Sabtu, 5 Oktober 2013

DAH PENAT KEDEPAN ATAU MEMANG TAK BOLEH KEDEPAN LAGI

Lulus PCA, Malaysia mengundur ke belakang

Harakahdaily, 04 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA) sebagai tindakan mengundur ke belakang.

Presidennya, Christopher Leong, berkata ianya sesuatu yang menyedihkan bagi negara ini apabila undang-undang penahanan tanpa bicara dikembalikan semula.

Undang-undang yang turut mengurangkan kuasa mahkamah yang diluluskan Dewan Rakyat itu juga ujarnya, memberikan pukulan hebat kepada kedaulatan undang-undang negara ini.

“Jenayah keganasan yang berlaku perlu mengikuti prinsip, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Pindaan PCA itu akan menafikan hak asasi manusia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Christopher dalam satu kenyataan.

PCA diluluskan di Dewan Rakyat lewat malam semalam selepas menjalani perbahasan hangat sejak ianya dibentangkan.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menentang keras undang-undang ini yang disifatkan bertentangan dengan keadilan sejagat dan cenderung untuk disalahgunakan.

Apakah Pak Menteri sedar?

.,
Sebagai rakyat Malaysia aku pernah menghadapi;

1. Kereta kena tarik sebab kehabisan minyak

2. Beli minyak RON95 dengan duit syiling

3. Beli susu anak dengan berhutang

4. Tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan

5. Terpaksa makan makanan hampir basi kerana kelaparan.

6. Berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak

7. Tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan

8. Bekalan air kena potong sebab bil tertangguh…

9. Pinjam telefon kawan kerana tiada top-up

Apakah pak-pak menteri sedar?

Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang aku hadapi kerana kekurang sumber kewangan walaupun kerja macam mau mati, aku kira pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang. Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiap kali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka…Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku” … Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku, Apakah pak-pak menteri sedar?

Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa…
Coretan oleh:
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat. 4 September 2013

Majoriti PAS kawasan di Selangor kekal pemimpin

Saidah Hairan , 04 Okt 2013
SHAH ALAM: PAS Kawasan Serdang,  Gombak,  Kota Raja dan Kelana Jaya mengekalkan pemimpin tanpa sebarang pertandingan dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kelana Jaya,  perwakilan mengekalkan Yang Dipertua (YDP),  Ir Izham Hashim (kanan);  Timbalan YDP,  Mohd Ghazali Daud dan Naib YDP,  Muzammil Hafiz.

Perwakilan PAS Kawasan Serdang turut mengekalkan YDP PAS Kawasan,  Shafie Ngah; Timbalan YDP,  Mazwan Johar dan Naib YDP,  Ustaz Syukor Atan.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gombak pula mengekalkan penyandang YDP, Ustaz Salehuddin Nasir; Timbalan YDP,  Ustaz Hasbullah Ridzwan dan Naib YDP, Ustaz Farhan Humaizi Abdul Halim.

YDP PAS Kota Raja, Jaafar Shamsuddin;  Timbalan YDP,  Norhalim Sirom dan Naib YDP, Dr Siti Mariah Mahmud (kiri) turut menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung pemilihan baru-baru ini.

Pertandingan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sungai Besar menyaksikan YDP kekal disandang Ustaz Sallehen Mokhyi  manakala  Ustaz Jamsari Marsom kekal sebagai Timbalan YDP dan Ustaz Mustaim Osman sebagai Naib YDP.

Perwakilan PAS Kawasan Kuala Langat pula mengekalkan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai YDP; Timbalan YDP,  Ustaz Zamri Shafiq dan Naib YDP,  Mohd Hamdan Sapar.

Bagi PAS Kawasan Sepang , pertandingan jawatan YDP menyaksikan penyandang jawatan, Jaafar Pangat dikekalkan perwakilan manakala  jawatan Timbalan YDP dan Naib YDP dimenangi tanpa bertanding  Sobirin Marsono dan Ustaz Azrul Aslim.

Iskandar A Samad (kanan) pula kekal sebagai YDP PAS Kawasan Pandan manakala  Meor Ridwan dilantik Timbalan  YDP.  Jawatan Naib YDP yang dipertandingkan dimenangi Suhaimi Ghazali.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kapar yang berlangsung di Dewan Serbaguna MPK Pekan Meru mengekalkan Dr Abdul Rani Osman sebagai YDP manakala Timbalan YDP disandang   Ustaz Noornajahan Mohd Saleh dan Naib YDP Ustaz Wan Hamidi Wan Mohamad .

Mesyuarat dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Dewan Orang Ramai Bandar Sultan Suleiman, Sementa malam sebelumnya.

Di Selayang, jawatan  YDP kekal disandang Zaidy Abdul Talib (kiri) yang juga Adun Templer, Timbalan YDP, Kamaruzaman Md Nor dan Naib YDP,  Azizan Mamat.

Bagi PAS Kawasan Shah Alam, pertandingan  bagi jawatan utama dimenangi  Azli Yusof sebagai YDP;   Zulkifli Md Nani (Timbalan YDP) dan  Jamil Abd Rahim (Naib YDP).

Penyandang YDP, Khalid Abd Samad tidak mempertahankan jawatan bagi memberi laluan kepada muka baru. 
 

ProM gesa badan bebas pantau p'raya kampus

Hazayani Zakaria, 04 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa Universiti Malaya (ProM-UM) menuntut badan bebas diwujudkan bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) di setiap universiti.

Pengerusi ProM-UM, Abdul Muqit bin Muhammad berkata, badan ini penting bagi memastikan PRK berjalan secara bersih, telus dan berintigriti tanpa ada pihak lain yang boleh memanipulasi PRK untuk kepentingan peribadi.

Antara badan yang dicadangkan ialah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) dan  Institute for Democracy and Economic Affairs(Ideas).

"Pilihanraya kampus boleh diukur tahap standard ketelusannya jika ada badan pemantau yang menjalankan tugas secara profesional.

"Pilihanraya kampus dapat berjalan secara bersih, telus dan berintegriti tanpa ada pemanipulasian oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab dan menunjukkan nilai politik ahli akademik yang mampu berpilihanraya secara dipantau," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Pada PRK yang lepas, mahasiswa mendapati wujudnya konspirasi terancang tangan-tangan asing yang digunakan untuk mematikan aktivisme mereka yang dikenali sebagai OPS 2020.

Sebuah jentera yang dirancang oleh Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk menyekat kemaraan mahasiswa sebelum Pilihanraya Umum ke-13 ini telah dibongkarkan oleh mahasiswa sehingga isu ini dibicarakan oleh parlimen pada 20 jun 2012 yang lepas.

OPS 2020 menggunakan jentera kerajaan seperti Biro Tata Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain institusi kerajaan untuk mematikan aktivisma mahasiswa menyebabkan mahasiswa terpaksa berdepan dengan jentera kerajaan dalam PRK mereka.

Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan tarikh PRK seperti berikut:

23 Oktober: UM, UKM, UPNM
24 Oktober: USM, UNIMAS, UMS, USIM
29 Oktober: UUM
30 Oktober: UIAM
21 November: UNISZA
27 November: UPM, UTM, UMT, UTHM, UITM, UNIMAP, UMK, UTEM, UMP
28 November: UPSI

Walaubagaimanapun ia masih tertakluk kepada perubahan universiti sekiranya ada, tetapi semuanya mesti diselesaikan sebelum berakhir November.

Tiada ulasan: