ISU BUGHAH ... MUFTI PERAK KECUT MENIKUS ENGGAN BERTEMU DENGAN PEMUDA PAS PERAK!!!
Berani Kerana Benar .. Lari Lintang Pukang Mencicit Sampai Tak Cukup Tanah Ertinya Berada Di Kelompok Yang Bersalah .... Itu Ikut Falsafah Hukum Akal Logik.
Kalau merasakan Fatwa Bughah itu betul .. Mengapa harus TS Harussani Zakaria SS Mufti Perak enggan bertemu dengan rombongan dari Dewan Pemuda PAS Perak.
Terlajak Perahu Boleh Berundur .. Terlajak Fatwa Songsang Terus Lari Lintang Pukang.
Apabila rakyat mulai sangsi dan hilang rasa hormat pada institusi Mufti jangan salahkan sesiapa .. salahkan seorang agamawan yang bernama Harussani.
Hasrat Pemuda PAS Perak bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani tidak kesampaian dengan alasan beliau tidak bersedia untuk bertemu. Timbalannya telah mewakili beliau bertemu kami. Pemuda PAS telah meminta penjelasan tentang isu bughah yang dibangkitkan itu. Pejabat Mufti akan mengeluarkan penjelasan dan kenyataan rasmi tentang isu tersebut.
Dr Raja Iskandar Al-Hiss
Ketua Pemuda PAS Perak
INILAH PANDANGAN DARI PENGERUSI YADIM MERANGKAP AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO YANG BARU, BAB BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU.
PRINSIP BERBEZA PANDANGAN: AGREE TO DISAGREE
Saudara boleh berbeza pandangan dengan saya kerana pandangan saya boleh jadi salah. Begitu juga sebaliknya saya juga berhak untuk menyanggah pandangan saudara walaupun pandangan saudara boleh jadi betul. Demikian prinsi yang seharusnya dipegang sebagaimana diajar oleh Imam Syafie dalam akhlak berbeza pandangan:
رأي صواب يحتمل الخطأ،ورأي غيري خطأ يحتمل الصواب
"Pandanganku betul namun boleh jadi salah, dan pandangan orang lain salah namun boleh jadi betul".
Sebab itulah Islam tidak menghalang kita untuk berbeza pendapat asalkan adab dan akhlak sentiasa dijaga, juga tidak pula taksub dengan pandangan sendiri agar tidak dicela Allah sebagaimana Hadis Nabi SAW:
مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ
"Tidak sesat umatku selepas menerima hidayah Allah melainkan kerana mereka suka berdebat2".
Pandanganya walaupun salah dan pendapat pihak lain itu sah benar tapi mau meneruskan perbezaan pendapat.
Sepatutnya ikut hukum akal logik, bila berbeza pendapat kita cari titik kebenaran .. siapa yang disahkan berkata benar maka kena akur dan terima bukannya berterusan untuk menyanggah .. ini bukannya mencari kebenaran tetapi bertegang leher bertekak nak tegakkan benang yang basah kuyup.
Inilah apabila jiwa di selaputi kepartian anutan apabila mengeluarkan hujah bukannya matlamat mencari kebenaran.
Omak Kau mungkin silap .. tapi jika ada sesiapa yang boleh beri keyakinan yang apa Omak Kau cakap in tidak betul.. Omak Kau dengan rela hati menerimanya.
Mungkin sebab itu UMNO makin liat dan gentar apabila di ajak berdebat sebab masih mau bertegang leher enggan menerima kenyataan dan kebenaran jelas.
Bayi Meninggal Dunia Disangka Tidur Nyenyak
“Lebih menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi berkenaan sedang tidur nyenyak”
Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra, semalam.
Menurut Rossmaine Sulaiman ibu kepada bayi tersebut, dia dan suaminya mengambil anaknya, Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu bekerja.
“Ketika mengambilnya dari tangan pengasuh, saya dapat rasakan tangan keras dan langsung tidak ada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk.Melihat kejadian itu, saya dan suami bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,”
Dia berkata, sepanjang perjalanan, mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem namun tiada sebarang tindak balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan sebaik tiba di hospital tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.
“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya menerima tubuhnya yang kaku,”
Tambah Rossmaine , dia cuba menelefon pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Takziah diucapkan kepada keluarganya.Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah buat bayi ini:-
BILA RAKYAT CERDIK BERSUARA IANYA CUKUP KREATIF SEKALI .. SUATU SARANAN YANG TEPAT DAN BIJAK.
Memang benar apa yang dikatakan oleh rakyat cerdik berakal diatas ... TOL NAIK TOLAK BN.
Ayuh kita jadikan harapan dan impian rakyat ini menjadi kenyataan demi kesejahteraan, kemakmuran, kebahagiaan dan keamanan.
SOALAN ADMIN BUAT HARUSSAINI MUFTI PERAK.
Jika rakyat yang bangkit menentang kezaliman, penindasan serta penipuan Kerajaan dituduh sebagai Khawarij dan pengkhianat ( Bughoh) bagaimana pula dengan status Kaum keluarga bapa saudara Rasulullah s.a.w ( Saidina Abbas r.a ) di mana Cicit beliau beliau Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen bagi mengulingkan Empayar Islam Bani Umaiyah..
Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas r.a dengan kaum keluarganya telah menggerak puluhan ribu umat islam melakukan REVOLUSI secara besar-besaran bagi menumbangkan Khilafah Umaiyah yg zalim, menindas dan merompak harta negara sedangkan khalifah islam Umaiyah pada waktu itu banyak mendirikan masjid. bersolat, puasa dan menunaikan haji di Mekah?
Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah.
Diisebabkan kerosakan yg dilakukan oleh Khalifah Bani Umaiyah melibatkan kemaslahatan Ummah dan Kerajaan Islam maka Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas r.a terpaksa melakukan REVOLUSI besar-besaran walaupun ianya mengorbankan ribuan nyawa umat islam hanya semata2 bagi menghapuskan kezaliman para khalifah Bani Umaiyah.
Setelah hancurnya Empayar Bani Umaiyah maka umat islam telah membentuk Empayar Islam yg lebih kuat lagi bagi mengantikan kerajaan Islam Bani Umaiyah. Kerajaan baru tersebut dikenali sebagai Empayar Islam Abbasiyah sempena mengambil nama keturunan Saidina Abbas r.a yg telah berjaya menghapuskan kezaliman, penindasan dan penipuan para khalifah Bani Umaiyah sebelumnya..
Note :
Persoalanya apakah Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas r.a seorang Khawarij kerana menentang Pemimpin Islam yg mendirikan solat 5 waktu, berpuasa dan menunaikan Haji.. Dan juga seorang Pengkhianat ( Bughoh ) kerana telah menghasut ratusan ribu umat islam pada zamannya bagi melakukan Revolusi secara besar-besaran untuk menumbangkan Empayar Bani Ummaiyah..??
Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

Himpunan Turun suara majoriti, suara demokratik
SAYA ingin menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir apabila menyifatkan tindakan berhimpun di
Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai suatu tindakan yang tidak
demokratik.
Tindakan kami bersama lebih 50 ribu rakyat Malaysia berkumpul pada 31 Disember 2013 adalah mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Fasal 1 (a), (b) dan (c).
Apakah beliau mahu mendakwa bahawa hak berhimpun mengikut undang-undang demokrasi yang diamalkan di negara ini merupakan tindakan tidak demokratik?
Lalu apa yang beliau faham dan belajar mengenai prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini selama ini? Prinsip demokrasi mengikut kefahaman beliau atau prinsip demokrasi mengikut yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?
Merujuk kepada dakwaan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa tindakan rakyat berhimpun untuk menuntut kos sara hidup diturunkan adalah menafikan hak majoriti yang ingin menyambut sambutan Ambang Tahun Baru 2014, sekali lagi saya ingin menyoal apakah benar rakyat yang hadir menyambut Ambang Tahun Baru 2014 itu merupakan kumpulan majoriti?
Secara asasnya, saya boleh jamin peserta himpunan Turun yang melimpah ruah membanjiri perkarangan Dataran Merdeka lebih ramai jika mahu dibandingkan dengan pengunjung konsert yang menantikan ambang 2014.
Mahu dikira jumlah luas persegi bilangan peserta himpunan Turun dibanding dengan orang awam yang berkunjung ke Dataran, silakan kira tetapi anda pasti dapat jawapan yang sama.
Tidak timbul soal pengunjung konsert adalah majoriti berbanding peserta himpunan Turun. Saya kira kerajaanlah yang paling tidak demokratik apabila membazirkan kos RM15 juta duit rakyat untuk konsert ambang 2014 tanpa bertanyakan keizinan rakyat majoriti terlebih dahulu yang cukup muak dengan anjuran program-program membazir seperti itu.
Selain itu, Lihat sahajalah hasil peratus keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini. 51 peratus atau 5.6 juta undi rakyat Malaysia berbanding 5.3 juta undi Umno/BN atau hanya 48 peratus pengundi sudah terang-terang menolak keberadaan kerajaan pimpinan Umno/BN meskipun Umno/BN masih mengekalkan kemenangan disebabkan kelebihan faktor persempadanan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hal ini merupakan isyarat awal penolakan rakyat majoriti terhadap rejim angkuh ini. Belum lagi jika kita tanyakan pula pada rakyat pengundi UMNO/BN pasca PRU13 dengan pemungkiran janji gula-gula yang mereka taburkan ketika PRU13 yang lepas.
Saya mempunyai keyakinan yang ampuh dan konkrit, dengan kenaikan kos sara hidup asas rakyat yang melibatkan keperluan harian seperti tarif elektrik, harga minyak, harga gula, kadar tol, tambang bas dan LRT, belum dikira perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan GST pada April 2015 yang menatijahkan keseluruhan harga barang-barang lain turut serta meningkat, 5.3 juta rakyat yang mengundi Umno/BN pada PRU13 lepas turut terkesan disebabkan turut sama merasai sengsara rakyat. Sebahagian dari kalangan mereka yang masih mempunyai akal yang waras pasti merasa tertipu malah marah dengan kerajaan Umno/BN.
Lalu saya mahu bertanya kembali, apakah Tun Dr Mahathir masih mahu menganggap 48 peratus sebagai nilai majoriti? Apakah 51 peratus surplus pengundi yang berpaling tadah dari Umno/BN pasca PRU13 masih dikira golongan minoriti?
Akhir sekali, mengenai soalan Tun Dr Mahathir apabila beliau sinis bertanya “Demokrasi jenis apakah ini?”, lalu saya mahu jawab,
Inilah demokrasi mengikut Perlembagaan. Jika tak boleh terima, sila keluar dari Malaysia!
Muhammad Afiq bin Awang Bakar,
Pengarah Urusan & Integrasi Nasional
Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun)

Artikel Berkaitan
- Konflik Mesir: Tragedi berdarah diulang tayang
- Mufti itu bukan pada gelaran, tapi kejujuran diri
- Pencapaian Matematik Melayu: Masalah dan solusi
- Himpunan Turun suara majoriti, suara demokratik
- Adakah Nabi masih hidup?
- Niatlah kerana ALLAH
- Selawat ke atas Rasulullah SAW
- Pendakwah perlu tampil kontemporari
- Menteri KDN dulu ada juga beri amaran...
- Harussani harus dipecat sebagai Mufti
Friday, 3 January 2014
PARA BLOGGER PRO UMNO DEDAHKAN KEPADA UMUM BAHAWA NAJIB DAN ROSMAH KINI SEDANG BERSERONOK TERBANG KESANA KESINI DENGAN JET PERIBADI MEWAH YANG BARU KETIKA RAKYAT SEDANG BERGELUMANG DENGAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN MENINGGI!!!!
Di tengah-tengah langkah penjimatan, penulis-penulis blog pro-Umno tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.
Dalam tulisan di blog, antaranya oleh Big Dog dan RockyBru, mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2" atau "NR2" – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.
Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux.
Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.
Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.
ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.
BILA BLOGGER PRO UMNO TOTOK PUN DAH MULAI MELUAT DAN MENYAMPAH DENGAN GAYA HIDUP NAJIB RAZAK PETANDA HAYATNYA SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA SUDAH TIDAK LAMA.·
Friday, January 3, 2014
Khatib pula serang Harussani dalam khutbah Jumaat
Akibat kenyataannya bahawa peserta demonstrasi Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember lepas, sebagai “bughah” dan halal darah mereka, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terus mendapat tekanan daripada pelbagai pihak.
Hari ini, para khatib solat Jumaat menghentam dan mempertikaikan “fatwa” beliau itu manakala semalam usaha Pemuda PAS Perak untuk bertemu beliau gagal.
Ini kerana Harussani tidak bersedia untuk bertemu mereka dan menyerahkan kepada timbalannya untuk bertemu.
Pemuda PAS telah meminta penjelasan berkenaan isu “bughah” yang dibangkitkan itu.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Pejabat Mufti akan mengeluarkan penjelasan dan kenyataan rasmi tentang isu tersebut dan enggan bertemu mereka.
Di Rawang, Selangor khatib sebuah surau hari ini mempertikaikan secara terbuka “fatwa” berkenaan dalam khutbah Jumaatnya.
Ustaz Zuhdi Mat Piah dalam khutbahnya di Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri berkata, fatwa itu sangat bertentangan dengan Al Quran dan hadis Rasulullah serta pegangan empat imam mazhab dalam Islam.
Katanya, “bughah” adalah pertentangan umat Islam menggunakan senjata terhadap kerajaan Islam sedangkan pihak yang pergi ke Dataran Merdeka 31 Januari lepas tidak membawa apa-apa senjata.
"Bayangkan sidang Jumaat sekalian kalau fatwa itu dikeluarkan sebelum perhimpunan itu.
"Boleh jadi ada pihak yang akan mengambil kesempatan menggunakannya untuk menumpahkan darah peserta demonstrasi itu kerana darah mereka difatwakan sebagai halal," kata khatib itu kesal.
~ The Malaysian Insider
NGO: Siasat Harussani kerana hasut membunuh
Sebuah NGO hari inimembuat laporan polis menggesa agar mufti Perak disiasat berhubung kenyataannya yang "menghalalkan darah" peserta himpunan protes harga barang pada 31 Disember lalu.
Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa (bawah) dalam laporannya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi berkata, kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria itu berbaur hasutan untuk membunuh.
Beliau menggesa Harussani disiasat bawah Seksyen 503 dan 505(c) Kanun Keseksaan atas dakwaan menakutkan secara jenayah dan khianat awam dengan mengapi-apikan golongan tertentu.
"Mufti Perak seharusnya sedar perhimpunan itu adalah tanda protes rakyat terhadap tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan segala kos sara hidup yang bakal ditanggung rakyat dalam tahun 2014.
"Justeru, kenyataan beliau merupakan satu hasutan dan dorongan untuk melakukan keganasan, kecederaan termasuk untuk melakukan pembunuhan terutamanya terhadap mereka yang hadir pada di perhimpunan aman itu," katanya.
Beliau merujuk kepada berita "Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah" yang disiarkan Malaysiakini dengan memetik kenyataan asalnya dalam akhbar Berita Harian, semalam.
Berita Harian semalam melaporkan Harussani sebagai berkata, semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.
Fariz turut menggesa Harussani agar meletakkan jawatan kerana kenyataannya itu mencemarkan nama baik institusi mufti.
"Jika Harussani seorang yang waras, beliau sewajarnya meletakkan jawatan sebagai mufti Perak kerana kini dilihat bukan sahaja sebagai boneka kerajaan Umno-BN tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan disegani rakyat," katanya.
Bapa tak sedar anak dalam kereta
Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.
Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.
KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.
Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan