The Herald dilarang guna kalimah Allah
Harakahdaily, | 14 Okt 2013 |
Keputusan yang dibuat panel hakim Mahkamah Rayuan itu dicapai sebulat suara sekaligus membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
Dalam reaksinya, Editor The Herald, Father Lawrence Andrew melahirkan rasa kecewanya tetapi merancang untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan telah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu untuk membenarkan kalimah tersebut digunakan dalam penerbitan berkenaan.
Pengundi kenang jasa Ustaz Azizan
Mohd Sabri Said, | 14 Okt 2013 |
Sehubungan itu Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato' Siti Aishah Ghazali (gambar) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau yang bakal berlangsung pada 4 November nanti akan menduga kesetiaan pengundi kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
Selama menjadi Menteri Besar tambahnya, Ustaz Azizan mengambil berat hal kebajikan masyarakat termasuk warga emas, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah.
"Lazimnya beliau akan sampai dulu sebelum orang yang ditugaskan mengendalikan urusan kebajikan. Itu satu kelebihan yang ada pada Ustaz Azizan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merbau Pulas itu.
Beliau yakin, legasi peninggalan Allahyarham Ustaz Azizan dan imej PAS sebagai parti yang telus dan bebas rasuah akan menjadi faktor utama menarik sokongan rakyat khususnya pengundi di Dun Sungai Limau.
Nasib baik Ku Li tak jadi lawan Najib
Shahbudin Husin, | 14 Okt 2013 |
Sebab itu, kemenangan mereka tidak diraikan dengan meriah sebagaimana selayaknya. Berbanding kemenangan melalui sistem lama, ia lebih jauh nampak gahnya. Kemenangan mereka adalah umpama kita mengetahui berita seekor anjing yang didapati menggigit tuannya. Kemenangan mereka hanya dilaporkan sebagai berita biasa saja. Ia tidak seperti kita mendapat berita mengenai seorang pemilik anjing yang didapati menggigit anjing peliharaannya.
Kemenangan mereka bukanlah kerana mereka cukup bagus, terutama bagi Shahrizat yang begitu dipertikaikan dan merupakan beban bagi UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang. Kemenangan mereka adalah kerana sistem pemilihan "electoral college" dipilih kerana ia mampu memberi kelebihan kepada penyandang dan sesiapa yang ada jawatan.
Dalam sistem ini, walaupun lebih ramai yang diberi hak mengundi tetapi akhirnya undi hanya dikira berdasarkan 1 bahagian 1 undi. Ia tidak mengguna pakai undi popular dan ini memang memberi kelebihan kepada calon yang ada jawatan, terutama dalam persaingan jawatan yang memerlukan seorang saja pemenang seperti presiden, timbalan presiden, ketua wanita, ketua pemuda atau ketua puteri.
Dengan 1 bahagian dikira 1 undi, tidak banyak bahagian yang bersedia menunjukkan sikap penentangan secara terbuka, lebih-lebih lagi kepada calon yang ada jawatan. Mereka tidak mahu dicop sebagai penentang kepada kepimpinan kerajaan, lalu ia menyebabkan pimpinan bahagian akan turut berusaha memainkan peranan agar keadaan itu tidak berlaku.
Dengannya juga menyebabkan calon yang ada jawatan lebih mudah menawarkan imbuhan, bantuan atau pemberian projek kepada pemimpin daripada bahagian yang diketahui memberikan undi kepada mereka saja. Kalau pun ada bahagian yang sedia melawan arus, bilangannya tersangat kecil dan mungkin didorong oleh faktor-faktor yang lain yang lebih kuat.
Dalam Pemuda misalnya, walaupun KJ diakui popular tetapi tidaklah bermakna calon-calon pencabarnya bukan pemimpin yang baik. Tetapi melalui sistem electoral college ini, kelebihan nyata memihak kepada KJ yang ada jawatan dalam kerajaan. Walaupun sehingga ini dilaporkan KJ sudah memenangi 97 bahagian tetapi tidak mustahil beliau menyapu bersih kesemua undi daripada 191 bahagian.
Tetapi keadaannya tentu berbeza jika sistem undi popular yang dipakai dan undi dari semua bahagian dicampurkan untuk menentukan pemenang yang sebenar tanpa akhirnya mendedahkan kecondongan sesuatu bahagian itu memihak kepada siapa. Pengiraan berdasarkan undi popular lebih menampakkan keterbukaan, ketelusan dan keadilan.
Begitu juga dengan Wanita, walaupun semua orang tahu Shahrizat adalah beban kepada parti dan sudah digugurkan jawatan menterinya sebelum pilihanraya, tetapi menjelang pertandingan ini di mana Najib melantiknya pula sebagai penasihat bertaraf menteri dan beliau juga asyik mengendeng di sisi Perdana Menteri, tentunya tidak banyak Wanita bahagian yang bersedia menunjukkkan warna penentangannya.
Bukanlah bermakna pencabar Shahrizat iaitu Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin tidak cukup baik tetapi kegagalan mereka adalah disebabkan sistem baru ini memang direka untuk memberi kelebihan kepada penyandang dan mereka yang ada jawatan dalam kerajaan.
Keadaan yang sama juga sebenarnya akan berlaku jika Tengku Razaleigh dulu membuat keputusan menentang Najib bagi jawatan Presiden UMNO. Beliau bukan saja tidak mungkin memenangi jawatan itu, bahkan undi yang diperolehinya mungkin bakal memalukan dirinya sebagai seorang negarawan dan pemimpin yang banyak berjasa kepada negara. Ia juga bukan kerana Ku Li tidak cukup baik, tetapi memang sistem pemilihan yang memperlihatkan konon adanya transformasi dan keterbukaan Najib ini memang dipilih dan dilaksana untuk memberi kelebihan kepadanya.
Dengan sistem 1 bahagian 1 undi, UMNO bahagian manakah yang bersedia menunjukkan diri mereka sebagai penentang Najib secara terbuka?
Jika dulu Mahathir memperkenalkan sistem kouta pencalonan dan undi bonus untuk menghalang orang lain mencabarnya tetapi Najib memperkenalkan sistem baru ini dengan maksud yang sama. Melalui transformasi politik dengan memberi ruang lebih ramai mengundi serta sesiapa boleh mencabarnya, tetapi dalam masa yang sama berjaya menggambarkan pendekatan politik Mahathir untuk mengekalkan jawatan sebagai sistem yang sangat buruk dibandingkan dengan apa yang diperkenalkannya, keputusan pemilihan sayap ini mula menunjukkan bahawa niat dan matlamat Najib juga adalah sama dengan Mahathir. Beliau mahu dirinya kekal lebih lama lagi sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Walaupun dalam sistem yang diperkenalkan Mahathir ada kouta pencalonan tetapi ketika mengundi semua perwakilan menjadi bebas untuk membuat pilihan kerana undi mereka rahsia dan tidak menyebabkan dicop sebagai mengundi si polan atau si polan yang lain tetapi sistem electoral college ini menyebabkan undi perwakilan tidak lagi rahsia dan UMNO bahagian akan dikenali melalui undi yang diberi serta terbeban untuk membuat sesuatu keputusan menentang arus.
Berbanding dengan Mahathir, jelas bahawa Najib bukan saja lebih cerdik tetapi juga kelingkingnya jauh lebih berkait di sebalik jari telunjuknya yang sentiasa lurus itu.
Sistem electoral colllege ini hanya nampak adil, telus dan terbuka jika ia dikira mengikut sistem undi popular iaitu undi daripada semua bahagian dicampurkan untuk menentukan pemenang mutlak dan UMNO bahagian dibebaskan daripada diketahui pendiriannya selepas pengundian dikira dan diumumkan.
Selagi sistem ini digunakan, sesiapa pun yang cuba mencabar mereka yang ada jawatan dalam kerajaan, peluang untuk menang hampir tidak ada. Kelebihan tetap kepada penyandang, lebih-lebih lagi jika penyandang itu memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Khazanah dan sebagainya dalam masa yang sama.
Jika hari itu Ku Li membuat keputusan menentang Najib, persaingan itu hanya akan digunakan sebagai alasan adanya keterbukaan, kesediaan Najib dicabar, sesiapa saja boleh mencabarnya, transformasi politik telah berjaya dan pelbagai pujian dengan kata-kata yang indah lagi akan kedengaran, walaupun sebenarnya sistem baru menjadikan UMNO lebih tertutup. Tidak ada peluang langsung untuk beliau di bawah sistem baru ini sebenarnya.
Memang keputusan yang tepat bilamana Ku Li memutuskan tidak mencabar Najib. Jika tidak, namanya pasti akan dijaja sebagai alat untuk memuji Najib saja. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sokong usaha daulat bahasa Melayu
Rizal Tahir, | 14 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Menyedari
peranan bahasa sebagai medan pendidikan yang paling berkesan untuk
disampaikan pada masyarakat, Kerajaan Negeri Kelantan menyokong usaha
pelbagai pihak untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di negara ini.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bahasa Melayu wajib dijadikan bahasa ilmu setaraf dengan bahasa utama di dunia.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 Peringkat Negeri Kelantan, semalam.
Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Samah.
Selain persembahan kebudayaan dan nyanyian puisi dari karya J.M Aziz, ucapan turut disampaikan oleh Tokoh Bahasa dan Pensyarah Jabatan Bahasa Asia dan Eropah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Victor Pagadaev.
Ahmad menambah, acara tahunan bulan bahasa pada setiap Oktober amat baik dalam usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan.
“Ia merupakan manifestasi daripada Perkara 152 Perlembagaan Persektuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menjurus ke arah menyemai kenegaraan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
“Peranan bahasa begitu penting bahkan mukjizat terbesar yang diberikan Allah kepada Nabi Muhammad adalah bahasa, iaitu al Quran yang menampung segala wahyu Allah,” ujarnya lagi.
Beliau bagaimanapun menegaskan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu masih memerlukan penyusunan dan perancangan yang sistemetik agar khazanah bangsa sentiasa dihormati dan dimuliakan.
Pada majlis itu beberapa anugerah disampaikan kepada pemenang.
Kategori bahasa dimenangi SMK Machang, kategori penerbitan Maktab Rendah Sains Mara Jeli.
Maktab Rendah Sains Mara Jeli sekali lagi muncul Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah (Majalah Integriti) dengan memenangi wang tunai RM1,500, sijil dan piala.
Anugerah Bahasa di peringkat jabatan pula di menangi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Naib Johan Kist Group Holding Sdn Bhd (Info Kist), Perbadanan Menteri Besar Kelantan tempat ketiga melalui majalahnya Qiadah.
UMT menerima Hadiah Suar Bahasa melalui majalah Infokus dengan memperolehi wang tunai RM2,500, sijil dan piala.
Lembaga Muzium Negeri Kelantan melalui majalah Khazanah menduduki tempat pertama menerusi kategori penerbitan.

Jalan rosak dan berlubang ancam pengguna
Jofri Jaraiee PAS, Sarawak, |
Masalah
jalan rosak dan berlubang memang sering menjadi isu utama bagi
penduduk di kawasan perumahan di Senadin, Miri. Kebanyakan jalanraya
yang dibina dalam kawasan perumahan menggunakan bahan binaan yang
bermutu rendah dan terlalu tipis. Ianya mudah rosak apabila kenderaan
sering berulang alik di atas jalan tersebut.
Begitu juga apabila pihak kontraktor menggali lubang atas jalan untuk memasang paip dan sebagainya, lubang tidak ditutup dengan sempurna dan lama kelamaan ianya akan rosak dan berlubang.
Mereka hanya menampung jalan tersebut dengan sedikit batu dan tidak meratanya dengan baik sehingga mengakibatkan jalan tersebut menjadi rosak.
Salah seorang penduduk di kawasan perumahan Senadin mengadu terdapat dua lubang ditutupi air dan sukar dilihat semasa musim hujan apabila menggunakan Jalan Jati Utama Desa Senadin.
Menurutnya lagi, kalau tidak berhati-hati melalui jalan tersebut terutama waktu malam dan hujan lebat, ianya boleh menyebabkan kemalangan atau kerosakan kepada kenderaan pengguna jalanraya. Bagi yang menggunakan motosikal atau basikal perlu berhati-hati kerana ianya juga boleh menyebabkan kecederaan sekiranya terjatuh dalam lubang tersebut.
Keselamatan penduduk dan pengguna jalanraya perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam kawasan tersebut.
Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan mereka yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak diancam oleh bahaya kemalangan akibat jalan berlubang tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan