Posted on Saturday, October 12 @ 16:05:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KOTA BHARU - Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.
"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu.
"Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Bharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.
Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.
"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil.
"Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya.
- Sumber Bernama
Mengikut sumber lain yang tak rasmi sasaran tembakan adalah kepada suami mangsa namun pada ketika itu si isteri (atikah) yang memandu. Difahamkan penjenayah mahu membunuh suami magsa kerana tidak berpuas hati setelah kereta di tarik suami mangsa. Dikhuatiri kereta yang dipandu adalah kereta yang baru ditarik. Namun pistol sekarang mudah didapati, sungguh amareka!
Mudahnya mendapatkan senjata api, adakah penjenayah sedang memancing dan sepucuk pistol terlekat pada mata kail atau semasa ke laut sepucuk pistol beserta peluru terlekat pada pukat ?
Polis dan Kerajaan Malaysia (UMNO) harus menjaga kepentingan rakyat bukan buat duit kenyangkan kroni. - Ketam Batu
'Saya dibina di sini lebih daripada sumbangan saya membina DPPM'
Posted on Saturday, October 12 @ 09:44:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Semasa ucapan penutup saya selaku pengarah program Ijtima Tarbawi 3.0 pemuda PAS di Pagoh, Johor 3 hari lepas, saya telah mengambil kesempatan untuk umumkan pengunduran diri saya daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk sesi akan datang.
Ia genap 10 tahun penglibatan saya di dalam DPPM yang bermula sejak 2003. Dengan umur saya yang telah melewati jauh rakan-rakan saya yang lain di dalam sayap parti yang gagah ini, saya fikir tibalah masanya untuk berundur dan memberi ruang kepada yang lebih muda, gagah, berkaliber dan layak untuk memimpin.
Saya mengecapi kemanisan kejayaan bersama rakan-rakan di dalam DPPM. Banyak sekali. Paling berguna buat saya, DPPM menjadi sandaran saya untuk istiqamah dalam perjuangan. Saat saya keletihan dan ditimpa musibah, DPPM sentiasa membakar semangat untuk terus maju.
Saya dibina di sini lebih daripada sumbangan saya membina DPPM.
Semoga saya sempat menyumbang bersama DPPM di hari-hari akhir ini di dalam kempen jihad PRK Sungai Limau nanti.
Majulah DPPM untuk negara. Majulah negara untuk ugama dan akhirat kita bersama.
Manalah tahu, saya boleh menulis travelog pelangi cinta bersama Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana Dr Riduan Mohd Nor nanti.
Ustaz Nik Mohamad Abduh
TEKA: Dulu lembik kini brutal !
Posted on Saturday, October 12 @ 08:43:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Oleh: tokpepijat
" TEKA: Dulu lembik kini brutal !
Ucapan Menteri Polis Zahid ketika kempen pemilihan UMNO di Melaka:
Dadah.... tokey besar orang Cina, tokey kecil kecil orang India penagih dan pengguna terbesar anak Melayu
Judi internert... tokey besar Cina,operator India….pengguna/pelanggan anak Melayu.
Along besar …orang Cina…tokey kecil..India ..peminjam/pengguna orang Melayu
Pelacuran…tokey besar cina…tokey kecil Cina…pelanggan ……(tentunya Melayu)
PERSOALANNYA :
Setiap kali diserbu tempat pelacuran dan judi internet, tempat
maksiat itu dibuka semula dalam masa sebulan dua. Ianya
berulang-ulang.
Ada tempat judi internet terletak hanya 200 meter dari Balai Polis.
Mengapa ianya terjadi dan berulang-ulang? Tentunya ada unsur rasuah dan barangkali ada unsur kongsi gelap "jaga dan ternak" pegawai polis?
Tentunya paling ramai di kalangan pegawai PDRM adalah kalangan bangsa Melayu.
Jadinya, Zahid tidak perlu kaitkan sentimen perkauman untuk menagih undi Melayu.
Zahid kena sedar ada di kalangan bangsa Melayu sanggup "memampuskan dan menjahanamkan " sesama Melayu demi wang!
Dulu PDRM dipimpin oleh insan "lembik", kini baru betul PDRM dipimpin oleh makhluk jenis
" brutal dan cowboy".
Itu Zahid kena siasat dan bersihkan PDRM.
Cerita Tuan Dengan Baju dan Kereta.
Posted on Saturday, October 12 @ 08:41:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Oleh: BayangDiAir
"
1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. [baca sini]
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2012/10/23/kelebihan-puasa-hari-arafah/
KECEMASAN: Periksa telinga atau ujian poligraf !
Posted on Friday, October 11 @ 19:01:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau tidak mendengar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut tentang kenyataannya kontroversi "tembak dulu" suspek penjenayah.
"Saya ada di situ (tetapi) saya tak perasaan bahagian mana yang dia berucap itu. Yang pentingnya saya ada di situ, saya bertahan kerana saya ini jenis orang yang sukar hendak tidur.
"Saya mendengar ucapan itu sepenuhnya dan saya tidak mendengar perkataan itu," katanya dalam sidang media tengah hari ini.
Dulu zaman Pak Lah,beliau hadapi masalah mengantuk.Lepas tidak jadi PM, barulah beliau dedahkan mengapa beliau mengantuk.
Kini,seorang lagi menteri dihidapi penyakit "telinga".Tiada diketahui samada pekak atau tuli atau telinga dipenuhi "emas".
Atau sengaja mahu "tipu atas darat".
Jika "sakit",sepatutnya pihak terbabit seperti Doktor Pakar Telinga cepat-cepat buat pemeriksaan telinga.
Jika sengaja mahu tipu "atas darat", elok buat ujian poligraf ke atasnya.
Tepat sekali pihak Istana Indera Kayangan tidak pilih beliau jadi Menteri Besar tempoh hari.Barangkali pihak Istana sudah tahu penyakit beliau.
sila dengar bukti disini terutama minit 0.33
KECEMASAN :Periksa telinga atau ujian poligraf!"
Domain Google Malaysia Menjadi Mangsa Godaman DNS Lagi Sekali
Posted on Friday, October 11 @ 19:53:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Hari ini, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah berkenaan laman Google Malaysia yang digodam. Buat masa ini, kami masih dapat mengaksesnya seperti biasa, dan mungkin perkara ini melibatkan DNS Hijacking, seperti mana pernah berlaku beberapa bulan sebelum ini.
Melalui DNS Hijacking, ia membawa pengguna kepada hos yang lain berbanding yang sepatutnya. Beberapa pengguna masih dapat mengaksesnya seperti biasa, sementara yang lain terjejas untuk menggunakan perkhidmatan Google tersebut buat masa ini.
Sebelum ini, pada awal Julai 2013 ini, perkara sama berlaku, yang mana turut melibatkan laman Google. Cuma untuk kali ini, ia dilihat perkara tersebut dilakukan pengodam daripada Pakistan.
Kami telah menghubungi pihak Google Malaysia berkaitan dengan perkara ini.
Kemaskini : Ia dilihat DNS untuk Google.com.my telah dipulihkan kembali. Memandangkan ia merupakan permasalahan DNS Hijacking, maka kini MYNIC sedang dalam proses untuk menyemak puncanya.
Kemaskini : Bacaan lanjut mengenai kejadian DNS Hijacking ini di Localhost.-amanz
Kebajikan Gereja Lebih Baik Dari Kebajikan Masjid?
Posted on Friday, October 11 @ 19:09:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Fitri Hadi
Salam Jumaat.
Hari ni, saya ada terbaca satu perkongsian di facebook tentang kisah yang mempersoalkan kebajikan gereja yang lebih baik dari kebajikan di Masjid.
Ianya timbul selepas berita seorang pemuda ditangkap kerana mencuri RM2 di tabung masjid.
Benarkah persoalan ini? Sama-sama kita membaca artikel di bawah:
_ _ _ _ _ _ _
Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
“Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia.”
Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?
“Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja.”
Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
“Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri.”
Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?
“Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. ”
Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.
_ _ _ _ _ _ _
Semoga semua pihak dapat membuka mata dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjaga kebajikan mereka yang sangat memerlukan.-fitrihadi.com
Posted on Saturday, October 12 @ 08:41:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Oleh: BayangDiAir
"
Tuan,
Baju
itu baru sekali Tuan pakai, terus Tuan minta dibasuh. Bukankah Tuan
kerja di dalam pejabat berhawa dingin? Peluh Tuan tak banyak. Baju Tuan
masih belum kotor. Baju Tuan masih belum berbau busuk. Kalaulah Tuan
pakai lagi untuk kali kedua pada hari lain, orang tak perasan pun.
Jimat air, jimat sabun, jimat tenaga dan jimat wang belanja.
Tuan,
Siang
tadi Tuan minta tayar kereta Tuan di’alignment’. Kata Tuan, tak sedap
bawa kereta. Asyik makan kiri. Tuan kata kalau tak di’alignment’ nanti
bunga tayar cepat rosak, makan dalam makan luar. Ah, kalau Tuan tak
alignment tayar itu, kereta Tuan masih bergerak dengan elok. Sedikit
saja lari jajarannya. Bukankah Tuan baru sahaja alignment tayar itu dua
bulan lepas? Buat apa habis duit, Tuan. Pakai saja untuk dua tiga bulan
lagi. Ini tidak……sedikit saja tak sedap dipandu Tuan sudah habiskan duit
hanya untuk masalah yang kecil.
Tuan……Tuan…..
Marah
betul Tuan apabila saya menegur perbuatan Tuan. Kata Tuan, baju perlu
bersih selalu, kenderaan perlu dijaga. Baju, kalau tak dibasuh akan
kotor dan akan berbau busuk. Tak elok dipandang orang. Malu kalau orang
menghidu bau busuk pakaian Tuan. Pakai pun rasa tak selesa. Kereta,
kalau tak dijaga nanti membahayakan nyawa. Pandainya Tuan. Tapi
sayangnya TUAN TIDAK PERNAH MENYUCIKAN DAN MEMPERBETULKAN AMALAN HARIAN
TUAN sebagaimana Tuan jaga kebersihan baju dan keelokan kenderaan Tuan.
Tuan Nampak cacat pada baju dan kenderaan Tuan tapi Tuan tak pernah nak
lihat kecacatan amalan hidup Tuan. Kalaulah Tuan jaga amalan Tuan
sebagaimana Tuan menjaga baju dan kenderaan Tuan, tentulah Tuan selamat
di dunia sampai ke akhirat.
Kelebihan Puasa Hari Arafah [9 Dzulhijjah 1434, 14 Okt 2013 - Isnin]
Posted on Saturday, October 12 @ 08:36:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Oleh: al-bahanj
"
Posted on Saturday, October 12 @ 08:36:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Oleh: al-bahanj
"
In
shaa' ALLAH, jika dipanjangkan umur, kita akan dapat bertemu dengan
hari yang paling mulia iaitu Hari `Arafah pada 9 Dzulhijjah 1434. Pada
tahun ini, ia jatuh pada 14 Oktober 2013 iaitu hari Isnin ini.
Pada
hari tersebut kita disunatkan untuk berpuasa. Ia khusus kepada orang
yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji. Antara
kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:
1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari
Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi
wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda
menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”(HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. [baca sini]
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(HR al-Bukhari)
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”(HR Muslim)
Bagi
jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan
berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya
dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.
Semoga
ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat
melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi
kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
- muzir.wordpress.com
—
Rujukan:- Riyadh as-Solihin, bab keutamaan berpuasa dan berbuat baik pada 10 hari permulaan bulan Dzulhijjah.
- Al-Fiqhu al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, bab puasa sunat.
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2012/10/23/kelebihan-puasa-hari-arafah/
KECEMASAN: Periksa telinga atau ujian poligraf !
Posted on Friday, October 11 @ 19:01:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau tidak mendengar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut tentang kenyataannya kontroversi "tembak dulu" suspek penjenayah.
"Saya ada di situ (tetapi) saya tak perasaan bahagian mana yang dia berucap itu. Yang pentingnya saya ada di situ, saya bertahan kerana saya ini jenis orang yang sukar hendak tidur.
"Saya mendengar ucapan itu sepenuhnya dan saya tidak mendengar perkataan itu," katanya dalam sidang media tengah hari ini.
Dulu zaman Pak Lah,beliau hadapi masalah mengantuk.Lepas tidak jadi PM, barulah beliau dedahkan mengapa beliau mengantuk.
Kini,seorang lagi menteri dihidapi penyakit "telinga".Tiada diketahui samada pekak atau tuli atau telinga dipenuhi "emas".
Atau sengaja mahu "tipu atas darat".
Jika "sakit",sepatutnya pihak terbabit seperti Doktor Pakar Telinga cepat-cepat buat pemeriksaan telinga.
Jika sengaja mahu tipu "atas darat", elok buat ujian poligraf ke atasnya.
Tepat sekali pihak Istana Indera Kayangan tidak pilih beliau jadi Menteri Besar tempoh hari.Barangkali pihak Istana sudah tahu penyakit beliau.
sila dengar bukti disini terutama minit 0.33
KECEMASAN :Periksa telinga atau ujian poligraf!"
Domain Google Malaysia Menjadi Mangsa Godaman DNS Lagi Sekali
Posted on Friday, October 11 @ 19:53:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Hari ini, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah berkenaan laman Google Malaysia yang digodam. Buat masa ini, kami masih dapat mengaksesnya seperti biasa, dan mungkin perkara ini melibatkan DNS Hijacking, seperti mana pernah berlaku beberapa bulan sebelum ini.
Melalui DNS Hijacking, ia membawa pengguna kepada hos yang lain berbanding yang sepatutnya. Beberapa pengguna masih dapat mengaksesnya seperti biasa, sementara yang lain terjejas untuk menggunakan perkhidmatan Google tersebut buat masa ini.
Sebelum ini, pada awal Julai 2013 ini, perkara sama berlaku, yang mana turut melibatkan laman Google. Cuma untuk kali ini, ia dilihat perkara tersebut dilakukan pengodam daripada Pakistan.
Kami telah menghubungi pihak Google Malaysia berkaitan dengan perkara ini.
Kemaskini : Ia dilihat DNS untuk Google.com.my telah dipulihkan kembali. Memandangkan ia merupakan permasalahan DNS Hijacking, maka kini MYNIC sedang dalam proses untuk menyemak puncanya.
Kemaskini : Bacaan lanjut mengenai kejadian DNS Hijacking ini di Localhost.-amanz
Kebajikan Gereja Lebih Baik Dari Kebajikan Masjid?
Posted on Friday, October 11 @ 19:09:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Fitri Hadi
Salam Jumaat.
Hari ni, saya ada terbaca satu perkongsian di facebook tentang kisah yang mempersoalkan kebajikan gereja yang lebih baik dari kebajikan di Masjid.
Ianya timbul selepas berita seorang pemuda ditangkap kerana mencuri RM2 di tabung masjid.
Benarkah persoalan ini? Sama-sama kita membaca artikel di bawah:
_ _ _ _ _ _ _
Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
“Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia.”
Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?
“Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja.”
Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
“Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri.”
Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?
“Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. ”
Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.
_ _ _ _ _ _ _
Semoga semua pihak dapat membuka mata dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjaga kebajikan mereka yang sangat memerlukan.-fitrihadi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan