Posted on Saturday, October 12 @ 21:41:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Chicago: Orang yang berperut buncit mempunyai kemungkinan tiga kali ganda untuk hilang ingatan dan nyanyuk apabila tua, menurut kajian.
Saintis mendapati, orang yang ada banyak lemak pada perut mempunyai kadar protein lebih rendah, yang turut menentukan sejauh mana hati dapat memproses lemak.
Unsur dipanggil PPARalpha mengawal pemprosesan lemak dalam hati, selain berada dalam pusat ingatan otak - hippocampus – serta mengawal deria ingatan dan keupayaan belajar.
Apabila seseorang itu mempunyai berat berlebihan, mereka mula kehilangan PPARalpha di bahagian hati dan seterusnya di seluruh anggota tubuh, termasuk otak.
Dalam satu kerjasama dengan Institut Kesihatan Kebangsaan, saintis saraf di Universiti Medical Centre, di sini, percaya penemuan mereka akan membawa kepada ubat membantu mempertingkat keupayaan belayar dan daya ingatan golongan nyanyuk.
Dr Kalipada Pahan dari pusat perubatan Universiti Rush berkata: “Kita perlu untuk memahami lebih mendalam bagaimana lemak mempengaruhi daya ingatan dan keupayaan belajar untuk membangunkan cara melindungi ingatan dan keupayaan belajar.” - AGENSI
PRK DUN Sungai Limau: PAS Kedah senarai pendek lapan calon
Posted on Saturday, October 12 @ 21:32:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
PAS Kedah menyenarai pendekkan lapan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau untuk dipertimbangkan kepimpinan PAS Pusat.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata calon PAS untuk PRK DUN Sungai Limau akan diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam 21 Oktober, di Pekan Sungai Limau, Yan.
"Difahamkan Barisan Nasional (BN) umum calon pada 21 Oktober sebelah siang. Kita pula sebelah malam. Kesemua lapan senarai calon kita berkelayakan. Kesemua mereka anak didik Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak)," katanya dalam sidang media di Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata walaupun ramai beranggapan DUN Sungai Limau (dikenali sebagai DUN Sala, sebelum Pilihan Raya Umum 2004) adalah kubu kuat PAS kerana kejayaan parti itu menguasainya sejak 1995, namun PAS tidak boleh memandang mudah kekuatan BN.
"Saya percaya BN akan cuba sedaya upaya merampas DUN Sungai Limau. Kalau ikutkan sebelum 1995, kita (BN dan PAS) bergilir-gilir. Kali ini kita menang, lagi sekali BN pula menang. Sebab itu tak boleh pandang ringan," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau diadakan pada 4 November manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan pada 26 September lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi. –
- Bernama
Anwar kritik Khalid, kedudukan MB Selangor dalam bahaya?
Posted on Saturday, October 12 @ 21:26:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pentas terbuka semasa forum berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya malam tadi memberikan isyarat tidak baik kepada bekas pemimpin korporat itu.
Menurut Anwar, Abdul Khalid tidak seharusnya berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi kerajaan negeri Selangor akan tetapi gagal membelanjakannya dengan baik.
Sebaliknya, Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan menjadikan Setiausaha Agung DAP itu sebagai contoh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya menguruskan kerajaan negeri dengan baik dan seimbang. "Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik. Bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.
"Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini,” kata Anwar di hadapan hadirin dalam program yang turut menampilkan Dr Ong Kian Ming daripada DAP dan bekas Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.
Perlantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua sememangnya tidak disenangi oleh PKR Selangor yang dipimpin oleh Mohamed Azmin Ali.
Pada ketika itu, PKR juga tidak boleh melakukan apa-apa oleh kerana PAS dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahukan Abdul Khalid kekal dan tidak bersedia menerima Azmin.
Azmin yang merupakan Timbalan Presiden parti itu turut merungut apabila pimpinan pusat PKR tidak melakukan perbincangan dengan parti diperingkat negeri dalam urusan pelantikan menteri besar Selangor bagi penggal kedua.
Azmin juga tidak dapat melakukan apa-apa kerana PKR mempunyai kerusi DUN paling sedikit di Selangor dengan hanya 14.
Hasilnya, hubungan keruh diantara kerajaan negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid dengan PKR negeri pimpinan Azmin semakin membarah.
Ini menyebabkan Anwar menghantar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tidak beliau senangi berhubung pentadbiran Abdul Khalid.
Saifuddin dilantik menjadi Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor pada Julai lalu, sesuatu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini di negeri terkaya Malaysia itu dan mirip kepada sistem Amerika Syarikat.
Pada masa sama, Khalid melantik Saifuddin sebagai pegawai yang mengendalikan projek Pembangunan Desa untuk mengendalikan lima kawasan Parlimen di utara Selangor yang masih dimenangi Umno dalam pilihanraya umum lalu.
PR hanya tewas di lima Parlimen di Selangor yang terletak di utara negeri maju itu seperti Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sungai Besar.
Bagaimanapun, Saifuddin dikatakan tidak mampu melakukan tugasnya oleh kerana Abdul Khalid campur tangan dalam projek yang diuruskannya.
Jika dahulu pertembungan diantara Abdul Khalid dan Azmin hanya berlaku secara satu lawan satu, tindakan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu terhadap Saifuddin dijangka akan menambah lagi jumlah musuhnya dalam politik terutamanya dalam PKR.
Saifuddin yang merupakan “jeneral” yang paling dipercayai oleh Anwar mempunyai pengaruhnya tersendiri dan mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan organisasi.
Malahan Saifuddin juga diantara perancang utama gerakan reformasi yang dilancarkan Anwar selepas dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada kerajaan.
Sebelum sempat mana-mana pemimpin PKR mengeluarkan respons kepada kritikan Anwar terhadap Abdul Khalid, Datuk Zaid Ibrahim yang juga bekas ahli PKR membela Menteri Besar Selangor itu.
Zaid adalah sekutu kepada Abdul Khalid dan melawan Azmin bagi jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan tahun 2010 lalu.
“Anwar tidak seharusnya mengkritik Khalid secara terbuka. Apakah ini satu rancangan untuk menggantikannya? Khalid mendapat sokongan daripada pengundi dan hanya mereka boleh menggantikannya,” kata bekas menteri Kabinet itu melalui akaun Twitter @zaidibrahim.
Zaid seolah-olah sudah terhidu dengan sesuatu bakal berlaku di negeri Selangor yang sudah dipimpin oleh PR untuk penggal kedua itu.
THE MALAYSIAN INSIDER12 Oktober, 2013.
Khairy pertahan jawatan untuk penggal kedua
Posted on Saturday, October 12 @ 21:21:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Khairy Jamaludin (gambar) dilaporkan telah berjaya mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Pemuda Umno untuk penggal kedua dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil sedang mendahului untuk Ketua Wanita manakala ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin mendahului untuk Ketua Puteri.
Menteri Belia dan Sukan itu telah melepasi majoriti mudah apabila mendapat 96 undi daripada 191 bahagian sehingga jam 8 malam, kata maklumat dalaman Umno.
Kedudukan ini disokong oleh keputusan rasmi yang kini mula dikumpulkan di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menunjukkan Khairy sudah mendapat 28 undi manakala empat pencabarnya belum mendapat sebarang undi.
Empat pencabar Khairy adalah Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru Akhramsyah Sanusi, Penolong Setiausaha Pemuda Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Bekas Ketua Pemuda Umno Merbok Abd Karim Ali dan Ketua Pemuda Umno Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak Khalid Izhar. Antara bahagian yang memberikan undi kepada Khairy adalah Tambun, Jempol dan Pasir Gudang.
Akhramsyah pula berkata, walaupun Khairy mendahului, dia tidak akan menyerah kalah.
“Sebagai pejuang Melayu, saya tidak akan menyerah kalah,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, Lokman Noor Adam, yang menjadi rakan Khairy untuk kerusi Naib Ketua tidak terkejut dengan sokongan ke atas Khairy itu.
“Dia telah mendahului dalam pencalonan. Tidak ada seorangpun dari mereka boleh kalahkan Khairy. Saya tidak terkejut kalau kesemua mereka tidak mendapat sebarang undi dari bahagian," kata Lokman kegembiraan ketika bercakap dengan The Malaysian Insider.
Shahrizat juga sedang mendahului lawan-lawannya untuk Ketua Wanita apabila mendapat 60 undi dari 191 bahagian.
Lawannya yang terdekat, Datuk Maznah Mazlan hanya mendapat satu undi dari Bahagian Cheras.
Seorang lagi calon, Raihan Sulaiman belum mendapat sebarang undi dari mana-mana bahagian.
Untuk Puteri Umno pula, ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin bersedia untuk menjadi Ketua Puteri yang baru berdasarkan trend pengundian dan keputusan yang ada sekarang.
Dia menerima 57 undi mendahului lawannya, Ketua Puteri PJ Selatan Jamilah Hanim Othman yang mendapat 19 undi.
Untuk jawatan Naib Ketua Wanita Umno pula, Datuk Azizah Muhd Dun sedang mendahului lawannya apabila mendapat 27 undi berbanding Datuk Suraya Yaacob yang memperolehi 6 undi.
Untuk Naib Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan mendapat 45 undi mendahulu lawannya Norsabrina Mohd Noor yang mendapat 28 undi manakala Nazliah Ali yang mendapat 12 undi.
Untuk Naib Ketua Pemuda Umno pula, Khairul Azwan Harun mendahului tiga calon lain apabila mendapat 25 undi berbanding Mohamad Iruwan Zulkefli (7), Jamawi Jaafar (9) dan Lokman Noor Adam (2).
HASBULLAH AWANG CHIK,
YISWAREE PALANSAMY DAN
MUZLIZA MUSTAFA
MALAYSIA INSIDER12 Oktober, 2013.
Resize Image dengan cepat dan mudah...
Posted on Saturday, October 12 @ 16:17:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Apabila guna kamera 20 megapixel, saiz
gambar besar (4608 x 3456 pixel) dan bila nak masukkan ke internet
perlukan banyak masa. Rasanya di internet ini 1 megapixel dengan 1024 x
768 pixel pun sudah memadai.
Masalah yang berlaku ialah nak kecilkan saiz (resize). Apa program yang paling sesuai? Kalau guna photoshop tak sesuai pasal makan masa. Dulu saya guna picasa yang diberikan oleh google secara percuma. Tapi picasa perlu beberapa step..
Akhirnya saya dapat satu software free iaitu Image Risezer For Windows. Program kecil hanya 887KB sahaja tapi cukup mudah buat kerja. Dia keluarkan menu pada sebelah kanan mouse bila kita guna "right click mouse". Lihat seperti rajah di bawah.
Akhirnya saya dapat satu software free iaitu Image Risezer For Windows. Program kecil hanya 887KB sahaja tapi cukup mudah buat kerja. Dia keluarkan menu pada sebelah kanan mouse bila kita guna "right click mouse". Lihat seperti rajah di bawah.
Boleh kecilkan semua fail dalam satu folder pada folder asal dan tak perlu rename kerana software ini akan berikan nama secara automatik. Saiz untuk kecilkan itu boleh di customkan!!
Pilihan untu setting walaupun tak banyak tapi cukup friendly...
Sila ambil perhatian: Ini Arahan Tun Mahathir
Posted on Saturday, October 12 @ 16:08:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh: setisab
"Arahan Chedet: Menteri Yang GAGAL, Sila Letak jawatan Segera!!
Posted on Saturday, October 12 @ 16:08:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh: setisab
"Arahan Chedet: Menteri Yang GAGAL, Sila Letak jawatan Segera!!
Sila ambil perhatian: Ini Arahan Tun Mahathir
Mahathir mahu menteri bertanggungjawab atas kegagalan dan kepincangan Kementerian masing, seperti yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara, sila letak jawatan segera!
1. Di Jepun bila kapal terbang terhempas, Menteri Pengangkutan Jepun letak jawatan.
2. Di Malaysia kalau berlaku apa-apa menteri akan jawab eh itu bukan masalah saya.
3. Saya mahu melihat lebih ramai bertanggungjawab letak jawatan sepertimana saya letak jawatan dahulu.
"I resigned because I failed"
2. Di Malaysia kalau berlaku apa-apa menteri akan jawab eh itu bukan masalah saya.
3. Saya mahu melihat lebih ramai bertanggungjawab letak jawatan sepertimana saya letak jawatan dahulu.
"I resigned because I failed"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan