Khamis, 17 Oktober 2013

SOLAT SUNAT TAHJUD SERTA DHUHA YANG ISTIQAMAH JUGA BOLEH MENYEMBUH PENYAKIT....INSYAALLAH

Syria: Lagi terbunuh menjelang Aidiladha

Harakahdaily, 16 Okt 2013


DAMSYIK: Disaat umat Islam seluruh dunia meraikan sambutan Aidiladha, rakyat Syria pula terus dihujani bedilan peluru dan bom.

Semalam, pesawat-pesawat tempur regim Assad membom beberapa wilayah yang didakwa dikuasai pejuang pembebasan (FSA).

Tindakan itu menyebabkan pasukan FSA membuat serangan balas dengan menembak mortar dan roket buatan sendiri, kata pemerhati Syria untuk kumulan Hak Asasi Manusia (SNHR).

Turut difahamkan, pesawat tempur regim turut mengebom sasaran-sasaran di desa Latamneh di kawasan Hama utara dan di daerah Ghouta Timur.

Serangan itu menyebabkan tiga kanak-kanak terbunuh dan beberapa lagicedera parah.

Sehari sebelum menjelang Aidiladha, iaitu pada Isnin, sekurang-kurangnya 108 orang terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh tentera regim di beberapa bandar di seluruh Syria.

SNHR berkata, 108 orang terbunuh tersebut termasuk tujuh wanita dan 17 kanak-kanak.

Amaran jangan hadir program Anwar

Harakahdaily, 16 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Satu notis berbunyi amaran dikeluarkan oleh kerajaan agar pelajar Malaysia di Australia, "menjauhi" program bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Notis tersebut didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), merujuk kepada program sesi awam bersama Anwar di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ yang dijadual berlangsung di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober ini.

Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog dengan hadirin pada program tersebut.

“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.

“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.

Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Sistem pemilihan Umno tidak cerminkan suara akar umbi

Selangorku, 16 Okt 2013
SHAH ALAM: Sistem pemilihan 'satu bahagian satu undi' yang dipraktikkan dalam Pemilihan Umno 2013 tidak menzahirkan kehendak majoriti ahli akar umbi parti itu.

Penganalisa politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata melalui sistem seperti itu, pemimpin yang menang perebutan jawatan tidak semestinya menang dari segi undi popular.

Ini berbeza dengan sistem pemilihan “satu ahli satu undi” yang diamalkan PKR dan memberi kuasa kepada setiap ahli untuk memilih pemimpin mereka hingga ke peringkat tertinggi.

“Saya tak begitu pasti sejauh mana sistem ini mampu memberi kesan transformasi pemilihan.

“Cuma yang digembar-gemburkan kononnya suatu suasana yang lebih demokratik sudah menjalar dalam kepimpinan dan pemilihan Umno tetapi apakah perasaan peringkat yang berbagai itu benar-benar dapat disalurkan dari segi pemilihan akhir, itu sukar untuk disukat,” kata pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) itu.

Sebelum ini penulis Blog terkenal pro Umno, Syed Akhbar Ali menganggap kemenangan yang diraih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno dan Khary Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno bukan kemenangan mutlak kerana undi yang dibuang ahli-ahli Umno akhirnya dianggap satu undi sahaja di peringkat bahagian.

Selain itu beliau turut mempersoalkan ketelusan jawatankuasa Pemilihan Umno yang beliau dakwa merahsiakan jumlah undi popular seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

Selain sistem pemilihan yang bercelaru, suasana pemilihan kali ini didakwa dicemari kewujudan pengundi hantu, kertas undi tidak cukup, jumlah undi melebihi perwakilan, insiden melempar mikrofon, kertas undi mengelirukan dan lain-lain.

Takziah buat keluarga Almarhum Datuk Adnan

Harakahdaily, 16 Okt 2013
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Adnan Othman, 69, yang kembali ke rahmatullah kira-kira jam 7.40 malam tadi di kediamannya di Kota Damansara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan ringkas mewakili kepimpinan dan ahli parti itu merakamkan takziah buat keluarga almarhum dan berharap mereka bersabar di atas ujian Allah itu.

“Semoga Allah menempatkan almarhum bersama-sama dengan hamba-hamba-Nya yang soleh,” ujarnya.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan dikafankan sekitar jam 8.30 pagi dan seterusnya disembahyangkan jam 10.00 pagi.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk dikebumikan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan almarhum yang merupakan bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia secara rasmi menyertai parti itu pada 2 April lalu dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Agung PAS.

Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS

Pertahan kemenangan tradisi Dun Sungai Limau

Harakahdaily, 15 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Aidil Adha kali ini disambut dalam suasana parti berhadapan dengan pilihanraya kecil Sungai Limau, yang tentunya menjadi fokus bagi mempertahankan kemenangan tradisi di Dun tersebut.

“Aidil Adha menuntut pengorbanan setiap dari kita bagi menzahirkan ketaatan kepada Allah, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, pengorbanan dengan simbolik penyembelihan binatang korban adalah menifestasi ketaatan kepada Allah dan kesediaan kita sebagai hamba bagi mematuhi perintah Allah.

Jelasnya, pengorbanan harta adalah latihan diri ke arah pengorbanan diri dan nyawa demi mendaulatkan agama Allah.

Beliau berkata, perjuangan bagi menegakkan keadilan dan kemakmuran berteraskan amar ma'ruf nahi munkar (al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar) menuntut pengorbanan besar rakyat negara ini.

“Dalam menghadapi kemelut kegawatan ekonomi, sosial, kepimpinan dan nilai sejagat, kita perlu meningkatkan gerakerja, memantapkan organisasi serta meningkatkan daya juang bagi melakukan perubahan besar ke arah sebuah negara yang baik serta mendapat pengampunan Allah (بلدة طيبة ورب غفور),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, sejarah lampau perjuangan umat berhadapan pemerintah yang zalim dan kesediaan bangkit menegur pemimpin adalah diiktiraf oleh Islam, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Seafdal-afdal jihad engkau bercakap kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Jelas beliau lagi, jihad dalam erti kata kesanggupan berkorban segala kepentingan peribadi yang sementara demi mendapatkan keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat.

Menurutnya, jihad dengan makna kesediaan melakukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit bahkan nyawa, merupakan kemuncak bagi tarbiah membetulkan penyelewengan dalam masyarakat.

Tambah beliau, tentulah pengorbanan ini jauh lebih besar berbanding penyembelihan binatang korban untuk disumbangkan kepada fakir miskin.

“Sehubungan itu, marilah kita tingkatkan pengorbanan dalam diri, keluarga, masyarakat demi mendaulatkan agama Allah.

“Perjuangan kita masih jauh, dan ia menuntut agar setiap ahli menjadi mata rantai dalam perjuangan suci ini, memelihara hubungan dengan Allah, memantapkan jamaah, memperkukuhkan ukuhwah di kalangan kita.

“Sempena Aidil Adha kali ini, marilah kita laungkan kalimah tauhid sebagai lambang penyatuan ummah ini.

“Selamat menyambut Aidil Adha. Sehingga bertemu di Sungai Limau insya Allah,” ujarnya lagi.

Ubat untuk sembuh dan jauhi penyakit

http://www.tranungkite.net, 16 Okt 2013
"1.    Solat sunat Hajat setiap hari 2 rakaat selepas fardhu Maghrib. -  dengan niat hajat jauh dari penyakit dan wabak serta sihat dzahir dan bathin 

2.     Sedeqah setiap pagi selepas subuh RM1.00 dan setiap petang selepasa Asar RM1.00 (jika mampu lebih, lagi banyak ganjaran)

3.    Berdoa dengan Asmaul Husna Ya-Hayyuu, Ya-Qoyyum,  Ya-Salam afiatkan badanku, pendengaranku dan penglihatanku. Ya  Allah kurniakan kepadaku ilmu yang manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit.

4.    Istiqomah sumbangan sedeqah kepada ibu dan bapa kita setiap bulan ikut kemampuan. Minimum beras/minyak masak/telor/ gula/ kopi/susu cukup untuk bulan ini dan bulan depan.

5.    Untuk melihat hasil yang segera, amalkan solat sunat 2 rokaat sebelum fardhu Subuh dan solat Dhuha setiap hari.

6.    Waktu terabai/semasa di lampu isyarat/di kaunter/ semasa “Q”/sedang tunggu kenderaan LRT/ MAS/ tunggu anak sekolah/ semasa minum teh tarik/ semasa sedang hisap rokok/dll/. Amalkan Istiqfar (Astaq-firul-lah hal-azhim-10 kali) dan selawat (Allah Hum-Masol-li`Ala Saidina Muhammad Wa`ala Ali-Saidina Muhammad -10 kali.)

Rakyat bantah nadir bumi ke Pelabuhan Kuantan malam tadi

http://wargamarhaen.blogspot.com, 16 Okt 2013

MALAM TADI RAKYAT TURUN KE PELABUHAN KUANTAN BANTAH KAPAL PEMBAWA NADIR BUMI

Apabila menerima maklumat tentang kehadiran kapal pengangkut "Red Recource" yang akan membawa Nadir Bumi Syarikat Lynas dari Australia dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada 16 Oktober 2013, maka rakyat yang sekian lama menentang projek Lynas telah berkumpul di Pelabuhan bagi menunjukkan Solidariti membantah kehadiran kapal berkenaan.
Sebelum itu, melalui Pejabat Ahli Parlimen Kuantan satu surat telah dihantar kepada Menteri bertanggungjawab untuk menggesa agar kehadiran kapal berkenaan dapat dibatalkan.
Malam tadi, sekumpulan Anti Lynas telah turun dan berkumpul di Pelabuhan bertujuan untuk menunjukkan bantahan kepada pihak berkenaan bahawa kehadiran Nadir Bumi tersebut dibantah sekeras-kerasnya.  Di antara yang turut bersama rakyat bersolidariti malam tadi adalah kesemua YB dari PR terutamanya di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota termasuk Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota.
Mereka berkumpul dengan membunyikan 'horn' dan menyalakan lampu kenderaan masing-masing tepat jam 12.00 tengah malam tadi seterusnya berkumpul bersama sepanduk dan banner.

PAS P Pinang gerak jentera pertahan Sungai Limau

Mohd Sabri Said, 15 Okt 2013
BUKIT MERTAJAM: PAS Pulau Pinang mengarahkan semua jentera pilihan raya turun membantu jentera Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau yang bermula dari hari penamaan calon 23 Oktober ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man ketika ditemui di majlis penyembelihan korban Aidil Adha di Kampung Tanah Liat, di sini pagi tadi menegaskan, tidak kira jentera Pemuda ataupun Muslimat perlu digerakkan membantu untuk memastikan kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Untuk mencapai kemenangan bukan kerja mudah di PRK Sungai Limau nanti kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk meroboh kubu PAS. Memandangkan ia begitu sengit, semua jentera PAS Pulau Pinang amat diperlukan, tambahan lagi kita berjiran," jelasnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Bagi menzahirkan hasrat tersebut sambung beliau, PAS negeri akan bermesyuarat dengan jentera pilihan raya PAS negeri terlebih dahulu supaya pembahagian tugasan berjalan dengan lancar.

Jentera PAS Pulau Pinang  ujarnya, bersedia diletakkan di mana sahaja Unit Peti Undi (UPU) yang akan ditentukan kelak.

Jelasnya, kalangan petugas yang bakal dihantar nanti merupakan mereka yang berpengalaman terutamanya dalam beberapa siri PRK yang diadakan di Kedah.

Kurang harga bantu kurang jenayah

Syed Abdullah Syed Osman ,
Kini jenayah seperti ragut, rompakan, penculikan dan pembunuhan khususnya membabitkan wanita kerap berlaku. Kejadian ini sering terjadi kepada wanita yang memandu bersendirian.

Bagi mengelakkan agar jenayah seperti ini berlaku adalah dicadangkan pengunaan cermin gelap dibenarkan kembali. Keduanya saya meminta agar duti impot cermin tangkis peluru (bullet proof) dikurangkan dan begitu juga CCTV untuk pengunaan kenderaan dikurangkan harganya.

Pada masa yang sama, lampu isyarat saperti kawasan-kawasan yang agak sunyi dan tidak sibuk dipakaikan 'hazard light' apabila tepat jam 11.00 malam hingga 6.00 pagi. Ini adalah kerana sering berlakunya rompakan dan tembakan ke arah mangsa apabila kereta berhenti ditempat-tempat adanya lampu isyarat.

Yang paling dibimbangi oleh masyarakat ketika ini adalah sasaran pembunuh upahan yang tanpa usul periksa lagi membunuh mangsanya mengikut wajah dalam gambar yang telah diberikan sebagaimana yang diarahkan. Tidak mustahil orang lain pula yang menjadi mangsa kekejaman jenayah yang semakin membimbangkan ini hanya kerana mempunyai wajah 'pelanduk dua serupa'.

Kerajaan juga mungkin boleh memikirkan memberi kebenaran membawa senjata tertentu sebagai perlindungan. Rakyat diboleh dengan syarat-syarat tertentu saperti mendapatkan permit atau seumpamanya daripada pihak KDN ataupun Polis.

Dalam masa yang sama dicadangkan supaya pihak Polis membuat pemeriksaan mengejut secara rambang contohnya setiap 100 kenderaan yang mengunakan lebuh diperiksa. Untuk keenderaan pengangkutan pula disyorkan setiap 50 buah kontiner atau lori 'trailer' turut diperiksakan juga. Cara ini dipraktikkan di sesetengah negara maju dan sangat berkesan untuk membasmikan jenayah di negara mereka.

Walau bagaimanapun diucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia yang berusaha mengawal dan menjaga ketenteraman awam negara untuk mengembalikan keyakinan rakyat saperti sedia kala.

Tiada ulasan: