SUBHANNALLAH....ALLAH MAHA AGONG
Keajaiban Kaabah beri kesan positif
http://detikislam.blogspot.com, | 12 Okt 2013 |
Dewasa
ini tidak dapat dinafikan impak atau kuasa dimiliki teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) seperti Facebook dan laman sosial lainnya
terhadap pemikiran masyarakat. Saban hari pelayar laman sesawang dan
tuan punya Facebook akan tersentuh dan disentuh pelbagai berita serta
maklumat.
Salah
satu contoh maklumat yang telah menarik perhatian ramai khalayak
Facebook ialah 15 rahsia keajaiban Kaabah. Antara ciri-ciri keajaiban
Kaabah termasuk ia terletak di Makkah yang berada di kawasan graviti
paling tinggi
Graviti
yang tinggi menarik bunyi-bunyi (dalam bentuk gelombang/tenaga) yang
tidak dapat didengar, tetapi mempunyai kesan positif kepada manusia.
Graviti tinggi mempunyai kesan ke atas sistem imun badan dan
berinteraksi dengan niat yang dibuat dalam hati untuk memberi kekuatan
dalaman.
Pergerakan
mengelilingi Kaabah mengikut arah berlawanan gerakan jarum jam
memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Yang
nyata, ciri-ciri keajaiban Kaabah digambarkan melalui konsep saintifik.
Dari
sudut sainsnya, manusia memang mempunyai keupayaan mendengar gelombang
bunyi yang terletak dalam bahagian tertentu keseluruhan julat
gelombang bunyi yang ada di dunia ini. Ada pelbagai bunyi yang tidak
dapat ditangkap telinga manusia kerana Allah SWT menjadikan keadaan
sedemikian.
Namun,
antara bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia ini ada yang dapat
didengar oleh haiwan tertentu dan bahagian atau anggota badan manusia
tanpa kita menyedarinya.
Peristiwa Israk dan Mikraj
Maklumat
ciri-ciri keajaiban Kaabah menjelaskan bagaimana antara bunyi-bunyian
ini ada yang mempunyai impak positif kepada perasaan dan pemikiran
manusia seperti pergerakan tawaf mempunyai kesan baik terhadap
kesihatan fizikal dan mental manusia.
Malangnya
tidak banyak saintis yang memberi maklum balas bagi menjawab persoalan
mengenai kelebihan ciri-ciri keajaiban Kaabah. Bagi mereka yang selesa
dengan berita kemukjizatan Nabi Muhammad SAW dan al-Quran, keajaiban
Kaabah diterima dengan keraguan minimum.
Ini
kerana dalam pandangan jagat Islami mereka, perkara luar biasa seperti
mukjizat nabi-nabi sememangnya sebahagian daripada landskap keimanan
orang Islam dan hal itu diceritakan dalam al-Quran.
Peristiwa
Israk dan Mikraj yang juga satu keajaiban Rasulullah SAW yang menjadi
sebahagian ilmu asas (pernah dihuraikan secara saintifik) umat Islam.
Namun, masih ada yang berminat untuk memahami keajaiban Kaabah dari
sudut dapat dijelas serta difahami secara rasional.
Bukti saintifik
Secara
mudahnya sains cuba memahami alam melalui bidang seperti fizik (yang
mengkaji graviti dan gelombang cahaya dan bunyi), kimia (contohnya
sifat dan zat-zat jirim seperti kandungan mineral yang luar biasa dalam
air zamzam) dan biologi (yang menjelaskan fenomena pengaliran darah
dan kesannya pada kesihatan fizikal serta emosi manusia).
Bukti
saintifik boleh dilihat melalui penggunaan alat-alat (teknologi) dan
kaedah uji kaji yang boleh dikongsi oleh semua yang berminat.
Persoalannya,
kenapa golongan ini memerlukan pengesahan saintifik kepada ciri-ciri
keajaiban Kaabah? Mungkin dua sebab, pertama, jiwa yang mengimani Maha
Pencipta dan Rasulnya akan sentiasa merindui penyaksian apa yang
dipercayainya.
Dalam
konteks ciri-ciri keajaiban Kaabah ini, rumah Allah itu yang terletak
di kota Makkah berkait erat dengan ibadat haji, di samping elemen
penting lain seperti Hajar Aswad dan air zamzam.
Dari
sudut saintifiknya, apabila muncul maklumat mengenai ciri-ciri
keajaiban Kaabah itu, perlu ada inisiatif oleh umat Islam sendiri untuk
menyiasat sama ada pernyataan yang dibuat jelas sumber maklumatnya
serta kesahihan fakta dikemukakan.
Perlulah
ada situasi yang mana saintis Muslim dan ulama bergabung tenaga serta
saling membantu bagi membolehkan proses pengukuran ciri-ciri graviti
istimewa yang disebut boleh dijalankan.
Bagi
mereka masih tertanya-tanya, analisis umum yang dilakukan terhadap
laporan ciri-ciri keajaiban Kaabah menunjukkan kebarangkalian yang
baik, memandangkan ada rujukan boleh dijejaki untuk data sokongan.
Pada
masa yang sama, keistimewaan Kaabah ini sepatutnya menyedarkan umat
Islam luasnya serta banyak lagi kajian saintifik yang dilakukan saintis
bukan Islam (tetapi yang tidak semestinya prejudis terhadap Islam)
wujud dan boleh dirujuk.
Firman
Allah SWT bermaksud: Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Mengasihani - supaya Engkau memberi peringatan dan
amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka telah lama tidak diberikan
peringatan dan amaran sebab itulah mereka lalai. (Surah Yaasin, ayat
5-6).
*Sumber dari al-bakriah.com.my/ suatuperjalananmaya.com
Universiti wajib umum awal tarikh pilihan raya
Harakahdaily, |
Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya hari ini mendesak supaya Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumumkan tarikh pilihanraya kampus lebih awal supaya ia menjadi langkah kepada seluruh mahasiswa untuk bersedia berhadapan dengan pilihanraya kampus nanti.
Malangnya sehingga kini kebanyakan IPTA masih belum mengumumkan bila sebenarnya tarikh pilihan raya kampus akan berlaku walaupun sebahagian daripada MPP di universiti masing-masing sudah melangkaui setahun tempoh kepimpinan.
Preisden GAMIS, Muhamad Azan Bin Safar (Gambar) berkata perkara yang biasa berlaku untuk universiti mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam keadan yang tergesa-gesa dan sudah hampir dengan tarikh penamaan calon. Budaya sebegini tidak membantu untuk memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa termasuk mengurangkan partisipasi mahasiswa di dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar.
“Universiti harus menjadi contoh dan bukannya terikut-ikut dengan budaya politik di luar yang mana tarikh pilihan raya hanya dalam pengetahuan Perdana Menteri, dan tarikh hanya akan diumumkan apabila parti daripada kerajaan sedia ada sudah bersedia. Kebimbangan yang serupa juga berlaku di universiti apabila satu pihak yang mungkin ingin dimenangkan oleh HEP universiti dibiarkan bersedia terlebih dahulu daripada kumpulan mahasiswa yang lain ,” Katanya lagi.
“Bahkan pengumuman awal akan memudahkan urusan MPP sedia ada yang bekerja dan berkhidmat tetapi tidak tahu bila tarikh tamat perkhidmatan, sedangkan kepimpinan MPP makin mengecil dikala ada sebahagian daripada mereka sudahpun tamat belajar,” Tambahnya lagi.
“GAMIS mendesak pihak universiti selewat-lewatnya mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam minggu ini sebelum kita akan menyerahkan memorandum seterusnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya Khamis ini,”
Peristiwa yang sama juga sudah berlaku sebelum ini sewaktu menjelang PRU-13 yang lalu apabila tarikh pilihan raya dianjak tanpa notis daripada bulan Februari ke bulan Oktober menyebabkan kepimpinan pelajar hanya terdiri daripada ‘Care Taker Student’ lebih daripada setengah tahun.
Pelbagai senarai masalah semasa pemilihan Umno 2013
http://penburukonline.blogspot.com/, | 13 Okt 2013 |
Mesti tengok .. pelbagai senarai masalah semasa pemilihan UMNO 2013 .. !
Ini dia senarai kepincangan dan rasa tak puas hati di kalangan
perwakilan UMNO seluruh Malaysia yang aku kutip dari laporan akhbar ..
Takkan macai nak kata aku buat cerita pulak .. aku kutip dari akhbar kesayangan UMNO dan para macai .. utusan online .. hehehehhe
Bagi yang menang mesti tidur lena .. bagi yang tak menang .. jangan merajuk na hahahhaha..
Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman
Sehingga kini Felda telah berjaya membuka tanah seluas 905,448 hektar merangkumi 537,738 hektar milik 112,635 peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara.
Manakala, 367,710 hektar ladang dikendalikan oleh Felda Plantation Sdn Bhd(FPSB).
Ketika mula2 masuk Felda, setiap peneroka menandatangani ‘ Surat Perjanjian Antara Peneroka dengan Felda ‘.
Apabila selesai Bayaran Kembali atau mudah difahami hutang Pembangunan Ladang, kos kawasan Kampung, potongan/pinjaman persendirian dan faedah/interest 6.25% setahun; maka peneroka dipujuk dengan berbagai cara, tekanan dan ugutan agar menyerahkan urusan Tanam Semula kepada Felda.
Felda mengeluarkan berbagai jenis perjanjian baru untuk tujuan tersebut.
Antaranya:-
1. Perjanjian Antara Peneroka dan Felda Berkuatkuasa Selepas Hakmilik, yang dulunya dikenali Borang Kuning(sebab borangnya berwarna kuning),
2. Perjanjian kawasan Tanam Semula Tanah Sawit kepada Sawit/Tanah Getah kepada Getah,
3. Perjanjian Pindaan Rancangan Sawit/Getah Sistem Blok,
4. Perjanjian Pemulihan Kebun Peneroka,
5. Perjanjian Tanam Semula Untuk 36 bulan,
6. Perjanjian Pengurusan Tanam SemulaBagi warga Felda terutamanya yg bergelumang secara langsung dengan kehidupan di ladang masing2, tentu tidak lupa asakkan bertubi2 agar peneroka serahkan pengurusan kebun kpd Felda.
Alasannya, peneroka dah tua, tak upaya dll.
Jentera GPW(Gabungan Perkumpulan Wanita) paling aktif dipergunakan untuk meyakini apa jua kehendak Felda.
Mana2 peneroka atau anak peneroka yg mahu bebas dari belenggu hutang dan ingin menguruskan kebunnya secara persendirian ditohmah dan di nafikan hak mereka. ‘tak tau bersyukur, kacang lupakan kulit, pengkhianat, penghasut dll’.
Saya mengakui strategi menakut2kan, ugut dan ancaman pulau memulau yg dilakukan Felda sgt berkesan.
Buktinya, hanya 17,796 peneroka yg mengharungi cabaran dan istiqomah berdikari uruskan kebun mereka secara persendirian.
Tidak perlu saya hurai kepahitan yg teramat sangat melalui detik2 ini. Fitnah dan adu domba sampai berpecah belah keluarga.
Generasi Baru mungkin tidak tahu atau ambil tau saat2 kritikal yg berlaku.
Felda Technoplant Sdn Bhd, adalah Anak Syarikat yang ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam kerja2 tanam semula.
Ikrar dan iltizam mereka sangat berkobar2 untuk mengurus hampir 95 ribu peneroka yang ‘dipaksa’ menandatangani perjanjian Pengurusan Tanam Semula.
Mereka menerbitkan pamplet khas menyatakan kelebihan tanam semula bersama Felda;dalamasa yang sama memburuk2kan peneroka yang tanam semula secara persendirian.
Antaranya:-
1. Kebun diurus secara profesional
2. kos dapat dikawal ditahap yang rendah
3. Pengurusan yang berpengalaman
4. Sumber dana Felda yg mencukupi
5. jaminan pendapatan jika berlaku kejatuhan harga komoditi
6. melindungi tanaman peneroka jika berlaku bencana
7. menerima faedah insentif dan kemudahan Felda
8. menggunakan bahan tanaman yang dijamin berkualiti.
Techno Plant menjanjikan yang indah2 untuk meyakinkan peneroka.
Mereka membolot projek tanam semula yang nilainya berbilion ringgit setiap tahun.
Sejarah tubuhnya Techno Plant untuk kepentingan kroni pun saya tau.
Kebetulan, saya punya hubungan dengan mereka; bahkan ada pegawai kanan Felda yang memaklumkan secara terperinci.
Kroni kekenyangan, peneroka dapat apa?Hari ini mereka panik. Kebun peneroka bermasalah, semak samun, menuai sawit sudah tidak mengikut jadual.
Buruh cabut, ada Felda hanya menuai sekali sebulan. Pembajaan tidak teratur, produktiviti berkurangan.
Bila berlaku penstrukturan Felda ekoran penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, di tubuh lebih dari 10 Jabatan dalam Felda.
Naik berlipat kali ganda kos pembangunan operasi. Ada peneroka tahu gaji dan insentif yang tidak seimbang antara pegawai eksekutif, pegawai FGVH dengan pegawai biasa di Felda2, walhal mereka ini telah berkhidmat begitu lama?
Disebalik segala janji dan harapan yang terlalu tinggi, adakah jadi kenyataan?Mana dia kata Isa Samad, yang bercakap di sana sini, peneroka akan jadi jutawan selepas FGVH di senaraikan di Bursa Malaysia?
Adakah kita tahu nasib malang peneroka dan kakitangan Felda yg membeli saham FGVH dan kesannya atas kejatuhan saham tersebut?Hari ini Felda nak pajak kebun peneroka.
Sekali lagi mereka gunakan taktik sama ketika memperdaya peneroka agar menyokong penyenaraian FGVH.
Lebih hebat lagi, dijanjikan RM yang cukup lumayan. Kami cuma nak pajak. Selepas 30 tahun, peneroka ambil balik. Daripada kebun tak terurus, lebih baik dipajak, dapat duit tiap2 bulan. Peneroka tak tau apa2.
Ramai kawan2 beri nasihat, persetan kan peneroka. Lantak lah peneroka. Nak pajak ke, nak gadai ke biarlah mereka rasai akibatnya.
Jadi macam peneroka Cahaya Baru, Sg Buaya; akhirnya terpaksa di bantu Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dapat wang ehsan untuk survive!Mana wang berjuta yang dijanjikan?Mana perginya tanah mereka?Menang sorak kampung tergadai!Demi Allah, apapun sikap peneroka dan Gen 2&3, saya dan rakan2 ANAK tidak akan berhenti berjuang bagi mempertahankan hak mereka.
Saya anak peneroka dan telah di didik bapa saya berbudi dengan tanah semenjak berumur 8 tahun.
Berjalan kaki seawal jam 7 pagi ke kebun yg jauhnya lebih 3 km.
Tekad ANAK, berjuang dan terus berjuang. Menyampaikan maklumat dgn berbagai cara, meskipun dihalang dan dicederakan di sesetengah Felda.
Aduan polis, roadshow penerangan, Solat Hajat, serah memorandum dan bertemu YAB Menteri Besar dan tentu sekali berjumpa ‘bapa’ kami, YAB Perdana Menteri akan kami susuli selepas ini.
Kami tidak kesah di kata Pengkhianat dan Penghasut atau dinesta ‘Haram jadah’ demi menyelamatkan harta mak bapak kami dari pengkhianat sebenar; penghisap darah yang tiada taranya!
Padam Lampu Semasa PRU13 Sah UMNO Punya Kerja
Posted on Sunday, October 13 @ 10:23:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Semasa PRU13 dahulu PR protes kejadian blackout semasa pengiraan undi yg akhirnya memihak kpd BN. Sekarang sahlah kerja-kerja blackout ni pakarnya umno dan digunakan juga dalam Pemilihan umno.
UMNO jika tak buat kerja menipu bukan namanya UMNO. Yang jahat yang menipu akan menjadi pemimpin mereka untuk memudahkan merompak wang dan harta rakyat.
- Ketam Batu
Najib jamin insiden kecoh tak akan berulang
Posted on Sunday, October 13 @ 01:23:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kekocohan yang berlaku pada pemilihan sayap parti itu tidak akan berulang lagi.
Beliau berkata, insiden yang berlaku itu akan dijadikan panduan pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) minggu depan.
"Kalau ada kekurangan kita akan cuba atasi dan perbaiki.
"Pemilihan akan datang dijangka ramai yang menanti prosesnya (berlangsung)," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.
Sidang media itu turut disertai oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Jawtankuasa Pemilihan Umno 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.
Dilaporkan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Gopeng sedikit kecoh apabila ada segelintir perwakilan tidak bersetuju dengan 10 cadangan nama perwakilan yang diberikan oleh Ketua Wanita Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman untuk ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian 19 Oktober depan.
Sementara, di Georgetown persidangan dan pemilihan Puteri Umno Bayan Baru kecoh selepas enam cawangannya memboikot dan mempertikaikan kepemimpinan bahagian yang dikatakan berat sebelah.
Enam cawangan terbabit ialah Kampung Dato Keramat, Sungai Tiram, Sungai Desa Universiti, Desa Riang, Sri Jerejak dan Sungai Nibong Kechil.
Kekecohan turut berlaku di Pemilihan Wanita Umno Bahagian Gua Musang menjadi kecoh apabila seorang perwakilan dari cawangan Paloh bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai.
Menurut Najib, pihaknya tidak dapat meramalkan suasana yang seumpama itu akan berlaku setelah pindaan perlembagaan parti dibuat pada tahun 2009.
"Bagaimanapun, pemilihan kali ini menarik perhatian semua pihak bukan sahaja media tetapi seluruh negara termasuk dari luar negara.
"Ini membuktikan bahawa demokrasi hidup segar dalam Umno," katanya.
Najib berkata, Umno melakukan transformasi dalam perlembagaan partinya pada Perhimpunan Agong 2009 bagi menjadi sebuah parti yang bersifat demokrasi terbuka.
"Alhamdullillah terbukti keputusan itu, keputusan yang amat tepat dan kena pada masanya.
"Saya berbangga, apa yg kita ingin kami tampilkan sebagai sebuah parti benar-benar berasaskan demokrasi yang terbuka lagi matang, mendapat sambutan. Malah pemilihan kali ini boleh dikendali oleh jentera dari pelbagai peringkat," katanya.
- bekalan elektrik terputus semasa pemilihan di Pekan
- Sidang di Tampin tegang, gara-gara kiraan undi (utusan)
- Pemuda: Mesin kira rosak, keputusan lewat di Bagan - (utusan)
- Pemuda: Pemilihan di Kulai tangguh kerana masalah teknikal
- Pemuda: Kecoh nombor calon hilang di K. Pilah - (utusan)
- Pemuda: Tiba-tiba jumlah perwakilan bertambah di Seremban - (utusan)
- Wanita: Perwakilan hempas mikrofon akibat tak puas hati di Gua Musang - (utusan)
- Wanita: Pemilihan di Baling tertangguh 2 jam, kertas undi hilang - (utusan)
- Puteri: Sidang di Rantau Panjang panas, tikam lidah - (utusan)
- Pemuda: Sidang di Pasir Gudang kecoh, media dihalau - (utusan)
- Wanita: Pengundian umpama simulasi, kurang serius di Kubang Kerian : kelam kabut - (utusan)
- Kertas undi kurang, pemilihan di Melaka sedikit terganggu - (utusan)
- Warna kertas undi sama jadi rungutan perwakilan - (utusan)
- Puteri: Kertas undi 'hilang', pemilihan di Sungai Besar tergendala - (utusan)
- Calon AJK Puteri Telok Kemang kecewa nama digugur
- Puteri: Pencalonan Noor Asikin ditolak di saat akhir di Rantau Panjang
- Pemuda: 75 perwakilan 'boikot' pemilihan di Ipoh Barat
- Wanita: Pemilihan di Ampang sedikit kecoh
Takkan macai nak kata aku buat cerita pulak .. aku kutip dari akhbar kesayangan UMNO dan para macai .. utusan online .. hehehehhe
Bagi yang menang mesti tidur lena .. bagi yang tak menang .. jangan merajuk na hahahhaha..
Ke arah mana Felda nak dibawa?
http://www.selatanonline.ne, | 13 Okt 2013 |
FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956, sebagai Badan Berkanun di bawah Fasal 3 Ordinan Pembangunan Tanah 1956.
Sehingga kini Felda telah berjaya membuka tanah seluas 905,448 hektar merangkumi 537,738 hektar milik 112,635 peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara.
Manakala, 367,710 hektar ladang dikendalikan oleh Felda Plantation Sdn Bhd(FPSB).
Ketika mula2 masuk Felda, setiap peneroka menandatangani ‘ Surat Perjanjian Antara Peneroka dengan Felda ‘.
Apabila selesai Bayaran Kembali atau mudah difahami hutang Pembangunan Ladang, kos kawasan Kampung, potongan/pinjaman persendirian dan faedah/interest 6.25% setahun; maka peneroka dipujuk dengan berbagai cara, tekanan dan ugutan agar menyerahkan urusan Tanam Semula kepada Felda.
Felda mengeluarkan berbagai jenis perjanjian baru untuk tujuan tersebut.
Antaranya:-
1. Perjanjian Antara Peneroka dan Felda Berkuatkuasa Selepas Hakmilik, yang dulunya dikenali Borang Kuning(sebab borangnya berwarna kuning),
2. Perjanjian kawasan Tanam Semula Tanah Sawit kepada Sawit/Tanah Getah kepada Getah,
3. Perjanjian Pindaan Rancangan Sawit/Getah Sistem Blok,
4. Perjanjian Pemulihan Kebun Peneroka,
5. Perjanjian Tanam Semula Untuk 36 bulan,
6. Perjanjian Pengurusan Tanam SemulaBagi warga Felda terutamanya yg bergelumang secara langsung dengan kehidupan di ladang masing2, tentu tidak lupa asakkan bertubi2 agar peneroka serahkan pengurusan kebun kpd Felda.
Alasannya, peneroka dah tua, tak upaya dll.
Jentera GPW(Gabungan Perkumpulan Wanita) paling aktif dipergunakan untuk meyakini apa jua kehendak Felda.
Mana2 peneroka atau anak peneroka yg mahu bebas dari belenggu hutang dan ingin menguruskan kebunnya secara persendirian ditohmah dan di nafikan hak mereka. ‘tak tau bersyukur, kacang lupakan kulit, pengkhianat, penghasut dll’.
Saya mengakui strategi menakut2kan, ugut dan ancaman pulau memulau yg dilakukan Felda sgt berkesan.
Buktinya, hanya 17,796 peneroka yg mengharungi cabaran dan istiqomah berdikari uruskan kebun mereka secara persendirian.
Tidak perlu saya hurai kepahitan yg teramat sangat melalui detik2 ini. Fitnah dan adu domba sampai berpecah belah keluarga.
Generasi Baru mungkin tidak tahu atau ambil tau saat2 kritikal yg berlaku.
Felda Technoplant Sdn Bhd, adalah Anak Syarikat yang ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam kerja2 tanam semula.
Ikrar dan iltizam mereka sangat berkobar2 untuk mengurus hampir 95 ribu peneroka yang ‘dipaksa’ menandatangani perjanjian Pengurusan Tanam Semula.
Mereka menerbitkan pamplet khas menyatakan kelebihan tanam semula bersama Felda;dalamasa yang sama memburuk2kan peneroka yang tanam semula secara persendirian.
Antaranya:-
1. Kebun diurus secara profesional
2. kos dapat dikawal ditahap yang rendah
3. Pengurusan yang berpengalaman
4. Sumber dana Felda yg mencukupi
5. jaminan pendapatan jika berlaku kejatuhan harga komoditi
6. melindungi tanaman peneroka jika berlaku bencana
7. menerima faedah insentif dan kemudahan Felda
8. menggunakan bahan tanaman yang dijamin berkualiti.
Techno Plant menjanjikan yang indah2 untuk meyakinkan peneroka.
Mereka membolot projek tanam semula yang nilainya berbilion ringgit setiap tahun.
Sejarah tubuhnya Techno Plant untuk kepentingan kroni pun saya tau.
Kebetulan, saya punya hubungan dengan mereka; bahkan ada pegawai kanan Felda yang memaklumkan secara terperinci.
Kroni kekenyangan, peneroka dapat apa?Hari ini mereka panik. Kebun peneroka bermasalah, semak samun, menuai sawit sudah tidak mengikut jadual.
Buruh cabut, ada Felda hanya menuai sekali sebulan. Pembajaan tidak teratur, produktiviti berkurangan.
Bila berlaku penstrukturan Felda ekoran penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, di tubuh lebih dari 10 Jabatan dalam Felda.
Naik berlipat kali ganda kos pembangunan operasi. Ada peneroka tahu gaji dan insentif yang tidak seimbang antara pegawai eksekutif, pegawai FGVH dengan pegawai biasa di Felda2, walhal mereka ini telah berkhidmat begitu lama?
Disebalik segala janji dan harapan yang terlalu tinggi, adakah jadi kenyataan?Mana dia kata Isa Samad, yang bercakap di sana sini, peneroka akan jadi jutawan selepas FGVH di senaraikan di Bursa Malaysia?
Adakah kita tahu nasib malang peneroka dan kakitangan Felda yg membeli saham FGVH dan kesannya atas kejatuhan saham tersebut?Hari ini Felda nak pajak kebun peneroka.
Sekali lagi mereka gunakan taktik sama ketika memperdaya peneroka agar menyokong penyenaraian FGVH.
Lebih hebat lagi, dijanjikan RM yang cukup lumayan. Kami cuma nak pajak. Selepas 30 tahun, peneroka ambil balik. Daripada kebun tak terurus, lebih baik dipajak, dapat duit tiap2 bulan. Peneroka tak tau apa2.
Ramai kawan2 beri nasihat, persetan kan peneroka. Lantak lah peneroka. Nak pajak ke, nak gadai ke biarlah mereka rasai akibatnya.
Jadi macam peneroka Cahaya Baru, Sg Buaya; akhirnya terpaksa di bantu Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dapat wang ehsan untuk survive!Mana wang berjuta yang dijanjikan?Mana perginya tanah mereka?Menang sorak kampung tergadai!Demi Allah, apapun sikap peneroka dan Gen 2&3, saya dan rakan2 ANAK tidak akan berhenti berjuang bagi mempertahankan hak mereka.
Saya anak peneroka dan telah di didik bapa saya berbudi dengan tanah semenjak berumur 8 tahun.
Berjalan kaki seawal jam 7 pagi ke kebun yg jauhnya lebih 3 km.
Tekad ANAK, berjuang dan terus berjuang. Menyampaikan maklumat dgn berbagai cara, meskipun dihalang dan dicederakan di sesetengah Felda.
Aduan polis, roadshow penerangan, Solat Hajat, serah memorandum dan bertemu YAB Menteri Besar dan tentu sekali berjumpa ‘bapa’ kami, YAB Perdana Menteri akan kami susuli selepas ini.
Kami tidak kesah di kata Pengkhianat dan Penghasut atau dinesta ‘Haram jadah’ demi menyelamatkan harta mak bapak kami dari pengkhianat sebenar; penghisap darah yang tiada taranya!
Padam Lampu Semasa PRU13 Sah UMNO Punya Kerja
Posted on Sunday, October 13 @ 10:23:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Semasa PRU13 dahulu PR protes kejadian blackout semasa pengiraan undi yg akhirnya memihak kpd BN. Sekarang sahlah kerja-kerja blackout ni pakarnya umno dan digunakan juga dalam Pemilihan umno.
UMNO jika tak buat kerja menipu bukan namanya UMNO. Yang jahat yang menipu akan menjadi pemimpin mereka untuk memudahkan merompak wang dan harta rakyat.
- Ketam Batu
Najib jamin insiden kecoh tak akan berulang
Posted on Sunday, October 13 @ 01:23:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kekocohan yang berlaku pada pemilihan sayap parti itu tidak akan berulang lagi.
Beliau berkata, insiden yang berlaku itu akan dijadikan panduan pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) minggu depan.
"Kalau ada kekurangan kita akan cuba atasi dan perbaiki.
"Pemilihan akan datang dijangka ramai yang menanti prosesnya (berlangsung)," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.
Sidang media itu turut disertai oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Jawtankuasa Pemilihan Umno 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.
Dilaporkan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Gopeng sedikit kecoh apabila ada segelintir perwakilan tidak bersetuju dengan 10 cadangan nama perwakilan yang diberikan oleh Ketua Wanita Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman untuk ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian 19 Oktober depan.
Sementara, di Georgetown persidangan dan pemilihan Puteri Umno Bayan Baru kecoh selepas enam cawangannya memboikot dan mempertikaikan kepemimpinan bahagian yang dikatakan berat sebelah.
Enam cawangan terbabit ialah Kampung Dato Keramat, Sungai Tiram, Sungai Desa Universiti, Desa Riang, Sri Jerejak dan Sungai Nibong Kechil.
Kekecohan turut berlaku di Pemilihan Wanita Umno Bahagian Gua Musang menjadi kecoh apabila seorang perwakilan dari cawangan Paloh bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai.
Menurut Najib, pihaknya tidak dapat meramalkan suasana yang seumpama itu akan berlaku setelah pindaan perlembagaan parti dibuat pada tahun 2009.
"Bagaimanapun, pemilihan kali ini menarik perhatian semua pihak bukan sahaja media tetapi seluruh negara termasuk dari luar negara.
"Ini membuktikan bahawa demokrasi hidup segar dalam Umno," katanya.
Najib berkata, Umno melakukan transformasi dalam perlembagaan partinya pada Perhimpunan Agong 2009 bagi menjadi sebuah parti yang bersifat demokrasi terbuka.
"Alhamdullillah terbukti keputusan itu, keputusan yang amat tepat dan kena pada masanya.
"Saya berbangga, apa yg kita ingin kami tampilkan sebagai sebuah parti benar-benar berasaskan demokrasi yang terbuka lagi matang, mendapat sambutan. Malah pemilihan kali ini boleh dikendali oleh jentera dari pelbagai peringkat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan