Berhimpunlah sokong kenaikan kos sara hidup
- Dec 31, 2013
- ABDUL HADI ALIAS
Biarpun pelbagai janji ditabur sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu, kini mula terserlah segala janji dan pemberian sebelum pilihanraya hanyalah gula-gula pilihanraya semata-mata.
Pun begitu, kata Timbalan Yang Dipertua PAS Bintulu, Zharudin Narudin kenaikan kos sara hidup ini disambut berbeza-beza dalam kalangan rakyat.
“Ada yang yang marah, ada yang terasa hampa dan ada juga yang bersyukur. Penerimaan yang berbeza ini seharusnya diraikan oleh semua pihak,” katanya.
Katanya, sebagai negara yang mengambil demokrasi sebagai sistemnya, seharusnya kerajaan tidak menghalang rakyat dari menyuarakan pendapat dan pandangan mereka selagi ia masih dalam kerangka demokrasi.
Beliau berkiata, budaya melaungkan demokrasi hanya ketika menguntungkan mereka dan menutup demokrasi apabila tidak menguntungkan mereka amat dikesali dan PAS Bintulu mengecam tindakan tersebut.
Katanya, hak untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya, hak tersebut membuka ruang untuk seorang warganegara berhimpun secara aman, tanpa senjata.
“Hak berhimpun diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik (ICCPR)," tambahnya lagi.
Katanya, lebih menghinakan apabila rakyat yang hanya ingin berhimpun untuk beberapa jam bagi menyuarakan suara hati mereka difitnah kononnya mereka ingin menggulingkan kerajaan.
"Justeru, saya mewakili PAS Bintulu ingin mencabar kumpulan-kumpulan bersetuju dengan pengurangan subsidi, perlaksanaan GST dan pelbagai peningkatan kos sara hidup ini, turut berhimpun menyatakan sokongan mereka terhadap peningkatan kos sara hidup," cabar beliau.
Wartawan, pembaca diseru sertai Protes Pensel Merah
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Gerakan itu dalam satu kenyataan berkata, alasan kementerian bahawa penggantungan ini hanya bersifat "sementara" tidak boleh dipakai sebab seharusnya permit penerbitan diberikan kepada semua sebagai hak asasi yang dijamin Perlembagaan.
Selepas mengembalikan lesen penerbitan The Heat, mereka juga menunut kerajaan agar tidak mengulangi tindakan seumpama ini -- yang tidak demokratik dan anti-kebebasan media -- terhadap mana-mana penerbitan.
Kata mereka, semangat kebebasan media ini bukan sahaja diperjuangkan oleh GERAMM, wartawan dan aktivis-aktivis badan bukan kerajaan (NGO), tetapi juga ditegaskan dalam ucapan-ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Jadi, amatlah malang, sekiranya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menjadikan penegasan janji-janji perdana menteri ini sebagai landasan tindakannya," kenyataan gerakan itu dipetik.
Tambah mereka, walaupun kementerian tidak menyebut nama "pihak-pihak yang memburuk-burukkan kerajaan berhubung penggantungan The Heat" dalam kenyataannya semalam, perlu ditegaskan bahawa keprihatinan mereka dan juga tokoh-tokoh masyarakat itu ada asasnya.
"Penggantungan The Heat, berselindung di balik alasan-alasan teknikal itu, jelas menunjukkan kementerian tiada bukti kukuh untuk bertindak.
"Malah, tindakan itu menguatkan lagi tanggapan umum (public perception) bahawa akhbar mingguan ini digantung akibat melaporkan perbelanjaan boros perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor," kata kenyataan itu lagi.
Menurutnya, GERAMM, dalam semua kempennya untuk kebebasan media, tiada niat memburukkan kerajaan atau pihak berwajib.
Kumpulan wartawan ini kata mereka, hanya menyuarakan lapan tuntutan adil yang harus dipertimbangkan oleh kerajaan demi kemajuan negara dan kebaikan kita bersama.
Lapan (8) tuntutan GERAMM boleh dirujuk di sini: http://www.change.org/en-GB/petitions/wartawan-dan-pengamal-media-sila-tandatangan
Bagi meneruskan kempennya, GERAMM mengumumkan satu demonstrasi bantahan diadakan pada Sabtu 4 Januari ini.
Demonstrasi yang dinamakan Protes Pensel Merah (Red Pencil Protest) itu akan bermula jam 2 petang di hadapan bangunan Majlis Peguam, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur.
"Kami menyeru kepada semua wartawan dan pembaca agar menyertai kempen kami ini bagi menegaskan lagi lapan (8) tuntutan tersebut.
"GERAMM juga memohon kerjasama baik polis dan pihak berwajib agar memudahkan perjalanan Protes Pensel Merah agar ia dapat dilangsungkan dengan lancar dan aman," kata kenyataan itu.
41 sekolah di Pahang rosak, rugi RM7 juta akibat banjir
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengarah Pelajaran Pahang Mohd Rosdi Ismail yang mendedahkan perkara itu berkata jumlah kerosakan buku teks di sekolah berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM30,000.
Beliau mendedahkan butiran itu semasa memberikan taklimat kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di Bandar Indera Mahkota dekat sini, hari ini.
Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran tiba di sini untuk mendengar taklimat mengenai pasca banjir dan persediaan penggal persekolahan sesi 2014 di Pahang, di sini hari ini.
Mohd Rosdi berkata sebanyak 16 buah di Kuantan terjejas oleh banjir itu di samping tiga buah sekolah di Jerantut , Bera (lima), Maran (tiga), Pekan (tujuh) dan Temerloh (tujuh).
Katanya JPN akan memastikan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memantau peralatan persekolahan cukup di sekolah yang terjejas dan buku teks baharu diterima sebelum sekolah dibuka Khamis ini.
Selepas sesi taklimat selama sejam itu, Muhyiddin melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Badak dan SK Tanah Putih Baru dekat sini bagi meninjau keadaan sekolah tersebut yang dilanda banjir baru-baru ini. - Bernama
Pakai baju oren simbolik bantah kenaikan elektrik
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Sebagai bantahan terhadap kenaikan tarif elektrik pula,beliau menggesa hadirin memakai baju berwarna oren sebagai simbolik penentangan .
Katanya lagi, kumpulan bantahan itu akan berkumpul depan pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.30 malam ini.
"Kita tunggu dari pejabat agung dan akan bersama dengan kumpulan rakyat dari Sogo untuk berarak ke Dataran Merdeka," katanya yang ditemui selepas mengadakan perbincangan dan penyerahan memorandum bantahan kepada Pengurus Besar Komunikasi Korporat TNB, Omar Sidek.
Mengulas perkembangan berkaitan, Nurul Islam mendakwa pendedahan oleh polis kononnya menemui bahan letupan yang dipercayai akan digunakan untuk menggulingkan kerajaan malam ini hanyalah skrip lama.
"Itu hanya skrip lama seperti demonstrasi aman Bersih dahulu. Ini satu provokasi oleh pihak tidak bertangggungjawab bagi menggagalkan usaha rakyat membantah kos sara hidup," katanya.
Beliau mendesak polis menyiasat dalang yang menimbulkan provokasi tersebut dan bukan menuduh gerakan Turun dan NGO lain yang turut terlibat dalam himpunan malam ini.
11 langkah penjimatan, sandiwara baru Najib
- Dec 31, 2013
- ANIS NAZRI
Malah, pengumuman itu merupakan siri penipuan Najib terhadap rakyat memandangkan sebelum ini pengumuman mengenai pemotongan elaun menteri-menteri telah dipercayai telah dikeluarkan melalui satu pekeliling.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata kebanyakan dari 11 langkah penjimatan yang diumumkan Najib itu telahpun diarahkan melalui pekeliling yang dikeluarkan pada 2008.
"Bagaimanapun, sejauhmana pekeliling itu dipatuhi sehingga Najib terpaksa umum pula hari ini? Najib kena jelaskan kepada rakyat, adakah sebelum ini elaun-elaun itu dipotong. kemudian ada balik, dan kini perlu potong semula?" soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Mengulas lanjut langkah penjimatan tersebut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata pengumuman Najib itu tidak mampu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat, khususnya golongan pertengahan dan rendah.
"Pemotongan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri itu tidak akan menjadikan harga barangan, minyak, perkhidmatan akan turun. Kos tersebut akan terus meningkat. Begitu juga dengan langkah-langkah penjimatan lain yang dikatakan Najib," tegas beliau.
Sepatutnya, tambah beliau Najib perlu memikirkan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan rakyat bagi benar-benar memahami kehendak dan kesengsaraan rakyat.
Najib Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.
Turun: Himpunan dari rakyat untuk rakyat
- Dec 31, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Menurut pengerusinya, Azan Safar, himpunan malam ini berkonsepkan ‘Duduk dan Bantah’ menandakan ia benar-benar aman dan rakyat hanya ingin menyampaikan mesej iaitu memprotes kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Himpunan ini juga bebas dari sebarang provokasi dan ancaman yang menggugat kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.
"Para peserta juga akan bersurai secara aman sesudah meraikan tahun baru 2014 yang kita sifatkan sebagai Tahun Sengsara Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau juga menafikan dakwaan media arus perdana bahawa himpunan malam ini untuk menggulingkan kerajaan sebaliknya menegaskan hak berhimpun secara aman terkandung dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.
Justeru beliau menyeru peserta himpunan membawa bendera Malaysia sebagai tanda patriotik dan cinta kepada negara selain memakai pakaian tema yang bewarna hitam.
"Para peserta juga diminta untuk membawa sebarang poster mahupun sepanduk yang hanya menzahirkan mesej protes kenaikan kos sara hidup serta tidak mengandungi sebarang unsur provokasi dan ancaman.
"Himpunan ini juga ditegaskan adalah himpunan yang dianjurkan oleh rakyat, yang akan diraikan dan disambut juga oleh rakyat.
"Mana-mana kumpulan termasuk ahli politik sewajarnya turun sebagai rakyat tanpa sebarang bendera yang melambangkan parti masing-masing. Himpunan ini boleh disifatkan sebagai ‘Himpunan Dari Rakyat Untuk Rakyat’," katanya.
Potong RM1,698 namun bazir RM6.8 bilion
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut Rafizi, daripada sejumlah RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada Najib untuk projek-projek berbentuk kempen politik, tiada sesen pun dipotong melalui dana fasilitasi sebanyak RM4 bilion, penyusunan masyarakat (RM900 juta), program mesra rakyat (RM665 juta), program pembangunan (RM1.1 bilion) dan projek khas (RM202 juta).
"... sedangkan perbelanjaan sebeginilah yang menyebabkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," tegas Rafizi dalam kenyataan medianya hari ini.
Walaupun mengalu-alukan pengumuman mengenai langkah-langkah untuk mengurangkan belanja kerajaan oleh Najib, beliau menyifatkan langkah penjimatan itu sebagai berat sebelah dan tidak menyentuh perkara-perkara besar yang menjadi punca bebaban kewangan yang ditanggung rakyat.
Menurutnya, sungguhpun pemotongan elaun keraian sebanyak 10 peratus adalah satu isyarat bahawa pentadbiran Najib sedar tentang kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan BN, ia sedikit pun tidak membantu menghentikan pembaziran dan keborosan sedia ada.
"Saya juga ingin menegur Dato’ Seri Najib kerana langkah-langkah penjimatan yang diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di bawah, seolah-olah memberi gambaran bahawa kakitangan kerajaan adalah punca utama pembaziran pentadbiran beliau.
"Langkah-langkah seperti menjimatkan elektrik, mengurangkan penggunaan kain rentang dan lain-lain memberi gambaran seolah-olah beliau menyalahkan kakitangan kerajaan di atas kegagalan beliau sendiri mentadbir kewangan dengan baik," ujarnya.
11 Langkah penjimatan Najib hanya kosmetik
- Dec 31, 2013
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria (gambar) berkata, Najib cuba memberi gambaran di mata rakyat bahawasanya kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat hingga sanggup berkorban termasuklah untuk mengurangkan elaun menteri.
Menurutnya, 11 langkah penjimatan tersebut secara realitinya bukanlah satu usaha untuk mengurangkan beban rakyat sebaliknya tindakan untuk menutup kegagalan kerajaan memerintah negara dengan baik apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak petrol dan gula serta kenaikan tarif elektrik secara mendadak sehingga berlakunya kenaikan berantai.
"Sebelas langkah pengurangan yang diumumkan itu tidak langsung memberikan faedah kepada rakyat, ianya juga tidak menjadi satu jawapan utama terhadap permasalahan sebenar iaitu kos kehidupan rakyat semakin meningkat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Razman menjelaskan, PAS mahu melihat kerajaan menyelesaikan perkara pokok termasuklah ketirisan dan pembaziran yang berleluasa didalam pentadbiran negara ketika ini.
Kerajaan katanya tidak ada satu usaha untuk menyelesaikan kepincangan pemerintahannya sebaliknya cuba menutup kegagalan itu dengan pengumuman yang tidak mendatangkan faedah besar.
"Kerajaan seharusnya lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah rakyat yang dihimpit dengan tekanan kehidupan seharian apabila kerajaan sewenang-wenangnya mengumumkan pelbagai kenaikan.
"Masih ramai lagi rakyat hidup dalam keadaan perdapatan minima yang sudah pasti terbeban dengan pelbagai kenaikan ketika ini," jelasnya lagi.
Namun begitu, PAS menyambut baik satu langkah murni kerajaan untuk membuat satu langkah penjimatan dalam menggunakan dana wang negara dan sepatutnya ianya diamalkan sejak dulu lagi.
"Seharusnya semua kepimpinan kerajaan turut menginsafi untuk mengamalkan penjimatan dalam kehidupan mereka dengan melihat tekanan yang dilalui oleh rakyat marhaen kini," jelas Razman.
Selain penasihat, Najib juga perlu tukar menteri cap ayam
- Dec 31, 2013
- SHAHBUDIN HUSIN
Atas semua yang berlaku sehingga kerajaan dikritik sekarang ini, Najib sebagai nakhoda parti dan kerajaan adalah orang yang paling dipersalahkan mengenainya. Kelemahannya dalam memimpin negara, lambat bertindak dan perlahan dalam memberi respons terhadap sesuatu yang menjadi bebanan rakyat adalah antara punca semakin merosotnya sokongan rakyat ini.
Kelemahan Najib sebahagiannya adalah disebabkan karenah penasihat serta anggota kabinetnya yang turut lemah. Selain Najib sendiri mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan, kedudukan beliau diburukkan lagi oleh penasihatnya yang tidak memberi laporan betul atau hanya berdasarkan kajian di dalam bilik pejabat sahaja.
Dalam menguruskan negara, Najib dikatakan mempunyai paling ramai penasihat, daripada Idris Jala yang mengetuai Pemandu, Wahid Omar yang mengendalikan Unit Perancang Ekonomi atau EPU, Omar Ong sebagai pegawai khas utamanya, beberapa pegawai khas lain, beberapa setiausaha politik, perunding antarabangsa yang dibayar jutaan ringgit seperti Apco sehinggalah beberapa rakan lamanya seperti Jamaluddin Jarjis dan Elis Anor yang diberikan ganjaran lumayan melalui dana awam atau kedudukan dalam korporat.
Semua mereka ini merupakan watak penting dalam menentukan perjalanan parti dan kerajaan, walaupun Najib juga mempunyai barisan menteri kabinet dan anggota MT UMNO yang turut berperanan memberi pandangan serta idea kepadanya.
Sebelum pilihanraya 2013, Najib menjadi Perdana Menteri hanya menumpang atas mandat yang diperolehi oleh Pak Lah dan PRU13 adalah ujian pertama Najib. Keputusan pilihanraya itu memperlihatkan Najib lebih gagal daripada Pak Lah walaupun dengan perbelanjaan pilihanraya yang dipercayai jauh lebih besar daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya.
Selepas keputusan pilihanraya itu, Daim Zainuddin adalah orang pertama yang meletakkan kesalahannya kepada penasihat-penasihat Najib yang dianggapnya gagal memberikan nasihat yang betul kepada Perdana Menteri. Daim seterusnya menyarankan agar penasihat-penasihat itu dibuang berikutan kegagalan mereka.
Malangnya Najib masih mengekalkan mereka, malah terus bergantung harap kepada penasihat yang gagal itu. Lantaran itu, beberapa kebejatan dalam pengurusan ekonomi dan negara terus berlaku. Pemotongan subsidi dan menaikkan harga barang dilakukan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat.
Sekali lagi, dalam beberapa episod yang menjunamkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan, para penasihat ini dipersalahkan. Para penasihat ini bukan saja dianggap tidak memberi nasihat yang betul, bahkan didakwa bersalut agenda kepentingan peribadi. Sudah banyak desakan agar Najib menukar para penasihatnya yang gagal ini, termasuk terbaru oleh Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed.
Kelemahan lain Najib adalah berpunca daripada anggota kabinetnya yang turut lemah, tiada wibawa dan bercap ayam. Tidak perlu disenaraikan satu persatu menteri dan timbalan menteri yang bercap ayam ini kerana di media sosial sudah banyak diperkatakan mengenainya. Ramainya pemimpin cap ayam ini tidak membantu Najib, malah menjadikan kerajaan jadi bahan persendaan dan momokan rakyat.
Terlihat bahawa menteri dan timbalan menteri cap ayam ini tidak mempamerkan mereka lebih bijak daripada rakyat biasa. Cakapnya sering merapu, hujahnya ke laut dan seolah-olah bercakap dahalu, baru berfikir.
Walaupun kabinet yang ada masih baru tetapi oleh kerana kelemahan mereka yang terlalu ketara ini, Najib perlu memikirkan dengan serius untuk merombak kabinetnya. Beliau harus membuang menteri dan timbalan menteri cap ayamnya dan menukar dengan pemimpin yang lebih berwibawa dan diterima rakyat.
Dalam masa yang sama kerajaan juga dilihat lambat bertindak dan memberi respons terhadap sesuatu isu walaupun dunia kini sudah menjadi serba pantas dan tanpa sempadan. Tindakan Najib mengumumkan 11 langkah penjimatan termasuk pemotongan 10 peratus elaun menteri dan timbalan menteri, seharusnya dilakukan serentak atau pun sebelum beberapa langkah kenaikan dan pemotongan subsidi dilakukan.
Dalam beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan, sudahlah jawapan dan respons menteri menyakitkan hati, lebih buruk lagi ialah jentera kerajaan dan jentera parti yang sepatutnya memberi penerangan lebih jelas ke arah itu tidak pula dilakukan. Media sosial dan dunia maya yang diakui paling berkesan dan dekat dengan rakyat gagal dimanfaatkan sepenuhnya.
Walaupun menguasai kerajaan, jentera siber parti dan kerajaan sentiasa terkebelakang dan kecundang dalam persaingan dengan pihak lawan.
Hanya setelah keadaan semakin parah dan terpaksa memesongkan protes rakyat terhadap kenaikan harga barang pada malam tahun baru dengan agenda menggulingkan kerajaan serta setelah beberapa desakan ke arah itu dilakukan termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan ramai pihak lagi, Najib akhirnya mengalah dengan akur untuk turut sama berjimat.
Menghebahkan agenda mengguling kerajaan dan dalam masa yang segera mengumumkan langkah berjimat-cermat kerajaan hanyalah menunjukkan kerajaan dalam keadaan terdesak untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat. Yang penting kini Najib sedang mengakui kerajaannya semakin lemah daripada sokongan rakyat.
Tetapi kedudukan kerajaan dan sokongan rakyat terhadap Najib tidak akan berubah selagi para penasihatnya terus dikekalkan dan menteri serta timbalan menteri cap ayam tidak disingkirkan. Hanya dengan dua langkah segera itu yang kemudian disusuli pula dengan tindakan pragmatik yang pro rakyat, barulah ternampak kemungkinan adanya cahaya di hujung terowong perjalanan politik Najib.
Jika tidak, Najib lebih mudah tersingkir sama ada dalam pilihanraya 2018 ataupun mungkin lebih awal daripada itu. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
RM15 juta DBKL sambut 2014, gila dan menghina - Wardina
- Dec 31, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.
Wardina menambah: “Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014”.
Berikut ialah komen beliau.
Entahlah saya bersependapat dengan rakan saya...hati ni tak boleh terima 15 juta "dibazir" begitu saja Ye lah'Celebrate'lah...suka hati lah..di saat rakyat tenat.. tenat dari banyak segi..fizikal, kewangan, spiritual, moral... in my opinion we shouldn't be "celebrating" ... (you don't have to agree)
A future full of struggles and uncertainty for me.. Happy new Year 2014...
Dari FSS: "15 JUTA diperuntukkan oleh DBKL untuk perayaan tahun baru!
Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan.
Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014.
Gila dan menghina! Di saat program menangani gejala sosial langsung tiada bajet!"
Video kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan