Sabtu, 4 Januari 2014

BILA TERASA DIRI KITA TENANG DAN DEKAT DENGAN ALLAH....BAGAIMANA SUARA KITA BUKANKAH AURAT ....WALAUPUN KHILAFIAH...TUBUH BERJUBAH PUN LELAKI BOLEH TELANJANGKAN DALAM KEPALA OTAKNYA...TU SEBAB ISLAM TAK GALAKAN WANITA TERDEDAH DALAM MASYARAKAT TERLAMPAU2....KECUALI LELAKI MUHRAM DAN KALANGAN WANITA SAJA

[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu | PERLU DIBERI PERHATIAN !!!


[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu | PERLU DIBERI PERHATIAN !!! | Setiap orang mempunyai pengalaman  tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. 
Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini. 
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu. 
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik 
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya. 
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik 
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel. 
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka 
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur. 
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum 
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel. 
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik 
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
Macai Bising Kereta KM P.Pinang Bernilai RM300,000 Tapi Semua Membisu Bila Kereta Proton Terbaru Najib Bernilai lebih Dari RM500,000.Tahukah para macai-macai tentang nilai sebenar Proton Perdana yang konon-kononnya dihadiahkan kepada PM untuk kegunaan rasmi Najib sebenarnya bernilai lebih dari setengah juta?. WE WIN ...

Antara Kereta Mukhriz Vs Lim Guan Eng... Kenapa Kereta Lim Guan Eng Jadi Sasaran??

Tambang bas sekolah naik 40 peratus

Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) mengugut menghentikan operasi sekiranya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan perundangan ekoran langkah menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40 peratus sekarang.

Presidennya Amali Munif Rahmat, berkata walaupun sedar tindakan itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM500,000 di bawah Akta Persaingan, mereka tiada pilihan lain untuk menampung kerugian sedia ada, lapor Berita Harian.

“Kenaikan ini hanya untuk menampung semula kerugian berikutan kenaikan harga diesel. Tetapi, sekiranya dikenakan tindakan, kami tidak teragak-agak untuk menghentikan operasi.

“Kami tidak mampu untuk membayar kompaun terbabit, tambahan pula perlu menanggung kerugian sedia ada,” beliau dipetik sebagai berkata kepada harian itu semalam.

Mulai semalam tambang bas sekolah di seluruh negara dinaikkan sehingga 40 peratus, bagi menampung peningkatan kos operasi.

Keadaan itu menjadikan kadar tambang bas sekolah meningkat kepada RM38.70 bagi kilometer pertama berbanding RM27.43 sebelumnya bagi bas sekolah di bandar manakala RM20.61 kepada RM28.85, di luar bandar.

SPAD mengarahkan kadar sedia ada dikekalkan hingga Mac ini.

Pelantikan Tan Sri Abdul Gani Patail ada cerita disebaliknya.....

Oleh Syed Imran
Isu menarik dalam tahun 2013  yang membabitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak memeranjatkan saya. Ia hanya menunggu masa untuk 'meletup' dan ia sudahpun bermula.  
Lima orang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis berhubung pendedahan mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Kita masih tidak dimaklumkan sama ada pihak polis telah memula atau membuka kertas siasatan. Kita tahu bahawa setiap laporan yang dibuat mesti disiasat. Dalam kes ini, ia membabitkan Peguam Negara dan laporan polis oleh Ahli Parlimen berdasarkan maklumat mantan pegawai kanan polis.

Kita ingin tahu sama ada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Datuk Hadi Ho Abdullah, yang akan bersara tidak lama lagi, telah mengarah siasatan dilakukan atau hanya berdiam diri tanpa sebarang tindakan. Maklumlah ia membabitkan Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya.

Jika siasatan tidak dilakukan, maka rakyat boleh menyatakan bahawa wujud dwi-standard dalam siasatan. Tanggapan atau andaian sedemikian mesti dibuktikan tidak betul oleh pihak polis. Setakat ini, siasatan nampaknya belum dijalankan.

Saya masih ingat 'peristiwa' yang membawa kepada pelantikan Gani Patail selaku Peguam Negara kerana pada waktu itu saya bertugas di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab keatas hal ehwal undang-undang. Jabatan Peguam Negara terletak dibawah seliaan atau tanggungjawab Menteri berkenaan.

Pelantikan Gani selaku Peguam Negara (AG) turut membabitkan latar belakang yang menarik dan seolah-olah  satu babak drama tv yang penuh dengan dendam kesumat, iri hati dan ampu-mengampu. Ia bukan satu kebetulan. 
Gani Patail adalah AG kelapan selepas Datuk Seri (kemudian Tan Sri) Ainum Mohamad Sa'aid, Tan Sri Mohtar Abdullah, Tan Sri Abu Talib Othman, Tan Sri Hamzah Abu Samah, Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Tan Sri Cecil M. Sheridan  dan Thomas Vernor Alexander Brodie.
Datuk Seri Ainum merupakan wanita pertama dilantik AG dan penyandang jawatan paling singkat dalam sejarah tanah air, iaitu selama setahun sahaja. Kenapa dan mengapa ianya berlaku boleh diibaratkan sebagai sebabak drama yang skripnya ditulis selari dengan perancangan. Saya kata ia boleh diibaratkan bukan babak drama sebenar. Harap pembaca faham akan maksudnya.  
Saya maklum  bahawa mantan AG Tan Sri Mohtar Abdullah, allahyarham,  telah memperakukan Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, iaitu Gani Patail, dilantik menggantikannya. Sebaliknya,  Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad)  memperakukan kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong supaya melantik Datuk Seri Ainum Mohamad Sa'aid. 
Pelantikan Ainum dibuat selaras dengan Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu: "Yang diPertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara Bagi Persekutuan."
Rupa-rupanya pelantikan Ainum kurang disenangi oleh segelintir pihak terutama yang berkhidmat dalam Jabatan Peguam Negara. Mereka mula berusaha untuk 'memaksa' Ainum 'keluar' dan bermulalah babak-babak  yang halus dan terancang rapi.
Datuk Seri Dr Rais Yatim (sekarang Tan Sri) selaku menteri bertanggungjawab, memilih untuk mencari calon paling sesuai bagi menggantikan Tan Sri Mohtar. Ini dilihat penting kerana beliau berpendapat bahawa Jabatan Peguam Negara memerlukan seorang ketua yang tegas dan pantas buat kerja. Umum mengetahui bahawa institusi udang-undang dan kehakiman ketika itu masih memperkatakan mengenai isu percutian mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusof Chin dan Tan Sri Mohtar yang turut membabitkan seorang peguam yang dilihat sebagai 'berpengaruh'.  Oleh itu, Dr Rais ingin membawa pembaharuan ke dalam Jabatan Peguam Negara. Tindakan Dr Rais rupa-rupanya tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu termasuk mereka yang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara.

Nama Ainum muncul setelah Dr Rais mengadakan rundingan dan perbincangan dengan banyak pihak termasuk dari institusi kehakiman dan beberapa orang peguam kanan. Dr Rais tidak membuat keputusan bersendirian untuk mencadangkan nama Ainum kepada  Dr Mahathir Mohamad. Itu cara dia buat kerja, berunding sebelum membuat keputusan.

Ainum ketika itu memegang jawatan timbalan ketua eksekutif Suruhanjaya Sekuriti  dan sebelum itu, antara lain,  pengarah eksekutif Pengkalan Holdings Berhad, dan pengarah bukan eksekutif Sime UEP Properties Bhd.

Pelantikan Ainum sebagai Peguam Negara mengakibatkan beliau berhadapan dengan banyak aral serta rintangan. Beberapa pihak dalam Jabatan itu sendiri yang tidak senang dengan kemaraan beliau. Ini kerana Ainum, dalam jangka masa yang begitu singkat, memperlihatkan yang dia adalah seorang ketua yang penuh integriti dan kewibawaan. Tidak dinafikan ada pihak yang menaruh dendam dan marah terhadapnya.

Ada pegawai dalam Jabatan Peguam Negara tidak selesa dengan taktik serta pentadbiran Ainum yang tegas.

Pejabat Menteri sedar bahawa ada pegawai dari Bahagian Pendakwaan yang menyampaikan berbagai-bagai laporan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Samsudin Osman dan ada yang terus kepada Dr Mahathir. Mereka membelakangi Dr Rais selaku Menteri yang bertanggunggjawab atas hal ehwal undang-undang.

Ada pegawai yang terus berjumpa Dr Mahathir untuk melaporkan apa yang berlaku dari hari ke hari di Jabatan Peguam Negara. Dr Mahathir berjaya dipengaruhi untuk melantik pengganti Ainum.

Dalam tempoh setahun perkhidmatannya selaku Peguam Negara, kami di Pejabat Menteri dapat lihat perubahan pada wajah Ainum, dia jelas kelihatan letih seolah-olah mengalami gangguan kesihatan sedangkan pada awalnya dia begitu cergas dan bersemangat setiap kali ke Pejabat Menteri atas urusan tugas. Perubahan ini membuatkan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa Ainum menjadi mangsa ilmu hitam. Saya tidak berani menyatakan sama ada ianya benar atau tidak walaupun ilmu hitam dan amalan-amalan yang dipengaruhi syaitan itu wujud.

Akhirnya, Ainum 'terpaksa mengalah' dan dia 'meletak jawatan' atas sebab kesihatan. Sama ada ianya sesuatu yang benar atau sebaliknya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tetapi yang jelas, kedudukan kesihatan Ainum sihat dan dia tetap cergas dan bertugas hingga sekarang.

Peletakan jawatan Ainum diganti oleh Gani Patail, secara efektif mulai 1 Januari 2002 dan apa yang saya tahu ia adalah kehendak Dr Mahathir sendiri.

Pelantikan Gani menimbulkan banyak kontroversi, terutama dari sektor guaman. Peranan beliau dalam kes  Dato' Seri Anwar Ibrahim dipertikai oleh Majlis Peguam dan beberapa parti pembangkang.  Tetapi, semuanya tidak memberi kesan kerana Gani telahpun dilantik atas perkenan Yang diPertuan Agong.

Sebagai seorang yang amat rapat dengan KSN ketika itu, Gani, dalam kebanyakan hal telah melangkaui Dr Rais yang sepatutnya dirundingi terlebih dahulu. Beliau lebih kerap berinteraksi dengan KSN. Ini jelas memperlihatkan kedudukan 'hubungan' antara Peguam Negara dan Menteri.

Dr Rais pernah menyatakan bahawa antara Gani dan Ainum macam bumi dengan langit. Ainum berdiplomasi tetapi tegas. Apa yang dijanjikan lantas dilaksanakan. Gani pula sentiasa menggambarkan autoriti dan diplomasi bukan satu sifat utama beliau.

Dr Rais menyifatkan Ainum sebagai seorang pegawai perundangan yang tegas dan dedikasi.

Apakah benar Ainum menghadapi masalah kesihatan sehingga terpaksa meletak jawatan? Saya kurang yakin dan sukar untuk mempercayainya.

Jika benar dia sakit, masakan dia dilantik sejurus selepas itu sebagai Penasihat Undang-Undang Kumpulan, Corus Hotels Group United Kingdom dan kemudian menyertai Laura Ashley United Kingdom sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bersama?

Ainum juga dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Sime UEP Properties Berhad, ahli Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad dan Pelaburan Hartanah Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional Berhad.

Sudah pasti syarikat-syarikat gergasi dan bertaraf antarabangsa itu tidak akan melantik seorang yang menghadapi masalah kesihatan jika dia benar-benar sakit. Itulah jawaban saya kepada pertanyaan sama ada saya yakin dan percaya dengan alasan yang diberi untuk dijadikan alasan kenapa Ainum meletak jawatan sebagai Peguam Negara.

Pelantikan Tan Sri Abdul Gani Patail selaku Peguam Negara ada cerita disebaliknya dan apa yang sedang dihadapinya sekarangpun ada cerita, jika pihak polis 'berani' menyiasat laporan polis yang dibuat terhadapnya.

WAHAI PROF DR MUHAYA .... ADAKAH IBU BAPA YANG MENGELUH, MERUNGUT DAN MERINTIH INI JIWA MEREKA TIDAK TENANG DAN TIDAK TAHU BERSYUKUR?????

Muka depan akhbar media perdana milik dan dikuasai UMNO memaparkan kisah Harga makanan kantin sekolah naik melampau.

Nasi ayam di sebuah sekolah di Cheras dijual RM4.50sen sepinggan.

Malaslah Omak Kau nak ulas .. nanti dituduh sebagai jiwa tidak tenang .. bila jiwa tidak tenang tidak tahu bersyukur .. tidak tahu bersyukur tidak tahun cari solusi.  Maklumlah Omak Kau bukannya Pakar Motivasi tetapi sekadar pejuang parti yang percaya kepada politik realiti.

Yang Omak Kau tahu .. rakyat bawahan kini sedang menjerit laungan keperitan hidup.

Sekadar jual sambal tumis ikan bilis tidak mungkin boleh dijadikan solusi permasalahan ini.. Tak tahulah Omak Kau kalau ada sambal tumis ikan bilis spesel dan ajaib.

Kalau nak reset minda dan jiwa .. nak buat macam mana kali ini .. nak asyik berfikir positif tapi kualiti hidup semakin negatif.

Kalau tanya Ketua Dewan Ulama Muda UMNO Sedunia dia akan keluarkan fatwa bahawa ini semua Ketentuan Allah SWT.

Kalau tanya para pemimpin UMNO betaraf menteri dia akan jawab kalau rasa mahal jangan beli .. berpuasa saja.

Kalau tanya PPIP, ketuanya sendiri dah di istiharkan muflis sejak tahun 1985 lagi.

Nak tanya Ali Tinju, dia hanya jaga Rosmah Mansor saja.

Kalau tanya macai-macai dan balaci-balaci UMNO dia akan kata ini semua salah DSAI.

Omak Kau takut nak tanya Mufti Perak .. KWAH KWAH KWAH.


RAKYAT DUNGUN MELAKUKAN "BUGHAH" DENGAN MEMBUAT FLASHMOB BANTAH KENAIKAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI DI BANDAR DUNGUN, TERENGGANU!!!


PEMIMPIN SELESA RAKYAT SENGSARA TURUN!!!!!  ....  HAK KAMU NAIKKAN HARGA BARANG, HAK KAMI UNTUK TURUNKAN KAMU!!   ....   2014 TAHUN KESENGSARAAN RAKYAT!!!   ....   HAPUSKAN MONOPOLI BARANG KAWALAN  ....  KALAU NAJIB TAK TURUNKAN HARGA BARANG, KAMI TURUNKAN NAJIB!!!!   ....   TURUN BIL ELEKTRIK, HARGA GULA HARGA MINYAK, SEMUA TURUN!!!!!
Itulah antara kata-kata yang terdapat pada beberapa plakad yang dipaparkan oleh peserta flashmob di Dungun, Terengganu petang tadi.

Rakyat sudah bosan, jelak, muak dan hilang sabar atas gara-gara kerajaan UMNO/BN pimpinan najib yang dilihat pada mereka sebagai kerajaan yang langsung tidak membela nasib rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

Flashmob ini mendapat sambutan cukup hangat dari rakyat yang lalu lalang dengan membunyikan hon kenderaan mereka.

Apakah akan ada fatwa songsang mengatakan tindakan rakyat ini sebagai BUGHAH?????
Kalau macam ni punya kelayakkan lebih baik jadi guru kafa....Lowwww classss....!!!!

Tidak cukup dengan PDRM menjadi Penjilat Tegar UMNO.. Para Ustaz dan Mufti Lantikan Juga dijadikan BABU dan BARUA bagi mempertahankan Kezaliman, penindasan serta penipuan yang dilakukan ke atas rakyat jelata oleh Para pemimpin Munafiq dalam UMNO.
Mari Kita Lihat seekor lagi Pencacai Tua yang menjadi Penjilat Tegar Para Pemimpin Islam Munafiq dalam UMNO...
BIODATA : Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.
Isterinya Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani. Anak 4 orang.
Tinggal di 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak.
• 1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor•
1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu,Johor•
1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak•
Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak•
Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
• Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)•
1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak•
1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak•
1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang•
1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang•
1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
• 1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
• 1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri — at Kulim Kedah

Note I :Kalau setakat belajar sekolah agama aku pun belajar sekolah agama jugak.Kalau setakat belajar di Kolej Islam Kelang ( KIK ) dapat jadi Mufti, Beratus ribu dan anak melayu islam yang menjadi lepasan Kolej Islam Kelang. Kalau Setakar Diploma Pendidikan Kolej Islam Kelang samalah Tarafnya dengan Diploma Pendidikan yg dikeluarkan oleh Maktab-maktab perguruan di seluruh Malaysia..Kalau setakat pi Kursus Pendedahan 6 Bulan kat Kota London, bukannya pembelajaran Khusus dalam bidang-bidang tertentu...
hahaha.. dapat sijil kehadiran kursus jer..!!
Kalau nak bercakap pasal Bughoh dan Khawarij, Apa pengkhususan Pengajian agama Harussaini..??
Note II :Kalau nak bercerita pasal Bugoh dan Khawarij mari kita bahas sejarah Saidina Abbas r.a ( Bapa Saudara Rasulullah s.a.w ) bersama-sama ratusan ribu umat islam yang melakukan Revolusi besar-besaran bagi menumbangkan Empayar Islam Bani Umaiyah yang zalim, Menindas dan membaham Harta negara..Apakah Saidina Abbas r.a yang dijamin syurga oleh Allah juga seorang Khawarij dan Bughoh ( pengkhianat ) kerana Menghasut ratusan ribu umat islam pada zamannya bagi menumbangkan Khilafah Islam Bani Umaiyah..??

Nasihat Ihklas dari Gua - " Harussaini baik lu letak jawatan dan pi sambung belajar agama dan Bahasa arab dari pada Melalut macam orang tua Nyanyok tak sedar diri.." Lagi Pun Lu ingat Lu Sorang ker yg belajar agama..?? Ramai anak muda di luar sana yang Fasih berbahasa arab tak de pun angkuh dan Sombong macam lu yg tergagap2 nak bercakap dalam Bahasa Arab..


Teuku Zacharyah Iskandar.Admin : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
Kalau macam ni punya kelayakkan lebih baik jadi guru kafa....Lowwww classss....!!!!

Tidak cukup dengan PDRM menjadi Penjilat Tegar UMNO.. Para Ustaz dan Mufti Lantikan Juga dijadikan BABU dan BARUA bagi mempertahankan Kezaliman, penindasan serta penipuan yang dilakukan ke atas rakyat jelata oleh Para pemimpin Munafiq dalam UMNO.
Mari Kita Lihat seekor lagi Pencacai Tua yang menjadi Penjilat Tegar Para Pemimpin Islam Munafiq dalam UMNO...
BIODATA : Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. 
Isterinya Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani. Anak 4 orang. 
Tinggal di 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak.
• 1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor• 
1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu,Johor• 
1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak• 
Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak• 
Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
• Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)• 
1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak• 
1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak• 
1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang• 
1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang• 
1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
• 1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
• 1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri — at Kulim Kedah

Note I :Kalau setakat belajar sekolah agama aku pun belajar sekolah agama jugak.Kalau setakat belajar di Kolej Islam Kelang ( KIK ) dapat jadi Mufti, Beratus ribu dan anak melayu islam yang menjadi lepasan Kolej Islam Kelang. Kalau Setakar Diploma Pendidikan Kolej Islam Kelang samalah Tarafnya dengan Diploma Pendidikan yg dikeluarkan oleh Maktab-maktab perguruan di seluruh Malaysia..Kalau setakat pi Kursus Pendedahan 6 Bulan kat Kota London, bukannya pembelajaran Khusus dalam bidang-bidang tertentu...
hahaha.. dapat sijil kehadiran kursus jer..!!
Kalau nak bercakap pasal Bughoh dan Khawarij, Apa pengkhususan Pengajian agama Harussaini..?? 
Note II :Kalau nak bercerita pasal Bugoh dan Khawarij mari kita bahas sejarah Saidina Abbas r.a ( Bapa Saudara Rasulullah s.a.w ) bersama-sama ratusan ribu umat islam yang melakukan Revolusi besar-besaran bagi menumbangkan Empayar Islam Bani Umaiyah yang zalim, Menindas dan membaham Harta negara..Apakah Saidina Abbas r.a yang dijamin syurga oleh Allah juga seorang Khawarij dan Bughoh ( pengkhianat ) kerana Menghasut ratusan ribu umat islam pada zamannya bagi menumbangkan Khilafah Islam Bani Umaiyah..??

Nasihat Ihklas dari Gua - " Harussaini baik lu letak jawatan dan pi sambung belajar agama dan Bahasa arab dari pada Melalut macam orang tua Nyanyok tak sedar diri.." Lagi Pun Lu ingat Lu Sorang ker yg belajar agama..?? Ramai anak muda di luar sana yang Fasih berbahasa arab tak de pun angkuh dan Sombong macam lu yg tergagap2 nak bercakap dalam Bahasa Arab..

Teuku Zacharyah Iskandar.Admin : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO




Tiada ulasan: