Zuraida: Wanita Umno OK dengan skandal?
Wanita
PKR mempersoalkan isyarat yang mahu dihantar oleh Wanita Umno apabila
perwakilannya mengekalkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dikaitkan
dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai ketua."Apa pesanan yang Umno mahu hantar kepada rakyat. Adakah tidak mengapa untuk seseorang yang dikaitkan dengan skandal menjadi pemimpin utama dan pemimpin negara?" katanya ketuanya Zuraida Kamaruddin.
Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang pelik.
Shahrizat mengekalkan status quo Wanita apabila mengalahkan pencabarnya dalam pemilihan sayap Umno semalam.
'Terima kemenangan KJ, tapi awas dengan liberalisme'
Pencabar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
menerima kejayaan Khairy mengekalkan jawatannya tetapi memberi amaran ia
akan membuka ruang kepada "unsur liberalisme" untuk meresap masuk ke
dalam sayap itu.
"Kemenangan beliau sudah dapat dijangka. Saya sudah tentu akan beri sokongan kerana beliau sudah menang tapi saya harap beliau dapat beri fokus kepada golongan di bawah.
"Bagaimana pun, saya rasakan unsur-unsur liberalisme yang dibawakan YB KJ (Khairy) sedang meresap masuk ke dalam Pemuda," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Menurutnya, jika ia tidak dikawal, Pemuda perlu bersedia berhadapan risiko hak-hak orang Melayu disamatarafkan dengan bangsa-bangsa lain kelak.
"Adakah orang Melayu sudah bersedia? Wajarkah kita mengalah apabila hak-hak kita diapungkan untuk sama rata dengan bangsa-bangsa lain?" katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas ucapan kemenangan Khairy yang kesal lawannya menggunakan kempen bersifat 'terkebelakang' dalam pemilihan untuk jawatan itu.
Syed Rosli semalam juga diberitakan tidak turun mengundi bagi pemilihan bahagian sendirinya iaitu bahagian Pandan.
Menjelaskan perkara itu, Syed Rosli berkata beliau sekarang diwadkan di sebuah hospital di Ampang akibat radang usus kerana kekurangan serat.
Menurutnya, beliau tidak dapat mengundi dalam pemilihan kerana berada di hospital sejak pagi Khamis lalu dan turut menjangkakan akan menyambut hari raya Aidil Adha di hospital.
Seorang lagi pencabar Khairy, Irwan Ambak juga menerima kemenangan Khairy.
"Saya terima yang Khairy diberi mandat oleh perwakilan Pemuda Umno untuk terus memimpin sayap itu dan ini pilihan mereka.
"Bagi saya, ia menunjukkan yang saya perlu bekerja lebih keras menyebarkan mesej agenda transformasi kewangan buat golongan belia," katanya.
Beliau juga yakin komen Khairy tentang kempen lawannya yang terkebelakang ditujukan kepada calon-calon lain dan bukan dirinya.

Kehangatan pemilihan beralih kepada PAS
Selepas
pemilihan sayap Umno selesai semalam, kehangatan kempen kini mula
membara dalam PAS, saingan utamanya dalam merebut undi Melayu.
Di peringkat sayap Pemuda parti Islam itu, persaingan untuk jawatan nombor satu dewan itu semakin jelas apabila akar umbi mula melobi secara terbuka untuk calon pilihan masing-masing.
Perkembangan ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila hasrat mereka tidak dinyatakan dengan jelas, atas kepercayaan tradisi dalam PAS bahawa "calon berkempen akan kalah".
Jika tahun lepas Nasruddin Hassan menghadapi laluan mudah selepas 'mewarisi' kerusi itu daripada Salahuddin Ayub yang beralih ke peringkat naib presiden, kali ini kemungkinan besar permainannya tidak sama.
Perkembangan terbaru menunjukkan sekurang-kurangnya bakal berlaku persaingan tiga penjuru antara tiga tokoh penting dalam dewan itu antara penyandang, Ketua Pemuda Johor Suhaizan Kaiat dan aktivis anti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Zulhazmi Shariff.
Batu Pahat buka panggung
Seperti mahu membuka panggung, PAS Batu Pahat tampil menjadi pihak pertama 'berkempen' untuk Suhaizan, pemimpin muda paling berpotensi mencabar kedudukan Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh.
"Kami berpandangan, Suhaizan memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda PAS ke pentas nasional dalam memperjuangkan pelbagai isu yang timbul hari ini.
"Ini bukan cakap kosong...," katanya ketuanya Mohd Salleh Tamjis dalam kenyataan medianya yang memberikan pencalonan kawasannya kepada Suhaizan.
Beliau percaya, kewibawaan Suhaizan, antaranya ketika menggerakkan protes besar anti dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan mendepani isu-isu daftar pemilih sebelum ini.
Suhaizan dijangka mengumumkan kesediannya bertanding dalam masa terdekat. Manakala Zulhazmi sudah mengisytiharkannya hasratnya, malah kempennya dilihat sudah bermula di alam maya.
Setakat ini, masih tidak jelas congak Suhaizan setakat ini. Dalam pemilihan sebelum ini juga beliau dilihat bakal mencabar Nasrudin.
Bagaimanapun semua itu tidak menjadi kenyataan apabila beliau memilih berentap dengan Nik Abduh, anak mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk jawatan naib ketua, yang berakhir dengan kecundang.

M'sia tangga ke-18 dalam statistik Facebook
Mungkin
ramai yang tidak tahu bukan semua pemimpin asing dibenar melawat
Silicon Valley di Sans Francisco, Amerika Syarikat yang dilihat penuh
dengan "rahsia besar" industri media baharu dan teknologi maklumat.
Mengakui hakikat itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata justeru lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di situ bulan lepas merupakan satu penghormatan besar yang didasari atas keterbukaan Malaysia dalam industri teknologi maklumat global.
"Ini merupakan satu penghormatan kerana pada kebiasaannya mereka tak perlu berurusan dengan sesebuah kerajaan," katanya dalam temu bual dengan Bernama, di Kemaman.
Menurut Ahmad Shabery, pembabitan Malaysia dalam teknologi maklumat bukan perkara baharu terutama dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia pada 1998, sekali gus "membuka" Malaysia kepada aliran maklumat.
Dalam lawatannya ke wilayah teknologi maklumat itu pada 25 Sept lepas, Perdana Menteri mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, di ibu pejabat laman sosial berkenaan di Menlo Park, selain melawat ibu pejabat Google dan Twitter.
Najib dan Zuckerberg dilapor membincangkan mengenai kerjasama yang mungkin boleh dijalin antara Facebook dan Malaysia.
Perbincangan juga berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan setakat ini.
Ahmad Shabery berkata Facebook merupakan laman yang paling dikunjungi di Malaysia dan mempunyai 12,747,100 pengguna setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara.
"Berdasarkan jumlah itu, 70 peratus rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook," katanya.
Beliau juga berpandangan teknologi maklumat dan media baharu bukan ancaman sekalipun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyalah guna kemudahan itu.
- Bernama

Dua pegawai polis PP ditahan kerja didakwa menghasut
Dua
pegawai polis kontinjen Pulau Pinang ditahan kerja ekoran mengeluarkan
kenyataan berbaur hasutan perkauman menerusi aplikasi WhatsApp
kumpulan Ops Cantas di George Town hari ini.Ketua Polis Pulau Pinang
Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dua anggota polis itu ditahan kerja
berkuatkuasa serta-merta selepas menerima arahan dari Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Kedua-dua mereka ditahan kerja selama dua minggu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan ringkas di George Town.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan atau perlakuan yang menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri ini biarpun ia melibatkan anggota polis sendiri.
Abdul Rahim berkata sidang media mengenainya akan dimaklumkan kemudian.
WhatsApp kumpulan Ops Cantas itu disertai anggota polis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan