Jamaluddin, Ong dan Samy hanya 'habiskan beras negara'
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR:
Kecenderungan pentadbiran Najib melantik duta khas dan penasihat khas
yang menelan perbelanjaan tinggi dan membebankan kewangan negara ditegur
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar).
Dalam satu kenyataan media, Sim
mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik
empat duta khas dan 13 penasihat khas yang sebahagiannya bertaraf
menteri.
Sambil menyifatkan perlantikan itu
sebagai “teramai dalam sejarah negara”, beliau turut mempertikaikan
kewajaran kerajaan melantik Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King
Sin sebagai duta khas bertaraf menteri ke Asia Timur seperti diumumkan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim di
Bintulu, baru-baru ini.
Negara kini mempunyai beberapa duta
khas lantikan politik antaranya Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr
Jamaluddin Jarjis yang ditugaskan ke Amerika Syarikat, Dato’ Seri Ong Ka
Ting (Republik Rakyat China) dan Dato’ Seri S Samy Vellu (India
Selatan) yang kesemuanya bertaraf menteri.
Sim mempertikaikan pelantikan tiga
individu terbabit yang tidak memberi pulangan yang ketara kepada negara,
malah hasil kerja mereka tidak membawa lonjakan pulangan atas pelaburan
(ROI) yang besar kepada negara.
“Saya ingin menyeru Perdana Menteri
berhenti melantik duta-duta khas yang mahal dan memakan belanja yang
besar dengan serta merta.
“Perlantik YB Dato Seri Tiong
baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan. Kerajaan BN perlu
menjelaskan rasionalnya melantik Duta Khas untuk hal ehwal Asia Timur,”
ujarnya.
Sim menambah, Malaysia mempunyai
duta-duta profesional yang berfungsi dengan baik di negara-negara Asia
Timur seperti Korea dan Jepun manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (MITI) berupaya mengendalikan urusan perdagangan dengan
negara-negara tersebut.
“ Apakah tugasan yang
dipertanggungjawabkan kepada Duta Khas? Kerajaan BN harus menjelaskan
mengapa perlu melantik Duta Khas, sedangkan kita sudah ada menteri
perdagangan antarabangsa dan duta besar?” soal beliau.
Beliau turut mempersoalkan kelayakan
dan kepakaran Tiong sehingga dilantik duta khas dan adakah pelantikan
itu satu ganjaran politik?
Isu yang paling penting, jelas Sim
adalah pelantikan duta khas dan penasihat khas membabitkan kos yang
tinggi dan membebankan kewangan negara.
Beliau turut membangkitkan jawapan
kepada soalannya di Dewan Rakyat apabila kerajaan menjelaskan membayar
gaji bulanan RM27,227.20 kepada duta khas yang lebih tinggi daripada
gaji menteri.
“Oleh kerana mereka berstatus menteri
maka mereka juga menikmati elaun dan kebajikan setaraf dengan menteri.
Mereka diberi pejabat yang dibiayai kerajaan.
“Ada sesetengah duta khas diberi
setiausaha kanan, pegawai khas, pembantu khas dan pegawai pengiring
PDRM. Mereka juga sentiasa menjelajah ke seluruh dunia. Kesemua ini
memakan belanja yang besar,” ujarnya.
Sim juga menganggar perlantikan duta-duta khas membabitkan kos RM2 juta setahun.
Pada sesi sidang Dewan Rakyat lalu,
usul yang dibawa Sim untuk memotong gaji duta-duta khas ditolak setelah
dibahaskan anggota Dewan.
“Dengan keadaan fiskal kewangan yang
ketat dan hutang kerajaan pusat yang akan mencecah 55 peratus KDNK,
apakah perlu kita berbelanja dalam melantik satu lagi duta khas?” soal
beliau.
Sim turut mencadangkan Perdana
Menteri menambah satu lagi langkah pengurangan kos kerajaan iaitu
menghapuskan jawatan duta khas dan penasihat khas di bawah Jabatan
Perdana Menteri.
Najib baru-baru ini mengumumkan 11
langkah kosmetik untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebagai satu
langkah ‘jimat cermat’.
Mercedes: SPRM sambut baik pendirian Guan Eng
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Justeru, SPRM dalam satu kenyataan hari ini menafikan ada menjalankan sebarang siasatan buat masa sekarang.
Sementara SPRM menyambut baik pendirian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengalu-alukan sebarang siasatan isu pembelian Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri itu, SPRM juga ingin membetulkan kenyataan yang beliau keluarkan semalam.
“Dakwaan bahawa tiada tindakan yang diambil oleh SPRM dalam isu dakwaan pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan BN, sebagaimana dibentangkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, SPRM menegaskan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali,” tambah kenyataan itu.
Sambil SPRM mengalu-alukan apa jua pandangan konstruktif, SPRM juga berharap Lim Guan Eng meneliti Laporan Tahunan-Laporan Tahunan SPRM dan juga Laporan Tahunan-Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dikeluarkan sebelum ini, yang turut diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.
Menurut kenyataan itu, kKedua-dua dokumen ini turut memperincikan tindakan yang telah diambil oleh SPRM ke atas isu-isu berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara.
Kenyataan-kenyataan SPRM, laporan tahunan SPRM dan laporan tahunan JKMR, yang dianggotai Ahli-Ahli Parlimen sendiri, menunjukkan SPRM telah mengambil tindakan wajar secara bebas, telus dan profesional ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara, termasuk yang terbaru dikeluarkan awal Oktober 2013.
Sekurang-kurangnya 15 perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah pun dibuka kertas siasatan dan sedang disiasat.
Tambah kenyataan itu, tindakan-tindakan yang diambil, sama ada tuduhan di mahkamah atau khidmat nasihat, dimaklumkan kepada JKMR dan Panel Penilaian Operasi (PPO) dari semasa ke semasa.
JKMR, salah sebuah badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009, turut dianggotai oleh wakil DAP iaitu Dr Tan Seng Giaw.
“Sekiranya memerlukan maklumat lanjut mengenai status kes dan tindakan diambil SPRM, YB Lim Guan Eng juga boleh merujuk kepada JKMR menerusi wakil DAP yang menganggotainya,” kata kenyataan itu lagi.
Justeru, kenyatan itu ingin menegaskan SPRM menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009 dan tidak bertanggungjawab kepada laporan-laporan media yang memetik sumber dan tidak berasas.
Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, jika kerajaan sentiasa berprasangka buruk kepada rakyat yang mengkritik, maka kerajaan itu akan menjadi musuh rakyat yang berakal dan enggan akal mereka dimandul.
Justeru, ujarnya pihak kerajaan hendaklah faham bahawa bukan semua yang mengkritik ataupun tidak berpuas hati dengan kerajaan itu menyokong ataupun suka dengan pembangkang.
Katanya, rakyat mengkritik kerajaan kerana memang hak mereka memuhasabah kerajaan yang memerintah negara mereka dan mengambil cukai serta mengenakan kuasa ke atas mereka.
Bekas Mufti Perlis itu menegaskan bahawa tiada kerajaan tanpa rakyat.
Sehubungan itu, jelasnya apabila rakyat merdeka jiwanya dan mempunyai pengetahuan serta maklumat maka mereka tidak akan bersetuju dengan kerajaan dalam perkara yang menjejaskan kepentingan mereka sebagai rakyat.
Beliau menambah, tidak semestinya kritikan itu kerana mereka menjadi agen pembangkang ataupun ingin menumbangkan kerajaan dengan senjata seperti yang diandaikan oleh mereka yang naif.
244,517 diberi kaunseling urus hutang
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Antara faktor utama masalah kewangan yang dihadapi mereka ialah kerana perancangan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22.9 peratus, kos perubatan yang tinggi (18.3%), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2%) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1%).
Untuk itu, dalam menghadapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, rakyat di negara ini perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan, menurut Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat (AKPK) Azman Hasim.
Beliau berkata rakyat di negara ini perlu mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat-cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dana kecemasan dan mengelak daripada membuat pinjaman baharu.
"Disiplin dan fokus perkara kecil seperti kurangkan makan di luar, tutup suis elektrik dan paip air dengan sempurna, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan adalah cara berkesan yang boleh membantu orang ramai bersiap sedia menghadapi masalah peningkatan kos," katanya kepada Bernama.
Azman berkata cara paling mudah ialah dengan mengadakan bajet dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan yang perlu.
"Melalui senarai bajet, pengguna dapat melihat kekurangan atau lebihan perbelanjaannya, sekali gus boleh menstruktur semula perbelanjaan dan mengubah perbelanjaan negatif kepada positif agar dapat membuat simpanan tambahan," katanya.
Azman berkata orang ramai lazimnya sedar akan masalah yang dihadapi akibat situasi ini, namun jika mereka tidak melakukan apa-apa tindakan, ia boleh menjejaskan kehidupan peribadi termasuk masalah keluarga dan pekerjaan.
Sementara itu, Pengarah AKPK Datuk Mahani Tan Abdullah berkata orang ramai perlu memanfaatkan perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh AKPK seperti Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.
"Melalui perkhidmatan yang ditawarkan AKPK, mereka boleh mendapatkan khidmat percuma kaunseling dan nasihat berhubung bajet, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu mereka membuat belanjawan bagi mengurus perbelanjaan.
"Dengan perkhidmatan ini, saya percaya mereka dapat merancang perbelanjaan mereka secara bijak terutamanya ketika menghadapi kenaikan harga yang menyebabkan kos sara hidup yang tinggi," katanya.
Katanya mereka boleh mendapatkan perkhidmatan AKPK melalui talian bebas tol 1800-88-2575 atau pun mengunjungi cawangan AKPK terdekat di seluruh negara.
Sementara itu, perunding kewangan Phua Lee Kerk mencadangkan supaya melakukan perbelanjaan harian mengikut keutamaan.
"Seseorang yang ingin berbelanja haruslah terlebih dahulu menyediakan senarai barangan daripada yang penting sehinggalah ke barangan tidak penting dan wajib.
"Selain itu, mereka juga perlu menetapkan had perbelanjaan untuk sesuatu pembelian bagi mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan mengikut nafsu," katanya.
Katanya golongan muda yang sentiasa mengikuti trend semasa tidak akan melepaskan peluang untuk berbelanja ke atas barangan seperti gajet dan pakaian.
"Namun, kadang-kala perbelanjaan ini dilihat sebagai tidak perlu kerana kebanyakan mereka membelinya untuk tujuan menunjuk-nunjuk.
"Ada juga dalam kalangan mereka yang terpaksa membayar hutang yang pelbagai disebabkan terlalu mengejar trend dan akhirnya tidak mampu melangsaikan hutang itu," katanya. - Bernama
Amaran angin kecang, laut bergelora kategori pertama
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin dengan kelajuan dari 40 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Kenyataan itu juga menyebut angin kencang dan ribut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Condore dan Reef North turut dijangka berterusan sehingga Jumaat.
Keadaan angin kencang yang bertiup dari 50 kmsj serta ombak setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selangor, Johor Timur, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat)dan Bunguran juga dijangka berterusan sehingga lewat malam ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. - Bernama
“Himpunan haram” bantah paderi di Klang
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Saroni Judi berkata perhimpunan itu diadakan kerana sekretariat yang terdiri daripada beberapa gabungan badan bukan kerajaan dan parti politik itu kesal dengan tindakan Paderi Lawrence yang masih enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.
"Kami akan menghantar satu surat bantahan terbuka kepada Lawrence hari ini untuk menyatakan kekesalan terhadap tindakannya yang tidak akur terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui, hari ini.
Turut hadir beberapa wakil NGO yang bernaung di bawah sekretariat itu termasuk Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Klang, Belia 4B cawangan Klang, Jati serta Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Sekretariat itu pada awalnya merancang mengadakan perhimpunan di hadapan Church of Lady Lourdes di sini, tetapi menukar lokasi mereka ke Padang Sultan Sulaiman sebagai menghormati kebebasan beragama penganut Kristian.
Pada 27 Dis lepas, Lawrence menerusi portal berita 'The Malaysian Insider' berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
Sementara itu, perhimpunan mingguan pertama untuk tahun ini bagi penganut Kristian di gereja St Anne's di Pelabuhan Klang di mana Lawrence adalah paderinya, berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini.
Lawrence yang kelihatan tenang ketika dan selepas menyampaikan khutbah dalam gereja mengucapkan terima kasih kepada polis yang sentiasa mengawasi keadaaan sekitar gereja itu. - Bernama
Islam tidak hebat dengan halang agama lain
- Jan 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kenyataan medianya, Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat itu berkata, sebaliknya kehebatan Islam bertolak dari komitmen yang tinggi oleh penganutnya terhadap syiar dan syariat Islam itu sendiri.
“Kalaupun tidak berlaku penyebaran agama dan ideologi asing dari Islam, sementara umat Islam pula longgar dan lemah pegangan mereka terhadap syariat Islam, umat Islam tetap akan lemah dan tidak mampu berdiri sebagai umat yang kuat dan berwibawa,” ujarnya.
Beliau turut memetik kata-kata sahabat Rasulullah s.a.w. yang juga Khalifah ar-Rasyidin ke-2, Saidina Umar al Khattab r.a. bahawa: " Kita (umat Islam) adalah satu golongan yang dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT dengan Islam. Maka jika sekiranya kita mencari kekuatan selain daripada kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, nescaya kita dihina oleh Allah SWT.”
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam untuk bangkit berdakwah dan berjuang, melibatkan diri dengan gerakan Islam, membasmi kejahilan dan mendidik serta membimbing masyarakat agar mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.
“Usahlah hanya berbimbang-bimbang pada kemaraan agama lain sedang umat sendiri terumbang- ambing tiada pegangan akidah yang betul dan mantap.
“ Kalau rumah kita hanya dibina dengan dinding kaca lalu kita risau dan resah setiap kali kenderaan melewati halaman kerana bimbang percikan batu, maka persoalannya sampai bila kita harus resah dan tidak lena tidur?
“Alangkah baik jika kita membina rumah berdindingkan batu, pastinya kita rasa selamat dan nyenyak tidur biar pun siapa yang melewati di halaman,” ujarnya member kiasan.
Ahli Parlimen Temerloh itu mengingatkan umat Islam akan keindahan Islam yang membawa rahmat kepada semua, namun setiap individu dan pemimpin Islam perlu memaparkan qudwah (contoh) yang baik dan bistari.
“Tunjukkan akhlak yang mulia bukan kekerasan persis seekor buaya, pamerkan kebijaksanaan bertindak bukan kegelojohan mengatur rentak dan kemukakan kebenaran serta kehebatan hujah bukan berbangga dengan kuasa untuk meredah,” tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan