 pagi itu, polis mengadakan sekatan jalan di kesemua laluan masuk ke Batu Ferringhi dan memeriksa lebih 2,000 buah motosikal.
Katanya sebanyak 300 saman turut dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi, lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.
Gan berkata kesemua mat rempit berusia antara 20-an dan 30-an serta teman wanita mereka dibawa ke Balai Polis Batu Ferringhi untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi.
Janda ditahan bersama kekasih
- Seorang wanita berstatus ibu tunggal mendukung anaknya berusia 4 tahun untuk dibawa ke balai polis selepas ditahan di rumahnya kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelaki selain turut mengambil dadah berbahaya.
Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.
Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.
Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.
Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.
Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.
Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan