Ahad, 20 Oktober 2013

AKHIR ZAMAN PERKARA BEGINI SERING BERLAKU....MEREKA LUPA BALASAN DIAKHIRAT KELAK...KERANA JAHIL AGAMA...SERTA MENGIKUT JEJAK2 SYAITAN

Ketua bahagian Umno lebih mudah dapat tanah

Saidah Hairan, 20 Okt 2013

SHAH ALAM: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat perlu mendesak kerajaan Pusat supaya mendedahkan maklumat mengenai tanah secara telus supaya pengagihan tanah itu dapat dijalankan secara adil.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, jika hendak membuat perubahan untuk rakyat, kerajaan mesti terbuka dan bersikap telus supaya mudah tanah tersebut diagihkan kepada rakyat.

"Kalau kita tidak tahu macam mana kita hendak mengagihkan tanah. Ketua Bahagian Umno lebih senang dapat tanah... dan orang yang dapat tanah itu tidak tahu mana tanahnya, ini betul," katanya ketika merasmikan Konvensyen Tanah & Perbandaraan Kebangsaan, di Shah Alam, pagi tadi.

Selama ini kata beliau, pengurusan tanah di negeri Selangor dijalankan secara tidak teratur sehingga kerajaan negeri tidak tahu sama ada tanah tersebut tanah kerajaan atau sebaliknya.

Mungkin ketika Selangor di tadbir kerajaan BN katanya, pentadbiran tanah tersebut disimpan dalam fail tanah yang mungkin melibatkan juga fail tanah yang terletak di bawah Pihak Berkuasa Tanah di SUK.

"Banyak, orang kerja kena cari fail, fail cepat hilang, ada fail yang diuruskan ada fail yang ditinggalkan, jadi maknanya kita minta telus. Bila ditanya tanah itu siapa punya, jawapannya nanti," katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri sudah mula masukkan semua fail tanah dalam  komputer bagi memudahkan perncarian tanah dan kemungkinan alasan fail tanah hilang sudah tidak timbul.

Beliau menegaskan, sistem pemilikan tanah mesti dilakukan dengan telus dan boleh menentukan setiap rakyat memiliki tanah dengan syarat mesti ada keterbukaan dalam maklumat tanah.

Menurut beliau, kerajaan mesti mempunyai pengalaman mentadbir tanah dengan mengubah paradigma tanpa menggunakan sistem cara lama tetapi perlu mencari jalan bagaimana mahu mengagihkan tanah kepada rakyat.

Di Selangor katanya, memerlukan lebih kurang 43,872 hektar tanah untuk pembangunan sehingga tahun 2020 dan ia merupakan cabaran besar bagi memastikan pembangunan guna tanah tidak melebihi keperluan yang diunjurkan.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun kerajaan negeri sudah mempunyai dasar untuk menyediakan kediaman yang mampu dibeli oleh setiap keluarga.

Menurut beliau, sejak tahun 2009 lebih 18,000 penduduk sudah diberikan notis Borang 5A atau surat pemberimilikan tanah menerusi program kediaman persendirian.

"Kerajaan negeri dan pejabat daerah bekerjasama bagi memenuhi setiap permohonan untuk memiliki tanah sendiri yang diduduki lebih 10 tahun tanpa taraf milikan yang sah," tegasnya.

Debat Bajet 2014 (siri 1) - GST

Dr Dzulkefly Ahmad, 20 Okt 2013
Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai ‘Twin Deficit’ atau ‘Defisit Berkembar’, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.

Secara mudahnya, pertama -‘Defisit Fiskal/Budget’ kerana “Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan” dan kedua - Defisit Perdagangan kerana “Mengimpot lebih daripada Mengekspot”. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan ‘Penarafan Kredit’nya atau ‘Sovereign Rating’.

Terkini, dua hari lalu ‘Fitch Rating’ sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada ‘Stabil’ pada Julai kepada ‘Negatif’. Implikasi penurunan ‘penarafan’ harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.

Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.

Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.

Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.

Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga islsh kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.

Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. Barulah menjadi berteraskan maklumat - knowledge politics.

Apa itu cukai GST?

Kalau sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan  atau Sales and Services Tax atau SST dalam Bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Apa bezanya SST dan GST?

Nampaknya macam sama tetapi tidak serupa. Ia mempunyai perbezaaan yang ketara daripada segi jumlah yang dipungut kerajaan. Kalau tidak apa perlu kerajaan BN beria-ia sangat hendak melaksanakannya.

Perbezaan ketaranya ialah SST adalah cukai yang dikenakan ke atas ‘jualan dan perkhidmatan’ tertentu iaitu bukan semua yang disenaraikan, di mana cukai jualan adalah dikenakan pada kadar 5-10% dan cukai perkhidmatan pada kadar 5% sementara GST adalah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan kecuali yang ditentukan sebagai ‘dikecuali cukai’ (tax-exempt) atau ‘sifar-cukai’ (zero-rated) kepada perniagaan pemilik tunggal (individu) dan perkongsian yang jualannya ialah RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan.

Perbezaan kedua adalah lebih rumit lagi dan saya cuba permudahkan.  GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat.

Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10%, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20% (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30% (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai.

Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 10% pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas ‘Nilai Tambah’ mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60.

Sebab itu ada sesetengah negara sepertu United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit.

Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20% untung dan 30% untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60.

Jelasnya kerajaan akan dapat memungut cukai yang lebih lumayan. Itulah sebabnya kerajaan beriya sangat.

Apakah GST akan membebankan rakyat?

Daripada penjelasan tadi tentunya GST akan membebankan rakyat. Tidak syak lagi. Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Bandingkan harga cukai SST pada kadar 10% dan harga barangan pada kadar 10%. Tentunya harga akan mengalami inflasi iaitu dari RM156 ke paras RM171.60.

Sebab itu kerajaan akan cuba memulakan dengan kadar GST 5% atau 6% untuk memujuk rakyat menerimanya tetapi pengalaman semua negara yang mengenakan GST kadar akan dinaikkan dalam waktu terdekat. Berapa banyak yang dapat ditambah akan tergantung kepada kadar GST dan kecekapan mengendalikan sistem cukai baru yang sangat rumit ini.

Benar Najib akan menambah pendapatan, tetapi apakah beliau sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat teramai dan keupayaan serta kuasa membeli rakyat dikekang dengan inflasi yang pasti akan berlaku? Bukan pertumbuhan dalam tiga suku yang lalu dipacu oleh permintaan domestik dengan kata lain perbelanjaan isi rumah? Mengapa pula dikekang keupayaan mereka dengan GST? Najib jelasnya celaru serta tidak punya konsistensi dari segi kerangka pemikiran ekonomi kerana tertekan dengan pelbagai ancaman akibat dosa berbelanja dan berhutang besar dahulu.

Kalau begitu kenapa kerajaan paksakan juga GST ini kalau jelas membebankan rakyat?

Menyambung huraian tadi, mudahnya adalah kerana kerajaan menguruskan kewangan negara dengan tidak pruden atau bijak maka sekarang setelah dibebankan hutang sebanyak RM513 bilion atau 53% daripada KDNK (GDP) sementara menjamin hutang (Contingent Liabilities) oleh pihak GLCs sebanyak RM147 bilion maka kerajaan ini melepasi had hutang 55% yang diizinkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.

Tabiat kerajaan Najib pulak sejak 2009 membuat Budget Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 bilion setiap tahun. Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 bilion dan di antara 1992-1995, kerajaan berbelanja kurang daripada yang diperuntukan.

Nah, ketika sudah terbeban dengan hutang yang besar seperti ini maka mana lagi sumber yang Najib nampak? Tentunya rakyat. Ini yang dimaksudkan beliau bahawa rakyat didahulukan.

Apakah pendirian Pakatan Rakyat tentang GST?

Kami tegaskan beberapa kali dan kami berkempen dalam round pertama ‘Tolak GST 1.0’  dan mungkin kami akan jalankan kempen GST 2.0 kalau kerajaan hendak laksanakan juga.

Hujah kami mudah dan jelas. GST sebagai satu sistem cukai hanya boleh dilaksanakan kalau pendapatan rakyat di negara dapat dipertingkatkan. Buat hari ini hanya 15% daripada 13 juta warga kerja dalam pasaran kerja yang membayar cukai pendapatan iaitu yang melebihi gaji RM2,500 sebulan. Bermakna ramai yang tidak mampu. Mengikut statistiknya secara tepat hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan daripada 6.4 juta yang berdaftar sebagai pembayar cukai.

Ini bermakna warga kerja di negara ini mengalami tekanan kenaikan gaji sejak beberapa dekad lamanya seperti yang didedahkan Bank Dunia. Ini berlaku, antara lainya kerana pekerja asing dengan ketrampilan yang rendah atau ‘low-skilled’ dan dibayar yang murah dan sekaligus industri pembuatan atau pengilangandi negara ini juga kekal tidak berganjak dari membuat produk yang rendah nilai tambahnya.

Maka bagaimana hendak mendapat keuntungan dan produktiviti baik yang boleh menghasilkan gaji yang tinggi. Justeru itu kerajaan mesti menangani masalah ini secara serius di segi ketrampilan warga kerja melalui pembangunan modal insan dan pemberian insentif kepada industri khasnya Enterprise Kecil Sederhana (SMEs) dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

Kedua bagi Pakatan Rakyat kami ingatkan kerajaan Najib-BN supaya jangan menipu rakyat. Dulu kata GST tidak akan dilaksanakan sehingga waktunya. Persoalannya ialah apakah ini waktunya setelah rakyat berikan mereka mandat kembali lalu mereka mahu bebankan rakyat sebagai hadiah.

Kami tegaskan supaya tutup lubang ketirisan dan kebocoran sama ada dengan menangani rasuah, perbelanjaan boros, tidak berguna dan culas seperti didedahkan setiap tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

Itu sahaja boleh menjimatkan hampir RM10 bilion setahun paling tidaknya. Juga hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego. Itu juga akan menyelamatkan dana rakyat tidak kurang daripada RM10 bilion setahun berpandukan prestasi negeri Selangor contohnya yang menyelematan 26% dari segi perolehan yang dibuatnya.

Bukan GST ini sepatutnya lebih baik dari SST?

Daripada sudut koleksi dan komplian atau pengelakkan penipuan daripada segi sistem percukaian memang diakui GST lebih baik. Dua golongan yang sangat suka apabila GST dilaksanakan. Satu, pengekspot mereka sangat suka kerana mereka tidak dikenakan cukai lagi kerana diambil alih oleh GST dan kedua tentunya akauntan kerana servis atau khidmat mereka adalah sangat dihajatkan kerana saya tegaskan sekali lagi GST memang rumit terutama pada mula diperkenalkan.

Walaupun GST dikatakan juga sebagai ‘Cukai Penggunaan’  atau ‘Consumption Tax’ atau siapa guna dia bayar atau ‘tak guna tak bayar’ tetapi saudara akan tahu kenapa GST adalah buruk bagi rakyat kalau kita kaji golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Contohnya seorang yang berpendapatan RM1,000 dan berbelanja sebanyak RM900, kalau dikenakan GST pada 4% maka akan membayar cukai sebanyak RM36 bersamaan 3.6% daripada gajinya. Tetapi seorang yang berpendapatan RM20,000 dan berbelanja RM10,000 akan membayar GST sebanyak RM400 bersamaan dengan 2% gaji pokoknya.

Nah jelasnya keluarga yang berpendapatan rendah yang dibebani oleh GST lebih daripada yang kaya. Daripada segi ini GST adalah tidak adil atau ‘Regressive’.

Dikatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, cukai pendapatan individu dan korporat akan turun?

Ini juga satu hal kerana sekali lagi kita nampak ketidakadilan dalam sistem cukai ini. Memang betul banyak negara yang menggunkan sistem cukai GST akan menurunkan cukai individu dan korporat sebab memang lumayan pendapatan kerajaan.

Tetapi kalau kita renungi dengan mendalam, kita akan dapati bahawa prinsip cukai ini melakukan ketidakadilan kepada rakyat teramai khasnya golongan berpendapatan rendah kerana golongan ini yang tidak membayar cukai tentunya tidak akan mendapat menafaat dari system penurunan cukai ini.

Apakah pandangan Islam terhadap sistem cukai GST?

Sememangnya tidak ada perbahasan di kalangan Fuqaha tentang GST secara khusus di kalangan Fuqaha d ibidang muamalat.

Namun sedikit kajian yang saya buat perkara ini mungkin boleh kita fahami kalau dalam perbincangan bab “Tauudzif al-Amwal”  atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini. Tetapi ada beberapa syarat yang tegas. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara dan ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.

Cukup dengan tiga syarat ini dahulu pun saudara akan dapat membuat keputusan sendiri apakah wajar atau syarie kerajaan yang berbelanja besar dan bermewah lantas berhutang besar tiba-tiba menekan rakyat untuk membayar GST. Saudara fikrkanlah sendiri dan menjadi lebih tidak adil apabila dipungut daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini sudah songsong daripada prinsip Islam yang menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin. Islam menganjurkan Cukai Progresif dan bukan Regressif seperti ini.Maka saya minta ulama dan ilmuwan Islam mewacanakan topik GST ini. Jangan hanya berpolemik tentang kalimah Allah tidak sudah-sudah tetapi syariat dan muamalat Islam tidak ramai yang  mahu peduli sehingga negara diurus boros, tempang dan sarat rasuah - ketirisan sekali gus khianat serta berlawanan dengan tuntutan syariat Allah.

Isu tadbir urus adalah aspek yang besar dan penting dalam syariat Islam yang wajar didahulukan daripada segi keutamaan pelaksanaan dan membawa ‘maslahah syariah’  di segi keadilan agihan kekayaan sekali gus membenteras ‘mafasadah syariah; di segi kebejatan rasuah, ketirisan, pembaziran dan menangani kerakusan dan pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang bersekongkol dengan penguasa politk.

Zalim, bayi dalam kandungan ditembak dalam pertandingan

http://idahsalam.blogspot.com, 20 Okt 2013

Bayi dalam kandungan ditembak mati dalam acara pertandingan menembak tepat. Zalimnya


Penembak jitu di Suriah tembak mati bayi dalam kandungan
Foto bayi dalam kandungan ditembak di Syria. ©Daily Mail
Para ibu hamil di Syria menjadi sasaran bidikan para penembak tepat untuk memenangi sebuah pertandingan mengerikan: mereka menembak bayi dalam kandungan untuk merebutkan hadiah rokok.

Fakta itu dikatakan seorang doktor bedah dari England, David Nott, yang menyaksikan seorang bayi ditembak mati ketika masih berada dalam kandungan ibunya, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Sabtu (19/10).

Dr Nott yang baru kembali dari kerja sukarelawan di sebuah rumah sakit di Syria mengatakan warga setempat menyebarkan rumor yang menyebut para penembak jitu dari tentera Presiden Basyar al-Assad mengadakan pertandingan mengerikan itu setiap hari dengan membidik perut ibu-ibu hamil.

"Dari awal anda melihat pesakit masuk ke rumah sakit pada pagi hari maka anda akan tahu apa yang akan anda alami sepanjang hari. Itu sebuah pertandingan," kata Dr Nott kepada harian the Times.

Dari foto rontgen boleh terlihat peluru menembus kepala bayi yang masih dalam kandungan.

Dia mengatakan sejak 20 tahun menjadi sukarelawan di wilayah perang dia baru pertama kali ini melihat ibu hamil menjadi sasaran penembakan. Dia telah menjadi sukarelawan selama lima minggu di Syria.

"Ibu-ibu hamil itu ditembak perutnya jadi mereka pasti membidik bayinya. Ini kebiadaban yang paling biadab."

Perang di Syria sejak dua tahun lalu telah membunuh lebih dari seratus ribu warga, termasuk perempuan dan anak-anak.
Merdeka.com

Bayi dalam kotak tepung

Oleh Siti Nadirah Hafidzin, Mahaizura Abd Malik dan Redzuan Muharam
Johor Bahru: Seorang ejen hartanah terkejut apabila bunyi tangisan yang disangkakan kucing rupanya suara tangisan bayi lelaki yang ditemui di belakang kediamannya di Jalan Panglin, Taman Perling, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.50 malam itu, Ismail Yahya, 46, berkata, dia terdengar bunyi suara halus kira-kira setengah jam dari arah belakang dapur rumahnya.
Menurutnya, ketika itu, dia dan isteri, Marina Omar, 36, sedang bersiap untuk tidur.

“Saya baru mahu melelapkan mata, tetapi tersedar apabila terdengar bunyi suara halus seperti anak kucing.
FotoBAYI yang ditemui di belakang rumah.

“Hampir setengah jam kami mendengar bunyi sama menyebabkan saya yang tidak sedap hati bergegas ke dapur untuk memeriksa,” katanya, semalam.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati bunyi yang didengar itu sebenarnya adalah suara bayi menangis sebelum memanggil isterinya lalu membuka pintu dapur.

Menurutnya, dalam keadaan samar-samar itu, mereka melihat ada objek bergerak dalam satu kotak tepung yang turut dihurung lipas.

“Kami terkejut apabila menemui bayi lelaki yang masih bertali pusat, malah lampin dipakainya juga sudah basah. Saya kemudian terus menghubungi polis memaklumkan penemuan itu,” katanya.

Katanya, mereka tidak berani menyentuh bayi berkenaan sehingga polis tiba tidak lama kemudian.

Menurutnya, dia turut menyuapkan madu ke mulut bayi berkenaan kerana mendapati ia seolah-olah lapar,” katanya yang melaporkan kejadian itu di Balai Polis Tampoi.

Sementara itu, anak saudara Ismail, Farhan Mohamad, 27, berkata, dia terlihat seorang wanita mendukung bayi mundar-mandir di depan surau jam 11 malam,” katanya.

“Wanita terbabit berusia 20-an dan kelihatan gelisah serta dilihat menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata, kurang sejam kemudian bapa saudaranya mengetuk pintu biliknya memaklumkan penemuan bayi di belakang rumahnya itu.

“Mungkin wanita yang dilihat mendukung anak kecil dekat surau itu ada kaitan dengan penemuan bayi berkenaan,” katanya.

1 ulasan:

cynthia johnson berkata...

Halo, saya Mrs Cynthia Johnson, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman kesempatan waktu hidup. Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk melunasi hutang-hutang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman modal untuk meningkatkan bisnis Anda? Apakah Anda pernah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Apakah Anda memerlukan pinjaman konsolidasi atau hipotek? Tidak terlihat lagi karena kami berada di sini untuk semua masalah keuangan Anda di masa lalu. Kami meminjamkan dana kepada individu yang membutuhkan bantuan keuangan, yang memiliki kredit buruk atau membutuhkan uang untuk membayar tagihan, untuk berinvestasi di bisnis di tingkat 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami memberikan bantuan handal dan penerima dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mail di: (cynthiajohnson154@gmail.com)