Selasa, 15 Oktober 2013

BILA DIDUNIA SYARIAH DIKETEPIKAN...TAK DIAMBIL KIRA...BAGAIMANA MEREKA NI DIPADANG MAHSYAR@AKHIRAT KELAK

Morsi tetap tolak kudeta

http://greenboc.blogspot.com, 15 Okt 2013
Kenyataan Rasmi Aidul-Adha: Morsi Tetap Tolak Kudeta

Keluarga presiden yang digulingkan, Muhammad Mursi, kembali menegaskan melalui surat pernyataan rasmi menjelang Idul Adha bahawa mereka akan tetap pada pendirian awal menolak kudeta tentera. Mereka menolak segala bentuk kompromi dan perundingan, demikian Republika dipetik.

"Surat pernyataan yang dibacakan oleh Osama Mursi mewakili keluarga Mursi pada Ahad itu menegaskan bahwa Presiden Mursi tetap pada pendiriannya sebagai presiden yang sah," demikian kenyataan rasmi Ikhwanul Muslimin, Rab'ah Today, seperti dikutip MINA.

Keluarga Mursi juga menegaskan bahwa mereka tidak akan berundur untuk memperjuangkan kesahihan kepemimpinan Mursi sekalipun nyawa menjadi taruhannya.

Presiden Mursi tidak akan undur, berunding atau menerima kompromi terutama setelah semua syuhada, orang-orang tercedera, serta orang-orang yang ditangkap dan hilang.

“Tidak peduli berapa banyak mereka cuba untuk menjauhkannya, presiden tidak akan berundur dari kembali ke jalur demokrasi," sebut kenyataan Ikhwanul Muslimin yang dikeluarkan seperti dikutip laman web muslim community. "Bahkan, jika jiwanya menjadi harga untuk jalan demokrasi ini.”

Mursi kini menjadi tahanan tentera sejak kudeta pada 3 Julai lepas dan belum dibebaskan di tempat yang dirahasiakan hingga saat ini.

Kambing guna helah elak jadi korban (gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 15 Okt 2013

KAMBING GUNA HELAH UNTUK ELAK JADI DAGING KORBAN (GAMBAR)


Menyamar jadi harimau......

Kembali ke tahun 1960

Subky Latif, 15 Okt 2013
Selepas 53 tahun negara kembali semula ke tahun 1960. Masa itu Abu Chin Peng masih hidup. Sekarang Abu Chin Peng sudah jadi debu.

Selepas tiga tahun merdeka komunis sudah tidak lagi mengancam Tanah Melayu seperti pada zaman penjajah British. Bukan sekadar fahaman komunis lumpuh, parti komunis dalam negeri juga lumpuh.

Bagi mematikan terus komunis maka kerajaan Tunku Abdul Rahman Putra memperkenalkan ISA – akta keselamatan dalam negeri – antara peruntukan zalimnya ialah menahan sesiapa tanpa bicara dari 60 hari hingga dua tahun.

Akta itu dibuat bukan kerana komunis masih kuat dan masih mengancam, tetapi bagi memastikan Abu Chin Peng yang masih hidup tidak lagi dapat menghidupkan kembali perjuangan komunis. Sampai Abu Chin Peng mati 53 tahun kemudian bukan saja komunis mati di Malaysia, malah ia mati di sarangnya sendiri iaitu Rusia.

Matinya Abu Chin Peng dan matinya komunis tidak mematikan undang-undang zalim ISA. Dua minggu selepas Abu Chin Peng mati roh ISA dihidupkan semula dengan pakaian baru yang dinamakan DAC, Akta Pencegah Jenayah.

ISA bukanlah akta yang melumpuh dan menggagalkan komunis. Komunis sudah tinggal nyawa-nyawa ikan semasa rang ISA dibentangkan. Komunis lumpuh kerana kempen kerajaan memerangi kemiskinan mula menampakkan hasil dan kesedaran beragama khususnya dalam kalangan umat Islam mula bangkit.

Lalu ditentang oleh banyak pihak akan ISA kerana ia tidak diperlukan dan ia amat mudah disalah gunakan. Janji Tunku dan Tun Razak, ISA hanya ditujukan kepada komunis yang sudah lumpuh itu saja, tidak sekali-kali akan digunakan kepada orang politik yang lain khususnya seteru Umno.

Antara yang bimbang ia disalah gunakan ialah pegawai Orang Putih yang diupah oleh kerajaan merangka rangnya. Diingatkannya akan bahaya disalah guna itu tetapi kata Tun Razak, ‘Tidak.’ Akta itu untuk sekejap saja.

Percaya kepada janji manis itu Prof Zulkifli Mohamad, MP PAS Bachok mengundi menyokong rang itu selagi ia tidak ditujukan selain dari komunis. Tetapi sokongan PAS itu tidak dihargai. Akibatnya, ramai orang PAS termasuk Presidennya masa itu Dr Burhanuddin al-Hilmy jadi mangsa ISA.

Sebelum mati, Tunku menyesali kerana ISA juga digunakan kepada bukan komunis, sedang ia ditujukan kepada komunis saja. Jawab KPN ketika itu Tun Hanif Omar, kata Tunku itu tidak termasuk dalam akta, ia ada dalam hansat Parlimen saja.

Sekarang – tahun 2013 – ISA dihidupkan semula dengan DCA. Roh zalim ISA ada dalam DCA boleh menahan sesiapa  disyaki jenayah  tanpa bicara dari 60 hari hingga dua tahun. Semua promoter DAC memberi jaminan ia tidak disalah guna seperti ISA dulu.

PAS ada pengalaman ditipu pemimpin Umno tahun 1960 ISA tidak digunakan selain dari komunis, maka ia tidak mahu sekali lagi ditipu oleh  Umno masa ini.

DCA satu akta paling dipertikai. Ia menggugat kepercayaan rakyat. Rang tidak popular ini tidak boleh dibentang pagi dan diluluskan petang. Kata Dr Mahathir dalam Malay Dilemma, undang-undang dibentang pagi dan dilulus petang akan jadi dokuman sampah. Rang itu mesti dibahas di semua peringkat dalam dan luar Parlimen sebelum ia dilluluskan.

Bagi memerangi jenayah hapuskan rasuah dulu. Selagi menteri-menteri menikmati jenayah rasuah yang terkutuk itu, jenayah lain dikira kecil. Basmi rasuah, gas segala ketirisan dan tingkatkan kefahaman Islam termasuk hudud, maka orang takut mencuri dan membunuh.

Zaman transformasi ini bukan lagi seperti tahun 1960. Sekarang bukan zaman Tun Razak tetapi adalah zaman anak Tun Razak. Jika sama saja zaman anak dengan zaman ayah, ertinya ia bukan transformasi tetapi adalah transformati.

Masjid Kota Damansara hulur RM30,000 untuk Syria

Harakahdaily, 15 Okt 2013

Para sukarelawan program Korban 2013 Masjid Kota Damansara melaksanakan tugas masing-masing.

PETALING JAYA: Para jamaah Masjid Kota Damansara menyumbang lebih RM30,000 bagi membantu umat Islam saudara seaqidah di Syria yang mengalami kepungan dahsyat oleh rejim Bashar al-Asad.

Sumbangan itu termasuk seutas gelang emas dihulurkan oleh mereka selepas menunaikan solat sunat Hari Raya Haji di masjid berkenaan, pagi ini.

Anggota Syria Care, Ustaz Mohd Nazmi Abdul Karim yang melancarkan sumbangan derma itu ketika menyampaikan khutbah berkata, ulama Syria menghalalkan daging kucing dan anjing kepada para pelarian negara itu yang menghadapi sekatan makanan.

Facebook Syria Care melaporkan kanak-kanak Palestin dan Syria di kem pelarian Yarmouk telah mula memakan daging anjing dan kucing.

Ini berikutan pengepungan oleh rejim pemerintah negara itu yang tidak membenarkan sebarang bentuk makanan dibawa masuk untuk penduduk di kem pelarian terbabit supaya mereka menyerah kalah kepada Syiah.

Sementara itu, para jamaah Masjid Kota Damansara turut mengorbankan 20 ekor lembu dan seekor kambing untuk aqiqah sempena Hari Raya Qurban hari ini.


Muslimat bergotong-royong memasak daging aqiqah.

Ameerah Fan Club rai wanita muda 19 Oktober

Harakahdaily, 15 Okt 2013

KUALA LUMPUR: Ahli Ameerah Fan Club berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pemimpin politik tanah air dalam majlis minum petang di Hotel Armada, Petaling Jaya, 19 Oktober ini.

Bersempena dua tahun penubuhan Ameerah Malaysia, kumpulan wanita muda yang bernaung di bawah Dewan Muslimat PAS Pusat ini, Ameerah akan meraikan ahli-ahli fan clubnya dari seluruh negara.

Menurut Pengerusinya Fareedah Samad, Ameerah Malaysia kini mendapat sokongan yang cukup besar dari golongan wanita muda dalam masyarakat yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli Ameerah Fan Club.

"Jumlah yang terkini ahli Ameerah fan Club (AFC) yang berdaftar telah mencecah seramai hampir 1000 orang dengan ‘likers’ melebihi 17 ribu," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Serama 200 jemputan terdiri daripada anak muda berusia 21 hingga 35 tahun berpeluang untuk bersama-sama dalam dialog politik anak muda pada hari tersebut.

Majlis yang akan bermula jam 1.30 hingga 4.30 petang itu akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, Ameerah Malaysia menjemput individu dan agensi yang berminat menyertai seminar ini untuk mendaftar sebagai peserta dengan menghubungi pihak urusetia di talian 0139744593 atau layari http://www.facebook.com/ameerahmalaysia untuk maklumat lanjut.

Yuran yang dikenakan ialah RM30 bagi setiap individu.

ASB: PNB perlu isytihar peratus pelaburan syariah

Salmiyah Harun, 15 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Pemodalan Nasional Berhad (PNB) perlu mengisytiharkan jumlah peratus pelaburan yang patuh syariah di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau ASN bagi mengelakkan keraguan pelabur membabitkan umat Islam.

Oleh kerana PNB mempunyai pegangan saham yang besar di dalam ASB dan ASN maka badan itulah dikatakan mempunyai kuasa mengawal pelaburan di kedua-dua saham tersebut.

Panel Penasihat Syariah Standard Charted Abdul Latif Ahmad Subkyi berkata, apa yang berlaku hari ini PNB selaku pemegang saham yang terbesar dalam ASB hanya memaklumkan terdapat dua bentuk pelaburan sahaja iaitu Islamik dan konvensional.

Namun katanya, PNB tidak mengisytiharkan pula berapa peratus pelaburan di dalam konvensional dan berapa peratus di dalam pelaburan Islamik.

"Badan penyelia yang tertinggi di dalam pelaburan adalah Suruhanjaya Sekuriti dan Majlis Penasihat Syariah (MPS) menjelaskan pelaburan melebihi tanda aras lima peratus dan ke atas bermakna pelaburan itu sah tidak patuh syariah. Manakala 4.99 peratus dimaafkan," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, tanda aras inilah yang didesak oleh Suruhanjaya Sekuriti tetapi ianya  tidak dijelaskan dengan baik oleh PNB menyebabkan pelbagai spekulasi timbul sehingga ada mengatakan ASB dan ASN adalah haram.

Tambah Abdul Latif, masalah yang timbul di dalam ASB dan ASN pula difahamkan pelaburan mereka melebihi tanda aras 5 peratus.

"Apabila tanda aras melebih lima peratus bermakna bermacam-macam pelaburan yang dibuat tidak mengikut syariah, termasuklah arak, judi, termasuk juga riba," katanya.

Bagaimanapun bagi mengelak Umat Islam membuat perkara syubahat, beliau menasihatkan agar umat Islam menggunakan 16 hingga 30 peratus dividen di dalam ASB dan selebihnya pulang semula kepada ASB.

"Ini jalan yang paling selamat buat Umat Islam yang ragu-ragu dengan pelaburan ASB. Sebagaimana sebut satu hadis 'yang halal pun jelas yang haram pun jelas maka ditengah-tengahnya perkara meragukan, perkara ini boleh jadi haram dan halal. Sesiapa elak perangai ragu-ragu maka sudah menyelamatkan agama dan maruahnya," katanya.

Pernah sebelum ini, ada yang mengatakan ASB dan ASN adalah haram malah Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April 2011 telah bersetuju memutuskan bahawa pelaburan ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal.

Kedua-dua pelaburan ini secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Malah ianya diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

MPS  telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu berasaskan ijtihad untuk menentukan sekuriti syarikat bercampur sebagai patuh Syariah atau sebaliknya dengan mengira sumbangan aktiviti tersebut kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat.

Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah.

Tanda aras tersebut, yang ditetapkan oleh MPS berpandukan ijtihad iaitu proses mengeluarkan pendapat daripada sumber Syariah oleh ulamak yang layak, ialah tanda aras lima peratus, 10 peratus dan 25 peratus.

Tanda aras lima peratus digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan Syariah) seperti riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional), judi, minuman keras dan daging babi.

Dr Mashitah dan Zed Zaidi masuk senarai yang tewas

http://www.ekeleh.com, 15 Okt 2013
Mashitah_Seripah_ShahanimBeberapa nama sama ada dari kalangan keluarga politik atau individu yang ada nama besar kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan sayap Umno di peringkat bahagian dan nasional Sabtu lalu.
Senator Datuk Mashitah Ibrahim dan Datuk Paduka Seripah Noli Syed Hussin untuk jawatan exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia antara nama yang tewas.
Bekas Naib Puteri Umno Malaysia, Shahanim Yusoff juga tewas. Calon Ketua Puteri Umno Malaysia, Jamilah Hanim Othman juga termasuk senarai tewas.
Pemilihan Pergerakan Pemuda yang tewas mengejut ialah Pengerusi Tetap Pemuda Umno Malaysia yang juga Pengerusi Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah. Pelakon Zed Zaidi juga tewas dalam percubaan pertamanya untuk bergerak aktif dengan merebut salah satu kerusi Exco Pemuda Umno Malaysia.
Antara nama lain yang tewas ialah Ketua Penerangan Wanita Umno Pusat yang juga Pengerusi Tekun Malaysia, Datuk Hamidah Osman tewas jawatan Ketua Wanita Bahagian Gopeng. Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Baharu, Datin Nik Azizah Nik Yahya yang telah menyandang jawatan itu selama lapan penggal tewas. Begitu juga Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh selama 33 tahun, Karimah Mohd Nor juga tewas.

Tiada ulasan: