Isnin, 28 Oktober 2013

PENIPU NI...SALAH SATU CIRI2 ORANG MUNAFIK

JOM TENGOK KOLEKSI GAMBAR PENGAWAL KESELAMATAN YANG MEMBUNUH PEGAWAI AMBANK TEMPOH HARI DARI AKAUN FACEBOOK NYA!!!



Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.

Rupa-rupanya suspek yang bertugas sebagai Pengawal Keselamatan yang membunuh secara kejam seorang Pegawai Bank Wanita AmBank Cawangan USJ Sentral Subang, ada memiliki akaun Facebook.

Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara Indonesia juga..

Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan disedut dari akaun Facebook ...status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.
.. entrinya... Jum Blk kampung kita ... mat mlam all.

RAKAMAN GAMBAR UTUSAN DAN BERITA HARIAN PAYAH SIKIT NAK SIARKAN!!! .. THIS IS KOTA BHARU!!!!


Gambar ini di rakam semasa perlawanan bola sepak Piala Malaysia separuh akhir kedua antara Kelantan TRW melawan ATM di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

Membuktikan kepada dunia bahawa di negeri Kelantan boleh berbeza anutan dan pegangan politik, tetapi bila bab bola sepak mereka boleh bersatu untuk menentang satu seteru...THIS IS KOTA BHARU.

Tan Sri Annuar Musa Ahli Parlimen Ketereh merangkap Pengerusi MARA, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA),  memegang dan memimpin tangan Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Hj Ahmad Yaakob.

ADAKAH PUTERI UMNO MALAYSIA NAK HINA PENDUDUK DUN N20 SG LIMAU DENGAN MENILAI UNDI DAN MARUAH MEREKA DENGAN HANYA SEKAMPIT BERAS SUPER TEMPATAN SEBERAT 5KG??????



BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA.Itulah nilainya Puteri UMNO Malaysia kepada para penduduk disebuah kampong dalam DUN20 Sg Limau apabila satu rombongan Puteri UMNO Malaysia yang diketuai sendiri oleh Naib Ketua Puteri UMNO yang baru Puan Zahida Zarik Khan

Program dinamakan kunjug rumah kerumah ... dalam kunjungan tersebut seisi rumah diberikan sekampit beras 5kg .. untuk tujuan apa beras itu diberikan kalau tidak ada pasang niat maukan undi mereka agar memebrikan sokongan kepada calon UMNO/BN pada 4hb November 2013 nanti sempena PRK DUN N20 Sg Limau.

Harga sekampit beras super tempatan berat 5kg hanyalah dalam sekitar RM13 .... hina sangatkah mereka?

Tolong jangan hina orang-orang kampung sampai begitu sekali walaupun taraf hidup mereka daif dan miskin.. .
 Penipuan & Penindasan dari Packet One (P1)
Posted on Sunday, October 27 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Salam Satu Malaysia & Selamat Sejahtera,

Saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan perkhidmatan (lebih tepat lagi penipuan secara halus) yang dilakukan oleh P1. Saya telah membuat pesanan & pembayaran RM100 melalui internet bagi perkhidmatan WIFI Home Package dari P1 pada 31 Jan 2013.

Perkakasan yang dihantar bukan barangan baru (recycled) & rosak pada hari pertama digunakan. Saya dinasihatkan ke pusat servis berdekatan di Wangsa Maju & ditukarkan kepada perkakasan yang lain (recycled juga). Seperti dijangkakan "perkakasan yang baru" ditukarkan itu juga rosak.

Saya menamatkan perkhidmatan & menghantar semua perkakasan kembali ke pusat servis pada 4 Feb 2013 (dalam lingkungan waktu percubaan selama 7 hari).

Sepatutnya saya boleh menuntut kembali wang RM100 yang telah dibayar dahulu tetapi saya telah dikejutkan dengan caj bil lebih RM300. Mereka cuba melengahkan saya supaya melewati waktu percubaan 7 hari & saya akan diikat oleh kontrak selama setahun (ada yang selama 2 tahun).

Cuba bayangkan jika saya tidak bertindak cepat & ditinggalkan dengan barang yang rosak serta kontrak tidak-boleh-batal selama setahun & bil bulanan tetap yang terpaksa dibayar.

Sila ambil tindakan terhadap pihak ini yang berselindung di sebalik iklan2 yang memerangkap pengguna.

Sekian terima kasih.

Baca juga: P1 Wimax Menipu, Pihak Berkuasa Tolong Ambil Tindakan

Sumber: Aduan Rakyat Online"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
osmantikos
Posted on Sunday, October 27 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Suami Adun PKR, isteri Ketua Wanita UMNO Bahagian
Posted on Sunday, October 27 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Hamdan Othman

BUKANLAH kita sengaja hendak mencari kesalahan orang lain apalagi mereka yang telah bergelar pemimpin tetapi apa yang terbukti di depan mata sehingga menimbulkan seribu persoalan, rasanya tidaklah keterlaluan untuk dikongsi bersama.

Ceritanya begini, Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Marudu yang baharu, Redonah Bahanda berjaya menewaskan Tina Majawan, penyandang yang telah memegang jawatan tersebut sejak 30 tahun lalu.

Redonah adalah calon paling layak menentang Tina setelah tidak ada wanita yang berani mencabar jawatan tersebut yang disifatkan amat kebal di Kota Marudu.

Pengalaman Redonah sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu selama dua penggal sudah cukup membuat dirinya dikenali.

Apabila Redonah menawarkan diri untuk mencabar Tina, dia mula mendapat perhatian wanita UMNO yang memang mahukan perubahan dalam kepimpinan Wanita yang telah dianggap lapuk.

Selaku Ketua Puteri, banyak kerja-kerja amal yang dilakukan bersama anggotanya demi menaikkan nama UMNO yang kini semakin mula mendapat tempat di kawasan tersebut.

Tina Majawan akhirnya terpaksa akur dengan kemenangan Redonah. Menariknya, ketika kempen berlangsung, isu yang paling hangat dimainkan adalah hubungan Redonah dengan suaminya, Jailani Hamdan.

Apa yang menarik?

Inilah persoalannya kerana suami Redonah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matuggong yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jailani menang mudah pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).

Jailani sebelum menyertai PKR merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu yang amat disenangi penduduk kerana sikapnya yang pemurah dan dermawan.

Ketika Redonah bertanding jawatan Ketua Wanita, banyak suara yang tidak puas hati kerana memenangkan isteri seorang pembangkang yang sentiasa berkempen menentang kerajaan BN.

Namun tuah Redonah, dia tidak menghadapi masalah untuk menang jawatan tertinggi dalam wanita di bahagiannya.

Adakah dia menang kerana pengundi sentiasa mengenangkan sikap dermawan suaminya yang masih suka membantu sehingga hari ini?

Sesiapa pun boleh membuat andaian sendiri tetapi apa penting ialah suami ADUN dari PKR dan isteri Ketua Wanita UMNO Bahagian itu hidup bahagia sebagai suami isteri bersama tiga anak tersayang.-MalaysiaGazette


 Mari kawan kawan, kita tolong adik jefri ni..
Posted on Sunday, October 27 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Mintak tolong korang bantu atau share.. Walaupun sy tak mampu dengan wang ringgit.. tapi share lah. mana tahu ada yang sudi membantu

Adik Muhammad Jefri di lahirkan pada 3/1/2011, merupakan bayi comel yang dilahirkan normal. Menurut bapanya Mohd. Jazni, anaknya menghidap barah hati dikesan ketika berumur setahun.


Bapanya memohon semua warga Malaysia yang prihatin berdoa agar anaknya cepat sembuh dalam menjalani kimoterapi dan beberapa pembedahan kecil bagi membuang sisa sisa barah yang terdapat di bahagian hati anaknya.

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan, sila sumbangkan ke akaun CIMB 14350001377203 (jazni jalil)

Rezeki yang kita ada dimuka bumi ini, bukanlah hak mutlak milik kita segalanya. Sumbangankan lah serba sedikit buat mereka yang amat memerlukan. InsyaAllah, bantuan anda itu dapat meringankan penderitaan adik Jefri serta diberkati Allah S.W.T.

Terima kasih.

 Gula: Najib Kata Lemah Tenaga Batin, Muhyiddin Kata Jangan Jadi Macam Azizan
Posted on Sunday, October 27 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Bagi mempertahankan pemotongan 34 sen subsidi gula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan tenaga batin untuk lelaki.

"Saya rasa jika bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berada di sini, beliau akan menerangkan dengan cara yang lebih berwarna-warni," kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Harga gula naik 34 sen hari ini menjadikan harganya RM2.84.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyokong langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.

Menurutnya, tindakan kerajaan memotong subsidi itu untuk kepentingan orang ramai.

Allahyaraham Azizan terpaksa menjalani memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya dalam ucapan di majlis pertemuan bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi. – 26 Oktober, 2013.-tmi
Kisah Lelaki Dengan Anjing
Posted on Sunday, October 27 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



 

Kisah seorang lelaki yang menghadapi masalah yang kronik iaitu sering diganggu oleh anjing semasa perjalanan ke tempat kerja dan ke pasar, memandangkan jalan yang dilalui si lelaki itu hanyalah satu maka beliau tiada pilihan lain melainkan menggunakan laluan tersebut dan mesti bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan-kemungkinan.

Peristiwa beliau digigit, dikejar, diterkam, terpijak najis dan terkena air kencing anjing hari-hari menghantui fikirannya apabila mulakan langkah melalui jalan itu. Pernah juga beliau memberanikan diri bertindak sebaliknya iaitu mengejar dan membaling objek ke arah anjing-anjing yang mengganggu tetapi umpama tiada kesudahan. Ada beberapa kali beliau cuba menyimpan wang dengan hasrat untuk membeli kenderaan beroda yang boleh membantu perjalanannya yang lebih pantas namun hasrat tersebut tidak kesampaian kerana pendapatannya ‘umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’.
Masa berlalu begitu pantas, tibalah suatu hari beliau menceritakan pengalaman hitamnya itu kepada seorang kawan di tempat kerja, kawannya bertanya “apakah sudah awak berjumpa dengan tuan punya anjing-anjing itu?”.., lelaki itu tersentak, “ ahhh, kenapa aku tidak terfikir perkara itu selama ini”..
Tiba masa pulang dari tempat kerja, si lelaki itu mengambil waktu yang sesuai untuk melalui jalanan yang paling banyak anjing kerana fikirannya mungkin laluan itulah agaknya terdapat rumah tuan punya anjing-anjing itu. Kali ini beliau memang bersedia dengan apa sahaja kemungkinan berhadapan dengan serangan tiba-tiba, beliau berkata “kalau perlu aku gigit anjing itu, aku akan gigit, aku tak kira”. , itulah kata-kata motivasi yang menguatkan dirinya.
Hasratnya berjumpa dengan pemilik anjing-anjing itu tercapai dan beliau menceritakan peristiwa yang berlaku pada dirinya, beliau merayu agar anjing-anjing tidak mengganggunya lagi. Tuan pemilik anjing-anjing itu telah membayar pada lelaki berkenaan sejumlah wang sebagai pampasan di atas kecederaannya serta membayar kos perubatan. Sebahagian anjing-anjing di hantar ke Jabatan Haiwan dan sebahagian lagi dikurung di dalam sangkar besar.
Lelaki tersebut cukup gembira seolah-olah dunianya 100% terbalik dan umpama mati hidup semula.
Itulah kisah iktibar yang boleh disimpulkan bahawa memohon dan mengharapkan pertolongan daripada Tuan Pemilik diri kita iaitu Allah swt akan dapat menyelesaikan 100% masalah kita dan sebaliknya jika mengharapkan sesuatu kepada makhluk seperti kita, ianya tidak akan ke mana-mana.
Begitulah juga apabila kita mengharapkan undang-undang ciptaan sendiri untuk menyelesaikan masalah manusia maka harapan itu umpama meludah ke langit, beban yang berat akan ditanggung dan menzalimi diri sendiri. Jadikanlah orang yang sentiasa bersyukur dan rujuklah jalan penyelesaian kepada Allah Rabbul’alamin….

Coretan;
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat, Johor.
21 Oktober 2013 

 Bukan gula sahaja penyebab diabetes, Najib juga mungkin penyebabnya
Posted on Sunday, October 27 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Aspan Alias

Dalam ucapan PM Najib di konvensyen tahunan Parti Gerakan semalam, beliau masih lagi menyebut tentang penghapusan subsidi gula semasa pembentangan bajet 2014 jumaat lalu. Beliau berkata mengambil gula berlebihan akan mengurangkan tenaga batin kita. Isu ini menjadi bahan ledakan sms dikalangan rakyat dan kebanyakannya berlawak dan menyalahkan pesakit kencing manis yang menyebabkan Najib menghapuskan subsidi gula itu.

Rupa-rupanya penghapusan subsidi gula itu bukan untuk mengurangkan beban perbelanjaan terhadap subsidi kerajaan kepada rakyat tetapi penyebabnya ialah pesakit kencing manis. Kalaulah tiada pesakit kencing manis tentulah Najib tidak akan tarik balik subsidi gula itu. Baik juga Najib ni. Jadi, penyebab kenapa subsidi gula di hapuskan ialah kerana terlalu ramai yang mengidap penyakit kencing manis. Yang tidak kena kencing manis menjadi mangsanya.

Najib takut jika ramai rakyat yang memakan terlebih gula, nafsu seks kita akan berkurangan, itu pun berita baik. Najib prihatin tentang tahap kemampuan seks rakyatnya. Niat Najib untuk mengatasi masalah seks rakyat kerana gula itu boleh dilakukan dengan mengadakan rancangan seperti BRIM, juga tentang seks ini. Najib hendak jaga semua kehendak rakyat.

Tetapi ramai juga yang tidak lagi berkemampuan untuk melakukan seks walaupun mereka tidak mengambil gula berlebihan. Najib kena selesai masalah ini juga terutamanya dikalangan anak-anak muda yang sedang menghadapi krisis kewangan yang telah menjadi bankrap. Tahun lepas seramai lebih dari tiga ribu anak-anak muda bankrap kerana hutang kad kredit dan tidak akan mampu untuk berkahwin.

Najib terpaksa mengambil tahu rakyat yang terlalu berfikir tentang tahap rasuah negara pun menghadapi masalah seks kerana pemikiran mereka tertumpu meneliti masalah budaya rasuah dalam negara ini. Mereka ini terlalu kecewa dan mereka tidak lagi mempunyai nafsu untuk seks lagi. Maksud rakyat itu, jika pengambilan gula berlebihan boleh diatasi dengan penghapusan subsidi gula, bagi kumpulan ini pula Najib mesti menghapuskan budaya rasuah ini.

Dengan penghapusan subsidi gula ini nampaknya akan menambah kekurangan kemampuan seks rakyat lagi, kerana kita masih melihat PM Najib tidak mengurangkan perbelanjaan peribadi beliau jika ke keluar negara. Tidak nampak pun usaha untuk mengurangkan perbelanjaan perjalanan beliau. Beliau masih lagi menggunakan wang rakyat dengan menaiki pesawat khas atau jet peribadi. Sejak tiga tahun yang lalu rakyat telah membayar RM100 juta untuk kos perjalanan Perdana Menteri dengan isteri, yang ayu dan genit itu.

Kenapa kos yang keterlaluan tinggi ini tidak di kurangkan? Kenapa semuanya rakyat yang terbeban untuk mengurangkan kos dalam kehidupan mereka. Najib mesti tahu kehidupan yang ‘stressful’ boleh menyebabkan seseorang itu mendapat berbagai-bagai penyakit termasuk penyakit kencing manis.

Sekarang ini dimana-mana di Sabah dan Sarawak rakyat mengeji dan tidak berpuas hati dengan pembentangan bajet Najib jumaat lalu. Sebabnya semua orang tahu. Kehidupan rakyat di Sabah dan Sarawak juga mungkin menyebabkan mereka dihinggap berbagai-bagai penyakit kerana ‘stressful’ dengan apa yang mereka lihat sedang berlaku di negara ini. Kencing manis mungkin menjadi salah satu penyakit yang akan timbul hasil dari kehidupan yang ‘stressful’ ini.

Saya sengaja menyebut isu ini sebagai bacaan ringan bagi mereka yang tidak ada bahan bacaan di hujung minggu ini. Maksud saya keseluruhannya gula bukan semestinya penyebab kencing manis. Mungkin kencing manis itu di sebabkan oleh banyak faktor yang lain termasuk Najib yang menjadi penyebabnya. Rakyat begitu 'stressful' yang di sebabkan oleh kelemahan pimpinan Najib itu.

Isu gula yang di timbulkan oleh Najib ini begitu ‘contagious’ akibatnya. Dua hari lepas Muhyiddin pula bercakap yang Allahyaham Ustaz TS Azizan meninggal kerana gula, dalam kempen prk Sg Limau.

Hanya kita nak beritahu Muhyiddin, ajal maut itu di tangan Tuhan. Jangan salahkan gula pula. Jangan terikut-ikut Najib yang sudah hilang punca itu. Jangan buat malu Tan Sri...guna isu lain untuk berkempen.

Nyawa Tan Sri dan nyawa saya sendiri kita tidak tahu bila Tuhan akan datang ambil. Bukan kah nyawa kita ini Tuhan yang punya?-aspanalias

Tiada ulasan: