Khamis, 10 Oktober 2013

AKIBAT PERGAULAN BEBAS...ADAKAH ISLAM MEMBENARKAN PERGAULAN BEBAS

SPRM Perlu Siasat Semua Pendedahan Audit
  • SPRM Perlu Siasat Semua Pendedahan Audit
1 / 1

SPRM Perlu Siasat Semua Pendedahan Audit

 


Lantai lecak, tikus berkeliaran
  • Lantai lecak, tikus berkeliaran Keadaan stor simpanan barang yang berada dalam keadaan tidak terurus dalam kesibukan peniaga mengaut keuntungan.
1 / 2
GOMBAK - Walaupun telah beberapa kali dikenakan peringatan dan kompaun berkenaan penjagaan kebersihan dalam penyediaan makanan tetapi pemilik masih gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.

Dalam operasi semalam, medan selera terletak di Taman Ehsan, Kepong diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana berada dalam keadaan kotor, lantai dapur berlecak dan penemuan najis tikus di beberapa kawasan.

Malahan peniaga tidak menguruskan sisa pembuangan dengan baik selepas tidak mempunyai perangkap minyak dan sisa dibuang terus ke longkang berhampiran.

Premis tersebut diarah tutup berkuat kuasa semalam untuk kerja pembersihan sehingga mencapai tahap standard yang ditetapkan Jabatan Kesihatan MPS.

Pengarah Jabatan Kesihatan MPS, Dr Razif Zainol Abidin berkata, kegagalan peniaga mematuhi syarat kebersihan ditetapkan dibimbangi memudaratkan orang awam selain terdedah kepada keracunan makanan.

“Kita bukan hanya menemui najis tikus, sebaliknya terlihat tikus berkeliaran dalam medan selera yang mengandungi sembilan gerai itu.

“Bahan mentah pula diletakkan di atas lantai salah sebuah dapur utama sementara longkang berhampiran tersumbat boleh menyumbang kepada risiko dan bahaya kepada pengguna,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tindakan arahan tutup adalah di bawah Undang-undang Kecil Establismen Makanan (MPS) 2007.

“Sebagai mengelakkan premis melanggar arahan beberapa sitaan telah dilakukan termasuk 16 tong gas dan pemanas air.

“Sekiranya pemilik premis berpuas hati dengan kebersihan yang dilakukan mereka boleh memaklumkan kepada pihak MPS untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan beroperasi,” katanya.

Katanya, beliau berharap tindakan tersebut dapat memberi pengajaran kepada pemiliknya untuk mengutamakan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan.

Dr Razif berkata, dalam operasi sama, sebuah gerai MPS yang menjadi lokasi tumpuan orang awam menjamu selera makan tengah hari di Sri Gombak turut diperiksa sebelum dikeluarkan dua tindakan kompaun.

“Tindakan adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 171 Seksyen 76 (2) Pest Control Lalat Lipas dan Tikus dan Undang-undang Kecil 18 Establismen Makanan (2007) letak bahan atas lantai.

“Beberapa ikat tebu turut disita selepas pemilik premis bertindak meletaknya di lantai tanpa sebarang alas,” katanya.

Sebuah premis makanan yang beroperasi tanpa permit turut diarah tutup selepas tindakan pekerjanya mengumpul barangan kitar semula dalam premis selain keadaan premis yang gelap dibimbangi membawa kepada pembiakan haiwan perosak.
Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan
  • Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan Mohd Fitri Ngah mencium jenazah anaknya, Mohammad Faqih (gambar kecil) yang mati selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya, ketika menuntut mayat anaknya di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar di sini awal hari ini.

Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.

"Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu bapa mangsa Mohd Fitri Ngah, 40, berkata mengalih kenderaan bagi memudahkannya keluar bekerja memang menjadi rutin harian isterinya.

Namun ketika isteri sedang mengundurkan kereta, anaknya itu, bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya.

"Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital.

"Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini. - Bernama
Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?
  • Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH? Gambar yang tersebar di laman Facebook.
1 / 2
PASIR PANJANG - Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.

Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.

Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.

Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.

Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.

Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.

"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.

“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.
“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.
“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.
Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan.
Suspek kes rogol, samun bersenjata dicari
  • Suspek kes rogol, samun bersenjata dicari Wan Mohd Samsudin (dua, kanan) ketika memperkenalkan anggota polis yang terlibat dalam penangkapan suspek.
1 / 1
RAUB – Polis kini dalam usaha mengesan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata dan rogol yang berlaku pada 30 September lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi di asrama pekerja sebuah pasar raya dekat sini, mangsa berusia 20-an didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau dan terus menarik mangsa ke bilik lain.

Katanya, suspek bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa dengan pita pelekat dan kain.

“Rakan mangsa yang turut berada di bilik itu  turut diikat bahagian tangan, kaki dan mulut.

“Suspek kemudiannya bertindak menggeledah bilik berkenaan dan mengambil telefon bimbit mangsa jenama Sony Ericson Experia dan telefon jenama Alcatel serta wang tunai RM50,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, selepas itu suspek bertindak masuk semula ke tempat mangsa diikat dan kemudian merogolnya sebelum beredar.

Katanya, susulan kejadian itu, polis giat menjejaki suspek yang imejnya direkodkan oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Anthony di talian 017-9060519 atau hotline IPD Raub 09-355 4999 untuk membantu siasatan,” katanya.
Saddam Hussin didakwa mencabul
  • Saddam Hussin didakwa mencabul Saddam Hussin
1 / 1
AYER KEROH - Seorang pembantu kedai warganegara Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan mencabul kehormatan gadis berusia 17 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Saddam Hussin, 21, yang menetap di Taman Tasik Utama, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Inggeris.

Saddam didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun 11 bulan dengan meraba buah dada mangsa di dalam stor kedai baju di sebuah pasaraya di Ayer Keroh pada 12 September 2013.

Dia turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa di kaunter wang kedai baju berkenaan, hujung September 2013.

Terdahulu, Timbalan pendakwa Raya M Rebecca ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang merupakan warganegara asing.

“Namun, sekiranya mahkamah ingin berbuat demikian, saya mohon supaya diberikan jaminan RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Saddam, Abd Rahim Osman merayu agar jumlah wang jaminan terhadap anak guamnya itu dikurangkan kerana tertuduh bekerja sebagai pembantu kedai dengan pendapatan RM1,200 sebulan dan memberi kerjasama penuh sepanjang proses soal siasat.

Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia bagi kedua-dua pertuduhan itu serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Beliau turut menetapkan 18 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pesakit cabul jururawat
  • Pesakit cabul jururawat Nora menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Segamat berhubung kejadian menimpanya.
1 / 1
SEGAMAT - Seorang jururawat di sebuah klinik swasta di sini, mendakwa dia dicabul seorang pesakit yang mahu mendapatkan rawatan, petang kelmarin.

Mangsa, Nora (bukan nama sebenar), 29, berkata, ketika kejadian, pesakit lelaki berumur 40-an itu mahu mendapatkan rawatan lanjut kerana sakit di bahagian telapak tangan kanannya.

Menurutnya, lelaki tersebut kemudian dibawa berjumpa pegawai perubatan dan kelihatan tangannya seperti membengkak.

“Kebetulan, saya yang masuk ke bilik rawatan lalu di sebelahnya dan tiba-tiba terasa objek keras seperti tangan di punggung saya.

“Saya sangka seluar yang saya pakai tersangkut pada bucu meja sebelum tersedar lelaki itu meraba punggung saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Menyedari kejadian tersebut, dia segera menepis tangan lelaki berkenaan dan memarahinya disebabkan malu dengan insiden kurang sopan itu.

Doktor juga bertindak memarahi lelaki itu kerana melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap kakitangannya.

Menurutnya, atas nasihat majikan dan rakan sekerjanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Segamat selepas kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak kami sedang giat mengesan lelaki tersebut untuk membantu siasatan dan saya nasihatkan kepada setiap klinik swasta supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.
Cabul murid sekolah
  • Cabul murid sekolah Anggota polis melakukan pemeriksaan semasa operasi penguatkuasaan trafik di sekitar daerah ini.
1 / 1
BALING - Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Kuala Ketil ditahan polis setelah didakwa mencabul murid 10 tahun dalam bilik darjah kira-kira jam  6.50 pagi, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Asisten Superintendan, Md Nadzir Osman berkata, lelaki berusia 48 tahun itu didakwa memeluk, mencium dan meraba kemaluan mangsa.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa berada berada seorang diri di dalam kelas terbabit sebelum didatangi pengawal keselamatan itu.

“Mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada guru sekolahnya sebelum memaklumkan kepada ibu bapa mangsa,” katanya.

Md Nadzir berkata, sejurus menerima laporan, pihaknya menahan lelaki terbabit di kediamannya pada jam 9.30 malam pada hari yang sama.

Menurutnya, lelaki terbabit kini direman selama tiga hari untuk siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda RM2,000 atau sebat dan mana-mana salah satu yang disabitkan kesalahan.

Mengulas mengenai operasi penguatkuasaan trafik baru-baru ini, Md Nadzir berkata, sebanyak 48 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.

Katanya, operasi itu diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Inspektor Fauzeli Mohd Ali dengan kekuatan 10 anggota polis.

“Operasi ini bertujuan menyedarkan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya.

"Antara kesalahan yang dilakukan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh termasuk pengubahsuaian nombor pendaftaran kenderaan.

“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mendidik pengguna jalan raya, agar terus dapat menyedarkan masyarakat mengenai keselamatan jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Tiada ulasan: