Khamis, 17 Oktober 2013

DIAM2 DAH 23 TAHUN...ALHAMDULLILLAH....MEMERINTAH DENGAN KEDERAT@KUDRAT KEWANGAN YANG ADA

21 Okt genap 23 tahun ulama terajui Kelantan

Aslani M, 17 Okt 2013
KOTA BHARU: Pada 21 Oktober ini genap 23 tahun kerajaan PAS Kelantan di bawah kepemimpinan ulama setelah mengambil alih pentadbiran negeri daripada BN pada 21 Oktober 1990.

Sempena ulangtahun tersebut sambutan kelahiran kerajaan Membangun Bersama Islam akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada sambutan terbabit rakyat Kelantan berpeluang memberi pelbagai persembahan atau cenderahati kepada mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Persembahan rakyat itu tidak kira sama ada dalam bentuk buah tangan atau bacaan puisi yang dituju kepada Tok Guru sendiri,” katanya di sini.

Tok Guru dijangka berada di Dataran Stadium pada sebelah petang bagi meraikan ulangtahun kerajaan negeri bersama rakyat.

Program tersebut yang bertema "Jasa Dikenang, Amanah Disandang" bermula jam 3.30 pagi dimulai munajat dan qiamullail, kemudian diikuti solat Subuh dan kuliah.

Manakala acara perasmian bermula jam 9 pagi disempurnakan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

Pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan menerima persembahan rakyat. Selepas itu Menteri Besar pula akan menerima nota ucapan rakyat yang akan disampaikan di majlis bersejarah itu.

Program berkenaan akan diiringi dengan persembahan silat, dikir barat, choral speaking dan pelajar dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Sebelum program sesi petang berakhir, orang ramai yang hadir akan mendengar ucapan wakil-wakil kaum, NGO menuntut royalti, orang kelainan upaya dan NGO-NGO lain.

Pada sebelah malam pula bermula jam 9 ceramah perdana akan membariskan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan wakil DAP Datuk Ngeh Koo Ham.

Menusuk kalbu, MP PAS agih daging korban di rumah penyokong Umno

http://omakkau.blogspot.com, 17 Okt 2013

RAKAMAN GAMBAR YANG MENUSUK KALBU .... AHLI PARLIMEN PAS BUKIT GANTANG AGIH DAGING KORBAN DI RUMAH PENYOKONG TEGAR UMNO!!!


Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Perak, YB Ustaz Idris Ahmad telah mengagih-agihkan daging korban di Kampung Banggol Pasir, Changkat Jering, Perak hari ini.
Rakaman gambar di atas beliau telah menyerahkan agihan tersebut kepada penduduk yang menyokong UMNO cukup kuat dan tegar sampaikan gantung bendera UMNO di atas pintu nak masuk ke rumahnya.

Sebagai pemimpin yang berjiwa besar perbezaan fahaman politik bukan halangan dan jadiakan alasan untuk membantu dan mendamping rakyat yang memerlukan bantuan dan sumbangan.

Inilah cara yang patut ada pada setiap pemimpin politik tidak kira Pakatan Rakyat maupun Barisan Nasional.

Jangan ada sifat dendam dan mau mendera rakyat yang tidak menyokong kita.

Yang amat tebal sifat berdendam dan mendera rakyat yang tidak memberikan sokongan ini ialah para pemimpin UMNO/BN.

Ikutilah contoh terbaik yang ditunjukkan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang ini.

Ular menyusul akar tidak akan hilang bisanya.

Pinda Auku, lantik badan bebas pantau p'raya kampus

Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, 17 Okt 2013
Adakah menjadi pengetahuan umum  bahawa pilihanraya yang dijalankan di kampus-kampus Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi memilih peneraju Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sentiasa dijalankan secara berat sebelah dan tidak adil bagi memberi kelebihan kepada kumpulan ASPIRASI, iaitu sebuah pertubuhan politik mahasiswa yang pro-Barisan Nasional.

Bayangkan bagaimana di kebanyakan kampus IPTA, meskipun peraturan pilihanraya tidak membenarkan calon-calon bertanding secara berkumpulan dan parti-parti politik pelajar tidak dibenarkan untuk wujud di dalam kampus, parti ASPIRASI ditubuhkan secara rasmi sebagai sebuah persatuan berdaftar di dalam kampus. Bahkan pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan pengetua-pengetua kolej kediaman biasanya dilantik menjadi penasihat kepada ASPIRASI dalam keadaan pegawai-pegawai HEP dan pengetua-pengetua tersebut pada masa yang sama merupakan petugas-petugas yang dilantik untuk mengendalikan pilihanraya kampus. Hal ini samalah seolah seolah-olah Ketua Umno Bahagian dilantik sebagai Pengerusi atau Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)! Pegawai-pegawai universiti khususnya yang bertugas di HEP ini giat menjalankan peranan untuk memastikan ASPIRASI menang di dalam pilihanraya kampus.

Bagi menjayakakan hasrat tersebut, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (sekarang Kementerian Pendidikan) melalui Jabatan HEP di IPTA-IPTA sejak beberapa tahun yang lalu telah memperkenalkan beberapa peraturan baru yang amat berat sebelah dan amat tidak munasabah serta menjadikan pilihan raya kampus lebih rendah martabatnya daripada proses memilih pengawas atau pun ketua darjah di sekolah rendah.

Penguatkuasaan secara selektif peraturan-peraturan ini sentiasa menimbulkan pertikaian di samping memberikan banyak advantage kepada calon-calon ASPIRASI, antaranya :

1. Rapat umum dan kempen pidato terbuka bagi calon memperkenalkan dirinya dan manifestonya telah dimansuhkan dan diganti dengan kempen pidato melalui rakaman video yang mana kandungan ucapan calon hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh HEP. Tetapi pada masa yang sama calon-calon ASPIRASI dibenarkan berkempen secara terbuka di kolej-kolej kediaman melalui majlis-majlis kempen yang dianjurkan secara rasmi oleh pengetua kolej kediaman.

2. Pusat pembuangan undi yang selama ini diletakkan di fakulti-fakulti di mana dekan-dekan fakulti bertindak selaku pegawai pengurus pilihan raya (returning officer) telah dipindahkan ke kolej-kolej kediaman di bawah seliaan pengetua-pengetua kolej yang berkebetulan turut menjadi penasihat kepada parti ASPIRASI di peringkat kolej kediaman. Sedangkan tindakan memindahkan pengendaliaan pilihan raya ke kolej kediaman di bawah seliaan pengetua kolej adalah jelas bertentangan dengan Artikel 48 (2)(a) Jadual Pertama, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

3. Proses pengundiaan dan pengiraan undi menimbulkan persoalan dari segi ketelusan di mana terdapat kampus-kampus yang menjalankan pengundian secara online (E-Voting) dan terdapat juga aduan oleh mahasiswa di mana agen mengira undi (counting agent) calon-calon tidak dibenarkan lagi untuk memeriksa kertas undian mengikuti pengiraan undi dari dekat sebagaimana yang dibenarkan sebelum ini. Di kebanyakan universiti pengiraan undi dijalankan oleh kakitangan kolej dan HEP dengan cara yang tergesa-gesa dan penuh kerahsiaan dan menimbulkan banyak persoalan dari segi ketelusannya.

4. Poster-poster dan kain rentang calon-calon yang bertanding telah diseragamkan bentuk dan saiznya dan diuruskan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pilihanraya yang berada di bawah HEP.

5. Proses pengisian borang penamaan calon telah diperketatkan prosedurnya dengan calon-calon perlu mendapatkan pengesahan dari pengetua kolej dan pegawai-pegawai HEP. Terdapat banyak kes calon-calon bukan ASPIRASI dinafikan hak untuk mendapatkan tandatangan pengesahan oleh pegawai-pegawai HEP dan Pengetua Kolej atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Terdapat juga IPTA-IPTA tertentu yang mewajibkan bakal-bakal calon untuk menghadiri kursus-kursus tertentu yang berunsur brainwash ala-BTN yang sarat dengan propaganda politik perkauman dan pro-BN.

6. Tempoh kempen telah disingkatkan kepada hanya dua hari setengah sahaja berbanding dengan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum ini. Tempoh singkat ini tidak mencukupi bagi calon-calon yang bukan dari kumpulan ASPIRASI. Sedangkan calon-calon ASPIRASI yang dibantu kempen mereka oleh pentadbir universiti telah mula berkempen sejak dari permulaan semester lagi melalui Minggu Orientasi.

Dalam suasana ianya dilaksanakan dengan tidak memenuhi standard asas sebuah pilihanraya yang bersih dan adil, pilihanraya kampus tidak lagi dilihat sebagai medan memperkenalkan dan mendidik mahasiswa kepada perjalanan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Pilihanraya kampus sekarang ini tidak lebih dari sekadar formaliti tahunan untuk mengesahkan penguasaan kumpulan politik mahasiswa yang pro Barisan Nasional bagi membolehkan Barisan Nasional khususnya Umno mendabik dada mendakwa kononnya mahasiswa dan generasi muda menyokong mereka. Meskipun saban tahun aktivis-aktivis mahasiswa membangkitkan ketidakadilan dalam perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan HEP kampus-kampus IPTA, tetapi keadaan tetap tidak berubah dan setiap kali berlangsung pilihanraya kampus, kita akan mendengar aduan terhadap penglibatan langsung KPT dan juga pegawai-pegawai kanan universiti dengan kerjasama Umno bagi memastikan pilihanraya kampus dimenangi sepenuhnya oleh ASPIRASI.

Hakikatnya, pilihan raya kampus di Malaysia tidaklah menyaksikan pelajar bertanding sesama pelajar, tetapi ianya adalah perlawanan di antara satu kumpulan pelajar yang serba daif melawan seluruh jentera universiti dan juga kementerian yang sudah tentulah satu pertembungan yang amat tidak adil dan tidak seimbang. Mungkin seluruh dunia akan memperlecehkan Malaysia jika mereka mengetahui beginilah caranya kita membentuk dan mengajar barisan pelapis kepimpinan negara untuk menang pilihan raya dengan cara menipu dan menekan lawan.

Dalam keadaan berlaku ketempangan di dalam pengendalian perjalanan pilihanraya kampus, maka tidaklah mengejutkan sekiranya KPT ataupun pihak pengurusan IPTA-IPTA begitu berkeras untuk tidak membenarkan proses pilihanraya kampus yang dikendalikan dipantau atau diaudit oleh mana-mana badan bebas. Untuk rekod, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pernah menerbitkan suatu laporan bertajuk "Report on the Allegations of Unfair Practices in Relation to University Elections" pada penghujung tahun 2004 di mana laporan tersebut telah memuatkan berbagai senarai laporan 18 salah laku dan penyelewengan yang di dakwa berlaku semasa pilihan raya kampus sesi 2003/2004. Laporan tersebut juga menyebut bahawa SUHAKAM telah menulis surat kepada 11 buah IPTA untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan salah laku dan penyelewengan semasa pilihan raya tersebut, tetapi malangnya, hampir kesemua IPTA terbabit tidak mempedulikan langsung surat yang dihantar oleh SUHAKAM.

Logik yang dapat disimpulkan, sekiranya kesemua 18 salah laku tersebut adalah tidak benar dan hanya rekaan, maka sudah tentulah kesemua IPTA terbabit akan menafikan sekeras-kerasnya. Ataupun tindakan yang paling bijak ialah membenarkan SUHAKAM memantau sendiri perjalanan pilihan raya kampus bagi sesi-sesi seterusnya. Tetapi jelaslah bahawa IPTA-IPTA tersebut cuba menyembunyikan sesuatu dan amat takut sekiranya segala bentuk ketidakadilan yang dilakukan semasa mengendalikan pilihanraya kampus diketahui dan didedahkan oleh SUHAKAM.

Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, JUHAM merasakan HEP sudah hilang wibawa dan integriti untuk mengendalikan pilihanraya kampus. Justeru, JUHAM mendesak supaya pilihanraya kampus bermula pada sesi depan tidak lagi dikendalikan oleh HEP yang terbukti selama ini hanya berperanan melaksanakan pilihanraya kampus yang mudah untuk dimenangi oleh ASPIRASI. JUHAM mencadangkan AUKU dipinda bagi mewajibkan setiap kampus menubuhkan suatu jawatankuasa atau badan bebas khusus untuk mengendalikan pilihanraya kampus di mana badan bebas terdiri dari kalangan mahasiswa dan ahli akademik yang berkecuali. Selain itu, pihak IPTA juga wajib membenarkan pilihanraya kampus dipantau perjalanannnya oleh pemantau pilihanraya samada dari dalam atau luar negara. JUHAM melihat hanya dengan cara ini maka pilihanraya kampus benar-benar dapat dijalankan secara adil, telus dan bersih.

*Penulis adalah Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia

Haji: JKKKP ditaja, warga emas tunggu lama

Aslani M, 17 Okt 2013
KOTA BHARU: Sebahagian besar yang ditaja kerajaan pusat menunaikan ibadat haji tahun ini ialah pemimpin-pemimpin Umno peringkat cawangan.

Mereka merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Difahamkan ketua Umno terbabit mendominasi sebahagian besar daripada 800 yang ditaja 1MDB menunaikan haji.

Turut disenaraikan dalam rombongan tersebut imam-imam mukim dan penduduk Orang Asal yang beragama Islam.

Kehadiran mereka secara pilihan politik itu menyebabkan kuota jemaah haji yang berjaya mengerjakan haji setiap tahun dikatakan semakin berkurangan.

“Sedangkan kami bersusah payah mendaftar dengan Tabung Haji sejak 2006 lagi. Telah lama pakcik simpan duit dengan harapan dapat mengerjakan tahun ini.

“Namun belum ada lagi dalam senarai jemaah haji tahun ini. Cuba bayangkan sudah tujuh tahun pakcik menunggu untuk mengerjakan ibadat haji, namun tidak lagi kesampaian.

Kanak-kanak antara 25 maut letupan periuk api di Syria

Harakahdaily, 17 Okt 2013

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam insiden terbaru semalam apabila periuk api di tepi jalan meletup di bandar Daraa, barat daya Syria.

Insiden tersebut berlaku ketika kesemua mangsa rata-ratanya wanita dan kanak-kanak berada dalam sebuah bas, dalam perjalanan melalui kawasan tersebut.

Menurut Pesuruhanjaya Besar Revolusi Syria (SRGC), sejumlah besar lagi penumpang mengalami cedera parah akibat serangan itu.

Kumpulan mujahidin pembebasan Syria (FSA) menuduh regim Assad sebagai dalang serangan terbaru itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam rekod mereka mendakwa lebih 100,000 orang telah terbunuh sejak konflik di negara itu yang kini lebih dua setengah tahun.

Mereka juga mendakwa lebih dua juta rakyat Syria telah menjadi pelarian.
“Tetapi peliknya mengapa pula 800 pemimpin Umno di peringkat kampung tidak perlu mendaftar dalam tempoh agak lama untuk menunaikan haji,” kata Mohamad Yakob, 70 dari Pasir Tumbuh.


(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)

Tiada ulasan: