Jumaat, 11 Oktober 2013

LAWAK NAMPAK SANGAT DOUBLE STANDARD@PILIH KASIH

PERKONGSIAN BERSAMA:
Kita Disogok dgn fakta palsu... Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi)
Kembali kepada cara hidup Nabi... Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan... Sampai di tempat baru...Nabi ambik garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru... Untuk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...
kenape? Allah dah cipta garam adalah penarik toksid /asid /racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita...
Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. maksudnya klu nak masak... Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan gelegak atas dapur.tutup api dan biar suhu turun dulu.baru letak garam...kita panggil bubuh garam atas darat mcm org arab buat... Bubuh garam masa nak makan.
Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih..kalau panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.
Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkn ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam

Tak bayar Tekun tak apa, gagal bayar PTPTN diburu

Hazayani Zakaria, 10 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan bahawa Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah untuk memastikan kekayaan negara dikongsi bersama dilihat bercanggah dengan situasi yang berlaku.

Sebagai contoh, pengakuan Pengarah Eksekutif (CEO) Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan bahawa Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno membuktikan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan kekayaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program-program yang dirancang hanya sempurna di atas kertas namun gagal dilaksanakan di peringkat akar umbi.

"Memanglah projek-projek dibuat atas nama rakyat tapi apabila turun ke bawah  projek-projek ini memang diberi kepada kumpulan Umno yang berkepentingan dan kroni mereka," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Tuan Ibrahim juga mempersoal sikap berdiam diri kerajaan terhadap peminjam Tekun yang gagal membayar balik pinjaman.

Sikap ini katanya sangat berbeza dengan sikap kerajaan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kita minta menteri dedahkan senarai peminjam Tekun yang bermasalah sebab rakyat nak tengok berapa ramai peminjam Tekun tak bayar balik pinjaman.

"Kerajaan buru peminjam PTPTN kenapa tak buru peminjam Tekun? Adakah sebab peminjam Tekun ini sebahagian besar Umno? Bila Umno yang pinjam kerajaan tak bertindak kalau rakyat biasa yang pinjam kita nampak mereka diburu, dikejar, disenarai hitam tapi tidak kepada peminjam Tekun," katanya lagi.

Mengikut rekod, hampir RM1 bilion dana Tekun belum dibayar semula oleh peminjam.

Tekun telah memberi pinjaman kepada usahawan Melayu iaitu ahli Umno berjumlah RM2.42 bilion dan hanya mendapat bayaran balik berjumlah RM1.43 bilion.

Tuan Ibrahim juga menambah, Tekun menjadi alat Umno menjelang pilihan raya kecil untuk memancing undi orang Melayu.

"Tekun ini jadi alat Umno setiap kali pilihan raya. Bila pilihan raya kecil meraka akan turun bagi borang dan pinjaman lulus segera," katanya.

Audit: Tindakan dengan surat amaran sahaja

Saidah Hairan, 10 Okt 2013



SHAH ALAM: Kerajaan tidak pernah berazam untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan penyelewengan terutama dalam jabatan kerajaan sehingga  berlaku ketirisan yang berulang setiap tahun.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, 95 peratus tindakan yang diambil jika mereka atau jabatan kerajaan terlibat dengan penyelewengan hanya dengan memberi surat teguran sahaja.

Katanya, jika tiada tindakan tegas yang dikenakan kepada mereka maka sampai bila-bila pegawai atau mungkin ketua jabatan akan terus cuai.

"Jika berlaku kerap kali sudah pasti rakyat akan mencurigai sama ada semua yang terlibat iaitu daripada pegawai hingga ketua jabatan," katanya dalam wacana di Karangkraf,  `Laporan Audit: Tiris atau Terlepas pandang'.

Beliau menegaskan, ekoran laporan audit yang mencurigakan rakyat mahu pihak kerajaan mengambil tindakan tegas menghapuskan masalah ketirisan yang berlaku dalam jabatan kerajaan.

"Kita harap penguatkuasaan jalankan proses siasatan dengan lebih terperinci supaya pihak yang bersalah menjadi contoh kepada pihak lain," tegasnya.

Menurut beliau, jika kerajaan berjaya mengambil tindakan keras dan tidak ada toleransi dalam soal ketirisan sudah pasti pihak Audit Negara akan menjalankan kerja dengan lebih mudah.

Beliau menyelar jawapan Ketua Polis Negara mengatakan 44 laras senjata api yang hilang mungkin jatuh ke dalam laut dan tidak jatuh ke tangan penjenayah.

Katanya, jika pihak penguatkuasa tidak mengambil tanggungjawab terhadap aset yang ada dalam badan berkenaan sudah pasti jabatan kerajaan lain akan melakukan kecuaian terhadap aset mereka.

Laporan audit menyebut bahawa polis kehilangan 44 laras senjata api, 156 gari dan 29 kenderaan.

Beliau menegaskan, jika pihak Polis yang menegakkan keadilan tidak dapat mengawal jenayah yang berlaku dalam jabatan mereka, bagaimana mereka boleh mengawal jenayah di luar.

Disiplin bermula daripada pihak penguatkuasaan dan ia perlu dilaksanakan di jabatan serta kementerian manakala menteri-menteri perlu mengambil tanggungjawab terhadap setiap yang berlaku dalam kementerian mereka.
Wacana disertai Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohammed dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ( PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Ubah prosedur elak ketirisan berulang


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamad berkata, ketirisan yang sama berulang setiap tahun disebabkan prosedur yang dilaksanakan oleh Jabatan kerajaan selama ini tidak pernah dibetulkan.

Menurut beliau, jika pembelian secara pukal tidak diubah dengan satu kaedah baru yang dicadang kepada kerajaan walaupun harga termurah tetapi perlu ada semakan harga pasaran iaitu tidak boleh melebihi harga pasaran yang munasabah.

"Jangan benarkan harga yang dibeli itu dengan harga yang tidak munasabah. Kalau harga pasaran RM100 tapi benarkan pembelian dengan harga RM3000, ini sudah tidak munasabah," tegasnya.

Beliau berharap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu bentangkan kepada kerajaan supaya mengubah prosedur tersebut dan jika ada perubahan sudah tentu ketirisan tidak akan berlaku berulang.

Mengulas ketirisan yang setiap tahun berulang, katanya, ketua jabatan di setiap kementerian bertanggungjawab mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai atau kakitangan yang terlibat melakukan penyelewengan atau memaklumkan terus kepada penguatkuasa undang-undang.

Sekiranya perkara itu tidak sengaja dilakukan atau kelalaian maka menjadi tangggungjawab Ketua Jabatan untuk menyiasat perkara tersebut.

"Jika sebuah syarikat, Audit memaklumkan berlaku pemalsuan, kita siasat jika salah kita buang, lepas itu kita minta bayar balik. Ini duit syarikat. Jika ini tidak dapat, hantar mereka yang terlibat kepada polis dan masukkan dalam penjara," tegasnya.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing dan bukan diserahkan kepada pihak SPRM.

"Masalahnya undang-undang negara kita, kelalaian itu bukan satu kesalahan jenayah, buat satu keputusan tidak betul juga bukan kesalahan jenayah," katanya.

Beliau berkata, ini berbeza dengan negara maju jika kesalahan dilakukan dengan sengaja akibat kelalaian sehingga kehilangan wang berjuta ringgit maka mereka yang terlibat boleh dituduh atas kelalaiannya.

"Pada hari ini kelalaian tidak boleh dituduh dan tertuduh pun tidak boleh dituduh," katanya.

Ahli PAS diseru sertai himpunan Bantah TPPA esok

Muhammad Faizal, 10 Okt 2013
KUALA LUMPUR: PAS meminta ahlinya turut sama hadir memberi sokongan kepada himpunan Bantah Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) esok.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, komitmen perlu ditunjukkan oleh semua rakyat negara ini dengan membantah pelaksanaan perjanjian TPPA bagi menyelamatkan ekonomi negara.

"Saya hari ini menyeru ahli PAS untuk hadir turut sama berhimpun bantah TPPA sebagai tanda sokongan penentangan kita kepada pelaksanaannya.

"Sebagai rakyat Malaysia kita perlu hadir dan memberi komitmen tanpa belah bagi membantah perjanjian tersebut sebagai jalan untuk menyelamatkan ekonomi negara," ujarnya kepada Harakahdaily.

Selain Salahuddin, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga dijangkakan turut sama dalam himpunan yang berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid Al-Syakirin, KLCC.

Sebelum itu himpunan yang dianjur oleh Badan Bertindak Bantah TPP (Bantah) memberi jaminan bahawa pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa ketika mengadakan himpunan secara aman #BantahTPPA itu.

Apa kata pengkagum Mahathir dengan gambar ini

http://omakkau.blogspot.com, 10 Okt 2013

RAKAMAN GAMBAR YANG BAKAL BUAT MAHATHIR DAN PARA PENGKAGUMNYA MEROYAN SAKAN!!!!!



Anak perempuan kesayangan Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir kelihatan bersama-sama dengan dengan Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dalam satu Persidangan Pelajar Antarabangsa 2013 anjuran KDU di Traders Hotel, Pulau Pinang pagi ini 10hb Oktober 2013.

Bukannya tidak tahu akan perangai para pengkagum Mahathir ni bila bertindak dan berbicara .. jenis pakai kepala lutut untuk berfikir gunakan otot untuk berhujah.

Jenis baka babarian.

Selama ini macam-macam puak babarian melabelkan  YAB Lim Guan Eng .. dari anti Islam dan Melayu kepada sampailah nak wujudkan Kristian sebagai agama rasmi.

Jumlah pelajar Yik ke IPT bertambah setiap tahun

Aslani M, 10 Okt 2013
KOTA BHARU: Bilangan pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang berjaya melanjut pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) bertambah setiap tahun.

Pada 2010 seramai 1,024 pelajar berjaya ke IPT, 2011 (1,319 pelajar) dan 2012 (1,524 pelajar).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan berkata, bilangan pelajar sekolah agama berjaya ke IPT sentiasa meningkat setiap tahun.

“Ini secara tidak menggambarkan kejayaan Yik melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam setiap peperiksan,” katanya menjawab soalan Tuan Mazlan Tuan Mat (PAS-Gaal) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya keadaan itu dapat dilihat kejayaan pelajar dalam peperiksaan utama seperti SPM, STAM dan STPM.

Pencapaian pelajar Yik dalam peperiksaan SPM pada 2010 sebanyak 96.77 peratus, 2011 (97 peratus) dan 2012 (96 peratus).

Peperiksaan STAM pula pada 2010 sebanyak 65.5 peratus, 2011 (66.6 peratus) dan 2012 (67.7 peratus).

Bilangan pelajar sekolah agama Yik menduduki peperiksaan tersebut pada 2010 seramai 2,020 pelajar, 2011 (1,769 pelajar) dan 2012 (1,879 pelajar).

Bagaimanapun bilangan pelajar Yik yang menduduki peperiksaan STPM tidak ramai iaitu seramai 53 orang pada 2010 dengan kelulusan 81 peratus, 2011 seramai 77 pelajar (83 peratus) dan 2012 (55 pelajar – 87.2 peratus).

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, sudah menjadi amalan mana-mana negeri tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan selenggara jalan yang diberi kerajaan pusat.

Katanya, Kelantan membelanjakan lebih 60 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM132.7 juta tahun lepas bagi menyelenggara jalan dan selebihnya untuk pengurusan.

Bagaimanapun katanya mengikut garis panduan baru ditetapkan Majlis Kewangan Negara peruntukan tersebut perlu dihabiskan 80 peratus untuk tahun akan datang.

Menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas) katanya, jalan-jalan yang diselenggara di bawah JKR negeri pada 2012 iaitu di Kota Bharu sebanyak 15 jalan, Pasir Puteh (5 jalan), Pasir Mas (15 jalan).

Selain itu Kuala Krai (4), Tumpat (5), Machang (3), Bachok (7), Tanah Merah (3), Jeli (2) dan (2).

“Jalan-jalan yang dibaiki berdasar daripada laporan dibuat Pejabat Tanah dan Jajahan yang diangkat kepada Pejabat Pembangunan Negeri sebelum diserah kepada JKR,” ujarnya.

Tiada ulasan: