Ahad, 13 Oktober 2013

YANG BAIK....YANG JAHAT TETAP MENINGGAL....YANG KAKI TIPU DAN KAKI BELIT PUN MENINGGAL...MORALNYA JADI BAIK DAN BERTAQWALAH

Pemimpin BN digesa ubah cara hidup

Sarina Ismail, 13 Okt 2013
JERAI: Sikap pemimpin negara yang terus boros dalam berbelanja perlu diubah lebih-lebih lagi ketika rakyat dihimpit kesusahan ekoran peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Berucap di hadapan lebih 1000 petugas pilihan raya Muslimat PAS Kedah di Markas Besar PAS Jerai semalam, beliau kesal kerana pemimpin kerajaan BN tidak peka dengan kesusahan dialami orang kampung, petani, nelayan dan buruh kasar akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Kerajaan BN yang memerintah sekarang ini menggunakan sewenang-wenangnya wang rakyat, walhal rakyat hidup dalam keadaan terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

"Bayangkan  Perdana Menteri membelanjakan RM2.8 juta untuk majlis sambutan hari raya. Kediaman rasmi Seri Perdana yang didiaminya sekarang disewa pada kos RM18,000 sehari atau RM6.4 juta setahun.

"Semua itu duit rakyat, duit kita semua termasuk duit muslimat. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang yang tinggi. Rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan yang dibazirkan oleh mereka," ujarnya kesal.

Menurut beliau, pembaziran dan penyelewengan dalam pentadbiran BN terlalu ketara sehingga mendapat teguran keras Ketua Audit Negara setiap tahun.

Sehubungan itu, beliau mahu isu ini dibangkitkan jentera muslimat dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau bagi memberi kesedaran kepada rakyat.

Siti Zailah juga mahu jentera pilihan raya muslimat memanfaatkan kebolehan dan kemampuan yang ada bagi mempertahankan kemenangan PAS di Dun Sungai Limau.

"Perlu diingatkan dalam pilihan raya kecil, kita bukan berhadapan dengan jentera kerajaan negeri tetapi jentera Kerajaan Malaysia. Sudah tentulah akan berlaku pelbagai perkara yang tak dapat kita jangkakan.

"Setelah berusaha, munajat dan solat hajat tidak boleh kita abaikan. Muslimat perlu tubuh kumpulan untuk mengendalikan program munajat sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil ini berjalan sehinggalah hari membuang undi," nasihat beliau.

Beliau juga berharap pengundi-pengundi luar kawasan pulang membuang undi walaupun hari pengundian jatuh pada hari bekerja.

Ijtimak Pilihan Raya Muslimat PAS Kedah dilancarkan sempena PRK N20 Dun Sungai Limau dan dihadiri oleh muslimat kawasan seluruh Kedah dan Unit Peti Undi (UPU) Dun Sungai Limau.

Dalam majlis itu juga diadakan penyerahan petugas membabitkan 'kawasan bantu' dan 19 UPU yang terlibat.

Selain ucapan motivasi dari Ketua Muslimat PAS Pusat, hadirin turut mendapat suntikan semangat dan taklimat dari Pesuruhjaya PAS Kedah, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Setiausaha dan ketua Urusan Pemilih Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Kedah.

Pelajar UiTM dikerah kira undi Umno

Saidah Hairan, 13 Okt 2013
SEGAMAT: PAS Kawasan Segamat mempersoalkan tindakan Umno Johor mengerahkan lebih 1,000 pelajar UiTM Segamat untuk berkhidmat sebagai pengira undi dalam pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri parti itu semalam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Masood ketika menghubungi Harakahdaily berkata, sejak awal pagi, puluhan bas memasuki kampus UITM Segamat untuk membawa keluar para pelajar bagi menjadi petugas pemilihan Umno.

"Umno negeri Johor juga telah memperuntukkan wang untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar  UiTM Segamat dan Johor yang menjadi petugas pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di beberapa pusat pengundian di negeri ini.

Menurutnya, difahamkan setiap pelajar yang menjadi petugas akan menerima imbuhan lebih RM100 setiap seorang manakala makan minum dan penginapan sepanjang program disediakan Umno negeri.

"Perbelanjaan membayar pelajar-pelajar yang menjadi petugas ini berjumlah ratusan ribu ringgit dan sebahagiannya disalurkan kepada UITM Johor untuk membantu melancarkan proses pemilihan Umno kali ini," dakwanya.

Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati Samsudin masing-masing dipilih sebagai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno setelah menewaskan pencabar masing-masing.

Keputusan rasmi pemilihan sayap parti Umno itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur menghampiri jam 4.00 pagi.

Ketua Pemuda Umno: Tugas Khairy amat berat

Harakahdaily, 13 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Khairy menang seperti yang dijangkakan dan kemenangannya lebih dari angka jangkaan saya, tulis Aspan Alias.

Menurutnya, kemenangan dan kejayaan Khairy mempertahankan Ketua Pergerakan Pemuda itu mengesahkan yang beliau sebenarnya layak dan diakui sebagai ketua yang legitimate tanpa sebarang was-was.

“Untuk itu blog ini mengucapkan tahniah yang setingginya dan diharap Khairy dapat membawa perubahan kepada parti yang sedang uzur itu,” tulis Aspan di dalam blognya.

Baginya, dalam apa-apa perubahan politik yang selalu menjana perubahan itu adalah dari puak yang muda.

“Kemenangan dan tanggungjawab Khairy bukannya tugasan yang mudah dipikul. Berlainan dengan zaman-zaman sebelum ini, Khairy terpaksa berhadapan cabaran yang sangat besar, iaitu untuk memperkasakan parti yang kini kian hari kian uzur dalam semua perkara,” tulisnya lagi.

Apa lagi Dr. Mahathir mahu?

Surat Terbuka| Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, 13 Okt 2013
MANTAN Perdana Menteri  ini telah pun bersara dengan penuh hormat.

Anak-anak beliau begitu 'menjadi'. Salah seorang daripadanya tersenarai dalam  40 jutawan dari Malaysia oleh majalah 'Forbes' dan 'Asian Week'. Begitu juga apabila seorang anaknya berjaya menjadi Menteri Besar. Ada antara anak-anaknya diberikan jawatan sebagai pengarah berberapa syarikat gergasi di negara ini.

Tun Dr. Mahathir sendiri menjawat Penasihat Petronas, Proton, Perbadanan Putrajaya dan berbagai lagi jawatan penting dalam agensi kerajaan dan swasta.

Beliau nampaknya begitu berjaya. Namun mengapa masih tidak berpuas hati dan mengkritik apa sahaja seolah-olah masih bertaring dan punyai kuasa. Sedangkan dirinya kini  seorang pesara biasa saperti juga pegawai atau menteri lain?

Contohilah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih banyak masa bersama keluarga tersayang tanpa masuk campur sangat dalam hal ehwal politik.

Tidakkah lebih baik apabila sudah bersara menumpukan masa untuk beribadah sebagai bekalan akhirat?  Buat apa peningkan kepala memikirkan hal-hal politik kerana apabila ada pengganti bermakna ada noktah di situ.

Diharap Tun Dr Mahathir fikirkanlah apa yang terbaik untuk diri sendiri sebelum terlambat.

Baca di sini

HASAN ALI MENGAJAK DAN MENYERU PERWAKILAN UMNO MENYOKONG ISA SAMAD SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO!!!


Pergh!!! Nampak gayanya Hasan Ali Aqidah Presiden JATI sudah mula mengambil tugas sebagai pengurus kempen bagi Isa Samad, Pengerusi Felda .. Ada apa-apa ke Hasan?????

Dalam suatu posting di dinding laman sosial Facebooknya beliau menyatakan secara terbuka yang berbunyi ....Mampukah mereka memikul AMANAH dan TANGGUNGJAWAB di dalam memartabatkan ISLAM DAN MELAYU..Berilah mereka sokongan..

Tak tahu macam mana Omak Kau nak sambut dari seruan Hasan Aqidah ini.  Nak ketawa ke .. Nak menangis ke .. Dia sibuk suruh perwakilan UMNO pilih pemimpin yang telah disahkan telah melakukan rasuah oleh UMNO sendiri... Apakah rasuah bagi Hasan Aqidah tidak menjejaskan aqidah seseorang???

Contohi Selangor, henti politik balas dendam

Harakahdaily, 13 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan tindakan kerajaan negeri memberikan imbuhan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri dapat dicontohi oleh kerajaan negeri yang lain.

Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, ini terutamanya kerajaan negeri yang diperintah oleh BN yang masih lagi mengamalkan budaya politik samseng, jijik dan balas dendam kepada parti pembangkang di negeri masing-masing.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri kerana telah mengambil satu langkah yang murni di dalam membina sebuah pentadbiran yang telus dan baik dengan pemberian beberapa keistimewaan kepada Ketua Pembangkang dari Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias sejajar dengan imbuhan yang diterima oleh Ketua Pembangkang di peringkat Parlimen.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan ketua pembangkang adalah salah satu komponen penting untuk 'semak dan imbang' kepada pemerintah sedia ada.

Ketua pembangkang bakal menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang kesemuanya berjumlah RM8,620 sebulan.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin tindakan yang telah diambil ini boleh menyemarakkan satu siri politik baru yang lebih mulia dengan masing-masing pihak kerajaan dan pembangkang saling mengiktiraf dan menghormati sesama sendiri dan seterusnya membina seni politik berdasarkan penghujahan yang berfakta serta menolak politik sempit dan balas dendam,” ujar Sany dalam satu kenyataan.

Pengarah filem terkenal Indonesia meninggal dunia

Ahmad Muhajir, 13 Okt 2013
WALAUPUN sudah hampir dua minggu berlalu, namun tiada salahnya kita menukilkan kembali tentang berita meninggalnya pengarah (sutradara) filem Islam terkenal Indonesia Chaerul Umam pada tiga Oktober 2013 lalu di Jakarta.


Putera Tegal Jawa Tengah yang lahir pada 4 April 1943 ini adalah seniman dan insan perfileman yang kreatif.


Mantan Ketua Lembaga Seni dan Budaya Pimpinan Pusat Muhammadiyah ini, juga pernah aktif dalam membangun suasana sastera dan budaya dilingkungam Majlis Ulama Indonesia (MUI), terakhir sebagai Ketua Bidang Seni dan Budaya.


Awan mendung seakan menyelimuti auditorium pejabat Pimpinan Pusat Muhammadiyah Menteng Jakarta, untuk menghantar jenazahnya. Diantara filemnya yang mendapat Piala Citra adalah Ramadlan dan Ramona pada tahun 1992 sebagai pengarah filem terbaik. Dia mempunyai bakat yang luar biasa; pengarah hebat, aktor drama yang mempunyai keunikan khas, yang sukar untuk dicari ganti.


Penyair Islam Indonesia, Dr Taufiq Ismail menyebut beliau sebagai insan filem yang istiqamah, yang memilih jalan seni untuk memperjuangkan kebenaran, seni bukan hanya untuk seni, tetapi seni untuk ibadah, membangun bangsa dan umat. Prof Dr M Din Syamsuddin, Ketua Umum Muhammadiyah dengan sedih dan sayu mengakui berpulangnya Chaerul Umam yang menghadirkan filem-filem penuh nuansa keagamaan yang sarat dengan pesan-pesan dakwah.


Puluhan filem berkualiti terhasil dari  dari tangannya yang  kreatif dan sangat bersahabat ini, diantaranya Al Kautsar, Titian Dibelah Tujuh, Kejarlah Daku Kau Kankutangkap, Nada dan Dakwah termasuklah Ramadlan dan  Ramona. Al Kautsar ini memenangi anugerah di Festival Filem Asia 1977 di Bangkok sebagai Filem Sosia Budaya Terbaik serta Rakaman Suara Terbaik.


Juga aktivis masjid yang merupakan Nazir Masjid Amir Hamzah Taman Ismail Marzuki (TIM) yang dikenal sebagai gelanggang seni dan budaya terkenal di tengah bandar Jakarta ini. Tahun 1997 juga bekerjasama dengan novelis Islam Indonesia Habiburrahman el Shifrazi yang menulis novel Ayat-ayat Cinta, dalam menghasilkan filem Fatahillah, terakhir bekerjasama dalam menghasilkan filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga popular dan disiarkan dalam rangkaian televisyen Malaysia Astro. Filem ini sampai menerima penghargaan penerima anugerah Indonesian Movie Award 2010.


Habiburrahman berencana akan membuat filem  kolosal tentang kisah Jeneral Sudirman, pengasas tentera Indonesia dan jeneral pejuang yang digelar Ustaz Jeneral ini. Sebagaimana diketahui semasa hidupnya Almarhum Pak Dirman mantan aktivis pengakap Hizbul Wathan Muhammadiyah dan juga ahli aktif Pemuda Muhammadiyah, yang berguru langsung kepada Buya Ahmad Rasyid Sutan Mansur, abang iparnya Buya Hamka ini. Pak Dirman dikenali semasa hidupnya rajin dengan amalan tahajud dan solat dhuha, walaupun di tengah hutan belantara berjuang melawan Belanda dan tentera Bersekutu NICA. Pak Dirman menderita sakit penyakit paru-paru basah ini, meninggal dalam usia 36 tahun. Sedihnya oleh pemerintahan terkemudian yang dibina di tengah Jakarta di Jalan Jeneral Sudirman adalah patungnya, satu hal yang tidak disukai Pak Dirman semasa hidupnya.


Namun ini menurut Habib baru tinggal harapan Allah SWT berkehendak lain. Meninggal dalam usia 70 tahun di Hospital Islam Pondok Kopi Jakarta, penulis pernah bertemu beliau beberapa kali termasuk makan bersama di Ponduk Sunda Jakarta dan juga semasa Kongres Umat Islam Indonesia tahun  2005 di Hotel Sahid Jakarta.


Selamat Jalan Bang Chaerul Umam, semoga rohmu ditempatkan ditempat yang diredai oleh Allah Yang Maha Kuasa. Alfatihah.

Geran tanah: PR Selangor akhiri penantian 20 tahun

Harakahdaily, 12 Okt 2013
SUBANG: Penantian 219 keluarga dari Kampung Sri Indah, Paya Jaras untuk memiliki geran tanah kediaman sejak 20 tahun lalu berakhir apabila menerima hak milik masing-masing daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini.

Seorang penerima, Goh See Hai, 52, berkata, beliau terpaksa menunggu sekian lama biarpun segala dokumen telah diserahkan sejak Kerajaan Umno BN dahulu namun sikap yang diamalkan kerajaan pemerintah ketika itu menyebabkan urusan hak milik tanah tertangguh bertahun-tahun, lapor Selangorku.

“Saya telah menetap di kampung ini lebih 20 tahun, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat geran ini, biarpun kerajaan dahulu berjanji untuk menyelesaikannya, tapi akhirnya ia diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Bagi Yap Kwai Loon, 52, beliau merasa gembira kerana isu berkenaan dapat diselesaikan kerana terpaksa menunggu selama lebih 23 tahun.

“Dulu wakil MCA ada berjanji untuk menyelesaikannya, tapi saya sudah menunggu terlalu lama, akhirnya dapat juga geran tanah sendiri, terima kasih kepada Adun dan kerajaan negeri yang banyak membantu,” katanya yang berwajah ceria.

Kedua-dua mereka ditemui ketika satu majlis penyerahan kelulusan geran yang disampaikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah di Dewan JKKK Kampung Sri Indah A, Paya Jaras, di sini hari ini.

Turut hadir, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa. (Gambar atas)

Sementara itu, Mohd Khairuddin ketika ditemui berkata, sebanyak lima kampung lagi di bawah Dun Paya Jaras masih menunggu geran tanah masing-masing dan berharap isu berkenaan akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Pertamanya saya ingin ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mempercepatkan segala urusan berkenaan hak milik tanah ini.

“Di Dun Paya Jaras ini terdapat 15 buah kampung dan sebanyak lima buah kampung masih lagi menunggu dan saya berharap kerajaan negeri dapat membantu segala urusan berkenaan supaya semuanya mendapat hak milikan sendiri,” katanya yang juga Setiausaha Perhubungan PAS negeri.

Kesemua penduduk berkenaan bakal menerima geran tanah selepas meyelesaikan jumlah premium sebanyak RM1,000 yang disyaratkan oleh kerajaan negeri.

Tiada ulasan: