MARI TENGOK KELULUSAN HARUSSANI - LAYAKKAH DIA JADI MUFTI?
Written By canang on Jumaat, 3 Januari 2014 | 1/03/2014 10:12:00 PG
Pendidikan
• Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
• Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
• 1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
• 1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu,Johor
• 1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor.
• Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)
Kerjaya
• 1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri
• 1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
• 1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
• 1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
• 1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
• 1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
• 1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
Layakkah dgn kelulusan yg dipegang oleh En Harusani menjawat jawatan mufti?
***Tahukah anda ada ramai ustaz ambil PHD di London bergurukan seorang yahudi yang hafal Al-Quran dan hadis???
Jika belajar Islam bergurukan yahudi adakah anda yakin si yahudi itu tidak menanam doktrin kepercayaannya diselitkan dalam ilmu Islam?
Pelajar yang tidak sependapat dengannya GAGAL dalam kursus PHD tersebut. Pulang kosong tanpa PHD. Tetapi pelajar yang menurut fahamannya akan lulus dan pulang bergaya dengan PHD agama Islam.... Inilah haramjadah sebenar. Gua sedang mencungkil maklumat penuh isu bergurukan yahudi ini
Gendang Perang
perrggghhh !! Mufti ku ... kiki
PATUT LA PUN!!!! PEPATAH MENGATAKAN "KAWAN DENGAN SAUDAGAR MINYAK WANGI KITA PUN BERBAU WANGI JUGA, KAWAN DENGAN TUKANG BESI KITA PUN JADI MACAM BESI JUGA" BETOI KA ??? KAKAKAKAKAKA...
EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!! ... HARUSSANI HANYA LULUSAN DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM???????
Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, mufti Perak sejak tahun 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat di negara ini dan juga satu-satunya mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.
Beliau adalah mufti yang dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan mengeluarkan kenyataan dan fatwa mengelirukan. Hari ini, melalui portal Malaysiakini, Harussani mendakwa mereka yang menyertai perhimpunan Turun pada malam menyambut tahun baru, halal darahnya dikorbankan.
Beliau menggelar mereka ini sebagai pemberontak ataupun di dalam terma bahasa Arabnya ialah “bughah”.
Harussani pada zamannya pada tahun-tahun 1985 di mana ketika itu para cendekiawan Islam berkelulusan luar negara tidak ramai. Jika ada sekalipun, ramai yang memilih menyertai fakulti pengajian Islam di universiti-universiti awam Malaysia sebagai tenaga pengajar.
Namun, ramai kurang gemar dengan tindakan membiarkan Harussani terus menjawat jawatan tertinggi agama di negeri itu sedangkan hari ini sudah ramai anak negeri Perak yang sudah berjaya di peringkat pengajian tertinggi seperti Doktor Falsafah di dalam pengajian berkaitan Islam. Walaupun begitu, perlantikan ke jawatan mufti ini tidak di bawah kerajaan negeri tetapi terus di bawah Sultan yang merupakan ketua agama negeri.
Harussani yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak kini dilihat sebagai mufti yang kuat berpolitik hanya mempunyai kelulusan peringkat sijil di pusat pengajian tempatan. Beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Kelang pada tahun 1964 di mana ketika itu kelulusan tersebut sama tarafnya dengan diploma. Seperti dinyatakan pada zaman awal tersebut, tidak ramai mereka yang berpengajian Islam yang tinggi maka Harussani mempunyai peluang berjaya di dalam pentadbiran Islam yang luas.
Malah, dengan pengalamannya sebagai pengajar agama Islam di beberapa maktab perguruan juga memberi peluang kepadanya untuk memperoleh jawatan yang baik kerana kekurangan mereka yang berpendidikan ijazah sarjana muda berkaitan agama Islam pada ketika itu dalam pentadbiran awam.
Beliau dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menjadi mufti pada tahun 1985 dan sehingga kini tiada lagi anak watan Perak yang dilantik untuk menggantikan beliau meskipun sudah ramai yang belajar sehingga ke Timur Tengah dalam pengajian Islam. Namun begitu, beliau dianugerahkan dengan Doktor Kehormat yang membawa gelaran “Doktor” dalam kurungan oleh Sultan sendiri yang merupakan Canselor Universiti Malaya pada tahun 2001.
Namun begitu, semua sedia maklum anugerah Doktor Kehormat Syariah hanya bersifat mengiktiraf tugas dan sumbangan dan ini tidak mencerminkan ilmu sepertimana yang ada dalam pemberian Doktor Falsafah yang hanya boleh diambil selepas menyelesaikan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan mempunyai kemampuan menulis jurnal berwasit dan bersifat pengkaji ilmiah.
Malah, tidak salah untuk mengatakan mana-mana anugerah Doktor Kehormat di kebanyakan universiti di Malaysia bersifat politik dan perniagaan. Contohnya apabila sebuah universiti di Malaysia yang menganugerahkan Doktor Kehormat Ekonomi kepada pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un yang belum pun berumur 30 tahun semata-mata untuk berharap dapat menarik lebih banyak pelajar dari Korea Utara untuk dihantar belajar di universiti swasta berkenaan.
Tindakan terbaru Harussani ini yang cuba “”menumpahkan” darah adalah amat dikesali ramai pihak. Tindakan beliau yang memprovokasikan keadaan memburukkan nama baik Sultan yang merupakan ketua agama Islam di negeri Perak. Terlalu banyak yang sudah dilakukan Harussani sejak dahulu lagi yang mengguris hati umat Islam meskipun beliau hanya mufti di sebuah negeri di Malaysia.
Meskipun Harussani banyak menulis di majalah dan buku (walaupun bukan dikategorikan sebagai ilmiah), ia masih jauh meletakkan beliau sebagai ulama sebenarnya. Namun sekarang, Harussani perlu berlapang dada dan menyedari kedudukan diri sendiri yang sebenarnya seorang yang tidak layak pada abad hari ini kerana sudah terlalu ramai anak watan Perak yang jauh lebih baik kelulusan akademiknya daripada Harussani.
Biarlah artikel ingatan ini ditujukan kepadanya supaya ingat bahawa ramai orang tahu kecetekan ilmunya itu tetapi malas sebelum ini untuk membuat bising. Tetapi kali ini Harussani melampau dan ego besar, sudah sampai masanya Harussani diingatkan bahawa Harussani ini tidak ada apa-apa pun yang baik tentangnya dalam pembangunan ummah di negeri Perak dan Malaysia...TMI
Kos naik: Nak 'ubah gaya hidup' macam mana lagi?
- Jan 03, 2014
- SALMIYAH HARUN
Ubah cara hidup! Jika ayam naik harga jangan makan ayam. Jika tidak mahu bayar tol yang mahal jangan guna tol.
Itulah saranan mudah pak menteri apabila rakyat merungut tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Malahan tahun 2014 yang baru membuka tirai hari ini bakal menjadi tahun rakyat mengikat perut.
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat Anuar Tahir (gambar) menyelar tindakan kerajaan yang hanya tahu mengarahkan rakyatnya berjimat cermat sedangkan kerajaan sendiri tidak ada langkah konkrit mengatasi masalah kewangan negara. Ikuti temubual ringkas Harakahdaily bersama beliau.
Apakah dengan cara rakyat mengubah cara hidup sebagaimana disarankan kerajaan dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang?
Seruan kerajaan tidak setimpal dengan perlakuan kerajaan selama ini. Kerajaan sendiri tidak mahu ubah pentadbiran dan pengurusan ke arah lebih telus dan teratur. Kerajaan tidak dilihat memberi kesan dalam krisis ekonomi hari ini apabila mereka hanya tahu menyuruh rakyat untuk berjimat cermat atau ubah gaya hidup mereka. Saya percaya separuh daripada rakyat negara ini yang sebahagian besarnya adalah golongan miskin dan sederhan sudah habis daya untuk berjimat-cermat. Selama ini saban tahun mereka sudah mengikat perut kerana kenaikan harga barang sekian lama berlaku. Rakyat sudah tidak ada ruang untuk berjoli atau berhibur semata-mata.
Saya juga melihat di pasar-pasar minggu sambil perhatikan sebahagian besar ibu-ibu membeli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak, mereka berkira-kira sebab mereka akan habis beratus-ratus ringgit untuk keperluan anak-anak sekolah. Tidak usah hendak nasihatkan rakyat? Mereka sudah lama berjimat. Hendak suruh mereka naik basikal ke? Kalau mereka tidak berjimat saya percaya rakyat bawahan ini sudah lama kebulur. Berbelanja RM7 untuk makan tengahari ianya cukup besar bagi rakyat bawahan ini.
Kerajaan hendak macam mana lagi? 11 perkara yang kononya diwar-warkan untuk langkah berjimat cermat adalah cerita lama langkah itu untuk kurangnya pengurusan kerajaan tetapi harga barang tetap macam biasa juga ia seperti 'snow bowling effect'.
Apakah yang harus dilakukan oleh rakyat dalam keadaan berdepan harga barang semakin naik?
Rakyat kena tunjuk secara jelas amarah mereka. Tunjukkan rasa marah atau kesal atau tidak puas hati dalam bentuk apa jua yang ada. Antaranya jumpa wakil rakyat BN, nyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Buat pertemuan, wujudkan dialog jelaskan sebab apa mereka (kerajaan) tidak berperanan untuk mengawal harga barang. Rakyat pula jangan selamanya takut jangan jadikan alasan suasana aman dan sejahtera untuk mereka tidak bersuara.
Apakah cukup dengan pemberian BR1M kerana apabila lepas PRU akan tetap berlaku kenaikan harga barang?
Pemberiann BR1M bukan boleh mengubah ekonomi rakyat, ianya sekadar untuk tempoh masa tertentu sahaja. Saya melihat BR1M ini adalah langkah kerajaan untuk meredakan rungutan rakyat sebaik sahaja berhadapan dengan kenaikan harga barang. Kita kena sedar setiap kali selepas PRU harga barang akan naik walaupun kerajaan berjanji tidak akan melakukannya. Rakyat kena sedar pemberian BR1M tidak akan boleh menghalang kenaikan harga barang. Sebab itulah saya setuju jika kerajaan memberi wang 'cola' RM300 khas kepada pekerja swasta sebagai usaha menangani kenaikan harga barang, sekurang-kurangnya untuk setahun ini.
Kenapa selepas kenaikan harga barang berlaku dan terus berlaku pada tahun-tahun berikutnya, sedangkan dengan kenaikan itu kerajaan sudah peroleh kewangan tambahan. Kemanakah duit itu agaknya menghilang?
Kegagalan kerajaan uruskan ekonomi. Guna pakai penasihat ekonomi malangnya penasihat ini hanya menghabiskan beras, gagal untuk membawa kearah meringankan beban rakyat. Kegagalan kerajaan ini kerana rasuah dan pembaziran yang berleluasa. Misalnya DBKL membelanjakan RM15 juta untuk sambutan tahun baru dalam masa yang sama mereka hendak menaikkan cukai pintu. Sikap seperti inilah yang wajar diubah, selagi ada duit selagi itulah mereka hendak belanja. Saya menyeru supaya kerajaan mengubah sikap bukannya rakyat sebab rakyat sendiri sudah 'parah'. Kalau kerajaan masih terus dengan sikap mereka ini, kerajaan tidak perlu digulingkan mereka akan terguling sendiri.
Pada pandangan Tuan, apakah sebab kerajaan terpaksa naikkan harga barang dalam masa yang sama rakyat terpaksa menanggungnya?
Sebabnya, kegagalan kerajaan itu sendiri. Mereka telah gagal menguatkuasakan peraturan dan dasar yang mereka gariskan hanya tinggal di atas kertas sahaja. Misalnya kerajaan memberi amaran kepada peniaga jangan naikkan harga barang tetapi kerajaan tidak ada kuasa untuk menghalang kenaikan bermakna kerajaan sendiri tidak ada taring sekadar 'mengaum' sahaja. Seolah-olah sesiapa sahaja yang boleh naikkan harga barang sesuka hati. Sekali lagi kerajaan dilihat cenderung dan mesra kepada industri bukannya rakyat.
Peguam Negara sangkal jabatannya lemah
- Jan 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata jabatan itu mengambil perhatian dan menghargai sepenuhnya kebimbangan orang ramai.
Beliau menegaskan bahawa pendakwaan terhadap orang tertentu bergantung semata-mata kepada sama ada wujud bukti yang cukup untuk membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh.
"Apabila didakwa, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kemudian mengemukakan keterangan yang ada dan yang boleh diterima bagi membuktikan kes pendakwaan. Apa yang perlu ditekankan di sini adalah bahawa tidak ada keterangan yang perlu untuk membuktikan tuduhan diabaikan.
Kewajipan untuk mengemukakan semua keterangan juga termasuk memanggil semua saksi penting. Bagaimanapun ini bergantung sepenuhnya kepada ketersediaan dan kerjasama saksi dalam memberi keterangan dalam mahkamah," tegas Abdul Gani dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bahawa sama ada saksi memberi keterangan sebenarnya bagaimanapun bukan dalam kuasa pendakwa raya.
"Apa yang penting di sini ialah kita tidak pernah membumbui atau mereka-reka keterangan dan akhirnya apa yang kita lakukan sekiranya saksi belot, kita akan mencabar dan mendakwanya atas tuduhan sumpah bohong," katanya.
Abdul Gani berkata ia juga perlu ditegaskan bahawa sebaik sahaja semua keterangan kes pendakwaan dikemukakan maka terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan sama ada pertuduhan terhadap tertuduh dibuktikan.
"Bagaimana dan apa yang mahkamah memutuskan adalah satu perkara di luar kawalan dan kuasa kami. Walau bagaimanapun, jika kita berpendapat bahawa keputusan itu cacat, maka kami akan menggunakan hak kami untuk merayu," katanya.
Mengenai pelantikan TPR, beliau menjelaskan bahawa kes ditugaskan untuk TPR mengikut kerumitan dan selok-belok sesuatu kes di mana kes-kes yang melibatkan tahap kerumitan yang lebih tinggi akan dikendalikan oleh TPR kanan.
Dalam kenyataan itu, Abdul Gani juga menyentuh mengenai kesukaran yang dihadapi oleh jabatan itu khususnya dalam kes-kes berprofil tinggi termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia di mana alasan utama pembebasan oleh Mahkamah Rayuan adalah bukan arahan hakim perbicaraan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh perayu dan tidak memanggil DSP Musa Safri.
Sambil menghormati Mahkamah Rayuan, beliau berkata bukan arahan atau salah arah mahkamah perbicaraan tidak harus dikaitkan kepada pihak pendakwaan sebagai "ia tiada kaitan dengan perilaku pendakwaan."
Beliau berkata jabatan itu menegaskan bahawa testimoni Musa tidak relevan kepada naratif kes pendakwaan.
"Oleh itu, Pejabat ini telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan," katanya.
Sementara itu, keterangan dua bekas menteri dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kes penipuan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, Abdul Gani berkata mahkamah memutuskan bahawa tidak ada elemen penyembunyian, penipuan, salah nyata atau dorongan oleh tertuduh berhubung soal pembelian tanah tersebut.
"Keputusan in jelas dapatan fakta berdasarkan kredibiliti bekas menteri.
"Mahkamah memutuskan bahawa berdasarkan tafsiran bekas menteri, ia adalah amat tidak kemungkinan bahawa Kabinet telah secara palsu didorong untuk meluluskan pembelian tanah itu," kata Abdul Gani. - Bernama
Harussani ambil nas mana ‘halal darah’ peserta Turun
- Jan 03, 2014
- AHMAD FADHLI SHAARI
Saya menyifatkan kenyataan ini sebagai kenyataan yang sangat tersasar dan tidak syak lagi Mufti Perak telah bertindak sebagai seorang mufti yang sangat pro Barisan Nasional. Ingin saya tegaskan bahawa perhimpunan aman ialah salah satu hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, Mufti Perak saya kira sengaja mengabaikan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan terang dan jelas bahawa rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman tanpa senjata dan ia dianggap sebagai hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini.
Mufti Perak dan kerajaan Barisan Nasional perlu faham Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi negara ini di mana semua undang undang dan tindakan pihak berkuasa adalah berasal dari Perlembagaan. Perlembagaanlah yang mengarah hala tuju undang undang dan perilaku pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman termasuk pihak polis.
Apabila Mufti Perak mengeluarkan kenyataan bahawa peserta himpunan adalah Bughah dan ‘halal darah’, saya ingin mengetahui dari nas mana hukum ini diambil? Para imam dari pelbagai mazhab dan para mujtahid majoritinya menyatakan bahawa keluar menentang pemerintah dengan senjata dan atau disebut memiliki kekuatan tempur (syaukah) sahaja boleh dianggap sebagai penderhaka. Kaedah menangani golongan inipun masih dibincangkan secara panjang lebar di dalam kitab-kitab Fiqh dan bukannya terus dibunuh atas asas ‘halal darah’. Dari mana sumber nas yang digunakan oleh Mufti Perak yang tiba-tiba mengeluarkan kenyataan ‘halal darah’ ini? Atau dengan ayat yang lebih jelas, berapakah harga yang dibayar oleh Barisan Nasional untuk membeli ‘fatwa murahan’ sang mufti?
Saya tidak bermaksud untuk mengajar Mufti Perak kerana saya maklum ketinggian ilmunya itu. Namun saya ragu-ragu dengan kefahaman beliau terhadap pengertian Bughah. Saya difahamkan bahawa beliau merupakan seorang yang kuat berpegang dengan Mazhab Syafie yang sangat kontra dengan fahaman kaum muda. Justeru, tentulah di dalam sulur galur pengajiannya akan terserempak dengan kitab Nihayatul Muntaj karangan Syeikh Syamsuddin Al-Ramli yang menjadi antara rujukan asas Fiqh di dalam Mazhab Syafie. Definisi Bughah menurut beliau ialah:
هُمْ مُخَالِفُو الْإِمَامِ بِخُرُوجٍ عَلَيْهِ وَتَرْكِ الِانْقِيَادِ أَوْ مَنْعِ حَقٍّ تَوَجَّهَ عَلَيْهِمْ بِشَرْطِ شَوْكَةٍ لَهُمْ وَتَأْوِيلٍ
Yang bermaksud : ‘orang-orang Islam yang menentang pemimpin secara kekerasan dan meninggalkan ketaatan atau enggan menunaikan hak yang wajib ke atas mereka, dengan syarat mereka (al-Bughah) itu memiliki kekuatan senjata, mempunyai alasan penentangan dan mempunyai ketua.’ – Kitab Nihayatul Muntaj Ila Syarhil Manhaj, Jilid 25, halaman 381.
Sedarkah Mufti Perak bahawa rakyat yang keluar ke Himpunan TURUN tidak membawa sebilah senjata pun untuk menjatuhkan pemimpin? Jika adapun hanya bilah-bilah parang yang ditunjuk tanpa tuan punya sebagaimana himpunan-himpunan sebelum ini. Himpunan TURUN berlangsung dengan aman tanpa gangguan pihak polis dan para peserta kemudiannya bersurai tanpa sebarang insiden ganas.
Saya hairan, tokoh agama seperti Mufti Perak tidak pula terasa kecenderungan untuk menegur konsert yang menampilkan pelbagai aksi melanggar syarak secara jelas dan menelas belanja RM15 juta itu. Barangkali gula-gula yang sedang dinikmati oleh Mufti Perak dibimbangi jatuh sekiranya mengeluarkan kenyataan begini? Bertakwalah kepada Allah wahai sang mufti. Ketika kerajaan Perak dirampas daripada jalan pintu belakang dan tidak melalui pintu demokrasi yang menjadi undang-undang negara, tuan mufti sibuk berlindung di dalam jubah. Hari ini apabila anak muda menggunakan hak yang dijamin di dalam perlembagaan, tuan mufti bangkit mengeluarkan hukum ‘halal darah’.
Saya menganggap kenyataan Mufti Perak ini ialah kenyataan yang bahaya dan bukan satu kenyataan yang waras. Dengan rendah diri, saya suka mencabar Mufti Perak untuk berdialog di dalam mana-mana pentas terbuka di atas tajuk Bughah dan Halal Darah ini. Debat ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah Mufti Perak yang tentunya sangat dihormati dan disegani, tetapi ia lebih bertujuan untuk mencari kebenaran. Jika kebenaran dan nas berpihak di sebelah Mufti Perak, nah halalkanlah darah jika tuan Mufti hauskannya.
Tanpa menafikan adanya para mufti dan ulama yang ikhlas, saya suka ingatkan mufti yang lain juga, tidak perlulah menumpang memberi kenyataan yang karut dan tidak bersandarkan nas semata-mata kerana ingin mendapatkan habuan sementara. Kerusi empuk yang anda duduki itu bukan milik anda selama-lamanya. Jika ilmu menjadi ukuran, barangkali bukan di situ kedudukan anda.
Sekian, wassalam.
2 Januari 2013
* Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiah Universiti al-Azhar, Mesir. Di dalam politik, beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia. Tulisan ini merupakan pandangan peribadinya semata-mata.
LIDAH BIAWAK RASMI UMNO UTUSAN PUN MENGELUH DAN MERUNGUT HARGA BARANG MAKAN MAHAL!!!!
Rakaman gambar diatas di snap dari media lidah biawak rasmi UMNO, Utusan di muka surat 9 hari ini 3hb Januari 2014 .. atas tajuk .. Harga barang makan meningkat.
Cuba kaitkan Perayaan Tahun Baharu Cina sebagai alasan mengapa harga barang makan akan terus memuncak naik sampai rakyat terhimpit terseksa sukar untuk bernafas.
Rakyat berang dan naik angin, sebab semasa belum PRU 13 bukan main lunak dan enak UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak memberi jaminan bahawa harga bnarang akan sentiasa dikawal dan dipantau agar tiada berlaku kenaikkan.
Hakikatnya .. selepas saja tamat PRU 13 dengan mendapat mandat dari 47% rakyat maka bukan main bongkak, sombong dan angkuh lagi naikkan harga barangan.
Jadi jika rakyat turun berhimpun secara aman melahirkan rasa marah dan resah mereka agar kerajaan mendengar segala rintihan rakyat bawahan bahawa mereka kini nak hidup pun terlalu payah, adakah layak di labelkan sebagai "BUGHAH" sehingga halal darah mereka?
Malang sungguh rakyat Malaysia kini dapat kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang bergred Bangsat.
Najib umum 11 langkah kerana adanya Himpunan Turun?
- Jan 02, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff menegaskan, jika benar Perdana Menteri hendak membantu rakyat sepatutnya langkah tersebut diumumkan dalam pembentangan bajet 2014.
Menurut beliau, langkah yang diumumkan oleh Najib menunjukkan bahawa kerajaan BN berada dalam keadaan terdesak untuk meredakan kemarahan rakyat.
"Di saat rakyat bangkit untuk turun dalam Himpunan Turun malam tahun baru lalu barulah Najib mengambil tindakan mengumumkan 11 langkah tersebut," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menegaskan, 11 langkah tersebut langsung tidak ada kesan terhadap penderitaan dan kesusahan yang ditanggung rakyat.
Katanya, langkah mengurangkan elaun keraian sebanyak 10 peratus Perdana Menteri dan Timbalan Menteri, adakah ia berbaloi sedangkan gaji Perdana Menteri termasuk elaun sebulan hampir RM80,000.
"Jika elaun mereka dipotong 10 peratus langsung tidak menjejaskan pendapatan mereka. Sedangkan rakyat terus berdepan dengan kenaikan harga barang, GST, tarif elektrik dan sebagainya," tegas beliau.
Menurut beliau, sepatutnya kerajaan BN mengambil langkah mengingkatkan pendapatan rakyat serta mengurangkan kos kehidupan mereka bukan semakin menambah bebanan rakyat.
Beliau kesal dengan tindakan Najib yang mengekalkan sembilan Penasihat kepada PM termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Penasihat Khas yang sudah tentu dibayar gaji menggunakan wang rakyat.
"Sepatutnya kerajaan BN semak semua perkara sama ada perlu atau tidak jawatan Penasihat sehingga melibatkan sembilan orang," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan