Sabtu, 5 Oktober 2013

YANG MENANGIS KERANA TERASA TERTIPU YANG DAPAT HABUAN SERONOK KOD

Menangis setiap kali baca laporan audit

Harakahdaily, 04 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan segala macam perbelanjaan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal ternyata memberikan kesan kepada emosi rakyat.

Dalam satu surat pembaca yang dihantar kepada Harakahdaily, Ahmad Nazri Khamis mahu berkongsi rasa sedih tersebut dengan membandingkan ketirisan dan keborosan kerajaan dengan realiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau pernah berdepan dengan beberapa situasi sukar ekoran kekangan kewangan dan menyifatkannya sebagai perkara biasa yang sering dilalui golongan rakyat bawahan.

"Apakah Pak Menteri sedar, sebagai rakyat Malaysia aku pernah menghadapi kereta kena tunda sebab kehabisan minyak, beli minyak RON95 dengan duit syiling, beli susu anak dengan berhutang, tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan.

"Aku juga pernah makan makanan hampir basi kerana kelaparan, berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak, tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan, bekalan air kena potong sebab bil tertangguh dan pinjam telepon kawan kerana tiada top-up.

"Apakah pak-pak menteri sedar? Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang aku hadapi kerana kekurang sumber kewangan," katanya.

Menurut beliau, walaupun kerja "macam mahu mati", pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.

Lebih menyedihkan katanya, setiap kali membaca laporan audit yang didedahkan, ketirisan dan keborosan dalam pentadbiran kerajaan mencecah jutaan ringgit.

Sedangkan katanya, wang itu jika diguna untuk bembantu rakyat tentu sekali dapat meringankan beban rakyat kebanyakan.

"Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiap kali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka.

"Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku”. Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku, Apakah pak-pak menteri sedar?

"Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa," rintihnya.

Terbaru: Malek Noor bersama UAI di Madinah

http://kachipemas.blogspot.com, 04 Okt 2013

Terbaru: Berita & Gambar sempoi Dari Madinah Malik Nor bersama UAI

Alhamdulillah, kawan satu gym ngan abang k pun ade, malek nor. Patut aku gym dia tutup semetara kut.

Salam Jumaat dari Bigboh Sedap ler,dpt g tanah haram.abg K.JKKK

CAP gesa tubuh 'task force' halang keracunan makanan

Mohd Sabri Said, 04 Okt 2013
GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesa Kementerian Kesihatan segera menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menjalankan pemeriksaan secara tetap di samping memberikan kuasa tambahan kepada Pegawai Kesihatan bagi membasmikan kejadian keracunan makanan yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Presiden CAP,  SM Mohamad Idris dalam kenyataannya kepada Harakah berkata, risiko keracunan makanan terjadi berikutan pengendali makanan tidak menghiraukan kebersihan, termasuk  tempat penyediaan makanan, bahan mentah yang digunakan dan seumpamanya.

"Amat menyedihkan sejak kebelakangan ini kejadian keracunan menjadi- jadi di beberapa majlis termasuk rumah kenduri dan lain-lain majlis keramaian, " tambahnya mengulas kematian enam orang dan ratusan yang lain dimasukkan ke hospital akibat sakit perut setelah menjamah hidangan kenduri di Kedah.

Di Amerika Syarikat jelas beliau, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) di Atlanta berfungsi menangani  kes bawaan penyakit berpunca dari makanan dan dianggarkan 325,000 individu dimasukkan ke hospital dan 5,000 daripadanya menemui ajal.

Di Malaysia ujar SM Mohamad Idris, 8,000 kes dilaporkan dalam masa lima tahun menandakan peningkatan sudah mula dirasai tambahan lagi tiadanya kawalan yang serius.

Sebelum parah katanya, Kementerian Kesihatan wajar merangka sesuatu termasukan menubuh segera Pasukan Petugas Khas dan memberikan kuasa tambahan kepada mereka supaya kes keracunan makanan  ditangani dengan berkesan.

PCA lebih zalim dari ISA - Saari Sungib

Selangorku, 04 Okt 2013
SHAH ALAM: Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin adalah lebih zalim dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2011.

Menurut bekas tahanan ISA, Saari Sungib, kuasa yang ada pada Lembaga Pencegahan Jenayah seperti diperuntukkan PCA, menyebabkan lembaga itu mempunyai kuasa mutlak tanpa boleh dicabar di mahkamah.

“Dalam akta ini sesuatu kes tidak dihadapkan di mahkamah tetapi dihadapkan ke Lembaga Pencegahan Jenayah, apa yang berlaku di situ lembaga ini terdiri dari tiga orang, seorang bekas hakim dan dua lagi dilantik oleh menteri dan keputusan lembaga ini adalah muktamad.

“Orang yang dihadapkan tidak diwakili peguam, tidak boleh merujuk kes ke mahkamah, tidak ada semakan penghakiman, jadi macam ISA jugalah,” kata Saari yang juga Adun Hulu Klang.

Menurut Saari lagi, PCA juga terdedah kepada risiko disalahgunakan pihak eksekutif untuk kepentingan politik apabila dua dari tiga panelis dalam Lembaga Pencegahan Jenayah dilantik menteri.

“Apabila ISA diluluskan pada 1 Ogos 1960, ia mempunyai mukadimah cukup panjang dan kabur dan Tun Razak kata untuk tahan komunis tetapi bila diluluskan ISA digunakan untuk ahli politik juga.

“Akta sekarang dipinda ini pun mukadimah yang sama, kabur, terlalu luas bukan sahaja merangkumi pejenayah tetapi semua aktiviti terancang termasuk demontrasi aman, politik boleh ditafsirkan sebagai aktiviti jenayah terancang.

“Katakanlah PAS di sesuatu kawasan merancang dengan baik untuk menang pilihan raya, itu pun boleh dianggap sebagai menggugat keselamatan negara kerana dengan kemenangan PAS didakwa kononnya menimbulkan ketegangan kaum,” ujar Saari lagi.

Saari juga berpendapat PCA digubal bagi jalan pintas atas ketidakcekapan kerajaan menguruskan isu jenayah dengan teratur, sedangkan suruhanjaya khas diwujudkan untuk menaiktaraf dan memperbaiki perkhidmatan polis.

Audit: AWER gesa bubar agensi bertindih tugas

Harakahdaily, 04 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara menyentuh mengenai beberapa kegagalan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah berulang kali membangkitkan isu agensi-agensi yang bertindih tugas dalam operasi kerajaan dan JPP adalah salah satu agensi tersebut.

Presiden AWER, Piarapakaran S dalam satu kenyataan berkata, kewujudan agensi sebegini sebenarnya akan menghalang rancangan sebenar yang ditetapkan dalam proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Laporan Ketua Audit Negara menyentuh mengenai beberapa kegagalan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah berulang kali membangkitkan isu agensi-agensi yang bertindih tugas dalam operasi kerajaan dan JPP adalah salah satu agensi tersebut.

Kewujudan agensi sebegini sebenarnya akan menghalang rancangan sebenar yang ditetapkan dalam proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

AWER juga telah bertemu dengan Ketua Setiausaha KeTTHA bagi membincangkan pembubaran JPP dan menyerap pegawai-pegawainya ke KeTTHA, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) atau agensi-agensi kerajaan yang lain.

Nota perbincangan ini juga telah dikemukakan semula kepada perhatian Menteri KeTTHA selepas kehilangan e-mel dan surat-surat dari AWER di pejabat menteri itu pada awalnya.

Begitu juga, Jabatan Bekalan Air (JBA) perlu menjalani proses pembubaran yang sama. Pertindihan tugas bukan sahaja menjadi penghalang tetapi ia juga menyebabkan salah urus operasi.

Sebagai contoh, kejadian paip pecah bagi paip yang baru di pasang di Jalan Universiti telah menyebabkan kerosakan jalan yang teruk yang menyebabkan 3 kenderaan rosak dan seorang pemandu telah "terbang" naik ke udara kira-kira 10 meter pada akhir April 2010.

Alasan yang diberikan bagi kejadian itu oleh JBA hanya membuktikan kegagalan untuk menjalankan tugas dengan betul. Tiada sebarang siasatan susulan yang dilakukan dan laporan yang disiarkan.

Pada masa ini, tugas JBA boleh dilaksanakan dengan mudah oleh SPAN, PAAB dan syarikat-syarikat air yang lain. Di samping itu, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang dicemari dengan isu-isu Tarif Galakan (FiT) dan penubuhan juga bertindih dengan fungsi Suruhanjaya Tenaga (ST). Mengapa KeTTHA sentiasa beroperasi secara bertindih?

Beberapa hari lalu, Timbalan Perdana Menteri menggesa pegawai-pegawai kerajaan untuk menghentikan pergelutan politik pejabat yang menjejaskan prestasi keseluruhan operasi kerajaan.

Di samping itu, kerajaan seharusnya memimpin melalui teladan dalam mengurangkan pertindihan dalam operasi kerajaan kerana langkah rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan.

Langkah-langkah untuk mengurangkan pertindihan agensi-agensi akan dapat mengurangkan beban belanjawan operasi kerajaan khususnya di KeTTHA.

Perubahan (untuk membubarkan JBA , JPP dan SEDA) ini boleh disyorkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2014 akan datang sebagai langkah pengoptimuman belanjawan operasi secara langsung memandangkan rasionalisasi subsidi sedang dilaksanakan dan kerajaan berusaha dalam mengurangkan kos pentadbiran.

Audit projek-projek bekalan air dan elektrik luar bandar bagi tempoh 10 tahun yang lepas
Baru-baru ini, AWER telah melawat masyarakat di Kampung Panggau Dau, Sarawak. Komuniti ini dibekalkan dengan bekalan elektrik sejak 1970-an. Tetapi, mereka masih belum menerima bekalan air terawat.

Mereka masih bergantung kepada anak sungai untuk bekalan air mereka. Berapa banyak lagi rakyat Malaysia masih menunggu di kawasan luar bandar di Malaysia? Berbillion ringgit diperuntukkan tetapi adakah ia sampai kepada rakyat di luar bandar?

Kami mengesyorkan kepada Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit penuh ke atas  projek-projek bekalan air dan elektrik luar bandar yang telah dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia.

Dengan hanya 6 tahun untuk mencapai Wawasan 2020, perkhidmatan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik tidak boleh diabaikan.

Di samping itu, AWER menggalakkan Sabah dan Sarawak untuk menyertai rejim WSIA untuk memperbaiki industri perkhidmatan air di kedua-dua negeri.

Kami berharap kedua-dua negeri ini melengkapkan proses penstrukturan semula ini menjelang tahun 2015. Memberi sistem penuaian air hujan semata-mata bukanlah satu penyelesaian jangka panjang untuk bekalan air luar bandar.

Selain itu, pembangunan ekonomi di kedua-dua negeri juga akan terjejas tanpa bekalan air terawat yang berterusan.

Dimarahi Ustaz Azizan kerana berus jamban

Zulkifli Yahaya, 04 Okt 2013

"KALAU boleh biarlah kemenangan PAS untuk memerintah Kedah bukan berlaku masa ana jadi Pesuruhjaya," itu kata-kata Ustaz Azizan menjelang PRU tahun 2004, sewaktu saya dipanggil ke biliknya untuk mendapat pandangan mengenai calon-calon PAS di kawasan Alor Setar.

'PAS Tawan Kedah 2004' adalah slogan PAS bagi PRU11. Selepas PAS mencatat kejayaan memberangsangkan PRU tahun 1999, maka semua menaruh harapan besar bahawa PAS hampir pasti menawan Kedah pada PRU11.

Apabila Ustaz Azizan bercakap begitu sewaktu semua pihak dalam PAS yakin Kedah dapat ditawan, maka apa yang dapat disimpulkan ialah beliau bukan seorang yang gila jawatan.

Ditakdirkan sewaktu ramai yang tidak meletak harapan tinggi bahawa PAS bersama rakan-rakan pakatan mampu menewaskan BN, dalam PRU berikutnya maka kemenangan pun muncul. Ustaz Azizan diamanahkan oleh PAS Pusat untuk memimpin Kerajaan Negeri Kedah sebagai Menteri Besar.

Sewaktu majlis angkat sumpah Menteri Besar Mac 2008, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpelukan dengan Ustaz Azizan. Mahdzir berbisik, "Kami tak sangka BN akan kalah teruk di Kedah." Ustaz Azizan membalas, "Kami pun tak sangka akan menang."

Sebuah kerajaan 'tak sangka' itulah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan selama lima tahun.  Ia merakamkan pelbagai catatan pahit manis kepada bekas pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia itu.  Lima tahun tidaklah terlalu panjang namun pelbagai cabaran yang datang menguji wibawa Pakatan Rakyat, sekaligus wibawa Ustaz Azizan sendiri selaku penerajunya.

Sama ada ketika beliau masih hidup atau sesudah tiadanya, kita tidak boleh berbohong dalam menceritakan perihal watak istimewa Ustaz Azizan iaitu seorang yang cengil dan tegas. Keramatnya, orang yang nampak cengil ini disukai ramai  hingga mampu bertahan selama lima penggal pilihan raya (1995-2013).  Kadangkala kita hanya mampu memahami kekerasan beliau mempertahankan tindakan setelah satu tempoh berlalu.

Di penghujung tahun 2007, saya menulis di Harakah membelasah kerajaan negeri pimpinan Mahdzir Khalid dengan menganugerahkan 'berus jamban' untuk kerajaan beliau (idea datang dari MB Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang memberi anugerah penyapu kepada pegawai daerah yang tercorot dalam pungutan hasil negeri).

Tidak terkecuali dalam kritikan saya ialah segelintir pegawai tadbir Kerajaan Negeri Kedah (KCS) yang menyeleweng. Saya sedar bahawa saya telah membelasah segelintir KCS. Walaupun turut memuji sebahagian KCS yang berkhidmat dengan cemerlang - namun pujian itu tenggelam begitu sahaja.

Ustaz Azizan betul-betul marahkan saya kerana tulisan itu. Lebih-lebih lagi apabila Naib Presiden KCS mengugut akan menyaman penulis. Dalam mesyuarat Perhubungan PAS Kedah saya teruk dihentam. Ustaz Azizan meminta Harakah menghentikan kolum tetap saya. Terasa benar sedihnya, kerana apa yang saya lakukan hanyalah satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, tidak padan dengan padah yang diterima.

Mujur Phahrolrazi Zawawi (Timbalan Pesuruhjaya ketika itu) memulihkan keyakinan saya. Melalui SMS beliau berpesan, "Jika kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah maka kita tidak akan kecewa dengan kutukan manusia."

Sebaik Pakatan menawan Kedah 8 Mac 2008, saya meninggalkan negeri ini untuk beberapa hari menuju ke selatan tanah air, tidak ambil tahu apa yang berlaku di Kedah. Saya rasakan hubungan peribadi dengan Ustaz Azizan sudah tidak baik.

pemarah bukan pendendam


Anehnya, sejurus selepas kerajaan negeri meluluskan kewujudan Urusetia Penerangan untuk menggantikan peranan RTM yang hilang 'walak' kepada negeri, Ustaz meminta saya mengetuainya. Saya mengambil masa untuk mempercayai bahawa beliau memilih saya untuk satu tugasan penting.  Oh...  Ustaz Azizan mungkin pemarah tapi bukan pendendam.

Tugasan di Urusetia Penerangan tidak dapat mengelak dari berurusan dengan KCS. Urusan menjadi licin apabila KCS memberi kerjasama dan tergendala jika KCS bersikap sebaliknya. Betul tindakan Ustaz beriya-iya tidak mahu institusi yang tiada kena mengena dengan politik diserang dahulu.

'Ribut dalam cawan' yang berlaku awal tahun 2012 memberi imej negatif terhadap kepimpinan PAS Kedah. Banyak pihak menempelak Dato' Phahrolrazi Zawawi kerana kononnya berkonfrontasi dengan Ustaz Azizan. Phahrolrazi dituduh gila kuasa, walhal beliau hanya mahu mengundur diri dengan baik dari barisan Exco kerana tidak mahu banyak berbeza dengan keputusan Menteri Besar. Niat Phahrolrazi baik namun impak negatifnya tetap besar terhadap imej kerajaan Pakatan yang diterajui PAS.

Apabila Pusat campurtangan, kemelut pun selesai. Dalam mesyuarat perhubungan yang berlaku sejurus selepas itu Ustaz Azizan membuka seluasnya kepada ahli perhubungan untuk mencurahkan isi hati. Ada yang tenang, ada yang rasional dan tak kurang yang emosi. Kebetulan Dato' Phahrolrazi dan Dato' Dr. Ismail Salleh yang dikaitkan dengan konflik tidak hadir. Ramai juga meminta Ustaz mengundurkan Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2. Ada juga yang minta dikekalkan. Sambil tersenyum untuk Azizan menjelaskan pendiriannya pula berserta hujah-hujah yang meyakinkan - Phahrolrazi dan Dr. Ismail dikekalkan jawatan dalam perhubungan! Nah, siapa mahu mengesahkan bahawa Ustaz Azizan seorang pendendam? Hanya orang berjiwa besar dapat melakukan perkara besar.

Watak orang politik biasanya banyak berlakon untuk bertahan dalam politik. Lain ceritanya dengan Ustaz Azizan, mampu bertahan lama dalam politik tanpa lakonan. Pantang beliau disuruh berlakon, sekalipun hanya diminta mengacau bubur lambuk untuk dirakamkan lensa kamera. Apa yang keluar dari mulutnya adalah yang lahir dari hati. Beliau seorang yang tegar jati dirinya, sebagaimana beliau bercakap loghat Kedah pekat walau di mana berada.

Banyak lagi keistimewaan Ustaz Azizan. Ada kesempatan kita cerita lagi.

Tiada ulasan: