Khamis, 17 Oktober 2013

KALIMAH ALLAH.....DENGAN TAK SECARA LANGSUNG MEREKA MENGAKUI ISLAM ITU BENAR...KALIMAH ALLAH TERANG2 DILAUNGKAN KETIKA AZAN...TAKBIR DALAM SOLAT DAN BANYAK LAGI

Mungkinkah Ali dan Isa dikambinghitamkan?

Harakahdaily, 17 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Hanya tinggal tidak sampai dua hari lagi ruang masa untuk berkempen, kebarangkalian makin meningkat bahawa ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden Umno iaitu Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Mohd Shafie Apdal akan mengekalkan jawatan masing-masing.

Bagi penulis Shahbudin Husin, perkembangan itu tentunya paling menggembirakan Najib kerana pelan asalnya yang mahu ketiga-tiga penyokong setianya itu dikekalkan, menemui kejayaan akhirnya.

Dalam masa yang sama, dua lagi calon Naib Presiden iaitu Ali Rustam dan Isa Samad pula secara tiba-tiba terlibat dalam siasatan politik yang mungkin menghakis sokongan terhadap mereka.

Ali Rustam kini disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya berkaitan perniagaan kaum Cina yang dianggap menghasut dan tidak sesuai diucapkan dalam sebuah negara berbilang kaum.

Isa Samad yang juga Pengerusi Felda turut berhadapan laporan polis oleh sekumpulan peneroka berhubung kenyataannya yang berbeza kepada Bursa Malaysia berkaitan perletakan jawatan bekas CEO agensi itu, Sabri Ahmad.

"Apa yang berlaku kepada Ali dan Isa di saat-saat akhir ini memperlihatkan bahawa kedua mereka bakal menjadi mangsa dan dikambinghitam untuk memberi laluan yang lebih selesa kepada ketiga-tiga penyandang Naib Presiden sedia ada," tulis beliau di dalam blognya.

Baca lagi

Pakatan Rakyat bentang Belanjawan minggu depan

Muhammad Faizal, 17 Okt 2013
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan membentangkan Belanjawan Alternatif 2014 minggu hadapan sebelum Bajet 2014 dibentang Perdana Menteri pada 25 Oktober nanti.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian ketika ditemui pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi.

"Sama ada 20 atau 21 Oktober belum kita pastikan kerana Pakatan Rakyat mempunyai program di Sungai Limau pada 21 Oktober mengenai pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau," jelasnya.

Katanya, Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat akan menekankan tentang defisit negara kepada tiga peratus pada 2014.

Tambahnya, Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat akan menekankan tentang defisit negara yang semakin merunsingkan di mana PR telah menetapkan kadar defisit negara sebanyak tiga peratus pada 2014.

Tangguh PLKN

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat juga turut mencadangkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditangguhkan pada tahun hadapan.

Ini berikutan terdapat 22 kematian telah berlaku sejak ia dilancarkan.

"Kita menggesa agar kerajaan menangguhkan PLKN pada tahun hadapan bagi memperbaiki matlamat asal program tersebut.

"Kajian ini penting apabila kita melihat sehingga sekarang terdapat 22 kematian pelatihnya sejak is dilaksanakan," jelasnya.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi program tersebut untuk tahun lepas.

"PLKN telah menelan peruntukan ratusan juta ringgit, kajian keberkesanan perlu dikaji semula dan kita mahu matlamat tercapai bukannya masalah di sebalik program tersebut sehingga mengakibat kematian,” katanya.

Pakatan yang turut mencadangkan supaya Parlimen membentuk satu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi membincangkan sama ada program PLKN itu dapat diteruskan ataupun membatalkannya.

Isu kalimah Allah: Pakatan Rakyat kekal pendirian

Muhammad Faizal, 17 Okt 2013
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan mereka terus kekal dengan pendirian sebelum ini dalam isu yang membabitkan kalimah Allah.

Kenyataan tersebut dijelaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi.

"Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pendirian yang dikeluarkan sebelum ini.

"Kita juga turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.

"Dan kita (Pakatan Rakyat) tak perlu beri apa-apa komen, segala pendirian yang dikeluarkan boleh dirujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media itu juga turut menegaskan isu kalimah Allah tidak akan menjadi agenda kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

"Isu kalimah Allah itu bukan satu agenda kempen PAS pada PRK nanti dan kita tidak mahu ia dilakukan oleh jentera kempen.

"Kalau Barisan Nasional (BN) mahu menjadikan itu sebagai agenda kempen utama mereka, ia terpulang kepada mereka dan saya pasti rakyat sudah mengetahui," jelasnya.

Selangor bantu pelajar kembali ke Mesir

Saidah Hairan, 17 Okt 2013
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memberi bantuan pembelian tiket dengan nilai berjumlah RM1,200 atau kadar 50 peratus daripada harga tiket kepada pelajar-pelajar anak Selangor yang akan pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata,  pelajar berkenaan daripada keluarga yang berpendapatan purata isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

Katanya, pelajar tersebut juga adalah peserta evakuasi sukarela dan tidak mendapat penajaan daripada mana-mana jabatan atau agensi Persekutan dan negeri kecuali mereka yang mendapat bantuan umum pelajaran daripada Lembaga Zakat Selangor.

Beliau berkata, bantuan kewangan akan diurus oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melalui pegawai yang dilantik iaitu Ustaz Mohd Shukri Ruslan.

Pelajar-pelajar terbabit boleh terus datang ke seksyen Pengajian Tinggi, tingkat 3 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam atau hubungi telefon 03- 55143538/03-55142048.

Bantuan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada 9 Oktober 2013 bagi meringankan bebanan kewangan kepada keluarga pelajar-pelajar anak Selangor yang akan kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian.

PRK Sg Limau: PAS pertaruh calon muda

Muhammad Faizal, 17 Okt 2013

PETALING JAYA: PAS akan meletakkan calon muda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini bagaimanapun menjelaskan, nama calon yang telah diputuskan oleh PAS Pusat itu hanya akan diumumkan pada 21 Oktober nanti.

Katanya, calon yang ditampilkan kali ini merupakan calon baru dan kali pertama bertanding pada piliharaya serta dikenali dan disenangi penduduk di kawasan Parliman Jerai khususnya Sungai Limau.

"Calon telah diputuskan oleh PAS Pusat dan kali ini kita akan meletakkan calon yang muda serta berkemampuan untuk menghadapi calon dari Barisan Nasional (BN).

"Calon ini merupakan penduduk tempat, dikenali dan disenangi penduduk sekitar khususnya Dun Sungai Limau.

"Saya yakin dengan kemampuan yang beliau miliki, kita (PAS) dapat mempertahankan kerusi tersebut," jelasnya.

Dalam pada beliau juga tidak memandang rendah kemampuan BN dan akan memastikan seluruh jentera dapat menumpukan kerja yang telah dipertanggungjawabkan.

"Kita tidak memandangan rendah kemampuan BN setiap kali ada pilihanraya kecil dan kita tahu apa yang mereka akan lakukan.

"Kita akan pastikan setiap jentera yang telah dipertanggungjawabkan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik serta mewujudkan kerjasama antara jentera dan juga parti di dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakan Pakatan Rakyat yang lain akan turut membantu PAS berdepan pilihan raya ini.

"Kita yakin dengan kesungguhan ini PAS mampu mengekalkan kemenangan di Sungai Limau.

"Mustapa telah jelaskan segalanya tentang PRK Sungai Limau dan kita dari Pakatan Rakyat akan turut sama membantu berkempen," jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangkakan akan mengumumkan nama calon pada 21 Oktober nanti dalam satu majlis khas di Sungai Limau.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Pemuda Umno kian ketandusan pelapis

Harakahdaily, 17 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Johor menyifatkan kemenangan borong 189-0 Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno sebagai petanda buruk untuk sayap parti itu.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, apa yang jelas dari suasana itu adalah pemuda Umno kian ketandusan pelapis kepimpinan yang berbakat yang mampu berhadapan dengan risiko menyaingi Khairy sendiri.

"Kesannya nanti, pemuda Umno bakal menyaksikan kekurangan suara kedua yang akan menjadi semak imbang dalam pemuda Umno itu sendiri pada masa hadapan.

"Bahkan, kegagalan menyatakan hujah serta misi perjuangan dengan jelas oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan baru-baru ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita bahawa bakat kepimpinan pemuda Umno kian pupus," katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan rami pemilihan pemuda Umno menyaksikan Khairy mengekalkan jawatan ketua pemuda menewaskan empat pencabar lain iaitu Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Khairy mendapat 189 undi iaitu jumlah dari keseluruhan bahagian, manakala empat pencabarnya tidak mendapat sebarang undi.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Khairy, Suhaizan berkata beliau kini sedang menunggu apa kata Tun Dr Mahathir yang pernah menyerang peribadi Khairy suatu masa dahulu.

"Khairy  menyifatkan kemenangannya sebagai kemenangan kumpulan progresif dalam Umno.

"Tentunya kemenangan Khairy tidak disenangi oleh kumpulan konsevatif dalam Umno yang lebih selesa dengan keadaan yang sedia ada," katanya.

Tiada ulasan: