Rabu, 30 Oktober 2013

NIAT DALAM HATI ALLAH SAJA YANG TAHU....DULU DIA YAKIN PAS MENANG ...TU PASAL PAKAI TIKET PAS....JANGAN TERMASUK ORANG TAK BERADAB DAN TAK MENGENANG BUDI....MELEPAS ANJING TERSEPIT

Malaysia penuh dengan dwi undang-undang?
Posted on Tuesday, October 29 @ 16:36:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Waktu sekarang adalah pukul 4.00 petang waktu Semenanjung dan 3.30 petang waktu Sabah dan Sarawak.........

Masihkan anda ingat pengumuman itu sebelum Perdana Menteri Dr Mahathir "melaraskan" waktu jam antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak menjadi sama.

Itu bab jam dan waktu.

Kini timbul pula isu Kalimah Allah.

Mahkamah "menyelaraskan" hukuman menjadi seragam untuk seluruh wilayah Malaysia.

Tiba-tiba sekonyong-konyong PMNajib terbang menuju Pulau Borneo dan membuat pengumuman.:

" Kalimah ALLAH hanya "haram" di Semenanjung tetapi "halal" di Sabah dan Sarawak ".

Macam ada judi "halal" dan ada judi "haram". Yang haram kerana tidak bayat cukai kepada kerajaan UMNO.

Sama juga demostrasi hanya "haram" kepada pembangkang.Semburan air asid FRU wajib untuk pembangkang.

Jika demostrasi dibuat oleh UMNO ,segalanya "halal toyyibah" bahkan dijaga penuh kesopananoleh FRU dan SB.

Malaysia penuh dengan dwi undang-undang?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Tuesday, October 29 @ 16:36:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Insyallah akan balik mengundi bagi mengekalkan PAS di sg limau
Posted on Wednesday, October 30 @ 00:27:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Oleh Nasoruddin Shah Mat

Gambar: Salah seorang pengundi dun Sg Limau penega uptown perda dan ropewalkbagan,,Insyallah akan balik mengundi bagi mengekalkan PAS di sg limauYG CERDIK YG ADA PRINSIP YG BEKERJAYG ADA MARUAH YG ADA HALATUJUYG BERDIKARIKEBANYAKAN AKAN SOKONG PR


Salah seorang pengundi dun Sg Limau penega uptown perda dan ropewalkbagan,,
Insyallah akan balik mengundi bagi mengekalkan PAS di sg limau


YG CERDIK

YG ADA PRINSIP
YG BEKERJA
YG ADA MARUAH
YG ADA HALATUJU
YG BERDIKARI
KEBANYAKAN AKAN SOKONG PR


 Cadangan Daripada Anak Sg Limau
Posted on Wednesday, October 30 @ 01:04:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Oleh Nasoruddin Shah Mat

Bila aku balik aku meronda sorang2 pd awalnya.....aku saja pakai baju kemeja tangan panjang buat stylo sikit la kunun supaya aku masuk bilik gerakan umno....aku masuk 4 bilik gerakan parking keta jauh sikit ...bila sampai bagi salam teruih depa bangkit pakat salam ....hahahah.....bila sembang dgn depa apa isu tak lain tak bukan pembangunan .....aku cuma tuin sikit saja......dan kebanyakan tempat depa pasang cd bab dap dan cina..


.c3rita tentang hubungkait dap dgn pap dan 13 mei.....

kita kena perjelaskan masalah yg di mainkan ini terutama bab bersama dap....

 Subhanallah... Solat Subuh di Masjid Istiqlal, Indonesia
Posted on Tuesday, October 29 @ 22:38:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Subhanallah... Ini bukan solat Jumaat..tapi ini adalah solat subuh di Masjid Istiqlal, Indonesia...

Teringat sebuah kisah, Syaikh Maulana Tariq Jamil melihat tentera Israel melihat orang islam solat subuh di sebuah masjid di Jordan dan kemudian dia beredar setelah solat selesai. sheikh maulana bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid," kata tentera Israel itu.

Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya "kenapa?"

Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis 'Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur.'

Semoga Kegemilangan Islam Kembali Lagi..Aamiin...

Facebook Hanya Di Kelate


 Umpan PRK: TPM Umum Peruntukan RM400,000 Untuk Madrasah
Posted on Tuesday, October 29 @ 22:02:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini mengumumkan peruntukan RM400,000 untuk kerja penambahbaikan Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras dekat sini dan membaiki jalan masuk ke madrasah itu.

Timbalan perdana menteri berkata sebanyak RM350,000 adalah peruntukan bagi membiayai bangunan baharu madrasah yang sedang dalam pembinaan dan surau madrasah.

Sebanyak RM50,000 lagi ialah untuk pembaikan jalan ke madrasah berkenaan, katanya semasa berucap dalam lawatannya di madrasah itu di sini.

Beliau berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu umat Islam di negara menjadi contoh kepada negara lain.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin kemudian bersolat jemaah di Masjid Bukit Choras sebelum menghadiri program sepetang bersama penduduk Bukit Choras. - Bernama, 29 Oktober, 2013.-TMI
 

 Bongkar 403 Juta. Jawablah UMNO.
Posted on Tuesday, October 29 @ 21:40:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya







Perkasa Yakin PAS Kalah
Posted on Tuesday, October 29 @ 21:48:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



PETALING JAYA: Perkasa yakin PAS akan kalah dalam PRK Sungai Limau pada 4 November ini.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, faktor utama PAS akan kalah kerana orang Melayu makin meluat dengan politik PAS.

Katanya, Islam hancur dalam perjuangan politik PAS.

“PAS berdolak-dalik dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera,” katanya kepada FMT.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas menambah  PAS betul-betul menjadi terompah DAP.

Ibrahim mendakwa politik PAS mengejar habuan dunia dan Islam dijadikan perkakas.

“Faktor kedua PAS akan kalah kerana pengundi luar DUN Sungai Limau tidak akan balik mengundi,” dakwanya.

Katanya, tidak memberi apa-apa makna jika mereka balik mengundi.

“Jika mereka balik, undi PAS dan PAS menang, tidak ada apa-apa untung kerana ia tidak merubah kerajaan negeri yang dikuasai BN dan kawasan kekal mnudur,” tegasnya.

Beliau meramalkan pengundi luar tidak akan balik kerana buang masa untuk mengundi PAS yang tidak beri apa-apa faedah.

Katanya,maka BN akan menang di DUN Sungai Limau.

“Pada pendapat saya, inilah yang sepatutnya berlaku,” kata beliau.

Tambahnya lagi PAS perlu disuntik untuk sembuh dari penyakit kronik politik.-fmt


 Muhyiddin Minta Maaf Jika Hina Keluarga Azizan
Posted on Tuesday, October 29 @ 20:27:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau meminta maaf sekiranya beliau menghina keluarga bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya di Sungai Limau pada hari Sabtu lalu.

Katanya, beliau telah meneliti rakaman ucapannya dan berpendapat bahawa ucapan itu tidak bersifat menghina kerana beliau hanya membincangkan mengenai Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, beliau berharap agar keluarga Azizan, yang berpengaruh besar di kawasan DUN Sungai Limau, akan memaafkannya dan melupakan kejadian tersebut.



"Bukan tujuan saya untuk orang kata mencemarkan nama baik Allahyarham atau merendah-rendahkanny atau memperkecilkannya.

azlan

"Tapi apapun saya sebutkan sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah atfsirkan atau menyinggung perasaan keluarga, saya minta maaf kalau silap salah tapi tujuannya tak begitu," katanya.

Muhyiddin ketika ditemui pemberita di Bukit Choras, Sungai Limau juga berharap agar insiden berkenaan tidak akan terus digunakan sebagai bahan kempen untuk pilihan raya kecil tersebut.

Beliau turut meminta agar kenyataannya yang dirakam dalam video tersebut disemak semula.

"Pegawai saya pun mengesahkan nada saya pun bukan macam orang kata itu," katanya.

NONE

Beliau mendakwa, perkara sebaliknya berlaku apabila kenyataannya dilaporkan dalam satu portal berita.

Perkara itu menyebabkan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut beliau agar meminta maaf.

Keluarga Allahyarham juga semalam menuntut beliau meminta maaf atas kenyataannya pada hari Sabtu lalu.

Anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie Azizan, 32 tahun pada sidang media di pusat operasi PAS semalam berkata anggota keluarga mereka begitu terguris hati dengan kenyataan Muhyiddin itu.

"Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham ayahanda dan kerinduan kami kepada ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui," Rafi'ie.

Muhyiddin pada hari Sabtu lalu mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.

Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Azizan.

Azizan terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Pilihan raya kecil tersebut diadakan susulan kekosongan kerusi selepas Azizan yang juga penyandang kerusi DUN Sungai Limau meninggal dunia pada 26 September lalu.-mkini


Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja

MEREKA PALING MENCEGAH KEZALIMAN RAJA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
‘Mereka paling mencegah kezaliman raja-raja’ adalah perkataan sahabah Nabi s.a.w ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas tentang kelebihan bangsa Rome ataupun bangsa Eropah ini. Saya teringatkan perkataannya apabila tiga hari lepas (Selasa 3 Julai) saya terbaca dalam Akhbar Daily Mirror kritikan dan pendedahan mengenai belanja perjalanan keluarga DiRaja Britain. Dengan tajuk ‘Royal Family’s travel bill set rise higher’. Setiap anggota keluarga yang berbelanja dengan wang Negara didedahkan. Perjalanan mereka dan berapa wang negara yang telah digunakan seorang demi seorang. Antaranya Daily Mirror laporkan:
“July 2011 Prince William and Kate spent £54,410 returning from LA with their staff of seven after touring Canada and California. A source said they paid business class fares for first class flights”.

Banyak lagi pendedahan yang dibuat sebagai bantahan ke atas keluarga DiRaja itu menggunakan wang awam. Walaupun kadangkala yang digunakan itu kelihatan tidaklah begitu besar. Peningkatan belanja Queen Elizabeth juga dipertikaikan. Padahal jika kita teliti Queen British itu membayar cukai harta seperti rakyat yang lain. Namun, sikap adil dan demokratik membolehkan rakyat mengetahui dan menyemak sesiapa sahaja yang terbabit dalam salahguna wang awam. Laporan itu menyimpulkan
“The figures mean she (The Queen) costs the British population 52p per head, excluding the cost of her security and police protection”.
Walaupun kadang-kala difikir jumlahnya tidaklah banyak dibandingkan kekayaan mereka dan jasa keluarga DiRaja Britain dalam sejarah kemakmuran negara mereka. Namun, demikianlah sikap rakyat yang tidak feudal dan merdeka jiwa mereka. Mereka berhak mengetahui bagaimana wang negara mereka dibelanjakan. Maka jangan hairan jika mereka sentiasa lebih baik dari segi hak rakyat dan pengurusan dana awam negara. Kebebasan akhbar juga tidak dihalang dalam membuat laporan yang seperti itu. Malanglah, jika ada negara di dunia ini yang begitu meniru gaya baju dan style British dalam upacara rasmi tetapi tidak memberikan hak bersuara kepada rakyat seperti yang British berikan pada rakyatnya.

Bangsa Eropah
Hal inilah yang mengingatkan saya kepada ulasan sahabat Nabi s.a.w iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi s.a.w
“Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim).
Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa Roman adalah bangsa Eropah hari ini. Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid:
“Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.
Dalam ucapan ‘Amr bin al-‘As, tergambar bahawa beberapa ciri penting untuk menjadi satu masyarakat ataupun negara yang kuat. Pertamanya, kebijaksaan politik dalam menangani krisis. Kedua, kemampuan untuk bangkit setelah jatuh dalam kegawatan. Ketiga, kekuatan ketenteraan. Keempat, kebajikan rakyat. Kelima, keadilan siasat yang menghalang segala kezaliman terutama kezaliman golongan penguasa.
Merenung hadis dan ucapan ‘Amr bin al-‘As ini, dapat kita lihat kekuatan dalam kehidupan masyarakat Barat ini sekalipun banyak perkara yang kita mungkin tidak bersetuju dengan mereka. Ciri-ciri kebaikan dan kekuatan yang disebutkan ‘Amr bin al-‘As dapat kita lihat dalam pengurusan mereka yang lebih baik dibandingkan masyarakat lain termasuk masyarakat muslim hari ini. Sikap mereka dalam mencegah kezaliman penguasa lebih baik dari masyarakat lain yang feudal. Royal Family mereka sekalipun berjasa dalam sejarah, namun hari ini tidak dibiarkan bertindak tanpa boleh dipertikaikan. Dengan itu masyarakat mereka hidup dengan penuh keyakinan terhadap hak dan suara mereka. lihatlah di dunia Islam apabila ada golongan bangsawan yang boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Bahkan yang mempertikai pula yang dihukum. Padahal jasa golongan bangsawan negara-negara orang muslim sukar hendak disenaraikan dalam sejarahnya dibanding monarki British.
Agamawan Senget
Malang sekali, muncul pula golongan agama yang samada jahat, ataupun jahil terhadap maksud agama dalam membebaskan manusia dari penghambaan zahir dan batin kepada menjadi hamba Allah yang merdeka jiwanya. Lahir golongan literalist yang meletakkan nas-nas agama secara terpisah dan senget dari maksud keseluruhan agama ini sehingga mendiamkan kezaliman penguasa dan membantah suara rakyat yang ditindas. Mereka inilah yang berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan regim yang masih hidup iaitu Bashar al-Asad. Mereka sibuk menghalang rakyat bersuara, tetapi tidak sibuk ‘berforum, berwacana, ataupun berseminar’ menghalang penguasa merakusi hak rakyat. Mereka mendakwa ini pegangan salaf (generasi awal Islam), seakan golongan salaf itu benteng kepada regim-regim yang zalim. Merekalah yang sebenarnya menghina dan berdusta atas nama salafussalih. Mereka lupa, bahawa Muawiyah bin Abi Sufyan sekalipun memberi ruang membantah dan bersuara kepada rakyat.
Dalam riwayat at-Tabarani, dengan sanad yang hasan:
“Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.
Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata:
“Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.
Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.
Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.

Dunia bergembira dengan kemenangan Presiden Mesir yang baru Dr Muhammad Mursi. Saya mengikuti ucapan demi ucapannya. Ucapannya melambang nilai Islam yang ada dalam dirinya. Islam itu asas pemikirannya. Saya tidak mengharapkan banyak, saya harap beliau menghidupkan demokrasi seperti yang dijanjikan. Memberikan hak rakyat dan membahagikan kekayaan negara secara betul. Menghidupkan negara yang tersusun dan berperaturan. Bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Jika itu dapat dilakukan, Mesir yang terkenal dengan negara serabut dan tidak berperaturan itu akan dapat dibangunkan semula. Umat Islam sekian lama menderita kerana kegagalan pengurusan negara mereka. Masa untuk berubah dengan menyingkirkan setiap golongan yang korupsi dan penyokong pemikiran feudal dari masyarakat muslim.
Kategori: Dakwah

DIAM-DIAM UBI BERISI, DIAM-DIAM CALON BN SG LIMAU ADA BINI LAGI? #PRKSGLIMAU


Alahai Jamil, ku sangkakan kau berbini satu, rupanya ada dua yer????

Dah macam dialog dalam cerita P.Ramlee la pulakkan. Rasa2 hangpa dalam cerita apa yaaaa??? Pikiaq sendiri naaaa.....

Tapi inilah yang cheq nak habaq kat hangpa semua, maklumat yang diterima dari kenalan rapat calon ini memberitahu pada cheq bahawa beliau mempunyai sorang bini muda dalam diam2.

Pandai sorok yaaa. Cheq dimaklumkan bini muda calon BN ni dari segi perwatakannya memang cun melecun. Dah la muda, cun pulak....mana tak laki tengok geram ye tak.

Bini muda calon ni merupakan seorang pelajar di universiti tempatan. Malangnya dia tidak menamatkan pelajarannya hingga selesai. Disebabkan cinta pada Profesor, beliau sanggup buat apa saja.

Belajar tak habis sebab dah pandai main cinta, mereka pun buat keputusan kahwin lari. Sebabnya Dr. Sohaimi takut pada bini pertamanya, beliau buat keputusan untuk kahwin secara senyap.

Bestkan calon BN ni...ini yang aura Ust Azizan yang mereka bawa dan pukul canang sana sini. Nak tau sapa bini muda dia, meh cheq tunjuk sikit.....


Cun tak?? Hangpa semua pikiaq sendiri na. Dapat coverline kawen senyap2, confirm boleh jaga kawasan sendirikan. Nama bini cun ni bermula dari huruf N ????



Alahai....kawen kawen kawen????

Tiada ulasan: