Rabu, 30 Oktober 2013

UNDANG2 ALLAH...ALLAH CIPTA UNTUK KESEJAHTERAAN MANUSIA...UNDANG2 MANUSIA DICIPTA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SERTA KRONI2

Jadual Ceramah Di DUN Sg Limau 29/10/2013
Posted on Tuesday, October 29 @ 20:09:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya








Malaysia penuh dengan dwi undang-undang?
Posted on Tuesday, October 29 @ 16:36:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Waktu sekarang adalah pukul 4.00 petang waktu Semenanjung dan 3.30 petang waktu Sabah dan Sarawak.........

Masihkan anda ingat pengumuman itu sebelum Perdana Menteri Dr Mahathir "melaraskan" waktu jam antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak menjadi sama.

Itu bab jam dan waktu.

Kini timbul pula isu Kalimah Allah.

Mahkamah "menyelaraskan" hukuman menjadi seragam untuk seluruh wilayah Malaysia.

Tiba-tiba sekonyong-konyong PMNajib terbang menuju Pulau Borneo dan membuat pengumuman.:

" Kalimah ALLAH hanya "haram" di Semenanjung tetapi "halal" di Sabah dan Sarawak ".

Macam ada judi "halal" dan ada judi "haram". Yang haram kerana tidak bayat cukai kepada kerajaan UMNO.

Sama juga demostrasi hanya "haram" kepada pembangkang.Semburan air asid FRU wajib untuk pembangkang.

Jika demostrasi dibuat oleh UMNO ,segalanya "halal toyyibah" bahkan dijaga penuh kesopananoleh FRU dan SB.

Malaysia penuh dengan dwi undang-undang?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Tuesday, October 29 @ 16:36:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Kemenangan perlu adil: PRU, PRK dan Samarkand
Posted on Tuesday, October 29 @ 16:32:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Baru-baru ini, selesailah Perhimpunan Agung UMNO bagi memilih pemimpin-pemimpin 'pucuk tertinggi' atau 'sayap' dikalangan mereka. Perbagai karenah dan cerita ketidak-adilan dan keruntuhan sistem amalan demokratik yang wujud dalam parti tersebut. Diantara cerita yang diwar-warkan adalah:

1. Wang politik, dimana calon membelanjakan sehingga jutaan RM bagi mempromosi diri mereka dan meraih sokongan dan undi. Perkara ini telah sendiri diakui oleh ahli VVIP UMNO sendiri, seperti Tok Pa dan Tun Dr. Mahathir.

[http://www.themalaysianinsider.com].

2. Undi hantu didalam Parti UMNO. Rupa-rupanya amalam ini memang wujud dan sinonim dengan tektik dan strategi kemenangan UMNO, dan telahpun diamalkan dalam PRU-PRU sebelum ini.

[http://www.malaysiakini.coml]

3. Blackout semasa pengiraan undi. Sahlah, tektik ini memang strategi biasa didalam UMNO.

[http://www.bharian.com.my]

Bila difikirkan, adakah 'berkat' bagi kita semua sekiranya mempunyai para pemimpin yang 'sudah biasa menipu' sebelum dipilih sebegini?

Adakah kita semua tidak mahu mengambil ikhtibar dari satu peristiwa yang termasyhur dahulu, dimana ISLAM menggalakkan keadilan dan kemakmuran, tidak kira kepada sesiapa, samada musuh ataupun orang kafir. Sebab portfolio 'keadilan' yang diamalkan oleh pemimpin ISLAM, lebih ramai tertarik dan dengan sukarelanya memyerahkan diri kepada ALLAH dan memeluk ISLAM.

Kisah kemenangan ISLAM di Samarkhand

Kisah ini terjadi ketika zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, iaitu cicit kepada Sayidina Umar bin Khatab yang terkenal sebagai seorang Mujaddid dan pemerintah yang amat adil. Walaupun tempoh pemeintahannya hanya berjalan kurang dari 2 tahun, tetapi karena ketaqwaan seorang pemimpin maka kasih sayang dikalangan rakyat begitu terlihat, sehingga bukan hanya manusia, diriwayatkan juga ketika itu serigala dan kambing juga boleh hidup berdampingan. Itulah salah satu bukti bahwa Sayidina Umar bin Abdul Aziz adalah Sohibuz Zaman di zaman itu. Diriwayatkan juga bahawa, apabila tamatnya pemerintahan beliau, terjadilah semula serigala memakan kambing-kambing penggembala. Betapa ajaibnya pemerintahan orang-orang bertaqwa. Bagi beliau, urusan rakyat adalah lebih utama dan semuanya akan ditanya oleh Allah kelak.

Dimasa lalu, pasukan Islam dipimpin oleh Quthaibah bin Muslim telah dihantar oleh khalifah ke Samarkhand, dengan tujuan untuk menyelamatkan dan mengislamkan Samarkhand. Samarkhand, adalah sebuah negeri di daerah Asia Tengah, yang merupakan ibukota Uzbekistan pada saat ini. Operasi penaklukan telah dilakukan pada awal pagi dan ianya telah berjaya dilakukan dengan tipu muslihat, tanpa sebarang pertempuran yang hebat, karena pada masa itu kebanyakkan penduduk Samarkhand sedang tidur lena.

Pada keesokkan harinya, barulah penduduk Samarkhand menyedari mereka telah ditakluki. Dengan itu, timbul rasa tidak puas hati penduduk Samarkhand akan kekalahan itu, dan mereka lantas menyuarakan ketidak puashati mereka akan penaklukan tersebut. Sebab mereka tahu bahawa penaklukan itu terjadi pada awal pagi dengan tipu muslihat, dan perkara ini tidak mengikut ajaran Nabi Muhammad, tidak sesuai dengan sunnah Rasululullah. Kerana, apa yang mereka ketahui, mengikut ajaran Nabi Muhammad, tentera Islam hendaklah mengikut beberapa prosedur yang 'adil' danm 'professional' terlebih dahulu apabila ingin menawan sesebuah kota, seperti memaklumkan terlebih dahulu bila tentera akan tiba, perlu melalui pintu kota sebelah mana mereka menyerang, berapa jumlah tentera terbabit, dan tentara Islam dilarang sama sekali menghancurkan bangunan, membunuh anak-anak, orang-orang lanjut usia dan wanita serta musuh yang sudah menyerah. Begitu juga dilarang menghancurkan tempat-tempat ibadah, merusak tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Bagi Rasulullah dan tentera Allah yang haq, mengislamkan musuh lebih mulia daripada membunuh atau menawannya dalam keadaan kafir. Sebab salah satu tujuan jihad dalam Islam bukan hendak membunuh musuh sebanyak-banyaknya tetapi justru menyelamatkan musuh sebanyak-banyaknya, yaitu dengan membawa mereka ke dalam agama yang selamat lagi menyelamatkan iaitu Islam.

Maka rakyat Samarkhand kemudian mengirim utusan kepada khalifah Sayidina Umar bin Abdul Aziz tentang ketidak puashati mereka dalam penaklukan Samarkhand. Khalifah pun faham apa yang terjadi, lantas beliau memanggil hakimnya untuk mengadili panglima perang dan seluruh pasukan yang terlibat. Panglima perang mengakui tektik dan strategi mereka dan ahirnya diputuskan bahwa penaklukan Samarkhand yang telah dilancarkan adalah tidak sah menurut hukum Islam, dan pasukan yang terlibat dijatukhkan hukuman dengan dikerahkan meminta maaf satu per satu kepada setiap penduduk kota Samarkhand.

Maka terjadilah peristiwa luar biasa, pasukan Muslim yang mencapai jumlah ribuan itu lantas bertebaran keseluruh pelosok kota, mengetuk dari pintu-kepintu setiap penduduk Samarkhand, untuk meminta maaf kepada seluruh penduduk kota Samarkhand tanpa terkecuali. Bagi mereka ketaatan kepada Allah, Rasulullah dan Pemimpin adalah lebih utama. Sungguh luar biasa peristiwa tersebut, dan mengharukan. Selepas itu, tentera Islam berundur dan mengembalikan kota Samarkhand kepada penduduk nya kembali. Hairan lah setiap penduduk Samarkhand akan tindak tanduk tersebut. Ianya belum pernah diajarkan oleh pemimpin ataupun diajarkan dalam ilmu perang mana pun. Itulah indahnya Islam.

Beberapa bulan kemudian, rombongan penaklukan telah dilancarkan sekali lagi oleh tentara Muslim ke Samarkhand. Tetapi, pada kali ini mengikut prosedur yang betul, sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW. Suatu perkara ajaib telah berlaku, dimana tanpa disangka-sangka, penduduk Samarkhand ternyata sudah menanti di depan pintu kota untuk menyambut pasukan Islam tersebut, bukan dengan senjata tetapi dengan senyumAN hangat yang penuh harapan. Mereka beramai-ramai ingin memeluk Agama Islam, karena mereka telah merasakan akhlak Islam yang sungguh agung yang diajarkan Rasulullah SAW, dan merasakan bahwa hanya dengan Islam mereka akan mendapat keselamatan. Hati mereka sugguh puas dan redha menerima kedatangan Islam.

Itulah keajaiban dari keberkatan seorang pemimpin bertaqwa, rakyat yang bertaqwa dan tentara yang bertaqwa yang memegang teguh tali agama Allah. Lalu siapa yang mengajarkan pemusnahan, penghancuran, pengeboman dan pembunuhan seperti zaman sekarang ini? Siapa pula yang mengajar kemenangan secara licik dan penuh muslihat 'haram' di restui oleh Islam. Tidak kira lah strategi 'menakut-nakutkan' orang 'kafir' dengan 'hudud' dan kemenangan parti tertentu dan sebagainya. Meskipun atas nama Islam tetapi jika dilakukan bukan seperti yang dicontohkan Rasulullah maka hakikatnya bukanlah Islam, tetapi merupakan ajaran-ajaran dari musuh-musuh Islam yang diamalkan oleh orang Islam yang tidak faham Islam.

[Petikan dari: http://aboutmiracle.wordpress.com]

Dengan ini, kita harapkan. Kemenangan perlulah dengan cara ADIL dan SAKSAMA. Mudah-mudahan PRK Sg Limau, dan PRUK atau PRU akan dijalankan, dilakukan dengan adil, mengikut cara ISLAM. Barulah negara mendapat keberkatan dari Allah. Mungkin kambing dan serigala, boleh berdampingan dengan aman ketika itu."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
mat_sempoi
Posted on Tuesday, October 29 @ 16:32:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Berbezanya mereka berdua..........
Posted on Tuesday, October 29 @ 16:24:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Pak Lah menduduki Sri Perdana cuma 6 tahun tapi hidup bahagia kerana beliau benar-benar pencen.

Mahathir menduduki Sri Perdana menjangkau 22 tahun tetapi hidup penuh dengan kedengkian,kesombongan,keangkuhan dan berdendam kesumat tanpa kesudahan kerana beliau perasan selamanya betul 100%.

Wahai ahli UMNO.....tolong sedekahkan seutas tasbih dan tolong hamparkan sekeping sejadah buat beliau agar beliau dapat beribadat dengan khusyuk.

REKOD MAHATHIR :

i) Mahathir pernah tewas dengan Presiden PAS al Marhum Yusof Rawa dalam PRU 1969.

ii) Mahathir pernah gagal untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu era Pak Lah jadi PM.

iii) Mukhriz tewas dengan menantu Pak Lah untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO 2010.

iv) Mukhriz tewas dengan sepupu PMNajib untuk jawatan Naib Presiden UMNO 2013 walaupun menang undi popular 585 undi.

Berbezanya mereka berdua.........."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Tuesday, October 29 @ 16:24:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Aktivis Mahasiswa Yang Popular Dengan Fenomena Listen Listen Listen, Bawani... Menang Bergaya PRK UUM
Posted on Tuesday, October 29 @ 13:51:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Masihkah kita ingat lagi seorang aktivis mahasiswa yang dihina dan di buli oleh seorang wanita penganut dan pemuja BN, Sharifah Zohra Jabeen Shah Miskin dengan kata-kata listen listen listen sehinggakan ungkapan itu menjadi fenomena dialam maya, Sdri Bawani?

Walaupun beliau pernah dicaci,dihina dan dibuli secara terbuka didepan khalayak mahasiswa/i oleh Sharifah Zohra Jabeen Shah Miskin namun ianya tidak melemahkan semangat untuk terus berjuang demi kebaikan nasib dan masa depan para mahasiswa akhirnya terjawab apabila beliau menang dengan memperolehi undi kelima tertinggi dari 8 kerusi umum atas tiket Transformasi Mahasiswa.

Tahinah!!.. lagi dibuli dan dihina... lagi mahasiswa puja.

Akhirnya Sharifah Zohra Jabeen Shah Miskin diharamkan kakinya memijak kampus UUM dan mahasiswi yang beliau hina dan buli kini menjadi pemimpin mahasiswa/i.

FB Pakatan Rakyat Election News


  Tangkap Rasuah RM 50- SPRM Masih Gagal Baiki Indeks Korupsi Malaysia
Posted on Tuesday, October 29 @ 13:24:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Hebat! Mungkin itu antara kalimah yang bermain dibibir pembaca Kosmo hari ini apada akhbar itu menyiarkan berita tangkapan kes rasuah melibatkan nilai RM50!

Kecil atau tidak nilaian rasuah itu, tindakan lelaki Singapura yang didakwa cuba merasuah RM50 kepada anggota polis menyebabkan beliau diberkas ketika diperiksa dalam satu sekatan di Jalan Persekutuan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi kelmarin dan beliau bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun.

Lelaki malang itu sebenarnya menjadi malang apabila percubaan rasuahnya terkantoi (terbotol atau terkanjai) kerana operasi sekatan jalan raya berkenaan turut disertai anggota dan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 beliau boleh menerima hukuman 20 tahun penjara dengan denda sebanyak RM 10000 atau lima kali ganda suapan atau mana yang lebih tinggi.

Ya, melihat kepada kerajinan dan kegigihan SPRM dan polis Indeks Rasuah tidak sepatutnya hanya naik ke tangga 54 berbanding tangga 60 tahun lepas. Sepatutnya daripada 176 buah negara malaysia layak menduduki tangga ke 20 berbanding hanya naik 6 tangga. Dalam Indeks Korupsi 2012, Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding Brunei dan Singapura.

Rujukan penulis melalui Laporan Asia-Pacific Fraud Survey Report Series 2013, menunjukkan di Malaysia 39% responden mengatakan rasuah dan amalan rasuah berlaku secara meluas di negara ini.

Malaysia telah disenaraikan sebagai salah satu daripada negara-negara yang paling korup dan disenaraikan sebagai sebuah negara yang paling mungkin untuk mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran apabila keadaan ekonomi yang sukar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Unit Pengurusan Prestasi kerajaan (Pemandu) telah gagal dalam peranannya.

Kini Malaysia, bersama-sama dengan China, mempunyai tahap tertinggi rasuah di rantau Asia Pasifik.

Apa masalah dalam Indeks rasuah di Malaysia?

Rata-rata rakyat celik boleh menjawab persoalan ini iaitu kerajinan dan kemampuan SPRM hanya dalam kes-kes minor, kes tidak berprofil tinggi malah kes yang tidak melibatkan mudarat besar seperti rasuah yang melibatkan penyelewengan para pemimpin atasan. SPRM hanya bersilat di kalangan rakyat lemah, yang rasuahnya juga haram dan jijik tetapi kurang kesan dahsyat berbanding kes-kes jerung PKFZ misalnya.

Bukti kegagalan SPRM membantu mengubah Indeks Korupsi Malaysia telah dibongkar oleh Tun Mahathir sendiri selepas Pemilihan UMNO 2013 lalu. Kata mantan Perdana Menteri yitu adalah berkenaan politik wang memainkan peranan dalam memastikan seseorang calon yang tidak layak memenangi jawatan dalam pemilihan Umno. Malah kata beliau yang bersedih atas kekalahan anaknya merebut kerusi naib Presiden UMNO, adalah rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.

Bagaimana satu badan seperti SPRM tidak memberi fokus kepada parti politik utama yang memegang negara berbanding hanya menangkap ikan-ikan bilis sahaja. Adakah tindakan itu mampu mengubah persepsi dunia terhadap kadar penipuan dan rasuah Malaysia?

Laporan -laporan seperti CPI, Global Corruption Barometer mahupun laporan Asia-Pacific Fraud Survey sebenarnya sejajar dengan initipati hasil pendedahan Laporan Ketua Audit Negara saban tahun. Membeli barangan dan menuntut bayaran dengan harga berlipat ganda, menyeleweng dana projek, projek terbengkalai, menukar misi projek adalah antara korupsi biasa penjawat awam agensi dan kementerian di Malaysia.

Jika kita meneliti Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kesalahan rasuah bukan kerana meminta atau menerima suapan semata-mata. Malahan korupsi seumpama mengemukakan tuntutan palsu juga suatu kesalahan yang amat serius mengikut . Banyak pihak tidak sedar bahawa membuat tuntutan lebih masa atau perbatuan atau pembelian yang berlebihan atau yang sebenarnya tidak wujud juga kesalahan rasuah.

Jadi laporan Ketua Audit Negara 2012 tersebut adalah sepatutnya meringankan kerja SPRM, mereka hanya perlu bertindak kerana teah ada pihak menyiasat bagi pihak mereka. Malang apabila SPRM hanya mampu menyebut bahawa jika tiada laporan kepada mereka, mereka tidak akan siasat. Perlu laporan apa lagi? Setakat ini SPRM hanya memberi komitmen 15 kes akan disiasat.

Tahun lalu Bagi Laporan Ketua Audit Negara 2011, hanya sebanyak dua kes telah dibawa ke mahkamah yang menyaksikan lima orang pegawai kerajaan telah dikenakan tindakan tatatertib. Kementerian diketuai oleh siapa? Tiada tindakan tatatertib atau hukuman sebaliknya menteri korup diraikan dan dipilih sebagai pemim[in UMNO sekali lagi tahun ini.


Harapan rakyat pasti berkecai jika hasil kes profil tinggi berakhir seperti kes PKFZ. Berlainan pula dengan kes melibatkan negeri Pakatan Rakyat. Suspek yang belum bersalah disiasat hingga maut!

Hal ini lebih buruk dengan pendedahan di Parlimen bahawa SPRM masih gagal menyelesaikan kira-kira 99.3 peratus kes rasuah walaupun menerima peruntukan hampir RM1 bilion, sejak tahun 2009.

Sekadar bergembira dengan berita rasuah RM 50 yang bakal membawa hukuman penjara 20 tahun itu, tidak cukup untuk SPRM membantu baiki imej Malaysia yang kian tercalar ditambahi dengan pendedahan Tun Mahathir.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng

landskapsiasah.blogspot.com


 Gula Naik, Pesakit Diabetes Turun Tahun Hadapan?
Posted on Tuesday, October 29 @ 12:33:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi gula menyebabkan kenaikan harganya sebanyak 34 sen sekilogram dan dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai Sabtu lepas.

Pelbagai alasan diberikan untuk merasionalkan kenaikan harga gula. Antaranya adalah kerana pengurangan subsidi gula menyebabkan berlaku kenaikan harganya.

“Ada juga kenyataan dungu dengan menyatakan kenaikan harga gula adalah bagi mengurangkan penyakit diabetes,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Riduan Mohd Nor.

Paling menyedihkan, ujarnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan sewaktu kempen pilihanraya kecil Dun Sungai Limau dengan  rasional kenaikan harga gula bagi mengenang penderitaan allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang terpaksa dipotong kedua-dua kakinya akibat penderitaan penyakit kencing manis.

Soalnya, kata beliau di mana kajian menyatakan menaikkan harga gula dengan secara automatik boleh menyebabkan berlaku penurunan dalam penyakit diabetes.

“Apakah pemimpin negara mahu samakan pengambilan gula dengan rokok?

“Apakah kerana mahu mengurangkan pengambilan rokok yang semestinya membahayakan kesihatan itu, maka kerajaan terpaksa menaikkan harganya tahun demi tahun dan strategi yang sama tindakannya dengan menaikkan harga gula?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya di mana makanan dan minuman tanpa gula.

Tambahnya, yang diketahui kesan kenaikan harga gula adalah kenaikan pada harga barangan terutama pada makanan dan minuman.

Kata beliau, kesan secara langsung adalah kenaikan kos sara hidup ekoran kenaikan harga makanan dan minuman.

Menurutnya lagi, rakyat akan lebih menderita malah mungkin ada yang memakan cicak, lipas, semut dan serangga bagi menampung kehidupan mereka.

“Jika beginilah alasan kerajaan ini bermakna kerajaan sudah tidak ada idea dan alasan untuk diberikan kepada rakyat,” katanya.

Kata beliau, pengurangan subsidi pada gula boleh dielakkan sekiranya kerajaan berhemat dalam berbelanja.

Katanya lagi, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 melaporkan berbilion ringgit wang rakyat hangus dalam pembaziran, ketirisan, penyelewengan dan penyalahgunaan.

“Mengapa tidak ditegaskan dalam soal penguruan yang telus dan cekap yang melibatkan agensi kerajaan berbanding mengambil tindakan drastik menaikkan harga gula yang memberi kesan kepada seluruh rakyat di negara ini?” tanya beliau.

Daripada kenyataan pemimpin negara itu, katanya rakyat mahu melihat kesan penyakit diabetes menurun dalam setahun mendatang.

“Datangkan fakta, statistik serta kes studi untuk rakyat percayai bahawa sememangnya itulah langkah berkesan untuk mengurangkan penyakit diabetes,” tegasnya.

Jika tidak, ujarb beliau rakyat mengecop pemimpin negara yang suka berbohong dan mencari dalih bagi menghalalkan tindakan mereka menyiksa rakyat.-hd

HEBOH HARGA GULA DI THAILAND DI KATAKAN RM2.10 SEN SEKILO DI MALAYSIA KINI RM2.84 SEN SEKILO ... KEDUA DUA NEGARA TIDAK MEMBERI SUBSIDI KEPADA BARANG KEPERLUAN INI ... MENGAPA THAILAND LEBIH MURAH?????


Menurut sumber di khabarkan negara Thailand yang juga tidak memberikan satu sen pun subsidi kepada gula harga runcit dipasaran negara tersebut ialah  ialah RM2.10 sen sekilo sedangkan negara Malaysia yang di tadbir urus oleh UMNO dibawah kepimpinan pemimpin yang paling di puja, julang dan dikagumi oleh para penyokong,pendokong dan ahli UMNO kini Dato' Seri Najib Razak, menjualnya kepada rakyat dengan harga RM2.84 sen sekilo.

Jika berita dan laporan ini benar lagi sahih ..... Mengapa boleh terjadi jauh beza harganya?????

Adakah negara kita mengimport gula dengan membayar melebihi 10% harga pasaran terbuka sehingga terpaksa rakyat membayarnya dengan harga RM2.84 sen sekilo??????

Apakah selepas ini akan berlaku penyeludupan gula dari negara Thailand masuk kenegara kita?

Perlunya pihak berwajib dan Kerajaan UMNO 1M'sia memberikan jawapan demi pencerahan.

Tiada ulasan: