Sabtu, 26 Oktober 2013

SAKIT BADAN SATU HAL...LAH NI TAK KURANG SAKIT SAKIT AKIDAH DAN JAHIL ISLAM

Nyawa Rakyat Tiada Nilai Kepada Pemerintah
Posted on Saturday, October 26 @ 07:53:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Sepertimana tajuk di atas, merasakan betapa sia-sia menjadi rakyat yg taat kepada negara kerana nyawa kite2 semuanya adalah nothing kepada pihak pemerintah - sepertimane kejadian pegawai bank yg di tembak MATI ! ????? oleh Pok Guard - katanya dari sumber2 yang di percayai - adalah orang asing (bukan org peribumi) - apa lah punya bangang nya pengurus bank tersebut mengajikan orang asing yg entah ada ape2 kelulusan serta ketetapan yang sebena2 nya untuk menjadi pegawal keselamatan - nama lg pegawai keselamatan tetapi hampel

- sehingga membunuh / mengambil nyawa warga peribumi - kenapa harus terjadi sedemikian ? merasanya sungguh malang hidup di bumi bertuah ni tetapi pihak pemerintah / pengurusan kemanusiaan di peringkat tertinggi di sesebuah organasasi - awam / swasta amat2 tidak menitik berat akan hal2 sebegini - meraka senang2 menyalahkan takdir - memang ketentuan Allah swt tidak pernah silap akan perlaksanaanNYA namun manusia yang cuai/gagal untuk menilai - sangat suka untuk menyalahkan takdir Allah swt. 

Persoalannya kenape di ambil warga asing berkhidmat di tempat yang memerlukan kepakaran serta kepatuhan yang profesional - dah pupus ke manusia warga peribumi untuk di ambil berkhidmat sebagai pegawai keselamatan ? para askar / polis pencen rasanya masih berlambak serta bekasan askar/polis yang boleh di ambil berkhidmat sebagai pegawai keselamatan kan ???? kenape mesih mengambil khdimat orang asing ???? memang tak paham sungguh dengan sikap manusia kini.......
Nyawa penduduk malaysia kini senang2 di bunuh oleh warga asing ???? Atau Allah swt ingin membuka minda manusia di malaysia - itu lah perasaan yang di alami oleh bapa kepada Altantuya yang di letupkan oleh warga asing ?????

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ocean
Posted on Saturday, October 26 @ 07:53:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 Ketahui Nama-Nama Yang Disukai Jin - Penjelasan Ustaz Sharhan Dan Ustaz Azhar Idrus
Posted on Saturday, October 26 @ 07:47:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Petikan ceramah Ustaz Sharhan ShafieAntara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin adalah seperti berikut:-

1. Balqis
2. Kistina/Qistina - Nama penghulu Jin
3. Najwa - Makna dalam bahasa Arab - Bisikan
4. Zakuan -
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda



Ustaz Sharhan juga ada memberi tahu bahawa ibu bapa tidak perlu menukar nama-nama yang telah diberikan di Jabatan Pendaftaran cukup sekadar menukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

Ustaz Sharhan juga menjelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam

P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Mari dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan perkara ini




Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.
Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..
Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam
sumber: Facebook & Amekaw.com dengan sedikit olahan dari Perling Putih






Rossa Calla
Sumber: Link


  Papar (View) Fail PSD (Photoshop) Sebagai Thumbnail
Posted on Saturday, October 26 @ 07:22:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Bila kita ada banyak fail photoshop (biasanya dalam format PSD) kita sukar nak pilih mana satu yang terkini kerana kita tak tahu kandungannya melainkan kita kena buka dulu. Kalau guna harddisk SSD (baca di sini) dengan komputer terkini tidak menjadi masalah. Tapi kalau komputer buruk kena tunggu untuk load photoshop.


Jika ada thumbnail, perkara ini tidak menjadi masalah. Photoshop tak tersedia tumbnail seperti Coreldraw. Ada 2 cara untuk memamparkan thumbnails di explorer

Cara Pertama:

Sebelum diplug-inkan

Mula download plugin di sini

Kemudian copy fail psicon.dll ke folder C:Program FilesCommon FilesAdobeShell
(Jika folder ini tidak ada sila buatkan.)

Langkah seterusnya Run fail Adobe.reg
(Kalau ditanya untuk pengesahan, klik aje OK.)

Boleh Restart PC.

Selepas plug-in fail psicon.dll

Cara Kedua:

Cara ini adalah menggunakan software free SageThumbs 2.0.0.17
(Boleh dowload di sini)


Kelebihan software SageThumbs ini ialah boleh thumbnails bukan sahaja fail PSD malah banyak lagi fail-fail lain. Tapi dia menggunakan sedikit memory pc.

Satu lagi saya suka ialah semasa list view pun thumbnail kelihatan. Lihat contoh di bawah.

Sebelum install SageThumb

Selepas Install SageThumbs

Selamat mencuba
Terima kasih...

Sumber Link

 


 Petua Menghilangkan Rasa Sengal-Sengal Badan
Posted on Saturday, October 26 @ 07:55:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



" Assalamualaikum dan salam 1world... Pagi ni IniKaliah nak berkongsi petua menghilangkan rasa sengal-sengal badan kadangkala merimaskan dan menjadikan anda tidak bermaya dan lesu. Cubalah amalkan petua-petua tradisional di bawah.

Ambil batang pokok bakawali dan potong-potong kira-kira 6 atau 10 inci. Tumbuk sehingga halus dan letakkan ke bahagian badan yang mengalami sengal-sengal. Setelak meletakkannya, balutkan dengan kain. Insyaallah sengal-sengal badan anda akan hilang. Selamat mencuba!

Sumber [Link.]"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Saturday, October 26 @ 07:55:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
 GST Menyebabkan Rakyat Makin Susah, Kata NGO dan Peguam
Posted on Saturday, October 26 @ 11:42:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



PETALING JAYA: Rakyat golongan bawahan semakin terbeban ekoran keputusan kerajaan melaksanakan sukai perkhidmatan kerajaan (GST) sebanyak enam peratus pada bulan April tahun 2015.

Harga barangan dan perkhidmatan akan menjadi semakin mahal, harga makanan akan meningkat secara berperingkat mulai sekarang walaupun kerajaan mengumumkan ia akan dilaksanakan 17 bulan lagi.

“Dengan itu kehidupan rakyat menjadi lebih susah, kerajaan berniaga dengan rakyat,” kata Fariz Musa, Ketua Kordinator Jingga 13, sebuah NGO tempatan.

Bagaimanapun, dalam Bajet 2014 yang dibentangkan di parlimen petang tadi, GST bukan kepada perkhidmatan tertentu seperti pengangkutan awam dan barangan makanan asas.

Peguam dari Temerloh, Nizam Hamid berkata, masa tidak sesuai untuk melaksanakan GST kerana masih ramai rakyat yang berpendapat rendah, serta masih ada yang miskin tegar.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh membandingkan dengan negara Singapura yang melaksanakan GST kerana rakyat negara itu mempunyai pendapatan yang tinggi.

Katanya, di negara itu tidak ada rakyat miskin tegar, pendidikan dan perkhidmatan berkelas dunia.

“Tetapi berapa ramai rakyat Malaysia yang masih hidup di bawah tahap kemiskinan tegar,” tanyanya.

Nizam berkata, kini syarikat peguam diarahkan mengenaikan cukai enam peratus kepada pelanggan untuk dibayar kepada kastam.
Sebelum ini, katanya, cukai sedemikian hanya dikenakan kepada firma guaman yang besar.

Nizam juga mendakwa pengenalan GST itu adalah cara mudah kerajaan untuk mendapatkan wang rakyat.

“Saya percaya wang itu adalah untuk menampung kos pengurusan sebanyak 82% berbanding 12% untuk pembangunan dalam bajet tersebut,” katanya lagi.

Seorang pekerja syarikat pengangkutan, Afandi Anuar berkata, golongan berpendapatan rendah sepertinya akan merasakan keperitan hidup berganda apabila GST dilaksanakan serta subsidi gula dikurangkan 36 sen.

“Sudah tentu harga makanan akan melambung, harga minuman akan naik. Teh o yang sekarang RM1 segelas barangkali mencapat RM1.50 sen.

“Bonus setengah bulan gaji secata otomatik menyebabkan kenaikan harga makanan, ini yang berlaku setiap tahun,” katanya yang berusia 56 tahun.-fmt
 Inti pati Bajet 2014
Posted on Saturday, October 26 @ 11:54:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR - Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini.

* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang  9.6 peratus.

* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

*  Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

* Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.

* Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.

* Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.

* Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

* Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

* Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
  
* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.

* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.

* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.

* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 November, 2013.

* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.

* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.

* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.

* Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

* Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.

* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.

* GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

* Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

* Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.

* Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.

* Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.

* Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.

* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai.

* Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.

* Kadar cukai maksimum semasa pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.

* Langkah-langkah ini akan berkuat kuasa mulai tahun 2015.

* Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan diberi potongan cukai tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
  
* Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan yang menghantar kakitangan menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.
  
* RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli perisian perakaunan pada 2014 dan 2015.
  
* Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST.
    
* RM2.9 bilion diperuntukkan bagi projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya dilanjutkan ke Johor Baharu serta menaik taraf landasan kereta api seluruh negara.

* RM62 juta bagi kemudahan 'park and ride’ di stesen LRT, KTM Komuter dan ERL.
      
* RM15.3 juta bagi Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat bagi memastikan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap.
  
* RM28 juta bagi membina hentian akhir bandar dan menaik taraf perhentian bas serta kemudahan ‘drop-and-ride’.
  
* RM28 juta bagi membaik pulih tren Electric Multiple Unit bagi memastikan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan.

* RM20 juta bagi program Cabaran Perniagaan Luar Bandar.

* Pegangan ekuiti dan pemilikan hartanah Bumiputera akan ditingkatkan melalui Skim Jejak Jaya Bumiputera, Skim Amanah Saham Bumiputera 2 dan pengukuhan institusi hartanah Bumiputera.
  
* SME Bank akan menubuhkan Dana Ekuiti Bumiputera atau EquiBumi dengan peruntukan RM300 juta untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat Bumiputera yang berwibawa bagi mengambil alih syarikat tersenarai atau syarikat yang   berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
  
*Kemudahan pinjaman RM200 disediakan oleh SME Bank bagi program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik.
  
* Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) akan diwujudkan dengan dana permulaan RM30 juta.
  
* Perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat utama, terutamanya GLC, akan diberi potongan cukai dua kali bagi meningkatkan pengukuhan program pembangunan vendor.

* Kemudahan pembiayaan pinjaman mudah bagi PKS daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (dana RM300 juta) dan TEKUN (dana RM700 juta).
  
* RM50 juta disediakan menerusi Skim Pembiayaan Muda India (SPUMI) di bawah TEKUN.
  
* Pinjaman juga disediakan bagi usahawan India Malaysia menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.
  
* Cukai Keuntungan Hartanah dinaikkan kepada 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun. 
  
* Harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

* 223,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta pada 2014.

* Kerajaan peruntuk RM578 juta bagi Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat.

* RM146 juta bagi JPN untuk membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu.

* RM1 bilion bagi PR1MA untuk menyediakan 80,000 unit rumah pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

* SPNB akan membina 15,122 unit rumah mampu milik, 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 unit Rumah Mesra Rakyat.

* Kategori baharu Rumah Mesra Rakyat diperkenalkan dengan harga jualan daripada RM45,000 hingga RM65,000 dan subsidi sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 seunit.
  
* Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) diperkenalkan dengan subsidi RM30,000 kepada pemaju swasta untuk setiap rumah yang dibina.
  
* RM1 bilion untuk Dana Mudahcara Perumahan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
  
* Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk mengukuhkan pasaran hartanah dan meningkatkan peluang bagi rakyat memiliki rumah.
      
* Peruntukan RM331 juta untuk meneruskan program penyeragaman harga dan pemberian subsidi termasuk kos pengangkutan di Sabah dan Sarawak.

*RM30 juta untuk membuka 60 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membantu mengurangkan harga keperluan harian.
      
*Pelepasan cukai khas RM2,000 untuk pembayar cukai dengan pendapatan bulanan sehingga RM8,000 ke atas pendapatan 2013.-sh
 Banjir Kilat Sebab Tiada Parit Yang Sempurna
Posted on Saturday, October 26 @ 14:06:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Jalan Landasan Kapal Terbang Mudah Banjir
MIRI - Apabila musim hujan lebat tiba, sering terjadi banjir kilat berlaku di atas jalan yang melalui landasan kapal terbang lama Lutong, Miri. Jalan menjadi banjir apabila air hujan tidak dapat mengalir keluar dengan baik kerana tidak ada sistem perparitan yang sewajarnya. Para pemandu terpaksa berhati-hati melalui jalan itu, takut masuk ke dalam lubang yang tidak dapat dilihat disebabkan jalan ditutupi oleh air.

Kalau jalan itu dibiarkan terus begitu, akhirnya jalan itu akan rosak teruk dan berlubang dan ianya berbahaya kepada pengguna jalanraya yang sentiasa melalui jalan tersebut  terutama pada waktu hujan dan waktu malam. Tiada lampu jalan di sepanjang jalan tersebut. Perkara ini sudah lama berlaku disebabkan tiada pihak yang mengambil tindakan untuk mengatasi masalah banjir kilat di jalan itu.
Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan pihak yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan dengan membina parit untuk memudahkan air hujan yang berlebihan mengalir keluar ke dalam parit yang berdekatan dan juga memasang lampu jalan di sepanjang jalan tersebut untuk kemudahan pengguna jalanraya yang melalui jalan tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Airstrip Road Flood Prone
MIRI - When the heavy rain season arrives the flash floods often occur on the road that passes through the Lutong old airstrip, Miri. The road became flooded when rain water cannot flow out well because there is no proper drainage system. The driver had to be careful through the road, afraid of get into a hole that cannot be seen due to the road covered by water.
If the road is allowed to continue so, finally the road will be severely damaged and perforated and it is dangerous to the road users that always go by the road, especially on rainy days and at night. There are no street lights along the road. This thing has been going on because no one else is taking action to solve the problem of flash floods in the road.
We urge the Miri City Council (MCC) and the relevant authorities immediately address the problem from protracted with the construction of drains to ease the excessive rain water to flow out into a nearby ditch and also install street lights along the road for the convenience of road users through the road. Cooperation with the parties concerned is highly appreciated.



Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

http://pas-miri.blogspot.com
 Selamatkan BERNAMA
Posted on Saturday, October 26 @ 14:03:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Ybhg Tuan/puan. BERNAMA merupakan nadi komunikasi dan maklumat negara. Ia mampu menaikkan dan juga menjatuhkan imej negara di mata dunia melalui pemberitaannya.  Namun tahukah anda bahawa BERNAMA kini diresapi atau dikuasai oleh parasit dan virus yang sedang merosakkannya dari dalam? 

Ini adalah satu pendedahan tentang kemelut dalaman BERNAMA. Ia adalah rahsia umum dikalangan petugas2nya. Namun semuanya takut untuk bersuara dek kerana bimbang periuk nasi terjejas. Ini kerana virus dan parasit ini merupakan pencatur utama dalam permainan kuasa agensi berita ini. Peranannya ibarat dalang di sebalik tabir. Wajah terhijab tapi penangannya menjahanamkan. Dia saya gelar MR 3 in 1 BERNAMA i.e Pengurus Kanan HRA cum Setiausha BERNAMA cum Pengarah anak2 syarikat BERNAMA. Dia persis Sivaji, tapi namanya berbeza sedikit ejaannya - Visvakumar a/l Sangiah.


Ketahuilah angkara kerosakan yang dilakukannya selama ini :

1. Perlantikan GM BERNAMA

BERNAMA pernah mempunyai seorang GM Melayu Islam yg agak cemerlang - Datuk Hasnul Hasan. Beliau seorang yg business minded namun sedikit kontroversi. Kontrak beliau sebagai GM sepatutnya disambung pada tahun 2013 ini dengan mengambilkira prestasi beliau yang cemerlang. Namun permainan politik dalaman menyaksikan neliau terbuang secara yang amat menghinakan dari agensi ini. Sudah ada arahan lisan KSU supaya beliau disambung kontrak. Namun atas percaturan Mr 3 in 1 yg merupakan Setiausha BERNAMA maka beliau tersingkir. Lalu dengan persetujuan ahli sidang Guiness Stout Kelab Aman, maka dicaturkan agar Mr Yong dilantik memangku sementara. Kononnya perlantikan beliau dapat memenangi sentimen pengundi Cina dalam PRU lepas.

Lihat apa hasil PRU? Sudahlah begitu, dengan sedikit silap mata Board Paper yang disediakan oleh Mr 3 in 1, maka termaktublah sudah GM BERNAMA adalah 'ikon gagal' masyarakat Cina. Rasanya Chairman BERNAMA sedar dengan permainan MR 3 in 1. Tapi kenapa diam??? Sekurang2nya Datuk Hasnul ada juga tinggalkan reserve berbelas2 juta. Datuk Yong apa ada? Kononnya business minded sangat. Tapi tak boleh salahkan dia juga sebab dia ni memang real hard core reporter asalnya. Tapi sejak kena lambung-lambung dengan Mr 3 in 1, maka dia pun macam lembu ditarik hidung. 

2. Contra Deal Fiasco

Apa punya business kalau kurang cash yang masuk. Macam mana nak maju? Kalau semuanya nak main contra deal, baik jangan wujud Jabatan Niaga. Gaji Senior Manager semuanya besar2 belaka. Komisyen, bos2 nak sapu walaupun bukan dia yang buat sale. Sampai sekarang bergaduh tak habis bab komisyen ini dari peringkat eksekutif sampai ke bos. Tapi sebenarnya mereka bukan real sales sangat pun. Main contra dengan air time dan services BERNAMA aje. Just imagine betapa bangang tahap permainan contra deal ni. BERNAMA ada buat MOU dengan UCSI. Contra deal dibuat atas ratio 1 : 13 atau bersamaan RM 1 juta nilai kos kursus peringkat ijazah utk 2 petugas BERNAMA berbanding RM13 juta imbalan kos air time dan services BERNAMA. Kemudian ada satu kes kelakar, sewa ball room untuk Majlis Hari Raya 2013 di hotel pun nak contra. Airtime dan services dikontra dengan sewa ball room. Sepatutnya ball room tu dapat free aje sebab dah masuk dalam pakej jamuan raya. So, Contra deal ada dapat persetujuan ahli Lembaga Pengarah ke wahai tuan Setiausha Lembaga Pengarah Bernama? Apa yang you sembang dalam board room tu by the way? SPRM tak nak cek ke?

3. Moral dan Salah Laku

Beruntungnya Mr 3 in 1. Hari2 boleh bawak beer minum dalam office. Masa office hour pula.  Tak cukup beer, sedut rokok berbatang-batang sampai berasap-asap Jabatan Sumber Manusia awak tu. Bila dah pening boleh tutup pintu dan tidur. Bila dah rasa 'high' panggil secretary yang cantik molek masuk bilik sembang-sembang manja. Kadang-kadang duduk gesel-gesel. Bila nak privacy berkurung pula dua orang dalam bilik tu. Bila tak seronok dalam bilik boleh ajak secretary pegi Kelab Aman belakang Empire Tower tu, minum2 sampai mabuk. Kemudian balik semula office terhoyong hayang sampai nak langgar pintu. Jadi buah mulut satu BERNAMA. Yang menyebar cerita pun staff  HR juga. Masing-masing tahu tapi TAKUT....periuk nasi terjejas. Maklumlah Mr 3 in 1. Macam-macam booleh buat. 

Bila tak cukup aksi di office, keluar pulak clubbing di The Zouq. Belanja secretary minum mabuk2. Lepas tu duduk atas riba. Dah lah pakai seksi nampak segala lurah dendam. Takkanlah takat tengok aje? Masalahnya di tempat begitu banyak mata memandang. Kesian secretary yang cantik tu. Dia asal budak baik. Tapi Mr 3 in 1 pandai guna kedudukannya untuk 'ugut secara halus' budak itu ikut kehendak dia. Sebab budak perempuan tu pun ada sikit isu disiplin. Kalau diikutkan dia pun tak rela tapi masalahnya TAKUT......Kalau boleh buat laporan dan ada jaminan perlindungan, dia mesti hendak buat aduan sexual harrasment.  Kesian beberapa orang petugas. Kena buang sebab kes sexual harrasment yang tak begitu jelas pun. Tapi, Mr 3 in 1 ialah moral gatekeeper BERNAMA.  Dia buat takpe sebab dia fikir dia Non Muslim tapi kalau staff lain buat, habislah periuk nasi. Untungnya kamu duduk dalam kalangan petugas2 Muslim yang cintakan keamanan dan kedamaian. Cuma kamu sahaja manusia tak sedar diuntung. Kamu lupa di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. JPA macam mana.Bole terima ke standard begini? Nak tunggu laporan macam mana baru nak bertindak? 
4. Perolehan Tender & Sebutharga

Sejak bertugas sebagai Pengurus Harta dari tahun 1980 an hingga dah naik pangkat jadi MR 3 in 1sekarang, mengapa 3 syarikat ni tak boleh diusik? Jaya Store, Liezan Cleaning Services dan Mitsui Sumitomo Insurance. Jaya Store memang pun sedara kamu. Dia tu pun memang ceti pun. Sejak dulu-dulu bos BERNAMA pun banyak berhutang dengan dia. Tapi mengapa tak pernah buat tender macam kafetaria yg asyik bertukar2 tu? Mitsui Simitomo tu kamu ada kawan dalamnya bukan. Bukankah valuation untuk bangunan itu tinggi sangat? Sekarang kamu letak budak suruhan kamu untuk tutup jejak dan rahsia kamu. Kesiannya budak perempuan Melayu tu. Ada Master, bijak dan rajin buat kerja. Pening kepala dia asyik nak cover kamu aje. Bukan dia tak tahu kamu menggunakan dia tapi dia terpaksa patuh sebab TAKUT....kalau tak kamu akan sekat  kenaikan pangkat dia. Tapi dia selalu saja takut, kalau diaudit dengan teliti projek2 besar terutamanya kerja-kerja pengubahsuaian bangunan, habis dia. Asyik nak nak pecah kecil elak tender aje. Letihlah. SPRM macam mana tak nak melawat ke? 

 5. Pendakwaan Terpilih

Apabila petugas BERNAMA buat salah, pasti layanannyaakan berbeza mengikut warna kulit. Jika dikatakan MR 3 in 1 ini racist dai akan melenting marah. Tapi elok kita nilai dari perbuatan dari sekadar mendengar cakap. Kes terbaru melibatkan 2 orang pengurus di BERNAMA. Seorang pengurus India dan seorang pengurus Melayu. Kesalahan lebih kurang sama - songlap duit projek BERNAMA dan macam-macam lagi. Yang sama kulit dengan dia walaupun prosiding siasatan dan pendakwaan sedang berjalan, masih dibenarkan bekerja macam biasa. Habis semua fail dipunggah dan dimusnahkan mana yang berkaitan. Kemudian Mr 3 in 1 boleh pula membela dia depan GM yg lama (Datuk Hasnul). Diprovoknya Datuk GM tu, jangan berkeras sangat nanti mamat tu lawan di court. Keudahannya mamat tu tak jadi dibunag kerja tapi meletak jawatan. Maka clean lah rfekod dia. Tengoklah, satu hari nanti dia akan masuk balik. Dulu pun dah berhenti tapi masuk balik sebab mentor dia bos HR.

Berbeza dengan pengurus Melayu ni. Dah lah kena arah bercuti 2 bulan sepanjang siasatan. Dihalang masuk pulak dalam BERNAMA. Kemudian masa sesi prosiding tatatertib langsung tak mahu didengar pembelaan dia dengan sewajarnya oleh ahli panel. Dahlah perlantikan ahli panel tatatertib caca marba tak ikut prosedur dan Akta Badan Berkanun. Kesudahannya kena buang pengurus tu. Kesian. Bagitulah juga dengan kes-kes tatatertib lain, boleh cek. Siapa yang tak masuk dalam circle dia, siaplah kalau buat salah. Kalau dalam circle dia, lagilah kalau kulit sama, buatlah salah macam mana pun nanti Mr 3 in 1 akan bagi jalan penyelesaian. Boleh kawtim. JPA dan KKMM tak nak siasat ke?

6. Political Conviction 

Mr 3 in 1 ni duduk dalam agensi penting kerajaan BN. Tapi masa PRU baru-baru ni asyik dok kutuk kerajaan BN. Puji pembangkang melangit tinggi. Kadang-kadang layan ceramah pembangkang kat ofis. Tapi bila BN menang tak malu pula puji melangit BN. Nampak pulak semangat BN nya. Spesis ni macam chameleon. Kiri kanan pun dia sapu ikut keadaan semasa. Masalahnya dia ni duduk di tempat strategik. Dia boleh menjadi gunting dalam lipatan. Bukan BN atau Pakatan di hati dia tapi tembolok dan perut didahulukan. Persetankan semuanya sebab dia naik dulu pun atas ihsan GM Melayu bernama Datuk Syed Jamil. Dari gred 41 terus lompat gred 54 tanpa exam macam orang lain. Sekarang dapat kemudahan macam Jusa C seperti kad inden walaupun bergred N54. Dia peduli apa sebab semua dia sapu. Jawatan directorship anak2 syarikat BERNAMA semua dia sapu. Macam dah takde pegawai lain lebih cerdik dari dia kat BERNAMA. Kononnya orang melayu ni bodoh tak reti buat kerja macam dia. JPA dan KKMM tak nak tengok2 ke?

7. Struktur Organisasi dan Perjawatan.

Buat carta syarikat ikut suka hati. Bernama TV yang berstatus syarikat di letak sbg jabatan dalam carta. Itu dah menipu namanya. Kes Bernama TV ni dari dulu tak selesai lagi. isu pegangan saham Datuk Suhaimi belum selesai dan menghambat operasi BTV ini. Struktur organisasi yang lain juru hara. Asyik bertukar ikut kepala dia. Dahlah pening petugas jadinya. Kemudian boleh create dah tukar nama jabatan dan jawatan ikut suka. SPRM dah bosan siasat kes Bernama TV Synergy ke?

8. Conflict of Interest

Oleh kerana banyak sangat jawatan dipegang, bila ada kes syarikat bleeding dan perlu direvamp, dia akan tahan. BESSAR misalnya sejak dari 2009 sampai sekarang asyik bleeding dibiarkan begitu sahaj sebab dia Directornya. Service Agreement yg asalnya RM280 ribu dinaikkan kepada RM360 ribu. Boleh adjust. Masalahnya Service Agreement tu sebenarnya duit gaji pada staffnya. Dahlah berniaga tak pandai main silap mata pula. GM dulu Hasnul pernah nak revamp BESAAR sebab tulaj kena tendang. SPRM dan AG tak nak cek ke.

Begitulah berkuasanya Mr Visvakumar ini. Pendedahan ini adalah untuk menyelamatkan agensi ini dan bukan kerana dendam. Semoga mendapat perhatian dari pihak berkenaan.

Sekian lah pendedahan ini.

Puncak Himalaya

Tiada ulasan: