Mangsa: Ini kejadian banjir paling buruk
"Kami
terkurung di dalam rumah kerana pintu tak dapat dibuka, ketika itu air
terus melimpah masuk sehingga paras dada," kata Shaifa Jamil seorang
daripada 54 penduduk yang dipindahkan apabila rumah mereka di Lembah
Bertam musnah dalam kejadian banjir kilat awal hari ini.Shaifa, 19, yang ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet di Cameron Highlands, berkata ketika kejadian beliau dan ibunya berada di dalam rumah manakala ayah dan abangnya berada di luar rumah.
Menceritakan kembali detik cemas yang dialami itu, beliau berkata siren kecemasan dibunyikan dua kali sebelum beliau ternampak kayu balak dibawa arus.
"Tak sampai dua minit air terus melimpah masuk ke dalam rumah dan saya tidak sempat nak selamatkan harta benda," kata pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata itu.
Shaifa berkata ayahnya terpaksa memecahkan tingkap untuk mengeluarkan beliau dan ibunya yang terperangkap di dalam rumah mereka itu.
"Arus deras menyebabkan barang-barang terpelanting dan menyukarkan kami untuk menyelamatkan diri," katanya yang mengalami sedikit kecederaan akibat terpijak objek tajam.
Beliau berkata sebelum ini banjir pernah berlaku di Lembah Bertam namun kejadian kali ini adalah paling buruk.
"Walaupun tidak dapat menyelamatkan harta benda, yang penting saya bersama ibu, ayah dan abang selamat," kata Shaifa.
Sementara itu Mohd Esswandy Zubir, 21, berkata hampir semua rumah di kawasan itu musnah akibat limpahan air dari empangan Sultan Abu Bakar.
"Telefon bimbit dan barang keperluan lain termasuk sijil tidak dapat diselamatkan tetapi dokumen pengenalan diri dapat diselamatkan kerana dari awal lagi ibu saya telah menyimpannya," kata lepasan diploma Politeknik Muadzam Shah, Rompin Pahang itu.
Mohd Esswandy yang merupakan anak bongsu dari empat beradik itu bersyukur kerana selamat daripada tragedi buruk itu.
Beliau berkata kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan adalah warga tempatan dan kawasan kediaman berhampiran rumahnya mempunyai enam keluarga Melayu.
Kejadian arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan penduduk di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.
Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut, seorang lelaki tempatan cedera manakala seorang lagi rakyat asing masih hilang.
Seramai 54 penduduk dari 12 keluarga kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet dan operasi mencari dan menyelamat wanita Indonesia yang dilapor hilang itu akan diteruskan esok.
- Bernama
Tiga terkorban, satu hilang
Bencana itu berpunca dari air yang dilepaskan Empangan Hidro Elektrik Sultan Abu Bakar yang terletak 1.3 kilometer dari tempat kejadian sehingga mengakibatkan air melimpahi tebing Sungai Bertam.
Kejadian yang berlaku pukul 1 pagi itu turut merosakkan kira-kira 100 buah kenderaan penduduk manakala lebih 10 buah rumah kebanyakannya rumah kongsi musnah.
Difahamkan, mangsa yang maut adalah pekerja asing yang tinggal di rumah kongsi berhampiran tebing sungai itu.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, dua mangsa yang maut akibat lemas ialah pekerja ladang sayur iaitu lelaki warga Bangladesh, Md. Jahanjir Alam Fazlor Rahman, 27, dan wanita Indonesia yang dikenali sebagai Kesmat, 46.
Katanya, seorang lagi mangsa, Tam Tuck Chooi, 51, meninggal dunia akibat serangan jantung setelah terkejut dengan kejadian itu.
Menurut beliau, seorang mangsa yang masih hilang merupakan pekerja ladang sayur wanita warga Indonesia, Jarwati, 24.
"Mayat Md. Jahanjir dan Kesmat ditemui pada pukul 8 dan 8.15 pagi ini dalam keadaan terperangkap di rumah kongsi yang dihuni masing-masing. Mayat mereka dibawa ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata untuk bedah siasat.
"Gerakan mencari seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Sehingga pukul 9 malam ini, mangsa yang hilang belum ditemui. Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pukul 6 petang dan akan disambung pukul 8 pagi esok.
Dalam kejadian itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Bertam Valley yang terletak di tebing Sungai Bertam juga terpaksa ditutup hari ini selepas limpahan air itu memasuki kawasan sekolah tersebut.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands turut melawat tempat kejadian.
Beliau turut melawat 30 orang mangsa yang kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kawasan tragedi tersebut mendapati puluhan kereta tersadai dan berlanggar sesama sendiri selepas dihanyutkan arus banjir lumpur itu.
Kebanyakan rumah yang musnah adalah rumah kongsi yang didiami pekerja kebun sayur warga asing.
Kebanyakan penduduk dilihat sedang bertungkus lumus membersihkan rumah mereka akibat kediaman mereka dimasuki lumpur, malah deretan kedai berhampiran tebing sungai turut dinaiki air paras 0.5 meter.
Mangsa tak sangka air empangan punca banjir
CAMERON HIGHLANDS 23 Okt. - Penduduk di pekan Lembah Bertam tidak menyangka limpahan air yang dilepaskan dari Empangan Hidro Elektrik Sultan Abu Bakar telah mengakibatkan kawasan tersebut dilanda banjir lumpur sehingga meragut tiga nyawa awal pagi ini.Rata-rata mereka memberitahu, tindakan pihak pengurusan melepaskan air dari empangan yang terletak 1.3 kilometer dari penempatan mereka itu adalah perkara biasa dan tidak pernah mengakibatkan limpahan air yang teruk seperti kali ini.
Menurut mereka, air dari empangan yang melimpah sehingga ke Sungai Bertam meningkat secara mendadak menyebabkan mereka panik namun sebahagian besar daripada penduduk sempat menyelamatkan diri.
Seorang penduduk yang kediamannya turut rosak dalam kejadian itu, Maimunah Din, 64, berkata, dia terdengar siren amaran dari Empangan Hidro Elektrik Sultan Abu Bakar kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi iaitu petanda air dari empangan tersebut akan dilepaskan.
Menurutnya, pada awalnya dia tidak begitu menghiraukan siren berkenaan kerana ini merupakan perkara biasa setiap kali air dari empangan tersebut mahu dilepaskan.
Dia yang berasa tidak sedap hati menjenguk keluar rumah dan ternampak air deras dari arah hulu sungai.
"Walaupun cemas, saya kuatkan semangat menyelamatkan dua cucu saya, Mohd. Riqki Aiman Mohd. Saiful, 5, dan Dayana Norkamian yang berusia setahun setengah keluar dari rumah.
"Saya bersyukur kerana akhirnya kami berjaya menyelamatkan diri. Ini kali kedua banjir berlaku di sini akibat pelepasan air dari empangan ini pada tahun 1988, namun kali ini paling teruk," katanya ketika ditemui di lokasi tragedi itu hari ini.
Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Tho, 52, berkata, paras air naik terlalu cepat sehingga paras pinggang menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan peralatan rumahnya.
EMPANGAN MELIMPAH
Cameron Highlands: Tiga maut, seorang lagi hilang apabila air yang dilepaskan dari Empangan Sultan Abu Bakar, di Ringlet, di sini, tengah malam dan awal pagi semalam menyebabkan banjir lumpur, di Lembah Bertam.
Kira-kira 15 rumah sebahagian besarnya diperbuat daripada papan lapis dan zink serta didiami warga asing ranap sama sekali, manakala 100 kenderaan turut rosak.
Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
"Apabila air naik terlalu cepat, saya tidak memikirkan soal lain selain daripada menyelamatkan diri," katanya.
3 mati dalam gulungan lumpur
|
CAMERON HIGHLANDS - Tiga terbunuh dengan dua daripada mereka mati lemas selepas terperangkap dalam rumah yang ditenggelami banjir lumpur manakala seorang lagi diserang sakit jantung kerana terkejut dengan kejadian bencana alam yang tiba-tiba melanda Lembah Bertam, Ringlet dekat sini semalam.
Kejadian pukul 1 pagi yang menenggelamkan hampir keseluruhan perkampungan milik pekebun sayur yang tinggal di tebing Sungai Bertam berpunca daripada limpahan air Empangan Sultan Abu Bakar yang terletak 1.3 kilometer dari kawasan yang dilanda banjir.
Dua mangsa yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh, Md. Zahangi Alam, 30, dan seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Kesmat, 46.
Terkurung dalam rumah dimasuki air
CAMERON HIGHLANDS - "Kami terkurung di dalam rumah kerana pintu tidak boleh dibuka. Ketika itu air terus melimpah masuk sehingga ke paras dada," kata Shaifa Jamil, seorang daripada 54 penduduk yang dipindahkan apabila rumah mereka di Lembah Bertam musnah dalam kejadian banjir kilat semalam.Shaifa, 19, yang ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet di sini berkata, ketika kejadian dia dan ibunya berada di dalam rumah manakala ayah dan abangnya berada di luar rumah.
Menceritakan detik cemas itu, dia berkata, siren kecemasan dibunyikan dua kali sebelum dia kemudian ternampak kayu balak dibawa arus Sungai Bertam.
‘Ombak’ sapu Lembah Bertam
Cameron Highlands: “Keadaan ibarat tsunami apabila kawasan kampung ditenggelami lumpur dan saya lihat puluhan kereta hanyut,” kata Shaifa Jamil, 19, penduduk di Lembah Bertam, di sini, yang terbabit dalam kejadian banjir lumpur, menyebabkan tiga terbunuh dan seorang hilang, semalam.
Shaifa yang ditemui di pusat perlindungan sementara di Dewan Orang Ramai Ringlet, di sini, berkata dia juga melihat kayu balak dan ‘ombak’ Sungai Bertam merempuh kediamannya sejurus siren kecemasan dibunyikan.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 1.15 pagi ketika dia dan ibunya tidur di rumah sebelum terjaga apabila terdengar bunyi siren amaran kecemasan dan pengumuman arahan agar penduduk meninggalkan rumah.
KEADAAN
kawasan Bertam Valley selepas dilanda banjir mengakibatkan pekerja
warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.
“Bagaimanapun, belum sempat kami melarikan diri, air dari sungai sudah melimpah masuk dalam rumah. Mujur membantu mengeluarkan kami dari dalam rumah,” katanya yang masih dalam keadaan terkejut.
Gambar sekitar banjir lumpur terburuk di Cameron Highlands (19 Photo)
Posted on Thursday, October 24 @ 06:29:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Gambar sekitar banjir lumpur terburuk di Cameron Highlands
- Kawasan sekitar tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron
Highlands mengalami kerosakan teruk selepas dilanda banjir lumpur pada
pukul 1.00 pagi tadi.
Difahamkan, dua pekebun warga asing maut manakala seorang lagi hilang akibat dihanyutkan banjir lumpur. Kedua-dua mangsa warga asing itu yang dikenali sebagai Jahangir, 30 dan wanita warga Indonesia, Kesmat, 46 ditemui tertimbus dalam lumpur berhampiran rumah masing-masing pada pukul 8 pagi dan 8.15 pagi.
Menurut jurucakap Ibu Pejabat Ppolis Daerah Cameron Highlands, kejadian itu berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kejadian banjir lumpur awal pagi tadi. Jika dilihat secara mata kasar, jumlah kerosakan harta benda mungkin mencecah jutaan ringgit. Cukup sedih dan menyayat hati admin.
“Bagaimanapun, belum sempat kami melarikan diri, air dari sungai sudah melimpah masuk dalam rumah. Mujur membantu mengeluarkan kami dari dalam rumah,” katanya yang masih dalam keadaan terkejut.
Gambar sekitar banjir lumpur terburuk di Cameron Highlands (19 Photo)
Posted on Thursday, October 24 @ 06:29:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Difahamkan, dua pekebun warga asing maut manakala seorang lagi hilang akibat dihanyutkan banjir lumpur. Kedua-dua mangsa warga asing itu yang dikenali sebagai Jahangir, 30 dan wanita warga Indonesia, Kesmat, 46 ditemui tertimbus dalam lumpur berhampiran rumah masing-masing pada pukul 8 pagi dan 8.15 pagi.
Menurut jurucakap Ibu Pejabat Ppolis Daerah Cameron Highlands, kejadian itu berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kejadian banjir lumpur awal pagi tadi. Jika dilihat secara mata kasar, jumlah kerosakan harta benda mungkin mencecah jutaan ringgit. Cukup sedih dan menyayat hati admin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan