Digunakan
untuk BR1M 1 dan 2, serupa kita ambik duit kita sendiri.. dan awal
tahun ini juga had umur untuk pengeluaran keseluruhan ditambah dari 55
tahun ke 60 tahun kenapa.? mungkin kerajaan tak bayar balik apa yang dia
pinjam..????
Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Yaakob Sapari (PKR-Kota
Anggerik), Xavier Jeyakumar (PKR-Seri Andalas), Tiew Way Keng
(DAP-Teratai), Hasnul Baharuddin (PAS-Morib), Ir Haslin Hassan
(PAS-Tanjung Sepat) dan Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih). BILA
DISEBUT SETIAP ADUN MEMBAWA MAKNA TERMASUK ADUN PEMBANGKANG UMNO/BN ...
BERMAKNA SEBELUM INI TIDAK PERNAH TERJADI SEMASA UMNO/BN MEMERINTAH
SELANGOR ADUN PEMBANGKANG MENDAPAT PERUNTUKAN DANA DARI KERAJAAN NEGERI.
MOHON
JUGA DANA DAN PERUNTUKAN UNTUK SETIAP AHLI MAJLIS JUGA DI NAIKKAN
MEMANDANGKAN KOS URUS TADBIR PUSAT KHIDMAT JUGA SUDAH MENINGKAT.
YANG
PASTI SEMUA MEDIA ARUS PERDANA AKAN SOROKKAN BERITA INI DARI
PENGETAHUAN RAKYAT .. MANA TIDAKNYA .. MALULAH MUKA PARA PEMIMPIN
UMNO/BN YANG TERKENAL SEBAGAI PEMIMPIN KUAT SUNGGUH MELAKUKAN
DISKRIMINASI KEATAS PIHAK LAWAN .. ANTARA YANG TERKUAT DALAM DUNIA.Posted by
OMAK KAU!!!!
Jihad masakini.
Mempunyai
masalah nyamuk?
cuba kaedah ini. SELAMAT dan BERKESAN menghalau nyamuk! Hanya potong
separuh daripada limau nipis dan tekan beberapa ulas cengkih .
Ini adalah cara mudah menghalau nyamuk ... Pastikan untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda!
Cuba Jangan Tak Cuba — with Arieynn Nazrynie Aiman.
APA LAGI PERKASA NAK BUAT ... ISU KALIMAH ALLAH!!! ... TIMBALAN MENTERI
DALAM NEGERI CAKAP KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SEMALAM HANYA TERPAKAI DI
SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA TIDAK KEPADA PENERBITAN BIBLE DALAM BAHASA
MELAYU!!!!
Larangan penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah
Rayuan semalam hanya terpakai kepada akhbar mingguan Katolik, Herald dan
bukannya kepada penerbitan Kristian lain atau Bible dalam bahasa
Melayu, Al-Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata keputusan Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah
dalam Al-Kitab di Sabah dan Sarawak serta jaminan yang dikeluarkan oleh
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2011 masih
terpakai.
Katanya, isu ini masih belum selesai dan beliau percaya kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
"Saya percaya akan ada lagi semakan kehakiman."
Wan Junaidi berkata keputusan oleh Mahkamah Persekutuan kelak akan mengakhiri segala perkara berbangkit.
Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan nanti akan dipolitikkan oleh pihak tertentu.
"Keputusan yang diputuskan mahkamah adalah berpandukan Perlembagaan dan tidak menerima tekanan daripada sesiapa.
"Bermakna polis atau agensi lain tidak mempengaruhi keputusan mereka,"
katanya ketika ditemui dalam satu acara penyembelihan korban di Tabuan
Hilir, Sarawak.
Namun, Wan Junaidi berkata kerajaan berpandukan undang-undang boleh
menggunakan kuasanya untuk menarik balik keputusan mahkamah melalui
pindaan undang-undang di Parlimen.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau memberi amaran
kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak
membabitkan negeri di Malaysia Timur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan
semalam.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UPKO berkata penggunaan kalimah Allah
di Sabah dan Sarawak tidak mendatangkan apa-apa masalah di sana.
Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah itu sejak 100 tahun lalu dengan aman dan harmoni.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing turut senada dengan Madius.
"Datuk Zulkifli Noordin tinggalkan keputusan itu di Semenanjung dan
jangan bawanya ke Sabah dan Sarawak untuk merosakkan keharmonian di
sini."
Masing-masing turut menyuarakan kebimbangan sekiranya keputusan itu
terpakai kepada Al-Kitab akan memungkiri janji Datuk Seri Najib Razak di
Sibu pada 2010.
"Sekiranya perkara itu benar berlaku akan merosakkan kredibiliti
Barisan Nasional (BN) dan Najib sebagai Perdana Menteri," katanya.
APAKAH AKAN ADA SUARA-SUARA YANG MENYURUH TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI INI BERHIJRAH??????Posted by
OMAK KAU!!!!
PERGH!!!! PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN SUDAH DI IKTIRAF SEBAGAI FATWA YANG BOLEH MENJADI MURTAD DAN KAFIR!!!!
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran
bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung
kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.
Nooh
Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga
“mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi
akhlak”, lapor Utusan Malaysia.
“Kalau takdirnya yang
mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad
sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,”
katanya.
Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit
mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya
yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.
“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.
“Oleh
itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah
dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi seperti
dipetik dalam laporan berkenaan.
PERGH!!!! ISU INI SUDAH MENJADI ISU KAFIR MENGKAFIRLAH PULAKKKK.....
Di kalangan masyarakat kita dan masyarakat antarabangsa mengenai isu
kafir-mengkafir sesama Islam sering kali dicetuskan oleh sesetengah
pihak sehingga menimbulkan pelbagai tafsiran dalam masyarakat.
Penyelidik berpendapat ia berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW yang
kemudian terbawa-bawa sehingga beberapa zaman akibat daripada krisis
mengenai perebutan kuasa khalifah dan imamah.
Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya “Fathul Bari” menyebutkan, “Adapun pada
pengetahuan manusia, iman hanya ikrar (pengakuan) sahaja, sesiapa yang
mengaku Muslim dan mengucap dua kalimah syahadah, maka ia diakui sebagai
Muslim dan hendaklah dilakukan ke atasnya hukum-hukum sebagai mana yang
sewajarnya dilakukan terhadap orang Muslim, ia tidak lagi dihukum
kafir, melainkan setelah ternyata padanya amalan-amalan yang menunjukkan
sebaliknya seperti menyembah berhala dan sebagainya.”
Menurut jumhur ulama Islam, dua kalimah syahadah, merupakan pintu masuk
agama Islam, orang kafir dikira termasuk dalam golongan umat Islam,
sebaik-baik sahaja mereka mengucapkan dua kalimah syahadah dengan sedar
dan rela hati, sekali pun pada ketika itu ia belum lagi menunaikan
kewajipan sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lainnya.
Pengucapan dua kalimah syahadah juga melindungi darah dan harta benda
seseorang daripada pencerobohan. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
daripada Umar Ibnu Khattab r.a. menyatakan : “Apabila mereka menyebut
dua kalimah syahadah, maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka
daripada gangguan, melainkan dengan hak kalimah itu juga, sedang hisab
terhadap mereka seterusnya terpulang kepada ALLAH.”
Tuduhan kafir-mengkafir ini, yang peliknya ia ditujukan kepada sesama
umat Islam, walaupun mereka mengucap dua kalimah syahadah, ada di
antaranya disebabkan berlainan ideologi politik, perbezaan organisasi
dakwah, metodologi akidah dan penguasaan ilmu dan sebagainya.
Tuduhan ini kerana terpengaruh dengan buku-buku agama yang disalah
tafsir atau dibaca tanpa guru yang mursyid, sehingga boleh
memecah-belahkan persatuan umat Islam sejagat dan mereka seolah-olah
kehilangan jati diri dan tidak lagi menghormati persaudaraan yang
dituntut oleh ALLAH SWT dan Rasulullah SAW. Mereka telah melampau
batas-batas koridor keimanan dan boleh mengelirukan diri sendiri di
tengah-tengah ummah.
Golongan ini berpendapat, walaupun mereka mengucapkan dua kalimah
syahadah, namun tidak memahami tuntutan dan tidak beramal dengan syariat
ALLAH, maka mereka menuduh kafir walaupun mereka mengerjakan
sembahyang, puasa, zakat dan haji serta mengakui dirinya Muslim.
Abu al-’Ala al-Maududi dalam bukunya Al-Mustalihat al-Arba’ah fil
al-Quran menyatakan, “Umat Islam kini telah menyimpang jauh dalam
memahami istilah yang dimaksudkan al-Quran sehingga akidah mereka tidak
sahih lagi.”
Kemudian pemikiran beliau disokong oleh Sayyid Qutub dalam bukunya
Mua’alam fil Tariq dan Fi Zilal al-Quran yang antara lain berkata, “Di
dalam pengucapan syahadah itu diketahui masyarakat Arab bahawa ia suatu
cara hidup yang meruntuh segala asas jahiliah yang mereka tegakkan,
segala kepentingan dan kedudukan mereka.
Mereka sedar bahawa sifat agama Islam, tidak menerima tampalan dan
tidak sesuai dengan unsur-unsur peraturan bumi yang tidak lahir dari
sumber peraturan yang diturun dari langit.”
Persoalan sama ada seseorang itu mukmin atau kafir, sah atau tidak
syahadahnya, haruslah berlandaskan kepada dalil-dalil kukuh dari
al-Quran dan as-sunnah. Baginda SAW tidak pernah menghukum seseorang
Muslim itu kafir, semata-mata kerana ia tidak beramal dengan hukum-hukum
syarak.
Hadis Riwayat Muslim daripada Ubadah bin Somit r.a. yang bermaksud :
“Kami berbaiah dengan Rasulullah untuk tidak melakukan syirik, tidak
mencuri, tidak melakukan zina dan tidak membunuh anak-anak kami.
Sesiapa yang melakukannya, kemudian dikenakan hukuman, maka hukuman itu
sebagai kaffarah (pencuci) dosanya, sesiapa yang ditutupi kesalahan
itu, maka terpulang kepada ALLAH, sama ada menyeksa atau mengampuni
dosanya.”
Daripada hadis ini fuqaha Islam termasuk Ibnu Hazam menarik kesimpulan
bahawa iman terbukti dengan mengucap dua kalimah syahadah, ada pun
pelaksanaan amalan hanya bertindak sebagai pelengkap.
Posted by
OMAK KAU!!!!
ISU KALIMAH ALLAH ... PERTIKAI KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BOLEH JADI
MURTAD DAN KAFIR ..... MANTAN MUFTI PERLIS BELASAH MANTAN MUFTI
JOHOR!!!!!
Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian
menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga
melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr
Mohd Asri Zainul Abidin.
Ini kerana, selain semenanjung Malaysia,
seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan
golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.
"Sejak
seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan
perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada
zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.
Bercakap kepada
Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".
Dr
Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana
terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang
membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap
murtad.
Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada
negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan
tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.
"Kena
hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah.
Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan
sesat itu" katanya.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh
Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan
Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi
kafir dan murtad.
Posted by
OMAK KAU!!!!
GEMPAR PANAS!!!!!!....ISU MUFTI SOKONG DAN UNDI BN.... MANTAN MUFTI PERLIS TIBAI KAW-KAW MUFTI PERLIS!!!!!
Secara terbuka dengan rasa tanggung jawab terbit dari hati yang
suci lagi ikhlas, Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
telah bidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kata-kata beliau tempoh
hari yang dikatakan turut berkempen untu calon Barisan Nasional
bersama-sama dengan TSMY di bandar Tun Razak tempoh hari betapa selama
ini beliau mengundi BN dan akan terus melakukannya perkara yang serupa.
Kata Dr MAZA undi adalah rahsi maka tidak perlu diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai
pemegang jawatan tertinggi dalam Institusi Agama sesebuah negeri maka
wajar dan sebaik-baiknya Dr Juanda Jaya tidak mengumukan pendirian dan
sokongan politiknya.
Jawatan Mufti suatu jawatan mulia yang
sepatutnya berada diatas politik bukannya sama-sama bergelumang dengan
rentak rencah ahli-ahli politik.
Bila rakyat beragama Islam
mengetahui akan pegangan politik kita secara terbuka, terimalah
kenyataan pengikut yang tidak sealiran dengannya sudah pasti hilang rasa
hormatnya dan akan pandang serong dan sinis.
Jangan gunakan
kapisiti sebagai Mufti untuk kepentingan diri.. Jadi tidak menjadi
kehairanan jika apa jua gelagat dan tingkah laku yang dilakukan oleh
pemerintah BN, tidak berani ditegur kerana sokongan yang kita beri
secara terbuka.
Pssttt...Calon BN di Bandar Tun Razak itu orang Islam ke atau dia lawan calon PR beragama Islam.Posted by
OMAK KAU!!!!
MAHKAMAH RAYUAN MEMBEBASKAN AZILAH DAN SIRUL DARIPADA TUDUHAN MEMBUNUH ALTANTUYA!!!!!
Mahkamah bebas Azilah, Sirul daripada tuduhan bunuh Altantuya
Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan
membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas
tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton
Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara
membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan
bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah
Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di
hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan
berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada
ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.
Hakim Datuk Seri Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.
Bagaimanapun,
penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang
memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah
Tinggi.
Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan
untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah
(kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.
Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.
Pada
April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah
mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala
penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan
bersubahat dengan pembunuhan itu.
Pendakwa akan merayuAzilah
diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam
Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.
Timbalan
Peguamcara Negara 111, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai
pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin
Badaruddin.
Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.
Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.
Posted by
OMAK KAU!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan