Selasa, 22 Oktober 2013

APA SAJA STATUS KITA...KITA TETAP MATI...MAKA TAQWALAH DAN BUKAN BUAT PERKARA YANG ALLAH LARANG

31 bakal jemaah umrah ditipu RM100,000
KOTA BHARU - Sebanyak 31 bakal jemaah umrah mendakwa ditipu lebih RM100,000 oleh sebuah agensi pelancongan di sini, setelah penerbangan mereka ke tanah suci ditangguh beberapa kali.

Seorang bakal jemaah Bidah Abdul Rahman, 64, dari Kampung Sireh  di sini, berkata tarikh sepatutnya mereka berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah ialah pada 27 Mei lepas tetapi ditangguh berkali-kali sehingga 4 Jun lalu.

"Sehingga kini mereka (agensi) tidak memberi sebarang kata putus dan kami cuma inginkan kembali duit yang kami telah bayar kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Cawangan Kelantan, di sini hari ini.

Bidah yang mendaftar untuk mengerjakan umrah bersama adiknya, telah membayar RM5,850 untuk seorang kepada agensi pelancongan itu dan bayaran RM415 sebagai kos pengangkutan dari Kota Baharu ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, Selangor.

"Kami telah berhabis lebih RM6,000 seorang dan kami telah berangkat ke LCCT pada 4 Jun tetapi terkandas di sana," katanya.

Osman Alias Abdul Mahmud, 69, dari Pasir Mas yang menyertai jemaah itu bersama isteri dan seorang anaknya, berkata beliau mengetahui pakej umrah berkenaan melalui seorang ustazah yang mengajar di kampungnya.

"Apabila saya dapat tahu mengenai pakej ini melalui ustazah tersebut, saya berminat untuk menyertainya dengan harapan dapat mengerjakan umrah sempena bulan Syaaban ini," katanya yang berharap pihak berkenaan mengembalikan segera wang yang telah dibayar.  - Bernama
Barang kemas, wang jadi garam
  • Barang kemas, wang jadi garam Ah Cai (tengah) menunjukkan bungkusan di dalam beg diberikan tiga individu terlibat dengan diiringi Shu Qi.
1 / 2
KULAIJAYA - Seorang ibu tunggal berputih mata selepas wang simpanan hasil titik peluhnya bekerja selama 20 tahun sebagai tukang jahit dan pembuat pau sebanyak RM26,000 dan barang kemas lesap selepas menjalani upacara ‘mencuci nasib’.

Menceritakan insiden menimpanya Khamis lalu, mangsa, Tay Ah Chai, 58, didatangi dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an menegurnya di hadapan sebuah restoran ketika dia sedang berjalan kaki menuju pasar kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurutnya, mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dan wanita itu bertindak memaut bahunya memaklumkan dia bakal ditimpa nasib malang.

“Pada mulanya, saya enggan mempedulikan kata-kata mereka. Bagaimanapun, mereka bertindak memujuk saya untuk mendengar apa yang ingin dikatakan memandangkan ia perkara penting membabitkan nasib anak tunggal saya.

“Mendengar penjelasan itu membuatkan saya terkejut dan bersetuju untuk menuruti arahan mereka,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian, di lokasi kejadian berhampiran Jalan Siantan 1 Indahpura, semalam, ditemani anak tunggalnya, Koh Ah Soon, 33, dan turut menemui mangsa, Adun Senai, Wong Shu Qi.

Ah Chai juga mengakui, dia dimaklumkan tiga individu tersebut bahawa dia telah terkena gangguan makhluk halus dan jika tidak diubati dalam masa tiga hari anaknya bakal ditimpa kemalangan sehingga meragut nyawa.

“Mereka mengarahkan saya mengambil wang dan barang kemas di rumah dan berjumpa kembali di tempat sama disebabkan wang yang saya ada ketika itu sebanyak RM500 tidak mencukupi.

Saya hanya menuruti arahan mereka seolah-olah dipukau.

“Disebabkan saya tidak mempunyai wang tunai di rumah, saya menyerahkan buku simpanan kepada mereka. Mereka kemudian, menghantar saya menaiki kereta untuk mengeluarkan semua wang simpanan di sebuah bank di pekan Kulai,” katanya.

Menurut Ah Cai, dia dan ketiga-tiga individu terbabit menjalankan upacara mencuci nasib berhampiran taman permainan kira-kira satu kilometer daripada kediamannya.

Tambahnya, dua lelaki dan wanita berkenaan turut mengarahkannya menyerahkan semua wang tunai dan barang kemas sebelum dimasukkan ke dalam sebuah beg bewarna hitam.

“Ketika menjalani upacara menghalau makhluk halus itu, mereka mencuci tangan saya dan menyerahkan semula beg hitam tersebut.

Mereka berpesan, supaya berdoa terlebih dahulu sebelum membuka bungkusan di dalam beg itu apabila sampai dirumah.

“Sebelum meninggalkan saya, mereka menyuruh saya berjalan menuju ke sebuah kedai, dan ketika berjalan itulah tiba-tiba saya tersedar telah ditipu dua lelaki dan wanita berkenaan,” katanya.

Ah Chai terus membuka bungkusan di dalam beg hitam berkenaan dan dia terkejut apabila wang tunai yang dikeluarkan sebanyak RM26,000 dan barang kemas bernilai kira-kira RM10,000 telah bertukar menjadi sebungkus garam dan dua botol berisi air.

Mangsa kemudian menghubungi anak tunggalnya yang ketika itu keluar bekerja sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan, Zulkefly Yahya mengesahkan laporan dibuat mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.
Pecah rumah pegawai polis
  • Pecah rumah pegawai polis Suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
1 / 1
MENGLEMBU – Niat dua lelaki mahu memecah masuk kediaman seorang pegawai kanan polis di Taman Farlim Indah di sini tak kesampaian apabila salah seorang daripadanya diberkas penduduk, kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, tindakan dua lelaki berkenaan  mengumpil pintu kediaman pegawai berkenaan disedari seorang jiran yang kebetulan berada di tingkap rumahnya sebelum dia menghubungi anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Komuniti Rakan Cop.

Pegawai Rela Ipoh Barat, Kapten Chan Hoon Keong berkata, dia mengetahui rumah milik pegawai polis yang berkhidmat di Pulau Pinang itu tidak berpenghuni.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima laporan penduduk berhampiran, dia bersama beberapa anggota Rela bergegas ke lokasi kejadian meninjau keadaan di situ.

"Apabila dua lelaki terbabit menyedari kehadiran kami, mereka kelam kabut melarikan diri.

“Salah seorang daripadanya cuba bersembunyi di bawah kereta Proton Wira milik seorang penduduk manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya.

Kata Hoon Keong, lelaki berkenaan enggan keluar dari tempat persembunyian dan kerana geram beberapa penduduk bertindak memukulnya.

Jelasnya, apabila disoal, lelaki berkenaan mendakwa datang ke kawasan taman itu dengan menaiki kereta yang diletakkan kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

“Kami menemui kereta Proton Wira Aeroback di mana terdapat baju jaket pengawal keselamatan dan suspek kemudian diserahkan kepada polis manakala kereta ditunda ke balai untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek berusia 21 tahun itu akan disoal siasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh.

“Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian mendapati terdapat kesan umpil di pintu kayu.

"Kawasan kejadian adalah rumah teres dua tingkat dan tidak berpenghuni.  Kita turut merampas sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam terbabit,” katanya.

Status FB Terakhir Noreen Noor Sebelum Meninggal Dunia

status-noreen-noorNoreen Noor ada memuat naik status mengenai kisah tentang jenazah disembahyangkan 70,000 malaikat dalam akaun Facebooknya.
Status Noreen itu merujuk kepada kisah bagaimana malaikat memberikan kemuliaan ke atas Muawiyah yang meninggal dunia.
Semasa hidupnya, Jibril memberitahu Rasululllah yang Muawwiyah sering membaca Surah Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan.
Noreen, 54, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang pada jam 5.50 pagi ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri di sini dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak perempuan, 11 tahun.
Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Km16 Kampung Pulai, Melaka, menurut sumber Terengganu Today.
Filem pertama yang dibintangi Noreen Noor adalah Talak pada tahun 1980, dan antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam serta pernah popular dengan lagunya, ‘Siang Terbayang, Malam merindu‘.
Noreen Noor meninggal dunia
  • Noreen Noor meninggal dunia
1 / 1
AMPANG -  Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 40an, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.
'Tuhan beri saya semangat baru' – Noreen Noor
  • “Tuhan beri saya semangat baru” – Noreen Noor Muka Depan Majalah MIDI
1 / 1
AKHIRNYA, setelah bertahun tanpa jemu memujuk penyanyi/pelakon Noreen Noor untuk penggambaran muka depan MIDI, hasrat tersebut terlaksana. Penyanyi yang suatu ketika dahulu digelar sebagai ‘artis paling seksi Malaya’ itu tampil dalam gaya cukup sederhana; berseluar jean dengan blaus bunga-bunga.

Biarpun tubuhnya kelihatan sedikit berisi, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu ini tetap tampil menawan. Paling ketara wajahnya, kelihatan berseri-seri walaupun hanya dioles gincu tipis.

“Saya kini mendapat semangat hidup yang baru. Kehidupan juga lebih gembira dan membahagiakan. Alhamdulillah,” katanya bersungguh-sungguh  sambil membiarkan wajah cantiknya mula didandan.

Setelah bertahun hidup dalam kemurungan dan tekanan, semangat baru ini memang amat diperlukan olehnya. Tanpa mahu lagi mengungkit kisah duka lalu, Noreen berkata, “ Kini saya belajar melupakan semua yang sedih dan menyakitkan. Saya mahu memandang ke hadapan dengan semangat membara.”

Ditanya bagaimana dia boleh bangkit daripada kesedihan yang menghantui hidupnya, Noreen dengan perlahan menjawab, “petunjuk ALLAH.”

Cerita artis yang berasal dari selatan tanah air ini, sepanjang dia bersedih dan mengurung diri, tawaran diterima tidak pernah putus. Tapi semuanya ditolak mentah-mentah kerana dia tidak sanggup berdepan dengan orang ramai.

“Sampailah satu hari Prof Madya Abdul Razak Mohaideen cakap, ‘Noreen sampai bila nak jadi begini. OK lah, ini tawaran terakhir I’.  Tak tahu kenapa cakapnya itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya.  Perlahan-lahan saya mula bertanya diri sendiri tentang macam-macam perkara. Saya juga bermuhasabah diri. Alhamdulillah, perlahan-lahan ALLAH buka jalan untuk saya melihat mana yang baik dan mana yang tidak dalam hidup saya ini,” ceritanya dengan suara sebak.

Pemergiannya menunaikan umrah mengembalikan ketenangan yang dicari-cari. Dari situ lahirlah semangat yang kini membara dan bersarang di hatinya. “Alhamdulillah, syukur. Inilah yang saya ucapkan pada setiap detik kerana Dia memberi saya peluang ini.”

Mengakui hidupnya lebih teratur kini, pelakon filem ‘Raya Tak Jadi’ ini memberitahu bahawa dengan semangat yang baru dia mahu memperuntukkan sebahagian besar masa yang ada untuk anak-anaknya iaitu Danial (20) dan Diana Tihani (10).

“Sepanjang saya bersedih, memang saya tidak begitu mengambil berat tentang anak-anak. Bukan tidak ambil tahu langsung, tetapi saya memang jarang meluangkan masa keluar bersama, makan-makan ataupun berbual dengan mereka. Kasihan anak-anak terpaksa berhadapan dengan situasi ini,” katanya.

Tambahnya, “sepanjang masa tersebut anak-anak yang menjaga saya.  Merekalah yang mendengar keluh-kesah saya dan menghulurkan tangan menyapu air mata saya yang berguguran.”

Jadi peluang yang ada kini Noreen benar-benar berazam untuk ‘membayar’ semula masa-masa yang telah berlalu. Banyak yang dirancang untuk dihabiskan dengan anak-anak.

"Yang paling seronok ialah dapat berkongsi cerita dengan mereka. Nikmat sungguh kehidupan ini rasanya,” tambahnya sambil tidak putus-putus mengucap syukur.



* Noreen Noor juga bercerita tentang aktiviti masa lapang dan kembali ke dunia seni. Dapat majalah MIDI untuk kisah selanjutnya

Artis popular era 80-an, Noreen Noor meninggal dunia



ADEGAN lakonan Noreen (kanan) menerusi Filem Talak pada tahun 1984.



SELANGOR - Penyanyi dan pelakon popular era 80-an Noreen Noor yang mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung akibat penyakit darah tinggi, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini semalam.
Noreen atau nama sebenarnya Noraine Mohd. Nor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi.
Penyanyi Noorshila Amin memberitahu, Allahyarham Noreen dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri pada malam Isnin lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Saya dimaklumkan mengenai pemergian Noreen oleh kawan baik artis itu sendiri, Monaliza Mohd. Diah pagi ini (semalam).
"Noreen dikatakan sudah tidak sihat sejak Hari Raya Aidiladha lalu dan tekanan darah artis itu dimaklumkan ketika itu mencecah sehingga 180/120 mmHg," kata Noorshila ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Pandu sendiri ke hospital

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
Jasin: “Saya hanya mengetahui ibu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dihubungi pihak hospital. Saya bersyukur sempat berada di sisinya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi (semalam),” kata Danial Baharuddin, 22, anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, Noreen Noor, 54, yang meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat komplikasi buah pinggang dan jantung, jam 5.50 pagi, semalam.
Menurut Danial, arwah ibunya sebelum ini dalam keadaan baik dan hanya mengadu mengalami sakit di tangan kiri.

“Saya dimaklumkan ibu memandu sendiri ke hospital kira-kira jam 10 pagi semalam (kelmarin), sebelum itu dia tidak beritahu sesiapa mengenai tahap kesihatannya sebaliknya hanya mengadu sukar mengangkat tangan kiri.

“Saya hanya mengetahui ibu berada di sana selepas pihak hospital menghubungi pada sebelah petangnya, namun sebaik tiba dia sudah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika ditemui di kediaman saudaranya di Kampung Pulai, Serkam, di sini, semalam.


FotoJENAZAH Noreen Noor diusung ke tanah perkuburan. 


FotoDANIAL menyiram air di pusara ibunya.

 Jenazah Noreen atau nama sebenarnya Noraini Mohamad Noor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.

Terdahulu, jenazah anak keempat daripada lima beradik itu dibawa ke kediaman saudaranya di Kilometer 16, kampung itu untuk dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman kampung berkenaan selepas solat Zuhur.

Antara rakan artis yang hadir ialah, Norshila Amin, Siti Fairuz dan Azizul Khamis serta komposer Eddie Hamid.

Selain Danial, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Siang Terbayang, Malam Merindu dan pernah berlakon beberapa filem antaranya Hantu Siang, Balik Kampung, Wira Angkasa dan Pelumba Malam turut meninggalkan anak angkat perempuan, Dania, 11.

Sementara itu, abang arwah, Rosli Mohamad Nor, 56, berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian adiknya itu kira-kira jam 6 pagi semalam.

“Sejurus itu, kami memutuskan untuk mengebumikan jenazah di Kampung Pulai selepas Zuhur.

“Dia seorang adik yang baik dan sering mengambil berat mengenai keluarga dan kami terasa kehilangannya,” katanya.

Rakan rapat arwah, Halimaton A Jalil, 54, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah 14 Oktober lalu ketika menemaninya berbuka puasa.

“Sabtu lalu saya ada mengajaknya ke hospital tetapi dia menolak, saya terkejut apabila seorang rakan telefon awal pagi tadi memaklumkan dia meninggal dunia,” katanya.


' Arwah minta cipta lagu'

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
Kuala Lumpur: “Arwah ada menghubungi saya pada Ramadan lalu meminta saya mencipta lagu untuknya. Dia memang berhasrat sangat nak merakamkan lagu baru, namun saya sendiri sibuk dengan projek lain dan tidak sempat memenuhi permintaannya,” kata komposer terkenal, Eddie Hamid, 47, mengenai kematian penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an, Noreen Noor, 54, di Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini, awal pagi semalam.
Noreen atau nama sebenarnya, Noraini Mohamad Noor meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan jantung di hospital berkenaan pada jam 5.50 pagi semalam.

Eddie ketika dihubungi berkata, selepas itu Noreen tidak lagi menghubunginya hinggalah dia dihubungi anak lelaki Noreen, Danial Baharuddin, 22, memaklumkan wanita itu sudah meninggal dunia awal pagi semalam.

“Saya memang terkejut kerana tidak pernah tahu arwah ada menghidap sebarang penyakit sebelum ini,” katanya yang pernah menghasilkan lagu popular nyanyian Noreen iaitu Siang Terbayang Malam Merindu.

Dalam pada itu, rakan seangkatan Noreen, penyanyi Norshila Amin berkata, dia seperti tidak percaya apabila menerima berita pemergian Noreen dan dia kini kehilangan seorang rakan baik yang begitu menjaga hubungan sesama rakan lain.

“Kebaikannya sukar nak diterjemah dengan kata-kata dan setiap orang mengakuinya. Kali terakhir kami bertemu ialah pada konsert membabitkan artis-artis 80-an terbitan RTM sempena Aidilfitri lalu. Setiap kali berjumpa, kami akan bergurau senda

“Jika tidak berjumpa kami akan berhubung menerusi telefon dan setiap kali bercakap biasanya akan ambil masa selama dua hingga tiga jam. Sebelum ini memang dia bercerita yang dia pernah mengalami muntah darah. Bagaimanapun ia hanya disampaikan kepada rakan-rakan rapat dan dia tidak mahu disebarkan kepada peminat,” katanya dalam nada sebak.

Norshila berkata, Noreen pernah mengakui dirinya mengalami kemurungan selepas ibunya meninggal dunia pada 2006 sebelum diikuti bapanya setahun kemudian.
Aida mohon semua pihak bersabar
  • Aida mohon semua pihak bersabar
1 / 1
BARU sahaja reda mengenai kisah skandal melibatkan aktor Adi Putra dengan seorang wanita berstatus isteri orang; yang kini dalam siasatan polis.

Kini, timbul pula cerita baru mengatakan Adi menggunakan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.

Oleh kerana tiada bukti lanjut mengenai perkara tersebut, Zass mendapatkan isteri Adi, Aida Yusof setelah gagal menghubungi aktor terbabit.

"Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu.

"Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.

"Namun,  ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan," jelasnya.

Aida berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.

"Saya tahu perkara itu  dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan," katanya.

Ditebak mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba memanaskan  kes itu, Aida berkata, dia tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis.
Perkasa desak siasat isu korban
  • Perkasa desak siasat isu korban Ahli Perkasa Johor membuat laporan di Balai Polis Sentral, semalam.
1 / 1
JOHOR BAHRU - Perkasa Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat seorang lelaki dikenali sebagai Saravanan, yang mempersoal hukum penyembelihan lembu bagi ibadah korban yang dijalankan pihak sekolah di Selangor, baru-baru ini.

Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Mohd Ghauth Mohd Yusoff berkata, perkara tersebut mula mendapat perhatian umum apabila audio perbualan antara lelaki itu dan individu yang dipercayai guru besar sekolah terbabit tersebar menerusi YouTube dan Facebook.

Menurutnya, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana semua pihak sedia maklum bahawa ibadah korban penting bagi umat Islam dan tindakan lelaki itu bukan sahaja memperkecilkan Islam malah boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.

“Berdasarkan pemerhatian saya, guru besar tersebut telah menerangkan dengan baik bahawa program penyembelihan lembu sempena ibadah korban itu adalah untuk memberi pendidikan kepada murid-murid Islam berkaitan ibadah berkenaan.

“Mengapa dia nak pertikai dengan mengatakan ‘bagaimana jika orang Cina menyembelih babi di kawasan sekolah?.
Tindakannya itu bukan sahaja biadab, malah boleh menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, semalam.

Dalam audio berdurasi lapan minit itu, lelaki terbabit yang mendakwa berada di luar negara, mempertikaikan mengenai ibadah korban dijalankan di sekolah dan mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti keagamaan.

Sehubungan itu, mereka menggesa polis, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat isu berkenaan.

Tiada ulasan: