Hitam didahi bukan tanda alim atau berilmu
Pertama sekali tanggapan anda mesti orang tersebut alim kan? Tapi betul ke alim?? Wallahualam...
Alquran ada menyebut yang ertinya :
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama-sama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud "(QS al Fath: 29).
Banyak orang yang salah faham dengan maksud ayat ini. Ada yang menyangka bahawa dahi yang hitam kerana sujud itulah yang dimaksudkan dengan 'tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud'. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.
Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahawa yang dimaksudkan dengan 'tanda mereka ... "adalah perilaku yang baik.
Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat dari Mujahid bahawa yang dimaksudkan adalah kekhusyuan.
Juga diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, "Ciri mereka adalah solat" (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546).
Dari Salim Abu Nadhr, ada seorang yang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, "Siapakah anda?". "Aku adalah anak asuhmu", jawab orang tersebut.
Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua-dua matanya. Beliau berkata kepadanya, "Bekas apa yang ada di antara kedua-dua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakr, Umar dan Uthman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku? "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698)
Dari Ibnu Umar, beliau melihat ada seorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, "Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau jelekkan penampilanmu! "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3699).
Dari Abi Aun, Abu Darda 'melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat' kapal 'seperti' kapal 'yang ada pada seekor kambing. Beliau lantas berkata, 'Seandainya bekas itu tidak ada pada dirimu tentu lebih baik "(Riwayat Bahaqi dalam Sunan Kubro no 3700).
Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada di dekat as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, "Sungguh dia telah merosakkan wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah solat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).
Dari Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, 'tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud' apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah?
Jawapan beliau, "Bukan, bahkan ada orang yang 'kapal' yang ada di antara kedua-dua matanya itu bagaikan 'kapal' yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang bejat. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyu'an "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702).
Bahkan Ahmad ash Showi mengatakan, "Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang riya 'iaitu tanda hitam yang ada di dahi kerana hal itu adalah ciri khas khawarij (baca: ahli bid'ah)" (Hasyiah ash Shawi 4 / 134, Dar al Fikr).
Dari al Azroq bin Qais, Syarik bin Syihab berkata, "Aku berharap bisa bertemu dengan salah seorang sahabat Muhammad yang boleh menceritakan hadis tentang Khawarij kepadaku. Suatu hari aku berjumpa dengan Abu Barzah yang berada bersama satu rombongan para Sahabat. Aku berkata kepadanya, "Ceritakanlah kepadaku hadis yang kau dengar dari Rasulullah tentang Khawarij!".
Beliau berkata, "Akan kuceritakan kepada kalian suatu hadis yang didengar sendiri oleh kedua-dua telingaku dan dilihat oleh kedua-dua mataku. Sejumlah wang dinar diserahkan kepada Rasulullah lalu baginda membaginya. Ada seorang yang botak kepalanya dan ada hitam-hitam bekas sujud di antara kedua-dua matanya. Dia mengenakan dua helai kain berwarna putih. Dia mendatangi Nabi dari arah sebelah kanan dengan harapan agar Nabi memberikan dinar kepadanya namun beliau tidak memberinya.
Dia lantas berkata, "Wahai Muhammad hari ini engkau tidak membahagi dengan adil".
Mendengar ucapannya, Nabi marah besar. Beliau bersabda, "Demi Allah, setelah aku meninggal dunia kamu tidak akan menemukan orang yang lebih adil berbanding diriku". Demikian beliau ulangi sebanyak tiga kali. Kemudian baginda bersabda,
"Akan keluar dari arah timur orang-orang yang seperti itu penampilan mereka. Dia adalah sebahagian daripada mereka. Mereka membaca al-Quran namun alQur'an tidaklah melewati tenggorokan mereka. Mereka melesat dari agama sebagaimana anak panah melesat dari binatang sasarannya selepas menembusnya kemudia mereka tidak akan kembali kepada agama. Ciri khas mereka adalah botak kepala. Mereka akan selalul muncul "(HR Ahmad no 19798, dinilai shahih li gharihi oleh Syeikh Syu'aib al Arnauth).
"Bagaimana cara menyamarkan / menghilangkan tanda hitam di kening / di dahi kerana sewaktu sujud dalam solat terlalu menghujam sehingga ada bekas warna hitam?"
Oleh kerana itu, ketika kita sujud hendaknya proporsonal jangan terlalu berlebih-lebihan sehingga hampir seperti orang yang telungkup. Tindakan inilah yang sering menjadi sebab timbulnya bekas hitam di dahi.
Saturday, January 4, 2014
NASA sahkan kemungkinan matahari akan terbit dari Barat
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.- Sumber
Yang lawaknya mereka ini sering menidakkan kebenaran Al Quran. Kecanggihan teknologi dan kepintaran saintis mereka akhirnya tersembam ke lumpur apabila hasil kajian mereka telah terlebih dahulu dinyatakan dengan jelas di dalam kitab suci tersebut.
Rahsia para wali dapat bergerak dengan cepat
Saturday, January 4, 2014
UMNO Haramkan Purdah? Karpal Singh Bangun Sebagai Pembela!
Pada awal tahun 80an dahulu, parti UMNO telah mengharamkan pemakaian
purdah oleh para muslimah. Keratan akhbar berkenaan pengharaman purdah
adalah seperti dibawah.
oleh the star 1985, Arakian seorang muslimah bernama Hajah Halimatus saadiah yang bertugas sebagai kerani di pejabat SUK Perak telah DIPECAT oleh Umno & Barisan Nasional kerana memakai purdah.
Muslimah ini telah membawa kes pemecatan beliau ke mahkamah. Peguam yang mewakili Hajjah Halimatus saadiah ini tidak lain tidak bukan adalah Encik KARPAL SINGH iaitu PENGERUSI DAP! Benar, Karpal Singh yang sama yang diserang dan dinista oleh penyokong serta pemimpin Barisan Nasional kononnya Karpal ini anti Islam.
yang amat menghairankan adalah, ada dua hakim ahli umno yang di katakan bermazhab
ahlul sunnah wal jemaah yang mendengar kes ini yang juga mengaku Islam iaitu Abdul
Hamid Omar dan Hakim Dzaiddin juga telah turut sama menzalimi muslimah yang hanya
mahu memakai purdah.
Hakim hakim yang mengaku Islam pengikut mazhab ahlul sunnah wal jemaah. Di waktu yang sama, tiada pula arahan dari umno dan barisan nasional untuk memecat atau membuang pekerja yang tidak menutup aurat ataupun memakai pakaian seksi yang bermazhab ahlul sunnah wal jemaah.
Kes Hajjah Halimatus sadiah ini adalah salah satu bukti permusuhan umno dengan agama Islam sehingga sanggup menzalimi seorang Muslimah yang hanya mahu memakai purdah. Walaupun purdah itu hukumnya hanya sunat, tapi BN tiada hak untuk mengharamkan pemakaiannya.
Karpal yang dihina dan dicaci BN kononnya anti Islam telah bertungkus lumus membela muslimah yang dizalimi kerajaan Barisan Nasional ini. Kes ini jelas menunjukkan bahawa umno itu lebih anti Islam dari Karpal Singh. Dan berbeza dengan Karpal singh yang telah meminta maaf atas kenyataan beliau mengenai islam,
UMNO sehingga sekarang tidak pernah meminta maaf kerana mengharamkan purdah.
1malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.
KERATAN AKHBAR THE STAR 1985.
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

Cerita penuh murtadnya Hartina Kamaruddin
Sudah
lebih 10 tahun Hartina Kamaruddin meninggalkan keluarganya untuk
mengikut suami, Rajeswaran ke Australia dan menetap di san. Kebimbangan
atas keselamatan anak menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk
berhijrah. Sejak itu saya tidak pernah dengar suaranya dan bersua muka.
Saya sudah tidak ada perasaan langsung terhadapnya walaupun dia anak
saya.
Perasaan rindu sudah tidak wujud lagi di dalam diri saya. Kalau kata sayang... saya lebih sayangkan Islam berbanding anak saya. Di dalam usia yang hampir mencecah 60, tidak ada apa lagi yang diharapkan, hanya menumpukan kepada ibadat dan mengukuhkan keimanan. Soal anak yang telah jauh perginya, biarkanlah itu takdir Tuhan. Bukannya tidak berusaha untuk memulihkannya, malah lebih daripada itu telah dilakukan. Dihina, dipukul, semuanya sudah dilalui namun inilah yang dikatakan takdir.
Setiap saat doa kami tidak pernah berhenti agar dia kembali kepada Islam. Dan jauh di sudut hati ini dapat merasakan, dia akan kembali kepada kami dengan kepercayaan asalnya suatu hari nanti. Selagi Tina masih di dalam keadaan sekarang, saya tidak pernah terfikir untuk bertemu dengannya atau mengharapkan dia kembali.
Hati emak Tina, Kalsom Ghani memang sudah cukup keras untuk dicairkan. Pujuklah apa saja, dia tidak akan berganjak dari keputusannya. Dia hanya akan mengaku anak setelah Tina memeluk Islam. Selagi masih memegang kepada kepercayaan baru dia tidak akan mengingati malah tidak mahu ambil tabu langsung tentang anak kesayangannya itu.
Dulu, Tina adalah anak yang paling disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Bayangkanlah jarak usia antara Tina dengan adiknya Azliza adalah enam tahun. Dia memang manja dan kami sayang sangat pada dia. Kini, dialah yang paling dibenci sekali sampaikan emaknya yang mengandung dan melahirkannya pun tidak mahu menyebut nama Tina.
Sudahlah saya tidak mahu fikir-fikir lagi tentang dia tapi jika dia kembali ke Malaysia dengan Islam, saya terimanya dengan sepenuh hati. Bukan sedikit onar yang telah dibuat oleh Tina kepada keluarga. Dah banyak kesengsaraan yang ditanggung hanya untuk mempertahankan akidah.
Mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada 1996 memang amat menyakitkan. Namun digagahkan hati untuk bercerita sebagai teladan kepada ibu bapa yang lain. Kepercayaan saya pada Tina memang tidak pernah berbelah bagi apabila dia mendapat tawaran bekerja di bank di Jalan Klang lama, saya izinkan. Malah saya belikan dia sebuah rumah di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama supaya dia tidak perlu menyewa. Setiap kali ada kesempatan, saya dan isteri akan berkunjung ke rumahnya untuk melihat keperluannya.
Semuanya berjalan seperti biasa. Tina anak yang taat, sembahyang dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Tidak ada satu pun perlakuannya yang mencurigakan saya. Dia tetap macam dulu-dulu ketika masih tinggal dengan saya di Kampar. Cuma hubungan jadi renggang sikit kerana berjauhan. Saya percaya penuh kepadanya dan tidak pernah terfikir pada perkara yang lain.
Pada suatu hari saya di datangi oleh seorang yang boleh dikatakan berpangkat, bertanyakan tentang Tina. Saya kenal lelaki itu adalah salah seorang yang berpengaruh juga di Perak berbangsa India. Ketika lelaki itu bertanya tentang Tina dan pernah terlihatnya di dalam satu majlis keagamaan, perasaan saya sudah tidak sedap. sebelum lelaki itu melangkah pergi, dia sempat berpesan supaya hati-hati dan tolonglah tengok-tengok sikit keadaan Tina di Kuala Lumpur. Ketika itu terasa berderau darah naik ke muka, perasaan jadi tidak menentu.
Sebenarnya seminggu sebelum lelaki itu bertemu dengan saya, Tina ada pulang ke rumah iaitu pada hari raga. Kami sembahyang jemaah bersama sama, tidak ada perubahan. Setelah Tina kembali ke Kuala Lumpur barulah lelaki itu bertemu dengan saya untuk memberi klu bahawa ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku kepada Tina.
Selepas pertemuan dengan lelaki itu, saya terus mengambil keputusan bersama isteri untuk ke Kuala Lumpur melihat keadaan Tina. Semasa saya sampai di rumahnya, dia tidak ada di rumah. Dengan menggunakan kunci pendua, saya masuk ke dalam rumahnya. Bila petang barulah Tina balik tapi bersama seorang lelaki berbangsa India. Selama ini saya tidak tahu pula ada lelaki tinggal dengan Tina. Lelaki itu kata Tina adalah isterinya, pelik pula bila masanya mereka menikah.
Kemudian Tina tunjukkan surat sumpah yang mengatakan bahawa dia sudah tidak mempraktikkan lagi ajaran Islam dan telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran. Sijil pendaftaran menunjukkan, perkahwinan berlangsung pada 24 Mac 1996. Luluh hati saya mendengarkan pengakuan itu. Bagaimana anak yang saya bela selama 21 tahun tiba-tiba mengambil keputusan sendiri menukar pegangan hidup.
Ketika kejadian itu. usia Tina 21 tahun seminggu. Bila saya membuat laporan di balai polis, mereka kata tidak boleh buat apa-apa kerana usianya sudah 21 tahun dan berhak untuk buat keputusan. Saya balik semula ke Kampar mencari surat beranak Tina tapi tidak ada. Barulah saya perasan, beberapa minggu sebelum itu, Tina pulang ke rumah kerana bercuti selama seminggu. Mungkin ketika itu dia sedang menyiapkan segala dokumen untuk pertukaran nama.
Saya laporkan pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tentang Tina. Semasa mereka mengadakan majlis kahwin di rumah Rajeswaran di Mambang Di Awan, JAIP datang menangkap Tina.
Dengan takdir Tuhan, saya akhirnya berjaya membawa keluar Tina lalu membawanya ke Kelantan.
Tujuan saya untuk mencari tempat perlindungan bagi Tina kerana setiap pergerakan saya sentiasa diekori. Saya rasa tidak selamat jika menyimpan Tina di Perak. Sampai di Kelantan, hati saya tidak dapat menahan marah. Saya pegang parang yang saya bawa dari Kampar. Kali ini saya memang nekad untuk menetak Tina sampai cacat. Saya bukan hendak membunuh tetapi hanya hendak mencacatkannya agar lelaki itu tidak mahu lagi kepada Tina.
Mujurlah isteri dan adik-adik sempat menyabarkan, saya sejuk kembali dan tidak jadi menetak Tina.
Selama 11 hari saya dan keluarga duduk menumpang di rumah seorang kenalan sementara mencari rumah perlindungan untuk memulihkan akhlak Tina. Setelah diberi air penawar dan berubat secara Islam, Tina kembali sembahyang. Bagaimanapun atas desakan kewangan dan masing-masing perlu bekerja, kami sepakat untuk ke Pulau Pinang, rumah adik ipar saya.
Adik ipar saya berjanji akan menjaga Tina. Saya memberi keizinan kerana memikirkan Tina sudah berubah. Saya balik semula ke Kampar dan meneruskan perniagaan sate yang telah ditinggalkan sejak dua bulan lalu. Beberapa hari saja berada di bawah jagaan adik ipar, Tina dilarikan lagi. Sejak hari itu saya tidak pernah bertemu lagi dengan Tina.
Saya masih cuba berusaha untuk kembalikan Tina kepada keluarga walaupun tidak tahu di mana dia tinggal. Saya terpaksa meminta adik saudara yang berniaga, di Kuala Lumpur mengintip Tina untuk mengetahui tempat tinggalnya. Setelah pasti dimana dia tinggal, saya melaporkannya pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menangkapnya pada 1998 kerana lelaki itu telah menggugat akidah anak saya. Polls dan JAIS menetapkan 15 September 1996 untuk menyerbu rumah tersebut.
Bila nampak kami datang lelaki itu terus bawa Tina ke bilik dan menguncinya. Lelaki itu tidak berganjak dari pintu bilik itu. Berkali-kali saya memohon dan merayu kepada lelaki itu dan mengizinkan dia mengambil Tina asalkan dia terlebih dahulu memeluk Islam.
Sebaliknya saya pula yang dimaki hamun, lelaki itu menghina dan mengutuk Islam dengan perkataan yang lucah. Malah dia mencabar saya bawa kes itu sampai kepada kerajaan. Dia kata kerajaan tidak akan mampu membantu saya. Ketika itu perasan marah saya sampai ke penghujungnya. Saya capai pisau pemotong buah di atas meja dan terus saya kelar leher lelaki itu. Saya ingatkan jika mati lelaki itu anak saya akan kembali kepada saya. Ini kerana yang menjadi penghalang besar adalah lelaki itu.
Saya kena gari dan ditahan di lokap selama seminggu. Kemudian saya dibebaskan tanpa lepas dengan ikat jamin. Peluang saya untuk berjumpa dengan Tina sudah tidak ada lagi. Saya pelik bagaimana Tina masih boleh diam melihat saya merayu-rayu. Kalau dia tidak sayangkan saya tidak mengapa tapi tolonglah kasihan kepada emaknya yang mengandung dan melahirkannya.
Lagi satu yang saya pelik, Tina telah menukar kembali namanya kepada nama hindu. Kali pertama dia menukar namanya pada 30 September 1995, kemudian saya menukarkannya kepada Islam ketika berada di Kelantan pada 30 April 1996. Tetapi dia menukar kembali namanya pada 27 Mei tahun yang sama. Bayangkan bertapa pantas mereka buat kerja dalam masa dua minggu dari tarikh dia melarikan diri dari rumah bapa saudaranya pada 9 Mei.
Setelah gagal dengan semua usaha itu saya kembali ke Kampar dan mulakan hidup baru, menyambung perniagaan. Selang beberapa bulan, ketika saya sedang bersiap-siap untuk memulakan perniagaan, Tina dan lelaki itu datang ke gerai berhampiran untuk minum. Perasaan saya ketika itu bagaikan dibakar melihat Tina, saya hilang pertimbangan sekali lagi.
Apa tujuan mereka datang susah susah sekadar untuk minum berhampiran kedai saya dari Kuala Lumpur. Saya tahu mereka memang hendak menunjuk-nunjuk bahawa mereka kuat dan menang. Saya pergi dapatkan Tina untuk memujuknya kembali. Sebaliknya lelaki itu terus menyerang saya, melihatkan kejadian itu anak bongsu saya Syukur Yazit mengambil parang dan menetak kepala lelaki itu. Tina hanya tunduk saja melihat saya ditendang terajang oleh lelaki itu dan kawan-kawannya.
Selama sebulan saya terlantar di hospital kerana tulang rahang retak dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengikat kembali tulang tersebut. Di dalam tempoh itu juga saya langsung tidak boleh makan nasi hanya minum susu saja. Sepanjang saya duduk di hospital rupanya Tina telah membuat laporan polis bahawa saya menyerangnya. Sampai hati Tina melakukan itu pada saya. Selepas keluar dari hospital saya terus ditahan di lokap selama lapan hari. Kemudian saya dibebaskan dengan ikat jamin.
Selepas peristiwa itu saya hanya duduk di rumah kerana keadaan kesihatan pun tidak mengizinkan. Selepasbeberapa bulan berehat saya dipanggil semula ke balai, kali ini saya tidak faham atas alasan apa. Rupanya polis mendapat laporan bahawa Rajeswaran ditembak dua das di leher dari jarak dekat semasa pulang dari kerja. Saya adalah orang yang paling disyaki.
Saya minta izin balik dulu ke rumah salin baju sebelum ditahan di lokap. Semasa hendak ke balai polis isteri dan anak saya ada menemani. Rupanya bukan saya saja yang ditahan Yazit pun terlibat sama ketika menghantar saya ke balai, dan isteri saya pun disoal siasat. Dari balai polis Kampar saya dibawa ke Kuala Lumpur oleh tiga orang pegawai polis bangsa India.
Semasa di dalam kereta memang teruklah saya dikerjakan dan pelbagai penghinaan dilemparkan. Kebetulan ketika itu saya baru balik dari umrah, saya adalah simpan janggut sikit. Janggut saya ditarik, kemudian diperlekehkan menghina Islam. Macam-macam kata-kata kesat yang mencerca Islam dilemparkan tetapi saya tetap berdiam diri kerana tidak mahu terjadi perkara buruk.
Saya ditahan lagi selama seminggu, setelah tidak ada bukti saya dilepaskan. Semasa ditahan semua akaun saya diperiksa untuk melihat jika ada aliran wang keluar yang mencurigakan tapi tidak ada kerana memang saya tidak buat. Sampai hari ini saya tidak tahu siapa yang menembak Rajeswaran dan untuk tujuan apa?
Setelah 14 tahun berlalu peristiwa itu masih segar di dalam ingatan. Kalau dia tidak balik sekali pun tidak mengapa kami sekeluarga sudah tidak kisah. Kami sudah buang semua kenangan dengannya, hati emaknya cukup keras untuk menerima Tina kembali.
Tina pernah telefon adik ipar saya di Pulau Pinang untuk bercakap dengan emaknya. Tapi hati emak yang sudah terluka tidak mahu langsung mendengar suara anak walaupun yang sangat disayangi. Dia tidak mahu ambit tahu langsung tentang anaknya walaupun untuk menyebut namanya. Malah gambar-gambar Tina pun tidak mahu disimpan.

PBS - Sistem mengarut bebankan guru
Sebelum ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu
jawatankuasa khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010
sehingga 2013, jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa
penyelesaian bagi isu ini. Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian
untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan
baru.
Akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online. Jika dulu guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod, kini terpaksa menghadap komputer berjam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi. Bayangkan bukan sahaja segala maklumat pelajar di bawah tanggungjawab kami untuk kami isi, malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Kami jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.
Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, waktu tidur bukan lagi pukul 11 malam, tetapi pernah sampai pukul tiga pagi saya menghadap komputer. Saya sentiasa tidur lambat untuk menyediakan dan menanda latihan dalam kapisiti yang begitu banyak setiap minggu sejak PBS dilaksanakan. Demam kami dibuatnya. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, kami terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi ‘internal error.’
Add caption
Bukan sahaja guru-guru merasai keperitan PBS, malahan pelajar apabila ditanya juga mengatakan, “Ruginya masuk tingkatan satu tahun ini (tahun lepas).” Mereka menunjukkan reaksi muak apabila nampak sahaja kelibat guru. Setiap guru yang masuk selepas sedikit penerangan, akan memberikan latihan sehingga ujian yang mereka hadapi dalam satu hari bertubi-tubi melebihi “input”.
Di sekolah kami berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi. Kami bukanlah robot. Dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif?
Bila ditanya tentang PBS dan keluar di kaca televisyen, segala komentar yang diberikan nampak positif, tetapi untuk mengetahui hakikat sebenar, turun dan lihatlah sendiri keadaan guru-guru di sekolah yang makin tertekan. Kami rasa benar-benar diperbodohkan dengan Dialog: Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang disiarkan pada 20 Februari 2013 jam 10 malam di TV1 kerana seluruh guru di Malaysia tahu situasi yang sebenar adalah sebaliknya.
Kami terfikir-fikir mengapakah kerajaan mengambil sistem PBS yang telah dimansuhkan oleh banyak negara maju? Mengapa kerajaan tidak mengkaji dengan mendalam sistem ini? Di negara maju PBS dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam setiap kelas adalah sedikit, guru dibantu oleh “teacher assistant” tambahan pula silibus pelajaran juga sangat sedikit dibandingkan dengan Malaysia dan di setiap kelas ada fasiliti yang lengkap.
Saya sebagai rakyat Malaysia sedih dengan pembaziran secara besar-besaran dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekejap mahu aplikasi sistem PPSMI, sekejap mahu mansuhkan PPSMI. Ini jugalah yang akan berlaku pada sistem PBS. Apabila pimpinan sudah bertukar, sistem pun akan berubah. Bukankah ini pembaziran namanya. Penukaran buku teks sahaja melibatkan perbelanjaan jutaan ringgit dan ini tidak termasuk kos-kos lain yang lebih besar seperti kursus untuk guru-guru dan lain-lain lagi.
Kasihanilah kami. Di manakah janji kerajaan ingin mengkaji bebanan tugas guru-guru kerana kini bebanan kami bertambah lagi? Kami juga ingin melapangkan masa bersama anak-anak kalau bukan setiap hari pun, sekurang-kurangnya pada hujung minggu kami ingin mengenepikan sebentar kerja-kerja yang berlambak dan keluar makan bersama suami dan anak-anak. Bukankah falsafah pendidikan negara menekankan “berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Kami, guru-guru benar-benar perit dengan apa yang kami terpaksa kami lalui hari ini.
Marilah kawan-kawan sekalian, untuk PRU kali ini kita bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, budaya, latar belakang dan fahaman politik menolak sistem pendidikan sedia ada yang menghempap guru-guru pada hari ini.
Jangan sudah terhantuk baru terngadah, cukuplah dengan rekod kita menjadi antara warga paling ramai mengisi ruangan wad jiwa, marilah kita sama-sama berdoa dengan cara masing-masing agar bebanan yang menghempap di dada kita akan terlepas dengan kejayaan parti pembangkang.
Sampai bilakah kita harus membuat begitu banyak kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, aktiviti ko-kurikulum, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi yang begitu banyak sehingga tidak mampu disenaraikan satu-satu. Kita dipaksa melakukan segalanya sedangkan kita bukanlah Aladdin dengan Lampu Ajaib. Kita hanya ada 24 jam sehari. Aladdin pun boleh lari bila tengok senarai tugas yang dicampakkan atas kepala kita.
Marilah kita berikan peluang kepada parti pembangkang untuk membuktikan kata-kata mereka untuk membela nasib guru-guru. Biarlah Menteri-menteri yang cerdik pandai tahu kita warga pendidik juga mempunyai suara dan ada masanya akan berasa letih. Marilah kita berganding bahu menyokong parti pembangkang supaya suatu hari nanti kerajaan pada hari ini akan buka mata kepada keperitan yang terpaksa kita lalui saban hari.-Oleh: Mental Terbeban dari sumber rojakpasembor
Kalau diperhatikan kerja cikgu nampak senang. Kerja 7.20am hingga 2.00pm atau 12.30pm hingga 6.45 pm. Hari cuti banyak. Tapi ramai tak sedar jabatan lain kerja 5 hari seminggu tetapi guru kerja 6 hari seminggu.Adakalanya 7 hari seminggu. Orang lain balik rumah urusan kerja tak perlu fikir pun. Tapi cikgu kena buat macam-macam kerja sekolah di rumah. wakaka.

Forumer dedah penceramah agama "mata duitan"
Ketika melayari yahoo untuk membaca berita, gua terjumpa berita
bertajuk, "Fathul Bari nafi tarik diri berdialog dengan Dr Asri." yang
disiar The Malaysian Insider pada Sabtu 2.2.2013.
Selesai membaca gua terus ke ruang komen untuk membaca komen-komen pembaca. Bukan main terkejutnya gua apabila terjumpa satu komen yang menerangkan sikap seorang penceramah agama yang bergelar yb yang didakwa mementingkan wang ringgit.
Begitu juga dengan seorang timbalan menteri yang dituduh meminta habuan tinggi untuk satu program ceramah.
Gua sebenarnya ada membuat printscreen kesemua komen tersebut tetapi tidak berani menyiarkannya di sini kerana khuatir semua itu adalah fitnah.
Kepada yang berminat mengetahui berita penuh sila ke yahoo dan cari forumer dengan nickname seperti di bawah. Baca keseluruhan tulisan beliau dan juga keempat-empat replies dalam komen tersebut.

Selamat membaca dan fikirkan sewajarnya.
Saturday, January 4, 2014
Kenapa umno tolak islam - TGNA
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"
5 agenda utama TURUN:
1) Membanteras korupsi.
Melihat kpd laporan audit negara 2012 menunjukkan bhw kerajaan masih belom mampu utk mengurus tadbir kewangan negara dgn sbaiknya.
2) mengurangkn subsidi industri.
Kerajaan memilih utk memotong subsidi yg diberikan teros kpd rakyat sbg contoh subsidi minyak dan gula diatas nama rasionalisasi subsidi.
3) menangguhkn pelaksanaan GST.
Penetapan 6% bg GST yg bakal dilaksanakn adalah permulaan yg sgt tinggi. Tp yg lebih kritikal ialah apakah rakyat sudah bersedia & memahami konsep GST yg bakal dilaksanakn. Kenapa kerajaan tak memilih utk membersihkn korupsi drpd mengenakan GST? kenapa?
4) mendedahkn perjanjian konsesi tol.
Kerajaan sewajarnya mdedahkn perjanjian dgn syarikat konsesi olmv
5) pecahkan monopoli terutama pembekal gula.
Sebuah perniagaan yg tiada persaingan sudah pasti akan menguasai pasaran sepenuhnya. Inilah yg bakal berlaku kpd beberapa industri utama dlm negara kita seperti gula dan TNB yg akhirnya menjadikan masyarakat tidak mempunyai pilihan walaupon harga melambung tinggi.
Sedarlah rakyat, kos sara hidup semakin hari semakin tinggi. Gerakan TURUN hanyalah 1 wasilah untuk membawa suara kita sbg rakyat untuk menyelamatkn nasib kita dan negara~
Takbir!~
|| This is Suara Anak Muda ||

Tiada ulasan:
Catat Ulasan