13 maut, 122 ditahan dalam demo pro Morsi semalam
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
KAHERAH: Penyokong legitimasi dan pro Dr Mohamed Morsi bertekad tidak akan berhenti dari mengadakan bantahan terhadap kudeta di seluruh negara itu biarpun berdepan ancaman maut.
Semalam, himpunan Jumaat besar-besaran terus diadakan dengan menamakannya sebagai himpunan Al Maadi.
Perhimpunan tersebut diketuai Perikatan Kebangsaan bagi Pertahanan Legitimasi , yang menuntut pengembalian semula Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi itu.
Mereka mengadakan perhimpunan di beberapa kawasan di daerah-daerah Kaherah dari Helwan, Bandar Nasr dan Shubra .
Selain itu, mereka juga berhimpun di bandar pantai Alexandria dan bandar terusan Ismailia .
Mereka mengibarkan gambar Morsi dan foto rakan-rakan mereka yang syahid dalam serangan oleh pihak keselamatan kudeta ketika siri-siri perhimpunan sebelum ini.
Dalam pada itu, polis dan tentera kudeta seperti biasa menggunakan gas pemedih mata dan peluru hidup untuk menyuraikan perhimpunan pro-Morsi.
Menteri kesihatan Mesir dalam satu kenyataan menyebut, sekurang-kurangnya 13 terkorban dalam himpunan semalam manakala 122 lagi ditahan.
Pengamal media demo bantah penggantungan The Heat
- Jan 04, 2014
- Hazayani Zakaria & Anis Nazri
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pengamal media berhimpun di hadapan Menara Jam Besar, Lebuh Pasar hari ini bagi menggesa kerajaan, parti politik dan organisasi media mendukung hak-hak kebebasan akhbar.
Himpunan yang dinamakan Protes Pensel Merah ini sebagai solidariti kepada akhbar mingguan The Heat yang digantung penerbitannya baru-baru ini.
Himpunan ini dianjurkan Gerakan Media Marah (Geramm) yang ditubuhkan beberapa hari selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan The Heat.
Jurucakap Geramm, Fathi Aris Omar membacakan lapan tuntutan media sambil diperhatikan pihak polis.
Kumpulan kemudiannya mematahkan pensel merah sebagai simbolik membantah kekangan kerajaan ke atas media.
Kumpulan ini kemudiannya berarak dari Menara Jam ke Stesen LRT Masjid Jamek. Di hadapan stesen, lapan tuntutan dibacakan sekali lagi.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Pyan Habib yang mendeklamasikan sajak bertajuk 'Aku Sebatang Pensel' dan pemuzik Nik Jidan.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyokong tuntutan Geramm agar kerajaan memberikan kebebasan kepada media, termasuk memansuhkan Akta Penerbitan dan Media Cetak (PPPA).
Selain itu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata kerajaan juga perlu menghentikan sekatan terhadap penggantungan akhbar mingguan The Heat secara serta-merta.
Ditanya sampai bila kerajaan akan menyekat kebebasan media di negara ini, Kit Siang berkata kerajaan akan terus menyekat media apabila mereka terasa terjejas dan akan jatuh dengan laporan media.
"Kerajaan memang akan terus sekat apabila mereka rasa akan jatuh. Selain itu, selagi rakyat tidak ubah kerajaan, maka selagi itu mereka akan menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan akhbar," kata beliau yang ditemui di himpunan Pensel Merah.
Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha mendesak kerajaan bagi memberikan lebih kebebasan kepada media, selain memansuhkan PPPA dan mengembalikan permit The Heat serta-merta.
Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga ketika berucap di hadapan peserta himpunan berkata himpunan hari ini bukan semata-mata sebagai solidariti terhadap The Heat.
Tetapi, tegas beliau ia juga sebagai satu tanda tekanan terhadap kerajaan agar memberikan lebih kebebasan kepada media, termasuk kepada pembaca yang mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat.
Jangan hanya air mata
- Jan 04, 2014
- NASRUDIN HASSAN
2. Pastinya air mata kesal mengalir melihat fenomena ini. Kembalilah ummahku! Pelajari dan dalami agama Allah serta hampirkan diri kepada Allah Jalla wa A'la. Hindarkan diri dari terperangkap dalam perkara yang melebarkan jurang perbedaan dan meruncingkan pergeseran sesama muslim. Elakkan permusuhan dalam menanggapi perbedaan pendapat dan pandangan. Bina kekuatan ummah.
3. Ambillah prinsip yang pernah ditegaskan oleh Syeikh Rashid Redha rhm.
نتعاون فيما اتفقنا عليه و نعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه
"Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza pandangan padanya."
4. Kita mestilah peka dan sensitif terhadap elemen yang boleh merosakkan fikrah, syakhsiah dan aqidah ummah. Jangan pernah kita berpeluk tubuh menyaksikan agenda musuh-musuh Islam yang berusaha untuk melumpuhkan kekuatan ummah. Bangkitlah dan semarakkan Amal Islami di dalam diri, keluarga dan masyarakat kita.
5. Marilah kita bina Islam ini dalam diri kita, insyaallah kelak ia akan tegak di atas tanahair kita. Benarlah kata Imam Hassan Hudhaibi rhm.
أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم
"Tegakkan kedaulatan Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tegak di atas tanahair kamu."
Jangan leka dan asyik menghabiskan masa dengan perkara yang tidak menambah kekuatan kita, sedang kita sangat kesuntukan waktu untuk bekerja bagi membangunkan semula ummah yang runtuh akhlak dan maruahnya.
Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Barang naik: Geram akan jelajah seluruh Melaka
- Jan 04, 2014
- AHMAD DANIAL
MELAKA: Gerakan Anak Muda Anti Barang Naik Melaka (Geram) mengadakan road show pertama bertempat di Melaka Sentral dan Pekan Bukit Baru, pagi tadi.
Jurucakap Geram, Jauhar Md Dawi berkata program tersebut disifatkan berjaya kerana sambutan orang ramai yang amat memberangsangkan.
"Geram akan mengadakan 'road show' menjelajah ke semua daerah di negeri ini selepas ini bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengapa harga barang dan kos kehidupan naik.
"Kita juga akan mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakyat dalam menghadapi situasi yang mencabar ini," ujar Jauhar yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.
Jauhar berkata majoriti rakyat yang ditemui mengeluh dengan kenaiksn harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.
Program pagi ini dimulakan dengan pengedaran risalah dan kenyataan akhbar di Pasar Besar Melaka Sentral.
Selepas program di pasar besar tersebut petugas-petugas Geram telah bergerak ke Pekan Bukit Baru mengedarkan risalah.
Antara pimpinan PR negeri yang turut hadir ialah bersama Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Ketua DAPSY Melaka Damian Yeo.
Suhakam pandang serius Jais serbu premis Persatuan Bible
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian dinyatakan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Suhakam berpendapat bahawa adalah amat penting bagi pihak berkuasa dalam menjalankan tugas mereka, melaksanakan kuasa dan budi bicara mereka mengikut undang-undang dan sejajar dengan prinsip-prinsip hak kepada perbicaraan yang adil dan hak untuk mendapat perlindungan samarata di sisi undang-undang sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Menurutnya lagi, Suhakam juga menyeru pihak berkuasa untuk menghormati dan memastikan hak semua rakyat kepada kebebasan beragama, termasuk hak semua komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas, seperti yang dijamin di bawah Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18 dalam UDHR.
“Memandangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan agama, Suhakam berpandangan bahawa adalah penting bagi rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menunjukkan tahap toleransi agama dan rasa hormat yang lebih tinggi di dalam menangani isu agama dan kebudayaan,” katanya.
Haram Ikhwan Muslimin: Petanda Islam menang makin hampir
- Jan 04, 2014
- MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Apabila gerakan Ikhwan Muslimin yang bertapak di Mesir sejak sembilan dekad yang lalu menjadi penggerak utama kepada kebangkitan gerakan Islam di seluruh dunia Islam, ini mestilah dibendung supaya kepentingan Zionis di negara haram Israel terus terpelihara dengan menggunakan kuasa-kuasa Barat sejak di zaman British sehinggalah Soviet Union dan Amerika Syarikat.
Mimpi ngeri yang pernah diucapkan oleh Ehud Barak, bekas Perdana Menteri Israel lebih dua dekad yang lalu kini menjadi kenyataan; beliau pernah menyebut setelah kejatuhan Soviet Union, bahaya kepada dunia bukan lagi bahaya merah tetapi bahaya hijau, yang dimaksudkan dengan bahaya hijau ialah kebangkitan Islam khususnya gerakan yang mahu mengembalikan Islam di tampuk pemerintahan.
Perkembangan yang berlaku ini adalah manifestasi kepada Islamophobia yang melanda dunia Barat pasca peristiwa 11September. Fenomena Islamophobia bertukar menjadi Gerakan Islamophobia; Barat cuba menakutkan umum bahayanya Gerakan Islam dengan menggunakan berbagai cara untuk menyekat kemaraannya.
Adakala dikaitkan dengan gerakan pengganas, lebih kerap lagi melabelkannya sebagai golongan yang anti kebebasan dan mahu melaksanakan hukum syariah yang disifatkan sebagai menggundur kebelakang, kejam dan ekstrem.
Strategi menggunakan boneka di negara-negara umat Islam menjadi senjata makan tuan. Satu persatu kerajaan yang berkiblatkan Barat tumbang. Sepatutnya Barat mengambil pendekatan terbuka dengan memberikan peluang kepada Gerakan Islam memerintah dengan stabil bukannya menjadi talang dua muka.
Di saat Barat melaungkan dukungannya kepada demokrasi tetapi redha dengan Kudeta di Mesir dan pelanggaran hak-hak asasi manusia yang dilakukan oleh pihak tentera dan konco-konconya. Baginya kepentingan Israel dan pihak Barat lebih diberikan keutamaan daripada beratus nyawa yang gugur di medan Raabi'ah.
Ramai sudah menjangka Ikhwan Muslimin akan diharamkan dan ini bukanlah kali pertama ianya diharamkan bahkan kebanyakan masanya bergerak secara senyap di bawah tanah.
Di zaman Jamal Abdul Naseer gerakan Ikhwan Muslimin dituduh menjadi dalang perancangan membunuhnya, perancangan yang akhirnya didedahkan oleh pengikut-pengikut setianya adalah lakonan semata-mata untuk menaikkan imej beliau di mata rakyat.
Natijah daripadanya ratusan ahli Ikhwan Muslimin yang diseksa dengan begitu dahsyat, ada antaranya yang digantung kakinya dan diseksa supaya mengaku melakukan perancangan lakonan ini.
Di zaman Anwar Sadat walaupun peranan Ikhwan Muslimin sangat besar di dalam perang menentang pengganas Israel khususnya perang Ramadhan atau Oktober yang menyaksikan kekalahan teruk tentera Israel di bawah pimpinan Jeneral Sa'duddin Syazzili. Akan tetapi jasa Ikhwan Muslimin dibalas dengan tekanan dan pengharaman Ikhwan Muslimin, semata-mata tidak mahu gerakan ini menggugat kuasa pemerintahan tentera.
Dengan termeterainya perjanjian Camp David mengukuhkan lagi kedudukan tentera hasil daripada perancangan Barat khususnya Amerika Syarikat. Antara isi perjanjian ini tentera AS akan melatih tentera Mesir secara tetap, mereka yang terpilih sahaja yang dihantar antaranya General Abdul Fattah As-Sisi.
Sekarang ini peranan beliau pula untuk berdepan dengan Ikhwan Muslimin, sekali lagi gerakan ini diharamkan dan lebih daripada itu lagi meletakkannya di dalam senarai kumpulan pengganas dengan alasan ianya terlibat di dalam beberapa siri serangan bersenjata dan bom yang mengorbankan sebilangan anggota keselamatan dan orang awam.
Pihak Ikhwan Muslimin menafikan dengan sekeras-kerasnya dan menegaskan bahawa wasilah perjuangannya ialah dengan cara aman bukannya kekerasan. Tindakan yang diambil seperti skrip yang sudah diatur.
Sehingga hari ini siri-siri kekacauan termasuklah serangan bom terus dilaporkan oleh media-media pro Kudeta dan semua tuduhan ditujukan terhadap Ikhwan Muslimin. Pepatah arab ada menyebut yang bermaksud; ' Dia memukul aku dan dia yang mengadu dipukul'. Inilah realiti yang sedang berlaku di bumi Mesir, pihak Kudeta yang menuduh Ikhwan Muslimin sebagai pengganas merekalah sebenarnya pengganas yang membunuh rakyat sendiri, menangkap, memenjara, menakut dan menyeksa lalu mengadu mereka dituduh sebagai pengganas.
Pertembungan yang berlaku sekarang ialah antara pihak yang menyokong kudeta dan rakyat yang mahukan kepada perubahan, bukannya antara kerajaan dan Ikhwan Muslimin. Kenapa Ikhwan Muslimin begitu ditakuti? Adakah pemimpinnya penjenayah yang membunuh dan merompak harta benda awam ?
Ikhwan Muslimin adalah gerakan tajdid dan islah yang berjuang untuk mengembalikan umat Islam supaya berpegang dengan ajaran Islam yang syumul merangkumi kesemua aspek daripada ibadah sehinggalah kepada pemerintahan negara.
Pendekatannya ialah dengan jalan aman melalui sistem demokrasi pilihanraya walaupun dengan menggunakan pelbagai nama-nama parti, yang terakhir dengan nama FJP (Freedom and Justice Party) yang memperoleh kemenangan besar dalam pilihanraya yang lepas sehingga berjaya menghantar ahlinya, Mohammed Mursi menjadi presiden pertama yang dipilih dengan demokrasi pilihanraya yang telus.
Inilah kesalahannya sehingga ianya dikenakan tindakan sebegitu rupa. Ikhwan Muslimin bergerak bersama nadi rakyat yang dihimpit dengan sistem yang zalim dan kejam. Kerja-kerja da'wah, pendidikan dan kebajikan adalah intipati gerakannya.
Ikhwan Muslimin telah melalui mehnah yang sangat dahsyat di sepanjang sejarahnya. Ramai pemimpinnya yang dibunuh samaada dengan cara assasin seperti pengasasnya As-Syahid Imam Hasan Al-Banna atau dihukum gantung sampai mati seperti As-Syahid Syed Qutb, As-Syahid Abdul Qadir Awdah dan ramai lagi.
Ribuan ahlinya dipenjarakan dan diseksa semenjak dari zaman Jamal Abdul Naseer sehinggalah zaman Husni Mubarak. Ribuan lagi yang terpaksa hidup di dalam buangan, berhijrah di serata dunia.
Walaupun melalui mehnah yang begitu dahsyat, ianya sedikit pun tidak mengurangkan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir bahkan sokongan rakyat kepadanya makin bertambah. Pihak kerajaan Kudeta serba salah berdepan dengan situasi ini kerana sokongan yang didambakan daripada rakyat tidak seberapa.
Sehingga kini sebilangan besar pimpinan Ikhwan Muslimin dipenjarakan dan dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan yang direka-rekakan dan ratusan lagi ahli-ahlinya yang ditahan. Presiden Mohammad Mursi yang masih berada di dalam tahanan diubah tuduhan ke atasnya dengan dikaitkan tuduhan jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman mati.
Saya sangat yakin mehnah yang dilalui oleh Ikhwan Muslimin akan dapat ditempohi dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan. Barangkali mehnah ini adalah petanda kemenangan yang lebih besar umpama ibu yang kesakitan untuk melahirkan anak, setelah anak dilahirkan terserlahlah kegembiraan.
Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
PNB perlu batal hasrat jual saham Kesas kepada Gamuda
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketuanya, Syarhan Humaizi Halim, berkata selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertindak untuk tidak menandatangani perjanjian jual beli itu demi memastikan hak dan kebajikan rakyat terpelihara, lapor Selangor Kini.
Beliau berkata, jika kerajaan pusat ikhlas untuk menjaga kebajikan rakyat, maka tindakan PNB itu perlu dihalang kerana ia dilihat ‘green light’ kepada syarikat konsesi menaikkan kadar tol sewenang-wenangnya.
“PNB bertindak menerima tawaran daripada Gamuda itu sebagai cubaan mengaut keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat.
“Kami berpandangan kerajaan pusat melalui PNB harus bekerjasama dengan kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghalang kenaikan harga tol.
“Jika PNB di pihak PKNS, maka pegangan 50 peratus saham mereka mampu menghalang kenaikan harga. Jika PNB jual, ini menjadikan Gamuda memiliki 70 peratus saham berbanding PKNS 30 peratus,” katanya dalam laman Facebook.
Syarhan berkata, tindakan PNB itu menunjukkan kerajaan pusat tidak prihatin dengan masalah peningkatan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat dan lebih mementingkan keuntungan kroni.
“Keperitan rakyat khususnya pengguna lebuh raya bakal menjadi lebih parah lagi selepas Gamuda memuktamadkan tawaran pembelian pegangan lain dalam Kesas Holding Bhd,” katanya.
Baru-baru ini, Amcorp Properties Bhd dan PNB bersetuju untuk menjual keseluruhan pegangan 20 peratus masing-masing kepada Gamuda dan menjadikan komposisi sahamnya 70 peratus dan PKNS 30 peratus.
Hal itu, menunjukkan PKNS akan memiliki saham minoriti, sekali gus mengurangkan kuasa untuk menghalang kenaikan kadar tol oleh Kesas.
Menurut laporan Maybank Investment Bank Research November 2013, Kesas mencatatkan peningkatan kenderaan lima peratus setiap tahun membabitkan 490,000 penguna setiap minggu dengan menyumbangkan keutungan berganda 121 peratus antara tahun 2008 hingga 2012.
Sebelum ini, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat Selangor akan menggunakan pegangan saham di lebuh raya Kesas, Sprint dan Damansara-Puchong untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan Barisan Nasional.
Kalimah Allah: Polis ambil keterangan pengarang portal berita
- Jan 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata tindakan itu bertujuan bagi memastikan sama ada artikel berkenaan ditulis berdasarkan kenyataan sebenar yang dibuat oleh paderi tersebut.
Lawrence dilaporkan menyatakan bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.
"Polis telah rekodkan percakapan pengarang portal itu pagi tadi untuk memastikan sama ada artikel tersebut memang menyiarkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh paderi berkenaan.
"Ia akan digunakan untuk melengkapkan siasatan polis dan mungkin dalam dua atau tiga hari lagi kita akan panggil pula paderi itu untuk direkodkan percakapannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Shukri berkata sebelum ini polis juga telah merekodkan percakapan 10 individu bagi membantu siasatan susulan daripada 86 laporan polis yang diterima di seluruh negeri tersebut.
Katanya, kertas siasatan berhubung isu berkenaan dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya minggu depan dan akan dihantar kepada pihak Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Pada 27 Dis lepas, Lawrence menerusi 'The Malaysian Insider' berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata polis belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak berhubung cadangan membantah kenyataan paderi itu menerusi penganjuran perhimpunan pada hujung minggu ini.
"Kita tidak ada terima apa-apa permohonan untuk mereka melakukan sebarang perhimpunan dan saya minta mana-mana pihak dapat membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengambil sebarang tindakan kerana isu sebegini adalah isu sensitif yang boleh gugat keharmonian masyarakat," katanya.
Beliau juga berkata tindakan Jais yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia semalam tiada kaitan dengan polis dan ia dilakukan sendiri jabatan tersebut mengikut bidang kuasa mereka.
Terdahulu, Mohd Shukri menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Shah Alam kepada ACP Azisman Alias yang bertukar jawatan dengan bekas ketua polis daerah itu, ACP Zahedi Ayob.
Azisman sebelum ini merupakan Ketua Unit Pengajian Sains Kepolisan di Maktab Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur. - Bernama
Jawapan Harussani Buktikan Kefahaman Islamnya Dangkal!
Bughah: Itu adalah fahaman saya terhadap Islam, jawab Harussani
Berita Harian melaporkan tentang kenyataan fatwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkaitan ‘bughah’ halal darah peserta perhimpunan sebelum ini.
Beliau berkata tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya dan bukan bertujuan mencari publisiti murahan.
“Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian,” tegas beliau.
“Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti.”
“Saya bertanggungjawab ingatkan umat Islam yang terbabit akibat hasutan orang kafir, sedangkan orang kafir tidak menyertai perhimpunan haram itu, sampai bila umat Islam (mahu) diperbodohkan,” katanya lagi.
Pengakuan Mufti ini tentang fahamannya maksud ‘bughah‘ yang dikeluarkan sebelum ini. Hanya setakat itu yang beliau faham tentang maksudnya berlainan dengan kefahaman pakar-pakar agama lain.
Jadi kepada yang marah dan tak berpuas hati, janganlah marah sangat kerana hanya itu yang beliau faham!!
ULASAN GB
Sekadar itu sajakah kefahaman Mufti berkenaan tentang "bughah"?
Sepatutnya apabila timbul sesuatu yang menimbulkan pertikaian, umat Islam hendaklah merujuk kepada Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias. Bukan berpegang kepada pendapat sendiri. Malah jika berstatus ulamak sekalipun yang berkemampuan berijtihad, di dalam Islam yang perlu dipegang ialah IJMA ULAMAK (kesepakatan ulamak), bukan kepada pendapat seorang dua ulamak.
Jika masing-masing ulamak meninggalkan IJMA dan mengguna-pakai tafsiran dan pendapat masing-masing, maka di situlah timbul perpecahan dan perbalahan di kalangan ummah.
Jika semua hanya berpegang kepada pendapat masing-masing dan bukan IJMA ULAMAK atau sekurang-kurang jika tiada ijma (kesepakatan) maka digunakan pendapat JUMHUR (majoriti) ULAMAK, maka sudah tentu pincanglah ummah. Nanti akan ada pula yang mengeluarkan "fatwa", Harussani wajar dihukum bunuh kerana menimbulkan & menggalakkan pertumpahan darah dan dia juga berkata "fatwa" itu dikeluarkan mengikut kefahamannya terhadap agamanya sepertimana jawapan Harussani juga. Apa akan jadi jika berlaku demikian?
(Itu sebabnya di Malaysia ini hanya Parti Islam SeMalaysia PAS meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti. Kemua hal mengenai hukum dan dasar adalah diputuskan melalui permesyuaratan ahli-ahli Majlis Syura, bukan diputuskan oleh seorang dua ulamak).
Telah didedahkan sebelum ini bahawa mufti berkenaan hanya berkelulusan diploma. Ini bererti ruang-lingkup ilmu Islamnya masih terlalu cetek dan perlu belajar lagi. Akibat kecetekan ilmu menyebabkan seringkali keluar daripadanya "fatwa-fatwa" yang juga cetek dan dangkal hasil kefahaman Islamnya yang cetek dan dangkal itu.
Itu sebab mengapa kini timbul suara lantang bahawa Harussani perlu dipecat dari jawatan mufti. Kenyataan dan pendapat beliau yang tak bertapis itu perlu diambil tindakan, malah wartawan dan akhbar yang melaporkannya juga perlu diberikan tindakan yang wajar. Ini kerana "fatwa" yang dikeluarkan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar dan pertumpahan darah di kalangan umat Islam.
"Media pengampu" ada betulnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan